Monday, 8 February 2016

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : #2 PREPARATION & TIPS

TIPS DAN PERSEDIAAN KE SOUTH KOREA KETIKA MUSIM SEJUK


JALAN-JALAN KOREA MUSIM SEJUK - TIPS DAN PERSEDIAAN | Aku kongsikan serba sikit. Sebelum aku berangkat pergi, ada macam-macam persoalan bermain dalam kepala. I should thank entries kawan-kawan travelers yang sudah sampai ke Korea. They shared tips dan pengalaman jadi kita boleh cilok macam-macam perkara. Apa yang perlu dan boleh dilakukan dan apa yang seeloknya jangan buat. Aku pun nak share juga.. Berdasarkan pandangan dan pengalaman aku sendiri. Mungkin dapat membantu kawan-kawan lain.

1. DESTINASI PILIHAN - Sedia maklum, banyak tempat menarik dan tarikan di Korea. Lokasi terkenal semestinya Seoul, Busan dan Pulau Jeju. Kita ambil kira juga cara untuk sampai ke destinasi pilihan. Penting untuk kita kenal pasti arah tuju dan berapa lama kita akan berada di sana. Aku dan JM bersepakat untuk bound di Busan terlebih dahulu (tiket penerbangan selalunya lebih murah) sebelum bergerak ke Seoul. Tak cukup budget dan masa untuk ke Pulau Jeju. Terpulang. Ikut selera masing-masing.

2. TIKET PENERBANGAN - Ini isu yang subjective. Bergantung harap pada ketebalan poket masing-masing. Ada yang jenis petik jari boleh terus beli dan sebaliknya. Ada yang berdikit-dikit menabung tanpa orang ramai tahu kesusahan mengikat perut dan macam-macam lagi hanya untuk jenguk dunia. Murah atau mahal tiket penerbangan seseorang aku tak suka judge. Itu persoalaan personal. Kalau murah bagus kalau mahal pun terpulanglah. Duit orang bukan duit kita. Aku pula beli tiket setahun awal. Tak ada duit tapi nak jalan. Berharap dalam setahun boleh simpan duit nak joli. Lepas beli rasa lamanya kena tunggu. Tapi pejam celik haaah !! Esok dah nak terbang.


Bagi aku harga tiket agak berpatutan dan mampu beli. Bergantung juga pada luck masing-masing. Hihihi.. Rekod harga pembelian adalah berlainan mengikut tarikh. Currency agak merudum teruk. Nasib badan pergi jalan ketika ekonomi tak stabil. Nanti pembentangan budget aku kongsikan.

3. TRAVEL PARTNER. Aku admirer people yang berani travel solo. Tabik hormat. Tapi aku tak seberani mereka. Aku nak berteman. Dasar penakut. Hihihi.. Nak pilih travel partner actually macam pilih calon suami. Kena consider macam-macam. Alhamdulillah.. partners travel aku so far memang best. Sporting dan penyayang sangat. Perasaan memang thrill sebab first time jalan dengan orang yang kita tak kenal sangat. Nervous but everything went well. Aku seronok partners aku seronok ke tak aku tak tahulah. Hahaha.. Kali ini aku ke Korea dengan Kakak Rerupis Malaya. JM pujaan ramai. Thank you sudi teman travel hingga ke Korea. 

4. TUKARAN MATA WANG - Perit !! Aku akui perit sebab ekonomi teruk. RM3.87 : 1000WON.. Fuh !! Lap peluh. Hampir mencecah RM4.00. Syukur dipermudahkan semuanya. Cukup makan untuk survive di Korea. Tukarlah duit di Malaysia sebelum berangkat. Jauh lebih murah berbanding tukar di Korea. Aku ada pengalaman tukar duit di Korea, nanti aku kongsikan. Memang sengaja bawa RM lebih. Gatal tak mahu tukar siap-siap. Padan muka. Rasakan. Hahaha.. Kalau di Pulau Pinang, aku suka tukar duit di money changer area Lebuh Chulia / Chulia Street. Berdekatan dengan Little India, Pulau Pinang. Ada banyak money changer disana. Pilih saja dan selalunya memang lebih murah berbanding money changer lain sekitar Pulau Pinang. 

