Wednesday, 16 March 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 3.0 - MOUNT SEORAK + JUNGANG MARKET

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | SOKCHO - MOUNT SEORAK + JUNGANG MARKET


Entri sebelumnya di SINI.
17 Januari 2016

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SOKCHO GANGWON-DO | SOUTH KOREA - MOUNT SEORAK DAN SOKCHO TOURIST & FISHERY MARKET (JUNGANG MARKET). Selesai bersihkan diri siap sedia untuk meneruskan perjalanan meneroka tempat-tempat menarik di Sokcho. Hari ketiga di bumi South Korea. Energy masih banyak dan kami merancang untuk ke Mount Seorak yang juga merupakan tempat wajib visit buat semua yang sampai ke Sokcho. Different seasons will offer different experiences. 

Untuk ke Mount Seorak (Seoraksan) :
1] Bas bernombor 7 atau 7-1 ke Mount Seorak dari mana-mana bus stop atau Sokcho Bus Terminal.
2] Turun di Sogongwon Bus Stop 

Depan The House Hostel dah ada satu bus stop jadi kami tunggu di depan hostel saja. Ada juga kedai runcit GS25 kalau nak top up kad T-Money. Senang cerita lokasi The House Hostel memang terbaik. Semua ada berdekatan. Tak lama pun bas sampai. Ahjusshi driver macam tahu saja mana kami nak pergi. Senyum ceria dipagi hari. 

Perjalanan hampir satu jam tak terasa lama sebab permandangan sangat cantik. Semakin menghampiri Mount Seorak makin banyak pula snow atas jalan. Hairan.. Tak ada pula turun snow malam sebelumnya. Rupanya snow turun di kawasan Mount Seorak sekitar pukul 11:00PM the previous night cuma tak sampai ke kawasan kami menginap. Patutlah. Tak ada rezeki nak tengok snow fall tapi masih ada rezeki tengok snow fresh yang baru turun. 


Snow halus atas jalan. Jakun betul rasa !!
Bas akan berhenti di Sogongwon Bus Stop. Jalan sikit untuk ke entrance. Nak masuk kena beli tiket yang berharga 3500WON (RM13.30 approx). Macam kita nak masuk ke Taman Negara pun kena bayar. Gitulah gayanya. Nampak ahjusshi dan ahjumma tengah get ready nak memanjat bukit. Ada juga yang muda tapi sikit. Memang majoriti yang berusia. Masing-masing check kelengkapan mendaki. Bagus betullah gaya hidup macam ni. Dah berumur pun masih fit dan kuat. Aku yang muda stamina pun entah kemana. Lembik.

Dah beli tiket apa lagi ? Jom kita teruskan perjalanan.

Kaunter tiket.


Wajib bergambar disini. Statue beruang tapi alamak separuh kepalanya hilang pula.


Bila baca information di board yang disediakan baru tahu sejarah nama Mount Seorak. Nama diberikan pun ada kaitan dengan snow yang tahan lama susah nak cair di kawasan Mount Seorak ni. 'Seol' bermaksud salji dan 'Ak' bermaksud gunung yang besar. Kalau gabungkan jadi Seolak (Seorak) membawa maksud pergunungan besar yang bersalji. Gituuu.. Jadi salji yang turun di pergunungan Seoraksan lambat cair berbanding di tempat lain. 

Apa-apa pun aku memang sangat teruja. That was my first time jumpa snow. Memang impian dah lama nak pegang snow dan main-main dengan snow. Angan-angan bermula sejak tengok cerita Winter Sonata years ago. Cantik sangat snow fresh yang turun dan menutupi bumi. Winter wonderland. Subhanallah. Ini baru snow nipis agaknya kalau jumpa snow tebal tak tahu macam mana jadinya. Terus berguling kot.



My first contact with snow. I just cannot describe the feeling.
Puas bergambar kami masuk ke terminal untuk naik cable car ke puncak Mount Seorak. Fuyooo ramainya umat manusia. Sampai tangga bawah beraturnya. Iyelah rakyat jelata pun nak bercuti juga. Akak JM kata harga tiket dah naik compared to the last time dia pergi ke Mount Seorak. Kami beli tiket cable car dengan harga 10000WON (RM38.00 approx). Dulu tak sampai pun 10000WON. Jadi mungkin korang boleh prepare extra juga mana tahu harga naik lagi. Di tiket dah tertulis waktu untuk boarding. Nanti ada pengumuman (obviously kita tak faham dia membebel apa) jadi alert dengan notice board yang ada. Tengok waktu-waktu yang dipaparkan. Jangan main jauh-jauh pula.

