Wednesday, 18 May 2016

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 5.2 - STATE LIBRARY OF VICTORIA

JALAN-JALAN MELBOURNE | STATE LIBRARY OF VICTORIA


Entri sebelumnya di SINI.
18 September 2015

JALAN-JALAN MELBOURNE | STATE LIBRARY OF VICTORIA. Dalam banyak-banyak tempat menarik di Melbourne, antara yang aku tergedik-gedik nak terjah adalah State Library of Victoria. Itu pun sebab Running Man pernah shooting kat situ. Kalau tak memang tak menjenguk juga. Muka aku bukan muka masuk library. Hahaha.. Sempat juga kami memborong churros di Chocolateria San Churro yang terkenal di Melbourne. That was my first time makan churros. Not bad dan addicting. Sebab tu orang suka sangat churros agaknya. 

Dah jom kita mulakan sesi menjadi sebahagian daripada locals dan makan bekalan kebab di hadapan State Library of Victoria. Carilah port untuk duduk dan makan. Mari cuci mata !!

Entrance ke State Library of Victoria. Atas rumput ceruk mana sekalipun akan ada orang melepak. Usually they will eat their lunch. Itulah yang kami cuba buat. Hihihi..

Persembahan tepi jalan adalah normal di sepanjang kaki lima Melbourne. Bonus untuk kita sebab mereka semua handsome. Memang best cuci mata melepak sambil layan lagu.

Nampak tak minah kat belakang tu tengah makan ? Haaa.. Kat depan State Library of Victoria memang selalu jadi port orang melepak dan makan lunch especially.

Maka izinkan kakak untuk poyo sebagai local juga. Kakak dah tapau lunch jadi kasi chance kakak makan..

Ini adalah lamb kebab arab di Swanston Street yang berharga 11AUD (RM34.43 approx). Nak makan nak rasa beli jangan depan kedai korang congak kira nilai kalau tukar ke duit kita. Kempunan sampai sudah.

Pakcik ni amazing betul. Dia approach kami sebab nak suruh aku ambil gambar guna Gopro. Tapi dia pandang mana tu..
Bagus kan ? Idea macam ni patut kita cilok dan apply di Malaysia. Tapi huurm.. tak pasti lama mana bertahan. Hihihi..

 LA TROBE READING ROOM


Niat utama ke State Library of Victoria hanyalah untuk menjenguk ke La Trobe Reading Room yang terkenal dengan seni bina dan susunan unik. Aku menonong masuk tapi mana tempatnya pun tak pasti. Akhirnya aku pergi tanya direction. Nama pun reading room jadi memang tempat untuk orang study dan buat kerja dan sebagainya yang berilmiah. Jangan harap nak nampak orang melepak dalam La Trobe Reading Room. Kami cari spot yang tak ramai orang dan poyo berangan tengah membaca.

Shhh.. Jangan buat bising.

Ramai tu orang yang tengah khusyuk study. Yang tudung biru tu paling rajin..

Nak tengok layout La Trobe Reading Room kena naik tingkat atas. Ada corner untuk observation. Jangan risau. Yang tengah khusyuk study tu semua tak akan marah pun kita ambil gambar. Jangan buat bising saja.

Tak lama pun kami dalam State Library of Victoria. Memang sekadar nak touch and go saja. Nak berkejar balik rumah Cik Tia. Jom !!

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Saturday, 14 May 2016

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 5.1 - MELBOURNE CITY

JALAN-JALAN MELBOURNE | SEKITAR MELBOURNE CITY


Entri sebelumnya di SINI.
18 September 2015

JALAN-JALAN MELBOURNE | SEKITAR MELBOURNE CITY. Mengikut itinerary yang dirancang, aku dan Kak Sal sepatutnya ke Williamstown. Ada discount 'buy 1 free 1' tiket river cruise melalui coupon yang dikutip di airport. Tapi tak jadi. Kami terus tukar plan. Sebelum kami teruskan dengan plan baru, ada beberapa jam untuk aku dan Kak Sal bersiar-siar sekitar Melbourne City.

Banyak sebenarnya tempat-tempat menarik sekitar Melbourne City yang boleh dilawati seperti Sealife Melbourne Aquarium, Eureka Tower dan Shrine of Remembrance tapi aku tak minat. Kiranya.. Aku tak rasa tempat-tempat tu semua adalah wajib untuk aku lawati. Biasalah. Minat kita lain-lain. Kami tak bercadang untuk pergi jauh because kena balik ke rumah Cik Tia semula. Just menapak ikut langkah kaki mana nak pergi. Tak ada tempat yang specific.

