Friday, 16 October 2015

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 1.1 - MYKI + FEDERATION SQUARE + BIRRARUNG MARR

JALAN-JALAN MELBOURNE : MELBOURNE CITY + FEDERATION SQUARE + ACMI + BIRRARUNG MARR


Entri sebelumnya di SINI.
14 September 2015

Ada yang bertanyakan sepanjang di Melbourne aku guna camera apa untuk ambil gambar. Semua gambar-gambar yang diambil adalah dari camera Sony NEX-3, Gopro Hero3, camera Kak Sal, camera handphone Cik Tia dan camera Iphone 5s aku. Aku beli Gopro Hero3 second hand dari kawan dengan harga yang berpatutan. Quality masih tip top dan aku dapat sehari sebelum aku berangkat. Jadi tak sempat nak experiment. Hentam kromo saja bergambar. Aku sangat mengalu-alukan pakar-pakar fotografi untuk komen gambar-gambar aku dengan memberi komen yang membina. Sebarang nasihat dan tunjuk ajar amat aku hargai. 

Okay selesai. Dah get ready nak berhuhuhu bersama ? Jom.

MELBOURNE AIRPORT AND ROUTE TO KEPPEL STREET




Keluar dari Melbourne Airport cuaca sangat cantik. Langit biru cerah tapi tidak berawan. Bagi yang ingin mendapatkan khidmat Melbourne Skybus yang berfungsi sebagai hotel dan airport transfer boleh terus ke kaunter penjualan tiket sebaik saja keluar dari Arrival Hall. Return tiket berharga 36AUD (RM115.20 approx). Boleh rujuk SINI untuk keterangan lanjut. Laluan di Arrival Hall Melbourne Airport ada tiga peringkat. Jadi korang kena extra alert. Di laluan mana sepatutnya korang harus tunggu. Laluan pertama adalah untuk taxi dan beberapa jenis kenderaan khas. Lintas jalan untuk ke laluan kenderaan shuttle dan lintas lagi untuk ke laluan kenderaan awam. Disebabkan Cik Tia dah minta tolong kawan-kawannya datang ambil kami, jadi kami hanya perlu tunggu di Platform 3C berhadapan dengan entrance Hotel Holiday Inn.





Sementara menunggu kami posing saja sini sambil layan Internet OPTUS yang awesome. Tak lama pun kami tunggu. Dalam 20 minit akhirnya kawan-kawan Cik Tia sampai. Cik Tia tak dapat datang jemput. Sibuk menyelesaikan kerja di lab. Thanks to kawan Cik Tia, adik Farahin dan adik Fawwas yang sudi datang jemput kami di airport dan bawa ke rumah Cik Tia di Keppel Street. Perjalanan ke Keppel Street memakan masa plus minus 30 minit dari Melbourne Airport. Jadi korang boleh estimate jarak perjalanan untuk sampai ke Melbourne City. 



Sepanjang perjalanan untuk sampai ke Keppel Street sangat interesting. Semua nampak interesting dimata aku. Tak ada satu ceruk pun yang aku rasa tak cantik. Kawasan suburb di Melbourne sangat kemas dan mempunyai susunan yang terancang. Rumah sebuah-sebuah kelihatan sangat comel. Hartanah di Melbourne adalah antara yang tertinggi nilainya di Australia. Kalau mampu untuk beli sebiji rumah yang ada kawasan lapang memang keturunan orang kaya atau profession tinggi. Pelik juga rasa bila tengok banyak rumah yang menggunakan papan kayu walaupun rumah masing-masing terletak di bandar. Aku tak ada jawapan untuk persoalan itu. Kekal tertanya-tanya sehingga hari ini. Makin menghampiri kawasan bandar utama, bangunan makin tinggi. Excited sungguh.




Akhirnya kami sampai di apartment Cik Tia around 11.30AM. Adik Farahin bawa kami naik. Adik Fawwas tolong angkat bag. Cik Tia dah tinggalkan kunci untuk buka pintu dan segala pesanan pada adik Farahin. Peluk cium adik Farahin dan bid goodbye. I wish we could spend time together lebih lama. To Farahin and Fawwas, if both of you happen to read this, thank you so much.

