SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 5.1 - BLUE MOUNTAINS SCENIC WORLD | SITI.YANG.MENAIP

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 5.1 - BLUE MOUNTAINS SCENIC WORLD

/
32 Comments
September 08, 2017

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

Entri sebelumnya diSINI.
21 March 2017 [Selasa]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | KATOOMBA - SCENIC WORLD BLUE MOUNTAINS AUSTRALIA. Trip ke Blue Mountains tak akan lengkap kalau tak singgah ke the Scenic World Blue Mountains Australia. Inilah antara main purpose kenapa orang ramai nak sangat ke Blue Mountains. Scenic World Blue Mountains Australia menawarkan pengalaman meneroka kawasan Blue Mountains dari pelbagai sudut yang menarik dan mencabar. Orang-orang yang mudah gayat mesti rasa terdera sikit perasaan. Aku bukanlah orang yang berani sangat tapi dah alang-alang sampai haruslah cuba. Tak sabar rasanya nak naik Skyway, Cableway dan Railway di the Scenic World Blue Mountains Australia. Dari Echo Point kami naik bus terus dibawa ke satu terminal Skyway untuk menyeberangi gunung-ganang. Tak ada kaunter penjualan tiket. Kita kena naik dulu Skyway bila dah seberang baru beli tiket. Wajib !! Tak boleh lari patah balik. Nak tak nak memang kena beli. Jadi fikir habis-habisan dulu sama ada korang memang nak mencuba semua rides di the Scenic World Blue Mountains Australia atau tidak sebab bayaran harga tiket agak mahal.

SKYWAY RAILWAY DAN CABLEWAY DI THE SCENIC WORLD BLUE MOUNTAINS

Boleh juga tunggu naik bus untuk turun di entrance sebenar tapi disebabkan kami dah turun di terminal Skyway jadi tabahlah menanti Skyway datang ambil. Kiranya kalau nak exit dari kawasan the Scenic World Blue Mountains boleh juga naik Skyway akhir sekali dan tunggu bus datang ambil. Mana-mana pun boleh pilihan ditangan sendiri. Bersama kami ada beberapa lagi passengers turut sama menunggu. Sambil tu bolehlah pusing-pusing kawasan sekitar untuk jenguk papan tanda dan baca serba sedikit tentang sejarah the Scenic World Blue Mountains Australia. Ditayang juga harga entrance jadi boleh congak kira siap-siap sebab bila sampai seberang terus kena bayar tiket.

Harga tiket untuk ke the Scenic World Blue Mountains Australia. Adult / dewasa dikenakan bayaran sebanyak 39AUD (RM131.82 approx).

Muka excited campur cuak at the same time.

See through glass floor. Tak nampak apa sebab kabus tebal.

Katoomba Falls. Subhanallah cantiknya.

Skyway adalah ride pertama yang kami naik. Dari Echo Point boleh nampak Skyway ulang-alik pergi balik ambil dan hantar passengers. Setinggi 270 meter dari aras laut, perjalanan sepanjang 720 meter melintasi banjaran gunung-ganang Blue Mountains, Katoomba Falls, The Three Sisters dan juga Jamison Valley menawarkan view yang sangat menarik dan cantik. Masih tebal kabus menghalang sikit pandangan tapi syukur masih jelas cantiknya Blue Mountains. Skyway akan berhenti seketika ditengah-tengah perjalanan memberi ruang kepada tour guide untuk memberi penerangan. Disebabkan gerabak Skyway adalah besar dan boleh memuatkan ramai orang, tak rasa gerun dan menakutkan. Tak juga terhayun kekiri dan kekanan walaupun boleh dengar bunyi angin yang bertiup. Lulus ujian pertama. Dalam banyak-banyak rides di the Scenic World Blue Mountains, kami paling teruja nak naik Scenic Railway. Bila tengok promo videos nampak seronok sangat dan haruslah excited nak cuba. Kami teruslah cari jalan ke Scenic Railway. Panjang beratur ramai orang nak naik sebab ini paling seronok. Bayangkan perjalanan sepanjang 310 meter menjunam ke bawah setinggi 52 darjah dan boleh adjust kedudukan kerusi sama ada nak makin menjunam atau mendongak sikit. Hari hujan kami redah juga tak peduli. Kalau dilayan memang tak jadi apa-apa. Rasa macam seram nak naik roller coaster tapi tak adalah menakutkan sangat. Seronok !!

