SITI.YANG.MENAIP: October 2017

VIDEO | TRAVELOGUE TAWAU SEMPORNA SABAH 2016


Please enjoy my humble video above. Baru belajar sikit-sikit sambil isi masa lapang. Koleksi footage yang sempat diambil masa pergi Semporna dan Tawau tahun lepas. Cuti sekolah dah around the corner mana tahu ada yang merancang untuk ke Sabah. Be it dengan kawan-kawan atau keluarga. Semporna is a fun place to visit. Yes off course travel oversea tersangatlah seronok tapi Malaysia juga cantik and we should not neglect the beauty of our own country. Tak akan menyesal punya kalau ke Semporna sebab aku sampai sekarang masih admirer kecantikan Semporna. Layak dikatakan betul-betul 'sempurna'. Aku sertakan juga links kepada previous entries kalau berminat untuk baca serba sikit perkongsian tentang trip percutian dan tempat-tempat menarik di Sabah especially Semporna dan Tawau. Penginapan yang awesome di Lato-Lato Resort dan tour guide yang best dan mesra. Tempat-tempat menarik di Semporna dan Tawau. Tempat-tempat makan yang best dan hidangan makanan yang sedap di Tawau. Semua ada aku dah kongsikan. 







Dah boleh search tiket ke Tawau. Menarik sangat Semporna. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Jangan lupa pack sekali essential items kalau nak visit island. Suncreen topi aloe vera gel and sunglasses. Nak bawa portable fan pun boleh. Penting sangat-sangat untuk elak muka sunburn teruk but it won't take long to heal. Jangan risau. Sesekali merasa jadi rakyat Papua New Guinea apa salahnya. Hahaha.. Gear up guys and happy holidays !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

LAKSA TELUR GORENG BERSARANG TAMAN BOTANI IPOH

LAKSA TELUR GORENG BERSARANG DI KAFE SETINGGAN TAMAN BOTANI IPOH | Laksa memang dah sinonim famous dimana-mana saja especially belah utara tanah air. Pergi mana-mana kalau ada laksa dihidangkan memang sentiasa mendapat sambutan. Aku bukanlah peminat laksa tak kisahlah laksa dari negeri mana sekalipun tapi not bad aku boleh makan. Saja-saja aku minta nak makan laksa memang tak akan. Aku prefer laksa kuah ceroi tak suka seredak-seredak ikan ada sekali. Kalau dulu Arwah Tok buat laksa jenuh dia asing kuah bila isi-isi ikan dah mendap. Nanti dia kaut asingkan kalau tak cucu dia tak mau makan. Jangan salahkan aku dilahirkan sebegini sekarang dah dewasa tak mengada sangat dah. Di Ipoh, ada satu kedai laksa yang famous iaitu di Kafe Setinggan dan wajib singgah sekiranya korang memang peminat laksa - orang tak putus-putus datang katanya jadi tertarik jugalah nak pergi jenguk. Bagi yang dah familiar dengan kawasan Ipoh dan Simpang Pulai mesti dah tahu tentang hidangan laksa di Kafe Setinggan ni kan.. Laksa Telur Goreng Bersarang namanya. Hidangan laksa dan telur goreng baru first time dengar. Menarik juga dan rasanya sedap. Dalam tak berapa minat makan laksa dah tiga kali aku pergi makan disana. Lagi-lagi masa pergi memang bawa orang-orang yang hantu laksa jadi berbaloi singgah. 

LOKASI LAKSA TELUR GORENG BERSARANG TAMAN BOTANI IPOH


Aku datang dari arah Exit Simpang Pulai dan tak jauh mana pun. Those yang dari Ipoh pun dah dekat sangat. Terletak di Taman Botani Ipoh aku guna GPS saja cari lokasi. Drive terus saja dalam kawasan perumahan. Dari jauh dah nampak papan tanda Kafe Setinggan. Beroperasi dari pukul 12:00PM ke 07:00PM setiap hari kecuali hari Jumaat. Makin petang makin ramai yang datang makan laksa. Memang betul ramai pelanggan datang makan disini.

MENU DI KAFE SETINGGAN LAKSA TELUR GORENG BERSARANG TAMAN BOTANI

Semestinya laksa !! Dah namanya kedai menjual laksa mestilah ada laksa. Paling famous adalah Laksa Telur Goreng Bersarang. Kenapa bersarang ? Sebab telur goreng tu nampak macam sarang. Hihihi.. Telur kuning digoreng garing diletakkan di atas laksa dan disiram dengan kuah. Nak laksa tanpa telur pun boleh. Lepas tu pilih toppings yang digemari. Sayur-sayuran cili padi dan macam-macam lagi. Self service okay tak ada layanan dari meja ke meja. Tapi service sangat pantas walaupun pelanggan ramai. Sekejap saja beratur dah dapat laksa. Pergi kaunter cakap nak berapa mangkuk isi kuah dah selesai. Nak bungkus pun disediakan station khas di luar kedai. Pantas terus siap tak perlu nak beratur bagai kalau nak bungkus. Tak berapa pasti tentang makanan-makanan lain yang dijual. Tapi kalau tak silap, ada few other selections juga.


Menu makanan dan harga Laksa Telur Goreng Bersarang Taman Botani Ipoh.


Pau cendawan yang sedap.


Itulah telur goreng bersarang yang dimaksudkan. Tak isi kuah lagi..

Dah bermandikan kuah..





