SITI.YANG.MENAIP: January 2017

Entri sebelumnya di SINI.

TRIP KE TAWAU DAN SEMPORNA SABAH | JALAN-JALAN TAWAU - MEE TAUHU SEDAP, BORONG UDANG SEGAR SAGO MANGGA DAN PISANG GORENG CHEESE TERKENAL INDO CAFE. Sebelum pulang ke Semenanjung Malaysia seronok juga kalau dapat spend masa bersiar-siar sekitar bandar Tawau dan jenguk apa yang menarik disana memandangkan sengaja beli tiket balik pada waktu petang. Sempat juga research sikit beberapa aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan dan beberapa cadangan tempat makan yang best sekitar Tawau yang boleh kami cuba. Kita dah ke Restoran Sri Titingan semalam jadi hari ni kita terjah tempat lain. Kalau ikut plan asal memang nak naik teksi saja meronda sebab tak ada transport khas atau sewa di Tawau. Kami beruntung sebab Epi (kawan masa di universiti) sendiri contact aku hari kami sampai di Semporna dan bagitau yang dia berada di Tawau. Epi sudi nak bawa kami meronda memandangkan dia pun free tak ada urusan lain. Seronoklah aku dapat jumpa kawan yang dah lima tahun tak jumpa. Aku lupa sungguh aku ada kawan-kawan yang tinggal di Sabah Sarawak dan tak pula aku ingat nak contact dulu. Kemas barang-barang dan terus bawa turun ke lobby untuk check out. Kami tunggu Epi datang ambil di Heritage Hotel Tawau.

KEDAI KOPI TAWAU MEE TAUHU / RESTORAN AMAT MEE TAUHU DAN NASI KUNING YANG TERKENAL DAN SEDAP DI TAWAU

Trend masyarakat Tawau untuk makan mee tauhu atau nasi kuning as breakfast. Aku dah bagitau Epi siap-siap aku nak rasa mee tauhu jadi Epi terus bawa kami ke Kedai Kopi Tawau / Amat Mee Tauhu yang terkenal di Tawau. Ada juga kedai-kedai lain yang menjual mee tauhu tapi katanya disini paling sedap. Tak tahu pun macam mana rupa hidangan mee tauhu tapi ramai suggested untuk cuba. Jujurnya aku ingatkan tauhu akan digoreng bersama mee tapi tak sama sekali. Bila hidangan sampai macam terpinga-pinga. Kenapa rupa macam mee goreng bodo-bodo (mee goreng kosong tak ada apa-apa isi) saja dan sebiji rupa sepinggan penuh maggi goreng. Rupa saja macam mee maggi tapi bukan. Mee kering yang dah direbus memang kerinting. Harga pun sangatlah murah. Sepinggan mee tauhu hanyalah RM1.50. Datang bersama semangkuk sup warna hitam (sup taucu) dan dua ketul tauhu with additional cost. Tauhu pula sebiji yang basah dan sebiji yang kering. Sedap yang basah dari yang kering. 

Epi cakap memang kegilaan orang Tawau untuk sarapan pagi dengan mee tauhu atau nasi kuning. Kalau tak nak makan di kedai masak sendiri. Selain hidangan mee tauhu, ada juga nasi kuning yang dihidangkan bersama lauk sama ada ayam atau ikan. Macam nasi lemak di Semenanjung Malaysia gayanya. Dekat area rumah aku ada satu kedai nasi kuning yang famous jadi aku tak rasa nak mencuba. Makanan dah sampai marilah kita makan.

Setiap set datang bersama sup tauhu dan sambal cili.



Aku berjaya habiskan sepinggan mee tauhu dengan jayanya. Kalau korang jenis small appetite memang kena kongsi sebab sepinggan memang banyak sangat. Mengah perut nak habiskan. Boleh tahan sedap jugalah walaupun nampak sangat biasa-biasa. Macam makan mee kicap tapi ada rasa unik yang tersendiri. Kena rasa sendiri baru faham tak reti nak describe. Aku tak makan tauhu sekali dengan mee sebab rasa cannot go pula ada kuah bagai. Sup tauhu aku makan asing. Not bad actually dan boleh recommend untuk korang pula cuba. Lulus untuk masuk dalam senarai tempat makan best di Tawau yang layak diterjah. 