Gerabak Scenic Railway.



Setiap kali nak gerak akan ada suara Superman. Rasanyalah suara Superman tak ingat pula. Acah-acah get ready nak terbang gitu.. Aku banyak ambil video dari gambar kononnya nak kongsikan footage tapi tengoklah kalau rajin. Inilah ride yang paling seronok dan naiklah banyak kali sampai muntah janji tabah tunggu turn beratur panjang. Memang ada sekelompok budak-budak sekolah yang ulang naik dua tiga kali. Ikutkan hati kakak yang jiwa konon muda ni nak juga ulang lagi. Tak puas sebenarnya tapi sebab hujan makin lebat kami naik satu round saja. Bila kita patah balik, kita akan mengadap ke hadapan tapi gerak ke belakang. Kami singgah souvenirs shop cari apa patut. Harga memang standard barangan exclusive jangan compare dengan harga di Paddy's Market. Souvenirs di the Scenic World Blue Mountains lebih detailed dan cantik. Syukur dah beli fridge magnet The Three Sisters di Echo Point sebab tak nampak langsung di the Scenic World Blue Mountains. Banyak fridge magnets berbentuk gambar. Cantik juga tapi kurang berkenan. Nak beli totes pun mampu berangan. Ended up kami beli beberapa keping nougat buat alas perut. Lastly kami naik Scenic Cableway pula. Hujan renyai-renyai tapi Amy dan Nurul takut nak naik. Aku heret juga tak kira dah sampai kena naik. Masing-masing cari excuse tak nak naik tidak dilayan. 

Dua orang dibelakang tengah cari cara nak escape.


The Three Sisters di kejauhan.



Tak menakutkan pun sebab gerabaknya besar boleh memuatkan hampir 80 orang. Tapi sebab tak ramai orang rasa sangat lapang dan bebas nak bergerak. Rasanya ramai yang tengah beratur nak ulang alik naik Scenic Railway. Sampai terminal kami tak turun sebab nak patah balik ke atas. Kalau nak turun boleh juga jalan-jalan di Walkway sepanjang 2.4 kilometer di the Jurassic rainforest. Tak apalah kami tak berminat. Perjalanan sepanjang 510 meter membolehkan kita cuci mata tengok kecantikkan sekitar Jamison Valley. Semua rides dah naik perut pun mula berbunyi. Nak cari makanan halal tapi sayangnya..

MAKANAN HALAL DI THE SCENIC WORLD BLUE MOUNTAINS DAN KATOOMBA

Ada dua tiga restaurants yang disenaraikan dalam official website tapi bukan rezeki kami semuanya tutup. Hanya ada kedai menjual snack nugget dan sausage where obviously tak boleh dimakan. Kami hanya beli air lepas penat. Nasib tak menyebelahi kami bila kedai kebab halal di Katoomba juga tutup. Masuk Subway tanya ada atau tak menu halal tapi pekerja pun tak yakin. Bagus jugalah jujur jadi kami tak beli apa-apa. Kesian kawan-kawan tapi apakan daya, kedai tutup. Sebelum balik kami singgah di BigW Katoomba. Alang-alang ada masa sikit lagi before balik ke Sydney kita shopping sekejap. Beli jacket dan beberapa helai baju yang dijual murah serta pinggan mangkuk Corelle. Kalau tak ada idea sangat nak beli Corelle dimana, silalah cari BigW. Pilihan tak adalah banyak sangat tapi bolehlah buat nak tambah koleksi. Aku beli casserole Pyrex dan beberapa biji mangkuk Corelle untuk MamiZ dan makcik di Bangi. Sebiji mangkuk nasi Corelle aku beli berharga 8.9AUD (RM30.08 approx). Jadilah buat souvenirs. Jenuh usung bawa balik ke Sydney tabahlah bunyi pinggan mangkuk dalam train. Bukan tak ada BigW di Sydney saja gatal beli di Katoomba.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

