Monday, 18 April 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 7.0 - NAMI ISLAND + ASIAN CUISINE DAN SOTONG PEDAS JEGI DONG

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | PULAU NAMI PULAU WINTER SONATA + ASIAN CUISINE DAN SOTONG PEDAS DI JEGI-DONG


Entri sebelumnya di SINI.
21 Januari 2016

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | PULAU NAMI PULAU WINTER SONATA ASIAN CUISINE DAN SOTONG PEDAS DI JEGI-DONG. Tak sah kalau ke Korea Selatan tapi tak pergi Pulau Nami. Memang dah jadi satu kewajipan. Aku pun haruslah jejakkan kaki ke Pulau Nami. Sejak terjebak dengan pengaruh K-Drama dan K-POP haruslah menanam impian untuk ke Korea especially tempat-tempat menarik yang menjadi tempat pengambaran sesuatu adegan.

Untuk ke Nami Island, kita hanya perlu naik metro dan turun di Gapyeong Station. Kalau dari Itaewon Station ada beberapi kali juga kena tukar laluan. Di Taereung dan Sangbong kalau tak salah. Janji hampa semua sampai Gapyeong Station kira betul dah laluannya. Keluar dari Gapyeong Station ada beberapa pilihan juga untuk ke Nami Island. Boleh terus naik teksi yang sememangnya sedia menunggu penumpang atau boleh naik tour bus. Kalau naik tour bus harganya berbeza sikitlah dari biasa sebab pengunjung akan dibawa ke beberapa tempat menarik sekitar Nami Island juga. Untung sebenarnya tak perlu fikir transport dan entrance fee tapi kita terikat dengan schedule yang sudah ditetapkan. Kami bersetuju untuk naik teksi saja.

Gapyeong Station. Jalan terus untuk ke terminal teksi.

Teksi akan turunkan kita jauh sikit dari entrance. Malas nak masuk sebab kena bayar. Menapak sajalah.

Simbolik. Nak masuk ke Nami Island pun kena melepasi kastam. Hehehe..

Dengan bayaran sebanyak 8000WON (RM30.80 approx) seorang, kami terus dapat pass masuk ke Nami Island. Boleh tunggu ferry untuk ke pulau. Selain ferry boleh juga naik zip wire terus mendarat di Nami Island. Menarik tapi out of budget jadi tak mencuba. Boleh tahan juga ramainya umat manusia yang nak ke Nami Island. Nak cari sudut bergambar dalam ferry pun susah. Permukaan air penuh dengan ais-ais yang pecah. Sampai di Nami Island lagi terkedu sebab disana pun memang manusia sangat ramai. Huuurm.. Sesak sangat rasanya. Kami cuba untuk avoid dan pergi ke arah yang kurang pengunjung. Legaaa.. Masih ada ruang untuk menikmati keindahan Nami Island tanpa gangguan manusia yang ramai.

Bila dah berjalan agak jauh tertanya juga mana hilangnya orang yang ramai. Sebab sunyi sepi pula. Walaupun rasa Nami Island macam kami yang punya tapi seram juga. Hihihi.. Rasanya orang ramai terus serbu deretan pokok-pokok yang famous di Nami Island. Nak bergambar disana.


Umat manusia yang membanjiri Nami Island.



Sunyi sepi tanpa manusia. Mana hilangnya semua orang ? Huhuhu..



Deretan pokok-pokok yang terkenal di Nami Island. Disusun cantik berbaris.

Pokok togel sudah keguguran daun.

Tasik yang sudah membeku. Tapi masih jelas aliran air dibawah lapisan ais. Takut nak pijak.

Tenang memang tenang. Cantik sangat Nami Island. Bayangkan kalau datang pada musim luruh atau bunga mesti lagi berganda-ganda cantiknya. Insyallah ada rezeki kita kembali. Merasa pula pengalaman musim lain. Dah berjalan jauh bermacam-macam gaya posing haruslah rasa lapar. Bagusnya di Nami Island memang disediakan beberapa restoran makanan halal. Aku rasa sebab pengunjung muslims yang meningkat jadi orang ramai dah mula alert tentang demand makanan halal. Surau yang selesa pun turut disediakan.

