SITI.YANG.MENAIP: February 2016

Entri sebelumnya di SINI.
16 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN BUSAN - IGIDAE PARK DAN ORYUKDO SKYWALK. Sebelum keluar meneruskan aktiviti seterusnya di Busan kami dah kemas barang-barang terus check out dan simpan barang-barang di lobby. Satu malam saja menginap di Welcome Busan Guesthouse. Seronok sebab dapat merasa tidur hostel campur dengan orang lain. Ada dari China dan Korea. Language barrier juga tak jadi halangan masing-masing boleh berbahasa Inggeris. Alhamdulillah tak jadi yang bukan-bukan. Kadang-kadang yang merisaukan bila tidur campur adalah penerimaan dan pandangan bangsa dan agama lain terhadap Islam. Kami bangun solat pun yang lain-lain okay saja tak pedulikan apa kami buat. Ada beberapa tempat menarik sekitar Busan yang kami dah target nak pergi before bergerak ke next destination iaitu Igidae Park dan Oryukdo. Disekitar kawasan Oryukdo ada beberapa tarikan menarik - Oryukdo Island, Oryukdo Skywalk dan track untuk walking trail. Boleh hiking atau bersiar-siar di tepian laut. Cadangan asal sebelum berlepas ke Busan adalah untuk ke Gyeongju dan ambil day tour. Tapi fikir balik kami takut terkejar-kejar. Breakfast roti jem dan telur rebus di Welcome Busan Guest House dan grilled mackerel dari Jagalchi Market baki dinner malam sebelumnya. Strawberries manis dan gebu juga.

CARA UNTUK KE ORYUKDO SKYWALK
(DARI BUSAN STATION)

1. Naik bas No. 27 dari Exit 10 Busan Station
2. Terus saja ke Oryukdo SK View Humun Bus Stop 
3. Jalan lebih kurang 300m untuk sampai ke destinasi

Kami hanya refer pada information di atas. Dari Choryang Station kami perlu ke Busan Station. Siap sedia untuk bergerak. Turun dari tangga lobby terpandang papan notis yang disediakan oleh pihak hotel. Tak perlu susah payah ke Busan Station. Ada cara lain untuk ke Oryukdo Skywalk dari Choryang Station yang jauh lebih mudah dan menjimatkan masa. Bus yang sama dari Busan Station akan lalu Choryang Station juga jadi boleh terus naik dari Choryang Station terus ke Oryukdo Skywalk cuma kena keluar ikut exit lain. Tak jadi masalah senang saja. Kita turun ke station dan keluarlah semula ikut Exit 12. Kalau korang tak menginap berdekatan Choryang Station, pandai-pandailah atur perjalanan. Senang naik bas dari Busan Station atau Choryang Station.

CARA UNTUK KE ORYUKDO SKYWALK
(DARI CHORYANG STATION)

1. Naik bas No. 27 dari Exit 12
2. Terus saja ke Oryukdo SK View Humun Bus Stop 
3. Jalan lebih kurang 300m untuk sampai ke destinasi

Welcome Busan Guesthouse ada menyediakan notes ringkas cara-cara untuk ke Oryukdo Skywalk terus dari Choryang Station.

Exit 12 Choryang Station.

Bas nombor 27 dah sampai. Jom kita ke Oryukdo Skywalk.

Kalau ikut jarak yang aku tengok di Google Maps, perjalanan hanya mengambil masa selama satu jam tapi aku rasa tak sampai satu jam pun dah sampai. Mungkin hanya 30-45 minit bergantung pada keadaan traffic on that day. Jadi pandai-pandailah budget masa. Elok anggarkan satu jam untuk perjalanan pergi dan satu jam untuk perjalanan balik. Menghampiri kawasan Oryukdo akan ada satu pintu gerbang besar. Nampak saja SK View (apartments) kami pun turun. Tapi belajarlah dari kesilapan kami. Jangan turun lagi sebab jauh kena menapak. Bas akan berhenti di hujung jalan untuk u-turn. Patutlah dari jauh nampak banyak bus tersadai di hujung jalan. Kami yang terlebih bersemangat turun awal terpaksa menapak jauh sikit. Syukur cuaca sejuk mendung berangin jadi tak kisah sangat berjalan jauh. Kalau tengah hari rembang musim panas matahari mencanak atas kepala mesti dah berpeluh-peluh.

After 10 minit menapak dari entrance SK View. Masih jauh kena menapak.

