SITI.YANG.MENAIP: BERKELAH DI AIR TERJUN LUBUK TIMAH SIMPANG PULAI

BERKELAH DI AIR TERJUN LUBUK TIMAH SIMPANG PULAI

/
68 Comments
April 14, 2016
BERKELAH DI LUBUK TIMAH SIMPANG PULAI | Ada banyak tempat berkelah menarik yang terkenal sekitar negeri Perak dan salah satunya adalah Air Terjun Lubuk Timah yang terletak di Simpang Pulai. Air Terjun Lubuk Timah sebenarnya dah lama wujud tapi sejak kebelakangan ini saja baru terkenal. Aku baru tahu ada tempat nama Lubuk Timah itupun sebab ternampak signage ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands. Buat research sikit dan akhirnya tertarik untuk meninjau kawasan. Alang-alang ajak kawan berkelah sekali aktiviti hujung minggu. Senang sangat nak cari jalan ke Lubuk Timah. Jalan yang sama menghala ke Cameron Highlands menggunakan laluan Simpang Pulai. Lepas saja kilang kuari terus masuk simpang ke kiri. Kena bayar sikit untuk masuk ke kawasan Lubuk Timah. Tak adalah mahal sangat hanya RM5 sekepala, Berbaloi dengan semua kemudahan-kemudahan yang disediakan. Kami pergi waktu Malaysia mengalami suhu panas melampau. Air terjun pun kering. Syukur masih ada air yang mengalir. Dapat juga berendam. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan adalah parking area yang luas, pondok yang boleh disewa dengan hanya RM10.00, surau, kolam air panas dan tempat salin baju. 

LOKASI LUBUK TIMAH, SIMPANG PULAI



Kawasan air terjun / waterfall. Sepatutnya ada air yang membuak-buak dari kawasan empangan. Panas sangat sampai air pun kering. 

Kawasan pilihan kami untuk berkelah. Datanglah awal sebelum orang makin ramai. Boleh pilih territory area yang berkenan.

Menu yang kami tapau dari rumah. Ain rajin tolong masakkan Maggi Goreng, Aku just sediakan bahan untuk sandwich telur agar-agar dan air mangga. 


Kadar sewa pondok hanyalah RM10.00 seunit. Besar dan selesa. Dekat dengan kawasan air terjun juga. Senang nak pantau barang-barang.


Memang seronok berkelah di Lubuk Timah. Recommended untuk semua lapisan masyarakat. Lama kami berendam tak sedar masa berjalan. Dari orang tak ramai sehinggalah kawasan penuh dengan manusia. Elok datang awal pagi kalau korang jenis tak suka keadaan sesak. Nak pilih pondok pun tak perlu berebut. Menjelang tengah hari memang merenyut. Bila manusia dah makin ramai kami pun beransur pulang. Bilik salin baju agak jauh dari tempat kami sewa pondok. Banyak kemudahan-kemudahan yang disediakan. Ada surau, tandas, aktiviti menunggang kuda, kolam air panas, cafe dan macam-macam lagi. Ada juga penginapan kalau minat nak bermalam. Tak pasti pula tentang harga. Tak pergi survey. Puas hati juga beriadah hujung minggu di Air Terjun Lubuk Timah. Bolehlah korang pula merancang untuk bawa keluarga pula. Selamat berkelah.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

68 comments:

  1. wah kalau pergi masa tak kemarau mesti ayor banyak..berbayar pon takpe sebab ada pondok2 utk berkelah..yang penting ayor sejuk boleh berendam sejukkan badan kemarau2 ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaaa kita pi nak hilangkan panas terlupa dok kemarau. mujur tak kering kontang. kemas tempat ni. memang terjaga..

      Delete
  2. Wah seronoknya. Lama dah tak pi air terjun takut kes kencing tikus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pikir jugak.. tapi alhamdulillah okay =D

      Delete
  3. Seronok berkelah di tepi sungai ni Siti..
    Boleh bertambah makan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang berselera. dah penat berendam keje nak makan la kan..

      Delete
  4. Wah.. Ada tempat mandi best.. TQ share sym.. nanti leh ajak family gi sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa rasanya cem dekat jugak ngan akak kan ? hehe pegila picnic sini =)

      Delete
  5. Seronoknya berkelah..

    ANyway, alfatihah untuk arwah ayah awak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. seroooonok berkubang hilangkan panas =D

      Delete
  6. Seronoknya...dah lama x berkelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sesekali memang syioook berkelah ramai2..

      Delete
  7. WAH SERONOKNYA BERKELAH SITI TEMPAT PUN CANTIK...SALAM IDILFITRI SITI MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. tempat memang cantik =)

      Delete
  8. Lubuk Joyah ada? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adaaaa !! untuk SS semuaaa ada =P

      Delete
  9. Ssuai sangat picnic tepi sungai time panas,syok kan berendam..salam syawal,selamat hari raya Siti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri ehe.. panas2 memang best berkubang.. tak sedar da sampai pukul berapa dok mandi lagi hehe..

      Delete
  10. ingat pondok macam bath house kat Melboure..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaamboi Kak Sal.. kenot move on lagi eh ? hihihi..