Nasi goncang Nami Island memang sudah terlalu famous. Kami nak cuba makanan di Asian Cuisine dah alang-alang berada satu bangunan dengan surau. Sambil meredakan kulit yang sudah kering dalam kesejukan. Tak tahulah nak kata beruntung atau tidak. Dari jauh dah nampak kelibat Shahizey Sam, Hairul dan Keknis. Pandang dari jauh saja tapi sempat bergambar dengan Sam. Hehehe..






Aku order Jajangmyun. Jujurnya sedap lagi Jajangmyun di Malaysia. Hahaha..


Pau kacang merah panas-panas. Beratur orang nak membeli.

Lepas makan kami sambung meronda. Masuk ke kedai souvenirs dan jenguk apa yang patut. Sempat rembat few magnets dan totes. Kami ingat nak ke The Garden of Morning Calm tapi tak jadi. Hari dah lewat. Lama kami di Nami Island. Rasa tak nak balik sebab tenang sangat. Sambil melangkah menghala ke ferry sempat juga posing di beberapa tempat lagi. Orang masih ramai walaupun hari sudah menginjak kelam. Musim sejuk memang laju gelapnya.

Disebabkan Nami Island sangat terkenal sebagai lokasi pengambaran drama popular Winter Sonata, memang setiap ceruk pulau ada saja benda yang berkaitan dengan Winter Sonata. Daripada gambar-gambar semasa pengambaran.. Patung replika pelakon-pelakon Winter Sonata dan macam-macam lagi. Kalau ikutkan dah more than 10 years drama Winter Sonata mula ditayangkan. The impact is so huge sampai sekarang orang masih teruja untuk datang ke Nami Island. Hebat negara Korea mempromosikan perlancongan melalui drama. Huhuhu..







Dalam perjalanan pulang kami berbincang mana nak makan malam. Few places berada dalam cadangan tapi akhirnya bersetuju untuk makan Jjukkumi Bokkeum (sotong pedas) di Jegi Dong. Tak perlu tukar train banyak kali sebab terus dalam laluan yang sama. Ada juga terbaca di blog kawan-kawan yang lain.. Sotong pedas di Jegi Dong memang tahap lima bintang pedasnya. Risau juga sebab tekak aku memang susah nak terima makanan pedas. Tapi tetap teruja. Bukan selalu nak dapat peluang macam ni. Dah alang-alang sampai haruslah cuba.

Keluar dari Jegi Dong Station Exit 6 teruskan berjalan sikit akan terjumpa statue sotong emas tengah tabik hormat. Kalau nampak tu dah kira tepat sudah lokasinya. Kawasan Jegi Dong sangat terkenal dengan pelbagai restoran yang menjual hidangan makanan berasaskan sotong. Yang paling terkenal adalah Jjukkumi Bokkeum. Selalu tengok orang lain makan this time kita pulalah yang cuba. Ada banyak kedai pilihan jadi pandai-pandailah nak makan dimana. Untuk kepastian tanyalah ada alcohol dalam makanan atau ada jual daging or not. Alhamdulillah each time aku tanya untuk make sure tak pernah pula orang kedai rasa offended. Mungkin they all dah prepare dengan soalan-soalan daripada Muslims.

Inilah dia statue sotong tabik hormat itu.

Deretan-deretan kedai yang menjual hidangan sotong pedas. Jalan terus ke arah kedai signage oren dan belok kanan. Jalan lagi terus ke depan sehingga jumpa kedai yang signage ada gambar nenek pakai hanbok.

Satu hidangan sotong pedas Jegi Dong. Side dishes dan nasi. Air memang diberikan secara percuma.

Jangan pandangku sebelah mata. Nampak macam biasa saja. Dah makan haaa.. Menangis !!

Muka tenang sebelum berpeluh-peluh gelabah.

