SITI.YANG.MENAIP: August 2017

Entri sebelumnya diSINI.
19 March 2017 [Ahad]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | BURGER AYAM OPORTO SEBAGAI LUNCH, SHOPPING DI DFO HOMEBUSH DAN MINI REUNION. Walaupun sedikit kecewa tak dapat bermesra dengan kangaroo, plan tetap diteruskan. Alang-alang ke Australia wajib singgah ke DFO (Direct Factory Outlets). Macam premium outlet kat Malaysia tempatnya. Ada enam DFO seluruh Australia dan salah satunya adalah DFO Homebush yang terletak di New South Wales. Yang lain-lain ada DFO Brisbane di Queensland, tiga DFO di Victoria iaitu DFO Essendon DFO Moorabbin dan DFO South Wharf. Di Perth, Western Australia pun ada sebuah iaitu DFO Perth. Seronok shopping di DFO sebab barang-barang terus dari factories and obviously jauh lebih murah dari yang dijual di boutique. Aku dah pernah ke DFO Essendon di Victoria dan Watertown Brand Outlet di Perth, mari kita terjah DFO Homebush pula. 

Dari Blacktown Station ambil train menghala pulang ke Sydney tapi turun dulu di Strathfield Station. Tunggu bus bernombor 525 dan 526 untuk terus dihantar ke entrance DFO Homebush. Satu perkara penting bila merancang perjalanan ke DFO adalah, kita kena pastikan waktu operasi setiap DFO mengikut hari. DFO Homebush pukul 06:00PM dah tutup jadi kami yang sedikit lewat memang kena cepat. Sampai di DFO Homebush sekitar pukul 03:00PM terus cari tempat makan dulu. Oporto Burger adalah antara premis makanan fast food yang menjual pilihan burger halal untuk muslims. Ikmal told us katanya boleh makan dan kami double check dengan kaunter. Burger ayam di Oporto Burger adalah halal. Hati yakin terus order sebab dah kebulur teruk. Satu set hidangan burger ayam dengan carbonated drink adalah 11.50AUD (RM38.87 approx). Puas hati burger besar dan chips sangat banyak. Bungkus bawa balik sebab tak habis makan. 




Dua keping patties. Sos sedikit manis..

Lepas dah kenyang baru ada energy nak pusing-pusing. Kak Sal told me DFO Homebush bosan and I have to agree. I did not feel like buying anything. Maybe harga yang dah reduced pun masih mahal dan lebih kurang saja dengan harga di Malaysia. Seriously bosan tapi a good exposure untuk Nurul dan Amy. Both of them shopping juga barang masing-masing. Beli handbags dan jeans. Ada jugalah aku beli tshirt sehelai di Cotton On sebab rasa perlu juga melabur bila dah sampai. Huurm.. DFO di Victoria tetap yang terbaik then di Watertown Brand Outlet. Tapi at least sendiri dah datang baru mengerti. Seronok lagi Shopping di Sydney Arcade. Puas keliling tawaf sampai dah nak tutup tempatnya tapi masih rasa tak tergoda nak melabur. Niat nak beli Adidas sepasang tapi warna yang berkenan semua tak ada size. Memang habis mood hilang gitu saja. Positive side, duit tak membazir. Kalau korang nak beli Corelle memang tak ada di DFO Homebush. Silalah ke Big W atau another shopping mall yang lain. If all of you ada banyak masa tak tau nak pergi mana bolehlah datang singgah DFO Homebush. Tapi kalau limited time saja pergilah tempat lain. Lagi berbaloi.






Balik terus ke Chippendale regangkan segala otot dan solat. Seharian berjalan memang lenguh segala sendi. Rehat sekejap sebelum keluar semula menyambung agenda kami yang lain. Trip kali ini aku rasakan ada sedikit rasa syahdu dan sentimental. I got the chance to meet my ex-students di bumi Sydney. How cool does it sound to you guys ? Bagi aku dah cool habis. The last time all of us jumpa was back in 2013 when they were just 16. Sekarang dah besar remaja dewasa bawa diri merantau di tempat orang. Bukan seorang dua tapi quite a number. Idlan and the gang. I feel so old right now. Aku ajak Ikmal sekali to join us for dinner. Pusing-pusing budak-budak ni kenal saja each other. Semua setuju jumpa di restaurant It's Time For Thai yang berdekatan dengan Central Station. Senang kawasan nearby Central Station banyak kedai makan yang menjual makanan halal. Review yang kami baca sebelum berangkat pun semua positif belaka kata makanan yang disediakan sedap jadi terus sajalah kita jumpa disana. Harga biasalah memang kena pejam mata sebelah buat tak tahu. Idlan was being super nice pergi book bilik siap. Maklumlah ramai yang nak join. Mini reunion katanya. Order makanan tunggu sambil sembang tentang cerita-cerita lama disekolah. Sekejapnya masa berlalu. Makin cantik makin handsome. Dulu comot belemoih. 



