Saturday, 23 April 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 8.1 - IKAN BAKAR KOREA DI DONGDAEMUN + MYEONGDONG

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | IKAN BAKAR KOREA DI DONGDAEMUN DAN SHOPPING DI MYEONGDONG


Entri sebelumnya di SINI.
22 Januari 2016

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | IKAN BAKAR KOREA DI DONGDAEMUN DAN SHOPPING DI MYEONGDONG. Antara menu wajib dicuba ketika di Korea adalah Ikan Bakar di Dongdaemun. Tak lengkap trip kalau tak cuba hidangan ikan bakar ini. Nanti teringat dan terbayang jadi marilah kita pergi cuba. Ingat tak dalam entry lepas aku ada kongsikan yang kami nak pergi dating dengan seseorang ? That seseorang adalah seorang kakak yang selalu juga aku jenguk blognya. Siapa kenal Kay Dolce ? Haaa.. Kami nak pergi dating dengan penulis blog The Cosmos Wanderer. Kakak Kay Dolce baru saja sampai ke Korea dan berhubung dengan Akak JM. Jadi aku ikutkan saja mana nak pergi dan apa aktiviti yang dirancang. Tapi Kakak Kay Dolce sangat pemalu jadi kami tidak bergambar pun. Hehehe.. 

Berjanji untuk berjumpa di Dongdaemun Station dan di hadapan Marriot Hotel tapi suhu sangatlah sejuk. Tak sanggup nak berdiri di luar terlalu lama. Sementara menunggu Kakak Kay Dolce sampai kami masuk cuci mata dulu di Dongdaemun Underground Shopping Centre. Aduhaaai.. Cantik-cantik baju hanbok yang dijual. Kalaulah ada purpose untuk beli memang aku rasa nak rembat sehelai dua walaupun mahal. Cantik sangat dan colourful. Belum tengok lagi tenun dan corak yang cantik. Lemaaah iman tergoda rasanya. Selain hanbok, ada juga dijual bantal-bantal tradisional masyarakat Korea dan cadar dan comforter. Designs patches yang lawa. Isk !! Jiwa mak-mak sangat aku rasa sebab semuanyaaa cantik-cantik. Insyallah kalau ada rezeki kesana lagi memang nak beli satu atau dua set buat simpanan ataupun dijadikan souvenirs.


Geramnya tengoklah semua cantik-cantik. Kalau berminat nak beli sila sediakan at least RM1000


Ini baru sikit. Ada banyaaak lagi yang cantik-cantik,


Bila Kakak Kay Dolce dah sampai kami pun sama-sama pergi cari Ikan Bakar Dongdaemun yang terkenal. Senang saja nak cari mana lokasinya. Keluar dari Dongdaemun Station Exit 8 atau keluar dari Exit 2 melalui Dongdaemun Underground Shopping Centre. Marriot Hotel on your right dan Pyoung Hwa Clothing Market on your left. Jalan terus sampai nampak satu statue manusia yang besar. Belok kiri dan deretan kedai-kedai ikan bakar sedia menanti. Pilih sajalah kedai mana yang korang pilih untuk makan. Waktu kami kesana suasana agak meriah. Ramai manusia sedang menjamu selera tapi masih ada tempat untuk kami bertiga. Duduk dan terus tunjuk saja ikan apa yang kita nak through menu yang diberikan.


Side dishes yang diberikan secara percuma kepada semua. Sedap-sedap semuanya.


Aku memang tak kenal nama ikan-ikan yang kami pilih. Tapi ketiga-tiga jenis ni sangat sedap. Aku paling suka yang ada tiga ketul tu. Seeedap.

Harus bergambar dengan Ahjumma pembakar ikan.

Thanks to Akak JM yang payung dinner malam itu. Extra sedap jadinya bila ada yang belanja. Semoga makin murah rezeki. Lepas dah kenyang malam pun sebenarnya masih muda. Tak rock kalau terus balik hotel. Mari kita menyimpang seketika cuci mata. Semua bersepakat untuk ke Myeongdong. Dua malam berturut-turut ke Myeongdong. Tak apaaa !! Tiap malam pergi Myeongdong pun tak apa. Aku suka keadaan Myeongdong yang lively. Memang sesak dan padat dengan penduduk tapi meriah. Seronok jadinya.

Singgah seketika di kedai-kedai underground di Myeongdong Station. Beli lagi sepasang baju. Ahjumma kedai baju dah kenal tapi tak dapat discount pun. Harga memang dah murah. Hehehe.. Kami meronda Myeongdong sambil beli beberapa snack untuk dicuba. Beli air delima pure tapi Ya Rabbi masam yang amat. Terkulat-kulat muka nak habiskan satu pack. Sebab harga mahal.. Ku gagahi juga untuk sedut. Sungguhlah kaya dengan vitamin. Hahaha..

Chocolate banana crepe. Biasa saja sama macam ditempat kita.

Yang ni menyesal juga tak cuba. Macam sedap and sangat banyak cheese yang digunakan. Tak kedekut. Tapi orang ramai sangat. Ada rezeki pergi lagi harus mencuba !!




Dulu masa kelas Kemahiran Hidup ERT dah pernah buat hidangan ni. Udang yang dililit dengan potato sagat dan digoreng garing. Lebih dari sepuluh tahun lepas. Tak sangka terkenal di Korea sekarang. Huhuhu..

Udang ituuu !! Udang itu !!



Wajib beli setiap kali ke Myeongdong. Egg bun. Huurm.. Throwback gambar sambil telan air liur.

That night kami tak shopping sangat pun. Strolling around enjoying our own sweet time sambil mencuba beberapa jenis makanan. Walaupun konon kenyang lepas makan di Dongdaemun, bila tengok makanan di Myeongdong terus rasa lapar balik. Teruk betul. Hahaha.. Kalau ke Korea memang kena spend more time di Myeongdong sebab kawasan luas dan banyak benda nak explore sebenarnya. Aku personally suka Myeongdong. Makanan banyak.. Orang pun ramai jadi Insyallah tak perlu risau benda yang bukan-bukan.

Apa-apa pun it was a splendid date dengan kehadiran Kakak Kay Dolce bersama kami. The more the merrier. I hope you had fun too. Ada rezeki kita jumpa lagi.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

4 comments:

  1. ikan bakar dia sedap..tapi side dishes tk brp lalu nak telan..Myeongdong best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul kak.. CT makan jugakla side dishes yang pelik2 tu tak boleh jalan jugak hehehe..

      Delete
  2. Siti... Tau tak kt mana nak shopping selimut2 or table cloth yg murah selain dongdaemun.. fN bawak mak.. Die minat benda benda mcm ni.,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak CT tak sure. tapi kat Dongdaemun tu memang banyak sungguh selimut cadar alas meja. yang underground pun area Dongdaemun jugak. ada 1 building bertentang dengan station Dongdaemun tu pun shopping mall untuk benda2 macam tu. area lain CT tak pasti..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...