SITI.YANG.MENAIP: SHOPPING PAKAIAN DAN BARANGAN BERJENAMA DI DESIGN VILLAGE OUTLET MALL PENANG

SHOPPING PAKAIAN DAN BARANGAN BERJENAMA DI DESIGN VILLAGE OUTLET MALL PENANG

/
24 Comments
July 06, 2017
SHOPPING PAKAIAN DAN BARANGAN BERJENAMA DI DESIGN VILLAGE OUTLET MALL PENANG. Sebagai seorang yang membesar dan menetap di Pulau Pinang, aku memang dah lama tahu berita pembukaan outlet mall barangan berjenama Design Village Outlet Mall di Bandar Cassia, Batu Kawan. Kawasan yang semakin hari semakin berkembang dengan pembangunan. Melalui exit Batu Kawan dan Bandar Cassia, kedudukan Design Village Outlet Mall berada tak jauh dari rumah. Hanya setengah jam pemanduan. Dari tahun lepas iklan Design Village Outlet Mall dah bersepah-sepah dipasang. Akhirnya tahun ni baru dibuka secara rasmi. Baru berkesempatan menjenguk kawasan minggu lepas. Bukan nak shopping sangat. Saja nak meninjau apa yang menarik sangat di Design Village Outlet Mall. Betul atau tak ada offers, discount atau potongan harga yang menarik. Parking space sangat banyak disediakan kawasan letak kereta bertingkat atau pun open. Tiket parking hanya perlu scan dan bayar.


LOKASI DESIGN VILLAGE OUTLET MALL


OPERATION HOURS
Monday - Thursday : 11:30AM - 09:30PM
Friday, Saturday, Sunday & Public Holiday : 11:00AM - 10:00PM

Official Website - Design Village Outlet Mall

Kalau orang yang biasa dengan Pulau Pinang tak payah guna GPS pun tak apa. Kalau tak familiar lagi-lagi dengan kawasan Bandar Cassia dan Batu Kawan kenalah guna takut terlajak masuk ke kawasan perindustrian ataupun terlajak terus naik Jambatan Sultan Abdul Halim. Kedudukan memang strategik dengan pelbagai lagi projek-projek pembinaan yang dirancang. Senang nak cari insyallah tak akan sesat. Not sure about public transport. You can always use Taxi, Grab Car or Uber. Papan tanda projek pembinaan IKEA Penang juga dah dipasang. Aku dah boleh bayangkan keadaan Batu Kawan dan Bandar Cassia yang meriah dalam masa beberapa tahun akan datang.

DESIGN VILLAGE OUTLET MALL

Konsep yang sama digunakan seperti Johor Premium Outlets, Genting Highlands Premium Outlets, Freeport A'Famosa Outlet dan Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, Design Village Outlet Mall menempatkan butik-butik pakaian dan barangan berjenama yang dijual dengan harga yang lebih murah dalam satu kawasan yang sama. Lebih murah daripada yang dijual di shopping mall. Disebabkan masih baru dibuka, ada beberapa shop lots yang masih kosong. Jomlah kita tinjau apa yang menarik di Design Village Outlet Mall.




Godaan duniawi.







First impression agak memuaskan. Landscape sangat cantik dan kemas. Aku suka nampak teratur semuanya. Suasana juga meriah masih dalam mood berhari raya. Ramai pengunjung masih lagi berbaju kurung baru pulang beraya agaknya. Aku memang hanya nak meninjau tak adalah niat nak shopping sangat. Potongan harga sehingga 70% off memang menggoda sangat. Tapi aku notice, tak adalah high end sangat brands yang ada di Design Village Outlet Mall. Biasa-biasa saja. I was expecting more. Bukan nak membeli tapi entahlah aku rasa biasa-biasa saja. One thing bagus juga, bolehlah rakyat biasa macam aku membeli-belah. Kalau semua butik high end aku mampu bayar parking sajalah. Pilihan restoran pun biasa-biasa saja. Mungkin sedikit teruja sebab ada Wendy's. Mungkin akan ada yang lagi menarik bakal dibuka. Aku tak rasa impressed sangat tapi bolehlah nak dijadikan kawasan melepak hujung minggu bersama ahli-ahli keluarga atau kawan-kawan.

