Friday, 25 March 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 5.0 - YONGPYONG SKI RESORT

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | SEOUL - YONGPYONG SKI RESORT


Entri sebelumnya di SINI.
19 Januari 2016

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEOUL | SOUTH KOREA - DRAMA SEBABAK YONGPYONG SKI RESORT : LOKASI PENGAMBARAN DRAMA WINTER SONATA. Pejam celik dah hari kelima. Obviously masih belum puas meronda. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum kami terjah. Hihihi.. Antara mission utama menjejakkan kaki di South Korea adalah untuk ke Yongpyong Ski Resort yang menjadi antara lokasi pengambaraan drama Winter Sonata. Drama yang mula-mula memperkenalkan negara South Korea dimata penduduk Malaysia sampai demam K-Wave menular. Gituuu.. Sejak tengok drama Winter Sonata aku build interest dengan snow dan pasang angan-angan untuk main salji. Alhamdulillah ada rezeki diberikan keizinan-Nya. Aku study sikit-sikit tentang cara nak ke Yongpyong Ski Resort. Tengok videos di Youtube dan baca entries dari bloggers lain. Agak confusing juga. Masih samar-samar. Huuurm..

Aku ambil inisiatif untuk email seorang blogger dari New Zealand yang dah gunakan khidmat shuttle bas dari Jamsil Station ke Yongpyong Ski Resort. Dia reply dengan baiknya kongsikan pengalaman dan kesilapan yang dilakukan. Tips dan juga nasihat sebab dia pergi tahu 2013 jadi tak pasti masih valid atau tidak. Dengan yakinnya aku ikut cadangan yang diberikan. Aku semak website bas shuttle warna purple itu dan laluan Jamsil-Yongpyong masih ada. Cuma aku tak pasti sama ada tiket kena beli secara online atau on the spot. Itulah silap diri sendiri tak study habis-habis.

Kami terus ke Jamsil Station dan keluar menunggu di depan Lotte World. Terkejar-kejar dari pagi sebab Jamsil Station agak jauh dari Itaewon Station. Bus shuttle pula katanya akan sampai pukul 08:30PM. Huuuh !! Ada banyak bas stands di hadapan Lotte World dan tak tahu nak menunggu di stand mana. Dan bukan sebiji bas purple yang lalu. Terlalu banyak dan mengelirukan !! Masih lagi positive dan menunggu di dalam kesejukan. Hoooi baju tebal berlapis sudah tapi masih sejuk.

Sunyi sepi. Nak kongsikan betapa awal sebenarnya kami sampai.

Belakang tu ada kedai baju GAP Kids. Katanya kena tunggu di kawasan ini. Redha dan pasrah kami percaya dan tunggu.

Exit Jamsil Station dan Lotte World.
Dah dekat tiga puluh minit kami tunggu. Lebih dari sepuluh bas purple yang lalu tapi semua ke laluan yang berlainan. Akhirnya dah tak tahan. Waktu makin berlalu. Aku approach seorang Ahjussi nak tanya kalau dia tahu kat mana sebenarnya kena tunggu. Dengan keupayaan aku bercakap dalam Bahasa Korea yang limited, kami masih berjaya mencapai tahap komunikasi berkesan. Ahjusshi faham aku nak tanya apa dan aku faham dia cakap apa. Katanya tak ada shuttle bas nak ke Yongpyong disitu. Pulaaaaaak dah !!! Apakah ini.

Ahjusshi ajak ke information counter. Baiklah Ahjusshi. Dia pun pot pet pot pet dengan orang kaunter bagi pihak kami. Dramatic Ahjusshi di pagi hari dengan tangan-tangan naik turun nak explain pada pekerja di Jamsil Station. Akhirnya pekerja di Jamsil Station buat satu panggilan. Pot pet pot pet lagi.. Kata sepakat yang dicapai adalah.. Silalah ke Dong Seoul Bas Terminal untuk beli tiket ke Hyoegge dan seterusnya naik teksi ke Yongpyong. Hahaha.. Itu jugalah sudahnya.


Ahjusshi masih setia nak tunjuk jalan. Kalau ke Dong Seoul Bas Terminal kami tahu jalan. Tapi he insisted nak juga suruh kami ikut dia. Mungkin jelas muka kami cuak dan takut dia pun cakap.. "Janganlah takut.. Pakcik bukan orang jahat." Obviously bukan in Malay tapi aku fahamlah sikit. Berkat bersengkang mata selalu melayan drama Korea. Sampai di Gangbyeon Station kami terus turun. Ahjusshi tak turun dia teruskan perjalanan. Semangat dia melambai. Bye Ahjusshi. Thank you so much.