5. PAKAIAN YANG BERSESUAIAN - Ini semua orang tahu. Kita mesti aware musim apa di destinasi pilihan ketika kita ingin kesana. Kami pergi ketika musim sejuk jadi pakaian juga haruslah yang bersesuaian. Baju tebal, winter gear, longjohn dan kasut yang selesa. Tak banyak yang aku beli. Winter coat dan longjohn. Yang lain hanya recycle baju-baju yang sedia ada. Aku beli boots dari Universal Traveller dengan harga yang agak berpatutan (perasaan ketika beli) tapi akhirnya gelak pada diri sendiri bila dah sampai Busan. Hoi !! Harga barang-barangan winter gear di Korea 40x ganda murah berbanding di Malaysia. Menyesal. Lebih baik bawa luggage kosong dan shopping segala keperluan disana. Exaggerate much tapi itulah nak kasi gambaran.

6. MAKANAN - Terpengaruh dengan sogokan icons Korean, aku pun teringin nak makan macam-macam. Dari Malaysia memang dah target nak itu nak ini. Tapi kekangan utama kita as Muslims adalah mencari yang Halal. Syukur.. Agak mudah untuk kami mendapatkan makanan yang Halal. Aku dan JM bawa makanan dari Malaysia ke Korea (agak banyak sebenarnya) dan kami masak sediakan bekalan bila pergi ke kawasan yang susah nak dapat makanan Halal. Korea tak ada halangan makanan yang ingin dibawa masuk. Jadi plan your trip well. Kami makan luar pun banyak juga. Banyak juga option makanan Halal. Yakin atau tidak itu tepuk dada tanya jiwa sendiri. Kalau timbul keraguan jangan makan. Kami tak adalah main redah bedal semua. Tanya juga minta kepastian.

7. ITINERARY PERJALANAN - Kena ada plan dan itinerary. Supaya kita tahu flow dan tak buang masa nak mencari jalan dan sebagainya. Kami ada jumpa beberapa groups dari Malaysia yang main redah saja. Bagus tu. Mencabar. Tapi ended up bertengkar sesama mereka sebab pendapat berlainan. Not saying that bila kita prepare itinerary kita hebat.. Tidak. Tapi sekurang-kurangnya kita jadi sistematik. Tak kisahlah sama ada nak print, tulis tangan atau simpan notes dalam handphone. Janji ada rujukan. Aku memang serahkan pada JM. Dalam aku masih berdolak-dalik nak pergi atau tidak, JM dah sediakan semuanya. Memang aku thankful sangat-sangat pada JM. Aku ingat balik, dua minggu sebelum fly baru aku ada masa nak duduk bertenang dan buat research sikit. Memang JM dah sediakan itinerary tapi aku buat rujukan sendiri juga. Kena tahu info serba sikit tempat yang dituju. Alhamdulillah. Semua yang dirancang berjalan lancar walaupun ada perubahan di saat akhir. Still, aku enjoyed the trip.

8. INTERNET SEPANJANG DI KOREA - Aku memang resah gelisah kalau tak ada Internet connection. I need Internet no matter what. JM jenis tak kisah sangat tapi aku kisah. Hahaha.. So I did my research. Macam-macam yang keluar. Suggestions dan tips dari blog kawan-kawan yang lain. Ramai suggest untuk sewa portable wifi tapi aku rasa sangat complicated. Aku tak ada credit card macam mana nak buat transactions. Renyah betul. Before ke Melbourne aku memang nak gunakan WIYO (portable wifi) tapi tak jadi. This time aku teruskan niat untuk cuba WIYO di Korea and it was superb. Atas Mount Seorak coverage still full. Terbaik. I will share about WIYO dengan terperinci later. Check WIYO portable wifi --HERE.

-------------------------------------------------

Bila diri sendiri dah sampai barulah merasa sendiri pengalaman berada di Korea. Jadi ada beberapa aspek yang aku notice dan ingin aku kongsikan. Sekali lagi aku ingatkan, semuanya adalah dari sudut pandangan dan pengalaman aku. Jadi mungkin berbeza dari orang lain. Aku senaraikan dulu apa yang aku masih ingat, esok lusa kalau terlintas lagi aku update as time goes on.

1. JANGAN LEWAT - Ini adalah antara kejadian makan dalam yang aku ingat sampai sekarang because aku hampir ditinggal keseorangan. Tolonglah jangan lewat walau sesaat. Ikut timing yang ditulis dalam tiket lagi-lagi kalau naik bas. Lagi bagus kalau kita dah stand by di platform berlepas sebelum waktu berlepas. Hampa semua kena faham, drivers kat sana Korean bukan Malaysian. Hahaha.. Kalau lambat memang dia tak pandang kau dan dia teruskan saja walaupun kau dah tercungap-cungap berlari nak naik bas. Waktu yang ditulis dalam tiket adalah waktu bas bergerak meninggalkan station bukan waktu baru nak jerit panggil passengers atau sebagainya. Ingat !! Kita berada di Korea bukan Malaysia.

