SITI.YANG.MENAIP: July 2017


Gambar sekadar hiasan. Tak boleh makan Baskin Robbins hari-hari. Menangis poket. Aku sangat suka makan aiskrim dan gelato tak kisahlah yang murah, mahal atau buat sendiri. Janji ais berkrim sejuk dan sedap. Taklah selalu masuk kedai aiskrim mahal dan enjoy. Sesekali adalah untuk reward diri sendiri setelah berhadapan dengan realiti. Apa salahnya kan.. Korang mesti ada aiskrim kegemaran dan flavour atau perisa favourite. Dulu rajin buat aiskrim Malaysia, bukan buat sendiri. Cilok sepupu punya aiskrim yang dia buat berniaga. Aaargh !! Dengan adik tak payah berkira. Perisa asam boi dan milo memang favourite sangat. Kadang tak cukup satu makan sambil tengok tv. Kalau aiskrim confection aku sangat suka Mat Cool Icy Grape. Yang perasa anggur ada rasa mint sikit dan any other yang perisa ala ala citrus seperti orange or lime. Jarang sebenarnya makan yang ala-ala Magnum dan Cornetto. Aiskrim McDonalds Sunday Cone dan McFlurry pun favourite. Ternanti-nanti perisa baru McFlurry nak dicuba. 

Bila sebut aiskrim mahal memang terus segar dan on saja bila diajak makan. Terus terbayang Baskin Robbins, Haagen Dazs, Ben & Jerry's, The Cream & Fudge Factory, New Zealand Natural dan banyak lagi. Haagen Dazs tak minat sangat tak tahulah kenapa tak berapa suka. Ben & Jerry's pula kena tengok flavours betul-betul before beli. Takut ada yang tidak-tidak and only available di hypermart yang exclusive macam Cold Storage, Jaya Grocer dan Sam's Groceria. High class sangat sampai susah nak jumpa dan beli. The Cream & Fudge dulu ada sebuah di Alamanda, tapi sekarang macam dah tak ada. Tak tahulah kalau dah bertukar lokasi. Di NU Sentral pun ada rasanya. Jarang jumpa tapi kalau ada aku sangat suka Banoffee Toffee. Sedapnya !! Telan air liur pula sambil menaip. And all time favourite haruslah Baskin Robbin, paling common yang senang nak jumpa almost everywhere. Favourite flavours haruslah Green Tea, Hockey Pockey, Mango, Gold Medal Ribbon, Pralines dan macam-macam lagi. Kadang-kadang selera tak dapat jangka. Suka certain flavours tapi ended up dengan flavours lain. Korang pula macam mana, marilah kongsikan bersama. Talk about ice-cream, rindu pada buah hati nan satu, membuak-buak rasa yang amat pada DediS, peneman setia partner makan aiskrim tak kira masa dimana jua. His favourite would be Mint Chocolate Chips. Al-Fatihah.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Just recently, last weekend aku pergi makan Sushi King dengan sepupu. Tak adalah rasa teringin sangat tapi adalah sikit tekak meminta sushi. Bila masuk outlet Sushi King rasa tak selera pula tengok sushi-sushi yang tergedik-gedik atas kaiten belt. Belek menu sepupu aku dah order Bento Set Salmon. Tak pernah cuba before jadi terasa nak cuba pula. Selama ni masuk Sushi King, most of the time memang makan sushi saja but I won't forget the egg custard (chawanmushi). My favourite sepanjang masa. Kalau rajin baru makan set nasi atau udon. Menarik juga rupanya Set Bento dan aku pilih Beef Yakiniku. Berbaloi dengan harga dan obviously kenyang. Ada banyak benda datang dengan set. Potato salad, chicken cutlet dan fish cake. Sesuai untuk yang sangat lapar. Mujur makan sushi sikit saja that day kalau tak mesti sengkak teruk. Would give it another try again next time. Untuk peminat-peminat Sushi King, tunggu tak lama lagi ada Bonanza yang akan berlangsung pada 7-10 Ogos 2017 di semua outlet Sushi King. Boleh makan sushi-sushi pinggan mahal dengan harga murah. Boleh dah kumpulkan kawan-kawan. Date di Sushi King ramai-ramai. Sedaaapnya !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Ramai orang suka simpan kenangan ketika travel atau kenangan-kenangan apa juga events sekalipun dalam bentuk Photobook. Selain daripada simpan dalam hardisk dan share di social media, apa salahnya kita jadikan buku juga. Senang nak selak-selak kalau rindu. Aku baru berjinak-jinak dengan photobook tahun lepas. Niat nak siapkan photobook dah lama ada tapi asyik bertunda dan sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. Tengok kawan-kawan lain buat memang teringin sangat nak buat juga. daripada dibiarkan gambar terperam. Aku bukanlah orang yang selalu sangat travel jadi pengalaman pun sedikit. Cuma rasa nak juga abadikan kenangan-kenangan selama berjalan-jalan dalam bentuk photobook. Akhirnya tahun lepas baru cuba, itupun setelah sepupu kenalkan dengan Pixajoy. At first memang blur tak tahu nak godek macam mana. Tapi Pixajoy sangat senang nak faham. Mudah sangat arahan jadi pening tak lama. Ada banyak websites yang offer service photobook. Ikut sukalah nak guna khidmat yang mana. Sekali dah buat rupanya taklah susah sangat. Jadi addicted pula bila berjaya hasilkan buku pertama. Terus rasa gian nak buat lagi dan lagi. Cuma masa saja cemburu lebih. Tak izinkan sangat nak duduk mengadap laptop dan edit gambar.