Kalau memang suka makan makanan pedas memang aku suggest sangat-sangat datanglah makan di Jegi Dong. Aku tak suka makanan pedas tapi aku suka makan sotong. I wanted to challenge myself too jadi apa salahnya mencuba. Sumpah pedas dan memang aku tak tahu nak kasi berapa bintang untuk tahap kepedasan yang aku rasa. Complete untuk buat kita mengulang ke toilet beberapa siri. Alhamdulillah the next day sepanjang hari perut tak meragam. Seriously memang sangat pedas tapi sangat awesome juga at the same time. Kagum dengan diri sendiri yang berjaya juga habiskan satu hidangan. Memang tak dinasihatkan kasi budak-budak tapi ada saja budak-budak yang makan dengan selamba. Tak tahuuulah jenis lidah mulut apa dia ada. Hahahah..

Aku minta air extra. Ahjumma gelak tengok kami dah terkipas-kipas. Tengok air dah tinggal sikit dia offer lagi. Dah standby nak top up air. Total lost untuk hidangan di Jegi Dong adalah 22000WON (RM84.48 approx) untuk berdua. Rasanya kalau lebih ramai kena minta lebih dari satu hidangan. Baru puas nak merasa. Make sure masukkan Jegi Dong Jjukkumi Bokkeum (sotong pedas) dalam senarai tempat makan atau lokasi jalan-jalan cari makan di Korea untuk diterjah. Seriously tak rugi. 

Balik ke hotel dan dah nak tidur pun masih terasa-rasa tahap kepedasan super power Jjukkumi Bokkeum (sotong pedas). Huhuhu.. Semoga tenang perut kami meneruskan hari seterusnya.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

24 comments:

  1. Tak posing puas2 ke kat Nami Island tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. posing kak.. setiap ceruk posing hehe..

      Delete
  2. Sotong pedas tuh,..menggoda!

    ReplyDelete
  3. MMG CANTIK AMI ISLAND PATUT RAMAI BERPUSU-PUSU KE SANA...SEDAPNYA MSKAN SOTONG TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik kak.. rasanya kalau musim luruh lagi cantik =)

      Delete
  4. dah ada kedai makan halal ye kat nami, dulu takde punn. kitorang sanggup tahan lapar sampai malam tu baru singgah makan kat itaewon
    saya pegi time autumn, mmng lawa suasana masatu dgn kaler daun kering yg kuning2 coklat! rasa mcm nk repeat je pegi korea balik ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang rasa nak repeat kan ? insyallah ada rezeki boleh kembali kesana. rasanya lama dah ada kedai makan halal tu. ada jugak refer blog lain yang dah pergi lebih awal. heee xpe kalo dapat pergi lagi jangan lupa singgah yah..

      Delete
  5. wowww sotong..sedap..tapi mau resdung ni hihi

    ReplyDelete
  6. waaaaaa best nyaaaaaa g korea..........

    ReplyDelete
  7. Nami island ni mmg lawakan....bilalah k wa dapat jejak kaki kesana sob sob sob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. ada rezeki pastikan sampai. CT pun sampai after so many years berangan nak pergi =)

      Delete
  8. Ada ciri-ciri Kemalaysian di Pulau Nami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe yang perginya pun dah ramai orang Malaysia =D

      Delete
  9. alaa rugi tau lambat info sotong pedas ni,nmpak indulging sgt tuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe its never too late.. itu tandanya kena pergi lagi =P

      Delete
  10. Makan dekat jukkumi bokkeum tu mmg meleleh air mata tapi sedap. Haih..rindu pulak kat korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang. CT ni sangatlah tak makan pedas. kalo makanan pedas sikit pun dah tanak makan. tapi namanya da ke Korea.. telan jugak =D

      Delete
  11. sotong pedas tuu..nampak mengancam sungguh..

    ReplyDelete
  12. Sotong pedas tu area seoul ke siti...mcm sedap je.. Sbb kalau dkt seoul..kalau perut meragam..sempt nak balik..hhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes area Seoul. kat area station Jegi Dong. sedap and memang pedas yakamat !! elokla tu betul kalo sakit perut senang nak lari balik hotel. hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...