PASAR IKAN DAN PASAR TANJUNG TAWAU

Dah namanya datang Sabah memang wajib borong seafood bawa balik ke Semenanjung Malaysia. Epi bawa kami ke Pasar Ikan Tawau untuk jenguk-jenguk hasil tangkapan laut yang segar baru naik. Kami memang berhasrat untuk bawa pulang udang-udang yang besar. Survey harga memang jauh lebih murah berbanding di Semenanjung Malaysia. Puas hati sungguh orang-orang Tawau dapat makan makanan-makanan laut yang murah dan fresh. Udang besar hanya RM20.00-RM35.00 sekilo. Mana nak dapat harga kasih sayang macam tu kat tempat kita. MamiZ dah mula tak senang duduk berkira-kira berapa kilo nak bawa balik. Siap tanya lagi berat luggage ada space lagi atau tak. Ada jangan risau boronglah asalkan happy. Lagipun bukan boleh check in sekali barang-barang basah. Pening udang-udang nanti kena campak sana sini. Hand carry saja. Semua perkhidmatan sebanyak RM30.00 turut disediakan termasuk kotak ais dan akan dibalut rapi. Selesai urusan beli udang-udang kita tinggalkan di pasar untuk disimpan sebelum pulang boleh datang ambil sebab perjalanan pulang waktu petang. Kalau balut awal-awal nanti ais cair cepat.



Bertentang dengan Pasar Ikan Tawau ada satu bangunan yang tinggi dan besar iaitu Pasar Tanjung Tawau. Kalau di Pasar Ikan Tawau menjual makanan-makanan basah, di Pasar Tanjung Tawau pula banyak menjual makanan-makanan kering. Sayur-sayuran dan buah-buahan dijual dengan harga pukal dan dalam kuantiti yang banyak. Nak borong ikan bilis dan ikan masin disinilah tempatnya. Naik ke tingkat atas memang banyak deretan-deretan kedai menjual hasil laut yang kering. MamiZ beli ikan masin saja. Katanya harga taklah terlalu murah. Sama saja seperti di Semenanjung Malaysia. Aku tak reti nak shopping benda-benda macam ni jadi kita serahkan pada yang pakar. Keadaan Pasar Tanjung Tawau mengingatkan aku pada Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Lebih kurang saja konsepnya.









Epi bawa kami ke gerai-gerai makan tapi aku tak ingat nama tempatnya. Next to the area adalah satu bangunan yang menjual pakaian-pakaian. Aku ingat nak beli souvenirs di Tawau tapi bila dah sampai memang tak banyak pilihan tak tahu nak beli apa sebenarnya. Memang bersyukur aku dah beli si Semporna. Kalau tak memang rasa terkilan. Banyak sangat pilihan makanan yang ada sampai rambang mata tak tahu nak pilih apa. Ada kuih-muih murtabak makanan-makanan berat dan lain-lain lagi. Disebabkan kami nak makan di Indo Cafe, tak mahulah beli makanan banyak sangat disini. Hanya beli dna tapau kepak ayam / chicken wings.



