Wednesday, 10 February 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 1.1 - GAMCHEON CULTURE VILLAGE

 JALAN-JALAN MUSIM SEJUK KOREA | BUSAN - GAMCHEON CULTURE VILLAGE


Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016

WINTER TRIP KOREA 2016 | BUSAN - GAMCHEON CULTURE VILLAGE. Dah lega duduk santai lepas lelah. Cepat kami keluarkan itinerary dan merancang perjalanan. Bersepakat untuk ke Gamcheon Culture Village yang sememangnya terkenal di Busan. Kalau tak singgah katanya tak lengkap. Gamcheon Culture Village terkenal sebab struktur binaan rumah-rumah yang seakan-akan di Santorini, Greece. Tak mampu pergi Greece kita terjah Busan dulu. JM dah pernah sampai ke Gamcheon Culture Village jadi dah memang tahu jalan ke sana. Kesian JM kena pergi lagi teman aku pula. Hihihi.. Menjelang tengah hari suhu tidaklah sesejuk pada waktu pagi. Lebih panas dan nyaman. Aku tak pakai longjohn pun. Kalau nak pakai pun tak ada masalah.

Cara untuk ke Gamcheon Culture Village :

  • Goejeong Station (Busan Subway Line 1/Oren) Exit 6 - Bus Sakha 1 atau Sakha 1-1 - Gamcheon Culture Village
  • Toseong Station (Busan Subway Line 1/Oren) Exit 6 - Bus Saha 1-1, Seogu 2 atau Seogu 2-2 - Gamcheon Culture Village
  • Jagalchi Station (Busan Subway Line 1/Oren) Exit 3 - Chungmudong Gyocharo Bus Station - Bus Saha 1-1, Seogu 2 atau Seogu 2-2 - Gamcheon Culture Village

Rujuk SINI dan SINI .

Kalau kita perhatikan panduan di atas, bas akan lalu di station yang disenaraikan. Just make sure kita naik bas yang betul. Pilih nak naik bas dari station mana. JM pernah guna laluan melalui Jagalchi Station jadi this time pun aku ikut JM guna laluan Jagalchi Station. Keluar dari Jagalchi Station Exit 3 akan nampak Sinhan Bank disebelah kiri. Landmark seterusnya adalah kedai GS25. Depan kedai ada bus stand. Tunggu sajalah bas datang. Tak lama pun..

Sempat beli roti ikan inti kacang merah buat bekal. Sedap makan while masih panas.

Sekejap saja naik bus dah kena turun balik. Dekat rupanya. Kalau tengok laluan melalui Google Maps pun memang dekat. Tak sempat nak berangan. Bila dah nampak signage besar 'Gamcheon Culture Village' boleh stand by nak turun. Kalau tak pasti pun jangan risau. Memang ramai orang akan turun di bus stop Gamcheon Culture Village. Yakin saja dan menapak turun. Hihihi.. Tambang hanya 900WON (RM3.45 approx) sehala. Jangan lupa scan kad T-Money ketika naik dan turun bas. Nanti kena tempik dengan Ahjusshi baru tau. Sambil itu jeling cepat berapa nilai duit yang dipotong untuk rekod perbelanjaan. Jom kita pusing Gamcheon Cultural Village tengok apa yang menarik. Tak ada entrance fee. Jalan sajalah sesuka hati.

Ada sejarah tersendiri kenapa bangunan perumahan di Gamcheon Culture Village adalah unik berbanding bangunan perumahan di kawasan penempatan lain di Korea. I do not want to talk history jadi kalau berminat nak tahu lebih mengenai Gamcheon Culture Village kena buat research sendiri. Menarik. Rumah-rumah yang disusun rapi memang mirip Santorini. Penggunaan warna-warna pastel membuatkan semua rumah di Gamcheon Culture Village sangat comel.



Nak ke Gamcheon Culture Village kena ada stamina yang kuat. Kawasan sekeliling sangat luas dan semuanya kena mendaki tangga yang sangat banyak. Boleh kalau tak manu panjat tangga dan hanya bersiar-siar melalui jalan utama, tapi tak seronoklah. Tak nampak view Gamcheon Culture Village dari atas. Tengok Ahjumma Ahjusshi laju panjat tangga sendiri jadi malu. Siapa tua siapa muda aku pun tak tahulah !! Depa makan ubat apa agaknya tua pun still bertenaga. Aku pula tak tahu berapa kali berhenti nak stabilkan pernafasan. Ayiooo..

