Saturday, 24 October 2015

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 6.1 - SHOPPING SPREE DFO ESSENDON

TEMPAT SHOPPING DI MELBOURNE | CORELLE MURAH DI DFO ESSENDON


Entri sebelumnya di SINI.
19 September 2015

BELI CORELLE MURAH DI MELBOURNE | DFO ESSENDON. Tak sah kalau ke Australia kalau tak memborong Corelle. At least kena rembat sekotak. Memang jiwa mak sangat aku rasa bila nak memilih design Corelle untuk MamiZ. Di Australia, harga Corelle memang jauh lebih murah berbanding yang terjual di Malaysia. Kalau di Melbourne, wajib kita masukkan DFO dalam list tempat shopping yang wajib dituju. DFO menempatkan butik-butik yang menjual barangan branded dengan harga yang lebih murah. Mungkin barangan yang sudah off season dilambakkan di DFO. Who cares ? Murah !! Ada beberapa DFO sekitar Melbourne City, South Wharf, Homebush, Moorabin dan Essendon. TAPI !! Kena make sure DFO yang dituju ada jual Corelle atau tidak. Tak semua DFO di Melbourne ada kedai Corelle. Since memang niat utama nak memborong Corelle, kami terus ke DFO Essendon. Boleh juga kalau nak datang guna public transport tapi kena study lebih sikit. Rujuk SINI. DFO South Wharf adalah yang paling dekat dengan Melbourne City dan boleh access through public transport tapi tak ada kedai Corelle. Balik dari Vic Mart, kami pulang untuk solat. Kemudian terus saja pecut semula ke DFO Essendon.

*Aku ada baca somewhere yang Corelle pun boleh didapati dengan harga murah di BigW jadi kalau korang tak ada masa nak ke DFO Essendon boleh pergi BigW. Cuma harga tidaklah semurah di DFO but still murah dari harga di Malaysia.

Kawasan yang sangat luas. Kena ada tenaga berjalan kalau nak ronda semua outlet. Fuuuh !! Terus kami mula shopping. Memang menggoda sungguh harga yang ditawarkan. Kalau convert to RM memang jauh lebih murah. Terus simpan camera sebab nak focus membazir. Thanks to Kak Sal yang sempat snap few pictures ada juga gambar nak share. Huhuhu..

Among my favourite brands. Sepasang for 39AUD (RM122.46 approx) and dua pasang for just 59AUD (RM185.26 approx). Gila !! Kat Malaysia sepasang dah RM200 plus kalau tengah sale. Haruslah rembat. Heee..


Harga perfumes yang murah yakamat !! Tapi aku bukanlah fan perfumes jadi tak teruja. Elok borong bekalan perfumes setahun dua kalau dah sampai ke Australia. Selain memborong di DFO, boleh juga borong di kedai MyChemist yang bersepah-sepah di sekitar Melbourne City.

Maaf tak ada gambar kedai Corelle sebab tangan penuh pegang barang. Rambang mata nak memilih. Walaupun design sangat limited tapi harga memang murah. Set 16 pieces hanya 42.90AUD (RM134.71 approx) dan selain Corelle ada juga kitchenware lain seperti Pyrex dan Corningware. Patutlah orang boleh hilang daratan seketika. Hahaha.. Dah habis memborong kami pun beransur pulang. Hari dah gelap bila kami keluar dari DFO. Lama sungguh membazir. Dah tu.. Kang tak muat bag nak bawa balik semua barang. Since esoknya dah nak balik, that night all of us had dinner with AK. Makan laksa versi orang Australia katanya. Will share about it later.

HASIL TUAIAN SHOPPING DI MELBOURNE. Since aku pernah dapat email dari one reader bertanyakan harga-harga barangan di Melbourne, jadi aku decided untuk share dengan korang juga. Ini bukan niat menayang. Just to give ideas apa yang berbaloi beli or apa yang boleh kita bawa balik dari Melbourne. Jangan fikir bukan-bukan pula. Positif !!