      Delete
    2. Kihkihkih statement Sal klako. Memang angin ostralia masih kuat melekat :)

      Delete
    3. heehe gitu haa sekali penangan Melbourne =D

      Delete
  11. nanti nak bawak family mai sana lah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe sila sila.. menarik tempatnya =)

      Delete
  12. Lama tak berkelah macam ni bawa bekal bagai.. Segamat takde tempat nak santai2 macam ni.. sendu hati ni..hukhukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mimie.. maila lajak ke Bangi tu.. ada Sungai Gabai.. Sungai Tekala.. Congkak.. hello2 k.. bleh kita konvoi =D

      Delete
    2. InsyaAllah Siti..hehehe, kalau ada rezeki ke sana.. kita konvoi ye :)

      Delete
    3. hehehe.. insyallah janji roger awal2..

      Delete
  13. Maggi goreng tu nampak sedap je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bukan CT yang masak wakakaka..

      Delete
    2. Hahahaha.. tahu2 baca dalam entry..Siti buat air n sandwich telur je..heheh :)

      Delete
    3. hahaha itu time rajin la jugak.. malas memang tau makan ja =P

      Delete
  14. Kena bayar skit pun xpa..janji selesa kan...akk pling xsuka kalau nak pergi beriadah mcm ni tgk2 toilet jijiks...penuh ngn sampah bagai..at least bila kena bayor ni tak ramai org sgt..pastu ada yg mnjaga kebersihan tempt2 gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. toilet okay.. basah2 lantai tu normal kot sebab kita pun masuk basah2 kan hehe.. biar bebayar betoi. baru rasa bertanggungjawab..

      Delete
  15. sikitnya air.. sekarang mesti dah banyakkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe baru lepas ujan ni.. mesti banyak =D

      Delete
  16. ohh ! btw, kite tak perasan lah signage tempat ni.. ke tdow ke ntah.. haihhh

    ReplyDelete
  17. bestnya mandi hotspring. saya selalu celup2 kaki je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotspring dia kolam kecik je.. tepi air terjun ni.. kalo hotspring berendam hari panas terik ni salai badan daaa diknon hehe..

      Delete
  18. Menarik ja nampak.....kalau air jernih dan sejuk...tempat bersih memang perghhh bestnya...tapi itulah mentaliti orang Malaysia...pandai berkelah tapi tak pandai hargai....harap tempat ni tetap bersih selamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang. mentaliti gitu la buat tempat2 lawa jadi buruk.. tapi ni kena bayar nak masuk nak duduk so mohon ada kesedaran sket. mandi berkelah nak.. jaga kebersihan tanak.. eeeh !! emo plak =P

      Delete
  19. panas2 memang best berendam

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu rasa tanak keluar hehe.. nak berendam je..

      Delete
  20. Dah lama tak berkelah dekat tempat-tempat macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu Farah main berkelah kat Canada jeee hehe..

      Delete
  21. Syoknyaaa berkelah. Dah lama tak spend time rilex2 camni. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bolehla mula plan.. ajak families or friends..

      Delete
  22. Lamanya tak g mandi sungai dan picnic ni. Rasa mcm best je. Tempat baaru yg diterokai. Tq siti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bolehla arrange pegi dengan families and friends..

      Delete
  23. mesti sejuk berendam tu . tapi selalunya baju cepat kering kan ...

    ReplyDelete
  24. bestnya..
    dh lma sgt x piknik camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. okeeey.. sila plan next picnic hehe..

      Delete
  25. dekat betul pondok dgn kolam tempat berendam..tp akak segan nk berendam/mandi di khalayak ramai...huhu..kang baju melekat2 kt body...

    selalu rendam2 kaki, main2 air je ala dayang2 istana..bhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dekat je.. pegi awal2 kak.. kitorang smpai ni pukul 9am.. orang xde.. tengah hari baru orang mula datang. so bolehla akak berendam..

      Delete
  26. Macam best je~ tapi jauh lah pulak. Kena plan jugak ke sini one day . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh nanti kalo kebetulan ada kat area ni singgah la =D

      Delete
  27. Tak tau pun ada tempat tu. Lubuk Timah.
    Kalau nak berkelah, selalu pi Ulu Kenas je. Boleh la cuba lain kali. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulu Kenas da berbelas tahun tak singgah. bolehla pergi Lubuk Timah pula tukar selera heheh..

      Delete
  28. wah. macam besr, macam nak pegi jeee \(^^)/

    ReplyDelete
    Replies
    1. best Neddy.. pegila and make sure sampai awal dan bukan musim kemarau hehe..

      Delete
  29. nampak macam best jah tempat ini

    ReplyDelete
  30. zaman study kt ipoh.. tiap2 minggu ke sini tp time tu org tak ramai. mandi heaven la. skrg msti ramai org dh tau tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe wow tiap2 minggu hehe.. betoi heaven rasa sebab kawasan dia kemas bersih and luas.. best =)

      Delete
  31. Xprnh tau pun tmpt ni, pandai siti amik bahagian yg mudah2 je,klu cikna pun buat mende yg sama gak,huhuu...;-)

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.