Masuk rumah Cik Tia terus terpandang memo yang Cik Tia tinggalkan atas meja makan. Ooouch !! She was being super sweet. Tinggalkan breakfast untuk kami makan with a small note that she will be home real soon. Walaupun aku dah makan dua kali sepanjang penerbangan, tetap lapar. LOL. Hang tu sentiasa lapar. Jadi kami bertiga mengadap sarapan yang disediakan. Tengah makan santai tiba-tiba pintu bergegar. Ohemgi !! Cik Tia is back. Nervous !! Can you imagine ? Kami dah hampir 10 tahun tak jumpa. Dup dap dup dap jantung. Over. Aku tenung pintu tunggu Cik Tia masuk rumah. Yeay !! Finally situasi jejak kasih pun bermula. *shed tears*

Kak Sal pun get along very well dengan Cik Tia. I am a happy CT. We continued chit chatting while tunggu waktu Zohor. Memang aku dah plan untuk keluar lepas Zohor. Senang. Tak perlu fikir nak cari tempat solat. Rest for a while dan bersiap untuk solat dan keluar. Mandi weh !! Seharian dah tak mandi. Mujur cuaca sejuk jadi tak berpeluh. Kalau rasa malas continue saja sampai malam. Ada berani ? Hihihi..

PS : Boleh pula aku tinggal tuala mandi. WTH sungguh. Lalala ~

GROCERIES SHOPPING AT WOOLWORTH


While waiting for Kak Sal untuk solat dan bersiap, together with Cik Tia dan Acik Yati sama-sama menapak ke Woolworth untuk beli barangan nak dimasak. Ala-ala Tesco dan Jusco. Sejak sampai memang Acik Yati tak sudah sebut makanan apa dia nak masak. Haruslah. Dia nak masak untuk anak tersayang. Kami tumpang tuah saja. Hihihi.. Dapatlah jenguk macam mana orang di Melbourne shopping barang. Tak jauh beza pun dari di Malaysia. Di Melbourne juga tak susah untuk dapatkan barangan basah yang halal. Seafood dan daging yang halal juga dijual di hypermart. Sistem bayaran saja yang mengagumkan. Ada section yang khas untuk pembeli buat bayaran sendiri. Maknanya tak ada pekerja tukang scan dan isi barangan dalam plastic. Pandai-pandailah kau nak uruskan sendiri. Swap saja card. Cik Tia kata orang Australia jarang jalan bawa cash banyak-banyak. Rasa boleh tak implement di Malaysia sistem macam ni ?

Selain membeli barang mentah di kedai yang jelas tertulis HALAL, boleh juga beli di hypermart. Sila pastikan ada label RSPCA ditulis. Insyallah dijamin Halal. Ada juga few forums di Internet yang membincangkan tentang RSPCA. Kalau berminat boleh teruskan pembacaan.

Aku bawa barang balik ke apartment while Cik Tia bawa Acik Yati looked around. Aku dan Kak Sal ada agenda lain. Gear up dan kami dah bersedia untuk explore Melbourne. Bought MYKI Card untuk aku dan Kak Sal. MYKI itself berharga 6AUD (RM19.20 approx) dan terus top up 14AUD (RM44.80 approx). Kalau tak cukup nanti boleh top up kemudian. Wajib beli kalau korang nak travel di Melbourne menggunakan Tram, Train atau Bus. Boleh beli di mana-mana kedai runcit yang ada label MYKI. Meh nak cerita sikit soal MYKI. Kalau berminat teruskan membaca. Kalau rasa bosan boleh skip. Aku pun pening while merancang budget untuk penggunaan MYKI. Tapi bila dah lalui sendiri jadi dah faham. 

KAD MYKI : CARA PENGGUNAAN DAN PENGIRAAN TAMBANG


Laluan public transport di Melbourne ada 2 zones. Zone 1 dan Zone 2. Majoriti tempat-tempat menarik terletak di Zone 1. Untuk penggunaan MYKI 2 jam yang pertama, kita akan di charge sebanyak 3.76AUD (RM12.03 approx) dan selepas dua jam penggunaan, kita akan di charge another 3.76AUD (RM12.03 approx) menjadikan total perbelanjaan maksima MYKI untuk sehari adalah sebanyak 7.52AUD (RM24.06 approx). 