Kami teruskan perjalanan. Banyak juga masa terbuang menunggu di Jamsil. Huuurm.. Rugi. Tapi tak apalah sekurang-kurangnya dah tahu dan boleh dikongsikan bersama.

Tiket bas dari Dong Seoul Bus Terminal Ke Hoenggye.

Cara untuk ke Yongpyong Ski Resort

1. Dari Dong Seoul Bus Terminal beli tiket bas ke Hoenggye Inter-City Bus Terminal berharga 14500WON (RM55.00 approx).

2. Naik teksi dari Hoenggye Inter-City Bus Terminal terus ke Dragon Plaza di Yongpyong Ski Resort. Anggaran tambang adalah sekitar 10000WON (RM38.00 approx) untuk sebuah teksi.

Dah sampai memang sangat teruja. Akhirnya tempat yang paling aku nak terjah dapat dijejaki. Terlupa sekejap kesusahan yang kami harungi sepanjang pagi. Ramai sangat orang di Yongpyong Ski Resort. Masing-masing dengan alatan ski siap sedia nak main ski. Aku tak nak main. Takut terseliuh pinggang. Harga sewa pun agak mahal. Niat utama adalah untuk naik cable car ke atas. Pusing-pusing cari kaunter tiket.

Teksi turunkan kami di Dragon Plaza.

Tengok tu macam-macam peralatan ada. Semangat orang-orang sana nak ski.

Keluar dari Dragon Plaza kita akan nampak scenery ini. Ramai tengah siap sedia nak meluncur.



Seronok tengok walaupun aku tak main ski. Macam-macam ragam. Yang pandai main yang biasa-biasa saja dan yang memang noob. Tapi okaylah noob dari tak tahu langsung. Satu perkara lagi aku suka tengok pelbagai lapisan umur ada. Dari sekecil-kecil budak hingga ke yang tua dewasa. Pergaulan dan aktiviti outing keluarga yang sangat harmoni. Huhuhu..

Kami dah jumpa kaunter tiket untuk cable car. Pekerja fasih berbahasa Inggeris. Excited sungguh aku pergi kaunter tapi hancur berkecai cita-cita. Cable car tak dapat berfungsi on that day. Why !!!!!!! Serious rasa nak bebal kat situ juga. Kenapa tak dapat naik ? Sedihnya. Aku punya impian and angan-angan. Kenapa tak boleh !!! Huuurm dengan muka hampa aku redha menerima. Suhu terlalu sejuk dan angin kencang. Okay tak dapat dinafikan. Kami pun keluar sekejap rasa kejung semacam. Nak buat macam mana. Terima sajalah.

Kami ke Tower Plaza pula. Bangunan bertentang dengan Dragon Plaza. Kalau nak beli tiket bas pulang ke Seoul silalah beli di Tower Plaza. Bangunan Tower Plaza tak sesemak Dragon Plaza. Orang pun tak ramai sangat. Kami cari satu sudut untuk makan dan solat. Ingat nak sewa locker nak simpan barang. Hampeh !! Locker gila dan habis duit dia telan tapi tak dapat buka pun. Kami tapau makanan dari hotel. Sejuk tapi tibai makan. Lapar.


Kaunter tiket untuk pulang ke Seoul. Better datang sini beli tiket dulu dan tengok waktu departure.
Mengubati hati yang lara kami just meronda sekeliling resort. Ada jugalah aktiviti-aktiviti ringan yang boleh dibuat. Nak main slope ataupun yang ride snow yang simple. Bayar dan naiklah ikut suka. Ada untuk sekali naik dan ada juga untuk lima kali. Aku nak beli yang lima kali tapi dah lewat. Hanya boleh beli untuk sekali naik saja. Jadilah dari tak merasa langsung. Sekali naik slope berharga 5000WON (RM19.00 approx). Mahal tapi seronok !! Jadi buat tak tahu sajalah.

