Saturday, 28 November 2015

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 2.0 - PHILLIP ISLAND + MARU KOALA & ANIMAL PARK

PHILLIP ISLAND : MARU KOALA & ANIMAL PARK


Entri sebelumnya di SINI.
15 September 2015

Kisah AK belum berakhir. Sampai saja di Melbourne, aku terus Whatsapp AK tapi sepi.. sepi dan sepi. Sejam dua jam dan tiga jam berikutnya masih tiada jawapan. Aik.. Berbulan-bulan budak ni tak pernah pula dia tak reply Whatsapp aku, kenapa tiba-tiba pula senyap ? Kak Sal suruh sabar dulu jangan gelabah. Iyalah.. AK sibuk agaknya. Tapi !! Bila dah lewat petang masih tiada jawapan aku dah makin tak senang duduk. Mana budak ni.. Nak nangis dibuatnya. Janganlah buli aku macam ni. Aku dah sampai Melbourne tapi AK plak menyepi. Where are you AK ?? Hahaha.. Aku jejak Cik Guins pun susah hati. Tak boleh jadi. Aku terus call tapi bukan AK yang angkat. Tanya mana AK.. Aku perlukan kepastian daripada terus dibelenggu keresahan.

"Saya bukan AK kak.. AK ada exam hari ni.. Dia tinggal phone kat rumah.. bla bla bla.."

Budak bertuah !! Kakak hang ni dah nak meraung bersaksikan St. Kilda hang tau dak ? Lega sikit sebab dah tahu mana AK menghilang. Adeh.. Tak jadi menangis.

Marilah aku berterus-terang. Aku nak sewa kereta tapi MamiZ tak kasi. Aduhai.. Bila dah tak boleh sewa kereta aku tak boleh gerak jauh. Ada beberapa tempat yang nak dituju memerlukan transport selain tram dan bus. Aku terpaksa fikirkan alternatif. Maka.. Instagram telah menemukan aku dan AK yang merupakan one of Malaysian students yang menuntut di Melbourne. Beberapa insiden terjadi before aku kenal AK. Gitu.. Jadi few months before aku ke Melbourne aku dah contact AK dan deal beberapa perkara. Jadi.. AK adalah scandal tour guide aku dan Kak Sal untuk dua hari seterusnya di Melbourne. Haruslah gelabah bila AK menghilangkan diri. Dramatic sungguh. Hihihi.. 

ROUTE TO PHILLIP ISLAND : WAJIB TERJAH KALAU KORANG KE MELBOURNE


Phillip Island dah jatuh hukum tempat wajib terjah bagi semua orang yang travel ke Melbourne. Memang tak lengkap kalau tak datang tinggal tapak kaki di Phillip Island. Aku tak mahu cerita sejarah Phillip Island. Kalau berminat boleh search sendiri. Kalau datang melancong dengan jadual perjalanan yang terhad, aku nasihatkan sekurang-kurangnya satu hari suntuk diperuntukkan untuk jalan-jalan di Phillip Island. Memang tak cukup tapi better dari tak pusing langsung. Kalau travel santai tak terkejar-kejar, boleh bermalam di Phillip Island. Banyak tempat menarik yang boleh kita singgah di Phillip Island. Kalau malas nak drive sendiri, beli saja package. Aku ada sehari saja untuk spend di Phillip Island. Aku pilih tempat yang berkenan di hati dan kena dengan selera saja.

Aku sediakan itinerary dari awal supaya tak adalah dah sampai baru terkial-kial nak plan. Itinerary aku terlalu ambitious sebenarnya sebab aku sangat tamak nak cover sebanyak mungkin tempat yang boleh dalam masa sehari. Tempat wajib visit dan tempat-tempat sampingan yang aku jadikan back up plan sekiranya ada masa terluang. 


Ini adalah plan route kami ke Phillip Island :

Keppel Street - Maru Koala & Animal Park - The Big Wave - Phillip Island Chocolate Factory - Cape Woolamai - Churchill Island Heritage Farm - A Maze 'N Things - Phillip Island Grand Prix Circuit - Pyramid Rock - Kitty Miller Bay - Nobbies Centre - Cowes Jetty - Keppel Street.

