Monday, 25 April 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 10.0 - GOODBYE SOUTH KOREA + SOUVENIRS

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | HARI TERAKHIR DI KOREA SELATAN DAN SOUVENIRS


Entri sebelumnya di SINI.
24 Januari 2016

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | HARI TERAKHIR DI KOREA SELATAN DAN SOUVENIRS. Sekejap sangat rasa masa berlalu. Macam semalam baru sampai sekelip mata sudah tiba masa untuk pulang. Tak terasa lama pun walaupun hakikatnya sudah sepuluh hari di Korea Selatan. Nampak sangat berat hati nak balik. Masih banyak tempat menarik yang belum diterjah tapi panggilan tanah air dah memanggil. Tak apalah.. Insyallah ada rezeki kita datang lagi. Pagi sebelum bergerak ke airport kami sudah siap packing. Dari malam sebelumnya lagi. Syukur aku dapat top up berat luggage dengan bantuan Kak Dayana. Memang mampat habis bag aku. Kena tekan baru dapat zip. Hahaha..

Masa check-out kami terserempak dengan sekumpulan adik-adik manis dari Malaysia. Nampak macam nak check-out juga tapi sebahagian barangan ditinggalkan di kaunter. Rupa-rupanya nak ke Busan beberapa hari kemudian akan kembali ke Seoul. Before that katanya nak ke Incheon International Airport dulu menghantar salah seorang rakan nak balik ke Malaysia sebab tak dapat cuti panjang. Alaaahai sedihnya.. Mesti lagi berat hati sebab kena berpisah tengah-tengah bercuti. Kami cakap tak perlulah hantar kawan ke airport gerak sekali terus dengan kami. Alang-alang memang nak ke airport dan flight waktu penerbangan semua sama. Cantik sangat dah kalau terus ikut sama.

Rancangan asal nak tunggu bas airport transfer di Itaewon. Sampai awal jadi kena tunggu dalam 30 minit sebelum bas seterusnya sampai. Tapi sejuknyaaa rasa memang terkulat-kulat muka tahan sejuk. Ada taxi datang berhenti depan kami. Katanya boleh hantar ke airport sama harga dengan airport transfer. Lepas bincang kami bertiga setuju untuk naik taxi. Jenuh Ahjusshi sumbat bag-bag kami dalam kereta. Mujur muat semuanya. Jomlah kita ke airport. Lagi awal lagi bagus.. Nak timbang bag dan wrap sekali.

Rupa-rupanya di Incheon International Airport tak ada perkhidmatan wrapping bag. Ada perkhidmatan ikat kotak kalau ada nak bawa balik kotak banyak-banyak. Kalau ikutkan tak perlu guna pun tak apa tapi saja gatal nak habiskan duit. Cuba jugalah. Rasa kelakar sendiri bila tengok keadaan luggage yang entah apa.

Postcards untuk kesayangan-kesayangan di Malaysia. Rasanya dah selamat sampai ke pemiliknya.

Alhamdulillah tak terlebih muatan. Syukur top up before ke airport. Kalau tidak tak tahulah berapa kena denda.

Inilah rupanya entah apa kaedahnya. Saja nak tunjuk juga kat semua. Hahaha..

Makan dulu before masuk departure hall. Yang memang selalu pergi Korea rasanya tak hairan dah kan.. Huhuhu..

Dah ready semua.. Jom kita ke Departure Hall. Jauh lagi perjalanan kat dalam sana.

Sampai di Departure Hall dah nampak orang ramai beratur. Cis !! Ingatkan kami antara yang awal rupanya dah standby beratur. Lambat juga rupanya. Memang bukan calang-calang jauhnya journey kat dalam airport. Kalah KLIA2 weh.. Serious kalah !! Jadi silalah masuk lebih awal supaya tak termengah-mengah menapak. Nak kena naik aerotrain lagi. Kalau terlepas jenuh nak tunggu the next ride walaupun hanya selang lima minit. Manusia memang padat. I was wondering juga kenapa.. Rupa-rupanya ada beberapa penerbangan ke Jeju dan Jepun yang terpaksa dibatalkan. Heavy snow di lapangan terbang jadi tak boleh mendarat. Ya rabbi.. Macam-macam dugaan. Patut manusia ramai sangat. Huuurm..

I'm coming home.. I'm coming home..

Seronok berada di international airport. Dapat tengok kapal terbang negara lain yang jarang dapat dilihat di negara kita.