2. HAFAL SIMPLE KOREAN PHRASES - No doubt. Hampa mesti hebat belaka. Hari-hari zikir KPOP K-DRAMA Running Man. Simple also will do. Aku hentam saja. Janji ada bunyi. Hahaha.. Ahjumma Ahjushhi serious akan kagum eventhough kau hanya sebut 'Kamsahamnida - Thank You'. Depa semua tercengang dah. Bila kita tunjuk kesungguhan nak guna bahasa depa, lagi sakan kita diraikan. Tapi alert. Bahasa Korea ada kasta juga. Kena tambah 'YO kat belakang to show formality dan respect. Alaaa.. Buat research sikit. Takut salah sebut dianggap kita kurang ajar pula. Tak mau macam tu yaaa.. Jangan risau. Serous walaupun cakap ayam itik, boleh faham punya. Kadang fikir balik.. Kelakar sungguh.

3. PASTIKAN KE'HALAL'AN MAKANAN YANG DIJUAL - Memang kita perlu yakin tapi yakin semata-mata tak jalan juga. Selagi mampu kita pastikan dan bertanya, silalah bertanya. Aku yakin, semua yang nak pergi Korea mesti serba sedikit boleh berkomunikasi simple phrases. Haaa.. Gunakanlah skill yang ada walaupun sikit. Tibai sajalah. Aku merata canang 'Naneun Gogi Anmogoyo - I Do Not Eat Beef'. Thanks Kak Bibie. Hahaha.. Asal nak makan memang aku zikir phrase ini. Insyallah respond yang positif  diterima. They will say sama ada dishes ada daging atau tak. Ramai juga peniaga yang mula aware dengan kedatangan pelancong Muslims jadi Halal options disediakan. Syukur tak berdepan situasi yang offensive.

4. SHOPPING WINTER GEAR DI KOREA - Kalau nak pergi musim sejuk, aku suggest korang shopping sajalah winter gear kat sana. Tapi janganlah fly sehelai sepinggang pula bila aku kata semua boleh beli kat sana. Kang kejung tiba-tiba salahkan aku pula. Kalau kita tengok dlam KDRAMA baju pelakon-pelakon semua cantik, haaa !! macam itulah winter coats yang terjual kat sana. Semurah 35000WON boleh dapat sehelai yang cantik. Jahitan kemas, colour trendy memang setanding Topshop. Kau sedia duit saja. Menyesal aku usung baju tebal kemain sana sini. Kalau aku tahu memang aku spare more space nak borong baju-baju cantik kat sana. Huuurm..

5. ORDER MAKANAN BERAGAK-AGAK - Kalau pergi in big group yes tak apa kalau nak order tak ingat dunia. Bila travel berdua agak-agaklah makanan yang hendak ditempah. Portion memang besar dan agak seksa untuk dihabiskan. Mengah jadinya. Duit pun kena asingkan extra untuk makan saja. It was quite costly sebenarnya. Aku memang suka makan jadi memang naturally akan ada allocation untuk makan. Alhamduillah kami memang tibai licin semua hidangan walaupun ada ketika macam-macam kami order. Biasalah. Sampai tempat orang nak rasa macam-macam. 

6. SELALU SAPU MOISTURIZER - Janganlah malas. Walaupun rasa macam diva mengada sangat tapi tolonglah sapu. Dalam cuaca sejuk kulit kita sangat cepat kering. Tapi kesan bukan rasa masa kat sana. Bila dah balik baru rasa. Dalam aku rajin tepek krim pun kulit bersisik dan mengelupas. Isk !! Alhamduillah tak teruk. Suggestion aku, kalau tak suka krim bawalah baby oil atau apa-apa saja. Janji hampa sapu. Girls.. Please.

Ini saja dulu. Terlintas teringat lagi nanti aku tambah. Kapal terbang nak depart dah.
Jumpa di Busan dalam entry seterusnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

111 comments:

  1. teringin jugak nak travel time winter.. tp bila fikir cost nak beli winter cloth rase cam mahal sgt lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli selai je awak.. investment hehe.. lepas tu pergi jalan pakai je yang sama sampai jemu =D

      Delete
    2. teringin jgk nk pergi time winter tu.. tapi.... hihihihihih..

      Delete
    3. best !!! lain dari yang lain..