Kak JM tak mahu naik. Thank you sudi tunggu dan snap gambar. Disediakan juga khemah dan heaters untuk panaskan badan. Kalau tak disediakan memang tak tahu nak gambarkan sejuk macam mana that day. Extreme sangat rasanya. Tapi demi pengalaman dan gambar aku redah juga.


Apa-apa pun mari kita beli tiket dulu.

Khemah yang ada heater untuk kegunaan orang ramai.

Kena panjat ke atas sana untuk naik slope. Jangan risau.. Ada laluan automatik. Tak perlu mendaki.







Seronok juga kalau dapat naik kerusi gantung tapi tak boleh. Those yang main ski saja boleh naik.

Nak buat peace pun tak larat !!! Nak beku dah rasa.
Ambil gambar pun goyang. Menggigil habis tangan.

Hoi tahap sejuk memang tak reti nak describe macam mana. Aku belagak okay saja padahal rasa nak menjerit nangis sudah. Sejuk gila !!! Like paling sejuk sejak sampai Korea. Tapi nak main punya pasal. Nak kena pegang Gopro nak ambil gambar nak rakam video. Memang sampai bawah terus lari masuk khemah. Dengan anginnya dengan snow terbang memang perfect sangat. Betapa teruja aku nak main snow terus rasa sengsara. Huwaaa !!! 

Lepas dah main slope satu round kami decide untuk terus tunggu di Plaza Tower. Kalau ada waktu yang lagi panjang memang dua tiga round aku main slope. Seronok dan lama. Dalam duduk menahan sejuk sedar tak sedar dah hampir waktu untuk balik ke Seoul. Better pergi awal ke kawasan parking bas-bas intercity daripada nanti lambat. Nak cari bas pun dah satu kerja. Tulisan semua in Hangul. Pandai-pandai sendiri compare. Singgah kedai beli jajan bekal dalam perjalanan pulang.

Overall memang seronok. Satu pengalaman yang berharga walaupun masih tak dapat penuhi keinginan. Insyallah kalau ada rezeki boleh pergi lagi. Dalam bas kami ada sembang dengan couple dari Thailand. Tiba-tiba rasa nak tukar idea dan plan untuk perjalanan esok. Apa-apa pun marilah kita pulang ke Seoul dan makan dinner.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

14 comments:

  1. finally...dah masuk dah cerita salji dia...kita ramai gak org request nak g time winter tapi x mampu la nak bawak...eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bercinta Sally weh nak siapkan.. ini pun taipnya tiga hari baru dapat publish. sambil menaip sambil down memory lane =)

      Delete
  2. dlm byk2 scene winter sonata sy plg suka scene kat resort ni... esp time yoo jin terperangkap dlm resort pastu lee min young dtg selamatkan dia waaaaa sy nanges ms tu hahahah...


    mesti da byk berubah suasana kat sini kan ct banding dlm drama tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi satu kan scene Yoo Jin menangis belakang bangunan dalam salji tebal. yang dia nangis tak nak orang dengar tu bunyi mesin kuat.. sedihnya !!!!!

      sebenarnya tak adalah ingat sangat scene Winter Sonata tu.. tapi tahula di Yongpyong hehe..

      Delete
  3. best kan yongpyong ni..kena tidur kat area tu kot baru puas nak beraktiviti,bulan 12 aritu ke sini juga,Alhamdulillah dpt naik cabel car wp hari sebelumnya tak beroperasi,ikut nasib..so siti kena repeat la tu demi mencapai target

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow bestnyaaa dapat naik ke atas.. update cepat nak tengok gambar2 kat sana hehe.. huurm nak plan kesana lagi tu macam hahaha entahla bila baru dapat pergi lagi. tak apa mudah-mudahan ada rezeki lain..

      Delete
  4. Rindu bertandang lagi... winter dah g nak g musim lain pulak nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe rindu CT ke rindu Korea ?? ahahaha.. gurau2..
      itulah tapi untuk winter ada lagi target yang CT tak capai..

      Delete
  5. Replies
    1. betul.. kalaulah dapat stay lama lama =)

      Delete
  6. kadang tu syok juga main salji, tapi sebab kita tak biasa, sekejap je la yang bestnya. kenapa siti tak main ski?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak reti nak main and agak pricey. takut nanti kalo terjatuh tergeliat pinggang hehehe..

      Delete
  7. Seronoknya baca entry ni.. Rasa cam ciktie lak yang g sana hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja CT kongsi dengan kawan-kawan semua =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...