SITI.YANG.MENAIP: WHILE IN TERENGGANU : LEMANG SEDAP DI KIJAL

WHILE IN TERENGGANU : LEMANG SEDAP DI KIJAL

/
28 Comments
June 14, 2018

WHILE IN TERENGGANU | JALAN-JALAN TERENGGANU | LEMANG DI KIJAL


Kijal adalah satu kawasan yang terletak diantara Kerteh dan Kemaman. Sangat terkenal dengan perusahaan lemang secara besar-besaran sepanjang tahun. Banyak gerai lemang jadi pilihlah yang mana nak singgah. Bukan hanya ketika raya.. Tak kira hari apa nak makan lemang carilah di Kijal mesti ada. MamiZ kata memang dah berpuluh-puluh tahun Kijal terkenal dengan lemang. Dulu MamiZ dan DediS posting mengajar di Kerteh jadi sempatlah menetap di sana lebih kurang dua tiga tahun sebelum berpindah ke Pulau Pinang. While in Terengganu, aku sempat singgah sekejap ke Kijal beli lemang dan serunding buat bekal makanan nak bermalam di Kemaman. Ramai orang yang berhenti beli lemang. Ada yang borong pun iya jugaaa. Lemangnya sedikit manis tapi masih sedap dimakan. Yang paling penting adalah harganya yang sangat murah. Dua tiga kali tanya untuk kepastian. Tak dapatlah harga macam gini di tempat-tempat lain. Sebatang lemang hanyalah RM5 dahlah dapat lagi dua tiga ketul secara percuma.

Murah rezeki peniaga-peniaga disini.
Jadi : Ingat lemang ingatlah Kijal.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

28 comments:

  1. Anonymous14 June, 2018

    sis, agak2 raya kedua atau ketiga tahun ni bukak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak tak berani nak kata la.. bukan local. maaf ya..

      Delete
    2. Anonymous18 June, 2018

      takpe sis. saya dah pergi masa raya kedua. memang buka .. tapi bukan semua gerai la. sedap

      Delete
    3. waah rezeki tu hihi.. manis sikit kan tapi sedap je =)

      Delete
  2. Pernah beli lemang dekat terengganu dulu masa nak balik beraya tapi dah lupa kat mana. Sedap rasa ia tapi sebab dah lupa kat mana susah la nak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya memang famous di Kijal hehe. sedap sedap manis gitu kan.. taklah paling sedap tapi okayla nak makan =)

      Delete
  3. Memang murah. Dekat PJ tak dapat harga macam ni.. tapi en. Hb ai tetiap tahun buat sendiri untuk family. Alhamdulillah.. rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waah itu lagi menarik dan seronok. dulu time kecik adela atuk rajin buat. makin lama semua makin tak ada kudrat da. kita yang muda2 ni pun tak teruskan..

      Delete
  4. wahhh murahnya! Dekat subang sebatang dah cecah RM10 dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM10 tu kalau kat area Selangor dengan KL kira murah tu diknon. mahai lagi pun ada tapi rasa tak seberapa. huhu..

      Delete
  5. Murah harga tu. Kat sini plg murah rm15 tau. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. kat kita rm10-15 tu kira normal kan tapi di Kijal ni buluhnya kecil2 so itu kot harga pun murah..

      Delete
  6. Bestnya lemang ! Menu wajib sebelah asben ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan.. kalo dapat org pandai buat lagilaaa terangkat =D

      Delete
  7. Comel gila lemangnya. Harga murah pula tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel kecik2 je.. tah seorang makan boleh habis sebatang =P

      Delete
  8. Wahhhhh! Akak masih kemaruk makan lemang. Ni nak pergi cari lemang bugis pulak!😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT surrender da kak.. kalo ada pun makan sikit je hahaha xleh go da ketupat lemang hehehe..

      Delete
  9. Wow murahnya..memang berbaloi samgat la dr segi harga..rasanya macam mana plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya manis manis lemak gitu =D

      Delete
  10. rm5 kat KL ni ct batang lemang pun lom tentu dapat adusssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahhaa RM5 kat KL dapat asap jeee hahaha..

      Delete
  11. murah tu..dpt lg percuma ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. murah hati sungguh makcik tu =D

      Delete
  12. rm5 sebtg?
    murah sgt tu dik.
    kat melaka sebtg berbelas RM!
    ada sorang member aida, kampung di kemaman.
    dia ada share lemang murah di sana.
    tak sangka plak as low as RM5 :) wow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. area Kemaman tu dekat ngan Kijal tu laa lemang murah2 memang kawasan dia. haha masa tu prepare duit extra la ingat sama rege dengan kat tempat kita. sekali RM5 jaa tnya mokcik tu bnyak kali.. dia plak ingat RM5 tu mahai..

      Delete
  13. murahnya harga, dekat sini rm15 sebatang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi standard kat tempat kita memang belas2 sebatang =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.