SITI.YANG.MENAIP: June 2018

HIDANGAN MAKANAN KOREA SEDAP DI B.BAP KOREAN RESTAURANT

MAKANAN KOREA DI B.BAP KOREAN RESTAURANT | Kat Malaysia ni dah banyak sangat options restaurant yang menyediakan hidangan makanan dari Korea. Macam-macam pilihan dan semuanya menarik. Aku mula jinak dengan makanan Korea masa zaman universiti. Aku dengan kawan-kawan selalu pergi makan hidangan Korea dekat Foodcourt Midvalley. Sedap walaupun tak nampak exclusive macam makan di restaurant. Jenis macam aku kalau dah suka makan di satu-satu kedai selalunya akan ulang pergi banyak kali. Sama dengan dishes pilihan hati. Kalau dah suka yang itu memang yang itu jugalah dipilih. Salah satu restaurant yang menyediakan hidangan makanan Korea sedap yang selalu aku pergi adalah B.BAP Korean Food dan Soopong. Aku pernah share diSINI dulu tapi nak share lagi. Salah satu faktor kenapa aku suka dua kedai ni - dekat dengan rumah / senang nak pergi. Tak ingat dah berapa kali sebenarnya aku pergi. Kali ni aku kongsikan mengenai B.BAP Korean Food. Aku nak compile semua gambar-gambar makanan di B.BAP Korean Food yang pernah aku ambil jadikan koleksi. Rugilah penat ambil gambar tapi tak tayang. Aku selalu ke B.BAP Korean Food di IOI City Mall dan NU Sentral. Di IOI City Mall kedainya lebih besar dan selesa. Di NU Sentral kecil sikit tapi menarik ada dua tingkat. Aku pernah pergi seorang diri makan. Well !! Memang forever alone.

PILIHAN MENU DAN HARGA MAKANAN DI B.BAP KOREAN FOOD RESTAURANT








B.BAP Korean Food IOI City Mall.

Bab harga memang standard macam itulah harganya. Aku rasa harga hidangan makanan Korea dimana-mana restaurant pun hampir sama. Tak adalah makan selalu sesekali bolehlah kalau tak mau kering juga poket. Kena pergi makan ramai-ramai baru berbaloi sebenarnya sebab hidangan makanan adalah dalam skala besar. Big portion dan boleh kongsi. Dulu mula-mula pergi selalu tamak order menu asing-asing nak rasa itu rasa ini tak mahu kongsi ended up perut kenyang teruk tak boleh habis. Sekarang dah makin pro sikit pembaziran dapat dielakkan. Order ikut kapasiti..

HIDANGAN MAKANAN KOREA DI B.BAP FOOD RESTAURANT

Ini adalah koleksi gambar-gambar makanan di B.BAP Korean Food Restaurant yang aku ada dalam simpanan. Selalu pergi makan mana-mana mesti nak ambil gambar lepas tu simpan mereput. Senang dalam entry ni aku kumpulkan semua daripada makin lama terperam dalam hardisk tak jadi apa. Boleh bagi bayangan kat korang juga yang tak pernah dan teringin nak cuba makanan di B.BAP Korean Food.

Aloe Vera Juice dan F&N Soda Water.

Side dishes (banchan) yang diberikan. Boleh minta kalau nak lagi..

Bulgogi Bokkeum 불고기 볶음 (Served with a bowl of rice). My favourite..

Spicy Korean Ramyeon Beef 라면.

Nasi macam pulut. MamiZ pun dah pandai makan nasi macam ni..

Kimchi Fried Rice | Tteobokki | Kimbab

Lagi side dishes yang diberikan. Stir fried potatoes sedap.

Aloe Vera juice adalah wajib.

Red Bean Fruit Bingsu (Ice shaved). Ini biasa-biasa saja.

The famous Bibimbap. Not bad tapi kalau tak suka sayur tak recommend. 

Soon Dubu Jigae. Tofu stew with beef.



Seafood Fried Rice.

All time favourite Korean snack - Tteobokki.