Boleh beli peta Gamcheon Culture Village kalau berminat. Boleh penuhkan peta dengan cop-cop yang disediakan di beberapa kawasan sekitar Gamcheon Culture Village. Aku tak berminat. More to aku tak rajin sebenarnya. Memang tak ada cita-cita nak explore satu kampung pun.. Nak jejak kaki saja niatnya.  Pusing mana yang termampu.  Agaknya kalau aku ronda seluruh kawasan mesti balik Malaysia MamiZ tak kenal aku siapa. Ramping !! 

Ada banyak iconic spot yang menarik untuk kita bergambar. Yang mana kami jumpa memang tak lepaskan peluang untuk bergambar. Sangat artistic setiap ceruk ada benda comel. Even benda simple pun jadi cantik. Bagusnya orang-orang yang tinggal di Gamcheon Culture Village jaga kawasan kebersihan dan kecantikan. Geram tengok. Memang selesa meronda. Orang ramai sangat. Memang tengah musim cuti agaknya. Ada certain spots sampai kena que dan tunggu giliran. Kedai-kedai kopi comel pun banyak dibuka. Mini museums dan kedai-kedai souvenirs. Banyak products homemade. Rembatlah sebiji dua buat kenangan. Kalau nak makan street food pun ada. Pandai-pandailah survive buat apa yang patut kalau rasa nak makan.

Beratur hampir 30 minit nak bergambar dengan 'Little Prince' dan musangnya. Tabah JM melayan sudut mana nak ambil gambar. Yang beratur pun redha menunggu. Hihihi..



Sempat ditahan dongsaeng-dongsaeng Koreans yang comel-comel. Nak siapkan project sekolah kena interview tourist menggunakan Bahasa Inggeris. In return kami dapat clay mask dan kuih ubi. Hihihi..

Perkara terpenting adalah wajib untuk panjat tangga untuk ke rooftop observation area. Gagahi jugalah memanjat walaupun termengah-mengah. Worth the effort. Jaga-jaga.. Jangan buat bising sangat. Takut terlalu excited pergi menjerit terpekik pula kat atas tu. Sekeliling ada rumah orang. Amaran pun ditampal nak ingatkan orang ramai. Jadi kita jaga diri baik-baik. Cantik sangat view Gamcheon Culture Village dari atas. Perlu naik yaaa kawan-kawan. No excuse please..




Lama kami melepak di Gamcheon Culture Village sebelum patah balik ke Jagalchi Station.
Naik bus di kawasan yang sama kita turun bas. Nak pergi mana pula ? Heee.. Tunggu.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

98 comments:

  1. Cantik2 pemandangan tempat org kan...ntah bila bleh sampai sini ...alfatihah buat Dedy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. ada rezeki smpai tu kak ^^

      Delete
    2. hmmm bila agaknya nak ke sini

      Delete
  2. Replies
    1. tulaaa.. ingatkan lupa dah jalan kesini..

      Delete
    2. kembalilah ke pangkal jalan.. hehehe

      Delete
    3. hahaha weh ZF buat kemunculan da la..

      Delete
  3. Heeee...
    Ni tempat Running Man pernah pi kan...colorful...cantik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah betul3.. ni yang Running Man tu.. besaq sangat2 tempat ni tak larat pusing..

      Delete
  4. Untunglaaa kena interview.. mesti masuk tv nnti. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. celah mana pulak adaaaa masuk tv ni pakcik..

      Delete
  5. JM berkerut muka nampaknya tu...

    ReplyDelete
  6. cantiknyaa kawasan dya.. agak2 kalau bangunan2 lama yg rapat ceni kat tempat kita ni kalau cat baru boleh dak.. hahahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je Husna.. tempat kita lawa jugak. yang buat tempat ni special sebab dijaga rapi dan kesedaran orang awam di Korea yang memang tip top..

      Delete
    2. orang kita mmg mcm tu.. kurang kesedaran sivic...

      Delete
    3. itula yang bangganya tempat orang.. kesedaran tu tinggi. kalo nak implement kat negara kita effort kena tinggi..

