Monday, 11 April 2016

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 4.2 - THE GREAT OCEAN ROAD PART 3

THE GREAT OCEAN ROAD, VICTORIA | LOCH ARD GORGE DAN LONDON BRIDGE ATAU GIBSON STEPS


Entri sebelumnya di SINI.
17 September 2015

Semua dah ada dalam coaster. Mitchie buat headcount and we were ready to go untuk explore more interesting places di The Great Ocean Road. Masih ada dua lagi tempat yang perlu kami singgah sebelum pulang ke Melbourne City. Loch Ard Gorge dan Gibson Steps (London Bridge). Kedua-dua tempat ini memang antara tempat yang wajib dilawati kalau dah alang-alang jejak kaki ke Victoria.

LOCH ARD GORGE DAN GIBSON STEPS


L

Loch Ard Gorge | Loch Ard Gorge adalah sebahagian daripada Port Campbell National Park. Loch Ard Gorge ada sejarah agung tersendiri. Dulu kala ada sebuah kapal yang diberi nama Loch Ard yang berlayar dari England ke Melbourne and things turned out bad. Kapal karam dan hanya ada dua survivors saja yang terselamat. Tom Pearce dan Eva Carmichael. Eva nampak Tom dan tarik Tom ke persisiran pantai. Few months after that, masing-masing bawa haluan sendiri dan ada yang balik ke negara asal. Sekitar kawasan Loch Ard Gorge ada ditampal sejarah kapal yang karam dan latar belakang dua orang insan yang terselamat. 

Aku personally rasa Loch Ard Gorge adalah tempat yang paling best untuk pergi singgah di sepanjang laluan The Great Ocean Road. Mitchie bagi banyak masa untuk kami melepak di Loch Ard Gorge. Menarik !! Aku ada baca di blog kawan-kawan yang lain, di Loch Ard Gorge ada banyak tangga. Ya memang ada banyak tangga. Tapi battle sebenar bukan nak panjat tangga.. Hahaha.. Ada benda lain !!



Permandangan Loch Ard Gorge dari atas.






Tudia !! Gigihlah kau menapak turun ke bawah sana. Turun laju. Nak naik balik problem. Hahaha.. Tapi percayalah. Panjat tangga tak ada apa sangat. Laju saja korang dah sampai atas balik. Nak panjat pasir lagi hazab !! Serious weh.. Berat gila nak berjalan atas pasir dalam keadaan mendaki. Pasir dalam keadaan lembab. Lenguh habis betis. Makin tinggi makin slow kami jalan. Tak larat.. Siap berpaut kat tali yang disediakan. Macam tahu pula akan ada orang terseksa nak mendaki. Hahaha.. Orang lain pun mengah. Jadi tabahkan diri kalau korang decide untuk turun. Tangga isu sangat small the matter. Pasir isu kena rasa sendiri perit ke tidak baru mengerti. 

GIBSON STEPS | PORT CAMPBELL NATIONAL PARK


Bersebelahan saja dengan port Loch Ard Gorge. Ada cabang laluan untuk ke Gibson Steps. Tapi kami dah kepenatan mendaki pasir. Kami tak larat nak teruskan perjalanan ke Gibson Steps. Jadi tak adalah gambar di Gibson Steps. Mungkin korang boleh rujuk blog kawan-kawan lain. Kaki kami at that time memang dah berdenyut-denyut. Cannot continue nak menapak.

Okay. Gibson Steps adalah kawasan cliff tepi pantai yang juga berada dalam kawasan Port Campbell National Park. Nama dia jadi Gibson Steps disebabkan oleh laluan bertangga di tepi cliff curam yang digunakan oleh tourists untuk turun ke tepi pantai. Itu saja. Hihihi..


Di sebelah kanan Kak Sal ada laluan untuk ke Gibson Steps. Kira dah jejak kakilah juga ya bila posing disini.
Kami antara yang terawal tiba di coaster. Mitchie pun tak sampai lagi. Tapi ada banyak kerusi yang disediakan jadi kami duduk santai sambil menikmati hembusan angin. Nikmatnya ditiup angin sejuk dari laut. Masing-masing layan perasaan sendiri.

LONDON ARCH (LONDON BRIDGE) THE GREAT OCEAN ROAD


Sadly, kami tak singgah pun ke London Arch (formerly known as London Bridge). Memang kalau dalam itinerary ada dalam bracket. I guess kalau waktu tak mengizinkan memang tak singgah. Kalau ada waktu lebih memang singgah. Kalau trip during summer where siang adalah panjang, confirm akan ada more time to explore The Great Ocean Road. Jadi tak adalah gambar London Arch untuk dikongsikan. Baca mengenai London Arch di SINI

COLAC, VICTORIA


Meninggalkan Loch Ard Gorge dan meneruskan perjalanan ke Colac. Kalau korang refer pada peta yang aku dah sediakan, kami balik ke Melbourne menggunakan jalan lain. Tak lalu kawasan tepi laut tapi lalu kawasan hutan dan ladang biri-biri. Mata pun dah kuyu sangat. Singgah sebentar di Colac untuk membuang. Dinner tak disediakan oleh pihak travel agency jadi kalau nak makan silalah guna duit sendiri. Ada McDonald's kalau rasa yakin nak makan. Other than that aku tak sure ada kedai makanan halal or not. Lepas selesai urusan melabur, kami terus menuju balik ke Melbourne. 


Macam-macam bunyi konsert dalam coaster bergabung. Hihihi.. Tah-tah aku pun konsert skali. Peduli !! Penat gila. Sedar buka mata dah sampai kawasan Docklands di Melbourne. Almost 8.30PM. Mitchie turunkan penumpang di pick up points. Last station adalah di Federation Square. Bid goodbye to new friends. Overall, aku kasi two thumbs up untuk service tour yang ditawarkan oleh Wildlife Tour. Pemandu pelancong yang cekap dan friendly. Makanan sedap. Jadi kalau korang berminat untuk ke The Great Ocean Road menggunakan pakej yang ditawarkan oleh Wildlife Tour, bolehlah rujuk SINI

Dari Federation Square kami tak terus balik. Meronda seketika menikmati suasana malam di Melbourne City. Beli kentang goreng di Lord of the Fries di Swanston Street. Sedap juga. Kami order yang banyak cheese. Penat menapak and terus decided untuk naik any tram yang menghala ke rumah Cik Tia. Ended up terpaksa turun di Melbourne University sebab tram dah sampai station terakhir. Adeh !! Last result adalah kami menapak saja untuk pulang. We stopped by this one pizza shop depan rumah Cik Tia and bought one large pizza for dinner. Super sedap !!

Sampai rumah.. Mandi.. Solat.. Makan.. Tidur.. Goodnight.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...