      Delete
  2. wauu ke korea pulak ke ? seronok nyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik daaa.. ni entry kepam baru nak share =)

      Delete
    2. baca ayat kat atas tu "pejam celik esok dah nak terbang".. ingtkan tce CT nak pi korea pulak..hihihihi

      Delete
    3. Salam Ct
      Wah nak ke koya ke ni
      Syoknya kaknoor belum pernah sampai lagi
      Apalgi time winter mmg best giler tu

      Delete
    4. IY - alangkah indahnyaaa jika begitu hehehe..

      Kak Noor - kak.. ni CT da balik dah ni.. pegi awal tahun ritu hehe..

      Delete
  3. Happy Holiday SYM..jangan lupa ole2 naa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Kak Murni.. ceq balik daa hehe..

      Delete
  4. bab tiket flight, akak pun selalu macam siti..blur nak jawab bila orang tanya, nak plan bajet. benda tu ikut sale, dan luck jugak..so selalu akak abaikan je soalan tu. haha. #bloggerkeji

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kalo tengok harga tiket CT ni mahal kot sebab ada je CT tengok orang dapat lagi murah. tapi time beli memang currency tengah teruk. what to doo..

      Delete
    2. Betul. Part ni akak setuju. Harga tiket, dapat murah ke mahal bergantung pada rezeki masing2. Akak kurang suka bila kita dah beli tiket, ada yang cakap, "Aku beli dulu murah lagi dari ko." "Mahalnya tiket ko! Aku beli paling berbaloi rasanya ;)".

      Dah beli dah,..bukan boleh gi tukar harga ;)

      Delete
    3. stress sebenarnya kalo ada orang cakap gitu.. sebab macam aiyark nyesal plak. tapi pkir balik.. biarla. motif utama nak pegi sana eheh..

      Delete
    4. bab tiket ni jangan fikir banyak...sebab in the end,janji selamat pergi selamat balik. mana ada orang tak nak jimat kan..sour grape tu campak je tepi

      Delete
    5. hehehe kalo tak ada orang cakap gitu insyallah tak sour grape.. sebab kita redha je membeli hehehe..

      Delete
  5. JM buat iti ye..baguslah. Iti dia detail macam iti kita g Melbourne tak?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. iti ooootai weh.. mana boleh nak compare dengan kita *nyorok bawah mejaaa*

      Delete
    2. Nak try pakai iti akak tak? Confirm korang meraung melarat kecewa hahahah
      Ini gurau......ini gurau....jangan amik hati!

      Delete
    3. tapi itinerary akak boleh tahan gempak.. ada unsur2 KL Tower hehe..

      Delete
    4. iti KL tower tu acane..confuse kejap

      Delete
    5. hehehe Kak Farah la senyap dia punya gateaway kat KL Tower.. kamon Kak Sal kena buat instagram baru ngerti ehehe..

      Delete
  6. tu dia, siap girlish tips lagi..kerana dirimu begitu berharga. pelembap tu penting, supaya bila umur dah lebih 30 pun nampak cam student lagi. giteeew

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tips dari orang yang pemalas pakai pelembab dan padan muka kulit jadi kulit ikan hehehe.. timbul kesedaran selepas itu =D

      Delete
    2. Phewittt! Siapa yang kerana dirimu begitu berharga tuh?! Nak kenal bulehhh?

      Delete
    3. boleeeh.. single and available lagik =P

      Delete
  7. Kalau pergi negara orang siqah pun nak kena bawak teman. Tak mampu nak pergi sorang. Gelabah nanti jadinya. Hee. Lagipun berkongsi idea dan pendapat bagus kan. Ada peneman nak ambil gambar juga. Hehe.

    Bestnya pergi korea masa winter. Teringin nak main salji 😊 Menunggu entri pasal korea seterusnya daripada akak 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok berteman.. haha part tolong tangkap gambar tu akak setuju sangat. mekaceh laaa travel partner memang sudi melayan tolong ambil gambar.. niat nak main snow.. tapi haaa tunggu nanti akak cerita hehe..

      Delete
  8. wahhh bestnyaaa gi koreaaa. napa x ajak nadya? hahahhaa. akak pegi ngn kak jm ka? hehe smogaa selamat sampaii. ole2 jgn lupa. (δ้vδ้)

    ##baruu muncul diri kat blogg. bkn main rinduunyaa akak kat kite eh. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaip budak ni nak kena babap ni.. baca ke tak ni diknon ??? orang daaa balik lama dah ahahhaa.. nasib cakap rindu. kureng sket nak taceng hehe..