Tomyam susu with ayam goreng.

Tak ingat dah ikan apa..



Total damage our dinner that night tak diketahui. It was on Ikmal. Laju dia ambil bill pergi bayar. Semoga makin murah rezeki dan dipermudahkan urusan belajar dan lain-lain. Thanks to Amy dan Nurul yang sudi teman dan ikut bersama. Sayu juga hati bila tengok anak-anak murid dah besar dewasa. It is a reminder yang aku pun bukan muda lagi. Thanks people sebab sudi juga datang dari jauh. Ada beberapa ex-students yang study jauh sikit also put effort to come. Massive thanks. All the best and sure, my prayers are with all of you. Take care and have fun.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya diSINI.
19 March 2017 [Ahad]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | MEMBURU KANGAROO DAN KOALA DI FEATHERDALE WILDLIFE PARK. Sampai ke Australia wajib kena cari kangaroo dan koala yang sememangnya ada di negara ini saja. Especially untuk Nurul dan Amy yang pertama kali sampai. Aku okay saja untuk pergi jumpa makhluk-makhluk comel ni lagi. Jadi sepakat kami bersama untuk ke Featherdale Wildlife Park yang terletak di Doonside, New South Wales. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Central Sydney menaiki train dan bus. Dari The Quadrangle kami ambil bus balik ke Central Station dan terus naik train ke Blacktown Station. Pastikan balance dalam kad Opal masih ada untuk tak menyukarkan perjalanan. Sampai di Blacktown boleh terus tunggu di Stand F pula untuk naik bus terus ke entrance Featherdale Wildlife Park. Nombor buses yang boleh kita naik adalah : 726 dan 729. Mungkin ada juga nombor buses yang lain tapi Google Maps senaraikan dua nombor ini saja. Senang saja nak tahu bus yang menuju Featherdale Wildlife Park sebab ramai orang akan berkumpul di Stand F. Tengok ramai budak-budak tu betul dah jangan risau. Perjalanan dari Stand F Blacktown Station ke Featherdale Wildlife Park mengambil masa kira-kira sepuluh minit. Waktu menunggu bus boleh jadi sekejap boleh jadi lama. Ikut application ada banyak buses bernombor 726 dan 729 yang akan sampai tapi tak ada pun. Dalam setengah jam juga kami menunggu baru bus sampai. Tak apa adalah tu sebabnya. Dah jom kita ke the Featherdale Wildlife Park.

Central Station Sydney - Blacktown Station Doonside.

Harga tiket / entrance fee ke Featherdale Wildlife Park.

Jaga-jaga.. Ada yang memerhati tu..

Tiket masuk dan peta kawasan.

Bekalan makanan untuk umpan kangaroo. Dua bekas untuk 5AUD (RM16.90 approx). Sebekas pun dah mencukupi tapi kalau ramai belilah dua.

Pengunjung agak ramai tapi smooth saja. Tak adalah sampai bersesak-sesak. Siap beli tiket dan makanan teruslah masuk. Disambut burung-burung comel di dalam sangkar. Kesian tau tak ada orang pun tengok burung-burung tu semua. Jadi kamilah pergi layan agah-agah sikit. Burung-burung di Australia mana sama dengan burung-burung di Malaysia. Pergilah jenguk sekejap. Ada kura-kura dan beberapa lagi sangkar binatang-binatang comel. Kami sampai lebih kurang pukul 12.30PM jadi dah terlepas beberapa shows yang best di Featherdale Wildlife Park. Yang ada seterusnya pun adalah show Echidnas (muncung macam cencorot badan berduri macam landak) dan beberapa show lain yang tak berapa menarik. Jadi kita bersiar-siar sajalah. Hari baru reda dari hujan manja. Lantai agak licin berlumut jadi jaga-jaga. Watch your steps. Banyak juga wallaby dibiarkan bebas. Manja saja datang selepas disogok dengan makanan. Suasana di Featherdale Wildlife Park lebih kurang sama dengan Cohunu Kuala Park di Western Australia tapi semak sikit. Macam tak terurus sangat. Mungkin nak mengekalkan ambiance hutan agaknya.

