SITI.YANG.MENAIP: BERCUTI KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH : TEMPAT-TEMPAT MENARIK DAN PILIHAN MAKANAN YANG SEDAP DI MELAKA

BERCUTI KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH : TEMPAT-TEMPAT MENARIK DAN PILIHAN MAKANAN YANG SEDAP DI MELAKA

/
16 Comments
June 25, 2018

JALAN-JALAN BERCUTI KE MELAKA & TEMPAT MAKAN SEDAP DI MELAKA

BERCUTI KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH : MENARA TAMING SARI + MELAKA RIVER CRUISE + BANGUNAN STADTHUYS + BIG BOWL ICE KOTA LAKSAMANA + IKAN BAKAR PARAMESWARA UMBAI + KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE DAN FREEPORT A'FAMOSA OUTLET. Yang dah kembali bekerja selamat menjalankan tugas dan yang masih bercuti selamat enjoy. Perancangan awal aku dan MamiZ - sepatutnya kami berdua berangkat 'balik kampung' pada hari raya ketiga tapi sebaik-baik kami merancang, Allah SWT juga penentu segalanya. Ada hikmah disebalik semuanya jadi kita simpan itinerary dulu mana tahu ada rezeki di lain hari. Tak dapat keluar dari Malaysia kita jalan-jalan dalam negara pun jadilah. Kali ini aku nak kongsikan cerita short trip aku dan MamiZ ke Melaka pada hari raya keempat yang lepas. Kali terakhir meronda sekitar Bandar Hilir adalah with Onni enam tahun yang lalu trip berdua sebelum convo. Memang dah lama sangat tak ke Melaka apa salahnya kembali top up memories. Kami kesana selama tiga hari dua malam. Trip santai saja tak ada nak cover kesemua tempat-tempat menarik di Melaka. Peniaga-peniaga pun masih seronok beraya jadi tak banyak kedai-kedai makan hot spots yang beroperasi. Nasiblah.. Kami memilih untuk bermalam di Holiday Inn Melaka. Lokasi yang strategik betul-betul berhadapan dengan Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade di Bandar Hilir. Kalau nak meronda sekitar Melaka eloklah pilih untuk menginap di hotel-hotel sekitar Bandar Hilir. Semuanya dekat dengan tempat-tempat tarikan di Melaka. Hari pertama sampai kami tak keluar kemana hanya melepak didalam bilik. For dinner, aku order Domino's Pizza. Banyak mengulat bawah selimut guling kiri kanan dan tidur. Beginilah cara family aku kalau namanya jalan santai..

MENARA TAMING SARI MELAKA

Hari kedua di Melaka baru mula nak bergerak ke beberapa tempat-tempat menarik yang sudah disenaraikan. Tak ambitious nak cover semua jadi kita tapis mana yang perlu. Destinasi pertama pilihan kami adalah ke Menara Taming Sari. Naik Grab Car senang aku malas nak drive dan cari parking. Grab Car pun banyak beroperasi jadi gunakan saja khidmat mereka. Traffic di sekitar Bandar Hilir smooth tak adalah teruk sesak. Orang agak ramai juga sebenarnya tapi it was fine. Tak pasti harga tiket berapa dikenakan sebab berpandukan papan harga macam lain. Total aku bayar was cheaper. Mungkin ada promosi entahlah tak pasti. Menara Taming Sari adalah antara tarikan menarik yang baru dibina di Melaka pada tahun 2008. Dah genap sepuluh tahun beroperasi baru aku berjaya jejak kaki. Sebelum ke ruangan menunggu kena ambil gambar dulu. Huuurm.. tak berkenan sangat tapi ku turuti jua. Tak lama tunggu terus dapat masuk ke dalam cabin. Dengan paras ketinggian setinggi 80M kita dapat menyaksikan panorama 360 darjah kawasan sekitar Bandar Hilir dipelihara UNESCO termasuklah : St. Paul Hill, Muzium Samudera, Dataran Pahlawan, Masjid Selat dan banyak lagilah tarikan-tarikan menarik di Melaka. Kalau naik waktu malam menarik juga nampaklah lampu-lampu cantik sekitar Melaka. Aku prefer naik waktu siang.. Cerah terang biji mata tengok view. Bila dah sampai pada ketinggian maximum rasanya adalah tiga pusingan dibuat sebelum turun semula ke bawah. Sepatah aku tak dapat dengar penerangan yang dibuat sebab bising yang amat kanak-kanak ramai terjerit-jerit.