      Delete
  9. hehehe.. tak pe... dah sampai malaysia, nanti weather malaysia luruhkan sisik tu ye.. hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah rimas betul bila kering tu.. lap muka ngan tuala tudiaaa.. kulit tertanggal sekali. huurm..

      Delete
  10. CT ajar akak simple koren phrases boleh? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe isk kak.. CT pun hentam ja.. orang kata salah berguru boleh terpesong akidah =P

      Delete
    2. kihkih.. tuto pless..ehh :P

      Delete
    3. hahaha hampa nak ke repeat paper exam berguru ngan ceq ? haha..

      Delete
    4. Nak balajar jugak..ajar la Cikgu cT.. :P

      Delete
    5. baiklah !! akan ku cuba tapi nanti yang lagi terer gelak2 kat CT malula hahaha..

      Delete
  11. Koren tuh! Hihihi korean. Nak cakap korea sambil makan ramen pedas berdesup tuh! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koren ?? apakah itu Koren hehe.. ooo ramen tu tak try lagi coz tak suka spicy food.. nantila cuba bila ada keberanian =D

      Delete
    2. tak makan lg ramen tu... sob3x... hahaha.. lari topik.. hihihih

      Delete
    3. ceq pun tak makan lagi.. pedas so hehehe no thanks =D

      Delete
    4. Samyang Ramen tu memang pedas giler.. tapi Cik Mimie suka..hehehe :D

      Delete
    5. kalo suka pedas memang layan.. yang tak suka pedas merana hehe..

      Delete
  12. untung Tce CT merata dunia pi naaa.... :DDDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki.. bukaklah tabung pelan2 simpan =)

      Delete
  13. teringin sesangat nak ke pulau jeju tuhh.. hihihih.. bagus perkongsian Tce ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau Jeju tak sampai lagi.. insyallah one fine day =)

      Delete
  14. Tiket flight memang ikut nasib & timing. Kalau time school hols tuh payah nak dapat murah. Dasat eh tukaran time tuh, after TPPA dia turun ke 3.5 ok sikitlah. Belum pernah lagi plan winter trip nih sebab tak tahan sojuk heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah baca entries lain pegi 2.7 je huwaaa.. memang nasibla pegi time serba serbi tengah mencanak.. winter best.. lain dari yang lain. pengalaman menarik =)

      Delete
  15. saya x minat melancong jalan jauh2. just suka melencong naik moto jalan2 makan angin je.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa tu minat beza2 hehe.. apa2 pun lencong tu hati2 dijalan raya eewah !!

      Delete
  16. best kalo travel dapat partner yg satu kepala ngan kitew

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul2.. syukur so far semua best2 and sempoi.. kena yang ngam baru menarik trip tu. tapi kan.. kalo tak satu kepala pun.. as long as ada respect towards each other insyallah okay =)

      Delete
  17. wahhh! bestnyaaa dah sampai Busan..lalalala~

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleeh orang tu.. dia sampai Jeju tak ajak pun..

      Delete
  18. bestnya dah ke korea, bila la turn cn pulak ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah CN.. rezeki kan tak disangka2.. haaa mana tahu kan..

      Delete
  19. dalam banyak2 point yana tertarik engan travel partner .. hehehe .. teringin gak nak travel sesorang . sbb tak terikat ngan sapa2 tapi , keberanian agak nipis manakala kemaluan agak menebal , jadik tpaksa batalkan hasrat tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe akak memang tidakla travel sorang. biarla berteman at least sorang. bukan spesis tak boleh survive tadak kawan.. ada banyak lagi aspek kita nak fikir..

      Delete
  20. Good sharing.. Btw, awk ditag

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/08/pencarian-bloglist-untuk-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you tag.. tapi balik dalam hutan ni sesekali je dapat jenguk blog huuuur.. maafin daku..

      Delete
  21. tak pernah lg travel time winter..murah jg flight tiket to Busan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi kak.. time to start planning hehe..

      Delete
    2. hehehe jom !! kaki da tergedik2 da ni hehe..

      Delete
  22. Waaah cik siti.. boleh share iti tak? ni email saya ainul_aqma@yahoo.com.

    ada pergi main ski?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh insyallah nanti CT send ya.. tak main ski tapi pegi jugak ski resort..

      Delete
  23. wah siap ada gegirl tips lagi tu. terbaiklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dalam malas2 nak jaga kena jugalah jaga heheh..