Banyaknya kau makan !! Nak buat macam mana tak boleh kata tidak ginilah jadinya. Plus, I have great companies yang sama-sama suka makan makanan Korea jadi selalu jugalah berjumpa ramai-ramai sambil makan. Dalam list aku, personally B.BAP Korean Food holds quite a reputation sebab tak pernah lagi mengecewakan. Jadi tak rugi kalau singgah dan cuba makanan Korea di B.BAP Korean Food. Semua hidangan yang pernah dicuba sedap belaka. Kalau ada kedai makanan Korea yang best bolehlah recommend dekat aku ya. Omooo mashisoyo  맛있었어요

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TEMPAT MAKAN BEST DI IPOH : GREENTOWN DIMSUM

KEDAI MENJUAL DIMSUM HALAL DAN SEDAP DI GREENTOWN IPOH. First time pergi makan ke Greentown Dimsum memang terus jatuh cinta. Dahlah aku memang suka sangat makan dimsum. Bila ada kedai yang menyediakan hidangan dimsum halal dan ada pelbagai pilihan dimsum memang puuurrfect sangat. Terletak di Greentown Ipoh, Greentown Dimsum menyediakan pilihan pelbagai jenis dimsum halal untuk peminat-peminat dimsum. Rambang mata nak pilih dimsum mana nak dimakan rasa nak order semua jenis. Memang wajib singgah lebih-lebih lagi sekiranya korang memang peminat dimsum. Dah beberapa kali pergi sememangnya sedap dan puas hati makan. Hujan lebat pun sanggup juga redah semata-mata nak makan dimsum. Parking lots ada banyak jadi tak perlu risau sangat tapi kalau boleh avoid peak hours supaya tak sesak sangat. Dimsum adalah hidangan masyarakat Cina yang terkenal. Dikukus dan dihidangkan dalam bakul comel. Yang digoreng pun ada juga. Beberapa jenis dessert pun tersenarai dalam kategori dimsum kalau tak silap macam kuih pau dan tart telur. 

LOKASI GREENTOWN DIMSUM CAFE IPOH




Sambut birthday dua tahun lepas makan dimsum di Greentown Dimsum.


PILIHAN MENU-MENU DIMSUM DI GREENTOWN DIMSUM CAFE IPOH

Kalau biasa-biasa yang kita jumpa merata adalah Siew Mai. Kat Thailand Food Feast mesti ada Siew Mai. Jenis ni juga banyak dijual frozen kat hypermart atau di kedai-kedai makan Cina Muslim. All time favourite pilihan ramai samalah aku pun suka Siew Mai. Yang ada ayam dan cendawan memang super delicious. Tapi di Greentown Dimsum bukan setakat Siu Mai saja.. ada banyak lagi pilihan-pilihan dimsum yang menggoda. Aku dah cuba beberapa jenis dan ada few types yang dah jadi kewajipan untuk order setiap kali singgah. Di Greentown Dimsum ada juga menyediakan hidangan berat lain selain dimsum. Lauk pauk dan noodles pun ada untuk dipilih.








Setakat aku pergi dan enjoy makanan di Greentown Dimsum semuanya tak pernah mengecewakan. Aku tak dibayar pun untuk buat statement macam ni. Kalau sedap aku jujur cakap sedap. Korang cuba dulu sekali baru tahu sedapnya macam mana. Kalau ada urusan di Ipoh memang aku akan make sure dapat selit pergi makan di Greentown Dimsum.

HIDANGAN DIMSUM DI GREENTOWN DIMSUM IPOH

Ini adalah koleksi gambar-gambar hidangan yang aku cuba di Greentown Dimsum. Lepas ni kalau pergi lagi tepek gambar dalam satu entry saja. Biar semua dikumpulkan sekali. Dimsum pilihan aku adalah : Chicken Siew Mai, Prawn Dumpling, Mushroom Mai, Pyramid Dumpling, Salted Egg Mai dan banyak lagi. Nak senaraikan sampai bila tak habis.




Ada salted egg / telur masin. Sedapnya !!

Namanya Pyramid Mai sebab dia terbalik. Bunjut dimsum dibawah.


Nasi dengan ayam masak halia.

Tauhu goreng bersos.

Nothing can ever go wrong with chicken butter. Yuuumss !!



Cheung Fun in soy sauce dan sambal. Ohhhmai..

Yang tengah tu sangat menarik. Ada mushroom seketul dan makan dengan soup.