Baju-baju dari Cotton On dan Esprit. Hanya 10AUD (RM30.14 approx) sehelai. I bought two sneakers from Vans dan ini salah satunya. Two pairs for 59AUD (RM158.26 approx). Perfume dari Elizabeth Arden : Green Tea Lavender 15AUD (RM47.10 approx). Hahaha.. Elizabeth Arden below than RM50 ? Nangeh !!

T-Shirt Melbourne dibeli di Victoria Market hanya 4AUD (RM12.56 approx) sehelai. Harga adalah berbeza mengikut hari. Kalau yang printed in Australia harga sedikit mahal. Kemeja and tie for arwah DediS 39.90AUD (RM125.29 approx). Sad !! DediS tak sempat pakai pun. Allah loves him more. Al-Fatihah. Thermal wear from Kathmandu hanya 16.90AUD (RM53.07 approx) untuk top dan 14.90AUD (RM46.79 approx) untuk bottom. I found them cheap sebab kat Malaysia mahal but AK said, pernah juga dijual dengan harga sekitar 5AUD - 10AUD. Wow !!
Hasil tuaian di Queen Victoria Market. Rujuk SINI untuk tahu kedai souvenir paling murah di Queen Victoria Market. Total damage was 150AUD (RM471 approx) including a 50AUD (RM157 approx) red winter jacket, tshirts and souvenirs. For things yang made in China usually akan lebih murah and yang originally from Australia off course a bit pricey. 

Selalunya memang aku akan borong chocolates. Senang nak kasi family members yang ramai. These chocolates are all from Woolworth. Korang boleh juga beli di BigW, Coles or any other hypermarket yang lain. Range adalah sekitar 1AUD - 10AUD sepeket. Depending on the bargain. Different days ada different offers. Jadi ikut rezeki kitalah. I would recommend Cadbury Caramello Koala and Woolworth's signature Selection chocolates. Dah chocolate bentuk koala memang ideal sangat nak buat souvenirs especially for kids.

Siapa suka TimTam angkat tangan !! Yezza kita geng. I am a die hard fan of TimTam. It is so damn cheap in Australia. Off course sebab pengeluar. Kalau dekat Malaysia especially di Cold Storage or Jaya Grocer, sebungkus will cost us more than RM15. Tapi di Australia hanyalah 3.89AUD (RM12.21 approx) Yes. Masih mahal. Tapi lucky us.. Hari kami memborong ada 50% off untuk semua Arnott's products. Jadi sebungkus hanyalah 1.95AUD (RM6.10 approx). Jadi mari kita menari zapin !! Hahaha.. Hoyeh.
Honeycomb & Caramel by Select (Woolworth) is so good. Kalau korang pencinta caramel memang elok sangat beli. Memborong Snickers and Mars (flavors yang tak available in Malaysia) for only 1AUD (RM3.14 approx). Boleh kasi anak-anak buah seorang sebiji. Settle. Hehehe..


Haaa.. Inilah sedikit sebanyak apa yang aku beli di Melbourne. Ada juga few exclusive fridge magnets yang dibeli di tempat-tempat tertentu seperti Puffing Billy dan Great Ocean Road. Mahal but it is okay sebab dah menandakan yang kita dah sampai. Apa-apa pun.. Berbelanjalah mengikut budget masing-masing. Mana yang dirasakan berbaloi untuk diborong silalah borong. Kalau berkira-kira sangat takut nanti teringat-ingat. Jadi belilah jika ada kemampuan.

Jom kemas dan timbang bag. Hopefully tak terlebih muatan.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

89 comments:

  1. oh my tim tam!
    bestnya dapat makan tim tam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tim tam is the besssst !! nanti nak kirim yaaa bolehlaaa =)

      Delete
    2. SS pon nak kirim... Kirim air liur... He he he

      Delete
  2. WAH BANYAK JUGA YG DIBORONG SITI DI MELBOURNE..OKLAH TU BUAH TGN UTK MRK YG TERSAYANG...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. time nak travel ada juga makcik2 hulur duit.. apa sangat la belanja lebih untuk family kan =)

      Delete
  3. pinggan corelle dah guna belum? hehe..akak kalau orang tanya cara nak g DFO naik public transport tak reti dah nak jawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe belom kak.. sekarang ni kami nomad tak duduk rumah sangat. samalah sebab dah set dalam kepala pergi naik kereta so tak adalah kaji naik public macam mana..