      Delete
    2. cukup lengkap tips ni. boleh buat panduan nanti

      Delete
    3. harapnya lah.. tapi banyak membebel jugak ni hehe..

      Delete
  24. bestnya ke korea...akak tumpang baca pun dah rasa seronok..thanks for the tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkongsian buat kawan2.. mana tahu rezeki kawan2 pula pergi ^^

      Delete
  25. Murah jugak tiket tu.. rezeki masing2 kan.. kalau dapat yang murah or mahal.. orang kata ikut kemampuan :)

    ReplyDelete
  26. Kalau ada rezeki Cik Mimie g KOrea nak jejak Busan or Jeju island.. selalu tgk dalam RM je tempat2 tu.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeju Island teringin sangat nak pergi. kena rancang elok2 betoi2.. hehe.. itulah tengok RM mesti rasa isk depa ni buat recording kat mana..

      Delete
  27. Teringin jugak nak g luar negara time winter.. pakai winter cloth, boots, mitten... hahahaha... berangan je la mampu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeh Cik Mimie jangan cakap gitu.. CT ni semua mula dengan angan-angan. dari situ datang usaha nak realisasikan =)

      Delete
  28. girls tips...alang kat malaysia ni pun x pakai lotion bagai.. ni kat tempat org? heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kat Malaysia memang tak pakai weh.. meleleh habis cream.. takan pakai punyalah hahaha..

      Delete
  29. Replies
    1. alamak Uncle.. tadak hebatnya huuuuhuhu..

      Delete
  30. okey suatu hari nanti kalau ad rezeki jejak kaki kat korea kene praktik nih. nice shaing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. bukak tabung dan konsisten menabung =)

      Delete
  31. teringin juga nak pergi masa winter. tapi takut tak tahan sejuk je. masa pergi spring tahun lepas, kat everland hujan pulak tu, itu pun dah menari bagai nak dapatkan haba. tak tahu kalau winter camne gaya. hehe. cuma nak juga merasa walau sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe CT memang dalam bucket list nak pergi time winter. tapi ada kekurangan and kebaikan.. kurangnya kita jalan limited sebab gelap cepat. tapi seronok saja.. memang sejuk kadang tu sampai kejung rasa tapi itulah pengalaman. yes kena rasa juga at least skali =)

      Delete
  32. Mak travel redah! haha..tapi knowledge sesuatu tempat tu memang ada, dan itenary kasar tempat nk lawat ada cuma tak stick to the plan bila dah sampai..Lgpun travel sorg atau berdua je tak pernah lebih..senang dan tak pernah gaduh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tulah dok tengok Mak travel sensorang memang tabik spring toink toink toink tau. CT pun sejenis penakot kalau sendiri itu kena ada teman. tapi ada juga pasang niat untuk cuba pergi seorang diri. tak cuba tak tahu kan hehe..

      Delete
  33. Betul nk pilih travelmate mcm pilih husband..susah nk jumpa yg sesuai. tipnya jika kita dominate pilih yg slow..so ada balance

    ReplyDelete
  34. Siti masak tak kat sana? kalo mkn kt luar setiap masa kat sana memang perit jgk dan costly..selang seli boleh jimat sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak time kami masak.. ada masak spageti.. tapi most of the time memang makan luar hehe..

      Delete
  35. mmg ada niat nk ke korea tp bkn musim sejuk laa...org ada resdung ni kena pegi musim panas hehehe

    thanks 4 sharing ct

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe panas kat sana panas dari Malaysia.. tapi best sebab siang panjang jela.. menarik yang tu.

      Delete
  36. salute kt JM sbb berani travel solo.. kalau nina mmg tak la. ramai2 bru best. slow2 travel korea. ada rezeki pi jeju pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. those yang travel solo memang berani and awesome tapi ceq penakot jugak hehehe.. memang ada rezeki nak pegi Jeju skali..

      Delete
  37. Huhuhu korea bestnya..nak jalan2 gak laa..tgk ct jalan2 cam best je..seronik tgk..takpe laa tak dpt pegi pon dpt tgk gambar ct kat sana pon akk dah happy hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe jom kak jom jalan2.. skrang tabung kosong ni tatau xdak idea nak pegi mana dah duit tadak hehe..

      Delete
  38. Bila baca rasa mcm tak bersedia je nak melancong luar negara nie. Banyak nak kene belajar dan baca pengalaman orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bila sampai masanya mesti akan jadi terer.. CT pun bukan pro. seronok baca kisah pengalaman kawan2 blogger.. rasa nak ikut jejak langkah diorang yang dah travel jauh..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...