Bus Busan City Tour.

IGIDAE PARK ORYUKDO / COASTAL WALK

Bila sampai hujung boleh pilih nak pergi kemana dulu. Igidae Park di sebelah kiri atau terus ke Oryukdo Skywalk di hujung jalan. Kami pergi Igidae Park dulu sebab kawasan luas jadi perlukan masa nak meronda. Hiking trail yang disediakan mempunyai laluan yang agak panjang. Coastal walk pun mungkin juga sebab tepi laut. Ramai Ahjusshi Ahjumma tengah bersiap sedia dengan hiking gear masing-masing untuk memanjat. Kagum sungguh tengok fitness stamina yang ada. Aku dah lesu baru menapak sikit. Nak naik ke Igidae Park kena panjat tangga atau jalan cerun hampir 90 degree kecuraman. First time berdepan dengan situasi macam tu. Tercungap-cungap memanjat tak cukup nafas. Malu dengan Ahjusshi dan Ahjumma. Sampai atas masih kena teruskan lagi perjalanan. Banyak tangga sungguh negara ni. Aku panjat sikit saja nak bergambar punya pasal. JM teruskan ikut laluan trail yang disediakan seorang diri while aku tunggu dibawah layan perasaan. Aku kirim camera minta tolong JM ambil gambar ada apa atas sana. Tak larat nak paksa diri memanjat tangga. Takut kalau nanti pinggang tergeliat tiba-tiba buat hal. Kalau cramp kesian kat JM kena dukung aku pula.

Igidae Park dan Oryukdo Skywalk dihujung sana. Pokok dah togel kekeringan tetap cantik.

Oryukdo Observatory Deck. Pulau-pulau di sekitar Oryukdo Island.


Laluan bertangga sana sini. Kalau rajin boleh pergi naik memanjat.

Oryukdo Skywalk dari laluan trail.




Seronok lepak di Igidae Park. Banyak tempat duduk disediakan. Sambil tunggu JM meronda aku duduk saja tengok gelagat orang-orang ramai. Antara lokasi menarik untuk picnic. Bawa bekal dari rumah dan makan sama-sama di Igidae Park. Dah puas cuci mata dari atas, kami turun pula ke Oryukdo Skywalk. Ramai juga umat manusia yang ada. Masing-masing bawa keluarga atau partner. Bagus juga orang ramai, tak adalah sunyi terasa. Nak lalu di atas jambatan Oryukdo Skywalk kena pakai sarung kasut yang khas. Jangan risau free saja dia tak minta duit. Akan ada Ahjusshi kasi sepasang untuk kita. Tak perlu buka kasut pun terus saja sarung kasut yang kita pakai. Comel sangat.

ORYUKDO SKYWALK BUSAN

Oryukdo Skywalk sebenarnya adalah sebuah jambatan transparent yang dibina menjulur ke tengah laut. Tidaklah jauh ketengah sangat acah saja lebih. Sepatutnya nampak clear bawah jambatan tapi tak tahulah kenapa cermin kaca berdebu atau bercalar dan macam dah kotor. Tak clear langsung nak nampak batu-batu besar bawah jambatan. Mungkin sebab tu kena pakai sarung kaki khas. Tak nak permukaan cermin semakin rosak. Terkilan rasa tapi tak dapat nak buat apa-apa. Aku harap pihak Oryukdo Skywalk dapat baiki balik keadaan cermin supaya kembali superb. Kita enjoy sceneries saja yang mampu. Cantik sebenarnya coastal area di Busan dengan laut luas dan batu-batu besar. Nampak kelam dalam gambar sebab cuaca sedikit mendung jadi mood pun suram gloomy.



Ahjusshi cari pasangan kasut khas. Dah pakai baru boleh lalu di Oryukdo Skywalk.

Kami dah ready. Kelakar pula rasa pakai benda ni.



Manusia yang ramai terpaksa berhenti satu sudut berhimpit-himpit semata-mata nak ambil gambar yang cantik. Nak enjoy view pun rasa terganggu.

Lantai dah tak clear. Kabur tak nampak bawah.

Aku nak bergambar seorang Ahjusshi dan anaknya berminat pula nak join sekali. 