Kalau di Zone 2 pula (noted that kita scan MYKI for the first time pada hari itu di kawasan Zone 2 dan hanya bersiar-siar di Zone 2 dan tak akan masuk Zone 1), charge MYKI untuk 2 jam pertama adalah 2.60AUD (RM8.32 approx) dan selepas dua jam penggunaan, kita akan di charge another 2.60AUD (RM8.32 approx) menjadikan total perbelanjaan maksima MYKI untuk sehari adalah sebanyak 5.20AUD (RM16.64 approx).

Bagaimana pula kalau kita nak travel dari Zone 1 ke Zone 2 ? Kita scan MYKI for the first time pada hari itu di kawasan sekitar Zone 1 dan bergerak ke Zone 2 dalam tempoh 2 jam. Kita akan di charge sebanyak 3.76AUD (RM12.03 approx) dan sekiranya mahu pulang ke Zone 1 dalam tempoh selepas 2 jam yang pertama, kita akan di charge another 3.76AUD (RM12.03 approx) menjadikan total perbelanjaan maksima MYKI untuk sehari adalah sebanyak 7.52AUD (RM24.06 approx) walaupun dah bergerak dari Zone 1 ke Zone 2 dan kembali semula ke Zone 1.

Jangan lupa untuk scan MYKI setiap kali naik tram, train atau bus. Bila turun dah tak perlu scan. Walaupun korang hanya nak tukar laluan, WAJIB juga scan. Untuk menyenangkan pengiraan budget, siap-siaplah ketepikan wang perbelanjaan untuk MYKI. Tak mungkin kita hanya nak berjalan menggunakan public transport selama dua jam saja. Jadi kita kira full fare terus. Apa yang aku buat, aku rancang perjalanan dan kira siap-siap berapa hari yang aku akan betul-betul menggunakan public transport dan sediakan 7.52AUD (RM24.06 approx) darab bilangan hari. Jangan kacau dah duit MYKI. Nanti tak cukup boleh ganggu budget lain.

Dah jangan nak pening sangat. Tak faham juga aku cerita baca SINI. Banyak lagi nak cerita ni..

EXPLORATION BEGINS : FEDERATION SQUARE + MELBOURNE VISITOR CENTRE + ACMI + BIRRARUNG MARR


Dari Elgin/Lygon Street, menaiki Tram Route 1/8 yang memang lalu depan rumah Cik Tia, kami terus bergerak ke destinasi pertama iaitu Federation Square. Memang semua orang wajib singgah tinggal bau kat sini. Federation Square adalah kawasan public yang menjadi tumpuan orang ramai sama ada penduduk Melbourne sendiri dan tourists. Antara port pilihan untuk melepak santai. Memang ramai sangat yang melepak di sekitar kawasan Federation Square. Ada banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Binaan memang semua superb sangat. Menarik. Antaranya adalah Melbourne Visitor Centre, ACMI, National Gallery of Victoria dan banyak lagi. Kalau korang rajin bolehlah terjah semua. Kami tak rajin sangat. Kami pilih few places saja. 

Niat utama adalah untuk ke Melbourne Visitor Centre. Jom..




Melbourne Visitor Centre ni unik sebab bangunan sebenar terletak di bawah tanah. Yang kita nampak dari Federation Square adalah bumbung bangunan yang terjojol keluar. Jadi kita kena turun bawah untuk sebarang urusan. Kami nak beli package tour untuk ke Great Ocean Road. Kalau korang malas nak uruskan pembelian tour ke GOR dari awal, boleh saja selesaikan bila korang dah sampai di Melbourne. Jot down address company dan terus daftar walk-in. Aku sebenarnya nak settle semua urusan before depart tapi dua kali aku hantar email nak booking tak ada jawapan. Malas sudah nak cari company lain. Terus ke Melbourne Visitor Centre dan beli package ke GOR dengan harga 94AUD (RM300.80 approx) seorang bersama company Eco Platypus Tours. Makanan disediakan jadi kami tak perlu fikir dah. Package ke GOR paling murah aku jumpa adalah sekitar 78AUD (RM249.60 approx) tapi tour akan dilakukan dalam bahasa Mandarin dan makanan halal tidak disediakan. Kalau korang tak kisah boleh saja proceed. Makanan boleh tapau atau beli saja bila berhenti rehat. Ada banyak sangat company yang menguruskan tour ke GOR setiap hari dengan tawaran harga yang berbeza. Jadi rajin-rajinkan diri untuk search.