Aiyoo tergugat jiwa raga sendiri tengok gambar-gambar. Telan air liur berkali-kali. Nak pergi tapi jauh pula dari Penang. Sabarlah hati mana tahu tiba-tiba sampai Ipoh boleh pergi makan di Greentown Dimsum lagi. Jadi kalau korang nak rasa dimsum sedap dan berada di Ipoh, bolehlah singgah cuba. Tak akan menyesal punya aku bagi jaminan. Lagi teringat terkenang-kenang adalah. Kalau makan tu ingatlah kat aku sama. Tolong makan yaa.. Happy eating !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

PERCUTIAN KE PENANG DENGAN BUDGET SIKIT TAPI MASIH SERONOK

ENJOY PERCUTIAN KE PENANG DENGAN BUDGET YANG RENDAH : TEMPAT-TEMPAT MENARIK DAN TEMPAT-TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR PULAU PINANG. Nak bercuti ke Penang sebenarnya tak perlu pening kepala sangat fikir mana nak pergi dan mana nak makan. Dengan budget perbelanjaan yang rendah pun dah boleh enjoy Penang to the max. Almost setiap ceruk di negeri ini cantik dan boleh dijadikan spot bergambar. Antara artikel yang mendapat sambutan di blog ini adalah mengenai Pulau Pinang. Be my guest aku sedia jawab segala pertanyaan yang diajukan. Ramai juga yang drop comments yang email untuk bertanya macam-macam soalan. Aku tolong mana yang boleh. Dalam entry diSINI, aku dah kongsikan serba sedikit tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan sedap yang ada di Pulau Pinang untuk korang yang nak berjimat sepanjang berada di Penang. Kali ini aku akan kongsikan beberapa tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan best yang lain pula. Sesuai juga untuk perjalanan singkat selama dua hari satu malam atau tiga hari dua malam. Janji korang atur perancangan dengan teliti supaya dapat menikmati keriangan berganda di Penang.

Few months ago KAK  SAL came to Penang dan together with MamiZ kami sama-sama buat mini trip ke beberapa tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan sedap di Penang. Since masing-masing dah pernah terjah tempat-tempat wajib singgah di Penang, kami skipped banyak tempat dan pergi ke tempat-tempat yang kami tak pernah pergi. Aku ni duduk membesar di Penang pun tak pernah habis pusing tempat sendiri. Inilah peluang nak meronda seronok bila ada geng. We went to Taiping first earlier that day sebab ada kenduri. By noon baru gerak ke Penang dan destinasi pertama adalah ke (1) Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe di Bayan Lepas ni dah lama viral tapi aku tak pernah ada kesempatan nak pergi. Masukkan lokasi dalam GPS terus sampai depan kedai. Beroperasi dari pukul 11:00AM - 06:00PM / 09:00PM setiap hari. Tempat letak kereta pun banyak jadi jangan risau. Tujuh jenis nasi yang dihidangkan : Nasi Putih Nasi Lemuni Nasi Hujan Panas Nasi Lemak Pandan Nasi Kacang Nasi Tomato dan Nasi Minyak dihidangkan dalam satu pinggan bersama pilihan lauk yang banyak. Bunyi macam banyak sangat tujuh jenis nasi tapi semuanya ciput-ciput. Ngam-ngam untuk seorang makan. Menarik sangat konsep yang diketengahkan tapi aku tak berkenan Nasi Lemuni jadi next time nak minta ganti dengan nasi lain. Those yang baru first time nak cuba Nasi Lemuni bolehlah minta. Rasa dulu mana tahu kena dengan tekak.

 Ini namanya Asam Katok. Sedap makan ni ralit jeee.. Jumpa di RNR Gunung Semanggol terus rembat sebekas kasi orang KL rasa.

Comel kan nasi ciput-ciput tu.. Pilihan lauk banyak sangat rasa nak makan semua. Ended up dengan ayam masak kicap dan sambal sotong. Yuuums..