      Delete
    2. X reti nak jawap katanya... Nampak sangat kuat berangan masa dalam perjalanan... Kah kah kah...
      * matikkklah cari pasal dgn cik sal...

      Delete
    3. ahahaha kitorang menonong je ikut GPS.. x kuasa nak study public bila dah ada kete wakakka..

      Delete
  4. teringat drama long john dengan pakwe hensem tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha paaaaakweee arab hensem =D

      Delete
    2. Yg ni cik sal boleh explain... Keh keh keh

      Delete
    3. hahaha kerana sengihan kami dapat longjohn harga diskaun =P

      Delete
  5. kat Australia memang untung shopping barang branded dia..N perfume jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhuurm tapi perfume orang-orang kaya iols x reti pakai ehehe.. so tak nyopping perfumes pun..

      Delete
  6. Banyaknya coklat ..senget kapal torbang..hhehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheeh alhamdulillah selamat mendarat =)

      Delete
    2. Nasib x terhempas... Ha ha ha...
      * komen cari gado...

      Delete
    3. nauzubillah.. semoga semua perjalanan kita dilindungi. ingat.. doa benda yang baik2 saja ya =)

      Delete
  7. banyak juga yang dapat murah kat sana kan...alang-alang tu memang patut beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. mahal sebenarnya dah ada brand tapi murah yakamat kalau compared to ones kat negara kita ni..

      Delete
  8. Replies
    1. itu diaaa.. seorang pemburu perfume telah dikenal pasti =P

      Delete
    2. Perfume hanya utk yg busuk jek... Keh keh keh

      Delete
    3. i tak cakap tau you.. i tak cakaaaap tau hehe..

      Delete
  9. Replies
    1. ni semua tahun lepas lagi dah habis la awok =P

      Delete
  10. Replies
    1. sesekali kak.. bila tabung penuh.. hihi..

      Delete
  11. byk nyer cekelatttt dah mcm pegi HIG ala2 aussie laa plak ya heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha agakla.. macam ada HIG bukak sbijik kat sana =P

      Delete
  12. Boleh dijadikan sebagai panduan untuk orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Uncle.. panduan untuk diri sendiri juga kalo pergi sana lagi =P

      Delete
    2. ooih.. dah jalan xde keje nak semak2 blog orang weh..

      Delete
  13. takleh tahan betullah dgn harga kasut vans tu! T__T t-shirt cotton on tu pun cantik murah gilaaaa. aaaaaa nak jugak barang branded murah, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. bila tengok vans offer gitu memang teruslah rambang mata..
      berbaloi la beli walaupun mahal tapi masih murah compared kat Malaysia..

      Delete
  14. Hmmmm.... ni style org "tak de duhet" #katanya...

    Hmmmmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dah jalan kenalah ada duit nak membazir !! kalo
      pegi bawak badan je xleh jugak kan..

      Delete
    2. Dia x de duhet kecik... He he he...

      Delete
    3. bhahaha money changer kasi semua besaq2 yoou..

      Delete
  15. Replies
    1. hehehe kami masuk tengok Corelle je yang lain tak cek..

      Delete
  16. Ko x fan cheese n honey ke?

    For those fan of dis 2 item WAJIB arh beli...
    murah noks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka je tapi lagi fan chocolates =D

      Delete
    2. I suka tiga-tiga....ehh termenyampuk kat sini!

      Delete
    3. cheese and chocs.. how to say no ?? nooo way ahaks..

      Delete
  17. Replies
    1. ehehe sesekali je PLM.. travel bukan selalu =)

      Delete
  18. Sitiiii! Selamat berpuasa :D

    Jeles dgn timtam tu *_* dh lama sgt akak x mkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oookay maybe kena berenti balik kampung kejap.. hala ke Ozi pulak kak..