Selesai booking kami bersiar-siar sekitar Federation Square. Santai saja mengikut rentak kaki nak bawa kami kemana. Aku jujurnya memang tak berminat pun nak explore Federation Square dengan gigih. Ikut selera masing-masing. Nak cari port duduk dan cuba berlagak macam local tapi semua penuh dengan orang. Kita pusing-pusing dululah. Entah macam mana boleh termasuk pula ke ACMI. Terhasut dengan penerangan adik yang bekerja kat dalam ACMI tu. Hahaha.. Layan.




ACMI adalah acronym kepada Australian Centre for the Moving Image. Dalam ACMI ada dua bilik teater besar yang sesuai untuk digunakan buat persembahan guna format apa sekali pun. Aku kongsi apa yang aku faham saja. At first aku fikir akan bosan jalan-jalan dalam ACMI tapi menarik rupanya. Itulah. Do not judge a book by its cover. Ada pameran animasi. Ada pelbagai jenis interactive games yang menarik dari zaman dulu kala hingga yang moden. Macam mana kartun animasi daripada tak ada warna jadi berwarna dan semualah. Paling awesome adalah bila TV yang digunakan pada zaman Jepun masih lagi mampu beroperasi dipamerkan. Jakun baq hang !!

During our visit, ada few pameran yang lain sedang berlangsung di ACMI. Salah satunya adalah pameran mengenai Orry Kelly. An Australian guy yang mencipta nama dalam bidang fashion di Hollywood dan terkenal dengan hasil rekaan dia. Memang satu family kerja menjahit bermula dari ayah dia. The he moved to New York untuk mencari pengalaman kerja. Menang tiga kali Academy Award for Best Costume Design. Banyaklah pahit manis perjalanan hidup seorang Orry Kelly diceritakan. Aku yang dari tak kenal dia siapa dapat idea sikit pasal dia.

Jom keluar dari ACMI. Kali ni kami meronda ke belakang Federation Square pula.




Jalan punya jalan nampak ada kakak Turkish jual Gozleme. Terus hati melonjak keriangan. Makanan !! Tanya diri macam tak lapar sangat tapi tanya perut dah menjerit-jerit. Alasan sangat. Aku baca PLM makan Gozleme dan katanya sedap. I should give a try too. Gozleme ni makanan orang Turkish. Rasa outer layer tu in between rasa roti canai dan pratha. Lembut saja. Menjeling sakan kakak Turkish tu sebab at first aku tersebut Gargamel. Ceruk mana terkeluar Gargamel pun aku tak tahu. Maaf kak. Tak sengaja. Kami order satu set Chicken Gozleme dan sebotol apple juice untuk kongsi berdua. Total 13AUD (RM41.60 approx). Kalau kenang balik memang rasa macam tak akan beli kalau kat Malaysia dengan harga macam tu. Tapi dah sampai tempat orang memang pejam mata saja. Apa yang aku boleh cakap, kalau korang jumpa Gozleme, silalah beli. Sedap weh !! And portion besar elok kalau nak kongsi berdua.

Cari port baik punya acah-acah picnic tepi Yarra River. Burung makin banyak pula terbang dekat dengan kami. Nak curi Chicken Gozleme aku la tuh. Macam tak tahu. Hang ingat murah ? Jangan harap. Kami berdua makan licin habuk saja tinggal untuk burung. Muahahaha..

Keadaan lebih santai dan tenang di sebalik Federation Square. Couples pun ramai kat sini. Macam-macam gaya. Kalau terus berjalan ke depan boleh sampai ke Birrarung Marr, salah satu taman yang terselit di tengah-tengah kesibukan Melbourne City. Ada banyak scluptures menarik kat Birrarung Marr. Kami tak menapak sampai ke sana pun sebab kami dah jumpa port terbaik nak bergolek atas rumput. Bergolek ? Heee.. Betul tu. Bergolek.



