SITI.YANG.MENAIP: January 2016

TEMPAT MAKAN BEST | HIDANGAN BERASASKAN COKLAT DI CHOCOLATE BOSS SUNGAI NIBONG PULAU PINANG. Lama sungguh tak buat food review. Banyak tempat-tempat makan lain yang tengah pending tak siapkan entry lagi. Nak reput dah simpan dalam draft tak edit. Bila datang mood rajin baru dapat share. This time aku nak kongsikan another tempat makan awesome yang korang boleh terjah di Pulau Pinang. For those yang suka makan chocolates, tempat ni memang sesuai sangat dengan jiwa korang. Angkat tangan kanan sikit sebab kita geng. Aku suka juga makan chocolates. Ceq nak share pasal this new cafe chocolate yang baru saja beroperasi. Cafe Chocolate Boss yang terletak di Sungai Nibong baru saja mula menapak tapi aku yakin Chocolate Boss boleh pergi jauh. Tekak aku yang kerja nak makan ni dah approve kesedapan desserts yang disediakan disini.

Sesuai dengan theme yang diketengahkan : Chocolate.Chill.Chat. Konsep kedai mengikuti trend semasa. Hipster gitu.

MENU PENCUCI MULUT BERASASKAN COKLAT DI CHOCOLATE BOSS.

Come on. Girls always have room for desserts. Hampa cakap kenyang macam mana pun kalau dah terhidang dessert mesti ngap punya. Aku, Dayah dan MamiZ had our outing together. Nak girls day out katanya. Lepas dah penat pusing sana sini we decided to have dessert. Itu jadinya terus terlajak ke Chocolate Boss. Nak cuba dessert yang gempak menurut ArzMoha di SINI. Betul ke gempak sangat. Kena cuba dulu baru tahu.





Sejak aku scroll IG Chocolate Boss lagi dah mula terliur. Tengoklah chocolate semua bukan main lagi. Menu di Chocolate Boss tak banyak tapi cukup nak penuhkan crave orang-orang yang suka makan desserts lagi-lagi yang berasaskan chocolate. As time goes by akan ada banyak pilihan lagi diperkenalkan. Harga yang dikenakan pun tak terlalu mahal. Kalau tiba-tiba teringin nak makan desert memang boleh sangat terjah Chocolate Boss. Tak payah risau duit cukup ke tak.

BROWNIES DAN AISKRIM YANG SEDAP DI CHOCOLATE BOSS



Boss Tower memang awesome. Tiga scoops aiskrim with cream dan chocolate sauce. Korang nak apa lagi toppings kacang dan krim  semua pun ada sekali. Memang complete package. Tengok Dayah sakan makan aiskrim. Ini memang superb. Aku memang peminat brownies. A+ untuk texture yang gooey dan chewy. Memang style brownies yang aku suka. Ada chocolate sauce and nuts lagi as toppings. Memang terbaik. Cepat-cepat aku habiskan tak nak kongsi. Dua jenis desserts saja kami cuba that day. Insyallah next visit aku nak cuba another dessert pula.

LOKASI CHOCOLATE BOSS


CHOCOLATE BOSS
D9, Kompleks Medan Suri,
Sungai Nibong Besar,
11900 Bayan Lepas, Penang

1.00PM - 9.00PM

012-4146407 / 019-5121271

mail.chocolateboss@gmail.com

Instagram - Chocolate Boss
Facebook : Chocolate Boss

'You cannot buy happiness.. but you can buy chocolate and that is kind of the same thing..'. Verdict aku agak memuaskan dan sedap especially the brownies. Perfectly made untuk peminat desserts. If korang tiba-tiba tersesat ke Sungai Nibong apa salahnya singgah sekejap ke Cafe Chocolate Boss untuk try few desserts yang ada. Lupakan seketika kandungan kalori and sugar. Just have fun. Happy food hunting everyone and stay cool.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.