Thursday, 3 March 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 2.0 - IGIDAE PARK + ORYUKDO SKYWALK

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | BUSAN - IGIDAE PARK + ORYUKDO ISLAND


Entri sebelumnya di SINI.
16 Januari 2016

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI BUSAN | SOUTH KOREA : IGIDEA PARK DAN ORYUKDO ISLAND. Awal pagi terus kemas barang-barang dan simpan di lobby. Satu malam saja di Welcome Busan Guesthouse. Misi meneroka Busan diteruskan. Ada beberapa tempat menarik yang kami dah target nak pergi before bergerak ke next destination - Igidae Park dan Oryukdo. Disekitar kawasan Oryukdo ada beberapa tarikan : Oryukdo Island, Oryukdo Skywalk dan track untuk walking trail. Boleh hiking atau bersiar-siar di tepian laut. Cadangan asal sebelum berlepas ke Busan adalah untuk ke Gyeongju dan ambil day tour. Tapi fikir balik kami takut terkejar-kejar. Breakfast roti dan jem.. telur rebus (disediakan oleh pihak hotel) dan grilled mackerel dari Jagalchi Market dinner malam sebelumnya. Strawberries manis dan gebu juga. Sedapnya !!

Cara untuk ke Oryukdo Skywalk (Dari Busan Station) :
1. Naik bus No. 27 dari Exit 10
2. Terus saja ke Oryukdo SK View Humun Bus Stop 
3. Jalan lebih kurang 300m untuk sampai ke destinasi

Asalnya kami hanya refer pada information di atas. Dari Choryang Station kami perlu ke Busan Station. Siap sedia untuk bergerak. Turun dari tangga lobby terpandang papan notis yang disediakan oleh pihak hotel. Eeeh !! Tak perlu ke Busan Station. Ada cara lain untuk ke Oryukdo Skywalk dari Choryang Station.

Pihak Welcome Busan Guesthouse ada sediakan notes cara-cara ke Oryukdo Skywalk dari Choryang Station.

Dari Choryang Station juga ada bas yang boleh bawa penumpang ke Oryukdo Skywalk. Cuma kena keluar ikut exit lain. Tak jadi masalah. Keluarlah ikut Exit 12 pula. Bas yang sama juga kalau dari Busan Station. Hihihi.. 

Cara untuk ke Oryukdo Skywalk (Dari Choryang Station) :
1. Naik bus No. 27 dari Exit 12
2. Terus saja ke Oryukdo SK View Humun Bus Stop 
3. Jalan lebih kurang 300m untuk sampai ke destinasi

Exit 12 Choryang Station.

Yeay bus dah sampaaai =)

Kalau ikut Google Maps, perjalanan mengambil masa selama satu jam tapi rasa tak sampai satu jam. Mungkin hanya 30-45 minit bergantung pada traffic. Jadi pandai-pandailah budget masa. Bila nampak pintu gerbang SK View (apartments) kami pun turun. Nasihat aku.. Jangan turun lagi. Bus akan berhenti di hujung jalan untuk u-turn. Patutlah dari jauh nampak banyak bus tersadai. Kalau turun awal kena menapak jauh. Syukur cuaca sejuk mendung berangin. Kalau tengah hari rembang summer matahari mencanak ? Haaa..

Ini after 10 minit menapak dari entrance SK View. Still a long way to go. Huhuhu..

Bus Busan City Tour.

Bila dah sampai hujung.. Boleh pilih nak kemana dulu. Igidae Park di sebelah kiri atau terus ke Oryukdo Skywalk di hujung jalan. Kami pergi Igidae Park dulu. Igidae Park ni besar tau. Hiking trail dan laluan agak panjang. Coastal walk pun mungkin juga sebab tepi laut. Ramai ahjusshi ahjumma siap sedia dengan hiking gear untuk memanjat. Kagum sungguh. First kena panjat tangga atau jalan cerun hampir 90 degree. Tercungap-cungap memanjat. Sampai atas teruskan lagi perjalanan. Banyak tangga sungguh negara ni. Aku panjat sikit saja nak bergambar punya pasal. JM teruskan ikut laluan trail yang disediakan seorang diri while aku tunggu dibawah layan perasaan. Aku kirim camera minta tolong JM ambil gambar ada apa atas sana. 

Tak larat !! Plus takut kalau nanti pinggang buat hal. Kalau cramp tiba-tiba dah JM kena dukung aku pula. Hihihi.. Jadi baiklah berjaga-jaga.