Kalau korang memang dah tak tahu nak buat aktiviti menarik apa lagi di Busan dan tak mahu mengeluarkan belanja yang banyak elok juga pergi ke Oryukdo. Ada lagi beberapa aktiviti yang best selain dari Oryukdo Skywalk. Walaupun kecewa cermin kabur, permandangan yang dijanjikan memang cantik sangat. Boleh singgah untuk tengok nature tapi kalau saja-saja dan masa pun limited skip sajalah. Boleh pergi tempat lain yang lebih berbaloi dah sampai dari jauh. Bukan selalu pun kita dapat travel jadi kena rancang dengan teliti.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN BUSAN - JAGALCHI MARKET. Puas seharian meronda memang layak perut bergendang sakan. Hari masih awal tapi dah hampir senja. Bila sampai tempat orang kalau boleh memang nak merasa makanan disana. Mesti nak cari tempat mana yang sediakan makanan yang best untuk dicuba. Saat yang ditunggu sudah tiba setelah satu hari suntuk bersabar. Kami rancang untuk dinner di Jagalchi Market seperti yang dicadangkan oleh kawan-kawan yang lain. Jagalchi Market adalah antara lokasi tempat makan best di Busan yang perlu masuk dalam list. Nak makan seafood pelbagai pilihan dan murah memang kena pergi Jagalchi Market. Jangan lupa nanti menyesal kalau tak cuba makanan-makanan yang ada di Jagalchi Market. Pergilah jalan-jalan keliling Busan kasi penat pusing-pusing seharian baru berbaloi makan sedap-sedap. Rasa puas hati yang amat dapat duduk bertenang dan ready nak makan. Dari Gukje Market boleh jalan saja terus ke Jagalchi Market. Kalau korang nak naik metro pun boleh. Senang sangat tak jauh pun berjalan. Cuaca sejuk lagi langsung tak terasa penat.


 CARA KE JAGALCHI MARKET BUSAN

1. Jagalchi Station Subway Line 1 - Exit 10 (5-10 minit jalan kaki)
2. Nampo Station Subway Line 2 - Exit 2 (5-10 minit jalan kaki)

Kami sampai sekitar kawasan Jagalchi Market hari dah sayup nak malam. Padahal baru pukul 5.30PM. Inilah antara kekurangan kalau travel musim sejuk. Seronok sebab cuaca yang cool berangin dan tak berpeluh-peluh tapi waktu siang adalah sangat limited. Perlu susun plan seharian dengan teliti. Menyelusuri pasar basah di luar bangunan Jagalchi Market memang menakjubkan. Selalu tengok dalam drama atau rancangan realiti Running Man sekarang tengok sendiri depan mata. Macam-macam jenis seafood ada terjual. Ikan-ikan yang pelik tak tahu nama apa. Makanan laut yang dipotong mentah dijadikan sashimi dan raw seaweed. Banyak sangat makanan-makanan laut yang pelik yang tak jumpa di Malaysia. Yangnyeon Gejang 양념게장 atau marinated crabs bersama sos gochujang pun ada dijual. Tengok sajalah nak cuba tak berani. Meriah sangat kiri kanan Ahjumma Ahjusshi menjual terpekik panggil customers. Banyak juga gerai-gerai makanan yang menawarkan hidangan King Crab. Korea memang terkenal dengan King Crab. Ada yang menyeru memanggil suruh masuk kedai. Memang teringin nak cuba dah berangan dari Malaysia. Semua sebab tengok Jihyo makan kemain sedap gayanya. Insyallah next time kalau ada rezeki kesana lagi.

Tentacles saja sebesar lengan. Agaknya berapa orang boleh makan.

Ikan besar-besar. Tak tahu jenis apa kat Malaysia pun dah keliru nama ikan.

Sentiasa ada air mengalir untuk kekalkan kesegaran.




Masuk ke perkarangan bangunan Jagalchi Market kami meronda di kawasan belakang sekejap. Sebelum masuk ke bangunan tujuh tingkat itu marilah kita melayan view dulu. Menikmati sunset dengan udara segar sejuk memang seronok. Dari jauh boleh nampak rumah-rumah tersusun cantik di Gamcheon Culture Village dan Nam Harbour, antara port di Busan yang terkenal. Banyak kapal-kapal laut dan pulang bawa hasil tangkapan. Di dalam bangunan pun ada pasar basah. Ground floor Jagalchi Market hanya menjual fresh seafood. Sama macam diluar tapi lebih teratur dan kemas. Ikut section tertentu. Barangan-barangan kering, belut, ikan-ikan dan abalone semua asing-asing. Ada label bahagian jadi boleh rujuk kalau berminat nak beli. Lantai basah itu normal memang air paip sentiasa terpasang. Kalau pakai seluar meleret sapu lantai jaga-jagalah. Kalau nak makan kena naik ke tingkat atas. Bangunan Jagalchi Market ada banyak tingkat jadi kena search sikit area mana yang best. Boleh juga kalau kita nak beli seafood dibawah dan bawa naik atas untuk dimasak tapi rasanya lagi mahal kalau macam tu. I'm not sure about it sebab tak cuba.

