Saturday, 27 February 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 1.4 - JAGALCHI MARKET

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | BUSAN - JAGALCHI MARKET


Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | BUSAN - JAGALCHI MARKET / MAKAN MALAM SEAFOOD YANG SEDAP. Bila sampai tempat orang kalau boleh memang nak merasa makanan disana. Maka.. saat yang ditunggu sudah tiba. Nak makan dan perut sudah bergendang. Memang kami plan untuk dinner di Jagalchi Market. Antara lokasi tempat makan di Busan yang perlu masuk dalam list. Menyesal kalau tak cuba makanan di Jagalchi Market. Jalan dulu kasi penat pusing seharian baru berbaloi makan sedap. Rasa puas yang amat. Dari Gukje Market boleh jalan saja ke Jagalchi Market. Terus dari metro Jagalchi Station pun boleh. Jalan jauh dalam cuaca sejuk tak terasa langsung. Hihihi..


Kedudukan Gukje Market dan Jagalchi Market. Juga kedudukan metro Jagalchi Station dan Nampo Station.

Jagalchi Market
1. Jagalchi Station Subway Line 1 - Exit 10 (5-10 minit jalan kaki)
2. Nampo Station Subway Line 2 - Exit 2 (5-10 minit jalan kaki)

Kami sampai sekitar kawasan Jagalchi Market dah senja. Hari sayup nak malam. Padahal baru pukul 5.30 petang. Itulah drawback kalau travel musim sejuk. Siang sangat limited. Menyelusuri pasar basah di luar Jagalchi Market memang menakjubkan. Macam-macam jenis seafood ada terjual. Ikan yang kita tak tahu nama apa.. Raw seaweed.. Makanan laut yang pelik. Oh.. Yangnyeon Gejang 양념게장 atau marinated crabs bersama sos gochujang pun ada. Tengok sajalah nak cuba tak berani. Meriah sangat kiri kanan Ahjumma Ahjusshi menjual. Banyak juga gerai makan yang menawarkan hidangan King Crab. Ada yang menyeru memanggil suruh masuk kedai. Memang teringin nak cuba. Semua sebab tengok Jihyo makan kemain sedap gayanya. Hihihi.. Insyallah next time.

Giant octopus. Seramnya. Tentacles saja dah sebesar lengan. Kalau beli ni agaknya berapa orang makan yaaa..

Semua ikan besar-besar. Memang tak tahulah jenis apa. Kat pasar Malaysia pun keliru nama ikan hehe..

Sentiasa kena ada air mengalir untuk kekalkan kesegaran. Entah apa benda agaknya tu..


Masuk ke perkarangan Jagalchi Market kami meronda di kawasan belakang sekejap. Sebelum masuk ke bangunan tujuh tingkat itu marilah kita melayan view dulu. Menikmati sunset dengan udara segar sejuk memang seronok. Dari jauh boleh nampak rumah-rumah tersusun cantik di Gamcheon Culture Village dan Nam Harbour, antara port di Busan yang terkenal. Banyak kapal-kapal laut dan pulang bawa hasil tangkapan. Cantik.



Ground floor Jagalchi Market hanya menjual fresh seafood. Sama macam diluar tapi lebih teratur dan kemas. Ikut section tertentu. Dried product satu bahagian.. Belut.. Ikan-ikan dan Abalone semua asing-asing. Lantai yang basah itu normal. Jadi kalau pakai seluar meleret tu jaga-jagalah. Kalau nak makan kena naik atas. Ada banyak tingkat jadi kena search sikit mana yang best. Boleh juga kalau kita nak beli seafood dibawah dan bawa naik atas untuk dimasak.




Kami tak beli apa-apa pun dibawah. Terus naik ke tingkat atas dan order nak makan apa. Malas nak beli dan bawa naik. Macam susah saja. Tapi terpulanglah. Hihihi.. Kami naik ikut tangga tengah dan terus terjumpa kedai makan yang menarik minat dihati. Actually gaya pekerja perempuan yang approach kami yang membuatkan kami rasa nak makan disitu. Penuh yakin dia menegur dengan limited English dia cuba juga meyakinkan. Katanya halal dan memang ada muslims yang pernah makan disitu. Yakin dan tawakal kami pun duduk. Ambil seat duduk bersila mengadap laut sambil terus membelek menu memilih makanan.