SANGGAR PISANG CHEESE / PISANG GORENG CHEESE DAN SAGO MANGGA SEDAP DAN FAMOUS DI INDO CAFE TAWAU

Wajib singgah sini. Tak boleh kalau tak singgah memang kena singgah. Patutlah ramai yang suggest makanan-makanan di Indo Cafe Tawau sedap. Aku setuju sebab memang sedap. Menu-menu makanan yang ada di Indo Cafe adalah simple sama saja lebih kurang macam di tempat kita. Makanan bergoreng dan ada juga yang datang bersama set. Misi utama adalah untuk mencuba menu yang paling terkenal iaitu Sanggar Pisang Cheese atau Pisang Goreng Cheese dan Sago Mangga yang unik. 'Sanggar' membawa maksud Pisang Goreng. Mesti korang rasa tak logik Pisang Goreng Cheese mana-mana pun sama saja rasanya. Oh no seriously tak sama. Memang sedap dan aku tak tahulah orang-orang di Sabah guna pisang apa untuk digoreng. Sago Mangga pun sama memang unik dan sedap sangat tak tahulah macam mana depa buat. Aku order Sago Betik juga sebab rasa teruja nak cuba. Tak pernah pula aku minum air betik dan sungguh tak mengecewakan. Aku lebih suka Sago Betik berbanding Sago Mangga.


Kepak ayam yang ditapau bersama cili kicap. Yang kuning adalah Sago Mangga dan yang oren adalah Sago Betik. Semuaaa sedap.

Dua set Pisang Goreng Cheese 


Dari awal pagi sampai ke petang kerja kami makan makan dan makan. Epi pun melayan saja mana kami nak pergi. Untung ada kawan local boleh bawa ke tempat-tempat makan yang best. Kalau ada lebih banyak masa di Tawau mesti Epi bawa ke tempat-tempat makan yang lain pula. Macam-macam Epi cerita yang belum kami cuba. Insyallah ada rezeki kita kembali lagi ke Tawau. Epi hantar kami pulang ke Heritage Hotel tapi sebelum tu jangan lupa ambil udang-udang yang kita borong. Dah boleh pick up siap berbalut kemas. Taxi yang ditempah dah sedia menunggu di depan hotel. Aku suruh pihak Heritage Hotel uruskan. Cakap saja pukul berapa nak gerak. Thank you so much Epi sudi bawa kami jalan-jalan melayan karenah yang macam-macam. 

SELAMAT TINGGAL TAWAU DAN SEMPORNA

Sengaja pilih untuk sampai ke Lapangan Terbang Tawau lebih awal. Bekalan makanan yang ditapau masih ada. Banyak sangat order sampai tak habis. Mujur tapau sebab sampai airport lapar balik. Sebenarnya kami bertiga sangat kepenatan tapi digagahi juga nak meronda. Eloklah sampai awal senang nak berehat dan lepak santai. Layan buskers tengah busking dua tiga round boleh tahan suara. Terus saja masuk ke Departure Hall dan duduk menghilangkan lelah. Jangan hilangkan pas masuk ke Sabah yang kita dapat masa sampai. Kena pulangkan pada kastam semula. Orang tak ramai jadi banyak seat yang kosong. Rasa macam nak baring tidur saja. Dengar pengumuman penerbangan ke Kuala Lumpur delay. Tak ada rasa nak merungut pun mungkin dah terlalu penat. Ikut suka hati hampalah.. Janji selamat pergi selamat balik.





Dua jam penerbangan ke Kuala Lumpur delay. Tak tahulah apa masalahnya janji syukur alhamdulillah semua selamat sampai. Naik flight terus tidur tak ingat apa. Lantaklah aku buat konsert ke tak janji nak tidur. Bau makanan pun dah tak tergoda. Terima kasih Tawau terima kasih Semporna. Lima hari yang penuh dengan kenangan-kenangan manis untuk diabadikan. Obviously will be back jika ada kesempatan untuk kembali. Masih banyak lagi tempat-tempat yang belum diterjah dan makanan-makanan yang belum dicuba. Terima kasih juga buat Semporna Trip yang telah membantu kami untuk enjoy pulau-pulau di Semporna to the max. Rasanya kalau nak pergi lagi pun memang akan gunakan khidmat Semporna Trip lagi. Puas hati dijaga dilayan dengan baik. The best things in life are the people you love, the places you go and the memories you make.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.