Kami tak beli apa-apa pun dibawah memang terus naik ke tingkat atas dan order nak makan apa. Malas nak beli dan bawa naik. Macam susah saja. Naik ikut tangga tengah dan terus terjumpa kedai-kedai makanan-makanan laut yang menarik minat dihati. Tak tahu nak pergi kedai mana sebenarnya sebab banyak sangat pilihan. Datang seorang Unni approach dan membuatkan kami rasa nak makan disitu. Penuh yakin dia menegur dengan limited English dia cuba juga meyakinkan. Katanya halal dan memang ada muslims yang pernah makan disitu. Yakin dan tawakal kami pun duduk. Ambil seat bersila mengadap laut sambil terus membelek menu memilih makanan.




MAKAN MAKANAN LAUT YANG SEDAP DAN BERBALOI DI JAGALCHI MARKET




Harga jujurnya agak pricey dengan tukaran mata wang yang tinggi ketika kami kesana. Hanya kami berdua saja yang makan. Kalau lagi ramai ahli rombongan mungkin lebih berbaloi. Tak boleh buat apa sebab memang berdua. Kalau berkira tak makan dan merasalah. Syukur semua makanan yang kami order sedap. JM pun sudi melayan keingingan aku nak makan macam-macam. Kami order Haemultang 해물탕 atau seafood stew dan Godeungeo Gui 고등어구이 atau grilled mackarel. Kalau ikut nafsu memang lagi banyak nak order semua nampak sedap. Excited sangat sebab first time nak makan hidangan makanan di Korea. Selama ni makan di kedai-kedai Korea yang ada di Malaysia. Lain perasaannya. Tapi haruslah kita sedar ada banyak lagi hari yang perlu dilalui dan banyak lagi tempat nak dituju. Jangan tamak. Sebelum hidangan utama sampai meja kami dah dipenuhi dengan Banchan 반찬 atau side dishes. Macam-macam dia hidang sampai penuh meja. Pajeon 파전 atau lempeng Korea pun dapat free. Terkejut bila dihidangkan pajeon sebab tak order pun. Unni kata free.

Tak semua banchan kena dengan tekak. Ada yang weird dan cannot go.

Haemultang dah sampai. Unni baik tolong guntingkan sotong.

Grilled mackarel aku rasa macam mackarel goreng saja. But so good. Sedap yakamat. Ikan besar tak habis kami makan. Tapau buat breakfast esoknya.

Ready untuk dibedal. Nampak plain dan gitu-gitu saja tapi rasa sedap.

Cedok sikit dalam pinggan kecil yang disediakan.

Semua dah terhidang tunggu apa lagi. Jom kita makan tak tunggu lama dah. Total duit yang lebur untuk makan malam yang awesome di Jagalchi Market adalah sebanyak 50000WON (RM192.00) untuk dua orang. Mahal tapi nak buat macam mana. Dah memang harganya begitu. Kat Malaysia makan gempak hebat or buffet hotel lima bintang pun tak semahal ni. Memang untung kalau pergi ramai-ramai kurang sikit kesengsaraan membayar. Tapi tak apalah nak makan punya pasal bukan selalu. Pejam mata dan bayar. Maaflah kalau air liur hampa semua berjejeran membaca entry ini. Bukan niat hati ceq nak menyeksa jiwa hampa. Ceq pun terseksa rasa sambil menaip ni. Bilalah nak terbang pi sana lagi. Jangan lupa masukkan Jagalchi Market dalam senarai.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN BUSAN - GUKJE MARKET. Setiap kali ada scene makan maggi dalam drama Korea mesti diorang masak guna periuk warna emas. Macam wajib pula semua penduduk Korea kena ada periuk emas untuk masak maggi. Memang dah pasang niat untuk beli sebiji dua bawa balik ke Malaysia. Haruslah nak poyo masak maggi macam orang Korea walaupun diri sendiri tak minat makan maggi. Itu letak sebelah yang penting ada periuk emas masak maggi. Kalau korang berminat nak bawa balik barangan-barangan dapur periuk belanga yang murah-murah semualah boleh didapati di Gukje Market. Selain barangan-barangan dapur, pakaian, aksesori dan juga souvenirs ada dijual di Gukje Market. Serba serbi macam-macam ada dijual. Turun dari kawasan Yongdusan Park bertemu jalan utama yang kiri kanan ada shop lot menjual barangan berjenama tapi maaflah aku tak ingat nama jalan. Kedai produk kecantikan Korea memang sah-sah ada. Kalau tak sabar nak shopping di Seoul boleh terus shopping di Busan atau kalau masih ada benda yang belum beli di Seoul boleh juga beli di Busan. Kawasan yang sibuk menjadi tumpuan penduduk setempat. Anak-anak muda dan orang-orang tua pun sama banyak. Kami menapak kembali ke Jagalchi Station tapi niat nak mencuci mata dan cari barang-barang sikit kalau ada yang berkenan boleh terus rembat. Boleh juga masuk ke lorong-lorong kecil celah bangunan yang menjual macam-macam di belakang laluan utama. Lagi meriah rupanya padat sangat dengan orang ramai. Pelbagai jenis street food ada dijual dan banyak sangat kedai menjual pakaian dan kasut.