Harga jujurnya agak pricey. Dengan tukaran mata wang yang tinggi ketika kami kesana. Hanya kami berdua saja yang makan. Kalau lagi ramai mungkin lebih berbaloi. Tapi sedap. JM pun sudi melayan keingingan aku. Terima kasih. Hihihi.. Kami order Haemultang 해물탕 atau seafood stew dan Godeungeo Gui 고등어구이 atau grilled mackarel. Kalau ikut nafsu memang lagi banyak nak order. Semua nampak sedap. Excited first time nak makan hidangan makanan di Korea. Tapi haruslah kita sedar ada banyak lagi hari yang perlu dilalui.

Sebelum hidangan utama sampai meja dah dipenuhi dengan Banchan 반찬 atau side dishes. Macam-macam dia hidang sampai penuh meja. Pajeon 파전 pun dapat free. Muka terkejut bila dihidangkan pajeon sebab tak order. Pekerja tu kata service. Agak sajalah free. Hehehe..

Tak semua banchan kena dengan tekak. Ada yang weird dan cannot go.
-
Haemultang dah sampai !!! Pekerja baik tolong guntingkan sotong. Service juga katanya.

Grilled mackarel. Tapi aku rasa more to macam mackarel goreng saja. Hehehe.. But so good. Sedap yakamat !! Tak habis kami makan. Tapau buat breakfast esoknya.

Ready untuk dingap sudah !! Nampak plain dan gitu-gitu saja. Rupanya sedap.

Cedok sikit dalam pinggan kecil yang disediakan. Heee..

Haaa apa lagi.. Semua dah terhidang makanlah. Tak tunggu lama dah. Tibai !! All together untuk makan malam yang awesome ini totalnya 50000WON (RM192.00) berdua. Mahal ? Ya. Kat Malaysia makan gempak hebat or buffet hotel pun tidak semahal ini. Kalau lagi ramai jemaah yang makan bersama kurang sikit kesengsaraan membayar. Tapi nak makan punya pasal. Pejam mata dan bayar. Maaflah kalau air liur hampa semua berjejeran membaca entry ini. Bukan niat hati ceq nak menyeksa jiwa hampa. Ceq pun terseksa rasa dok menaip ni haaa.. Bilalah nak terbang pi sana lagi. Nak makan !!

Lepas rembat sebakul strawberry besar gebu dan manis.. Kami pulang ke hostel. Menarik rasanya berkongsi bilik dengan tourists dari negara lain. First time. Pengalaman berharga.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

57 comments:

  1. Masakan tu nampak macam kuah tomyam campur. Sedapnye... ada rasa pedas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tomyam tapi tak rasa macam tomyam. pedas sket tapi boleh makan.. kita boleh adjust nak pedas tambah lagi chili flakes..

      Delete
    2. hahaha.. terliur palk bila sebut tomyam.. hmm..

      Delete
    3. amboih Phais sampai teliur hehe..

      Delete
    4. aah, mcm tomyam pulak..hihi..

      Delete
  2. Knock! Knock! Siti, akak datang beraya ni! Maaflah lama sangat tak singgah sini. Sorryyyyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilaaa beraya.. tapi tak ada apa yang special huhuhu..

      Delete
    2. xde kuih raya ke..? hehehe

      Delete
    3. hahaha kuih raya aidilfitri ritu ada lagi.. layan diri naa =P

      Delete
  3. Parking dulu. Nak gi mamam. Kang akak tumpang main2 kat sini 😊

    ReplyDelete
  4. Memang tak boleh pergi dengan side dishes makanan Korea ni... Tak bagi pun takpe walau free...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ada yang okay.. ada yang pelik.. meriah meja setiap kali makan.. macam2 ada..

      Delete
    2. baru ni pergi Dobuyo.. macam tu rupanya makanan korea.. boleh la..

      Delete
    3. wow Phais makin maju nampaknyaa.. lepas ni boleh pi Korea =D

      Delete
  5. Wew. Yani tak makan seafood sangat, ketam ok jugak. Mcm mana nak pegi Korea nii. Nak jumpa oppa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. awatnyaaa diknon tak makan.. sedap woo.. xpe kat sana banyak lagi makanan sedap2..

