Sunday, 13 March 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 2.2 - TAEJONGDAE + GERAK KE SOKCHO

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | BUSAN - TAEJONGDAE DAN PERJALANAN KE SOKCHO


Entri sebelumnya di SINI.
16 Januari 2016

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI BUSAN | SOUTH KOREA - TAEJONGDAE DAN PERJALANAN KE SOKCHO GANGWON-DO. Masih banyak tempat yang ingin diterjah di Busan tapi masa tak mencukupi. Jadi kena rancang perjalanan betul-betul. Lepas kami menikmati Oryukdo sepuas-puasnya kami mengambil keputusan untuk terus ke Taejongdae. Masih bersisa beberapa jam sebelum menaiki bus ke Sokcho. Taejongdae dah macam tempat wajib visit buat semua orang yang ke Busan jadi aku tak mahu lepaskan peluang ke Taejongdae. Selama ni tengok orang pergi haruslah kali ini aku pula jejak kaki.

Cara untuk ke Taejongdae :
1] Dari Busan Station naik bas bernombor 88 atau 101 dan turun terus di Taejongdae Bus Stop.
2] Bas-bas lain yang turut ke Taejongdae : 8, 113 dan 30.
3] Dari Nampodong Station [Exit 6] - Bas nombor 8, 113 dan 30.

Dari Oryukdo kami terus ke Nampodong Station [Exit 6] dan ambil bas bernombor 8, 113 atau 30 terus ke Taejongdae Cliff Bus Stop. Perjalanan hampir atau plus minus 30 minit dari Nampodong Station. Ada banyak kedai di Nampodong Station. Boleh shopping juga. Ada kedai baju-baju bundle yang penuh dengan pengunjung. Sempat juga merembat sehelai baju. Lagi sakit hati bila baju yang sama aku beli di Gukje Market hanya 10000WON di Nampodong Station. Terjah SINI untuk kisah baju 40000WON.

Sampai di Taejongdae Cliff Bus Stop kena menapak agak jauh untuk sampai ke Taejongdae. Boleh tahan jaraknya. Hari makin gelap walaupun baru pukul 4:00PM. Dah melepasi pintu gerbang Taejongdae kena menapak lagi mendaki bukit. Tak curam tapi mampu jugalah buat betis menangis. Syukur cuasa sejuk saja jadi tak berpeluh-peluh. Masih ramai yang menapak bersama-sama kami walaupun macam dah senja.



100M rasa macam 1KM hehehe.. Nampak sangat tak fit.

Danubi train yang comel.


Sampai di kaunter baru sedar hakikat manusia yang ramai. Semua tengah tunggu giliran naik Danubi train. Huuurm.. Tanya kaunter pukul berapa agak-agaknya dapat naik Danubi train kalau kami still nak proceed. Katanya dalam satu jam setengah lagi. Huwaaa.. Lama sangat tu kalau nak tunggu. Selain naik Danubi boleh terus saja jalan kaki mengelilingi Taejongdae tapi sendiri pula rasa tak mampu nak menapak. Jadi kami pun bersepakat untuk let go saja Taejongdae. Tak ada rezeki nak cross out Taejongdae dari list. Insyallah ada rezeki untuk pergi lagi sampailah.

Kami terus patah balik ke hotel di Choryang Station. Barang-barang memang dah siap kemas dan simpan di lobby. Nak pergi pickup saja. Kami minta untuk tumpang solat. Bagusnya pihak pengurusan hotel sangat memahami dan benarkan kami guna common room di tingkat paling atas. Toilet semua ada disana jadi senang untuk ambil wuduk.



Pengalaman pertama duduk menginap dengan pelancong dari negara lain. Menarik. Syukur dapat roommates yang memahami dan tak banyak soal tentang agama dan sebagainya. Ada seorang roommate terkejut kami bangun awal pagi untuk solat Subuh. Mungkin bunyi kami berjalan buat dia terjaga. Bila aku explain kami nak perform prayer dia angguk saja dan sambung tidur. Kalau pergi ramai cukup untuk sebilik memang seronoklah. Sama-sama dengan kawan-kawan semua duduk sebilik. Memang havoc.

Terus kami ke Busan Central Bus Terminal (Nopodong Station Line 1) untuk gerak ke Sokcho. Selesai beli tiket yang berharga 46000WON (RM174.80 approx) di kaunter Bus Intercity, kami isi perut pula. First time makan Wild Shrimp Burger di Lotteria yang famous among pelancong-pelancong ke Korea. Patut semua orang suruh cuba. Memang sedap. Order juga Shrimp Nuggets. Sedap juga. 