Banyak tempat yang berada dalam perancangan tapi tak semua berjaya dijejaki. Faktor masa dan sebagainya adalah penghalang. Ada dua tempat yang kami tak pergi tapi tak apa.. Tempat wajib jejak semuanya berjaya sampai. Asalnya hanya aku dan Kak Sal saja yang akan dibawa oleh AK untuk meronda. AK pun dah cari kereta sewa. Aku tak nak kacau Cik Tia yang sibuk dengan urusan study. Dahlah menempek kat rumah dia.. Kena bawa aku jalan pula. Tapi few days before berlepas, Cik Tia confirmkan dia dan Acik Yati nak ikut sama. Yahoo.. My pleasure. Lagi meriah bila lebih ramai yang join. Kawan Cik Tia pula ada tinggalkan sebiji kereta untuk Cik Tia pinjam dan guna to move around jadi cancel booking kereta dan AK drive kereta itu. Haaa.. Jomlah kita mula gerak..

MARU KOALA & ANIMAL PARK


Kami tinggalkan Keppel Street sekitar 7.00AM. Dua jam lebih juga masa yang diperlukan untuk sampai ke Phillip Island dari Melbourne City. AK sampai on time dan adalah sesi suai kenal seround dua. Berjumpa untuk kali pertama memang agak kerik.. keerik.. keeerik juga. Alah.. sekejap saja. Biasalah. Baru jumpa. Kalau dah sampai Australia, haruslah kita pergi cari Koala dan Kangaroo kan ? Rugilah kalau dah sampai tapi tak pergi jenguk makhluk-makhluk comel tu semua. Di Phillip Island ada few places yang korang boleh pilih untuk terjah kalau nak tengok Koala dan aku pilih Maru Koala & Animal Park. Admission fee sedikit mahal tapi persekitaran yang comel buat aku nak pergi ke sana. Korang boleh consider Phillip Island Wildlife Park atau Koala Conservation Centre juga selain Maru. Punya excited sampai kamilah pengunjung pertama untuk hari itu. Hahaha.. Hari hujan renyai pun kami tak peduli. Redah !!


MARU KOALA & ANIMAL PARK
1650 Bass Hwy, Grantville VIC 3984, Australia

Adult : $20
Children : $11

Website - SINI

Super excited. Aku memang nak sangat tengok binatang debab pemalas Koala dan Kangaroo. Masuk ke Maru memang hanya kami saja pengunjung yang ada. Best apa.. Baru rasa taman itu kami yang punya. Beli makanan untuk Kangaroo dengan harga 2AUD (RM6.36 approx) sebekas dan terus masuk ke tempat yang ada Kangaroo. Kehadiran kami disambut seekor Kangaroo Albino yang manja terlebih. Aku rasa dia lapar. Sebab awal pagi tak dapat makanan lagi.. Kami pula masuk usung makanan. Tu yang dia serbu sambil acah-acah soleh. Nak beli jiwa..

Seram juga at first nak kasi Kangaroo makan. Ambil masa juga aku nak dekat dengan Kangaroo. Claws boleh tahan tajam mencengkam bila kita hulur tangan. Lagi-lagi bila ada dua ekor yang berebut makanan kat tangan. Krisis diantara Kangaroo. Hihihi..












Hari sekejap terik sekejap renyai tapi suhu memang sejuk. Seingat aku.. Paling panas kami dapat on that day was 8C kalau tak silap. Memang terketar-ketar sentiasa. Walaupun suhu sejuk mencengkam, bila matahari keluar sebenarnya sangat terik. Tengok transition cermin mata aku dah boleh agak panasnya macam mana. That is the reason why korang kena pakai sunblock juga walaupun sejuk. Kalau tak nanti kulit jadi Oreo. Faham ? Bagus..

Aku berangan nak golek-golek dengan Kangaroo. Nak ajak Kangaroo posing sambil baring dan macam-macam lagilah. Tapi disebabkan baru lepas hujan, lopak air sana sini maka tak jadilah nak feeling Hindustan. Kangaroo pun basah. Adeh. Ada juga nampak Mama Kangaroo dengan Joey dalam poket tapi dia tak friendly sangat. Macam extra protective nak lindung anak dia jadi kami tak berani pergi dekat. Mama Kangaroo pun duduk jauh sikit dari yang lain. Menurut Kak Sal, Kangaroo di Maru sebenarnya masih kecil sebab dia ada jumpa Kangaroo yang lagi besar. Tapi sebab aku first time tengok Kangaroo, besar kecil pun aku excited dah. 