TRIP KE TAWAU/SEMPORNA SABAH | JALAN-JALAN - SEMPORNA OCEAN TOURISM DAN RESTORAN SRI TITINGAN TAWAU. Sampai ke mainland terus contact wakil Semporna Trip untuk dia pick up dan hantar ke Tawau. Terpulang pada korang nak pergi mana. Semporna Trip ikutkan saja. Semua dah termasuk dalam pakej. Kalau nak terus ke Lapangan Terbang Tawau pun boleh cuma tak ada penerbangan untuk balik ke Semenanjung Malaysia waktu petang. Jadi kami decided untuk bermalam di Tawau dan pulang esoknya. Sementara menunggu kami meronda ke Semporna Ocean Tourism yang terletak bersebelahan saja dengan jeti. Andis kata nak beli souvenirs boleh beli disini. Murah dan banyak pilihan. Meronda dan meronda cuci mata. Beli juga sehelai dua tshirt dan fridge magnet. Harga biasa saja taklah terlalu mahal. Standard harga souvenirs di Malaysia.

Kalau korang akan ke Tawau macam kami, silalah shopping souvenirs Semporna di Semporna Ocean Tourism sebab korang tak akan jumpa souvenirs di Tawau. Aku ingatkan nak memborong di Tawau. Obviously di Tawau pun akan ada jual tapi hakikatnya tiada. Hanya tshirt biasa tulis 'Sabah' 'Mount Kinabalu' dan tak ada pun yang tulis 'Tawau' apatah lagi 'Semporna'. Mungkin aku pergi ke tempat yang tak sepatutnya tapi whatever it is silalah shopping di Semporna. Syukur juga dah rembat beberapa helai. Kalau tak memang kempunan sampai sudah. 

JALAN-JALAN SEMPORNA | SEMPORNA OCEAN TOURISM

Tempat yang menarik untuk melepak santai bersama keluarga. Konsep floating maka semuanya pun diatas air. Ada restoran (Pearl City Restaurant - harga sedikit mahal berbanding kedai makan biasa) ada kedai-kedai yang menjual souvenirs ada hotel (Dragon Inn - antara hotel pilihan ramai) dan juga pusat akuatik yang menempatkan ikan-ikan yang sangat besar. Nak masuk kena bayar tapi murah saja. Cannot remember how much. Menarik juga menjenguk ikan-ikan besar dalam sangkar. Kami masuk hari dah lewat petang sangat. Tak habis meronda dah kena tempik panggil keluar. Haih.. Baik dari awal diingatkan waktu beroperasi nak habis dan bagi masuk juga kenapa. Nak untung semata agaknya. Dimarahnya pula kita kata punca dia balik kerja lewat. Macam-macam perangai manusia.




Ikan-ikan besar di dalam sangkar.

Kedai-kedai yang menjual souvenirs. Jangan lupa beli souvenirs disini.


Panas hati sekejap kena tempik tak pasal. Kami singgah minum sekejap di Pearl City Restaurant. Ikutkan perut memang lapar tapi tengok harga terus rasa kenyang. Kemain mark up sampai rasa tak logik. Ramai pengunjung restoran and semuanya order banyak makanan. Mungkin sedap sangat agaknya makanan-makanan yang disediakan. Tapi tak apalah. Sabar sekejap nanti cari makanan di tempat lain. Order minuman saja dan pejam mata bayar. Sunquick segelas RM7. Special agaknya dibancuh dengan rasa penuh kasih sayang. Dah dahaga sangat aku redha. MamiZ dengan Idiq pun pasrah. Kalau di Semenanjung Malaysia sebotol besar Sunquick baru RM14 boleh bancuh minum bekalan sebulan. Pengalaman sungguh.

Jomlah kita gerak ke Tawau pula. Perjalanan mengambil masa satu jam. Sebelum terus ke Heritage Hotel Tawau kami minta nak pergi makan dulu. Memang kebuluran yang amat sangat. Singgah di Restoran Sri Titingan - antara restoran seafood yang terkenal di Tawau.