Kawasan tambak yang semakin luas. Tak tahulah nak bina apa lagi.

Kawasan Bandar Hilir yang pesat membangun. Holiday Inn dikejauhan.





  Orang Melaka panggil Inang-Inang. Aku panggil keropok nasi.

Cendol Durian RM38.00 semangkuk pilihan MamiZ.

Naik beca Didi and Friends untuk ke lokasi seterusnya.

Kayuh.. Kayuh jangan berputus asa.

Muzium Samudera. Dah pernah masuk sekali dengan MamiZ dan DediS dulu.

Ingatkan akan gayat bila sampai atas syukur tak. Aku nervous sikitlah tempat-tempat tinggi tak selera sangat. Tak payah nak bangun meronda pun dalam cabin tu duduk saja nikmati permandangan. Tapi dah ramai kanak-kanak ada jugalah seorang dua yang terlepas kesana sini. Jujurnya aku tak berapa nak enjoy naik Menara Taming Sari sebab bising dan dua tiga kali ada budak melintas depan aku. Bukan ada space luas pun muat-muat nak letak kaki saja jadi faham-fahamlah tak selesanya rasa bila kaki kena tepis nak kasi laluan. Bukan minta izin tolak gitu saja. Pandang jugalah parents yang terlibat tapi tak ada function pun. Iyaaalah dengan kanak-kanak tak usah berkira kecil lagi taaapi.. (aku biarkan tergantung disini pandai-pandai sambung). Dalam hati tak berapa nak ikhlas sedar-sedar dah turun. Kalau ikutkan nampak dari atas semua tempat-tempat menarik wajib terjah di Melaka adalah walking distance tapi tak sanggup nak menapak dengan cuaca panas matahari mencanak atas kepala. Keluar dari cabin terus diserbu team jual gambar. Dihulurnya gambar kami siap dengan magnet RM50. MamiZ bising suruh beli bukan teringin tapi tak tahu kalau tak beli nanti gambar kami jadi apa. Betul juga.. Pejam mata bayar walaupun gambar cantik tapi melayang duit. Singgah minum cendol dan air kelapa sambil borong dodol dan keropok inang-inang. Dengan menaiki beca berhias, kami minta dihantarkan terus ke port Melaka Cruise. 

MELAKA RIVER CRUISE

Dulu dah naik sekali pada waktu malam this time naik meronda waktu siang pula. Family aku jenis suka naik cruise. Kalau pergi tempat ada cruise akan usaha untuk naik. Waktu malam permandangan sepanjang Sungai Melaka penuh lampu menyuluh ke lukisan-lukisan mural yang cantik. Kalau waktu siang tak adalah lampu tapi nampak jelas lukisan-lukisan warna warni. Tiket RM18.00 seorang untuk dewasa sebab tengah waktu cuti sekolah.  














Cruise pada waktu malam atau siang lebih menarik.. Aku pilih waktu siang. Lebih jelas permandangan sekeliling. Cantik lukisan-lukisan yang dilukis di dinding bangunan-bangunan sepanjang Sungai Melaka. Macam Street Arts di Penang tapi lebih jelas menunjukkan budaya dan peradaban di Melaka. Kalau tak nak naik cruise nak berjalan sepanjang Sungai Melaka pun boleh. Ada laluan khas dibina tapi jujurnya bau sungai sangatlah busuk. Malu pula aku rasa bila ada satu pasangan dari Korea duduk bertentang tapi asyik tutup hidung. Memang menyengat bau busuknya. Aku pun terpaksa tutup hidung dengan shawl. Bila selisih dengan boat yang lain air sungai tempias terperecik ke kita. Tak boleh jadi kalau nak pakai baju dan shawl yang sama untuk solat. Yang duduk tepi memang tak boleh nak elak. Selesai pusing aku dan MamiZ jalan kaki saja terus ke Bangunan Stadthuys.