Salah satu mission yang aku nak buat adalah berbaring di rumput sekitar Melbourne City. Nak buat macam locals disana selalu buat. Nampak tak ramai yang berbaringan disekeliling kami ? Haaa.. Ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh locals disana. Ada yang baring santai.. Ada yang baca buku.. ada yang bersembang dan ada juga yang memang lena sungguh tak sedar apa. Kak Sal sporting gila melayan aku. Sama-sama join. Cayalah kak.. Mujur jumpa port tersorok sikit. Malu juga kalau tengah-tengah Federation Square kena bergolek. Make sure kalau korang sampai sini, korang pun bergolek sakan tau. Kalau tak memang rugi. Huhuhu.. 

Lantaklah rumput basah sekalipun. Janji dapat golek.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Wednesday, 14 October 2015

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 1.0 - HELLO MELBOURNE

JALAN-JALAN MELBOURNE | DARI KUALA LUMPUR KE MELBOURNE


Entry sebelumnya di SINI.
13 September 2015

Bangun pagi rasa macam mimpi. Tertidur mengadap laptop menyiapkan itinerary. Memang kalut sangat aku rasakan sebab dua hari sebelum depart baru ada masa untuk susun itinerary dengan elok. Walaupun tak perfect tapi sekurang-kurangnya ada panduan. Lepas breakfast masih lagi mengadap laptop. Gila !! Jangan diikut perangai last minute macam ni. Eloklah prepare awal. Muka aku terlalu ketat agaknya sampai anak-anak buah tak berani datang dekat. Jangan dikacau Mekti yang tengah stress. Jadi gulai masing-masing nanti. Segala documents dah print dan double check. Alhamdulillah by 5.00PM semuanya selesai. Tarik nafas lega dan terus bersiap untuk ke KLIA2.

Acik Yati (noted that Acik Yati is Cik Tia's mother) seawal 3.00PM dah Whatsapp aku. Katanya baru gerak dari Taiping. Kak Sal pun Whatsapp bila nak keluar rumah. Since I was from Bangi, aku tak terkejar-kejar sangat. Kami bercadang untuk berjumpa di Departure Hall KLIA2 selewat-lewatnya pukul 8.30PM. Aku tinggalkan Bangi around 7.00PM  dan keadaan sekeliling yang sangat berjerebu membuatkan MamiZ memandu super slow dan akulah yang paling lambat sampai.

Akhirnya kami bertiga bertemu jua. Mula-mula sengih macam kerang busuk semuanya. Excited nak travel bersama. Cepat-cepat kami pergi check-in. Aku tak reti nak online check-in jadi aku prefer secara manual. Kami nak request duduk bersebelahan jadi senang berurusan di kaunter terus. Aku dan Kak Sal check-in sekali. Timbang bag tiba-tiba exceed 4KG. Mesti sebab makanan. Jadi aku terus keluarkan makanan untuk bawa as hand carry saja. Aku bawa tote yang berisi makanan menonong masuk Departure Hall. Plastik bungkusan aku simpan. Kang orang ingat minah kampung mana terlepas bawa plastik cenggitu saja masuk flight. Macam mana aku bungkus makanan untuk dibawa boleh rujuk SINI.

SOS PASTA MELAYANG DI KAUNTER IMIGRESEN


Jauh rupanya kena berjalan. First time melalui perlepasan International di KLIA2 jadi baru merasa. Pemandu kereta buggy ajak naik tapi kami menolok. Berlagak. Kemudian dah sedar yang perjalanan masih jauh, kami pula yang terjerit-jerit panggil kereta buggy. Eloklah naik buggy. Boleh perah baju kalau menapak ke gate berlepas. Lepas dah turun untuk ke Gate Q kita kena lalu pemeriksaan terakhir. Aku selamba letak tote berisi makanan untuk scan. Pegawai kastam tanya ada apa dalam tote aku jawab makanan. Dia kata ada liquid banyak. Otak aku ligat berfikir apa benda liquid aku usung dalam tote. Haaa aku lupa !! Ada sos pasta. Jadi pegawai kastam suruh aku keluarkan. Dah macam mini market kat situ satu per satu aku susun. Memang dah salah sendiri jadi aku redha kalau dia nak ambil. Tiba-tiba dia pulangkan sos pasta aku dan ambil dua tin saja. Buat syarat katanya sambil mengucapkan selamat jalan buat kami. Aku memang tak ingat langsung bab liquid dan hand carry. Jadi kawan-kawan yang lain sila ambil iktibar.