Sistem yang patut dicontohi. Walaupun orang ramai tapi semuanya terkawal. Cable car tetap jalan on time.

View dari cable car yang baru nak gerak. Kelam kabut aku menonong nak duduk depan semata-mata nak ambil gambar.

Sungai separuh beku dari atas. Cantik !! Kalaulah boleh celup kaki hehehe..
View dari cable car lagi. Semakin menghampiri station cable car di atas gunung.
Tak sampai 15 minit pun perjalanan dah sampai atas. Satu trip cable car rasanya dalam 30 orang boleh naik jadi memang tak ada masalah tunggu lama. Dijamu pula dengan permandangan yang indah belaka. Syukur tak sudah dalam hati. Cantik sangat tak terkata. Bayangkan kalau ada snow fall dan snow lagi tebal. Menggila jadinyaaa hihihi..

Ahjumma ni sangat teruja nampak kami berdua. Entahlah kenapa. Dia yang ajak bergambar. Layankan saja.
Akak JM ajak panjat ke puncak cantik katanya. Kena hiking sikit. Dengar hiking takut juga kemampuan diri sendiri. Kang tergeliat mana-mana nanti Akak JM yang susah kena dukung aku. Malu betul bila ahjusshi ahjumma yang tua potong line sebab aku dah semput tengah jalan. Gelak diorang tengok. Pelan-pelan kita kayuh. Bila dah sampai pergh !! Tak sia-sia memanjat. Cantiknya walaupun kat atas tu ada batu and salji saja. Memang rugi kalau tak panjat.

Adalah beberapa spots yang salji masih belum disentuh orang. Aku mulakan mission aku dengan salji yang sedikit itu. Gigih kumpulkan salji untuk buat snowman. Tapi cabaran sungguh sebab salji ciput jadi kita buat snowman kecil jadilah asalkan boleh.

Belakang tu terus gaung. Hurrrm kembang kaki haaih..

Sending love from far untuk semua from Mount Seorak.

Kumpul-kumpul snow yang ada.

Yeay terciptalah seketul snowman ini setelah hampir setengah jam menguli snow.
Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan sungguh dapat pergi ke Mount Seorak. I shed tears teringatkan DediS. Memang sebak tak tertanggung dalam tak sedar air mata mengalir. Lari sekejap ke satu sudut. Duduk diam-diam layan perasaan. Yelaaa aku drama queen bab-bab menangis ni. Kena control emotion. Nak jalan banyak tempat lagi. On the way nak turun sempat beli tteobokki panas-panas. Sedapnyaaa..

3 jam lebih juga kami disana. Keluar dari Seoraksan National Park terus kembali ke bus stop yang sama dan tunggu bas dan turun semula di bus stop depan The House Hostel. Bilik kami dah ready. Owner tolong angkut barang-barang ke bilik. Bilik spacious dan selesa. Balik dari Mount Seorak kami tak ada plan lain. Jadi masing-masing sepakat untuk berehat recharge energy. Hanyut lena.

CADANGAN TEMPAT MAKAN DI SOKCHO | JUNGANG MARKET. Dah tidur haruslah lapar bila bangun. Dari pagi belum ada makanan berat yang masuk ke perut. Berdondang sayang sudah minta diisi. Kami sepakat untuk ke Jungang Market atau nama barunya adalah Sokcho Tourist & Fishery Market. Teragak-agak berapa jarak Jungang Market dari hostel tapi rasanya dekat. Tapi tak pasti jadi kami tahan bas. Bila naik laaa dekat saja rupanya. Tapi iyelah kita pun ingat-ingat lupa. Ala-ala Jagalchi Market juga konsepnya. Ada orang jual-jual ikan dan seafood dan ruang makan-makan terletak di bawah.