Baru ada empat buah buku.



Selain mengumpul souvenirs dari negara-negara lain, aku rasa eloklah juga buat photobook. Pendapat peribadi, setiap kali tengok balik photobooks yang ada mesti terbit rasa rindu. Macam terbayang-bayang kenangan-kenangan di satu-satu tempat yang diabadikan. Aku baru ada empat buah buku dan buat tak ikut turutan. Main ikut sedap rasa nak buat yang mana dulu. Harga standard ikut nasib promosi ketika beli coupon. Rezeki dapat murah boleh dapat dua buah buku. Kalau tengah tak ada promosi tunggu nanti singgah website lagi. My first photobook adalah #TravelockCTxSouthKorea dan dari situlah timbul minat nak buat untuk travelogues yang lain. Seronok edit dan susun gambar. Aku belum creative lagi nak buat photobook yang comical. Ada pernah tengok satu sample siap ada bubble talk. Comel tapi tak reti buat lagi. Jadilah photobook skema gambar susun rapat-rapat. Puas hati dengan service dari Pixajoy, pantas cantik kemas dan rasanya akan setia untuk jangka masa yang lama. Ini bukan entry review berbayar memuji Pixajoy. Tidak.. Memang suka dan rasa nak kongsi dengan kawan-kawan semua. Korang pun mesti ada juga kan koleksi photobooks dalam simpanan. Marilah kongsi idea dan suggestion sebab suka tengok photobooks orang lain juga.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Setiap kali tiba musim durian tiba memang tak pernah lupa daripada teringat pada Balik Pulau, my home for about dua belas tahun. Sejak pindah ke seberang Pulau Pinang memang tak pernah miss untuk kembali ke Balik Pulau semata-mata nak makan durian. Memang rindu setiap kali musim durian disana, meriah sana sini orang jual durian. One of a kind sedap semacam despite harga yang sedikit mencekik. Tapi benda bagus haruslah comes with a price tapi tak akan pernah mengecewakan. Rugi sangat siapa yang tak suka makan durian. This time aku nak kongsikan tentang pengalaman makan durian di Durian Rumah Batu, antara lokasi terkenal untuk lepak makan durian Balik Pulau yang sedap. Di sekitar Balik Pulau mana-mana ceruk pun ada dijual durian yang sedap tak semestinya hanya di Durian Rumah Batu saja. Bagi aku, semua durian di Balik Pulau adalah awesome. Kalau inginkan privacy dan pengalaman makan durian di dalam dusun, memang Durian Rumah Batu adalah antara pilihan yang terbaik.

LOKASI DURIAN RUMAH BATU BALIK PULAU


Kedudukan agak tersorok dan terperuk dalam dusun durian tapi senang saja nak pergi. Boleh terus refer GPS untuk sampai ke kawasan Durian Rumah Batu. Jangan rasa ragu-ragu macam tersesat memang akan masuk hutan sikit. Don't worry signage banyak beri panduan. Boleh access dengan kereta dan jalan pun berturap cantik. Ada sungai juga kalau berminat nak mandi-manda.

