Friday, 28 October 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 5.1 - MYEONGDONG + DINNER DI YOOGANE

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | SEOUL - MYEONGDONG DAN MAKAN MALAM DI YOOGANE.


Entri sebelumnya di SINI.
19 Januari 2016

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEOUL | SOUTH KOREA - SYURGA MEMBELI BELAH MYEONGDONG DAN MAKAN MALAM DI YOOGANE. Sampai ke Seoul dari Yongpyong hari dah gelap. Baru pukul 5.30PM. Macam malam sudah. Perut berkonsert tak perlu nak bagitau macam mana. Memang kebulur walaupun dah makan. Rancangan malam hari memang untuk makan di sekitar Myeongdong. Ada beberapa restoran dalam list tapi kami bersetuju untuk makan di Yoogane. Ramai juga kawan-kawan bloggers yang dah cuba makanan di Yoogane jadi marilah kita pula cuba rasa macam mana. Bas dari Yongpyong terus turunkan kami di Myeongdong jadi tak perlu susah payah naik train dan sebagainya. 

Ada dua kedai makan Yoogane di Myeongdong. Aku dah tak ingat exact location. Pandailah pusing-pusing cari. Tak adalah susah sangat dan tidak tersorok. Sebelum jumpa Yoogane sempat meronda cuci mata sekitar Myeongdong. Dua hari berturut-turut meronda di Myeongdong. Huhuhu..


Egg Bun yang sedap. Setiap kali ke Myeongdong aku beli. Onomnom..

Besar gedabak benda ni.. Nanti dikopek dan dipanggang lepas tu tabur cheese.. Isk !! Dunia dunia !!
Menariknya Myeongdong sebab sangat lively. Meriah sakan dengan orang ramai dan suasana hidup peniaga dan pembeli. Serious rasa sangat happening. Tengok makanan yang dijual sumpah rasa teruja nak rasa tapi kena perhati betul-betul bahan yang digunakan. Kalau rasa yakin bolehlah cuba. If sedikit berani tanya saja untuk hilangkan rasa ragu.

Pusing punya pusing akhirnya jumpa Yoogane. Serabut sikit pintu masuk kedai dengan stickers promosi ditampal merata. Pintu masuk pun agak kecil. Tapi luas didalam. Banyak meja dan lapang. Kalau aku seorang diri memang tak tahu itulah kedainya. Mujur Kak JM pernah sampai jadi memang dah expert. Masuk dalam kedai ada beberapa meja dipenuhi orang Malaysia. Ada yang senyum ada yang buat tak tahu. Huhuhu..

Yoogane Myeongdong. Katanya ada dua kedai Yoogane di Myeongdong. Jadi inilah salah satunya.


Menu-menu makanan di Yoogane Myeongdong. Bolehlah buat rujukan.
Untuk dinner malam itu, kami pilih Nasi Goreng Seafood dan rice cakes. Sukalah aku duduk Korea selalu makan rice cake. Sedap !! Macam pulut kat Malaysia. Kenyal and chewy. Selalu tengok dalam drama Korea ada kedai makan yang tolong masakkan makanan untuk pelanggan. Hari itu aku tengok dengan mata sendiri. Teruja weh !! Excited kemain aku jakun. Hahaha.. Minah yang tolong masak pun kemain sengih-sengih tapi tak cakap apa pun. Huhuhu..

Itu dia.. Sotong dan sayur-sayuran. 

Nampak merah menyala. Pedas jugalah tapi masih boleh tahan.

Bukti kami kelaparan. Tinggal kerak saja. Side dishes pun licin.

Total damage makan malam kami di Yoogane hanyalah 13000WON (RM49.40 approx) berdua. Puas hati dan sedap. Portion pun besar sesuai untuk makan berdua. Lepas makan kami sambung meronda. Singgah kedai-kedai underground yang bersambung dengan metro. Jumpa baju cantik hanya 10000WON (RM38.00 approx). Yang paling besar sebab besar. Beli jangan tak beli. Sambung cuci mata dan target siap-siap apa yang bakal dibeli bawa balik. 