KECEWA SURAU YANG DISEDIAKAN KECIL

Memang mengecewakan sikitlah. This is my personal point of view. Kalau difikirkan kat mana-mana shopping mall di Malaysia memang jarang nak jumpa surau yang selesa dan besar. Ada tapi sangat sikit. Obviously this place dibina untuk tarik ramai orang datang, why can't you provide a bigger space to perform prayer. Orang akan ramai datang and tak faham motif surau sekangkang kera. We had to wait for our turn nak solat sampai Maghrib pun hampir nak habis. Memang pack sangat dan sempit. Setuju memang bukan hari-hari orang akan ramai but you should be prepared untuk menampung kedatangan pengunjung yang ramai. No more datang dekat-dekat waktu nak solat sebab tak sanggup dah nak berebut-rebut. Tak mesra solat langsung. Aku tak tahulah pendapat orang lain macam mana. I would prefer solat kat tempat lain. Tengah solat masih boleh dengar lagu-lagu dari outlets yang dipasang dengan kuat. Harapnya next time pergi ada penambahbaikan untuk keselesaan pengunjung.

Secara keseluruhan Design Village Outlet Mall adalah best dan menarik. Bolehlah ramai-ramai rancang datang bawa keluarga atau kawan-kawan. Get you desired branded stuffs here with cheaper prices and great bargains. Shop till you drop.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

24 comments:

  1. ada la jugk pi dlm 2 3 kli, itu pun klau ada yg berkenan mmg sush nk dpt mall lain. kat sini je ada sebb byk choice.bolehlah kn, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow Timm da 2 3 kali pergi.. memang murah sebab dah discount sangat2 dah memang berbaloi beli.. bila nak pegi lagi ? jom sama-sama hehe..

      Delete
  2. Sama macam MPO lah siti VOM ni. Sapa yg suka shopping sesuai sgt ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka shopping dan berduit hehe.. baru lengkap pakej..

      Delete
  3. Wahh Penang semakin menarik seperti bandaraya KL dan JB..
    LZ tak pernah jemu jalan-jalan ke Penang. Banyak tempat menarik dan paling best shopping complex ada di mana-mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula pasal.. makin tak kenal Penang ni heheh hari2 ada benda baru.. banyak shopping complex tatau nak terjah mana satu =D

      Delete
  4. wahhhh!!!! penang pun dah ada..
    akak kalau balik kg, sure singgah ke Johor PO.
    sakan you, dalam pada tak ada duit banyak tu, rembat gak sepasang kasut baru. heeee

    tapi surau dia banyak dan besar2.
    suka sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT tak pernah sampai JB tu tatau JPO semua hehe.. kalau singgah pun tak tahu nak beli apa.. ongkos ongkos. but im sure great bargains.. jadi berbaloi beli. bagusla surau banyak and besar.. dia da prepare nak tampung pengunjung ramai2.. ni huurm..

      Delete
  5. Menarik... dekat melaka belum pergi, dekat penang pulak dah dibuka.. hehehe.. bestnya kalau dpt p ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat Melaka da pernah pegi sekali.. tapi time baru2 bukak juga so masih krik krik hahaha.. bosan juga tak tahulah nak borong apa..

      Delete
  6. Part surau tu mmng spoil sangat. Memang tempat shopping2 macamni biasanya kurang mesra solat sikit. Kesian pengunjung yg nk dtg shopping lama2 kt situ kan.

    Tapu bagus sbb smua kedai branded diletak dlm satu kawasan yg sama. Tkde susah2 nk cari kt merata tempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nak buat macam mana.. kedai2 branded tu lagi penting dari surau yang selesa dan besar huhuhu.. tapi betullah nak meronda lama2 pun jadi takde mood.

      Delete
  7. kita ni bukanlah baik sangat kan, tapi kalau surau kecik memang turn off..huhu.kena plan trip elok2 la. Padini dia menggoda betul. haha. mana best? mall ni ke famosa outlet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul takdela pious sangat tapi kalo berhimpit2 sesak2 memang tak patut. tempat shopping bina gabak kemain no consideration. kalo dengan Freeport CT pilih Design Village ni hehee.. marila datang sini naik ETS ja.. i jadi driver sini =D

      Delete
  8. Yana pernah pi sekali .. Tapi tula untuk shopping Yana suka when it comes to tempat makan agak xbest sbb taak byk pilihan yg menarik yg boleh buat Yana rambang mata ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooah aa ah kedai2 menarik la jugak mampu milik.. bab outlet makan memang krik2. hehe.. makan kena improve lah kasi banyak choices..

      Delete
  9. menarik tapi jauhlah akak nak pergi, entah bila nak jejak kaki ke pulau pinang pun tak tahulah akak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe marila jalan2 penang.. kita pi makan2 pusing2.. meh meh sini meh =D

      Delete
  10. Tak pernah sampai lagi... tapi masalah jugak kalau surau kecik.. sebab mesti rasa tak selesakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tak selesa lagi2 nak perform solat yang waktu solat pun sekejap. rinas haaaih kena himpit2..

      Delete
  11. Penang ada berapa banyak outlet? Dengar kata nanti Mitsui nak buka outlet juga dekat Penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni sbijik ni ja.. IKEA coming up next tatau kot kat area lain ehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.