Pergi ke terminal bas sedia menanti tapi ahjusshi driver belum sampai. Masih awal. Tepat jam 9:10PM bas pun bergerak meninggalkan Busan menuju ke Sokcho. Punctual betul. Mengikut plan asal, perjalanan ke Sokcho mengambil masa 7 jam. Kami bercadang untuk tidur dalam bas dan sampai di Sokcho around 4.00AM the next day tapi lain pula jadinya.

Jam baru pukul 1:30AM tapi ahjusshi driver dah suruh turun. Terus rasa fresh dan turun jugalah nak tak nak. Hanya kami berdua ditinggalkan oleh ahjusshi driver. Sejuk tak terkata malam buta cuba nak digest apa yang jadi. Kami diturunkan depan Sokcho Bus Terminal tapi waktu pukul 1;30AM apa yang ada ? Jalan pun sunyi sepi lengang. Sebiji kereta pun tak ada. Ahjumma kerja kedai runcit pun kunci pintu bila kami asyik lalu-lalang depan kedai dia. Mesti dia takut hehehe..

Cari jalan ke hotel yang dah dibook tapi jalan nampak blur sebab tengah malam. Nampak ada satu hotel nearby. Cuba nasib nak tanya apa yang patut. Ahjumma ingat aku nak sewa bilik. Communication breakdown. For few minutes kami duduk termangu depan hotel sambil berfikir apa nak buat. Lastnya Akak JM nekad untuk ke hotel yang kami book. Kalau kena duduk luar hotel sekalipun at least depan hotel yang kita dah book. Menapak dalam kesejukkan malam akhirnya jumpa hotel. Tolak pintu dengan harapan pintu tak kunci. Yeah !! Pintu tak kunci. Gelap gelita lobby tapi masuk juga dan letak bag disatu sudut. Duduk layan perasaan. Nak tidur pun suhu sangat sejuk. Dalam pukul 3:00AM kalau tak silap ada satu teksi berenti depan hotel. Tiga orang perempuan turun dan masuk dalam hotel. Bertudung. Ingat dari Malaysia rupanya Indonesia. Kecoh sekejap berkongsi cerita sebab these girls pun baru sampai dari Busan and they thought akan sampai awal pagi. Sama situasi. Mungkin dapat info dari medium yang sama. Okaylah tak apa ada juga geng. 

Ada pula dua orang budak Korea baru balik entah dari mana. Macam mabuk tapi tak berapa mabuk. Sembang sikit-sikit. Susah payah dia berusaha nak cakap guna Bahasa Inggeris. Okaylah not bad. Dengan limited vocabs kami mampu sembang kira canggih jugalah. Sampai ke pagi dia teman kami semua. Bila owner dah bangun kami pun selesaikan urusan apa yang patut. Masih terlalu awal untuk masuk bilik jadi simpan luggage dulu. Owner kasi pakai toilet untuk bersihkan diri. Jom kita ke next destination.

Walaupun beribu kita bayar tetapi pengalaman yang kita dapat itu lebih tinggi nilainya. Bila kenang balik memang boleh buat sendiri tersenyum.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

12 comments:

  1. Seronoknya baca perjalanan pengembaraan siti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman nak kongsi dengan kawan2 kak.. semoga ada manfaat =)

      Delete
  2. hihi, jumpa geng sesama travel, satu rumpun pulak best la..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa ingatkan dari Malaysia skali dengar telor bercakap tu Indonesia. tapi oookay saja diorang tu buat kawan baru kan ? hehe..

      Delete
  3. maknanya Busan ke Sokcho tak sampai 7 jam le kan...info x brp tepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sampai 7 jam.. check google maps.. kalau 7 jam tu route dia busan - seoul - sokcho.. dia singgah seoul dlu.. maybe busan - sokcho around 3/4 jam saja kot hehe not sure jugak..

      Delete
  4. Paling tak tahan baca,..dah menapak kena mendaki pulak! Semputtt! 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaaa pasal.. tapi semangat tengah berkobar2 jadi penat tu letak sebelah dulu.. kugagahi juaa..

      Delete
  5. Danubi train tu memang comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sayang tak dapat naik.. dapat amek gambar saja dulu jadilah eheh..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...