      Delete
    4. betol2.. sebab mentaliti dah diajar macam tu dari kecik.. contoh, budak2 kat skolah suka buang sampah merata2 bukan sebab kat sekolah tak ajar, siap tiap2 kali perhimpunan mingguan cikgu nk kna sebut masa skolah rendah. tpi sbb bila kat rumah, budak2 tgok ibubapa rilex je buang sampah merata, dari tingkap kereta ke tepi jalan, etc..

      ada kawan pernah cerita dia pi jepun kat 1 bandar ni yg dpt ranking bandar paling kotor di jepun, tp dia kata lagi bersih dari KL..!

      Delete
    5. gulp....rating kotor tapi bersih...

      dalam kes buang sampah merata-rata boleh masukkan sekali perokok

      buang putung sesuka hati...

      belum lagi meludah sambil bawa moto...kita pula duk belakang jemmm

      Delete
  7. Cantiknyaaa view :D Warna warni hah bangunan dekat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kretip depa semua ni.. usaha nak tarik perhatian pelancong pergi jalan2..

      Delete
  8. Saya suka rumah uang berwarna-warni tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT pun !! bestnya dalam sebijik.. duduk Busan pindah sana hehehe.. brangan =D

      Delete
  9. Replies
    1. betul.. beli panas2 then makan time sejuk.. pergh !!

      Delete
  10. Pendek kata perjslanan kali ni banyak tangga perlu didaki...uih mengah2...sado habis otot kaki..

    Cantik budak perempuan korea tu. Dpt pulak saguhati. Untung tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe iye Kak Sue.. kat Korea tu semua ceruk nak ada tangga.. memang patutlah orang2 sana sihat. kerja bersenam je hari-hari..

      Delete
  11. atototo..bestnya..nk pi holiday luaq jugk, tpi sangkut ptptn..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom Timm.. pelan2 ptptn tu.. buat mcm kwn2 akak.. janji konsisten bayar insyallah okay tak kena blacklist..

      Delete
    2. kesian Timm.. saya nasib baik biasiswa.. tapi x rasa nk keluar pun.. pusing jalan2 melencong ngan moto je...

      Delete
    3. hehehe xpe Timm pelan2.. janji bayar. yelaaa Phais nak lencong2 je..

      Delete
    4. lencong2 cari cinta, x nk travle jauh2 sngt. takut nnti tersangkut, jenuh ni pi meminang jauh2.. hahaha.. sbb tu dekat2 je.. cewwah.. hahahaha

      Delete
    5. hahaha Phais kasi alasan kemain.. pegi try dlu skali lencong kat negara orang.. lepas tu kita tengok guano.. tak ingat da lencong Malaysia..

      Delete
  12. roti ikan..? malaysia pun ada la.. kita panggil bahulu ikan.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu teeeet !! tapi rasanya tak sama..

      Delete
    2. yer la.. ikan melayu dengan ikan korea manakan sama.. hahaha

      Delete
    3. opcoz laaaa isk Phais ni kena rasa dulu baru tauuu..

      Delete
    4. dah tu, bukan nk bawak balik barang sebiji dua bagi kami rasa.. mana la kami nk tau rasa dia macam mana.. hehehehehehehe

      Delete
    5. hahaha ok kalau nxt time CT bawak balik x kira eh basi tak basi hampaaa rasa jugak tau..

      Delete
  13. roti tuh sodapnyo~!
    aah, ahjusshi & ahjumma sana memang suka jalan/hiking kan
    nice view kat sini walaupun penat berjalan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti tu sedap.. kena panas2 suhu sejuk plak lagilaaa uuumph !! hehe.. depa tua2 tapi energy trbaik betul. kita yang muda ni flat..

      Delete
  14. korea.. oh! korea.. ok i'll be there - for the 2nd time. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. oklah CT pun nak jugaklaaa nanti. one fine day ill be back too..

      Delete
  15. terbayang rasa roti inti kacang merah tu. kalau sini pau kacang merah kesukaan saya. mesti sedap juga roti tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap. kulitnya macam kuih cara tapi keras2 rangup dan dalam ada kacang merah.. tapi CT suka lagi kacang merah Malaysia hehe..

      Delete
    2. kacang merah kita memang best in the world. hihih

      Delete
    3. pau panas2 dengan inti kacang merah.. sedapnya !!!