Jadual persembahan di Featherdale Wildlife Park.



Burung kookaburra yang hanya ada di Australia dan New Guinea.


Wombat yang sangat gemuk. Asyik tawaf sekeliling kandang.

BERGAMBAR BERSAMA KOALA DI FEATHERDALE WILDLIFE PARK

Di Featherdale Wildlife Park boleh bergambar dengan koala sambil usap sikit-sikit badan dia. Tak boleh lebih sangat nanti kena marah. Kalau nak peluk sakan koala kena pergi Cohunu Koala Park dapat dukung dan peluk. Boleh rujuk SINI. Di Melbourne pula tak dibenarkan pegang langsung. Lain negeri di Australia lain ragam. Off course ada additional cost bukan free tapi pengalaman yang dapat itulah paling mahal sebenarnya. Gambar diambil menggunakan camera yang disediakan dan wajib beli gambar yang dicuci. Nak size apa kita boleh pilih. Amy dengan Nurul saja yang bayar aku tumpang menempek saja. Kena tambah lagi 20AUD (RM67.60 approx). Boleh juga guna camera kita pekerja akan tolong ambilkan. Cuma masa nak bermanja bermesra dengan koala tak ada. Hanya boleh dekat usap sikit-sikit masa bergambar. Jadilah buat pengalaman.


Koala Kindy - tempat untuk koala joeys.

Tidur saja kerjanya. Senang sungguh hidup..

Packages yang disediakan untuk bergambar dengan koala.

Kita beriya senyum dia selamba sedap tidur. Huurm..

Penguins di Australia setakat yang aku jumpa semua kecil.

TERKILAN TAK BOLEH MASUK KE KANDANG KANGAROO

Sedih dan terkilan. Selalunya kangaroo dibiarkan bebas dan kita boleh bermain dengan kangaroo. Maybe sebab hari hujan lebat sebelum kami sampai, rumput di kandang kangaroo habis basah dan berlumpur. Mungkin tak mahu kasut pengunjung kotor teruk atau mengeruhkan lagi keadaan kandang. Kangaroo pula sedang sedap tidur dipenjuru kandang. Terpinga-pinga pengunjung sebab tak dibenarkan masuk. Boleh tengok dari jauh saja. Aduhai.. Nak buat macam mana redha sajalah makanan yang dibeli pun masih banyak. Siap berkongsi dengan pengunjung lain sebab tak terhabis kami guna. Kangaroo di Featherdale Wildlife Park agak besar. Paling besar setakat yang aku pernah jumpa. Tapi sayangnya sedang sedap tidur melayan perasaan. Tak tahu nak bagi advice dan tips macam mana sebab tak pasti jadinya mengenai kangaroo di Featherdale Wildlife Park. Sayang sangat sebab tak tercapai hasrat Amy dan Nurul. Itu tandanya kena visit Australia lagi. Hihihi..


Wallaby banyak dibiarkan bebas. Adik beradik kangaroo pun jadilah.

Datang seekor kangaroo pengubat kekecewaan.