RESTORAN SRI TITINGAN TAWAU

Sebelum ke Tawau dan Semporna aku dah tanya pendapat beberapa orang kawan yang pernah kesana dan duduk disana untuk suggest tempat-tempat makan yang sedap. Masing-masing suggest Restoran Sri Titingan jadi marilah kita kesana. Restoran Sri Titingan dah ada beberapa cawangan sekitar Tawau. Mungkin kerana permintaan yang semakin tinggi terpaksa buka cawangan lain. Yang kami pergi adalah yang pioneer. Orang memang ramai dan sangat meriah. Konsep yang sama seperti di Semenanjung Malaysia. Pilih ikan dan makanan-makanan lain dah nak dimasak macam mana. Pilihan masakah juga hampir sama. Tak jauh pun bezanya cuma disini tak main timbang-timbang berapa kilo kecuali ikan. Untuk jenis seafood yang lain, kira ikut bekas dan size. Dah siap ditulis harga jadi senang kita nak adjust perbelanjaan. Diasingkan siap-siap jadi kita pilih nak berapa bekas untuk dimasak. Kami pilih ikan siakap dua ekor, sotong dan udang serta sayur. Tunggu tak lama pun. Service tip top and sangat kena dengan mood kami yang tengah kebulur.

Ikan siakap masak pedas, udang butter dan sotong goreng tepung.


Sedap tapi sedap lagi di Semenanjung Malaysia. Not bad dan kena juga dengan kami bertiga. Nak suggest ke tak haruslah nak suggest. Kalau tak memang tak kongsikan dengan korang. If you happen to be in Tawau dan tercari-cari kedai makan mana yang awesome silalah datang ke Restoran Sri Titingan. Another part yang paling aku suka adalah harga seafood yang sangat murah berbanding di Semenanjung Malaysia. Dengan amount makanan yang kami pilih macam tak logik saja jumlah yang kami bayar. Total tak sampai pun RM180.00 untuk kesemua makanan dan minuman yang dipilih. Dah terbiasa dengan harga seafood yang mahal di Semenanjung Malaysia, duit pun prepare extra. Sengih depan kaunter bila harga sebenar sangat murah. Memang betul orang cakap, Tawau adalah lubuk seafood.

Jangan lupa masukkan Restoran Sri Titingan dalam plan korang sebagai tempat makan best dan sedap yang patut diterjah sekiranya ke Tawau. Ajak ramai-ramai pergi makan lagi meriah dan seronok rugi sangat kalau terlepas peluang. Selesai makan kami dihantar ke hotel. Selesai urusan dengan pihak Semporna Trip. Service yang bagus dan memuaskan hati. Tak ada dapat discount pun aku puji tapi memang jujur dari seorang customer. Bolehlah korang gunakan khidmat mereka pula untuk enjoy Semporna. Kami check-in hotel dan berehat. Hari yang sangat panjang dan memenatkan tapi manisnya tetap ada. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.

TRIP KE TAWAU DAN SEMPORNA SABAH | JALAN-JALAN SEMPORNA ISLAND HOPPING - PULAU MATAKING PULAU PANDANAN DAN PULAU POM POM. Lenguhnya badan segala urat sendi liatnyaaa nak bangun pagi. Tapi digagahi juga dah hari terakhir di Semporna kami dijadualkan untuk terjah lagi dua pulau iaitu Pulau Mataking dan Pulau Pom Pom. Memang kedua-dua buah pulau tak pernah dengar nama. Bila buat research mengenai Semporna baru tahu kewujudan pulau-pulau ini. Antara pulau-pulau yang menjadi favourite tourists bila ke Semporna rupanya especially tourists dari China. Tengok gambar dah teruja sangat rasa tergedik-gedik dalam hati. Belum sampai lagi. Ada Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil. Berkobar-kobar nak berlarian di atas beting pasir yang menghubungkan kedua-dua pulau yang besar dan yang kecil. Barang-barang sudah siap packing sebab nanti petang pulang ke Lato-Lato Mun Resort bersihkan diri dan solat terus saja bergerak ke mainland semula. Tour guide yang sama - Andis datang tepat pada waktunya. Semakin mesra dah boleh dibawa bergurau.

