Wednesday, 8 February 2017

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 5.1 - MYEONGDONG + DINNER DI YOOGANE

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | SEOUL - MYEONGDONG DAN MAKAN MALAM DI YOOGANE.


Entri sebelumnya di SINI.
19 Januari 2016

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEOUL | SOUTH KOREA - SYURGA MEMBELI BELAH MYEONGDONG DAN MAKAN MALAM DI YOOGANE. Sampai ke Seoul dari Yongpyong hari dah gelap. Baru pukul 5.30PM. Macam malam sudah. Perut berkonsert tak perlu nak bagitau macam mana. Memang kebulur walaupun dah makan. Rancangan malam hari memang untuk makan di sekitar Myeongdong. Ada beberapa restoran dalam list tapi kami bersetuju untuk makan di Yoogane. Ramai juga kawan-kawan bloggers yang dah cuba makanan di Yoogane jadi marilah kita pula cuba rasa macam mana. Bas dari Yongpyong terus turunkan kami di Myeongdong jadi tak perlu susah payah naik train dan sebagainya. 

Ada dua kedai makan Yoogane di Myeongdong. Aku dah tak ingat exact location. Pandailah pusing-pusing cari. Tak adalah susah sangat dan tidak tersorok. Sebelum jumpa Yoogane sempat meronda cuci mata sekitar Myeongdong. Dua hari berturut-turut meronda di Myeongdong. Huhuhu..


Egg Bun yang sedap. Setiap kali ke Myeongdong aku beli. Onomnom..

Besar gedabak benda ni.. Nanti dikopek dan dipanggang lepas tu tabur cheese.. Isk !! Dunia dunia !!
Menariknya Myeongdong sebab sangat lively. Meriah sakan dengan orang ramai dan suasana hidup peniaga dan pembeli. Serious rasa sangat happening. Tengok makanan yang dijual sumpah rasa teruja nak rasa tapi kena perhati betul-betul bahan yang digunakan. Kalau rasa yakin bolehlah cuba. If sedikit berani tanya saja untuk hilangkan rasa ragu.

Pusing punya pusing akhirnya jumpa Yoogane. Serabut sikit pintu masuk kedai dengan stickers promosi ditampal merata. Pintu masuk pun agak kecil. Tapi luas didalam. Banyak meja dan lapang. Kalau aku seorang diri memang tak tahu itulah kedainya. Mujur Kak JM pernah sampai jadi memang dah expert. Masuk dalam kedai ada beberapa meja dipenuhi orang Malaysia. Ada yang senyum ada yang buat tak tahu. Huhuhu..

Yoogane Myeongdong. Katanya ada dua kedai Yoogane di Myeongdong. Jadi inilah salah satunya.


Menu-menu makanan di Yoogane Myeongdong. Bolehlah buat rujukan.
Untuk dinner malam itu, kami pilih Nasi Goreng Seafood dan rice cakes. Sukalah aku duduk Korea selalu makan rice cake. Sedap !! Macam pulut kat Malaysia. Kenyal and chewy. Selalu tengok dalam drama Korea ada kedai makan yang tolong masakkan makanan untuk pelanggan. Hari itu aku tengok dengan mata sendiri. Teruja weh !! Excited kemain aku jakun. Hahaha.. Minah yang tolong masak pun kemain sengih-sengih tapi tak cakap apa pun. Huhuhu..

Itu dia.. Sotong dan sayur-sayuran. 

Nampak merah menyala. Pedas jugalah tapi masih boleh tahan.

Bukti kami kelaparan. Tinggal kerak saja. Side dishes pun licin.

Total damage makan malam kami di Yoogane hanyalah 13000WON (RM49.40 approx) berdua. Puas hati dan sedap. Portion pun besar sesuai untuk makan berdua. Lepas makan kami sambung meronda. Singgah kedai-kedai underground yang bersambung dengan metro. Jumpa baju cantik hanya 10000WON (RM38.00 approx). Yang paling besar sebab besar. Beli jangan tak beli. Sambung cuci mata dan target siap-siap apa yang bakal dibeli bawa balik. 

Nampak tak ? Memang ada plan untuk datang ke Myeongdong lagi. Hahaha..

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

14 comments:

  1. SEDAP NAMPAK NASI GORENG TU..DH KENYNG MKN BARU SERONOK RONDA2 MYAENDONG KAN SITI

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bila perut kenyang kita memang always happy kak hehe..

      Delete
  2. Macam sedap je nasi goreng penyek tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeh ngeh ngeh.. bila sampai Korea ni kan PLM.. semua pun sedap =p

      Delete
  3. kenyang perut suka hati la..lalallaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesungguhnya benar sekali. bila kenyang mesti happy =)

      Delete
  4. bila travel ke tempat org ni dok nampak makanan diorg jelaa.. nak plak husna si kaki pemakan.. adehhh.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kalau semua kita boleh bedal memang lagi macam macam akak nak cuba hehehe =D

      Delete
  5. kat Myeongdong kalau tak ulang2 tu mmg tak best lah kan.
    ada je benda yg nak ditengok atau disambar.
    akak suka food kat situ.
    memacam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT rasa Myeongdong paling best.. hehe ada food ada baju ada barang2 ada semua hehehe.. memang kalo ulang banyak kali pun tak apa..

      Delete
  6. Bilalah nak dapat pergi ke sana. HUhu...

    ReplyDelete
  7. Meals tu nampak menarik!
    Salam kenal.
    Done follow sini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...