Nampak tak ? Memang ada plan untuk datang ke Myeongdong lagi. Hahaha..

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Wednesday, 26 October 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 5.0 - YONGPYONG SKI RESORT

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | SEOUL - YONGPYONG SKI RESORT


Entri sebelumnya di SINI.
19 Januari 2016

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEOUL | SOUTH KOREA - DRAMA SEBABAK YONGPYONG SKI RESORT : LOKASI PENGAMBARAN DRAMA WINTER SONATA. Pejam celik dah hari kelima. Obviously masih belum puas meronda. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum kami terjah. Hihihi.. Antara mission utama menjejakkan kaki di South Korea adalah untuk ke Yongpyong Ski Resort yang menjadi antara lokasi pengambaraan drama Winter Sonata. Drama yang mula-mula memperkenalkan negara South Korea dimata penduduk Malaysia sampai demam K-Wave menular. Gituuu.. Sejak tengok drama Winter Sonata aku build interest dengan snow dan pasang angan-angan untuk main salji. Alhamdulillah ada rezeki diberikan keizinan-Nya. Aku study sikit-sikit tentang cara nak ke Yongpyong Ski Resort. Tengok videos di Youtube dan baca entries dari bloggers lain. Agak confusing juga. Masih samar-samar. Huuurm..

Aku ambil inisiatif untuk email seorang blogger dari New Zealand yang dah gunakan khidmat shuttle bas dari Jamsil Station ke Yongpyong Ski Resort. Dia reply dengan baiknya kongsikan pengalaman dan kesilapan yang dilakukan. Tips dan juga nasihat sebab dia pergi tahu 2013 jadi tak pasti masih valid atau tidak. Dengan yakinnya aku ikut cadangan yang diberikan. Aku semak website bas shuttle warna purple itu dan laluan Jamsil-Yongpyong masih ada. Cuma aku tak pasti sama ada tiket kena beli secara online atau on the spot. Itulah silap diri sendiri tak study habis-habis.

Kami terus ke Jamsil Station dan keluar menunggu di depan Lotte World. Terkejar-kejar dari pagi sebab Jamsil Station agak jauh dari Itaewon Station. Bus shuttle pula katanya akan sampai pukul 08:30PM. Huuuh !! Ada banyak bas stands di hadapan Lotte World dan tak tahu nak menunggu di stand mana. Dan bukan sebiji bas purple yang lalu. Terlalu banyak dan mengelirukan !! Masih lagi positive dan menunggu di dalam kesejukan. Hoooi baju tebal berlapis sudah tapi masih sejuk.

Sunyi sepi. Nak kongsikan betapa awal sebenarnya kami sampai.

Belakang tu ada kedai baju GAP Kids. Katanya kena tunggu di kawasan ini. Redha dan pasrah kami percaya dan tunggu.

Exit Jamsil Station dan Lotte World.
Dah dekat tiga puluh minit kami tunggu. Lebih dari sepuluh bas purple yang lalu tapi semua ke laluan yang berlainan. Akhirnya dah tak tahan. Waktu makin berlalu. Aku approach seorang Ahjussi nak tanya kalau dia tahu kat mana sebenarnya kena tunggu. Dengan keupayaan aku bercakap dalam Bahasa Korea yang limited, kami masih berjaya mencapai tahap komunikasi berkesan. Ahjusshi faham aku nak tanya apa dan aku faham dia cakap apa. Katanya tak ada shuttle bas nak ke Yongpyong disitu. Pulaaaaaak dah !!! Apakah ini.

Ahjusshi ajak ke information counter. Baiklah Ahjusshi. Dia pun pot pet pot pet dengan orang kaunter bagi pihak kami. Dramatic Ahjusshi di pagi hari dengan tangan-tangan naik turun nak explain pada pekerja di Jamsil Station. Akhirnya pekerja di Jamsil Station buat satu panggilan. Pot pet pot pet lagi.. Kata sepakat yang dicapai adalah.. Silalah ke Dong Seoul Bas Terminal untuk beli tiket ke Hyoegge dan seterusnya naik teksi ke Yongpyong. Hahaha.. Itu jugalah sudahnya.


