SITI.YANG.MENAIP: November 2017

NAK BELI APA BILA BERADA DI AUSTRALIA ? - ICED TEA DARI REAL ICED TEA CO


PEACH ICED TEA DARI REAL ICED TEA CO AUSTRALIA | Only in Australia you can get this. Rindu sebenarnya sebab macam terasa-rasa pula sedapnya Iced Tea CO perisa peach seperti diatas. Serious sedap sampai beli dua tiga botol bawa balik Malaysia. Kirim lagi dekat kawan-kawan yang pergi Austalia. Orang lain suka kopi Barista Bros yang dijual murah di Coles tapi aku cari iced tea dulu. Di Australia ada sangat banyak range flavours yang awesome dan sedap. Lipton kat sana pun banyak gila choices sampai rambang mata tak tahu nak pilih flavour apa. Disusun cantik ikut flavours dan warna memang menggoda memanggil untuk beli. If only I could bring semua bawa balik, I would be the happiest girl on earth. First time minum Iced Tea CO masa ke Melbourne dan sejak tu memang fall in love dari tekak turun ke hati. Iced Tea CO ada empat flavours saja - Peach, Lemon, Mango dan Green Tea with Citrus. Semua aku dah rasa dan yang paling sedap adalah perisa peach. Semua pasal peach aku suka. Harga kalau tukar duit kita memang semput dada tapi dah sukaaa.. Nak buat macam mana. Aku memang suka minum tea especially yang perasa peach dan lemon. Kalau di Malaysia obviously my favourite would be Lipton Iced Tea Green Tea Lemon and Heaven & Earth Apple Tea. Bukan mengada nak minum air dari Australia saja. Tidak tidak.. Ini nak kongsi buat korang yang plan nak ke Australia tengah fikir apa sedap apa tak sedap, bolehlah cuba. Minuman bersusu pun famous. Milk chocolates and plain milk memang ramai orang suka. Aku bila jalan suka nak cuba makanan dan minuman di tempat orang yang boleh ditelan diminum yang insyallah halal, jadi aku percaya ada juga antara kawan-kawan semua yang macam aku. Selain daripada beli souvenirs, boleh juga beli air dan chocolates bawa balik especially untuk ahli-ahli keluarga. Jadilah bekalan seminggu lepas rindu balik bercuti. Boleh dapatkan di mana-mana kedai especially di Coles dan Woolworth. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

AISKRIM GODIVA RM25 PEEERGH !!


MAKAN AISKRIM GODIVA BERNILAI RM25 BUAT PERTAMA KALINYA DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS. Bulan lepas pergi Genting Highlands Premium Outlets tapi itu kita cerita nanti. Fuh !! RM25 melayang hanya untuk aiskrim mahal brand Godiva memang tak boleh selalu. Sekali sekala pun seram sejuk rasanya tapi nak cuba jadi pejamkan mata. Pernah juga rasa chocolates from Godiva orang bagi. Belum tergerak hati nak beli sendiri tapi dah alang-alang ada boutique Godiva di Genting Highlands Premium Outlets jadi marilah kita cuba. Seriously tak tahu harga untuk aiskrim seperti didalam gambar berharga RM25. Beratur order dan bayar sambil buat muka yakin ada duit ditangan. Ingat nak beli dua untuk my niece dan nephew tapi hancur lebur impian murni Mekti nak belanja anak-anak buah. Mekti terkedu di kaunter bayaran tapi tetap kena cool jaga air muka. Bayar tetap bayar. Hahaha.. I love good food jadi untuk spend duit beli makanan rasanya setakat ini tak pernah berkira. Aku percaya semua food lovers out there ada perangai yang sama. Cuma we don't eat makanan-makanan mewah fine dining cosy restaurants hari-hari. Once in a while okaylah just to reward diri sendiri. Hari-hari balik rumah buka tudung saji cari telur goreng dengan kicap manis juga. Rasa wise obviously sedap aiskrim Godiva ni. Harga mahal kalau tak sedap memang minta kena petir. I chose vanilla and chocolate sebab nak rasa dua-dua flavors. Honestly I love the chocolate flavor more. The vanilla ada rasa a bit off but still good to enjoy. Boleh consider next time untuk cuba lagi. Menabung dari sekarang.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

LAY'S POTATO CHIPS CUCUMBER FLAVOR - SO DAMN GOOD !!


