Tuesday, 20 October 2015

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 5.2 - STATE LIBRARY OF VICTORIA

JALAN-JALAN MELBOURNE | STATE LIBRARY OF VICTORIA


Entri sebelumnya di SINI.
18 September 2015

JALAN-JALAN MELBOURNE | STATE LIBRARY OF VICTORIA. Dalam banyak-banyak tempat menarik di Melbourne, antara yang aku tergedik-gedik nak terjah adalah State Library of Victoria. Itu pun sebab Running Man pernah shooting kat situ. Kalau tak memang tak menjenguk juga. Muka aku bukan muka masuk library. Hahaha.. Sempat juga kami memborong churros di Chocolateria San Churro yang terkenal di Melbourne. That was my first time makan churros. Not bad dan addicting. Sebab tu orang suka sangat churros agaknya. 

Dah jom kita mulakan sesi menjadi sebahagian daripada locals dan makan bekalan kebab di hadapan State Library of Victoria. Carilah port untuk duduk dan makan. Mari cuci mata !!

Entrance ke State Library of Victoria. Atas rumput ceruk mana sekalipun akan ada orang melepak. Usually they will eat their lunch. Itulah yang kami cuba buat. Hihihi..

Persembahan tepi jalan adalah normal di sepanjang kaki lima Melbourne. Bonus untuk kita sebab mereka semua handsome. Memang best cuci mata melepak sambil layan lagu.

Nampak tak minah kat belakang tu tengah makan ? Haaa.. Kat depan State Library of Victoria memang selalu jadi port orang melepak dan makan lunch especially.

Maka izinkan kakak untuk poyo sebagai local juga. Kakak dah tapau lunch jadi kasi chance kakak makan..

Ini adalah lamb kebab arab di Swanston Street yang berharga 11AUD (RM34.43 approx). Nak makan nak rasa beli jangan depan kedai korang congak kira nilai kalau tukar ke duit kita. Kempunan sampai sudah.

Pakcik ni amazing betul. Dia approach kami sebab nak suruh aku ambil gambar guna Gopro. Tapi dia pandang mana tu..
Bagus kan ? Idea macam ni patut kita cilok dan apply di Malaysia. Tapi huurm.. tak pasti lama mana bertahan. Hihihi..

 LA TROBE READING ROOM


Niat utama ke State Library of Victoria hanyalah untuk menjenguk ke La Trobe Reading Room yang terkenal dengan seni bina dan susunan unik. Aku menonong masuk tapi mana tempatnya pun tak pasti. Akhirnya aku pergi tanya direction. Nama pun reading room jadi memang tempat untuk orang study dan buat kerja dan sebagainya yang berilmiah. Jangan harap nak nampak orang melepak dalam La Trobe Reading Room. Kami cari spot yang tak ramai orang dan poyo berangan tengah membaca.

Shhh.. Jangan buat bising.

Ramai tu orang yang tengah khusyuk study. Yang tudung biru tu paling rajin..

Nak tengok layout La Trobe Reading Room kena naik tingkat atas. Ada corner untuk observation. Jangan risau. Yang tengah khusyuk study tu semua tak akan marah pun kita ambil gambar. Jangan buat bising saja.

Tak lama pun kami dalam State Library of Victoria. Memang sekadar nak touch and go saja. Nak berkejar balik rumah Cik Tia. Jom !!

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

66 comments:

  1. mak aihh harga dia T_T . btw cantik semua gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe jangan convert Mommy ehe.. sedap tau. kalau dapat memang nak makan lagi dan lagi dan lagi..

      Delete
  2. gitaris tu kacak lah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacak.. tapi dia nyanyi lagu sedih sebab dia tengah sedih T.T

      Delete
  3. Patut nak pergi sgt library ni..memang ohsem sgt nmpknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang. kretip diorang bina library lawa macam ni..

      Delete
  4. Burung pun tumpang melepak makan sekali ye kt library luar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheee betoi2.. dok tunggu je kalau ada yang nak kongsi makanan ngan diorang. CT baling bawang je =P

      Delete
    2. burung yang mana mak? He He He

      Delete
    3. awat rasa macam loqlaq sangat soalan SS ni..

      Delete
  5. wah seronoknya!! kalau kat tempat sy ada tempat mcm ni jugak mmg tak pergi ke mana dah. hiks! btw uncle tu kelakar lah hahaha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe uncle tu memang lawak.. dia amaze muka dia keluar kat screen fon ehe.. kalau akak pun !! hari hari pegi library.

      Delete
  6. Banyak juga burung merpati dikawasan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle.. bukan burung merpati. burung tu yang paruh dia runcing lagi and macam extra garang je. keje nak cakau2 je ngan kawan2 dia..