Ahjusshi masih setia nak tunjuk jalan. Kalau ke Dong Seoul Bas Terminal kami tahu jalan. Tapi he insisted nak juga suruh kami ikut dia. Mungkin jelas muka kami cuak dan takut dia pun cakap.. "Janganlah takut.. Pakcik bukan orang jahat." Obviously bukan in Malay tapi aku fahamlah sikit. Berkat bersengkang mata selalu melayan drama Korea. Sampai di Gangbyeon Station kami terus turun. Ahjusshi tak turun dia teruskan perjalanan. Semangat dia melambai. Bye Ahjusshi. Thank you so much.

Kami teruskan perjalanan. Banyak juga masa terbuang menunggu di Jamsil. Huuurm.. Rugi. Tapi tak apalah sekurang-kurangnya dah tahu dan boleh dikongsikan bersama.

Tiket bas dari Dong Seoul Bus Terminal Ke Hoenggye.

Cara untuk ke Yongpyong Ski Resort

1. Dari Dong Seoul Bus Terminal beli tiket bas ke Hoenggye Inter-City Bus Terminal berharga 14500WON (RM55.00 approx).

2. Naik teksi dari Hoenggye Inter-City Bus Terminal terus ke Dragon Plaza di Yongpyong Ski Resort. Anggaran tambang adalah sekitar 10000WON (RM38.00 approx) untuk sebuah teksi.

Dah sampai memang sangat teruja. Akhirnya tempat yang paling aku nak terjah dapat dijejaki. Terlupa sekejap kesusahan yang kami harungi sepanjang pagi. Ramai sangat orang di Yongpyong Ski Resort. Masing-masing dengan alatan ski siap sedia nak main ski. Aku tak nak main. Takut terseliuh pinggang. Harga sewa pun agak mahal. Niat utama adalah untuk naik cable car ke atas. Pusing-pusing cari kaunter tiket.

Teksi turunkan kami di Dragon Plaza.

Tengok tu macam-macam peralatan ada. Semangat orang-orang sana nak ski.

Keluar dari Dragon Plaza kita akan nampak scenery ini. Ramai tengah siap sedia nak meluncur.



Seronok tengok walaupun aku tak main ski. Macam-macam ragam. Yang pandai main yang biasa-biasa saja dan yang memang noob. Tapi okaylah noob dari tak tahu langsung. Satu perkara lagi aku suka tengok pelbagai lapisan umur ada. Dari sekecil-kecil budak hingga ke yang tua dewasa. Pergaulan dan aktiviti outing keluarga yang sangat harmoni. Huhuhu..

Kami dah jumpa kaunter tiket untuk cable car. Pekerja fasih berbahasa Inggeris. Excited sungguh aku pergi kaunter tapi hancur berkecai cita-cita. Cable car tak dapat berfungsi on that day. Why !!!!!!! Serious rasa nak bebal kat situ juga. Kenapa tak dapat naik ? Sedihnya. Aku punya impian and angan-angan. Kenapa tak boleh !!! Huuurm dengan muka hampa aku redha menerima. Suhu terlalu sejuk dan angin kencang. Okay tak dapat dinafikan. Kami pun keluar sekejap rasa kejung semacam. Nak buat macam mana. Terima sajalah.

Kami ke Tower Plaza pula. Bangunan bertentang dengan Dragon Plaza. Kalau nak beli tiket bas pulang ke Seoul silalah beli di Tower Plaza. Bangunan Tower Plaza tak sesemak Dragon Plaza. Orang pun tak ramai sangat. Kami cari satu sudut untuk makan dan solat. Ingat nak sewa locker nak simpan barang. Hampeh !! Locker gila dan habis duit dia telan tapi tak dapat buka pun. Kami tapau makanan dari hotel. Sejuk tapi tibai makan. Lapar.