Selain Kangaroo haruslah ada binatang lain juga. Ada Emu, Dingo, Keldai, Kuda, Wallaby, Tazmanian, Wombat dan semestinya Koala debab yang pemalas. Ada observatory deck untuk tengok Koala dan juga ada Koala Zone yang dibuka kepada public kalau nak tengok Koala dengan jarak dekat. Tapi kena tunggu waktu tertentu. Koala Zone tak dibuka sepanjang masa. Kebetulan waktu kami dah nak keluar tengok Koala Zone akan dibuka in few minutes. Jadi kami tunggu..






KENAPA KOALA SUKA TIDUR ?


Seekor Koala yang normal akan tidur selama 18-22 jam sehari. Memang aman sungguh hidup makhluk ni kerjanya tidur saja. Tak payah pening nak pergi kerja. Tapi ada sebabnya. Koala adalah haiwan yang berasal dari kumpulan Herbivor dan haruslah makan daun-daun saja. Daun pokok Eucalyptus adalah daun favourite Koala. Kandungan komposisi daun pokok Eucalyptus yang terdiri daripada 55% air, 15% serat, 13% toksin, 7% kanji dan gula, 6% minyak dan hanya 4% protein membuatkan Koala tidur hampir seharian. Kandungan air dan serat adalah tinggi manakala kanji dan protein sangat sikit jadi Koala tak ada banyak energy pun untuk kekal berjaga. Lebih baik tidur. Betul tak ? Hahaha.. 






Isk !! Tengoklah tu. Geramnya aku. Dahlah debab.. Kalau dapat memang aku picit-picit. Kat Maru boleh kalau nak ada close encounter dengan Koala dan several other animals lain. Tapi kena bayar another 20AUD (RM63.60 approx) untuk pet Koala. Adeh.. Untuk pet saja tau. Kalau entrance campur pet haaa melayanglah 40AUD (RM127. 20 approx). At first aku nak juga bayar tapi fikir balik memang membazir saja. Unless kalau dapat peluk and dukung yes I would pay extra. Tapi aku ada baca somewhere, tak boleh peluk and dukung Koala di Melbourne because it is against the law. Lain-lain negeri di Australia apply different law about Koala jadi kat Australia ceruk lain ada yang boleh peluk. Haaa.. ada dah next destination impian dalam list. Mulalah buka tabung travel baru pula. Aku nak peluk Koala !! 

Walaupun sedih tak dapat peluk Koala, tapi hati tetap riang ria. Lapar tak ? Jom kita pergi makan.

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :

Friday, 20 November 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI SUNGAI ARA | PENANG - ROCKSTARZ BURGER

ROCKSTARZ BURGER : BURGER ROCKERS SEJATI YANG AWESOME DI PENANG


Yeyeh !! Yeyeh !! Are you ready to rock and roll ? Tiba-tiba aku pun berjiwa kental seorang rocker. Semua sebab makan burger di Rockstarz Burger pada hari Ahad lepas. Sampai sekarang dok Yeyeh !! Yeyeh !! Layan burger gempak dan boleh masuk list Tempat Makan Best Penang. Korang jiwa rock ke ? Atau sekadar mengaku rockers tapi dalam hati ada taman ? Tak kiralah korang rockers sejati ke.. rockers rock kapak tangkap cintan cintun leleh semua ke apa ke.. Yang penting korang kena cuba burger-burger yang ada di Rockstarz Burger. Ngerti tak ?

Jom kita sama-sama telan air liur sambil teruskan membaca.

SEJARAH ROCKSTARZ BURGER


Sempat aku bersembang dengan owner Rockstarz Burger, Encik Saiful Danial dan Encik Saiful Irwan. Macam-macam aku korek. Tiga tahun dah sebenarnya Rockstarz Burger berada dalam industri pem'burger'an di Penang. Bukan sehari dua baru mencipta nama. Pernah menjadi tempat makan pilihan program TV popular iaitu 'Jalan-Jalan Cari Makan' pada tahun 2014. Asalnya buka gerai tepi jalan saja tapi disebabkan demand yang tinggi, dua adik-beradik ini akhirnya dapat buka kedai pula. Lagi selesa dan more people can come untuk rasa burger rockers resepi rahsia mereka berdua. Memang tabik spring. Kedai pun super cool dengan deco yang menarik. Terasa sungguh aura rockers dalam diri masing-masing. Kemudahan seperti surau dan tandas ada disediakan. 








