Saturday, 24 October 2015

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 7.0 - BYE VICTORIA + STARBUS AUSTRALIA

JALAN-JALAN MELBOURNE - GOODBYE MELBOURNE


Entri sebelumnya di SINI.
20 September 2015

GOODBYE MELBOURNE. ADIEU. Malam sebelumnya gigih kami menyumbat everything dalam luggage. Timbang nak kira berat. Kalau exceed masih sempat untuk top up. Alhamdulillah. Walaupun banyak yang diborong tapi masih within berat yang dibeli. Risau juga kalau berlebihan.

One thing yang aku risau masa plan itinerary adalah cara untuk pulang ke Melbourne Airport untuk balik ke Malaysia. Aku buat research dan ramai yang suggest naik Starbus tapi that day was Sunday dan waktu Starbus beroperasi agak lewat. Flight was at 9.30AM and paling busuk kena ada di airport at least pukul 8.00AM. Jarak dari rumah Cik Tia ke Melbourne Airport lebih kurang 30 minit. Dari Malaysia aku fikirkan cara macam mana sebab memang tak sempat kalau nak catch a bus dari train station ke airport. Tapi Cik Tia dah tolong selesaikan. Mudahnya !!

STARBUS MELBOURNE : DARI MELBOURNE CITY KE MELBOURNE AIRPORT


Perkhidmatan service Starbus ada disediakan dari Melbourne Airport ke Melbourne CBD dan juga sebaliknya. Tapi kena kaji dengan teliti laluan dan jarak dengan tempat penginapan masing-masing. Other than that, ada juga disediakan service dari pick up point tertentu khas untuk ke Melbourne Airport. Service dibawah company yang sama. Kita hanya perlu tunggu dijemput di tempat yang kita nak.

Jadi two days before balik, Cik Tia dah tempahkan untuk aku dan Kak Sal. Hanya perlu buat tempahan melalui website Starbus.Au Airport Shuttle dan ikutlah arahan. Confirm masing-masing akan beli simcard Australia. Kalau tak nak booking online boleh terus call. Senang !!  Habis cerita.

|credit|

HARGA SERVICE STARBUS DARI DAN KE MELBOURNE AIRPORT


Okay !! Kita tengah bincang tentang medium nak bergerak dari dan ke Melbourne Airport. Maknanya bila kita baru sampai dan pergerakan kita untuk pulang. Perkara ni optional dan ikutlah keselesaan masing-masing. Kalau korang memang bercadang untuk naik Starbus (bus) dari Melbourne Airport ke Melbourne CBD terpulanglah. Selain option Starbus (bus), ada juga option Starbus (van shuttle). Ini yang aku nak kongsikan. Yang nak naik bus kena refer pengalaman orang lain sebab aku tak naik Starbus (bus). Jadi aku tak tahu flow yang betul macam mana.

TAPI !!

Yang aku faham setelah aku godek website, harga yang sama boleh apply kalau korang nak naik Starbus (van shuttle) yang terus sampai depan tempat penginapan. Lagi mudah daripada naik Starbus (bus) dan kena naik tram pula. Bayangkan kalau bawa banyak bag. Huhuhu..

In case korang berdepan situasi yang sama macam aku, flight awal pagi dan tak ada public transport yang cepat untuk bawa ke Melbourne Airport jadi inilah dia solution yang terbaik.

|credit|

Rumah Cik Tia terletak di Carlton (Zone 2), jadi harga dari pick up point ke Melbourne Airport adalah sebanyak 20AUD (RM62.80 approx) seorang. Kalau dari awal kita book service Starbus tak kisahlah bus atau van shuttle, kita hanya perlu bayar sebanyak 34AUD (RM106. 76 approx) return. Dah tak perlu risau berebut bus dan ada jaminan terus sampai depan pintu.

WAKTU OPERASI STARBUS (BUS DAN VAN SHUTTLE)

Bolehlah korang rujuk waktu operasi Starbus untuk senang buat jadual perjalanana. Ingat ya.. elok rancang awal supaya nanti tak gelabah. Kena ambil kira juga waktu operasi tram kalau korang bercadang untuk gunakan tram juga, especially hari Sabtu dan Ahad.

|credit|

|credit|

Keluar dari Arrival Hall akan terus nampak signage Starbus (bus) dan kaunter tiket. Tiket boleh beli on the spot. Kalau nak gunakan service Starbus (van shuttle) kena lintas jalan sikit rasanya. Tunggu di tempat pick up passengers Melbourne Airport. Nak kepastian, silalah bertanya. Hihihi..

Mengerti sudah sekarang ? Jangan risau kalau terpaksa gerak awal ke Melbourne Airport. Dah ada jalan penyelesaian. Tapi sekali lagi ditegaskan, semua ini adalah optional dan pilihan keselesaan masing-masing. Tak bererti cara korang salah. Cuma memberi gambaran dan pilihan untuk dipilih.

Bag dah kemas.. Boarding pass dah dapat.. Jomlah kita gerak balik. Tanah air tercinta sedang menanti walaupun ketika itu dilanda ujian jerebu yang teruk. Cerita pun dah tamat. Sekian.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

55 comments:

  1. Replies
    1. thank you Uncle.. lepas ni pergi Melbourne ada yang ambik kat airport =)

      Delete
  2. Dulu PLM naik skybus je sebab duduk kat CBD... tapi kena menapak sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh kalo naik yang van shuttle pun sama harga PLM.. siap terus sampai depan pintu hotel lagi..