      Delete
  7. tulah, tau pasal library ni pun lps tengok runningman. besaq gila dia punya library tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe saja2 tak pi haih library. i is pemalas youuu =P

      Delete
    2. no wonder Siti beria nak pergi..tapi memang cantik pun

      Delete
    3. akak.. opcoz sebab Running Man.. i is muka no no library you know..

      Delete
  8. Kita pun tahu library ni daripada Running Man. hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe yeee semua sebab Running Man =P

      Delete
  9. kalo Perpustakaan Negara mcm ni kan best...baru ada motivasi nk pegi library awam..hehe..

    *membership pun dh expired..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe betul tu.. lagi2 part busking tu. lagilaaaa hari2 CT pegi..

      Delete
  10. Sempat mengebab kamu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee opcoz lah PLM.. sedap kot kebab kat sana =)

      Delete
  11. mak oii mahalnya kalau tukar ke duit kita..T_T hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang.. tapi share berdua and big portion. lebih kurang makan burger kat Chillis je sebenarnya hehe..

      Delete
  12. feeling student kat sana sangat.patut amik buku baca, baru nampak cam local..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha tanak citer ke kita ambil buku apa ?? kah kah kah..

      Delete
  13. Replies
    1. masuk perut dulu gambar apanya hewhew.. ada amek tapi tak cantik =P

      Delete
  14. Kalu pengamen gitu punya ensem.. sambung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe meowww meooowwww gamaknya =D

      Delete
  15. Orang selalu silap tentang gopro... Masa amik gambar.. Orang pandang handphone... Bukan gopro...
    * Jeling Jay Emm... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aaaaik Akak JM ?? apa jadi ? dah ajar da ritu ahaha..

      Delete
    2. Ajar apa? Pandang gopro? Kah kah kah

      Delete
    3. haaaa la.. tapi ok je lepas tu =D

      Delete
  16. best kann melbourne., ammvoii ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestlaaa Wak.. nak pegi lagi huwaaa..

      Delete
  17. aah, dlm running man ada..dlm cite national treasure bukn da jugk ke? hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe citer tu akak tak tengok diknon.. jadi ceq tatau =P

      Delete
  18. Cute la pakcik tu..hahaha...awat dia pandang bawah...:)Sedap pulak nampak kebab tu... gemok penoh isi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kan.. dia yang beriya approach nak bergambar tapi dia pandang bawah pulak.. dia amaze sbb muka dia keluar kat phone kot..

      Delete
  19. bab makan dan shopping sila jangan convert. nanti sampai sudah tak beli apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. jangan convert kalau tak memang tak makanlah dan membelila kita..

      Delete
  20. bestnya dapat tengok negara orang! eyja ni, mesia pun tak habis jelajah lagi. hehe :D takpe, ada rezeki ada, ye dak? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT pun x habis jelajah Malaysia lagi.. tapi biasalah. tempat orang gak kadang kita rasa gempak..

      Delete
  21. Sedap plak nengok lamb kebab tu. Mahal belakang kira yg penting perut kenyang ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe betul tu.. harga belakang kira. kita jaga tekak dulu =P

      Delete
  22. Ahaaa setuju kalau ke luar negara bab makan jangan lah nak convert2 dengan duit kita. Abam gitar hensem, kah kah ! Suka lah tengok library diorang. Unik susunan macam tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh abam tu hensem tapi dia asyik nyanyi lagu sedey2.. dia tengah depress kot.. chian dia..

      Delete
  23. Kecur air liur tengok siti makan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee jangan kak.. posa ni =P

      Delete
    2. aishhh masuk sini terliur lagi aduh la

      Delete
    3. hahah ok skarang boleh makan da.. haha..

      Delete
  24. hahahaa. caption handsome tu xley belah la kak CT :P

    churros memang sedap. tapi so far rasa yang dekat malaysia je la. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bagi akak churros biasa2 je.. baik makan cokodok haha.. harusla Amy.. kita niat sampingan melepak tu nak cuci mata =D

      Delete
  25. yg tudung biru tu tgh baca majalah mangga ke? hahahahahahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dia posing tu tunggu orang amek gambar.. buku2 section ni semua buku2 sejarah. yoooo yo o je nak baca betoi2..

      Delete
  26. Replies
    1. ehehe sebab mahal.. kita kongsi dualah baru mampu..

      Delete
  27. harga kalau mahal tp sdap berbaloi makan.. tp gmbar nmpk sedap. kalau sini jgn harap nk lepak kt rumput. xpasal dpt hadiah. kak sal baca apa la tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha kat sini melepak atas rumput was was weh.. mesti rasa tak yakin memanjang. golek2 tatau apa melekat kat kita..

      Delete
  28. Teringat kisah ke sini.. saya pergi sampai 2 kali.. yg 1st visit tu.. tingkat atas dah tutup sbb masa tu dah pukul 6 pm.. 2 hari kemudian saya dtg lagi gara2 nak naik n tgk la trobe reading room dr atas..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...