WINTER COAT / BAJU SEJUK DAN KASUT YANG MURAH DAN CANTIK BOLEH DIBELI DI BUSAN

Suasana sangat meriah dengan macam-macam benda ada dijual. Paling geram adalah winter coats atau baju sejuk yang cantik-cantik belaka dan harga murah sangat berbanding di Malaysia. Semua baju-baju sangat comel macam selalu kita tengok dalam drama Korea. Macam mana pelakon-pelakon Korea selalu dress up dengan baju-baju comel, macam itulah baju-baju yang banyak terjual. Harga pula ada yang semurah 30000WON (RM115.20 approx) sehingga 100000WON (RM300.00 approx). Macam-macam style dan warna memang rambang mata nak memilih. Ikut hati memang nak beli tapi takut luggage tak cukup muatan. Dari Malaysia pun dah bawa dua tiga pasang. Kalau tahu dari awal memang terasa nak usung luggage kosong dan memborong di Busan. Jadi korang dah tahu silalah bertindak dengan bijak. Kasut boots pun sangat murah. The same design yang aku beli di Universal Traveler dengan harga RM99.00 boleh dapat around 10000WON (RM40.00 approx) saja. Lagi cantik dan pelbagai warna dan style ada. Kualiti pun boleh tahan bukan cikai acah nak jual murah saja. Memang rasa terkilan sangat.




SURVEY HARGA BARANGAN SEBELUM BELI

Kalau nak borong pakaian for winter season memang sesuai borong disini. Sangat banyak pilihan tapi silalah survey harga dulu sebelum membeli. Majoriti peniaga-peniaga menjual benda yang sama tapi ikut nasiblah kita dapat harga macam mana. Aku nak kongsikan satu cerita nasib badan baik punya terkena dengan seorang penjual. Fikir balik lawak pun ada sebab diri sendiri yang bodoh. Aku nak beli sweat shirt sebab banyak pilihan dan lawa. Kedai first aku tanya jual dengan harga hanya 15000WON (RM57.60 approx) tapi Ahjushhi pula macam layan tak layan saja. Aku pun berlalu pergi. Kedai seterusnya dah jauh sikit kedepan baju yang sama harga 20000WON (RM76.80 approx) sehelai. Ahjusshi mesra tapi sayangnya size pula tak ada. Aku decide nak beli juga kalau jumpa di kedai lain. Akhirnya jumpa sweat shirt yang berkenan dan size pun sesuai tapi harganya 40000WON (RM153.60 approx). 

Kemain mahal nampak tak perbezaan harga disitu. Boleh dapat murah sebenarnya. Terkedu disitu juga tapi sebab dah berkenan aku rembat juga. Sepatutnya aku tak perlu beli pun cuma teringat pesan MamiZ. Tak baik buat peniaga acah-acah nak beli tanya macam-macam tapi tak beli pun. Serba salah aku tengok muka Ahjusshi selongkar bundle nak cari size. Memikirkan harga memang tak mahu sebab mahal dan bukan baju berjenama pun. Jual tepi jalan saja. Tapi mulut tak terkeluar nak cakap tak jadi beli. Dalam kepala kata-kata MamiZ bermain-main. Dipersimpangan dilemma tau. Maka aku redha membayar. Kalau ikutkan bukan salah Ahjusshi pun. Dia peniaga dah letakkan harga. Nak beli boleh beli tak mahu letak balik. Sampai balik ke Malaysia aku zikir penyesalan aku andai dapat kuundurkan masa. Next time tak boleh pakai teori MamiZ kat tempat orang. Korang pun haruslah berbelanja dengan bijak. Jadikanlah pengajaran. Sweat shirt dah selamat jadi hadiah birthday RaihanF. Aku tak sanggup nak simpan pakai sendiri. Nanti tak boleh move on dari rasa berdosa dan menyesal.