BANGUNAN STADTHUYS MELAKA

Dalam bahasa Belanda, Stadthuys bermaksud 'dewan bandaraya' dan pernah menjadi rumah kepada gabenor Belanda satu masa dulu. Besar bangunannya dan berada dalam kawasan kubu Melaka sampailah ke atas Bukit St. Paul. Sekarang rasanya dah ditukar jadi balai seni atau tempat pameran seni mungkin aku pun tak pasti. Sekadar meronda disekitar Stadthuys tak masuk ke dalam pun. Dah pernah masuk meronda dengan Onni dan tak rasa nak repeat. Panjat sampai atas pun dah pernah jadi tak rasa nak repeat. Banyak kedai souvenirs disini dan harga berpatutan. Beli tiga biji fridge magnets dengan harga RM10. Standard harga disekitar Melaka. Di Dataran Pahlawan mungkin lebih murah. Choices menarik colourful dan kemas. Beli untuk diri sendiri dan makcik-makcik. Selain itu, ada banyak pilihan tshirts dan barangan kraftangan. Untuk pelancong-pelancong dari luar, elok sangatlah nak memborong souvenirs disini. 









Dah puas duduk melepak sambil layan buskers nyanyi few songs kami booked Grab Car lagi untuk ke next destination. Panas terik cuaca dapat makan benda sejuk pun sedap. Jadi kami ke Big Bowl Ice di Kota Laksamana sebelum balik ke hotel semula. Banyak blogs suggested untuk cuba desserts disini jadi marilah kita cuba.

BIG BOWL ICE KOTA LAKSAMANA


Konsep macam shaved ice di kedai-kedai lain saja tapi sedap jugalah. Semangkuk besar penuh dengan buah-buahan ice cream dan puding. Aku order Milk Snow Ice with Mango. Ralit makan sedap lega tekak. Tak kedekut toppings banyak buah mangga dan pudding pun sedap. Pilihan menu sangatlah banyak rambang mata nak pilih yang mana. Kalau pergi ramai boleh rasa pelbagai pilihan. Next time kalau pergi lagi nak cuba yang lain pula. MamiZ order jus kurma. Bagi aku choices menarik dan harga pun berpatutan. Tak mahal sangat just nice.





Puas hati makan sejuk tekak. Kami terus pulang ke hotel semula tak ada dah tempat yang ingin dituju. Rehat sekejap buatlah apa yang patut dan by 7.00PM keluar semula untuk ke Umbai nak makan ikan bakar. Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Bandar Hilir. Plan asal nak ke Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai Baru tapi entahlah macam mana tersampai ke Ikan Bakar Parameswara. Sebenarnya dengan DediS dulu kami sekeluarga dah pernah makan di Umbai tapi tak berapa kena dengan tekak. Sajalah nak pergi lagi sekali mana tahu ada perubahan. Ternyata tak pernah berubah dan masih lagi sama tak kena dengan tekak. Mungkin dah biasa makan ikan bakar sedap yang ada di Pulau Pinang jadi expectation tinggi. Ini ikut selera aku yaaa terpulang pada korang macam mana. Aku tengok ramai yang makan penuh selera jadi sedaplah untuk diorang agaknya. Kawan-kawan aku pun bagi response kata sedap jadi isu ini sangat subjektif. Bagi aku sangat hambar.. Ikan Jenahak dibakar kosong tak ada sambal kering saja garam pun tak rasa. Kena minta sambal asing. Nak ambil gambar pun tak ada mood. Cepat-cepat makan mana yang termampu selebihnya minta ampun banyak-banyak membazir. No more next time.. It is okay kalau orang ajak pun aku tak rasa nak pergi dah.