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU MATAKING

Jauh perjalanan untuk ke Pulau Mataking tapi tak sejauh ke Pulau Kapalai dan Pulau Mabul. Island hopping agak mencabar kali ini sebab ombak bergelora besar. Aku selalunya memang tak ada masalah motion sickness tapi that day memang pening yang amat. Dari jauh dah nampak Pulau Mataking rasa sangat seronok. Tapi keseronokan sekejap saja. Abang-abang askar yang bertugas tak bagi kami turun ke darat. Hanya yang menginap di resort saja dibenarkan jejak daratan. Boleh berenang tapi jangan sesekali naik ke darat. Punah harapan berkecai disitu juga. Jauh tau aku bertahan naik bot melantun-lantun semata-mata nak sampai ke Pulau Mataking tapi tak boleh turun pula. Apalah nasib serba tak kena tak menjadi dari semalam. Nak pujuk abang-abang askar pun tak berani. Punah harapan nak berlari-lari di tepian pantai. Serious muka semua ketat dan menakutkan. Abang-abang askar semua nak menjaga keselamatan tapi hati kecil tetap memberontak. Benda dah depan mata tapi masih tak boleh capai. Bukan selalu dapat peluang tapi masih tak boleh. Sedih tau..

Boleh duduk atas bot goyang kaki saja. Nak turun tak boleh. Sedih !!

Sama nasib. Telan air liur saja sebab tak dapat ke daratan.

Boleh berenang. Tak boleh mendekatan daratan. Abang-abang askar jaga.

Turun juga dalam cubaan untuk ke darat.

Sempat jejak darat sikit sebelum kena tempik.

Selamat tinggal Pulau Mataking. Ada rezeki pasti akan kembali.

Memang sumpah dah hilang mood. Kita memang dari awal niat memang teringin sangat untuk ke Pulau Mataking mana pula tahu lain pula jadinya. Tak ada rezeki. Andis kata semuanya gara-gara perangai pelancong-pelancong dari China yang bangganya datang dan cabut corals di lantai laut. Habis semua orang terkesan dengan perangai kampung orang-orang China. Huurm.. Abang-abang askar nak mengajar pengajaran tapi kesianlah untuk kami yang datang dari jauh semata-mata nak berenang dan bergambar. Muka masing-masing monyok. Nak ke Pulau Pom Pom pun sebenarnya dah tak ada selera. Terus ajak Pakcik Driver Bot balik ke Lato-Lato Mun Resort. Pakcik Driver Bot pujuk jangan merajuk. Katanya nak bawa kami kejar penyu buat mengubati hati yang lara. Buntang balik biji mata. Oh yeah !!

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU PANDANAN

Pulau Pandanan asalnya memang tak masuk dalam list yang dijanjikan. Pakcik Driver Bot bawa juga nak memujuk kami yang dah sendu. Pulau Pandanan dekat saja dengan Pulau Mataking jadi apa salahnya singgah. Tak ada penghuni langsung. Rumah sebiji pun tak ada dan pokok pun boleh bilang ada beberapa kerat. Cantik !! Dan di pulau inilah rupanya habitat utama penyu-penyu yang banyak berkeliaran di Semporna. Ada juga habitat lain tapi asalnya semua membiak di Pulau Pandanan. Yang mana divers jumpa memang rezeki penyu-penyu berenang jauh  Seriously tak tahu nak gambarkan perasaan teruja macam mana bila tengok penyu bersepah-sepah dalam air. Bila bot datang dekat kelam kabut lari. Kelakarnya rasa. Laju pula berenang nak selamatkan diri. Mesti ingat kami datang nak cekup bawa balik. Kami jadi hyper sekejap. Pakcik Driver Bot pun dah senyum balik seronok agaknya tengok kami dah tak monyok. Dia layan saja kami suruh pusing dia pusing matikan enjin dan semualah. Maybe dia rasa guilty sebab kami tak dapat turun di Pulau Mataking. Pakcik !! Kejar penyu pun seronok. Terima kasih.