Tengok harga baju-baju winter coat yang cantik. Mahal lagi sweat shirt tepi jalan yang aku beli. Tak boleh move on melupakan. Lagi cantik baik aku beli coat baru.

Ahjumma focus memasak. Maintain lawa.




Tergoda sangat rasa tengok street food yang banyak terjual. Kalau confirm halal memang aku borong semua nak rasa. Ikutlah tahap keyakinan masing-masing. Mana yang rasa boleh makan kalau nak cuba tanyalah untuk kepastian. Hotteok tteokbokki kimbab semua ada. Tengok orang-orang Korea makan memang telan air liur saja mampu. Pujuk perut bersabar sekejap. Nanti dapat makan sedap-sedap juga. Siap berasap-asap makan benda panas waktu cuaca sejuk. Cuti agaknya semua keluar dari sarang berjalan-jalan. Buah-buahan segar pun banyak juga. Strawberry dan apples besar-besar dan menggoda sangat. Memang tengah musim agakya. Kami borong juga sebekas. Perrrgh manis macam gula tumpah. Paling manis yang pernah aku rasa. Tolong jangan banding dengan strawberry Cameron Highlands.

GUKJE MARKET - PUSAT SHOPPING PAKAIAN, AKSESORI, BARANG-BARANG DAPUR DAN SOUVENIRS DI BUSAN

Jalan punya jalan akhirnya sampai pun ke Gukje Market. Cara untuk sampai ke Gukje Market pun senang saja. Dari Jagalchi Station (Line 1 / Exit 7) jalan kedepan sikit dan belok kiri. Teruskan berjalan sampai nampak pintu gerbang ke Gukje Market. Kawasan Gukje Market besar dan ada bahagian-bahagian tertentu jadi kenal pasti area mana yang kita nak pergi. Senang saja nak cari sebab kawasan kemas dan teratur. Gukje Market adalah antara tempat yang wajib singgah kalau ke Busan. Bila baca cerita Nekcik membuatkan aku teringin nak ke Gukje Market. Kami nak cari periuk belanga dan juga souvenirs. Ada satu lorong khas menjual souvenirs Busan. Pekerja orang Indonesia jadi ngomongnya bahasa kita. Senang nak berkomunikasi dan dapat lagi harga murah. Kami just nak cari fridge magnet yang ada tulis Busan. Tak pernah ada dalam simpanan lagi. Paling penting aku nak beli periuk belanga orang Korea masak maggi. Akhirnya kami jumpa kedai yang menjual barang-barang dapur. Nak beli periuk emas yang kecil saja buat kenangan. Harga pun murah hanya 5000WON (RM19.20 approx) sebiji. Kalau nak besar pun ada. Luggage tak ada banyak space jadi tak boleh borong sakan. Nanti tak muat nak bawa balik. 

 Harga berbeza mengikut jenis dan size.

Periuk emas yang aku berkenan sangat. Siap ada tudung periuk. Ikutlah suka style mana. Satu pemegang dua pemegang semua ada.



Kalau ada rezeki kembali ke Busan memang nak pergi Gukje Market lagi. Tak habis pusing ke semua bahagian. Kalau beli yang ceramic atau tanah liat kena make sure balut elok-elok kemas dan rapi. Penjual akan balut jangan risau. Mula-mula rasa teringin nak beli bekas ceramic tapi tahan diri. Perjalanan aku masih jauh banyak lagi tempat nak pergi. Aku takut possibility nak pecah adalah tinggi. Terbayang dah nak masak Kimchi Jigae tapi tak apalah tak ada rezeki lagi. Kalau ada minat yang sama jangan lupa singgah Gukje Market. Harga periuk belanga perkakas dapur di Busan lebih murah berbanding di Seoul. Berbelanjalah dengan jimat.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.