That T'Way Airlines yang kecil tuuu.. One of the airlines from Korea juga macam Peach dan Jin Air.

Right on time terus terbang. Cuaca di Seoul sangat baik. Alhamdulillah tidak terganggu seperti ke destinasi-destinasi lain. Kami bertiga terpisah sebab tempat duduk berasingan. Aku dapat seat di Quiet Zone dan sememangnya sangat syahdu sunyinya. Rasa terus nak terlelap sebab sangat sepi. Nasiblah that day captain agak mesra. Before he made a turn dia dah suruh standby jenguk ke luar tingkap. Katanya kami baru melepasi Daegu dan sedang heavy snow. Subhanallah. Memang sangat terpukau aku tengok dari atas.

Tengoklah tu tengoklah tu !!



Lepas makan sumpah aku tak ingat apa. Yang aku tahu letak kepala aku terus pengsan. Aku tak tahulah aku konsert atau tidak. Kalau konsert pun lantaklah. Aku dah hanyut dalam lena. Sedar pun like an hour before landing. Memang tidur yang sangat berkualiti. Usually bila nak landing telinga aku akan berdengung. Itulah sebabnya senang nak terjaga. Huhuhu..

Well.. The journey has come to its end. Sepuluh hari yang menyeronokkan di Korea Selatan. Ikutkan hati memang nak duduk lagi lama. Tak nak balik. Menantu untuk MamiZ dan DediS pun tak terjumpa lagi di sana. Tapi apakan daya.. Kena pulang juga. Insyallah ada rezeki kita pergi lagi.

-----------------------------------------------------------------------------------

CADANGAN SOUVENIRS DARI KOREA SELATAN UNTUK DIBAWA PULANG. Ini adalah antara barang-barangan yang sesuai untuk dibeli dan dibawa pulang buat buah tangan. Hehehe.. Kita janganlah berkira sangat especially untuk family members. Usually untuk family members aku suka beli makanan. Rasa puas hati bila tengok semua dapat merasa makanan dari negara lain. Aku sempat snap few pictures saja. Teringat nak snap pun bila dah distribute jadi tinggalkan sikit saja lagi buat contoh. Jadilah untuk membantu korang dapatkan bayangan.

Ini wajib. Fridge magnets dan keychains. Ikutlah designs mana yang berkenan. Borong sakan di Namdaemun Market.

Coin purses. Yang kecil sesuai diberikan pada kanak-kanak. Yang besar untuk orang dewasa simpan make up atau anythinglah. Jahitan kemas dan colour yang vibrant. Menarik.

Fridge magnets Busan yang dibeli di Gukje Market. Not sure ada ditempat lain atau tidak.

Since aku adalah peminat totes jadi kalau ada terjual totes yang tulis nama sesuatu tempat dan dijual dengan harga yang berpatutan memang aku akan beli. Contoh : Tote Nami Island.

Set sudu garfu dan chopticks Korea yang terkenal. Ramai yang suka souvenirs ni. Boleh juga beli periuk mangkuk yang selalu digunakan untuk masak ramen. Harga lebih murah di Gukje Market Busan berbanding di Seoul. Hehehe.. Fridge magnets dari Mount Sorak dan Gamcheon Culture Village.

Real Brownie Market O.. Dried Persimmon dan Pomegranate Drink. Dried Persimmon yang sangat sedap. Now aku faham kenapa Ahjumma-Ahjumma di Korea suka sangat makan Dried Persimmon. 

Ini saja yang sempat snap. Ada banyak lagi sebenarnya. Skin care.. T-Shirt.. Seaweed dan beberapa jenis makanan lain lagi. I bought face towel juga. Ada bendera Korea on it. Aku rasa sangat berbaloi beli and sesuai untuk dijadikan souvenirs..

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

10 comments:

  1. byknya souvenir...suka set sudu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe beli banyak kak senang nak kasi orang especially family members =)

      Delete
  2. wow! banyak gak CT beli sourvenir. nak 1... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe akak ni semua setahun yang lalu.. CT baru ada masa nak update..

      Delete
  3. seal luggage tu memang terbaik la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe entahlaaa. bila tengok balik each time rasa funny hehe..

      Delete
  4. Replies
    1. hehehe sesekali Uncle.. bukan selalu ke Korea =D

      Delete
  5. kenapa x bawa balik hero sy kwon sang-woo balik ke malaysia? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalo CT bawak balik kitela simpan untuk diri sendiri hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...