Pulau Pandanan di kejauhan.

Quality not good extract dari video. Nak share hasil mengejar penyu.

Serious terus rasa happy semula. Cover balik rasa murung dari semalam ke Pulau Kapalai dan Pulau Mabul. Rasa juga dapat something bila kejar penyu walaupun hanya dari atas bot. Kalau dapat berenang sekali lagilah excited rasanya. Tapi takut mana tahu ada abang-abang askar celah-celah pokok tengah menyorok. Bersepah-sepah sana sini penyu banyak sangat. Kadang-kadang ingat corals atau batu rupanya bukan. Kena perhatikan betul-betul. Berenang laju kemain bila dengar kami dah dekat. Tak sempat nak ambil gambar pun berdesup hilang. Video saja itulah gambar kurang jelas. Before kami pulang ke Lato-Lato Mun Resort, kami singgah ke Pulau Pom Pom. One last pit stop before balik ke mainland.

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU POM POM

Lepas kejar penyu kami ingat nak terus balik ke Lato-Lato Mun Resort tapi Pakcik Driver Bot nak juga bawa ke Pulau Pom Pom sebab dah masuk dalam senarai pulau yang kami kena pergi. Ikutkan tenaga memang dah penat yang amat sangat dah. Tak larat rasanya dengan pening kepala lagi terhuyung hayang dalam bot layan sajalah. Mula rasa nak celup kaki saja. Tak jadi !! Dah sampai terjun juga dalam air. Tergoda jadinya dengan kawasan luas tak ada batu tak ada corals. Macam one large swimming pool. Awesome. Satu benda yang tak seronok kat Pulau Pom Pom ada banyak kawasan pantai yang ditanda sebagai private properties. Jadi kita tak boleh nak berendam sesuka hati. Ada dua kali kami kena halau. Tension betul. Semua pun nak main halau.

Kapal lanun. Kapal-kapal mahal untuk tourist yang menginap di Pulau Pom Pom.



Tak boleh pergi bawah jambatan sana. Kena halau juga.







SELAMAT TINGGAL SEMPORNA | ADA REZEKI JUMPA LAGI

Lepas dah hangus di Pulau Pom Pom kami terus gerak balik ke Lato-Lato Mun Resort. Barang siap kemas sudah. Kami just mandi salin baju dan solat. Andis dan Pakcik Driver Bot setia menunggu. Mentang-mentang tunggu janganlah pula ambil your own sweet time. Cepatlah juga bersiap. Haih.. Sedih rasanya dah nak kena tinggalkan Semporna dan Lato-Lato Mun Resort. Hati meronta tak nak balik lagi walaupun dah sunburn teruk. Masih rasa nak tinggal dan enjoy kecantikan Semporna. Sekejapnya empat hari berlalu pergi. Macam baru saja sampai rasanya. 






Selamat tinggal Semporna dengan sebuah kenangan yang tak terhingga. Tak sangka trip mengejut hujung tahun berjaya tinggalkan banyak kenangan manis untuk kami semua. Tak pernah terlintas akan sampai ke Semporna dan completely jatuh cinta dengan Semporna. Memang betul antara tempat yang sempurna. Peluang belajar diversity masyarakat sekeliling dan jumpa ramai orang yang baik-baik belaka sepanjang perjalanan adalah satu rahmat. The beauty of travelling untuk membuka mata dan hati betapa kerdil diri kita sebenarnya. Mengajar erti syukur dengan kurniaan-Nya dan apa yang dilalui tak dapat dibeli dengan apa jua nilai harga. Ada rezeki kita jumpa lagi. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.