SITI.YANG.MENAIP: MENU ROTI BAKAR KACANG PHOOL / POOL YANG PERTAMA DI PULAU PINANG

MENU ROTI BAKAR KACANG PHOOL / POOL YANG PERTAMA DI PULAU PINANG

/
28 Comments
December 02, 2017

MENU ROTI BAKAR KACANG PHOOL / POOL YANG PERTAMA DI PULAU PINANG

Menambah satu lagi pilihan tempat makan yang menyajikan pilihan makanan yang sedap di Pulau Pinang di dalam carta, memperkenalkan Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool Penang yang terletak di kawasan Tanjung Tokong berdekatan dengan Batu Ferringhi, Georgetown dan Gurney Drive. Hidangan kacang phool bukanlah asalnya makanan masyarakat tempatan di Pulau Pinang. Semua tahu dan sedia maklum hidangan kacang phool sangat famous di negeri Johor especially di Larkin. Jauhnyaaa nak sampai Larkin bagi aku dan penduduk-penduduk di kawasan utara semata-mata untuk merasa hidangan kacang phool. Sekarang korang dah tak perlu risau sebab kita semua boleh menikmati hidangan kacang phool tanpa perlu pergi jauh hingga ke Larkin. Dah ada hidangan kacang phool di Pulau Pinang !! Aku tak pernah sampai Larkin dan tak pernah rasa macam mana sedapnya hidangan kacang phool di Larkin jadi tak dapat nak buat perbandingan. Tapi yang pastinya, di Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool, hidangan kacang phool yang disajikan adalah sedap dan menyelerakan. Sebelum menu kacang phool famous, aku tak tahu pun apa itu kacang phool memang tak pernah dengar. Bila viral nak cuba alahai jauhnya jadi bertangguh-tangguh untuk rasa. Sejak tahu adanya hidangan menu roti bakar dan kacang phool di Penang, terus ajak MamiZ pergi cuba. Dah dua kali kami pergi dan berpuas hati. 

LOKASI NAZZERAA'S ROTI BAKAR KACANG PHOOL TANJUNG TOKONG PULAU PINANG


Kedudukan Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool yang strategik berada di tengah-tengah kawasan tumpuan pelancong membuatkan lokasi mudah untuk sampai. Hanya key in nama lokasi di perisian GPS memang akan sampai. Kawasan tempat letak kenderaan juga luas. Kali pertama pergi dengan MamiZ, hanya ada beberapa saja hidangan utama. Perniagaan baru mula. My second visit recently adalah bersama beberapa orang geng Blogger Utara. Terus setuju bila Arz Moha ajak melepak sambil makan kacang phool. Setelah tiga tahun berniaga alhamdulillah bisnes semakin maju dan rancak dengan pengunjung. Hidangan-hidangan juga banyak yang baru tak sabar kami nak cuba. 

MENU DI NAZZEERAA'S ROTI BAKAR KACANG PHOOL TANJUNG TOKONG PULAU PINANG

Dah sampai kedai kacang phool wajiblah kita order set kacang phool. Semangkuk penuh kacang phool boleh dipilih dengan empat jenis hidangan roti yang berbeza. Ikutlah selera tekak masing-masing. Jangan pandang rendah tau sebab nampak saja sikit tapi mengeyangkan. Penuh perut rasanya nak habiskan satu set hidangan. Boleh juga cuba hidangan sampingan yang ada seperti Roti Jala, Roti Telur Goyang dan macam-macam lagi. Memang seronok tengok pilihan makanan dah bertambah. Mesti makin mendapat sambutan. Paling menarik perhatian aku adalah Caramelized Banana yang sangat awesome. Sedapnyaaa rasa wajib order !!


Menu pilihan : Set Roti Bakar Biasa & Kacang Phool,
Caramelized Banana dan air Lemon Lychee.

Hidangan yang santai tak berat sangat sedap dimakan dengan ahli keluarga atau kawan-kawan tapi cukup mengenyangkan. Kami pergi berempat dapat order pelbagai hidangan merasa seorang sedikit. Tapi Caramelized Banana aku tibai seorang tamak tak mahu kongsi. It is just too good.. Sempat sembang dengan owner, alhamdulillah rezeki semakin murah. Lebih mengagumkan bila ramai juga bangsa-bangsa lain turut sama datang dan menikmati hidangan kacang phool disini. Menarik sebab itu tandanya hidangan kacang phool semakin diterima oleh bangsa-bangsa lain. Jadi buat korang yang merancang perjalanan ke Pulau Pinang, especially kawasan pulau jangan lupa masukkan Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool dalam senarai Jalan-Jalan Cari Makan. Tak rugi cuba.. Happy eating !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

28 comments:

  1. Ujan2 tgk gmbr makanan tu sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe lagi2 caramelized banana tu hehe dapnyee =D

      Delete
  2. sedap, memang sedap kak ana dah dua kali makan kacang phool ni, dan ada kawan ajar masak sendiri cuma kak ana belum pernah try masak, bahan dia pun macam banyak gak, jadi rasanya baik beli je dan nikmati kan CT :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak Kak Ana memang tak rajinla CT pun nak masak. lagi2 yang renyah macam ni.. dah ade orang jual kita support sajalah pergi makan hehe..

      Delete
  3. salam kenal...sy blogger utara jugak...mmg tgh cari kacang pool kt penang nii..nnti, nk kena terjah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe haaaai.. sedap. jangan lupa cuba ya =D

      Delete
  4. Replies
    1. kena pulak suhu sejuk skarang ni ye.. dapnyee =D

      Delete
  5. tak pernah makan kacang pool. slalu glemer dekat johor kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulaa selalu dengar orang cuba di Johor.. skarang da ade kat Penang yeaaay..

      Delete
  6. Duduk Tganu ni mana lah nak cari kacang pool.. Ahli rumah pon tak minat.. Sedaaaappp nya kan kacang pool..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee mai Penang laa gamaknya kena cari. tapi kena ada geng yang minat baru best kan ehehe..

      Delete
  7. Wah,bukan takat roti bakar ja, banyak yang special yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Zumal.. ada banyak lagi menu yang best best..

      Delete
  8. sedapnyaaaa.....nih nak kena pergi makan nih...haihhhh terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih jangan lupa cari yaaa dah terliur2 tu =D

      Delete
  9. Adoila siti.... dan dan saya terasa nak makan kacang pool...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itulaaa motifnyaa nak suruh uols semua mengidam ngeh2 =D

      Delete
  10. aiskrim tu lagi menonjol. huhu

    ReplyDelete
  11. suka kacang phool, dulu masa duk di JB, menu wajib tiap2 bulan mesti makan. memang mengenyangkan makan seorang semangkuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul memang kenyang sungguh semangkok tu. nampak je sikit.. bila da habis aduh penuh perut rasanya hehe..

      Delete
  12. lazat nampak nyer itu kcg phool.
    aida suka! antara menu wajib makan kalau ke JB :)
    ni ke penang pun bleh carik la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang famous kat Johor kan.. tapi jauh sangat nak cari disana. hehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.