Selalu orang asyik cerita pasal cinta pandang pertama. Ini antara bukti cinta pandang pertama memang wujud. Sumpah sedap dan sangat addictive. First time rasa masa pergi Hangzhou. Saja singgah convenience store tengok apa yang boleh dibeli bila kawan perkenalkan Lay's Chips Cucumber Flavor. Katanya tak ada ingredients pelik-pelik dan insyallah selamat untuk dimakan. Ragu-ragu juga tapi KZatil boleh baca Chinese characters. Macam pelik apalah rasa agaknya keropok kentang dengan timun. Tapi bila dah rasa sekali terus jatuh cinta dan diakui sedapnya rasa. Ada terjual dalam paket macam diatas dan juga stack. Aku beli banyak juga bawa balik Malaysia. Tapi kawan-kawan, itu cerita tiga tahun lepas. Since then memang tak merasa dah Lay's Potato Chips Cucumber Flavor ni. Mengidam teruk kalau tanya sampai pernah sanggup nak order dan beli di E-Bay. Lay's antara brand potato chips yang terkenal. We have quite a number of varieties juga dijual di Malaysia tapi perasa timun tak pernah jumpa lagi. Kalau dulu years ago, nak makan Lay's kena beli kat kedai-kedai high end groceries stores macam Cold Storage, Jaya Grocer atau Sam's Groceria tapi sekarang dekat mini mart atau mana-mana convenience stores pun dah ada terjual. They serve really good potato chips tapi harga slightly expensive. Tak tahulah macam mana tergerak hati saja Google mana nak beli terus keluar shopping list di Lazada. Macam tak percaya terus buka and I was so happy sebab finaly boleh beli dengan mudah since dijual di Lazada. Tak fikir panjang terus order pejam mata tengok harga mahal dan sabar menanti. Memanglah penantian itu satu penyeksaan. Rasa sedih pun ada juga sebab rindu yang amat. Kena rasa dulu baru korang faham perasaan sayu cum happy tu macam mana. Bila parcel sampai once again aku hantar gambar ingredients pada kawan-kawan yang boleh dan faham Chinese characters untuk double check. Lepas tapisan marilah kita enjoy makan Lay's Potato Chips Cucumber Flavor dengan senang hati. Lepas ni kalau ada rezeki pergi China, jangan lupa cari dan rasa atau beli saja di Lazada. Hopefully masih available. This is not a sponsored advertisement and I don't get anything by promoting Lazada. Hahaha.. Orang kata barang baik kena kongsi bersama. Happy shopping !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

BANANA MILK & MELON MILK KELUARAN POKKA - SEDAP ATAU TIDAK ?


BANANA MILK & MELON MILK KELUARAN POKKA - SEDAP ATAU TIDAK ? Dalam post yang lepas diSINI, aku ada kongsikan sedapnya susu pisang dan melon di Korea. Suggested by few friends jadi aku pun rasa tertarik untuk mencuba susu pisang dan melon keluaran Pokka. Honest verdict, taste wise memang beza sangat-sangat dengan susu pisang dan melon dari Korea. Not because aku suka Korea jadi bias. No no no.. Yang pisang langsung aku tak boleh telan minum tak habis pun. Offer kat kawan pun kawan tak mahu. Macam minum air susu dengan perasa pisang essence orang buat kek tu.. They smell totally the same. Jangan rasa offended kepada peminat-peminat susu pisang sekalian sebab aku memang sejenis yang tak suka minum minuman bersusu especially fresh milk. Jangan marah ceq.. I wanted to give it a try saja dan semestinya tak kena dengan tekak. Tapi yang melon boleh tahan dan aku mampu habiskan sekotak. Korang pula macam mana ? Suka atau tidak ? Sedap atau tidak ? Susu Pisang - TAK. Melon - BOLEHLAH. Nak beli lagi atau tidak ? Susu Pisang - NEVER !! Melon - CAN BE CONSIDERED. Hahaha.. Sekian. Selamat berhujung minggu.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TRAVELOGUE TRIP GENG BULAT | CAMERON HIGHLANDS 2017

