SITI.YANG.MENAIP: HIDANGAN MAKANAN KOREA SEDAP DI B.BAP KOREAN FOOD RESTAURANT

HIDANGAN MAKANAN KOREA SEDAP DI B.BAP KOREAN FOOD RESTAURANT

/
38 Comments
June 30, 2018

HIDANGAN MAKANAN KOREA SEDAP DI B.BAP KOREAN RESTAURANT

MAKANAN KOREA DI B.BAP KOREAN RESTAURANT | Kat Malaysia ni dah banyak sangat options restaurant yang menyediakan hidangan makanan dari Korea. Macam-macam pilihan dan semuanya menarik. Aku mula jinak dengan makanan Korea masa zaman universiti. Aku dengan kawan-kawan selalu pergi makan hidangan Korea dekat Foodcourt Midvalley. Sedap walaupun tak nampak exclusive macam makan di restaurant. Jenis macam aku kalau dah suka makan di satu-satu kedai selalunya akan ulang pergi banyak kali. Sama dengan dishes pilihan hati. Kalau dah suka yang itu memang yang itu jugalah dipilih. Salah satu restaurant yang menyediakan hidangan makanan Korea sedap yang selalu aku pergi adalah B.BAP Korean Food dan Soopong. Aku pernah share diSINI dulu tapi nak share lagi. Salah satu faktor kenapa aku suka dua kedai ni - dekat dengan rumah / senang nak pergi. Tak ingat dah berapa kali sebenarnya aku pergi. Kali ni aku kongsikan mengenai B.BAP Korean Food. Aku nak compile semua gambar-gambar makanan di B.BAP Korean Food yang pernah aku ambil jadikan koleksi. Rugilah penat ambil gambar tapi tak tayang. Aku selalu ke B.BAP Korean Food di IOI City Mall dan NU Sentral. Di IOI City Mall kedainya lebih besar dan selesa. Di NU Sentral kecil sikit tapi menarik ada dua tingkat. Aku pernah pergi seorang diri makan. Well !! Memang forever alone.

PILIHAN MENU DAN HARGA MAKANAN DI B.BAP KOREAN FOOD RESTAURANT








B.BAP Korean Food IOI City Mall.

Bab harga memang standard macam itulah harganya. Aku rasa harga hidangan makanan Korea dimana-mana restaurant pun hampir sama. Tak adalah makan selalu sesekali bolehlah kalau tak mau kering juga poket. Kena pergi makan ramai-ramai baru berbaloi sebenarnya sebab hidangan makanan adalah dalam skala besar. Big portion dan boleh kongsi. Dulu mula-mula pergi selalu tamak order menu asing-asing nak rasa itu rasa ini tak mahu kongsi ended up perut kenyang teruk tak boleh habis. Sekarang dah makin pro sikit pembaziran dapat dielakkan. Order ikut kapasiti..

HIDANGAN MAKANAN KOREA DI B.BAP FOOD RESTAURANT

Ini adalah koleksi gambar-gambar makanan di B.BAP Korean Food Restaurant yang aku ada dalam simpanan. Selalu pergi makan mana-mana mesti nak ambil gambar lepas tu simpan mereput. Senang dalam entry ni aku kumpulkan semua daripada makin lama terperam dalam hardisk tak jadi apa. Boleh bagi bayangan kat korang juga yang tak pernah dan teringin nak cuba makanan di B.BAP Korean Food.

Aloe Vera Juice dan F&N Soda Water.

Side dishes (banchan) yang diberikan. Boleh minta kalau nak lagi..

Bulgogi Bokkeum 불고기 볶음 (Served with a bowl of rice). My favourite..

Spicy Korean Ramyeon Beef 라면.

Nasi macam pulut. MamiZ pun dah pandai makan nasi macam ni..

Kimchi Fried Rice | Tteobokki | Kimbab

Lagi side dishes yang diberikan. Stir fried potatoes sedap.

Aloe Vera juice adalah wajib.

Red Bean Fruit Bingsu (Ice shaved). Ini biasa-biasa saja.

The famous Bibimbap. Not bad tapi kalau tak suka sayur tak recommend. 

Soon Dubu Jigae. Tofu stew with beef.



Seafood Fried Rice.

All time favourite Korean snack - Tteobokki.