32 comments:

  1. samalah, akak masa g Blue mountain ni tahan lapar je. sampai sydney malam tu baru dapat makan. tak semudah di melbourne kan? jurassic rainforest? tu ke hutan yang mitch cakap tempat jurassic park berlakon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat Katoomba Station ada kedai kebab halal tapi tutup la pulak. so makan cookies je sampai muak dah hehe.. itula nama forest tu Jurassic Rainforest tapi yang Mitch cakap tu kat hutan kita pi dia tak sebut Sydney pula. maybe ada banyak hutan diorang shooting hehe..

      Delete
  2. cantiknya Katoomba falls tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik.. time ni air x banyak kata tour guide. ada lagi moment yang falls tu yang lagi cantik..

      Delete
  3. Assalamualaikum.. ct hihihihi tinggal jejak dulu deh

    ReplyDelete
  4. cantiknya view kat sini. Seronok dapat pengalaman macam ni kan Siti :)

    ReplyDelete
  5. Semua rides kat situ sesuai untuk semua orang... takdela mencabar sangat. Rugi tak dapat makan kat situ sebab saladnya yang macam rumput tu sedap banget...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencabar untuk orang yang gayat kot PLM hehe tapi CT okay. sebab tak rasa swaying jadi berani jugakla. tengok PLM makan salad tu laa nak cuba hahaha.. xdoook rezeki =D

      Delete
  6. Setiap kali datang sini, akak kena buat revision nampak gayanya. Dah 5.1. Banyak chapter tinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha larat ke tu kak nak khatam ?? hehe..

      Delete
  7. bestnya.. Australia salah satu tempat percutian MF dan suami juga ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok hehe.. cecita tinggi CT nak pusing 1 australia. berangan dulu =)

      Delete
  8. Dah ke sydney ya siti... cantikkan blue mountain.. sangat scenic...saya pon suka... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. tapi kalau langit biru cerah lagi cantik agaknya. kami pi kelam kelabu hehehe syukur tak hujan lebat.

      Delete
  9. Subhanallah, the falls. Lawa sangat! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe if rajin boleh jalan pi sana. tapi weols tak rajin ngeh2..

      Delete
  10. subhanallah, cantiknya falls tu kat sana. meremang bulu roma bila tengok kecantikannya. rasa teruja yang amat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul.. teruja sebab first time tengok falls tepi gaung macam tu dan sangat tinggi.. kalau tengok depan2 and mandi situ tatau mcam mana pula =)

      Delete
  11. Klau 7 days smpt x nk cover melbourne or gold coast?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gold Coast tak pernah sampai lagi tapi kalau 7 hari di Melbourne Victoria boleh sangat dah rasanya.. boleh cover luar bandar skali =D

      Delete
  12. Subhanallah. Cantiknya gambar pemandangan kat Sana semua

    ReplyDelete
  13. ooo boleh nmpk 3 sisters dr situ... mmg awesome punya view!!! kalu cuaca cerah lg kebabom!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya bila da balik baru discover banyak lagi lookout points yang awesome tapi kena pergi sendiri bus tak lalu.. tapi view memang superb..

      Delete
  14. Alahai.. Yang tengok gambar pun terasa gayat.. Kalau dekat situ.. tak tahulah.. Tapi view dia cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cable car besar tak terasa sangat. yang kecik seram berayun semacam. view memang cantik.. kalau hari tengah cerah cantik mesti lagi awesome ^^

      Delete
  15. best..dapat try tiga jenis rides yg mengegar jiwa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe acah2 berani je kak.. padahal jantung dok laju neves..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.