SITI.YANG.MENAIP: PILIHAN IKAN BAKAR SEDAP DI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS PULAU PINANG

PILIHAN IKAN BAKAR SEDAP DI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS PULAU PINANG

/
68 Comments
July 11, 2018

TEMPAT MAKAN SEDAP DI PULAU PINANG : RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS

PILIHAN IKAN BAKAR SEDAP DI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS PULAU PINANG. Kalau dah sampai ke Pulau Pinang, selain Nasi Kandar mestilah wajib cuba hidangan ikan bakar yang sedap. Tak tahu nak pilih lokasi mana yang menyediakan hidangan ikan bakar yang sedap ? Mari sini aku nak kongsikan salah satu kedai pilihan yang menjadi favourite kami sekeluarga di Restoran Ikan Bakar Din Kepala Batas. Selalunya orang yang bercuti ke Penang akan tertumpu pada kawasan pulau where we have to cross the bridge untuk enjoy all the delicious delicacies. Tapi di kawasan mainland (seberang) juga tak kurang hebatnya. Ada banyak juga pilihan-pilihan makanan yang sedap. Like this one in Kepala Batas, kedai sentiasa penuh dengan pengunjung. Manalah tahu korang one day terlajak ke kawasan Kepala Batas bolehlah singgah.

LOKASI RESTORAN DIN IKAN BAKAR KEPALA BATAS


Tepi jalan saja senang nak jumpa. Nampak kedai asap kepul-kepul dah betullah tu. Hanya lebih kurang 10 minit memandu dari Exit Tol Bertam menghala ke Butterworth mesti akan lalu Restoran Ikan Bakar Din.

Waktu yang paling sesuai untuk pergi makan di Restoran Ikan Bakar Din adalah lebih kurang pukul 11:30AM keatas dan kedai dibuka pukul 11:00AM sehingga 04:00PM. Waktu untuk makan tengah hari dan orang akan mula ramai menjelang pukul 1:00PM. Pergilah awal supaya pilihan makanan masih banyak dan tak perlu nak berebut. Restoran Ikan Bakar Din beroperasi setiap hari kecuali hari Khamis dan Jumaat. Jadi rancanglah perjalanan korang baik-baik.

HARGA DAN PILIHAN MAKANAN DI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS

Bagi aku range harga adalah standard dimana-mana kedai yang menyediakan hidangan ikan bakar. Ada ikan yang kita sendiri sedia maklum memang mahal jadi mahal jugalah harganya. Ada yang murah semua ikut selera masing-masing. Selain daripada hidangan makanan laut, ayam dan daging yang dipanggang, Restoran Ikan Bakar Din juga menyediakan lauk pauk hidangan makan tengah hari untuk dipilih. Ada pelbagai pilihan lauk kampung, ulam-ulam dan pelbagai jenis sambal. Sup tulang sup daging dan sayur-sayuran. Perfect untuk satu hidangan lengkap makan tengah hari. Di Restoran Ikan Bakar Din juga terkenal dengan Jus Amra Asam Ko jadi korang kena cuba. Tengah hari panas terik minum air amra sangatlah menyegarkan. 

Pilihan peribadi aku adalah : Ikan Terubuk Bakar, Ikan Pari Bakar, Daging Bakar, Rimau Menangis, Udang Bakar, Ayam Madu Bakar dan Sup Daging. 

Semua kolestrol tinggi !! What to do !!


Ikan Terubuk Bakar dan Rimau Menangis.

Boleh tengok sendiri ikan-ikan dan makanan-makanan lain dibakar.

Tunggu giliran nak kena panggang.

Pilihan lauk pauk selera kampung.

Ada kari telur ikan.

Sup daging dah tinggal sikit.

Hidangan untuk dua orang. Ikan Pari Bakar, Sup Daging dan Daging Bakar.

Sup Daging.