Memujuk hati yang sedih kecewa kami usap sungguh-sungguh kepala seekor kangaroo yang datang dekat dengan kami. Dapat jugalah pengunjung lain pegang sekali. Kenyang dapat bolot makanan. Jomlah kita gerak ke destinasi yang lain. Mengejar masa takut tempat yang dituju tutup pula. Maklumlah semua tempat kat Australia tutup awal. Singgah dulu souvenirs shop pusing-pusing cuti mata sambil sambar beli fridge magnet seketul berharga 8AUD (RM27.04 approx). Okaylah design cantik kemas dan nampak exclusive. Buat kenang-kenangan tanda kunjungan. Insyallah ada rezeki tertulis dapatlah pegang dan bergambar dengan kangaroo lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya diSINI.
19 March 2017 [Ahad]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | THE QUADRANGLE LOKASI ALA BANGUNAN HOGWARTS DI THE UNIVERSITY OF SYDNEY. Pagi hari disambut hujan manja di bumi Sydney. Setakat hari ketiga memang tiap-tiap pagi hujan. Tunggu reda sedikit baru kami gerak. Idea untuk ke The Quadrangle yang merupakan salah satu bangunan terkenal di The University of Sydney diberikan oleh Ikmal, another Malaysian student yang menuntut di Sydney. He is actually my super super super junior tapi tak pernah kenal before. Bangunan The Quadrangle memang mirip bangunan-bangunan klasik dan heritage yang kita boleh tengok melalui filem bersiri Harry Potter. If all of you memang fans Harry Potter sure suka melepak sekejap di The Quadrangle. Terbuka untuk semua orang kalau tak silap selamat saja kami melangkah masuk. Act macam kami students universiti. Yakin itu penting. Dari Goold Street kami menapak ke Central Station Railway Square Stand M. Sehala laluan ke entrance Central Station. Ada banyak stands jadi make sure korang tunggu di stand yang betul.

CARA UNTUK KE THE QUADRANGLE THE UNIVERSITY OF SYDNEY

Dari Stand M di Railway Square, boleh naik buses bernombor : 413, 422, 436 dan 439. Turun di simpang-simpang bus stop sepanjang jalan utama yang dekat dengan entrance untuk masuk ke kawasan university. Naik saja bus aku terus on GPS untuk detect location. Bila dah semakin hampir dengan pintu masuk ke kawasan university, terus saja tekan loceng. Pilihan terbaik adalah untuk key in 'Paramatta Rd at University Ave' sebagai lokasi untuk turun dari bus. Kami terlajak sikit kuat berangan jadi terturun di 'City Rd before Butlin Av'. Sebenarnya ada banyak buses yang akan lalu dihadapan The University of Sydney sebab memang laluan utama. Boleh terus guna Google Maps untuk rancang perjalanan. Masukkan lokasi terus keluar nombor busses dan bus stand yang sepatutnya. Nombor buses juga berbeza-beza mengikut waktu jadi kenalah alert. Bila dah terlajak kami terpaksa menapak jauh sedikit untuk sampai ke The Quadrangle. Tapi tak apa sebab dapat cuci mata dan bersiar-siar dalam kawasan The University of Sydney play pretend kononnya jadi pelajar.  Padahal universiti tengah sunyi sepi macam tak ada orang. Tengah cuti atau tekun study.





Jalan menonong sampai jumpa signboard ini. Teruskan lagi ke hadapan.

Jalan punya jalan akhirnya sampai di The Quadrangle. Serious sunyi sepi bunyi angin saja. Manusia lain tak tahulah pergi mana. Untungnya sebab dapat bergambar di The Quadrangle sepuas hati tanpa gangguan. Yang tak best sebab rasa seram. Sesuai dengan concept gothic yang digunakan. Hahaha.. Bangunan lama walaupun cantik terasa juga creepy. Boleh pula masa kami disana jam loceng berbunyi lama pula. Macam halau seram dengar bunyi bergema. The Quadrangle mengambil masa selama lebih kurang 100 tahun untuk siap dibina sepenuhnya. Ada empat sisi bangunan utama : Great Hall, MacLaurin Hall, Faculty of Arts Office dan juga Nicholson Museum. Kalau berminat dengan barangan antik atau artifak sejarah especially hasil tinggalan tamadun awal Australia boleh pergi Nicholson Museum. Kami hanya berlegar-legar di perkarangan saja. Memang cantik dan sebiji macam compound bangunan yang digunakan untuk filem Harry Potter. Nak pergi UK entah bila jadi acah-acah pun jadilah. Sekali tengok macam Gurukul pun ada. Peminat filem Hindustan mesti tahu Gurukul tu apa.. Mujur hujan rumput basah. Kalau tak ada juga yang golek-golek sakan.




Teringat scene Harry Potter dan kawan-kawan berjalan di corridor Hogwarts.