LOKASI KEDAI ROCKSTARZ BURGER



Rockstarz Burger
118, Taman Tunas Muda,
Jalan Dato' Ismail Hashim,
11900 Sungai Ara,
Pulau Pinang

 019-429 9309 (Sungai Ara)
016-446 6036 (Ayer Itam / Greenlane)

5.00PM - 1.00AM
Isnin - Ahad

Facebok Page - Rockstarz Burger
Instagram - Rockstarz Burger
Twitter - Rockstarz Burger

Orang Penang memang mohong sangat kalau tak tahu kedai ni terletak kat ceruk mana. Yang lain jangan risau. Sekarang dunia canggih. Orang jauh pun kalau tenyeh phone masing-masing mesti jumpa kedai Rockstarz Burger. Aku dah check dalam Waze. Alamat dan lokasi semua betul. Insyallah tak sesat. Parking pun senang dapat jangan risau. Kedudukan kedai pun tak adalah jauh sangat dari tempat tumpuan pelancong seperti Georgetown. Apa ada hal sekarang ni babe ? Bab makan sedap tak payah berkira sangat. Redah saja. Mengikut pemerhatian aku, orang mula ramai datang ke Rockstarz Burger bermula pukul 8.00PM. Memang sibuk habis pekerja-pekerja Rockstarz Burger nak melayan pelanggan. Tak menang tangan. Kalau ada yang terlambat seminit dua tu bawa bersabar ya.. Jangan marah-marah. Cool.





Siap sedia ke semua nak tengok burger-burger seksi ? Harap iman korang kuat ya.. Nanti jangan cakap kakak tak payung korang pula..

MENU / BURGER-BURGER 








Setiap hari, Rockstarz Burger menawarkan pilihan burger yang pelbagai untuk pelanggan. Menu-menu akan bertukar atau bersilih ganti mengikut kehendak Encik-Encik Owner. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba pilihan burger berubah. Sajalah sesekali nak tukar selera pula. Asyik yang sama nanti cepat bosan. Ada juga burger yang khas untuk musim perayaan saja. Jadi korang boleh pilih dan rasa different burger setiap kali datang ke Rockstarz Burger. Hampa sebut saja nak berapa layer. Satu ? Dua ? Alahai.. Tiga pun bolehlah. Make sure perut korang ada space untuk terima burger heavy metal (3 layers) dari Rockstarz Burger. Nama-nama burger juga diberikan berdasarkan nama-nama band rock terkenal tanah air dan antarabangsa. 

Pssst : Burger khas untuk vegetarian pun bakal diperkenalkan tak lama lagi..

Burger pilihan Siti Yang Menaip (SYM) adalah : The Metallicheeze, The Rockstarz, The Wings dan The Red Hot Curry Chilleez. 

Yang dah meleleh-leleh air liur tu sila lap cepat. Tak guna korang telan air liur mengadap screen. Cepat-cepat ajak kawan-kawan datang serbu Rockstarz Burger. Mesti korang tergoda kan ? Beef  dan chicken patty yang juicy dan lembut. Peeergh !! Masa gigit burger tu aiyark.. Aku tak reti nak describe feeling puas hati tu macam mana. Hampa kena mai dulu dan rasa sendiri. Baru hampa mengerti. Semua patties adalah 'homemade' recipe. Tak ada yang sejuk beku. On the spot minced beef and chicken akan dibentuk menjadi patty burger. Memang flavour pun original dan thumbs up.

Selain menu utama iaitu burger, ada juga beberapa side menu yang lain seperti fries, meatballs, curly fries dan onion rings. Aku suggest korang cuba meatballs dan curly fries. Sedap =)



Habis riuh kedai Rockstarz Burger bila geng #BloggerUtaraOfficial berkumpul. Terima kasih kepada Encik-Encik Owner yang sangat baik hati menjemput dan melayan kehendak kami. Kami sangat menghargai semuanya. Semoga perniagaan Encik-Encik Owner semakin maju dari hari ke hari mendatang dan dapat dikembangkan dengan lebih luas. Amin..