Okay okay dah boleh telan air liur tuuu. Yang tengah menaip ni pun rasa terseksa jadi faham benar perasaan yang korang rasa sekarang. Aku sendiri tak pernah jemu makan kat Restoran Ikan Bakar Din hihihi.. Kalau diajak memang tak akan menolak. Dari Nibong Tebal tak ada hal sangat nak pergi ke Kepala Batas just to enjoy lunch disini. Lagipun, Restoran Ikan Bakar Din sangat dekat dengan rumah Tok jadi selalunya kami singgah makan sekali harung ziarah Tok. Jadi jangan risau kalau korang pening nak decide nak makan dimana kalau terlajak ke Kepala Batas. On the way ke Kedah dan Perlis juga boleh singgah. Salah satu lokasi tempat makan menarik di Pulau Pinang yang boleh korang masukkan dalam list. Setiap ceruk Pulau Pinang menawarkan hidangan makanan yang sedap. Tak akan rugi punya. Happy eating !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

68 comments:

  1. Sedapnya...memang terliur..pulaknya yang bakar2 ni kegemaran PC sekeluarga...Allahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kalo kedai ikan bakar ni lajuuu je nak pergi. favreeet =D

      Delete
  2. ikan bakar mmg rmi yg suka...sedap nmpknye tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilihan ramai tu kena kongsi nanti orang boleh pergi cuba =D

      Delete
  3. Datang sini terus jadi lapar. Oh my,...kenapa setiap menu nampak tempting sangat nih? Terseksa akak tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilaa Penang kita bawak pergi makan ikan bakar sini =D

      Delete
  4. terbaek.. pelbagai pilihan menu.. sedap2 semuanya :)

    ReplyDelete
  5. Jemput singgah entry terkini ejulz :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/blog-list-segment-august-edition-by-da.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/misha-omar-sampai-bila-ost-jangan-benci.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/aktiviti-badminton-7-julai-2018.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/mari-belajar-bahasa-sarawak-part-16.html

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu banyaknyaa link hehe insyallah kalau ada masa terluang ya =)

      Delete
  6. Replies
    1. sedap.. mari jalan Penang mai mai =D

      Delete
  7. sedapnya..nyum, nyum, suka ikan bakar yg ada sambal...
    rimau menangis tu udang rimau lah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. ikan bakar kena ada sambal baru betul hhih.. cicah air asam or cili kicap waaaah. rimau menangis tu bahagian lemak daging saja dipanggang =D

      Delete
  8. WAH SEDAP TU MKN IKAN BAKAR DGN NASI PANAS SERTA LAUK ULAM2 KAMPUNG YG LAIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Kak PI.. memang combo yang menarik sangat =D

      Delete
  9. Bnyaknya lauk...sungguh mengiurkan...nasib x posa...hahaha.. tp jauh na dari KL.... but can insert in bucketlist....bila2 sesat ke utara, can drop by....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula tatau kalo tetiba terlajak ke Penang kan bolehla singgah =)

      Delete
  10. perghhhhhhhhh
    nampak memang sedap
    pergi penang memang wajib try nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. wajib singgah ya kalau ke Kepala Batas =D

      Delete
  11. perghhhhh dashat betul dugaan kak siti bagi ni

    ReplyDelete
  12. Sedia maklumlah ikan bakar memang mahal sikit kan. Tapi tulah sedap hahahaa.... Hakak pi Penang tak pernah jumpa makanan yg best macam ni Siti, yelah ..... mencari pun tidakkan hahaa.....

    Lapo pulak dah ni haish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih next time mai Penang hello hello k.. kita bawak p makan sedap insyallah =D

      Delete
  13. Tengok ikan terubuk tu teringat arwah tok wan dan tok, depa suka sangat makan ikan terubuk bakar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm itula kadang2 ada benda memang bring back the memories =)

      Delete
  14. Kalau singgah sini mesti cari daging bakar dan gulai batang pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gulai batang pisang tak penah makan.. hihi.. the bomb kan daging bakar dia. haih tetiba dok telan ailio..