IGIDAE PARK COASTAL WALK / HIKING TRAIL


Igidae Park dan Oryukdo Skywalk dihujung sana. Cantik !! Walaupun pokok semua togel kekeringan.

Oryukdo Observatory Deck. Pulau-pulau di sekitar Oryukdo Island.


Nampak laluan bertangga tu semua ? Kalau rajin boleh pergi naik memanjat.

Oryukdo Skywalk dari laluan trail.

Hiking trail.

Hiking trail lagi,

Oryukdo coastal line.

Oryukdo coastal line lagi.

Dah puas cuci mata dari atas, kami terjah Oryukdo Skywalk pula. Ramai juga umat manusia yang ada. Masing-masing bawa keluarga or partner. Meriah. Nak lalu di Oryukdo Skywalk kena pakai kasut khas. Jangan risau free saja. Nanti nak lalu ada ahjusshi akan kasi sepasang untuk kita. Tak perlu buka kasut pun. Sarung saja kasut khas balut kalut kita. Comel sangat..

ORYUKDO SKYWALK


Oryukdo Skywalk sebenarnya adalah jambatan transparent yang dibina menjulur ke tengah laut. Tidaklah jauh ketengah sangat. Acah saja lebih. Sepatutnya nampak clear bawah jambatan tapi tak tahulah kenapa.. Cermin kaca berdebu dan macam dah kotor. Tak clear langsung nak nampak bawah. Jadi kita enjoy sceneries atas sajalah. Batu-batu cantik bawah jambatan semua tak nampak. Huuurm..


Boleh naik cruise juga dari Heundae Beach.

Ahjusshi sibuk cari pasangan kasut khas. Dah dapat baru boleh lepas lalu Oryukdo Skywalk.

Kami dah ready. Hahaha.. Kelakar pula rasa pakai benda alah ni..

Masing-masing dengan sarung kasut special.

Tengok umat manusia ramai sangat. Terpaksa berhenti satu sudut berhimpit-himpit nak ambil gambar. Nak enjoy view pun terbantut. Huhuhu..

See.. Lantai dah tak clear. Tak tahulah kenapa. Maybe sebab dah rosak itu yang semua kena pakai sarung kasut.

Aku berhenti nak bergambar. Ahjusshi dan anaknya berminat pula nak join. Ok marilah bersama-sama. Hihihi..

Disebabkan sceneries cantik.. Kami abaikan saja kekecewaan cermin kabur Oryukdo Skywalk. Tak habis lagi business di Oryukdo. Tungguuu..

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

65 comments:

  1. bestnyer..tp bila terbaca Busan tu terus teringat zombie..apadaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ni pengaruh movie ni.. nasib iols tak tengok citer tu =D

      Delete
  2. Replies
    1. alamak awaaak jangan gitu.. meh awak banje kite pegi sana hahaha..

      Delete
  3. okay akak tunggu ... cepat sambung

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sabar na.. kena kumpul kekuatan nak menaip =D

      Delete
  4. CANTIKNYA SEMUA PIC VIEW AGAKNYA BOLEH TAK SAMPAI KE SANA BILA2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah kak.. ada rezeki Allah izin insyallah boleh =D

      Delete
  5. bestnyeeee. bbtw suka blog ni kemas dan gmbr cantik je. keep it up :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih daun keladi.. kalo suka marila singgah lagi =)

      Delete
  6. aaaaaa teringin nak gi sniiii.. taktau lah bilaaa T_T

    ReplyDelete
  7. sarung kasut bagi mengelakkan cermin rosak agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula kot purpose tapi macam dah rosak je.. kena ganti cermin baru ehhe..

      Delete
  8. Replies
    1. hehe tak Uncle.. CT panjat tangga sikit je.. atas2 tu JM naik sorang..

      Delete
  9. Takut jgk bridge kaca tu runtuh dh ramai sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak akaak hehee.. tak terpkir ke situ =P

      Delete
  10. Oryukdo coastline tu lawa rupanya..mcm kt aussie sikit ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawa lautnya tapi track tu tak sure hehe.. tak naik pun sampai atas..