Lalu depan gym dan cuci mata tengok abang-abang sado mata hijau dan biru tengah exercise. Hihik !!

Yarra River di sepanjang Melbourne City. Boleh ambil package cruise kalau berminat menyelusuri Yarra River.


Sealife Melbourne Aquarium.

Train to suburb area. Hanya gunakan kad MYKI saja. Tak perlu beli tiket lain.

Eureka Tower. At first kami bercadang nak naik ke observation deck tapi cancel juga. Ambil gambar bangunan sajalah.

Tram City Circle yang percuma. Rupa lebih klasik dan nampak lama berbanding tram moden di Melbourne. Sila semak jadual perjalanan City Circle semasa merancang perjalanan.

Kan percuma.. sendat sikitlah keadaan di dalam tram. Semua berebut nak naik.

CITY CIRCLE TRAM MELBOURNE


Kalau korang ada print peta laluan tram di Melbourne akan ada satu laluan bernombor 35 dan itulah laluan yang khas untuk City Circle Tram Route 35. Kalau nak cut budget pengangkutan memang elok sangat korang plan untuk bergerak sekitar Melbourne dengan menaiki City Circle Tram. City Circle Tram adalah percuma jadi jangan korang tetiba terlebih rajin nak scan card MYKI. Bila dah percuma kenalah sabar berebut dengan orang tempatan dan tourist yang lain. Aku dan Kak Sal naik untuk merasa saja. Kami hanya lintas dua stations untuk pulang ke Flinders Street Station. Jadilah buat pengalaman. 

Tak nak jalan kaki ? Tak nak naik tram ? Jangan risau. Korang boleh naik kuda..

Disediakan untuk sesiapa yang berminat pusing Melbourne City dengan menaiki kereta kuda. Nak rasa jadi Cinderella ? Silakan. Jangan lupa lambai-lambai tangan dan poyooo..

Aktiviti-aktiviti seperti diatas adalah normal di Melbourne City. As long as tak berlaku kekecohan polis tak akan kacau these people yang bersuara untuk memberi kesedaran. Bagus kan ?

Sampai di Flinders Street Station kami teruskan menapak sepanjang Swanston Street. Menjenguk keadaan sekeliling dan memerhati gelagat orang ramai. Macam-macam ragam. Cari kedai yang jual setem dan teruskan misi mencari makanan yang halal di Melbourne. Ada juga menjenguk ke kedai-kedai souvenirs tapi harga semua mahal. Memang orang kata jangan convert, tapi tak mungkin kita tak berkira-kira untuk membeli tanpa convert. Kena convert juga untuk tahu berbaloi atau tidak.

Krispy Kreme di Melbourne adalah halal. Ada notis ditampal jadi bolehlah beli nak alas perut. Harga memang jauh lagi mahal dari di Malaysia. Tapi seriously berganda sedapnya. Jilat jari.

Bangga bila tengok nama Malaysia di tram mengelilingi Melbourne. Patriotik juga aku ni rupanya. Wakakaka..


Kami beli kebab di Swanston Street untuk alas perut before lunch di rumah Cik Tia dan headed to salah satu tempat wajib visit di Melbourne. Acah-acah local lagi sambil menikmati kebab.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Wednesday, 4 May 2016

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 5.0 - BRIGHTON BATHING BOXES

JALAN-JALAN MELBOURNE : BRIGHTON BATHING BOXES, PORT PHILLIP


Entri sebelumnya di SINI.
18 September 2015

JALAN-JALAN MELBOURNE : BRIGHTON BATHING BOXES, PORT PHILLIP | Dua hari berturut-turut schedule penuh dengan melawat tempat-tempat menarik di Victoria yang terletak di luar Melbourne. Hari ini kami bercadang untuk jalan santai-santai tapi masih mengikut itinerary yang dirancang. Kami tinggalkan rumah Cik Tia agak lewat. Bermalas-malasan dulu kemudian baru bersiap. Kalau ke Melbourne memang wajib untuk kita luangkan masa untuk ke Brighton Bathing Boxes yang terletak di Port Phillip. Lokasi pun senang nak reach kalau naik train. Tak banyak songeh. Alaaa tempat rumah-rumah cantik orang-orang kaya Melbourne. Tak dapat own sebiji dapat jenguk pun jadilah.