Durian Rumah Batu
127, Mukim 2, Sungai Pinang,
11010 Balik Pulau, Pulau Pinang

Contact
012-538 5128

SILA BUAT TEMPAHAN SEBELUM KE DURIAN RUMAH BATU

Sekurang-kurangnya sehari sebelum silalah telefon dulu dan buat tempahan. Usually aku hanya beritahu budget dan jenis buah durian yang nak dimakan. Senang cerita nanti tauke pergi cari dan simpankan buah durian untuk kita. Sediakan duit saja. Setakat ni tak pernah lagi melampau-lampau benar harganya dan terlebih budget. Tak boleh pergi selalu sesekali nak merasa jadilah.

Permandangan di sekitar kawasan Durian Rumah Batu.

Tauke yang mesra pelanggan.



Memang puas hati dan sedap sehingga menjilat jari. Dari awal aku dah pesan nak durian yang isinya pahit jadi memang pahit betul kami dapat. Jangan lupa untuk tempah air buah pala sekali. Sedap diminum selepas makan buah durian. Segar rasanya kelat dan manis. Habuan makan durian tak ingat dunia, minum air masak kena banyak juga. Kalau tak mulalah nak panas badan dan sakit tekak. Benda baik dan berbaloi kena kongsikan dengan semua supaya orang lain pun dapat rasa nikmat dunia yang sama. Durian di kawasan lain pun sedap juga. Asal durian, kalau hulur aku tak tolak. Kalau berkesempatan ke Balik Pulau, apa salahnya singgah seketika di Durian Rumah Batu. Makan durian puas-puas sementara buah tengah banyak. Jangan tunggu lama-lama nanti melepas.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Iyeee baru nak kongsikan serba sedikit cerita Hari Raya Aidilfitri 2017. Rayakan sebulan apa salahnya lewat sikit daripada biasa. Hari raya tahun ini nothing much nak dikongsikan jadi kita cerita sekali harung. Sejak DediS tiada memang kemeriahan hari raya totally jadi hambar. Tak ada langsung semangat hanya persiapan ala kadar saja. Baju raya pun last minute beli online kuih-kuih raya pun tak meriah sangat. Beli untuk bawa balik kampung. Mujur sempat juga buat persiapan. Visited DediS a day before raya while still dalam bulan Ramadhan, MamiZ said lebih pahala dan keberkatan. I am missing my ayah so much, merasakan ayah masih ada disisi. Alhamdulillah I got some alone time to report and tell him everything, poured out semua burden and some random talks. Semua pun lari pergi ziarah kubur ahli-ahli keluarga lain wanted to give me space. Raya pertama hingga keempat hanya di Bangi sebelum pulang ke Pulau Pinang. Surprisingly, aku masih menerima duit raya. Alasan kukuh selagi belum berkahwin. I like the reason so much sangat thoughtful. Raya pertama yang agak meriah dengan keriuhan anak-anak saudara berlari sana sini. Took us almost an hour untuk selesai sesi photoshoot raya. Food biasa-biasa saja aku tak enjoy sangat rendang daging, I prefer rendang ayam but it was fine. Telan sajalah bukan tak makan langsung. Terasa terisi dengan kunjungan beberapa keluarga dari jauh. Raya kedua paling hambar tak ingat kenapa. Duduk rumah taip draft entries, makan dan tidur. Merasakan ada keperluan juga untuk bersosial dihari raya, aku contacted Kak Sal dan Sally. Adjust pertemuan dan sempat juga cari masa beraya ke rumah kawan-kawan Bloggers SalbiahM dan Sally Samsaiman. Terima kasih sudi menerima kunjungan dan jamu makanan-makanan yang sedap. Dapat makan lontong, rendang ayam dan sizzling mee yang special. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin atas segala kekhilafan yang diri ini pernah lakukan sama ada sengaja atau tak. This is me asking for a sincere apology. Have fun everyone during Syawal. Do not forget to always spread love and positivity.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
SHOPPING PAKAIAN DAN BARANGAN BERJENAMA DI DESIGN VILLAGE OUTLET MALL PENANG. Sebagai seorang yang membesar dan menetap di Pulau Pinang, aku memang dah lama tahu berita pembukaan outlet mall barangan berjenama Design Village Outlet Mall di Bandar Cassia, Batu Kawan. Kawasan yang semakin hari semakin berkembang dengan pembangunan. Melalui exit Batu Kawan dan Bandar Cassia, kedudukan Design Village Outlet Mall berada tak jauh dari rumah. Hanya setengah jam pemanduan. Dari tahun lepas iklan Design Village Outlet Mall dah bersepah-sepah dipasang. Akhirnya tahun ni baru dibuka secara rasmi. Baru berkesempatan menjenguk kawasan minggu lepas. Bukan nak shopping sangat. Saja nak meninjau apa yang menarik sangat di Design Village Outlet Mall. Betul atau tak ada offers, discount atau potongan harga yang menarik. Parking space sangat banyak disediakan kawasan letak kereta bertingkat atau pun open. Tiket parking hanya perlu scan dan bayar.