Banyaknya kau makan !! Nak buat macam mana tak boleh kata tidak ginilah jadinya. Plus, I have great companies yang sama-sama suka makan makanan Korea jadi selalu jugalah berjumpa ramai-ramai sambil makan. Dalam list aku, personally B.BAP Korean Food holds quite a reputation sebab tak pernah lagi mengecewakan. Jadi tak rugi kalau singgah dan cuba makanan Korea di B.BAP Korean Food. Semua hidangan yang pernah dicuba sedap belaka. Kalau ada kedai makanan Korea yang best bolehlah recommend dekat aku ya. Omooo mashisoyo  맛있었어요

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

38 comments:

  1. ada kawan mama suka makn kat sini tapi mama x try lagi.. nampak sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cuba sekali suka terus hehe.. nanti Mama cubala pula mesti suka juga nak makan lagi lagi lepas tu =)

      Delete
  2. Sedapnya kak sym, yumss, lma xmkn mknn korea ni..last mkn kat dubuyo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dubuyo okay jugak kan.. jom Timm kita dating lama tak dating sama. tapi kat Penang tak sure nak makan makanan Korea kat mana..

      Delete
  3. terliur teruk tengok gambar! Semua nampak sedap sangat plus dekat situ ada ramen & jajang myeon :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa jajangmyeon tak pernah cuba. kalo plan nak try pun ended up pilih makanan lain. kena cuba jugakla one day ihih..

      Delete
  4. aduhhh terliur tengok ayam dan tteobokki tuuuu. teringin nak makan full korean style macam nie, tapi kat tempat BV sekarang belum ada T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Penang pun rasanya baru ada few je baru nak bercambah hehe.. ni kena tunggu balik kampung baru boleh cuba macam2..

      Delete
  5. xpernah lagi rasa makanan korea.:)

    ReplyDelete
  6. Adoi sedapnya, jadi lapar pulak baca entri nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi yang publish entry pun keje telan ailio =P

      Delete
  7. okey boleh try ni kat sini. biasa pergi sopoong je. hehe thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soopong pun sedap juga. hihi semuala sedap =D

      Delete
  8. anak anak sedara suka makan makanan korea ni, sedap sedap je nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaah pandai diorang makan makanan Korea ye.. memang sedap pun =D

      Delete
  9. Anak2 akak suka makan ni, dah bebrapa kali cuba nak ajak akak join tapi,,belum sampai seru,,akak ni jenis yang susah nak cuba makanan yang pertama kali nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi pergila cuba sekali. kalau tak cuba tatau kan sesuai dengan selera ke tak. tengok2 jadi macam mak CT.. skrng da suka makanan Korea =D

      Delete
  10. nak juga cuba nanti, tapi risau tekak tak kena selera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay jaa haih macam lauk2 Malaysia gak. hahaha..

      Delete
  11. kalo ada geng yg sekepala suka menu korea bole la pegi mkn kt restoran korea tp tk rmi yg suka..tp akak pn xbrp menu korea tp kalo ayam & ramyeon tu bole mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalo takdak geng pun CT penah pi makan sorang forever alone gamaknya. tapi kalo ramai2 lagi syokla. so far menu2 yang kami order okay. tak jauh lari dari tekak kita juga. bolehla cuba nanti kak.. tak kenal maka tak cinta =D

      Delete
  12. teliti betul aida tgk gambar2 yg siti share dlm entri ni tau.
    aida tak pernak lepak masuk kedai makanan korea.
    tak pandai. tak pernah rasa...
    best nyer kalau ada member yg boleh ajar aida makan semua tu.
    nampak menyelerakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. meeeeh nak ajar joooom. mesti lepas tu fall in love terus =D

      Delete
  13. terbaek.. nampak sedap :)

    ReplyDelete
  14. Dah bookmark.. Ada rezeki, bolehlah singgah nanti..

    ReplyDelete
  15. Tak pernah lagi cuba B.Bap sebab ada yang kata macam tak sedap sangat. Tapi kalau tengok selection, macam B.Bap offer banyak gila choices.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi akak semua sedap tapi adalah kurang here and there sikit. macam di BBap maybe menu A tak okay tapi yang lain okay. di kedai lain menu B the best compared to kedai lain gitula. tapi so far tak penah mengecewakan =D

      Delete
  16. last makan makanan Korea adalah masa kat Jeju. Teringat 'asam pedas'. Akak x pandai makanan Korea, kalau gi selalu kawan2 yang orderkan. Melantak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kat Jeju tu yang orila first class punya rasa. tapi yang ada kat Malaysia pun not bad. okayla tu kak boleh makan.. ada yang takleh go terus =D

      Delete
  17. Dulu tak pernah minat makanan Korea. I prefer Japanese cuisine more than Korean. Tapi after visit Jeju, nowadays torn in between sama ada Japanese or Korean. Hehehe. Terliur tengok semua menu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. both have diff satisfactory points kan.. sometimes tekak rasa Japanese sometimes tekak rasa Korean huhuhu but dedua ohsem =D

      Delete
  18. Menu yang ada tu sangat menggoda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah itula matlamatnya hahaha..

      Delete
  19. semua nampak sedap... tp rasa macam tak habis hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee semua ni bukan skali makan. ni koleksi gambar2 =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.