      Delete
    2. sama la.. seafood ni takat boleh makan je la.. nk kata sedap tu, biasa je.. hehehe

      Delete
    3. laaa rugi rugi ehehe.. seafoodlaa antara nikmat dunia =D

      Delete
  6. seronoknya tengok g travel teringin nak pergiii
    follow sini #858 follow back ye kak siti yang menaip! keep in touch! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok.. jom bukak tabung travel nanti boleh jalan-jalan hehe.. okay nanti akak followback ya =D

      Delete
    2. follow SYm jangan tak follow.. nnti kna bash.. HAHAHAHAHAHA

      Delete
    3. hahaha hang taaaaak baik tau.. nanti nak foolow maklumlaa dalam hutan skrang ni. mooohon memahami =P

      Delete
  7. Mcm pernah tgk dlm citer running man je tempat ni, serius sgt jeles dpt pegi sana 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow CN peminat Running Man jugak rupaaanya ye hehe..

      Delete
    2. eleeeh tah tah dia senyap2 layan RM.. huhu..

      Delete
  8. Wow..pasar die.. Dh lama nak g.. Selalu tgk tv..hrmm ada yg tmpah tiket ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe wow terus nak tempah tiket.. syiooknya.. CT nak tempah kena kira macam2 dulu ni sekarang tengah semput.

      Delete
    2. tudia.. penangan entri SYM.. sekali baca terus tempah tiket.. hahahah

      Delete
    3. hahah mohon syarikat penerbangan kasi CT reward ya..

      Delete
  9. Onomnom sedapnya tgk makanan tu Siti..
    Saya dulu ke sini, tapi tak berkesempatan makan sebarang hidangan. Masa tu masuk dalam bangunan ni dan naik ke atas.. Tapi rasa macam aneh je dan tak ada siapa pun panggil2 kami. Blur pun iye. Dah penat pun iye.. Anggap tak ada rezeki aje lah. Mungkin nak kena pergi lagi lain kali kot hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik ke tingkat berapa ? kat atas2 tu macam ada ruang nak tinjau2 kan ? CT tngk kat blog orang lain hehe.. xpe tu gayanya kena pergi lagi hehe..

      Delete
    2. sampai dua kali kna pi.. dahsyat..

      Delete
    3. hehehe itu menunjukkan testimoni sedap la tu.. hehe..

      Delete
  10. tudia sotong.. geli tengok.. hahaha

    ReplyDelete
  11. tapi nampak bersih je pasar basah diorg.. x macam negara kita.. hmm..

    ReplyDelete
  12. memang syurga makanan laut betul :') sotong tu sedapnyaa.
    sedap betul tengok gambar makanan ni semua, time musim sejuk mmng syok sangat makan benda2 panas cmtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim sejuk makan sup panas2 memang syiook abes.. hehe kena beli sotong tu sekor tengok berapa lama tahan masak makan brapa hari hehe..

      Delete
  13. best kan..ada setengah makanan korea memang sedap ada setengah yg menyakitkan perut he he he.. oit apsal pha is reply komen setiap komen? ini tidak adil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ada jugak yang tak kena ngan tekak.. tapi kalo sedap tu sedap betoi hehe.. Phais menyebarkan virus perkenalanan hehe =D

      Delete
  14. Nyam2 sedap nya..tp side dish depa byk btul...kalau side dish depa tu 1 ja akk leh telan..kimchi ja lah😅😅😅

    ReplyDelete
  15. Sedap nmpk semua makanannya..siap lebih tapau..klu mak ni dh licin balun ms tu jgk..

    ReplyDelete
  16. Silau mata tgk coat merah jm tu

    ReplyDelete
  17. Kita makan kat pasar bawah je sbb dah lewat malam..kena 80000 utk 8 org...tp mmg syok la makan :D

    ReplyDelete
  18. omak kau! besar gedang makanan laut diorang.. tgk sendiri rasa tak lalu nak mkn.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa betul2.. ada yang sangat besar sampai takut nak tengok ke nak cuba ke hehehe.. seram..

      Delete
  19. Hari tu pegi Jepun pun Sha telan je tak kira harga dah. Rasanya kalau convert MYR, telan air liur sepuluh kali fikir jugak nak masuk makan, hehe.
    Tapi haemultang tu nampak sangat sedap! Sbb rupa lebih kurang macam Tomyam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tapi itulaa chance nak rasa makan kat tempat orang kan.. daripada balik dok teringat2.. tutup mata jela bayar and makan.. a ah macam tomyam =)

      Delete
  20. terbeliak bijik mata nengok harganya tapi betul dah alang2 sampai rugi pulak kalau tak merasa. sotong tu memang besarnyaaaa

    ReplyDelete
  21. tetiba terliur plak tgk mknn tu ct hehehehe

    errr ada tanya x kat sn ada belacan x? hahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee adoiyai pandai depa makan belacan pulak =P

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...