      Delete
  15. Rimau menangis?
    Ini spesis daging bakar jugak ke? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa ah dia daging juga tapi bahagian lemak tu banyak. bila dibakar kan lemak meleleh2 tu laaa menangisnya =P

      Delete
  16. OMG memang fav Nani semua ni. Hahah! Terliurnyaa tengok tapi jauh sangat dekat Penang sana. Hahah! Nanti lah bila bila jalan pergi sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah jalan2 sini Nani hehe.. nanti datang bagitau k.. kite boleh banje makan kat sini =D

      Delete
  17. Ya Allah Ya Tuhanku, kecur liur tengok gambar ni. Daging bakar tu menggoda betul, makan dengan nasi putih je pun dah sedap..urm..lapar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya memang akak suka makan dengan nasi putih ja.. hehe.. dengan cili kicap sikit da boleh jalan da =D

      Delete
  18. singgah sini di tghari sabtu :)

    Jemput singgah entry terkini & jgn lupa tinggalkan jejak k ^_^
    1. Hadiah dari Shikin Razali aka shikinrazalidotcom
    2. Bung Bratak Heritage Centre
    3. Pengasuh Adam Tidak Salah?
    4. Tanggungjawab Seorang Suami & Ayah Muslim


    Harap sudi join segmen ejulz kalau belum join :)
    1. SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ


    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuh banyaknya entry hihi kalo ada kelapangan insyallah menjenguk =D

      Delete
  19. Memang depa bgitau situ menu sedap² tapi tak pernah singgah lagi..

    ReplyDelete
  20. Uissss byk gile pilihan kat sini.. Semuanya nampak sedappppp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambang mata nak memilih jadinya. semua benda nak dimakan =D

      Delete
  21. Sepanjang membaca post Siti telan ailio berkali-kali, awat nampak sedap sangat seafood semua tu.. Seafood heaven okay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe semuanya ni memang sedap2 kak.. pilihan banyak sendiri taip pun dok telan ailio jugak teringat2 =D

      Delete
  22. Boleh save nie. Kot kot e'in pergi penang nanti boleh buat panduan. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila.. mana tau sampai Kepala Batas bolehla cuba =D

      Delete
  23. sedapnyaaa ikan bakar. teringat pulak ikan bakar kat kuantan waktu study duluu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Kuantan pun best2 jugak. penah makan di area Tanjung Lumpur =D

      Delete
  24. besar-besarnye udang tue..fresh pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh !! kena dengan harga dia hehe..

      Delete
  25. menarik nampak semuanya tu..haishhh bila nak pegi penang nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi apa lagi.. da boleh atur plan nak mai Penang =D

      Delete
  26. kalau datang sini, tempat pertama jejak kaki mesti kat section bakar2 tu... bestttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe opcoz memang situ kita tuju dulu. tunggu daging siap bakar lama pun sanggup demi nak makan =D

      Delete
  27. allahu, dap uh..terliuq tgk pari bakaq, ada sambai belacan pulak..
    mak aihhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Timm pi laa kedai ni dekat jaa dengan rumah =D

      Delete
  28. Meriah betul lauk pauk dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sampai susah pilih nak makan yang mana =D

      Delete
  29. Sedapnya rupa paras ikan=ikan bakar tu. tapi betullah kalau mahal sekali pun mudah nak bajet bila di letakkan tanda harga kan, jangan ambil tiba2 harga letopss :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah diorang letak harga siap2 so bolehla kira congak2 kan.. ikan2 besar jarang kami amek kalo nak makan sikit orang ja. amek yang ikan kecik =D

      Delete
  30. ikan pari bakar.
    daging bakar.
    gojes nyer.
    kat melaka ni tempat2 ikan bakar semua dah glamer, bakar ikan jadik rentung.
    hadoilah... tak dpt dah yg best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha kat Melaka ritu pegi kedai Pa********* tu ahaha serious kak.. krik krik CT tengok ikan tu. bukan apala.. sebab da rasa yang sedap jadi expectation tinggi kata di Melaka tu famous =D

      Delete
  31. mkn tengah hari mcm nie baru la best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kadang2 tu nak menambah2 hehe..

      Delete
  32. Fuh da smpai.. Yana pun x smpai lagi.. Ramai yg kata sedap.. Tapi crowded sangat Yana is kenot huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha bukan da sampai Yana.. da memang regular customer sejak bertahun2 hehehe. takdela crowded just nice tempat duduk pun banyak =)

      Delete
  33. Banyaknyaa pilihan ikan bakar kat snaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. jenuh decide nak yang mana =D

      Delete
  34. Ala...ahad lepas ada kat Kepala Batas tapi tak tersinggah plak ke sini. Rugi betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe okay next time singgah Kepala Batas boleh singgah ya =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.