LOKASI BRIGHTON BATHING BOXES



Dari Flinders Street Station kita perlu gerak ke City of Bayside untuk tengok all the bathing boxes yang terkenal di Melbourne. Tak perlu beli tiket khas. Terus scan MYKI dan cari Platform 13 Sandringham Line. Tersorok sikit tapi senang nak jumpa. Tunggu train sampai. Ada dua options yang boleh pilih : (1) turun di Station Middle Brighton atau (2) turun di Station Brighton Beach. Kedua-dua stations ada seksa ada bahagia yang tersendiri. Ramai yang suggest untuk turun di Middle Brighton dan ramai juga yang suggest untuk turun di Brighton Beach berdasarkan pengalaman masing-masing. Bila sendiri dah merasai baru dapat nilai mana yang lebih bagus.

Kami decided untuk turun di Brighton Beach sebab dekat untuk ke pantai berbanding kalau turun di Middle Brighton (rujuk peta lokasi). Terus nampak laut bila keluar dari station dan banyak signage yang menghala ke Brighton Bathing Boxes. Lintas jalan dan ikut laluan disepanjang persisir pantai. Tapi laluan cantik yang disediakan pendek saja. Kita kena lalu atas pasir juga dan sangat menyeksakan. Lenguh kaki tapi dapat enjoy view yang cantik.

Platform 13 Sandringham Line

Brighton Beach Station

Jalan raya yang tenang tak banyak kenderaan. Kena lintas jalan untuk ke pantai.



Air laut yang sangat jernih. Sejuk sangat airnya. Mampu celup jari saja.

Jauh kena jalan. Termengah-mengah membetis. Mengeluh beberapa kali tapi digagahi juga. Bila dah nampak Brighton Bathing Boxes dari jauh terus rasa excited. Macam berbaloi sangat rasa aku spend tenaga menapak. No one was there selain aku dan Kak Sal. Bahagianya rasa. Lama sikit baru ada few people bawa anjing bersiar-siar. Baru bangun agaknya. Hihihi.. Berharap dalam hati agar hari tak hujan. Kalau tengok keadaan langit memang bila-bila masa saja boleh hujan lebat. Alhamdulillah setitik pun tak turun. Bolehlah kami posing sepuas hati.

Yeay dah sampai !! Alhamdulillah setelah puas membetis.


Bathing Box yang paling terkenal.








Brighton Bathing Boxes semua comel dan cantik. Colourful. Memang rasa nak snap gambar sentiasa. Ada 82 buah kesemuanya dan memang unik. Selalunya kawasan Brighton Beach akan meriah bila tiba musim panas. Bila tak ada orang lagilah terasa nikmat untuk bergambar sebab tak ada gangguan langsung. Ingat tau.. Wajib untuk ambil gambar dekat box yang ada flag Australia. That one bukanlah the most beautiful box tapi paling famous. Ada banyak lagi yang cantik-cantik. Aku dan Kak Sal buka bekalan bekal dan had our breakfast di Brighton Beach. Lebihan pizza dan cookies saja buat alas perut sebab lama juga kami melepak di Brighton Beach.

STATION MIDDLE BRIGHTON


Kami decided untuk naik train di Station Middle Brighton pulang ke Melbourne City. Nak merasa guna kedua-dua jalan yang kawan-kawan bloggers lain suggested. Well.. aku surrender menapak mencari station Middle Brighton. Jalan punya jalan tak nampak pun bayang train station. Teruskan lagi melangkah sampai kami hanyut dalam kawasan perumahan elit orang-orang kaya Melbourne, Hoooi rumah besar cantik and so clean. Lawanya !! Lupa sekejap yang kami sebenarnya mencari jalan ke train station. Akhirnya terpaksa juga guna Waze untuk cari arah. Alhamdulillah ada internet. Agak berselirat juga sebab terpaksa lalu banyak lorong. Kalau tak ada Waze memang aku patah balik ke station Brighton Beach.


Waze bawa lalu lorong sebegini. Redha !!
Bila dah nampak railway dah lega. Dah nak sampai train station tiba-tiba dengar bunyi loceng. Pakat lari sakan takut tertinggal train. Dah kena tunggu next train pula. Bila sampai tengok train dah jalan. Sedih gila dalam dok tercungap-cungap. Lagi sedih bila tahu train yang terlepas tu bukan train yang sepatutnya kami naik pun. Ranap jiwa raga kat situ juga. Menyumpah diri sendiri. Tabah menanti dan train pun sampai. Jom kita balik ke Melbourne City. Masih ada beberapa agenda yang belum selesai.



Back in Melbourne City dan terus decided untuk tukar itinerary. Why ? Tunggu.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...