      Delete
  3. salam kak siti dah habis dah cerita melbourne

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee dah habis daaaaa yeay =)

      Delete
    2. Lepas ni sambung trip korea pulak :)

      Delete
    3. cite kak Sal ko bila entah nak habis..haha

      Delete
    4. Tak pe lah. Citer Sal nanti kita leh buat utk revision :)

      Delete
    5. hahaha Kak Farrah.. silalah jampi sket Kak Sal suruh dia habiskan cepat2 cerita Melbourne..

      Delete
    6. kak sal nak copy paste je kat sini..nasiblah pembaca blog Sal ye

      Delete
  4. waa.. banyak juga artikle pasal australia ni.. okay2.. bookmark lu blog ni.. mcm ada plan2 maw g sana..

    Blogwalking sini, jom belajar tutorial ni

    Cara Untuk Rendahkan Bounce Rate Blog article...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow bestnyaaa nak pergi Australia.. best best !!

      Delete
  5. mmg leh bg rujukan kpd sesiapa yg nak p sana ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan dapat lah dijadikan panduan =)

      Delete
  6. Akak call cab je dik non... ha ha.. susah payah betul explaination awk ni.

    Call cab je.
    kol 1 pg pun xde masalah.
    apakan lg pkl 7 pg.

    Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. seperti yang CT tulis kat atas.. ikut keselesaan masing-masing =)

      Delete
    2. Ni apsal Cik Manisah Lesing berlagak naik cab ni?! Hihihi

      Delete
    3. ni kan kampung dia..hehe

      Delete
    4. Ohh iyelahhhh. Lupa...lupa... :)

      Delete
    5. hehehe half native Ostrolia ginilah jadinya =P

      Delete
    6. Ha ha berlagak katanya

      Delete
    7. Bukan berlagak. Cara citer mcm xde public transport tu cam scary...
      akceli teringin gak nk naik bas tu sebab ku ingat kan murah...

      1st time sampai dulu cam pening2 gak nk balik g epot camna ...
      bila tgk rate starbas ngan call cab tu sama...

      Maka naik cab aje lah...

      Itu je nk ckp.

      Maaf le kalo rasa i berlagak...

      Tak de sebab pun nak berlagak

      Delete
    8. oooit oooit apa ni chill laaa ahaha..

      it was indeed scary because we had to catch early flight.. tak tulis pun tak ada public transport.. tulisnya beroperasi lambat. itu first time kami juga so kami figured out adalah naik Starbus.. and my intention adalah untuk berkongsi cara. itu saja =)

      Delete
    9. Cik Manisah, jangan sentap hokay...nanti kena jual. Cara CT story tu elok utk first timer. So, boleh plan betul2. Cara Cik Manisah pulak cara orang dah biasa. Sometimes, bila kita on a tight budget, naik cab lagi scaryyyyyy. Haaa jom raya umah akak, naik cab boleh, naik bas sampai,.. :)

      Delete
    10. hehehe jangan gitu everyone no no.. iols cubit kang.. x pun peras mintak duit raya.. akak !! book tarikh raya sama nanti =D

      Delete
    11. Honestly... Walaupun SS tahu nak cari info... Tapi... Explaination camni lebih buat SS lebih faham! Adalah lebih elok... Jika kita memberi mata kail... Dari kita beri orang ikan! Ok x Cik Manisah yg comel itu? He He He...

      Delete
    12. hehe tapi before that make sure ajar mengail.. kasi kail tapi tak ajar tak leh gak. nanti dia mengail menda lain =P

      Delete
  7. Assalamualaikum, adinda. Ni entry last utk trip melbourne eh? Huhuhu banyak akak missed nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe ada few lagi yang related tapi ceritanya dah habis.. tak sabar nak up cerita baru pulak..

      Delete
    2. SS pon terpaksa baca mengundur... Ahakssss!!!

      Delete
    3. alaaah !! berkireeee sangat ni nak kena babap ni !!

      Delete
  8. Replies
    1. Dah rindu tu, abiskanlah citer Melbourne cepat2 :)

      Delete
    2. tulaaa pasai.. lama benar dia peram citer bila nak abes daaa..

      Delete
    3. kamon Kak Sal kamoooon !! ukendoit..

      Delete
    4. SS pon rindu melben... Ehhhhh! Dalam mimpi je laa... X pernah jejak pon... He He He..

      Delete
    5. hehe tak lama lagi jejak la tu =D

      Delete
  9. senang la mcm tu.. xpayah susah2 nk ke airport. lebih kurang mcm shutter bas KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo berkejar2 macam kami elokla service ni.. murah pun ya compared to kalau naik bus sebab tram kena bayar.. bus lagi and penat lagi =D

      Delete
  10. detail nya... memudahkan orang lain nanti.. semoga urusan awak jugak dipermudahkan...

    ReplyDelete
  11. Masa buat itinery... SS sendiri admit... Part airport tu memang x boleh amik ringan!! Kena betul2 dptkan info ketat2 waktu sampai dgn cara nak balik semula ke airport... Kadang stress fikir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. usually cara nak gerak dari airport bila baru sampai akan lebih mudah compared to bila nak balik. time tu yang stress haha.. naya weh kalo silap langkah.. bye bye jadinya..

      Delete
  12. One fine day... One fine day...
    * sambil jeling jay emm... He he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. weh nak ekot !! nak pegi lagi.. hahaha..

      Delete
  13. rs nyer kebanyakan negara (maju) mmg ada sediakan shuttle bus ni... so da tau ni boleh laa terjah Melbourne ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau mahai pun kita xkan berkira sebab service tip top.. kalo mahal tapi mengarut lebih baik xyah..

      Delete
  14. Bestlah sym nie.. detail sharing experience.. sangat membantu pada yang memerlukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. CT pun harap dapat membantu diorang yang mencari2 info..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...