Terima kasih daun keladi,
Lepas ni boleh jemput lagi.

---------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :

Tuesday, 17 November 2015

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 1.3 - ST. KILDA AND PENGUINS + LUNA PARK

JALAN-JALAN MELBOURNE : PANTAI ST. KILDA + LUNA PARK


Entri sebelumnya di SINI.
14 September 2015

Walaupun kesenduan kerana kehilangan MYKI yang masih berbaki sebanyak 14AUD (RM44.50 approx), Kak Sal memang jiwa kental meneruskan juga perjalanan. She had to buy a new MYKI. Sedih. Banyak sangat drama yang terjadi. Kalau korang belum khatam episode lepas jangan lepaskan peluang untuk mengikut adegan-adegan terlajak over yang dibintangi oleh aku dan Kak Sal. Pergi ceruk mana mesti ada benda jadi. Di next destination pun ada juga nak berdrama. Parah weh.. Parah.. Hampir give up dipertengahan jalan tapi.. Haaa.. Jom teruskan membaca.

BERIADAH GAYA MELBOURNIANS DI PANTAI ST. KILDA DAN MEMBURU PENGUINS ACAH-ACAH KEKWAT




Next destination adalah Pantai St. Kilda yang terletak agak jauh dari Melbourne City. Mengambil masa setengah jam nak sampai kalau menaiki tram dari Federation Square. Menaiki Tram16 dan turun di Stop-136 (St. Kilda Esplanade). Hasil pembacaan aku membuktikan, ada few stops di sepanjang Pantai St. Kilda dan agak mengelirukan untuk turun di stop yang mana. Aku sarankan korang untuk turun di Stop-136 (St. Kilda Esplanade) kalau korang berhajat untuk terus ke Pantai St.Kilda atau St. Kilda Pier. Kalau korang turun satu stop earlier atau stop selepas Stop-136, agak jauh untuk menapak. Kalau stamina tip top tak apa. Kalau dah acah-acah lemau macam kami, mohon jangan berlagak. Ada yang seret kaki nanti. Oppps..

Dah turun dari tram, silalah lintas jalan besar dan terbentang luas pantai St. Kilda di depan mata.


Umat manusia memang ramai. Melepak dengan kawan-kawan.. Handsome !! Hahaha.. Ada yang bawa anak-anak beriadah.. Bawa anjing-anjing bersiar.. Yang berendam berkuak lentang dalam air pun ada. Kulit tenggiling gamaknya. Tak reti sejuk ke haaa ? Waktu ni suhu macam drop drastically. Aku dahlah pakai cardigan nipis kulit bawang, memang menggigil. Lindung belakang Kak Sal pun macam krik krik krik.. Kak Sal tu dahlah 1/4 size aku. Ada hati nak nyorok belakang dia. Hehehe.. Redha sajalah weh kena tiup angin nak melayang. Hari nak hujan.. Awan gelap mula bertandang. Tengah laut sana tengok gelap dan nampak hujan turun. Payung tak ada.. Baju hujan tinggal kat rumah Cik Tia.. Dalam hati berdoa semoga hujan tak sampai kat tepi pantai.

Niat utama kami ke St. Kilda adalah untuk hunt binatang kaki dua jalan kedek-kedek tu.. Seharusnya nak menjejaki Cik Guins. Antara binatang wajib tengok kalau dah sampai Australia adalah penguin. Selalunya orang akan beli tour ke Phillip Island dan tengok Penguin Parade di sana. Memandangkan kami bercuti under strict budget yang tak berapa nak strict dan kami ke Phillip Island tak ikut tour, aku tak sanggup nak spend 24.50AUD (RM77.90 approx) hanya sekadar nak tengok penguins pulang petang. Plus, tak boleh ambil gambar. Pffft !! Hang bayar mahal tapi itu ini tak boleh. Memang kirim salam sajalah. Baik aku pergi Underwater World kat Langkawi sana tengok penguins.

Tapi worry not kawan-kawan. Kat St. Kilda kita boleh tengok penguins dengan percuma. FOC yes !! You read it right. Tapi hampa kena gigih menapak dan jangan give up. 