Soalan yang selalu aku dapat adalah : Lokasi mana yang sesuai kalau nak menginap di Penang ? Ni memang soalan cepumas. Okay kawan-kawan.. Nak berjalan ni kena tanya selera diri sendiri. Kita kena tahu dulu apa aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan, berapa orang yang terlibat, tahap keselesaan dan pengangkutan dan macam-macam lagi. Tapi antara lokasi-lokasi yang aku nak cadangkan dan sesuai untuk menginap adalah di sekitar Georgetown, Tanjong Bungah, Tanjong Tokong, Batu Ferringhi dan Gurney Drive. Aku personally tak berkenan bermalam di tengah-tengah Georgetown sebab sesak dan susah dapat parking unless hotel-hotel yang mahal. Tapi Georgetown sesuai untuk those yang nak cari tempat-tempat penginapan murah dan dekat dengan banyak tempat-tempat menarik. Tanjong Bungah, Tanjong Tokong dan Gurney Drive pula terletak di tengah-tengah laluan yang menghubungkan Georgetown dan Batu Ferringhi. Bagi aku agak strategic sebab balance. Kalau korang jenis yang suka lepak tepi pantai semestinya kena cari hotel-hotel di sekitar Batu Ferringi. Nak cari tempat penginapan macam mana itu terpulang. Semua jenis ada.. Untuk trip kali ini, aku pilih untuk bermalam di The Gurney Resort Hotel and Residences di kawasan Gurney Drive. 

Rehat sekejap sebelum keluar untuk ke destinasi lain pula ke (2) Penang Avatar Secret Garden di Tanjung Tokong. Ini pun tempat dah viral tapi baru ada kesempatan nak singgah. Kawasan sekeliling adalah kawasan tempat tinggal saja tapi diubah suai sikit dijadikan sebagai salah satu tarikan terbaru di Penang. Jangan datang waktu siang memang tak nampak apa. Kena datang waktu malam. Aku malas drive jadi naik Grab Car saja. Traffic was hectic orang tengah cuti jadi rancanglah perjalanan korang baik-baik. Pengunjung sangat ramai dan panas. Mungkin haba keluar daripada lampu-lampu yang dipasang. Parking kena bayar RM5 kalau tak silap. Bawalah camera canggih yang boleh shoot night view dengan cantik. Menarik ? Bolehlah cantik juga dan memang macam dalam film Avatar. Wajib singgah ? Wajib kalau tak pernah pergi lagi.

 Permandangan luar tingkap hotel The Gurney Resort Hotel and Residences.








Niat dihati nak makan (3) Pasembor Menari Joget di Gurney Drive tapi pemandu Grab Car turunkan kami di depan Gurney Plaza. Dah lama tak makan teringin pula tapi jauh nak menapak dari Gurney Plaza ke dataran dekat dengan roundabout. Haaaih !! Kalau korang berkesempatan, cubalah. Pasembor Menari Joget adalah antara kedai pasembor yang sedap di Penang selain Pasembor Padang Kota dan Pasembor Padang Brown. Sambil makan sambil tengok uncle joget. Hibuuuran.. Untuk lunch esok harinya kami decide nak makan nasi kandar. Restoran nasi kandar pilihan kami adalah (4) Nasi Kandar Deen Maju di Georgetown. Tak payah drive sebab seksa nak cari parking. Grab Car adalah solution terbaik terus turun depan kedai. Kedai dibuka 2.30PM tapi datanglah awal sebab orang beratur memang panjang. Kami sampai at 3.00PM jenuh beratur. Nak makan punya pasal tabahlah berpanas. Bawa payung sekali yaaa.. Restoran Nasi Kandar Deen Maju menyediakan banyak tempat duduk jadi jangan risau. Harga pun murah berbanding di restoran-restoran lain. Di Penang memang banyak restoran nasi kandar. Bagi aku sebenarnya rasa lebih kurang sama saja tapi haruslah ada beberapa yang famous dan extra sedap seperti di Restoran Kapitan Restoran Kassim Mustapa Nasi Kandar Line Clear Nasi Kandar Kampung Melayu dan Nasi Kandar Pokok Ketapang. Kalau malam Nasi Kandar Beratur sangat famous. Ikutlah mana satu nak pergi.

 Beratur panjang tak kisah. Janji dapat makan..

 Telur sotong telur rebus dan ayam goreng. Puuurfect !!