Basically The Quadrangle adalah bangunan semata-mata. Kalau korang nak express meronda Sydney tak perlu singgah pun tak apa. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi. Kami saja selitkan sekali dalam itinerary sebab kami rasakan menarik dan ada sikit extra time untuk melencong. Masing-masing pun peminat Harry Potter dan Mohabbatein jadi haruslah singgah sekejap. Setengah jam pun dah cukup tak perlu lama. Tak ada benda sangat nak buat melainkan bergambar. Jalan terus saja dah jumpa exit keluar dari The University of Sydney. Itulah bus stand yang kami terlepas. Kemudian naik bus semula balik ke Stand M di Railway Square di Central Station untuk ke destinasi seterusnya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya diSINI.
18 March 2017 [Sabtu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | MAKANAN HALAL DI HARBOURSIDE SHOPPING CENTRE DARLING HARBOUR + MAKAN MALAM DI MALACCA STRAITS ON BROADWAY + CENTRAL PARK SYDNEY. Keluar dari Madame Tussauds suddenly hari cerah terik macam tak pernah hujan sepanjang hari. Bipolar sungguh cuaca di Sydney kitalah kena sentiasa prepare. Mencanak matahari atas kepala dan mula berpeluh dahlah pakai jacket. Tak boleh buka jacket pula sebab pakai short sleeves. Di sekitar kawasan Darling Harbour ada banyak tempat-tempat menarik yang percuma dan berbayar boleh kita lawati. Selain Madame Tussauds ada Sea Life Sydney Aquarium, Wild Life Sydney Zoo dan banyak lagi. Beberapa restaurants makanan halal yang walking distance tapi kami memilih ke Harbourside Shopping Centre untuk makan. Ada makanan halal disana. Lalulah Pyrmont Bridge dan terus bersambung ke Harbourside Shopping Centre. 



Laluan entrance yang bersambung dengan Pyrmont Bridge. Main entrance berada dihadapan bangunan mengadap Darling Harbour.

PILIHAN MAKANAN HALAL DI HARBOURSIDE SHOPPING CENTRE DARLING HARBOUR SYDNEY

Masa sediakan itinerary, aku rasakan agak mudah juga nak dapatkan makanan halal sekitar Sydney. Insyallah mana-mana ceruk pun akan ada at least kedai arab yang menawarkan pilihan makanan halal. Kalau rajin sikit lagi study mungkin boleh jumpa kedai best untuk makan. Kami terus ke food court di Harbourside Shopping Centre. Kami pilih untuk makan briyani kambing dan pizza. Ada satu kedai Indian Cuisine offer briyani jadi apa salahnya cuba. Kalau tak silap satu hidangan nasi briyani kambing berharga 17AUD (RM57.46 approx). Pejam mata sajalah senang cerita. Kalau tak mahu kenalah sediakan bekal. Big portion jadi boleh kongsi berdua macam Nurul dan Amy. Aku pula pilih nak makan pizza. Tergoda sungguh dengan bau aroma pizza dari Enfes Kebabs yang dibakar panas-panas. Sangat senang nak nampak Enfes Kebabs dan franchise pun ada bersepah sana sini. Paling besar kawasan dalam food court di Harbourside Shopping Centre. Nampak satu potong pizza macam kecil tapi bila dah makan mau sengkak perut jadinya. Siap tapau bawa balik rumah panaskan esoknya buat breakfast. Satu slice besar bersama chips dan air berharga 13AUD (RM43.94 approx).

Crepe dari kerana mata turun ke hati. Kena tanya Amy kenapa..

Nasi briyani kambing dibahagi dua. Sepotong besar pizza yang dipotong dua juga. Sepotong kecil sama besar dengan size satu slice large pizza Dominos.