TENGOK PENGUINS DI MELBOURNE SECARA PERCUMA


Di hujung Pantai St. Kilda ada sebiji pier yang diberi nama St. Kilda Pier. Memang ada seketul saja pier kat situ jadi kalau hampa tak nampak memang something wrong somewhere. Semakin dekat dengan pier ada banyak batu-batu besar yang disusun sepanjang pantai. Aku ingat kat situlah tempat nak tengok penguins. Nampak pula ada couple standby camera baik punya. Serious ingat dia nak snap gambar penguins. 

| Couple yang berkenaan |

Gigih aku lompat dari batu ke batu nak sampai kat couple ni. Aku nak tanya to make sure, betul ke ada penguins kat St. Kilda tapi kami sangat kecewa. Tak ada penguins di batu-batu yang banyak itu tapi di hujung pier sana. Melopong terus. Jauh weh pier tu !! Nampak macam dekat. Patutlah orang ramai menonong ke pier. Ingatkan kat batu-batu yang ada ni penguins akan pulang petang. Dalam kesenduan kami menapak patah balik dan menuju ke pier dengan harapan penguins masih ada. Cik Guins !! Tunggu kakak datang.. Sabaq !!


| Jernih air Pantai St. Kilda |



Sedang elok kami menapak, tiba-tiba kaki kanan aku cramp. Actually aku dah rasa sakit dari mula sampai lagi tapi aku buat tak tahu saja. Yokoyoko pula aku tertinggal dalam kereta MamiZ. Jadi tak ada any medication untuk muscle pain. Kalau layan memang tak berjalanlah aku kat Melbourne ni. Perkara biasa sebenarnya bagi aku bila kaki cramp. Banyak jalan dengan keadaan pinggang yang tak berapa stabil. Tapi Kak Sal dah gelabah. Kesian kat Kak Sal kena sama-sama duduk bertenggek tunggu aku relax sekejap. Hari pula makin gelap. Kak Sal ajak patah balik. Haaa.. moment ni aku pula gelabah. Mana boleh patah balik !! Pier dah kat depan mata. Sikit saja lagi nak sampai. Cannot. Hahaha.. Kak Sal kata kaki dah sakit jangan paksa-paksa. No no no.. Cik Guins dok tunggu tu.. Maka aku gagahkan juga menapak. Akhirnya sampai juga. Tempat untuk tunggu Cik Guins pulang petang terletak di belakang pier. Ada pintu gate dan melangkahlah dengan yakin masuk ke kawasan jajahan Cik Guins. See !! Do not give up.

Hello Cik Guins.. Kakak is here..



Orang ramai dah mula ambil port. Aku dan Kak Sal kiranya antara yang lambat sampai juga. Mana tak lambat.. ada drama tengah jalan. Hihihi.. Aku cari port nak menempek. Kak Sal pula tunggu kat tempat lain. Mula-mula tengok ada belakang aku lepas tu hilang. Rupanya bertenggek kat atas membiarkan aku excited jakun seorang diri. Kawasan ni gelap. Ada lampu pun malap. Cik Guins katanya super sensitive dengan cahaya. Jadi penggunaan flash camera adalah dilarang sama sekali. Tapi depa ingat manusia-manusia semua nak dengar cakap ka ? Termasuk aku Nan hado yang mengikut arahan. Walaupun ada yang menjerit-jerit 'No flash' tapi semua pekak telinga saja. 

Well.. Cik Guins tak adalah mengada sangat. Cik Guins sensitive lampu flash yang putih / kuning yang normal tu. Tapi kalau lampu merah / biru okay saja. Since camera aku ada lampu merah, maka aku guna lampu itu sajalah untuk menyuluh. 

Lama juga kami tunggu.. Dekat satu jam tapi tak muncul-muncul pun Cik Guins. Naik rimas pula aku berdiri lama-lama menyelit sana sini tapi seekor pun tak nampak. Mujur sejuk jadi tak berpeluh. Ada few tourists yang mula argue. Aku pun macam nak give up tapi mujur tak jadi. Tiba-tiba bunyi mengepak-ngepak dalam air. Macam raaaaaamai saja gayanya Cik Guins yang nak mendarat. Kalut riuh semualah orang yang ada kat situ. Aku yang super jakun pun sama naik. Standby dah camera. Aaaa memang comel !! Katek saja. Berjemaah masing-masing panjat batu nak cari sangkar masing-masing. Aku serious ingat Cik Guins Australia besar macam dalam documentary or cartoon Happy Feet. Cis !! Tinggi betis saja weh. Nak tengok yang besar, silalah ke Zoo Negara. Hihihi..

