SITI.YANG.MENAIP: December 2017

THINGS TO BUY IN JAPAN / BENDA YANG BOLEH DIBELI DI JEPUN


THINGS TO BUY IN JAPAN / BENDA YANG BOLEH DIBELI DI JEPUN | FACE MASK POKEMON & DORAEMON DAN ANIME. Aku belum rajin untuk mula menaip cerita perjalanan ke Jepun December yang lalu. Dalam process edit gambar dan tapis apa yang patut. Tapi tak sabar rasanya nak kongsi dengan korang tentang face masks comel yang aku beli disana. Mana tahu ada yang berminat untuk beli juga, pergi Jepun nanti boleh terus cari. Inilah dia face masks Pokemon - Squirtle, Charmander dan Bulbasaur, Doraemon dan Doralin atau Dorami yang aku beli di pusat membeli-belah ESTA di Sapporo Hokkaido. Aku tahu mengenai face mask ini bila tengah khusyuk tengok DARA TV di Youtube. Dara pakai versi Pikachu and it was so cute on her siap ada telinga Pikachu. She mentioned in her video that the face mask dibeli di Jepun. From that moment aku memang dah target nak cari face mask Pokemon sampai dapat. I am not a big fan just suka sikit-sikit minat biasa saja but there are few Pokemons yang comel. Sadly, versi Pikachu dah habis biasalah watak Pokemon paling famous. Google juga info untuk dapatkan kepastian yang lebih specific face mask ini dijual dimana sebelum berangkat ke Jepun tapi tak ada page yang membantu. Adachi (our Airbnb host) pun tolong search kat mana boleh beli dan dia suggested beberapa location sekitar Sapporo yang jual Pokemon merchandises. What I did, aku pergi masuk kedai biasa dan tunjuk gambar sambil bertanya. Luckily pekerja kedai sangat membantu dan suggested kami pergi ke ESTA. Sampai di Level 6 ESTA, mula nganga sebab luas yang amat memang jenuh nak mencari. Again, I showed the picture pada pekerja dia angguk-angguk dan terus communicate guna walkie talkie. Tak tahulah dia sembang apa tapi dengar jugalah 'Pokemon' 'Face Mask' yadda yadda yadda. Tak sampai lima minit ada pekerja datang jemput kami tunjuk jalan ke bahagian yang sepatutnya. Taaadaa !! Face mask Pokemon didepan mata.

Nampak muka Squirtle yang bulat itu ? Macam itulah rupa mask di dalam paket.

Jangan tersalah beli ya sebab product rangkaian jenama Tony Moly juga ada keluarkan range face mask Pokemon tapi tak sama dengan yang ini. Face mask Pokemon Tony Moly hanya packaging saja ada Pokemon. Face mask tetap biasa warna putih. Sekeping face mask Pokemon berharga 495Yen (RM18.81 approx). Ternampak pula face mask Doraemon dan kawan-kawannya Nobita Sizuka Giant dan Suneo. Nak memenuhi hasrat dihati, rembatlah beberapa keping face mask Doraemon dan Doralin dengan harga 395Yen (RM15.01 approx). Belum lagi teruja bila nampak face mask watak-watak Anime yang lain seperti Naruto, Bulma, Goku, Asuna, Hamtaro dan banyak lagi. Cukuplah dengan godaan duniawi. Sesuai juga dijadikan souvenirs. Insyallah bahan-bahan yang digunakan okay untuk Muslims - kandungan seperti Arbutin dan Hyaluronic Acid untuk memutihkan dan melembabkan kulit. Extra caution diambil aku minta tolong juga kawan yang penah belajar di Jepun semak bahan-bahan. Please let me know and correct me kalau info yang diberikan salah. Basically macam itulah konsepnya, kalau kedai tertentu ada jual Pokemon merchandises ada high possibility face mask comel ini akan dijual sekali. Di bandar-bandar terkenal seperti Tokyo dan Osaka mungkin lebih tinggi chances nak jumpa. Maaf tak dapat membantu dengan provide nama kedai yang specific. Kalau ada kawan-kawan yang tahu lokasi tertentu nak dapatkan face mask Pokemon bolehlah kongsi bersama. Mudah untuk kawan-kawan lain cari jika berminat. Hopefully perkongsian ini membantu serba sedikit buat kawan-kawan yang bakal ke Jepun dan punya minat yang sama. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