      Delete
  16. Replies
    1. alhamdulillah.. seronok Kak Yui.. jom kita jalan sama2 =)

      Delete
  17. tak pernah tengok lagi roti ikan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kat Malaysia adalah Kak Ekin.. bahulu tu..

      Delete
  18. entri la yang pergi dengan sis JM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe haha entry kepam baru nak update..

      Delete
  19. Replies
    1. hehee nanti ada rezeki jejak betul2 =)

      Delete
  20. alaaa...awak nak g Jagalchi market nak makan seafood kan..hahahaha..spoiler!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huurm memula rasa mcm tanak approve je komen ni hahaha tapi salah !! spoiler Sally salah !!

      Delete
  21. siti, terjah x lokasi yang RM buat dulu tu? yg diorg kena serang dgn ajumma2 tu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni laaa tempatnya.. kat celah2 rumah tu diorang main. tapi besar sangat tak larat nak pusing hehehe..

      Delete
  22. takpe, pas ni CT gi bawak kak Sal pulak..hehe. harap tabah cam JM gak ye

    ReplyDelete
  23. cry and run tu, cmane rupanya? pening akak dok fikir..ermmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bukan cry nangeh tu ahaha.. kang diorang ingat ada orang putus cinta plak.. jangan jerit and lari2 sebab bawah tu rumah orang..

      Delete
  24. bebudak korea tu alasan je tu.diorang nak bergambar ngan blogger rerupis dari Malaysia sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dua group tau tahan kami.. ni yang first and ada kedua budak lain plak tapi semua gegurl.. nak cuci mata takleh..

      Delete
  25. indah...
    aida x dpt nak komen lebih.
    sebab x pernah gi. and eksaited bc jalan2 org lain.
    sedang penuh kan 'tabung' pelancongan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah nanti tabung penuh tu.. tabung CT kosong skrang ahhaa.. nak bercinta penuhkan balik..

      Delete
  26. cntiknya... kualiti gambar pon cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ZF.. lama eh menghilang =)

      Delete
    2. tak sia-sia beli gopro..haha

      Delete
    3. hehehe walaupun second hand.. gittuuuu =D

      Delete
  27. singgah pagi isnin...
    Ya Allah,seronoknyaaaa.....

    ReplyDelete
  28. colorfullnyaaaa... mcm kenal je si tudung merah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh takan tak kenal.. JM yang famous itu =)

      Delete
  29. Wahh...kena intebiu ye.
    Da tepek ke clay mask kat muke? Hehe...Akk ada pakai clay mask gak ni..tapi rasa muka panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belom.. clay mask tu tak keluar dari sarung lagi dok macam tu je sejak dapat hehe..

      Delete
  30. Akak pun cepat semput kalau bab2 mendaki ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe iols lagi laaa sempot.. stamina memang out hampehlaaa nak panjat memanjat hehe..

      Delete
  31. Nak kirim roti ikan tu, boleh tak..
    kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyiooo kak.. nak bungkus guano tu hehe..

      Delete
  32. tempat wajib...nak pi, nak pi...

    ReplyDelete
  33. Waaa jelesnya..untung Ct dapat jejak.kaki ke sana...akk ni bila laa nak jalan2 sana ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alhamdulillah rezeki kak.. jenuh menabung setahun. nak pergi jalan punya pasal..

      Delete
  34. cantik sangat bumbung warna warni....

    kalau tersusun macam ni boleh tengok kat melaka la kot...rumah yang terjaga di sepanjang sungai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi.. lagi2 tngk waktu matahari tengah naik.. pencahayaan yang baik cewah !! kat Melaka tu area bandaraya yang dekat sungai tu memang tersusun lawa. and dulu pergi ada orang
      lukis2 mural jugak..

      Delete
  35. diorang pakai bumbung apa tu...alang-alang dah nampak bumbung kaler maler

    ReplyDelete
    Replies
    1. bumbung rumah biasa je.. diorang saja cat kasi warna warni nak dijadikan tarikan hehe..

      Delete
  36. lorrr tu roti ikan ke. ingat ikan celup tepung

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha terbayang pulak kalau orang Korea suka makan ikan celop tepong hahaha..

      Delete
  37. Tempat tempat kt sana cantiknye.. Tenang je

    ReplyDelete
  38. Ok, running man byk kali shoot kat sini 😛

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...