LOKASI DESIGN VILLAGE OUTLET MALL


OPERATION HOURS
Monday - Thursday : 11:30AM - 09:30PM
Friday, Saturday, Sunday & Public Holiday : 11:00AM - 10:00PM

Official Website - Design Village Outlet Mall

Kalau orang yang biasa dengan Pulau Pinang tak payah guna GPS pun tak apa. Kalau tak familiar lagi-lagi dengan kawasan Bandar Cassia dan Batu Kawan kenalah guna takut terlajak masuk ke kawasan perindustrian ataupun terlajak terus naik Jambatan Sultan Abdul Halim. Kedudukan memang strategik dengan pelbagai lagi projek-projek pembinaan yang dirancang. Senang nak cari insyallah tak akan sesat. Not sure about public transport. You can always use Taxi, Grab Car or Uber. Papan tanda projek pembinaan IKEA Penang juga dah dipasang. Aku dah boleh bayangkan keadaan Batu Kawan dan Bandar Cassia yang meriah dalam masa beberapa tahun akan datang.

DESIGN VILLAGE OUTLET MALL

Konsep yang sama digunakan seperti Johor Premium Outlets, Genting Highlands Premium Outlets, Freeport A'Famosa Outlet dan Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, Design Village Outlet Mall menempatkan butik-butik pakaian dan barangan berjenama yang dijual dengan harga yang lebih murah dalam satu kawasan yang sama. Lebih murah daripada yang dijual di shopping mall. Disebabkan masih baru dibuka, ada beberapa shop lots yang masih kosong. Jomlah kita tinjau apa yang menarik di Design Village Outlet Mall.




Godaan duniawi.







First impression agak memuaskan. Landscape sangat cantik dan kemas. Aku suka nampak teratur semuanya. Suasana juga meriah masih dalam mood berhari raya. Ramai pengunjung masih lagi berbaju kurung baru pulang beraya agaknya. Aku memang hanya nak meninjau tak adalah niat nak shopping sangat. Potongan harga sehingga 70% off memang menggoda sangat. Tapi aku notice, tak adalah high end sangat brands yang ada di Design Village Outlet Mall. Biasa-biasa saja. I was expecting more. Bukan nak membeli tapi entahlah aku rasa biasa-biasa saja. One thing bagus juga, bolehlah rakyat biasa macam aku membeli-belah. Kalau semua butik high end aku mampu bayar parking sajalah. Pilihan restoran pun biasa-biasa saja. Mungkin sedikit teruja sebab ada Wendy's. Mungkin akan ada yang lagi menarik bakal dibuka. Aku tak rasa impressed sangat tapi bolehlah nak dijadikan kawasan melepak hujung minggu bersama ahli-ahli keluarga atau kawan-kawan.

KECEWA SURAU YANG DISEDIAKAN KECIL

Memang mengecewakan sikitlah. This is my personal point of view. Kalau difikirkan kat mana-mana shopping mall di Malaysia memang jarang nak jumpa surau yang selesa dan besar. Ada tapi sangat sikit. Obviously this place dibina untuk tarik ramai orang datang, why can't you provide a bigger space to perform prayer. Orang akan ramai datang and tak faham motif surau sekangkang kera. We had to wait for our turn nak solat sampai Maghrib pun hampir nak habis. Memang pack sangat dan sempit. Setuju memang bukan hari-hari orang akan ramai but you should be prepared untuk menampung kedatangan pengunjung yang ramai. No more datang dekat-dekat waktu nak solat sebab tak sanggup dah nak berebut-rebut. Tak mesra solat langsung. Aku tak tahulah pendapat orang lain macam mana. I would prefer solat kat tempat lain. Tengah solat masih boleh dengar lagu-lagu dari outlets yang dipasang dengan kuat. Harapnya next time pergi ada penambahbaikan untuk keselesaan pengunjung.

Secara keseluruhan Design Village Outlet Mall adalah best dan menarik. Bolehlah ramai-ramai rancang datang bawa keluarga atau kawan-kawan. Get you desired branded stuffs here with cheaper prices and great bargains. Shop till you drop.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.