CIP KELAPA BAKAR / ROASTED COCONUT CHIPS RANGUP DAN SEDAP DARI THAILAND. Bila pergi jalan memang pening fikir souvenirs apa yang perlu dibeli dan sesuai especially untuk ahli-ahli keluarga ataupun kawan-kawan. Selain daripada buah mangga kering sedap juicy dan terbaik yang aku ceritakan dalam post INI, korang boleh juga beli cip buah kelapa atau roasted coconut chips sebagai souvenirs untuk ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan sekiranya melancong ke Thailand. Terima kasih sepupu sebab belikan beberapa snacks sedap dari Thailand untuk kami rasa. Membuak-buak pula keinginan nak pergi Thailand. Selain dari air kelapa dan ais krim kelapa yang sememangnya kita semua tahu memang sedap dan menyegarkan, ini pula ada kerepek yang diperbuat daripada isi kelapa. Dipanggang elok rangup dan sedap sangat. Tanpa sedar makan dah separuh peket. Memang crunchy walaupun potongan agak tebal tak cukup satu bungkus tolong beli banyak-banyak dan bawa pulang takut nanti berebut-rebut. Budak-budak sukalah agaknya sebab rasa lemak manis semua cukup. Macam rasa biskut kelapa tradisional yang dijual di Malaysia pun ada. Kalau korang jenis yang suka beli makanan as souvenirs macam aku, ini adalah antara contoh makanan yang sesuai untuk dibawa pulang. Packaging pun cantik orang tak akan merungut dan selesai bab souvenirs tak perlu pening fikir nak beli apa. Fridge magnets, keychains dan tshirt memang wajib tapi apa salahnya buat sedikit kelainan beli makanan juga. Bila aku nak sampai Thailand memang tak tahu tapi for those yang bakal ke Thailand jangan lupa consider cip kelapa atau roasted coconut chips sebagai pilihan souvenirs. Doa yang baik-baik saja. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

MEE SEGERA PERISA TOMYAM UDANG DARI THAILAND


MEE SEGERA PERISA TOMYAM UDANG DARI THAILAND | Another makanan dari Thailand yang diterima dari sepupu. Makin membuak-buak rasa nak pergi Thailand bila disogok dengan goodies dari sana. RaihanF pergi Hatyai naik train ETS dari Penang tak ajak, makan sedap macam-macam kat sana pun tak ajak dan hanya bawa balik beberapa bungkus mee segera perisa tomyam Thailand untuk kakak dia. Haih.. adik bertuah !! Yang dah selalu ke Thailand mungkin tak hairan dengan mee segera tomyam ini. Aku yang baru first time cuba jadi excited terlebih sikit. Ada cop halal jadi jangan ragu-ragu. Boleh beli untuk bawa balik or as souvenirs. Surprisingly rasanya sedap dan tak ada rasa sangat MSG yang banyak. Pure rasa tomyam yang light tak pekat pedas sangat. Not bad rasanya totally different dengan mee segera perisa tomyam di Malaysia. Just nice untuk tekak aku yang kurang gemar tomyam. Mee yang halus kecil dan kenyal. Inilah mee segera yang selalu digunakan nak buat Kerabu Maggi. Pernah rasa few times dan okaylah sedap juga. Cepat saja masak. Nak extra sedap letak telur. I am not a fan of mee segera tapi makan juga kalau dah lapar sangat teringin atau terpaksa. Kalau pergi jalan pun instant noodles kadang-kadang bawa kadang-kadang tak bawa. Aku rasa mee segera ni ada dijual dimana-mana ceruk Thailand especially kawasan yang ramai Muslims. Jadi bolehlah korang consider nak beli mee segera perisa tomyam udang dari Thailand ini untuk dibawa pulang untuk keluarga kawan-kawan atau diri sendiri. Those yang minat tomyam jangan lupa beli banyak-banyak dan cuba rasa. Mesti korang suka punya..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

BUAH MANGGA KERING / PREMIUM DRIED MANGO YANG SEDAP DARI THAILAND. Recently my cousin and his family pergi Bangkok bercuti. They got back bawa balik beberapa jenis snacks made in Thailand dan salah satunya adalah buah mangga kering seperti di dalam gambar. Perasaan jatuh cinta rasa pertama muncul lagi the moment I took my very first bite. Aku dahlah memang suka makan mango (pemalas nak kupas kulit saja) dan semua benda rasa mango aku suka. Memang layan sangat makan dried mango tak ingat orang lain. Kalau korang pening kepala fikir nak bawa balik apa untuk family members and friends boleh beli buah mangga kering atau premium dried mango buat souvenirs. Antara cadangan buah tangan untuk mak ayah pakcik makcik datuk nenek. Mana nak beli sepupu cakap merata ada jual senang nak jumpa. No excuse untuk tak beli !! I do not know about other people tapi kalau aku pergi jalan-jalan, I would buy food yang sesuai untuk ahli keluarga selain daripada keychains dan fridge magnets. I cannot afford to bring them with me jadi aku akan cuba bawa balik apa yang boleh dibawa balik ke Malaysia. Ya Allah kenapa sedap saaangat rasa mangga kering dari Thailand !! Memang langsung tak sama dengan mangga kering made in Malaysia atau mana-mana negara. Memanglah Allah izin Thailand kaya dengan mangga dan product kering macam ni tak mengejutkan kalau sedap. Kering tapi still moist dan juicy. Faham tak perasaan dia macam mana bila kunyah rasa kenyal sedap manis semua ada. Stressnya sebab sedap dan seharusnya tak cukup kalau makan sekeping saja. Bila kat kampung ada ramai orang kena tahan diri dari makan - istilah 'ingat orang belakang' hahaha.. Siapa nak pergi Thailand tu tolonglah belikan !! Nak kirim !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