Tiga kali pergi dengan rombongan manusia yang berbeza masing-masing puas hati dengan laksa yang dimakan. MamiZ pun suka. Sedap katanya kuah pekat cukup rasa. Aku berjaya habiskan semangkuk kira hebatlah juga. Paling suka part makan telur goreng bersarang dengan kuah laksa. Ngam pula pada tekak aku. Kalau korang bercadang nak jalan-jalan cari makan sekitar Ipoh atau Simpang Pulai bolehlah masukkan Laksa Telur Goreng Bersarang Kafe Setinggan Taman Botani Ipoh dalam senarai. Jauh sikit dari bandar tapi berbaloi untuk dicuba.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

MENU SEDAP DI SECRET RECIPE

Aku suka makan di Secret Recipe. Bukanlah high end dan fancy restaurant semua orang pun dah selalu pergi makan disana tapi suka. Rasanya kami satu family kalau diajak makan di Secret Recipe tak akan tolak. Walaupun MamiZ tak suka hidangan western sangat tapi usually kalau ke Secret Recipe dia akan setuju. Aku pun selalu pergi makan seorang diri (forever alone) dan it is not a big deal. Kek-kek di Secret Recipe semua pun sudah maklum sedap tak payah nak ceritalah. Makanan-makanan pun sedap. Dalam entry ini aku akan kongsikan gambar-gambar saja. Banyak lagi tapi entahlah disimpan dalam folder mana. As time goes by.. aku akan tambah gambar-gambar berkaitan Secret Recipe dalam entry ini. Nak kumpul semua dalam satu entry. 




Kadang-kadang lepak Secret Recipe tak ada reason atau ocassion pun. Terasa nak makan western tapi clueless mana nak pergi memang terus suggest Secret Recipe. Dah tahu memang sedap. Kadang-kadang tekak rasa nak makan dessert manis-manis pun terus terlintas Secret Recipe. Ada satu Secret Recipe dekat dengan rumah itulah jadinya selalu sangat pergi. Aku suka pasta dan fish and chips di Secret Recipe. Kalau nak hidangan light memang aku pilih fish and chips. Kalau lapar sangat memang pasta. Harga normal standard berbaloi jugalah aku rasa. Sama juga dengan restaurants franchise yang lain. Usually di Secret Recipe tak hectic sangat suasana cool tenang sesuai nak layan perasaan. Hahaha.. Siapa suka makan di Secret Recipe ? Kita geng..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
TAKWIM PERSEKOLAHAN ATAU JADUAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2018. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dah keluarkan jadual takwim persekolahan untuk tahun 2018. Boleh download di SINI. Boleh semua pihak jadikan rujukan nak merancang perjalanan bercuti. Yaaabedabedu.. Baru rasa lega kalau nak booking mana-mana. Hati cikgu pun senang bila takwim dah keluar.



SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


Susu pisang sedap dan Korea mana boleh dipisahkan. Aku sepatutnya ikut kakak sepupu ke Korea minggu lepas, teman dia conference tapi tuntutan anak-anak Tingkatan 3 nak PT3 tak lama lagi lebih menjadi keutamaan. Tanggungjawab wajib datang dulu. Walaupun hati dah tergedik-gedik nak kesana tapi tak sampai rezekinya. Kalau ikut sepupu obviously lodging free. Hihihi.. Insyallah ada kesempatan lain akan datang kita repeat lagi ke sana. Tolong sepupu siapkan itinerary serba sedikit sebab dia conference bukan ada masa sangat nak meronda. Ronda sikit-sikit saja mana yang patut. Kalau aku ikut sekali mungkin jauh sikit kaki dia jalan ada geng. In return dapat dua botol susu diatas. Terima kasih Kak Farah. Dapatlah lepas rindu pada melon dan banana uyu yang sedap. Aku bukanlah seorang fan minuman bersusu. Kalau yogurt pun, vitagen apple dan yakult saja laju aku minum. Yang lain-lain memang ambil masa nak habiskan. Susu putih lagi tak jalan boleh muntah dibuatnya. Tapi aku setuju kalau kata susu pisang dan melon Korea memang sedap. Haih.. rindu membuak-buak dah kat Korea ni macam mana ? Bilalah dapat pergi sana lagi..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

NASI DALCA BAWANG / NASI DALCA BAWANG ASTAKA DI PASAR & KOMPLEKS MPPP SUNGAI ARA. I had this meal really long time ago. Saja teringat nak share sebagai tempat makan sedap dan best di Pulau Pinang. Mungkin ada kawan-kawan sedang merancang percutian ke Pulau Pinang bolehlah masukkan Nasi Dalca Bawang yang sedap dalam list. Terletak di bangunan Pasar & Kompleks MPPP Sungai Ara. Senang nak jumpa masukkan saja nama kedai dalam GPS terus sampai. Dulu macam susah sikit nak jumpa kedai sebab lokasi kedai yang lama dah berpindah. So funny sebab Onni dan AbamZul yang asal bukan orang Penang discovered tempat ni during their visit last time. Aku pun tak pernah tahu nasi dalca terkenal di Penang. Ada juga few other places yang offer hidangan nasi dalca tapi tak pernah cuba jadi no komen. Tak tahu rasanya macam mana. This one sebab dah cuba and sedap jadi berani nak recommend. Seawal pukul 17:00PM mula beroperasi sampai malam dan orang memang ramai. Pergilah awal lambat memang habis. Orang beratur tapi laju saja service jangan risau. Ada yang tapau ada yang lepak makan dikedai. Lauk-lauk semua panas-panas. Paling penting haruslah kuah dalca yang dijadikan kuah. Tapi aku tak minat makan nasi kuah banjir jadi minta sikit saja kuah. Satu lagi tarikan nasi dalca bawang adalah taburan bawang goreng di atas setiap hidangan. Sedap menjilat jari tambah pula dengan ayam goreng dan sedikit paru goreng. Harga yang berpatutan tapi tak ingat dah berapa. Kalau kebetulan tersesat area berdekatan jangan lupa pergi cuba. Tak rugi..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.