Kaunter tiket untuk pulang ke Seoul. Better datang sini beli tiket dulu dan tengok waktu departure.
Mengubati hati yang lara kami just meronda sekeliling resort. Ada jugalah aktiviti-aktiviti ringan yang boleh dibuat. Nak main slope ataupun yang ride snow yang simple. Bayar dan naiklah ikut suka. Ada untuk sekali naik dan ada juga untuk lima kali. Aku nak beli yang lima kali tapi dah lewat. Hanya boleh beli untuk sekali naik saja. Jadilah dari tak merasa langsung. Sekali naik slope berharga 5000WON (RM19.00 approx). Mahal tapi seronok !! Jadi buat tak tahu sajalah.

Kak JM tak mahu naik. Thank you sudi tunggu dan snap gambar. Disediakan juga khemah dan heaters untuk panaskan badan. Kalau tak disediakan memang tak tahu nak gambarkan sejuk macam mana that day. Extreme sangat rasanya. Tapi demi pengalaman dan gambar aku redah juga.


Apa-apa pun mari kita beli tiket dulu.

Khemah yang ada heater untuk kegunaan orang ramai.

Kena panjat ke atas sana untuk naik slope. Jangan risau.. Ada laluan automatik. Tak perlu mendaki.







Seronok juga kalau dapat naik kerusi gantung tapi tak boleh. Those yang main ski saja boleh naik.

Nak buat peace pun tak larat !!! Nak beku dah rasa.
Ambil gambar pun goyang. Menggigil habis tangan.

Hoi tahap sejuk memang tak reti nak describe macam mana. Aku belagak okay saja padahal rasa nak menjerit nangis sudah. Sejuk gila !!! Like paling sejuk sejak sampai Korea. Tapi nak main punya pasal. Nak kena pegang Gopro nak ambil gambar nak rakam video. Memang sampai bawah terus lari masuk khemah. Dengan anginnya dengan snow terbang memang perfect sangat. Betapa teruja aku nak main snow terus rasa sengsara. Huwaaa !!! 

Lepas dah main slope satu round kami decide untuk terus tunggu di Plaza Tower. Kalau ada waktu yang lagi panjang memang dua tiga round aku main slope. Seronok dan lama. Dalam duduk menahan sejuk sedar tak sedar dah hampir waktu untuk balik ke Seoul. Better pergi awal ke kawasan parking bas-bas intercity daripada nanti lambat. Nak cari bas pun dah satu kerja. Tulisan semua in Hangul. Pandai-pandai sendiri compare. Singgah kedai beli jajan bekal dalam perjalanan pulang.

Overall memang seronok. Satu pengalaman yang berharga walaupun masih tak dapat penuhi keinginan. Insyallah kalau ada rezeki boleh pergi lagi. Dalam bas kami ada sembang dengan couple dari Thailand. Tiba-tiba rasa nak tukar idea dan plan untuk perjalanan esok. Apa-apa pun marilah kita pulang ke Seoul dan makan dinner.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Sunday, 23 October 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 4.2 - HELLO SEOUL + ASAM PEDAS MYEONGDONG

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | SEOUL - DARI SOKCHO KE SEOUL + ASAM PEDAS MYEONGDONG


Entri sebelumnya di SINI.
18 Januari 2016

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEOUL | SOUTH KOREA - PERJALANAN KE SEOUL DARI SOKCHO MENAIKI BAS DAN MAKAN MALAM DI ASAM PEDAS MYEONGDONG. Misi di Sokcho nampaknya sampai disini saja. Banyak lagi tempat-tempat menarik di Sokcho yang belum diterjah tapi apakan daya. Insyallah kalau ada rezeki untuk kembali, bolehlah meneroka lagi. Pulang ke The House Hostel untuk solat dan ambil barang-barang. Owner sangat memahami. Kami diberi kebenaran untuk menggunakan bilik laundry untuk solat. Kemas dan bersih. Toilet pun ada jadi senang serba serbi. Marilah kita bergerak ke Seoul. Tiket bas sudah dibeli sehari awal. 

Bangunan The House Hostel yang comel.