KLEBANG ORIGINAL COCONUT MILKSHAKE

Sebelum pulang ke Bangi sempat singgah sekejap ke Klebang nak cari coconut milkshake yang famous. Ramai orang tapi jangan risau parking pun banyak. Ramai pelanggan bangsa Cina dari Singapore. Woaah seronoknya berniaga ramai pelanggan datang. Di Klebang Original Coconut Milkshake bukan setakat ada coconut milkshake saja, ada juga pilihan makanan-makanan seperti nasi lemak, mee goreng, bihun goreng dan kuih muih. On the way ke Klebang lalu juga kedai kuih keria yang famous tapi masih tak beroperasi. Tak ada rezeki nak cuba tapi di Klebang Original Coconut Milkshake ada juga kuih keria. Harga coconut milkshake hanyalah RM2.50. Murah dan sedap jadi wajib datang singgah.






Kami singgah ke Freeport A'Famosa Outlet juga saja cuci mata tengok apa yang menarik. Minggu raya agaknya banyak juga discount seronoklah shopping. Habis dah melabur marilah kita balik. Traffic agak sibuk menghala Kuala Lumpur seram juga memandu semua orang macam berlumba. Selesai trip santai aku dan MamiZ ke Melaka. Tak banyak tempat-tempat menarik di Melaka yang kami pergi. Hanya selected places saja. Tapi aku suka sebab tak terkejar-kejar dan tak terlalu penat. Jalan dengan MamiZ pace kena sederhana saja tak boleh ambitious sangat nak pergi sana sini. Next time kalau pergi ke Melaka lagi nak attack kedai-kedai makanan yang famous especially kedai asam pedas. Aku dah siapkan list kedai-kedai makan yang terkenal tapi sayang pergi time raya memang macam inilah gayanya. Iyaaalah orang nak beraya. Next trip tak tahulah nak pergi mana belum ada perancangan. Kita menabung dululah sementara menunggu..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

16 comments:

  1. banyak dah berubah..dlu biasa2 jer..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul setuju.. dulu macam biasa je skrang makin meriah =D

      Delete
  2. big bowl ice tu yummyyy...coconut shake klebang wajib singgah..fuh cendol durian rm 38hengget

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang suka cendol durian okaylah layan. CT kenot go hehe.. and harga memang standard gitu lebih kurang. aiyooo..

      Delete
  3. SERONOKNYA SITI KAT MELAKA BANDAR BERSEJARAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok Kak PI sebab dah lama tak pergi. mengimbau kenangan =')

      Delete
  4. paling last pergi melaka 9 tahun lepas, bahahaha ....
    sekarang ni byk pula makanan menarik kat melaka, dulu pergi tak tau pun bab2 makanan viral ni ... tak tau bila lagi nak jejak kaki kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi lama dari CT hihi.. bolehla rancang lagi nak pergi Melaka memang da banyak perubahan sangat2 dah. pilihan makanan pun ohsem2 belaka =)

      Delete
  5. best jalan-jalan di Bdr Melaka...dah semakin cantik..suka tengok bangunan2 lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. part semakin cantik tu cheq setuju. dulu cem hambar jee kat kawasan2 tertentu je idop. skrng ni dengan lambakan kedai makan memang hidup =D

      Delete
  6. welcome to melaka, adik ku :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. woot woot.. ada tak orang Melaka nak banje asam pedas =D

      Delete
  7. cendol dan milk snow ice tu memang menggoda nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka milk snow lagi cendol kenot goo.. kenot goo..

      Delete
  8. 8 tahun tak p Melaka.. mcm2 dh ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah boleh repeat dah tu Nina hehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.