Aku kerja snap gambar tapi seketul pun tak menjadi. Cik Guins jalan laju sangat. Ada seekor dua yang purposely berdiri atas batu dan posing kasi chance kami ambil gambar tapi itu pun gambar tak elok. Aku pun tak tahulah kenapa dengan camera aku. Jadi aku enjoy sajalah tengok Cik Guins anak beranak berarak balik. Kalau dapat pegang tu memang ranap Cik Guins kena picit.

Bila aku renung balik, Cik Guins muncul bila hari betul-betul dah gelap. When the sun dah completely terbenam baru Cik Guins balik sarang. Patutlah lama kami tunggu. Memang tengah senja. Means matahari masih ada. Isk.. manalah Cik Guins menghilang sepanjang hari ? Bila malam tahu pula balik.

Aku mengadu kat Kak Sal gambar tak jadi. Seekor Cik Guins pun tak melekat. Kak Sal tarik aku pi kat satu sudut. Dia suruh aku suluh kat celah batu yang ada dekat situ sebab dia dengar bunyi bising. Aku pun suluh. Yahooo !!!!!!! Ada seekor Cik Guins disitu. Cepat-cepat aku set camera dan flash dengan harapan gambar menjadi. Minta maaf siap-siap kat Cik Guins sebab nak guna flash.

One.. Two.. Three !! Posing la sikit Cik Guins !! Taaaraaa..

| Seekor Cik Guins in action |

Oooit lepas aku guna flash ni makin riuh Cik Guins bising. Mesti maki aku kaw-kaw punya sebab aku guna flash. Maafkanlah kakak.. Kakak terbang jauh nak mai tengok hang.. Jangan kekwat sangat. Maka aku pun dengan hati yang gembira meninggalkan St. Kilda Pier. Dah dapat tengok Cik Guins pulang petang dan dapat seketul gambar close up Cik Guins. Alhamdulillah.. Tak sia-sia menapak jauh. Alhamdulillah juga hari tak hujan walaupun awan mendung hitam berarak semua ada. 

Kami tinggalkan St. Kilda dan Cik Guins untuk ke destinasi seterusnya. Ada lagi ? Ada weh.. Jadual memang pack walaupun sekadar lalu dan ambil bau saja. 

LUNA PARK : TAMAN TEMA IGAUAN SEMUA



Inilah dia Luna Park yang konon-kononnya terkenal tu.. Memang aku terasa bagai seorang yang lunatic bila sampai depan entrance. Sendu yang amat. Memang kami sedia maklum Luna Park hanya beroperasi sehingga pukul 5.00PM saja tapi tak sangka bila tutup jadi seram macam ni. Terus tak ada selera nak berlama-lama. Kak Sal nak bergambar dekat pun aku tarik. Hahaha.. Jadi kalau korang nak datang Luna Park, silalah datang lebih awal. Menurut Cik Tia, Luna Park ni biasa-biasa saja. Tapi kalau dah sampai ke kawasan St. Kilda, teruskan saja cari Luna Park. Dah dekat sangat dah. Ambil gambar dengan mulut ternganga ni. Iconic. Depa kata iconic, ceq quote balik saja.

Baik kita balik cepat Kak Sal sebelum ada yang mengikut sama menempek. Hahaha.. Maka kami pun naik tram dan pulang semua ke Keppel Street. Sampai rumah Cik Tia hati sangat bunga-bunga. Acik Yati ada masak lebih untuk kami. Memang perut terjaga sungguh sepanjang di Melbourne. Tumpang kasih sayang Acik Yati.

Dan akhirnya aku dapat contact Aimran setelah seharian aku seru nama dia sejak kaki cecah bumi Melbourne. Aimran ? Siapa Aimran ? Dimana kau Aimran !!! Kenapa kau menghilang ? Arrgh !!

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...