Interior dalaman di lobby yang menyambut kedatangan tetamu ke The House Hostel.

Hallway. Tak ada lift ya kawan-kawan. Kami bernasib baik owner sudi angkatkan barang-barang ke atas.

Lagi gambar interior dalaman di The House Hostel.

Comel kan The House Hostel ni ? Ada juga gambar bilik tapi bergegar. Sakit mata nanti kalau upload. Hehehe.. Ingat lagi tak kawan-kawan serumpun yang kami jumpa ketika baru sampai di Sokcho ? Baca diSINI untuk refresh balik cerita lama. Kami decided untuk gerak ke Seoul bersama. They bought tickets pada waktu yang sama dengan kami. Nanti di Seoul kami akan terus ke Itaewon dan kawan-kawan baru akan ke Myeongdong. Menarik cerita sebuah perjalanan. Pengalaman dan kenangan.

Ambil gambar dulu. Ada Onni sorang tumpang sekaki. Fluent in English jadi tak ada masalah communication.

Kami sampai sepuluh minit awal di Sokcho Bus Terminal. Dekat saja dengan The House Hostel itu yang masing-masing melenggang. Bas ke Seoul sebenarnya dah tunggu dan orang dah mula memenuhi tempat duduk. Jangan duduk suka hati saja sebab dah tersedia nombor kerusi. Sila jadi orang bertamadun yaaa.. 

Perjalanan ke Seoul dari Sokcho mengambil masa kira-kira dua jam setengah. Permandangan yang menarik sepanjang journey ke Dong Seoul (동서을) Bus Terminal tapi tak terlarat untuk ambil gambar. Mata dah layu. Masa untuk recharge energy sementara di dalam bas.

Selamat tinggal Sokcho. Semoga ada jodoh bertemu lagi.

SEOUL | SOUTH KOREA - ITAEWON INN GUEST HOUSE DAN MAKAN MALAM DI ASAM PEDAS MYEONGDONG (EOMONIJIP). Sampai di Dong Seoul Bus Terminal dah gelap walaupun hari baru pukul 6.00PM. Ya Rabbi !!! Turun dari bas terus rasa kejung nak bernafas pun pedih hidung. Ohoooi !! Lagi sejuk dari Busan dan Sokcho. Usung bag masing-masing menonong jalan mencari tempat nak berlindung. Tak sempat nak explore pandang kiri kanan. Memang tak bersuara masing-masing terkejut menahan sejuk. Hahaha..

Dong Seoul Bus Terminal ni macam hub pengangkutan utama untuk perjalanan intercity. Kalau nak ke kawasan outskirt dari Seoul majoriti naik bas dari Dong Seoul Bus Terminal. Bertentang dengan bangunan Dong Seoul Bus Terminal adalah bangunan metro Gangbyeon Station. Jadi kami terus lintas jalan masuk ke bangunan metro. Ingatkan dapatlah menumpang teduh tapi hampa. Pintu asyik terbuka dan sekali buka angin masuk hoooi !! Menggigil lagi. Sampai terpaksa menyorok belakang tiang yang besar. Goodbye kawan-kawan serumpun. Sampai disitu saja kita bersama. 

Dari Gangbyeon Station terus kami ke Itaewon Station. Penginapan untuk hari-hari seterusnya di Seoul adalah di Itaewon Inn Guest House. Aku ada download satu application untuk mudah mencari laluan metro di Seoul. Maklumlah berselirat. Tapi kena sediakan yang manual juga. Standby. Selesai urusan check in. Receptionist dari Indonesia jadi tak ada halangan berkomunikasi. Itaewon Inn Guest House tak ada lift juga ya kawan-kawan. Usunglah beg masing-masing menaiki tangga.

Bilik besar !! Ada dua katil besar ingatkan katil single. Heee.. Puas nak golek kiri kanan. Letak barang-barang dan bersihkan diri. Solat dan seterusnya kami decided untuk ke Myeongdong. Pergh !! Sampai saja terus nak serbu Myeongdong. Hihihi..