      Delete
  11. Lepas tengok train to Busan and baca Kak Siti punya post ni lagi buat saya rasa macam nak pergi Busan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe akak tak tengok pun citer tu.. tak minat seram2 tekejut2 ni hehe.. hhuurm kalo boleh esok lusa nak pegi sana lagi =D

      Delete
  12. Maknanya kalau lantai cermin kabur, tak mencabar la... silakan mencuba yang kat China tu... ada brani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe tidak berani !! Oriental Shanghai pun da gigil. bukanlaa nak mencabar tu tapi nak tengok laut kat bawah tu. and takde tinggi sangat pun =P

      Delete
  13. Best kan Igidae park? tau tak kita jenis belajar cara nak g je tapi cara nak blk xtau..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik.. cuma kecewa cermin skywalk tu je.. adoiyai.. habis tu balik cem mana ? naik balik la bus tu hahaha..

      Delete
  14. Salam Sis..lama x ziarah... Subhanallah, cantik sangat pemandangan tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. tak apa free free mai singgah hehe..

      Delete
  15. tenok hiking trail, rindunya nak hiking

    ReplyDelete
  16. gambar yang last tu, uncle tu terpedaya... should tengok atas instead of tengok fon.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh anak dia terer pandang camera.. sporting jugak uncle ni bergambar..

      Delete
  17. ramainyaa.. semua berpusu-pusu ye atas tu.. jenuh jgak nak ambek gambaq cun tanpa ada org lain.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula.. tengah cuti agaknya semua keluar rumah pergi jalan2.. hehe..

      Delete
  18. eh lupa nak cakap, kenapa notes diorang comel sgt.. kalau kat sini mesti official printed hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreeetip gitula.. kalo kita mesti flyers bercetak and info pun skema hehe.. ni guesthouse je maybe lebih santai..

      Delete
  19. Kalau Sha takpe kut kabur sikit cermin Oryukdo Skywalk tu. I is gayat, hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak tinggi sangat tapi kat tebing curam jugakla. cuma cantik batu2 bawah tu sayang kabur..

      Delete
  20. Skywalk tu gayat. Cermin transparent pulak tu. Uiii ngerinya bawah tu pulak laut. Seram je rasa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cermin tu dah kotor kak.. x clear pun bawah tu.. x nampak apa pun hehe..

      Delete
  21. ada baru berdiscuss2 dgn my partners.. terasa nak jejak Busan ni.
    nanti akak baca blog awak lah ye..
    ikut je satu2 yr itin ni.
    senang keje akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tunggu CT update tatau bila nak habis hehe.. lembab bebenar nak habis citernya hehee..

      Delete
  22. Kalau akak confirm gayat..tp kalau tak cuba rugi plak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya tak adalah tinggi sangat.. tapi gayat juga cuma tak clear lantai tu ehehe tapi yes !! da sampai rugi tak join..

      Delete
  23. cantik-cantik semua picture dalam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. part jambatan kaca tu mesti seram juga kan

      Delete
    2. cermin kotor tak clear pun bawah tu hehehe.. jadi tak seram sangat =D

      Delete
    3. kalau i mesti gayat gak walaupun x clear. huhu

      Delete
  24. syoknyaaaa jalan2 awal2 sebelum winter bebetul sampai ni syok la kan. takde rasa panas membahang matahari atas kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ni tengah peak winter ni kak.. tapi sini memang tadak snow. sejuk gedi gilaaa ni tapi best best.. peloh xdak..

      Delete
  25. Replies
    1. memang cantik tapi cuaca mendung.. kalau sunny lagi meriah =)

      Delete
  26. Siti nanti nak ikut gak siti p jalan jalan boleh. Hehe

    ReplyDelete
  27. bestnya sis jealous :( hehe
    http://mellyacrayola.blogspot.com/

    ReplyDelete
  28. seronoknyaaa jalan2. tpi letih je jauh jalan..

    ReplyDelete
  29. nice photos, cantik kan tempat nih memang awesome

    ReplyDelete
  30. Saya akan ke korea selepas balik dari jepun
    Terima kasih share ni.

    ReplyDelete
  31. Ct...really miss u. Secara honestly..dah byk tertiggal cerita. kene tamatkan utk cita setahun ni..baru blh updated balik....apa2 pun..hai again!

    ReplyDelete
  32. Hi, CT! Rasa macam dah bertahun tak datang sini! Jenguk2 dulu. Nanti dah panas enjin akak serang!

    ReplyDelete
  33. ala, syg cermin tu kabur, klau x mesti gigil gayat, haha!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...