Market dah tak meriah. Ahjusshi Ahjumma dah get ready nak tutup kedai. Ada beberapa kedai saja yang masih beroperasi. Cabaran buat kami nak cari laluan ke tempat makan. Pusing-pusing juga sana sini rupanya ada dua tiga laluan yang bawa kita ke basement area. Itu pun kebetulan ada seorang Ahjusshi terjerit-jerit depan tangga. Dia tengah seru orang yang nak makan kat kedai dia. Haaa.. eloklah dia promote kami memang tengah lapar. Mulalah basic conversation aku cakap tak makan daging nak makan ikan saja. Dia angguk faham sambil sebut dia tahu Muslims makan makanan halal. Dia bawa kami kebawah tunjuk meja semua dan diangkatnya seekor ikan hidup terus dari tangki.

Banyak kedai dah mula nak tutup. Tak meriah.



Situasi di kawasan tempat makan. Lebih kurang macam di Jagalchi Market.
Ikan yang dah selamat jadi stew. Hehehe..
Sedap hidangan kami that night. Kami hanya bayar untuk harga ikan 30000WON (RM114.00 approx). Aku redha saja ikan apa Ahjusshi kasi. Aku tak tahu nama. Sampai kering kuah kami makan. Mesti lapar sangat dan sebab harganya. Hehehe.. Meriah meja sebelah makan ramai-ramai. Dari stew ke sashimi.

Lepas makan beli strawberry sebakul. Manis tapi tak semanis yang dibeli di Busan. Kami balik ke hostel jalan kaki saja sebab dekat. Sambil tu kita hadamkan makanan yang baru disumbat.

Aku tak tahu dia tulis apa tapi ni boleh dijadikan landmark nak cari Jungang Market.

Lengang walaupun baru pukul 9.00PM.

The House Hostel yang comel.

Balik hostel dan ready untuk tidur. Tiket bas dari Sokcho ke Seoul sudah dibeli jadi  kena rancang perjalanan untuk hari seterusnya. There is still so much to see.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

22 comments:

  1. wahh..sempat buat snowman, best salji tebal..
    happy new year 2017..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat jugaklah korek2 kikis2 salji yang cipot itu.. hehe nak buat snowman punya pasal hehe..

      Delete
  2. rindunya kat seorak ni, saya pegi time autumn dulu x dapatlah main salji
    teringin nak merasa salji seumur hidup huhu...
    dulu pun ada pegi jungjang market tu tpi nak dekat tutup dah, haha. btw makanan laut kat sini sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe lain musim lain pengalaman kan.. time autumn cantik jugakla kan daun2 colourful mesti lawa.. betul tu ikan stew tu sedap.. hehe..

      Delete
  3. Hostel yg macam hotel... best menginap di situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PLM.. comel pun comel tempatnya =)

      Delete
  4. Dapat bayang CT gigih kikis snow nak buat snowman ๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nak merasa punya pasal kak.. gigih jugalah kikis hehe..

      Delete
  5. Sempat buat kawan dekat Mount Seorak tuh,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itulah pasal ahjumma2 tu semua.. memula tu jeling2 saja lama2 dia berkenan pula nak bergambar..

      Delete
  6. Replies
    1. CT pun Uncle.. tapi tahun lepas tak ada rezeki nak bersalji =)

      Delete
  7. Walaupun dah 4 bulan balik Malaysia dari S. Korea, masih rasa macam semalam jalan2 kat Hongdae dalam hujan. Saya pegi masa musim luruh so tak dapat nak rasa salji disana, insha Allah ada rezeki mmg nak repeat balik sbb banyak lagi tempat tak dapat pegi.

    Kalau tak silap saya signboard tu tulis Sokcho Tourism Fish Market or something like that (์†์ดˆ ๊ด€๊ด‘์ˆ˜์‚ฐ์‹œ์žฅ). Saya suka baca travel diaries blogger lain sbb boleh tukar2 cerita and experience. I just hit your follow button and have a nice day. Sincerely your new follower ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh 4 bulan still teringat2.. CT dah setahun ni dok terbayang2 lagi hehe.. tula tak tahu sign tu tulis apa.. bagusnya boleh baca hangul.. CT cakap sikit2 je janji asal boleh kasi depa faham hehe..

      Delete
  8. seorak san! kalau time spring mesti cantik jg kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT teringin nak pegi lagi autumn tapi entah bila laaa kesempatan tu eheh..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...