Menu-menu halal di Eomonijib Myeongdong. Semua menggoda. Harga saja mencekik.

Side dishes yang diberikan. Sumpah seaweed crunchy dan ikan bilis tu sedap yakamat !! Aku minta tambah.

Inilah dia hidangan asam pedas di Myeongdong. Memang tidaklah macam asam pedas tempat kita. No

Sedap atau tidak ? Overall dinner kami that day adalah sedap. Portion besar dan cukup rasa. Aku suggest marilah datang cuba makan disini. Total damage adalah 30000WON (RM114.00 approx) untuk berdua. Mahal tapi pejam matalah. Dah sampai haruslah mencuba apa yang ada.

Ini kedainya. Baru renovate jadi sedikit berbeza dari gambar yang menjadi rujukan kami.

Nak cari Eomonijib atau kedai asam pedas Myeongdong senang saja. Keluar dari Myeongdong Station terus saja straight. Lalulah di tepi kedai Nature Republic yang besar di belah kiri dan Uniqlo disebelah kanan. Haaa continue straight sampailah nampak kedai Frisbee (ada logo Apple). Masuk ke lorong kecil sebelum kedai Frisbee dan Eomonijib ada di tengah-tengah diantara kedai-kedai makan yang lain. Mula-mula kami tak jumpa juga walaupun dah berlegar dua tiga kali di depan kedai. Akhirnya Ahjumma kedai makan yang keluar sapa kami. Ceria sungguh dia memang bercakap tak berhenti. Aku tak adalah fluent tapi faham juga dia cakap apa. Sikit-sikit dapatlah bersembang.

Dah burping kekenyangan marilah kita pulang ke hotel. Merangka perjalanan untuk hari seterusnya. Nak pergi mana pula tu ? Haaa.. Tunggu.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Friday, 21 October 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 4.1 - ABAI VILLAGE

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | SOKCHO - ABAI VILLAGE - KAWASAN PENGAMBARAN DRAMA AUTUMN IN MY HEART.


Entri sebelumnya di SINI.
18 Januari 2016

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SOKCHO GANGWON-DO | SOUTH KOREA - ABAI VILLAGE TEMPAT PENGAMBARAN DRAMA AUTUMN IN MY HEART. Mari sambung lagi. Kali ini berkait rapat dengan K-Drama cerita Autmn In My Heart. Adik-adik remaja mesti tak berapa tahu sangat. Cerita zaman kakak baru Tingkatan 1. Salah satu tempat shooting drama ini adalah di Abai Village yang terletak di Sokcho. Majoriti pelancong akan masukkan Abai Village dalam list bila dah sampai di Sokcho menjadikan Abai Village sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dilawati.

Senang saja untuk cari Abai Village. Cari satu replika lembu yang besar dan lalu ikut lorong yang berdekatan dengan lembu itu. Kami terus tekan loceng bas untuk turun bila nampak replika lembu dalam perjalanan pulang dari Cheoksan Hotsprings untuk ke Gaetbae Boat Terminal. Kalau dari The House Hostel pun terus saja straight cuma kena menapak. Lagi depan daripada entrance nak ke Jungang Market.

Bila dah nampak lembu ni lalu saja ikut lorong yang berhampiran ke Terminal Bot Gaetbae.

Kalau nak ke Abai Village ada few ways juga rasanya. Naik bas cross bridge atau naik Gaetbae Bot. Sebiji macam dalam cerita Autumn In My Heart. Menariknya Gaetbae Bot tak ada enjin tau. Manually ditarik oleh penumpang atau pekerja yang nak cross ke seberang. Ada tali kena tarik untuk menggerakkan bot. Well not really tali tapi susah nak explain. Anggap sajalah benda itu tali. Waktu kami pergi ada Ahjusshi tolong tarikkan tapi dia kasi chance juga untuk penumpang-penumpang bot nak cuba. Bayaran tambang Gaetbae Bot hanyalah 200WON (RM0.76 approx). Balik kena bayar another 200WON. Murah saja.

Tak lama pun naik Gaetbae Bot. Tak sampai 10 minit dah sampai seberang.