      Delete
  19. Entry ni membawa saya berangan-angan ke Australia..Seronok tgk hasil Siti memborong. Next year saya plan ke Perth tapi bila Siti cerita ttg Melbourne rasa nak ke Melbourne pula.. hehehe :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tunggu CT cerita pasal Perth pula nanti compare mana lagi best.. CT rasa dedua best tapi Perth tak boleh kalau nak pergi sekejap.. kena lama sikit baru puas. Melbourne pun best senang semua best !! hehe..

      Delete
  20. wow corelle 16pcs rm135 jer..mau nangis..beli kat langkawi pon 400+..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah yakamat kan ? tapi kalo borong hazab jugak nak usung bawa balik.. yang kat Langkawi tu macam pernah baca tak ori.. tapi tataula..

      Delete
  21. syoknyaa raya ni beraya dengan koleksi corelle baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mak mak leee seronok.. iols tak mengerti la pinggan mangkuk ni =P

      Delete
  22. Bukan main lagi CT memborong haa,... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sekali sekala jeee kak.. bukan selalu pegi tempat orang =D

      Delete
  23. Tim tam!! Paling suka yg salted caramel. Red velvet belum pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe all time fav.. kat Malaysia punyalah mahai kemain.. Red Velvet tu beli tapi terkasi kat kawan tanpa kusedari.. ended up tak rasa pun hahaha..

      Delete
  24. semuanyaaa lawaaa souvenir kt sana.. corell murah gila dr sini. memang jenuh angkut la kalau shopping sna

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jenuh tapi kan.. ramai je yang gigih memborong. lagipun tak berat sangat. kalo 2/3 kotak tu pegang masuk cabin pun okay..

      Delete
  25. coklat sedapny2 ada lagi tak terliur tengok berair mulut dah ni hahahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe habis lama dah kak ooi.. citer pun hampir setahun dah hehe..

      Delete
    2. hehehehehe... saja jer...

      Delete
  26. huiyooooo !!! banyak gilos borong... kite jeles *larikdoktepisudut*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe untuk families awak.. anak2 ramai elok kasi cekelat =D

      Delete
  27. Kasut pink tu yg x menahannn! He he he

    ReplyDelete
  28. Dedis x sempat pakai... May be jadi rezeki kat bakal menantu... He he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyoooo tahun bilaaa la tu dapat menantu =p

      Delete
  29. SS paling suka souvenir dari ausie ni... Tahan lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuish.. ketahanan dari segi apa tu..

      Delete
  30. Fridge magnet cik sal munge bagi SS lekat kat whiteboard... Hari2 tengok... Hari2 ingat Cik Sal... He he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooh Kak Sal dah kasi souvenir eh ? laju gila haha CT dok ada lagi peram souvenirs Melbourne. xdan la nak pack-pack.. hehe..

      Delete
  31. corelle, pyrex, corningware..huhu..I love..nampaknya masa balik kena beli extra luggage kalau gi Melbourne nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena standby nak topap luggage hehe.. topap jela siap2. kalo naik big airways lain cer la kan dah awal2 30KG da hehe..

      Delete
  32. corelle & corningware memang kegilaan aida, siti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kat sana semua murah2.. lagilaaaa jadi gila =D

      Delete
  33. Banyaknya baramg dibeli! :D

    ReplyDelete
  34. salam... saya nak tanya cemana you packing bawak balik set corelle tu? balut kotak dengan bubble wrap? checkin luggage or handcarry? maaf ye banyak soalan.... tapi saya mmg enjoy baca catatan siti sbgai rujukan saya insyAllah nak ke MEL Apr nnt. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca entry2 CT.. first of all CT beli sekotak aja jadi bawak naik flight. berat skotak 16 pieces around 4.8kg. kaca2 pyrex and corningwear (mind my spelling) tu berat. itu memang kena balut elok2 selit celah baju and surat khabar. kalo beli 2 kotak check in skali xpe insyallah sbb ada kawan hari tu beli 2 kotak dia balut biasa je label fragile and check in..

      anything else boleh email CT ya sitiyangmenaip@gmail.com =)
      selamat melancong..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...