Kalau peminat tegar rangkaian Hard Rock Cafe wajiblah singgah ke Darling Harbour. Cafe dan kedai merchandise Hard Rock Cafe terletak di dalam bangunan Harbourside Shopping Centre. Nurul target nak beli tshirt jadi kami singgah bersama. Aku memang tak minat jadi lepak saja dengan Amy sambil tunggu Nurul cuci mata. Tengok harga souvenirs Hard Rock Cafe mampu telan air liur saja. Dah kenyang dan senang hati kami singgah Coles nak memborong chocolates. Memang borong awal-awal. Mana tahu dah borong sendiri makan rasa sedap lepas tu boleh top up lagi nak bawa balik. Coles ni berfungsi macam Tesco dan Giant tapi lagi awesome. Boleh beli chocolates dan cookies dengan harga yang murah disini. Ikut jugalah apa yang tengah discount. Lain hari lain benda on sales. Aku selalunya beli Tim Tam dan cookies dari Arnotts. Aku pernah kongsikan barang-barang makanan yang boleh dibeli di Australia di SINI. Rajin-rajin rujuk kalau perlu. Bolehlah bantu bagi ideas nak beli apa bawa pulang. Bukan tak ada di Malaysia tapi jauh lebih murah di Australia semestinya. Selain chocolates and cookies, kami borong juices and coffee. Murah dan sedap. Gigih borong sakan di Coles berdekatan Darling Harbour sedangkan Coles bersepah-sepah serata alam di Australia. Entahlah tak ingat pula kenapa.. Dengarnya boleh tengok fireworks bila malam di Darling Harbour. Gigih aku search dan kaji tapi macam tak ada. Tanya juga beberapa orang dan masing-masing kata ada. Bila check website pun kata ada. Hairan.. Ceruk mana sebenarnya kena pergi kalau nak tengok fireworks pun tak tahulah. Kami abaikan sebab dah kepenatan. Aku texted Idlan and the gang tanya dah dinner belum. Energy ada lagi bersisa beberapa bar kalau nak melepak makan malam. Cadangan disambut baik. Nurul dan Amy tak ikut. Disebabkan rumah yang disewa dekat dengan rumah The Boys, jadi aku suruh diorang tunggu depan simpang jalan sekali ke kedai. Sekitar kawasan Chippendale dan Central Station memang banyak sangat pilihan makanan halal.

 PILIHAN MAKANAN HALAL DI MALACCA STRAITS ON BROADWAY DAN MELEPAK SANTAI DI CENTRAL PARK

Tak jauh pun dari Chippendale. Sedar menapak sambil menyembang terus sampai. Orang tak ramai mungkin juga sebab dah hampir pukul 9:00PM. Kena semak juga waktu beroperasi. Tak semua kedai makan buka sampai lewat malam. Ada yang pukul 6:00PM dah tutup. We were lucky sebab that day restoran tutup lambat dari biasa. Tak menyesal datang makan di Malacca Straits on Broadway sebab lauk pauk sememangnya sedap. 




Butter Chicken yang sangat sedap dan crunchy.

Soft shell crab goreng tepung with hot flakes.

We had a simple dinner dengan dua main dishes and rice. Tak ingat total berapa. Then kami semua tak terus balik. Hampir 12:00AM tapi kawasan Chippendale dan Broadway masih hidup. Singgah lagi sekali ke Coles di Broadway borong chocolates lagi. Before balik kami singgah makan aiskrim dulu di Central Park. Menarik saaangat Central Park sebab ada taman di tengah-tengah bangunan tinggi. Kena masuk dalam building and taaada.. Baru nampak taman mini boleh melepak santai. Asalnya kami ada jumpa satu apartment dalam bangunan Central Park through Airbnb untuk disewa tapi entah kenapa tiba-tiba owner kata tak available pula. Memang cosy habis kawasan Central Park and awesome. Datang waktu malam dengan lampu-lampu dipasang memang tak sunyi. Orang pun still ramai lepak santai minum kopi. Ada juga Woolworth disini yang dibuka sampai tengah pagi.





We bought ice creams dari Woolworth and cari port. The Boys told me, kalau siang ada few bean bags disediakan. Kalau rasa nak bergolek atas rumput dengan bean bags boleh datang waktu siang. No worries.. Menarik sangat tempatnya. Thank you boys tolong angkat barang sampai depan pintu rumah and teman dinner plus shopping. Jumpa lagi esok. Hahaha.. Balik ke Chippendale terus bersihkan diri dan rehat. Hari yang sangat panjang aku rasakan. Dah sampai rumah duduk termenung baru mula rasa sengal betis tapak kaki muscle semualah. Sepanjang jalan konon bertenaga. Mulalah cari Yokoyoko bekalan wajib mesti ada. Rasa nak lumur satu badan tapi nanti menggelupur pula tak tahan panas. Urut sikit picit sikit sudahlah. Mari kita tidur. Masih banyak lagi hari di bumi New South Wales untuk ditempuhi. Sambung lagi nanti..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.