Ahjusshi penarik tali Gaetbae Bot.

Blue Bridge di seberang yang jelas kelihatan dari Gaetbae Bot Terminal.


Ini pula Pink Bridge. Warna dah mula pudar.

Ada banyak juga tarikan di Abai Village selain daripada menjadi tempat pengambaran drama Autumn In My Heart. Ada Blue Bridge dan Pink Bridge. Ada rumah api kalau rajin nak menapak. Ada juga kedai-kedai makanan yang menjual beberapa makanan yang terkenal di Abai Village iaitu Ojingo-Sundae (stuffed squid - sotong yang disumbat dengan nasi goreng) dan tempura. Kami lalu celah-celah kedai sambil menahan diri dari digoda. Tapi perut memang sedang minta diisi. Baca di blog kawan-kawan ada yang dah cuba makan Ojingo-Sundae dan katanya sedap.

Beranikan diri sua muka kat seorang Ahjumma yang sedang menyiapkan Ojingo-Sundae. Ahjumma mesra dan entah apa dia cakap. Aku tanya ada meat tak dalam hidangan dia cakap tak ada. Semua seafood. Ahjumma tanya Muslim ? Aku angguk dan dia tunjuk kat Ojingo-Sundae dan cakap no beef no alcohol. Halal.

Kami yakin dan terus masuk kedai dan order Ojingo-Sundae dua set. 

Ahjumma sibuk masak Ojingo-Sundae.

Ojingo-Sundae yang sedap. Simple sangat rasanya tapi sedap.

Bibimbap dan side dishes yang lain diberikan secara percuma. Kenyang makcik !!
Overall lunch kami hari itu sangatlah menjilat jari. Total damage hanyalah 10000WON (RM38.00 approx). Side dishes sangat banyak dan membantu untuk kenyang. Macam-macam Ahjumma kedai kasi. Dari sayur sehinggalah jeruk udang. Paling menarik sebab dapat rasa rumpai laut yang pelbagai version. Lepas dah kenyang kami sambung jalan-jalan sekitar Abai Village. Tak pergi jauh sebab nak adjust time supaya dapat balik ke The House Hostel ikut waktu yang dirancang. Just meronda di tepi laut yang berdekatan saja.

Gosh !! That time suhu sangat sejuk. Nak keluarkan tangan pegang camera pun seksa. Sekali angin tiup rasa kejung pipi. Tak boleh lama-lama tepi laut.





Dari mula sampai Abai Village dah target nak cari replika patung pelakon-pelakon Autumn In My Heart. Tengok orang lain bergambar aku nak juga bergambar. Bukti haaa dah jejak kaki sampai dah. Tapi entah kat mana tak nampak pun. Macam nak juga meronda mencari tapi makin sejuk. Tak tahan pula nak hadap angin laut. Dengan kaki lemah melangkah patah balik semula ke Gaetbae Bot Terminal. 

Sambil tunggu bot sampai baru terperasan patung-patung semua ada dekat sebelah terminal. Cis !! Aku ingatkan kat ceruk mana rupanya kat tepi itu saja. Heee.. Aku bukanlah peminat cerita Autmn In My Heart tu sangat tapi alang-alang dah sampai. Haruslah posing.


Langsung tak ada rupa Song Seung Heon dan Song Hye Kyo pun..


Autumn In My Heart situ sana sini. Hehehe..

Gaetbae Bot menghampiri. Jangan lupa beli tiket balik. 200WON juga.



Moh kita pulang. Jauh lagi perjalanan.





Keluar dari Gaetbae Bot Terminal di persimpangan Jungang-Ro. Cuci mata seketika di kedai-kedai yang ada di sepanjang jalan. Boleh tahan harga barang-barang. Ada yang murah ada yang mencekik juga. Kami bersetuju untuk hanya menapak pulang ke The House Hostel sambil menikmati persekitaran Sokcho. Barang-barang memang dah sedia diletakkan di lobby. 

Balik ke The House Hostel untuk solat dan gerak ke Seoul.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...