MENU ROTI BAKAR KACANG PHOOL / POOL YANG PERTAMA DI PULAU PINANG

Menambah satu lagi pilihan tempat makan yang menyajikan pilihan makanan yang sedap di Pulau Pinang di dalam carta, memperkenalkan Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool Penang yang terletak di kawasan Tanjung Tokong berdekatan dengan Batu Ferringhi, Georgetown dan Gurney Drive. Hidangan kacang phool bukanlah asalnya makanan masyarakat tempatan di Pulau Pinang. Semua tahu dan sedia maklum hidangan kacang phool sangat famous di negeri Johor especially di Larkin. Jauhnyaaa nak sampai Larkin bagi aku dan penduduk-penduduk di kawasan utara semata-mata untuk merasa hidangan kacang phool. Sekarang korang dah tak perlu risau sebab kita semua boleh menikmati hidangan kacang phool tanpa perlu pergi jauh hingga ke Larkin. Dah ada hidangan kacang phool di Pulau Pinang !! Aku tak pernah sampai Larkin dan tak pernah rasa macam mana sedapnya hidangan kacang phool di Larkin jadi tak dapat nak buat perbandingan. Tapi yang pastinya, di Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool, hidangan kacang phool yang disajikan adalah sedap dan menyelerakan. Sebelum menu kacang phool famous, aku tak tahu pun apa itu kacang phool memang tak pernah dengar. Bila viral nak cuba alahai jauhnya jadi bertangguh-tangguh untuk rasa. Sejak tahu adanya hidangan menu roti bakar dan kacang phool di Penang, terus ajak MamiZ pergi cuba. Dah dua kali kami pergi dan berpuas hati. 

LOKASI NAZZERAA'S ROTI BAKAR KACANG PHOOL TANJUNG TOKONG PULAU PINANG


Kedudukan Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool yang strategik berada di tengah-tengah kawasan tumpuan pelancong membuatkan lokasi mudah untuk sampai. Hanya key in nama lokasi di perisian GPS memang akan sampai. Kawasan tempat letak kenderaan juga luas. Kali pertama pergi dengan MamiZ, hanya ada beberapa saja hidangan utama. Perniagaan baru mula. My second visit recently adalah bersama beberapa orang geng Blogger Utara. Terus setuju bila Arz Moha ajak melepak sambil makan kacang phool. Setelah tiga tahun berniaga alhamdulillah bisnes semakin maju dan rancak dengan pengunjung. Hidangan-hidangan juga banyak yang baru tak sabar kami nak cuba. 

MENU DI NAZZEERAA'S ROTI BAKAR KACANG PHOOL TANJUNG TOKONG PULAU PINANG

Dah sampai kedai kacang phool wajiblah kita order set kacang phool. Semangkuk penuh kacang phool boleh dipilih dengan empat jenis hidangan roti yang berbeza. Ikutlah selera tekak masing-masing. Jangan pandang rendah tau sebab nampak saja sikit tapi mengeyangkan. Penuh perut rasanya nak habiskan satu set hidangan. Boleh juga cuba hidangan sampingan yang ada seperti Roti Jala, Roti Telur Goyang dan macam-macam lagi. Memang seronok tengok pilihan makanan dah bertambah. Mesti makin mendapat sambutan. Paling menarik perhatian aku adalah Caramelized Banana yang sangat awesome. Sedapnyaaa rasa wajib order !!


Menu pilihan : Set Roti Bakar Biasa & Kacang Phool,
Caramelized Banana dan air Lemon Lychee.

Hidangan yang santai tak berat sangat sedap dimakan dengan ahli keluarga atau kawan-kawan tapi cukup mengenyangkan. Kami pergi berempat dapat order pelbagai hidangan merasa seorang sedikit. Tapi Caramelized Banana aku tibai seorang tamak tak mahu kongsi. It is just too good.. Sempat sembang dengan owner, alhamdulillah rezeki semakin murah. Lebih mengagumkan bila ramai juga bangsa-bangsa lain turut sama datang dan menikmati hidangan kacang phool disini. Menarik sebab itu tandanya hidangan kacang phool semakin diterima oleh bangsa-bangsa lain. Jadi buat korang yang merancang perjalanan ke Pulau Pinang, especially kawasan pulau jangan lupa masukkan Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool dalam senarai Jalan-Jalan Cari Makan. Tak rugi cuba.. Happy eating !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.