TRIP GENG BULAT 2017 | COPTHORNE HOTEL + KEA FARM CAMERON HIGHLANDS. Dua bulan lepas sekali lagi aku dan kawan-kawan Geng Bulat merancang untuk bercuti bersama. Susah sebenarnya nak berkumpul sama-sama memandangkan semua dah kerja dan ada tanggungjawab masing-masing. Walaupun Onni seorang saja yang dah berkahwin yang lain masih single, pun susah nak cari masa dan kesempatan nak lepak bersama. Kami memilih untuk berjumpa di Cameron Highlands tapi tak dapat bermalam. Esoknya ada yang kena masuk office. Aku naik ke Cameron Highlands sehari awal bermalam di Country Lodge Resort dan esoknya tunggu kawan-kawan Geng Bulat sampai dari Kuala Lumpur. Kena extra tabah hadap heavy traffic weekends di Cameron Highlands. Mula-mula rancang nak pergi beberapa tempat tapi kawan-kawan pun dah sampai lambat jadi cancel. Untuk elak daripada bersesak-sesak dengan orang lain, aku cuba cadangkan alternative lain where we could still enjoy our time together despite all the hustles. Jadi semua setuju untuk pergi Copthorne Hotel Cameron Highlands makan sambil sembang gosip dan yang seangkatan dengannya. Kalau ikutkan hati memang nak redah traffic dan pergi macam-macam tempat menarik di Cameron Highlands tapi habis masa dalam kereta saja. Dari Brinchang nak ke Copthorne Hotel pun hampir satu jam. Kesian pada kawan-kawan Geng Bulat datang dari jauh kemudian nak patah balik. Jadi jom kita pergi cari good food dan enjoy hilangkan penat.









Thank you Copthorne Cameron Highlands sudi melayan kami makan walaupun waktu untuk makan ala carte dah habis. Memang kami berenam saja di Coffee House. Nampak macam serabut sikit trip kali ni but the most important part adalah kami semua dapat jumpa dan luangkan masa bersama. We ate scrumptious meals dan gosip macam-macam. Hari almost senja cepat-cepat kami meronda ke Kea Farm nak beli apa patut. Kea Farm terletak bersebelahan saja dengan Copthorne Cameron Highlands jadi kami jalan kaki saja. Belilah buah tangan sikit walaupun naik Cameron Highlands sekejap saja. Tapi tak puas hati sikit.. Sebab kami pergi dah lewat petang dan peniaga-peniaga di Kea Farm pun dah nak tutup kedai habis semua benda jadi mahal. Haaaip !! Strawberry bekas sederhana besar dijual dengan harga RM35 sebungkus. Kalau lebih awal pagi rasanya tiga bungkus baru RM40 kenapa teruk sangat naikkan harga. Terus kawan-kawan tak jadi beli. Main-main sedap pula letak harga.. Bukan first time kita pergi Cameron Highlands agak-agak jugalah nak menipu. Balik pergi beli strawberry kat Aeon Jusco. Sedap manis dari Korea lagi.

Just to share dengan kawan-kawan semua, kami berlima did not have a good start pun. Mula kenal back in 2008 bila masing-masing daftar masuk university dan jadi kawan-kawan sekelas. Tapi kami tak rapat sangat just nice kawan-kawan biasa. Yang ni geng yang lain.. Yang tu geng yang lain.. Aku geng yang lain but ended up kami berlima jadi ngam terus sampai sekarang. Panjang lebar apa yang terjadi but I am glad bersyukur. Through the ups and downs, we are together now. Kalau dulu kena tegur dapat nasihat rasa marah sakit tak puas hati sebab we could not click together. Jiwa mudalah katakan. Tapi sejak makin tua mula sedar hakikat persahabatan agaknya jadi semua pun take it low and just enjoy masa-masa bersama. Tak ada ruang dan ambil hati nak sentap semua konon dah dewasa. Okay tipu !! Kadang-kadang kami gaduh juga. Ambil nasihat kawan-kawan seriously as someone who cares. Whenever we have problems, kita ada tendency cari kawan-kawan nak luahkan perasaan someone who can listen to our stories. Happy to have these people around me to listen, aware and concern tentang diri kita. Bila bad things happened, I have these people to help me go through the sadness. Kawan-kawan yang kenal diri kita siapa. Baik jahat kita.. Berpura-pura atau itulah diri kita yang sebenar, they know us. We have been friends for almost ten years apa lagi yang diselindung. Semua benda tahu semua benda kongsi. Same goes to kawan-kawan di dunia maya walaupun tak pernah jumpa. I treasure everyone yang datang dalam hidup sebab sedikit sebanyak mengajar realiti kehidupan. Our paths are crossed for a reason be it small or big. Appreciate kawan-kawan kita dan orang-orang sekeliling. Do good to everyone because it brings no harm. For more adventurous years to come, I LOVE YOU FRIENDS.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.