Sebelah petangnya pula boleh cover area Teluk Bahang dan Batu Ferringhi. Kalau nak buat aktiviti-aktiviti lasak boleh ke Escape Theme Park atau enjoy bermandi-manda di Escape Water Theme Park tapi kena allocate seharian suntuk. Singgah dulu beli air (5) Border's Tea di Tanjong Tokong. Kedai kecil bertentang dengan TESCO. Border's Tea memang famous dan sedap ada beberapa lagi kedai Border's Tea sekitar kawasan utara. Yang berdekatan dengan rumah aku dah tak beroperasi jadi bila terlajak ke pulau memang aku akan beli. Puas hati minum gelas besar dan harga pun murah. Semakin banyak flavours pilihan sekarang dulu ada sikit saja. My favourite adalah Peach Yogurt. Dah dapat minuman marilah kita meronda tepi pantai. Niat di hati nak singgah ke (6) Miami Beach atau pantai yang dekat dengan (7) Spice Garden tapi sesaknya tak jadi nak berhenti. Terus lajak ke Teluk Bahang singgah beli (8) Pulut Panggang / Pulut Udang Teluk Bahang sebelum lepak tepi pantai. Kedai pulut udang terletak dekat dengan roundabout Teluk Bahang. Di Teluk Bahang juga ada (9) Toy Museum dan sangatlah menarik kalau singgah. Rasa kembali ke zaman kanak-kanak. We ended up melepak tepi pantai dalam kawasan kampung di Teluk Bahang. Usually aku bawa kawan-kawan meronda sini sebab cantik perkampungan nelayan. Tapi kalau bukan local susah sikit nak explain how to get there jadi korang pergilah pantai-pantai lain yang famous di sepanjang Batu Ferringhi.

 Peach Yogurt Border's Tea.

 Gerai kecil saja jual pulut udang sedap di Teluk Bahang.





 Khas untuk Kak Sal. Hihihi..

Nak enjoy sunset di Penang boleh pergi ke (10) Empangan Teluk Bahang selain di pantai Batu Ferringhi. Selalu lalu tapi tak pernah terlintas nak berhenti singgah. Selalu jadi port orang jogging dan cantik juga view di Empangan Teluk Bahang. Yang penting tak ada entrance fee. Dari atas boleh nampak Escape dan Escape Waterpark. Nak mandi air terjun ? Boleh ke (11) Taman Rimba Teluk Bahang. Banyak aktiviti-aktiviti menarik di Teluk Bahang dan Batu Ferringhi. Jangan lepaskan peluang untuk enjoy sepuas hati di Penang. Dah seharian meronda mesti lapar. Selain nasi kandar, Penang pun terkenal dengan restoran-restoran yang menyediakan hidangan laut yang sedap. Di Batu Ferringhi pun ada banyak tapi aku nak recommend (12) Idrus Ikan Bakar Batu Uban. Kedai ni personally kedai favourite kami sekeluarga. Tempat-tempat lain pun sedap juga seperti Nurul Ikan Bakar dan Hammer Bay. MamiZ tak mahu ikut jadi aku dan Kak Sal saja pergi makan. Bagi aku harga makanan di Idrus Ikan Bakar adalah berbaloi dan tak mahal sangat. 




We ended our trip dengan menaiki (13) Feri Penang dari Georgetown ke Butterworth. Sempat singgah di (14) Ali Nasi Lemak Daun Pisang di Sri Weld Food Court Georgetown nak merasa nasi lemak bungkus yang viral. Tapi yang tak berapa best adalah - gerai berada dalam kawasan food court gerai-gerai makanan cina. MamiZ memang dah merungut habis tapi aku sendiri baru first time nak cuba jadi tak tahu keadaan macam mana. Parking lots ada tapi hectic sangat. Limited tempat duduk jadi the best option adalah beli bungkus dan makan di tempat lain. Kalau ada tempat kosong pun tak berapa sanggup nak duduk dengan keadaan sekeliling. Menarik sebab nasi lemak dibungkus panas dan ada few pilihan lauk. Walaupun beratur panjang tapi service laju dan sedap jugalah. Selain daripada nasi lemak, ada juga cucur udang dan kuih.

Banyak juga tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan best yang berjaya kami cover dalam tempoh yang singkat. Jalan santai saja enjoy dengan perbelanjaan yang limited. Jangan risau sangat. Dengan budget yang rendah pun dah boleh berseronok sakan di Penang. Mungkin kena allocate extra money untuk makanan sebab banyak sangat untuk dicuba. Kalau tak cuba nanti teringin dan kempunan pula jadi alang-alang dah sampai kita makan. Tak ada dah alasan lagi untuk korang tak jadi datang ke Penang. Selamat bercuti.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.