Budak baru belajar nak guna Gopro. Kembang habis muka hidung pipi. Excited juga siap sedia depan Gate Q14 nak beratur masuk. Orang ramai. Patutlah pekerja di kaunter pening nak susun seat untuk kami bertiga. Kami biarkan orang lain masuk dulu memandangkan seat kami antara yang paling belakang. Seat kami terpisah dengan aisle. Kak Sal duduk sebelah Acik Yati dan aku terpisah duduk seorang diri sebelah calon jodoh. Seorang lelaki berkulit gelap from America duduk sebelah aku. Sado. Acik Yati kata handsome. Tenung senyap-senyap memang ada rupa pun. Dia duduk saja terus tidur. Siap mengigau lagi dengan aku ditepisnya. Terus aku terjaga tak boleh lena dah.


Perjalanan selama 8 jam bermula tepat pukul 10.30PM. Alhamdulillah sangat smooth. Jujur kata hati memang cuak. Tawakal dan memang tadah tangan baca doa minta dilindungi. Lama tak naik flight yang jauh. Ada hujan sikit di pertengahan perjalanan tapi sekejap saja. Aku terlelap juga lepas makan tapi bila dah terjaga terus tak dapat lena sampai mendarat. Kak Sal memang terus hanyut tak sedar apa. Tabik spring. Penat sangat agaknya. Acik Yati lagi superb. Langsung tak tidur dari berlepas. Memang katanya susah nak tidur dalam perjalanan. Jadi kami berbual-bual. Mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Gitu..

SOLAT SEMASA DI DALAM PENERBANGAN JAUH



Selepas empat jam berlepas, kami dah masuk ruang udara Australia. Jadi untuk menentukan waktu solat Subuh, kena ikut timing daratan yang paling dekat (mengikut kefahaman hasil pembacaan). Jadi wajiblah kita ikut waktu di Australia. Aku dah semak awal-awal sebelum berlepas. Boleh semak SINI untuk menentukan waktu solat. Tapi untuk kepastian, boleh tanya crew penerbangan. Kami tanya waktu solat dan crew kata waktu solat ada lagi 30 minit. Jam tangan menunjukkan baru pukul 2.30AM di Malaysia tapi sudah pukul 4.30AM di Australia. Jadi sudah boleh kalau nak solat. Nak explain lebih lanjut aku takut salah. Nanti hampa ikut jadi lain pula. Jadi bolehlah rujuk orang yang lebih pakar. Tak susah pun untuk ambil wuduk dalam toilet kapal terbang. Jadi pakailah pakaian yang selesa. Solat duduk saja di tempat duduk masing-masing.

MELBOURNE AIRPORT (TULLAMARINE) DAN GOSIP ANJING

14 September 2015



Walaupun sedikit bergegar teruk tapi Alhamdulillah kami mendarat dengan jayanya. Kami sampai 30 minit lebih awal dari ETA dan disambut suhu sekitar 17c. Excited sangat lagi bila nampak macam-macam kapal terbang dari negara lain. Walaupun ada banyak kapal terbang yang tersadai, bila kami keluar dari flight, tak ramai pula orang. Jadi kami terus saja ke Imigresen. Disebabkan kami agak cepat, dapatlah beratur awal. Sedang sakan enjoy free Wifi yang laju, tiba-tiba seorang pegawai jerit suruh semua berdiri dalam satu barisan saja. Dua tiga kali dia jerit dan lalu lalang tepi kami. Suddenly aku nampak anjing. Jarak kami dengan anjing hanyalah dalam 5/6 orang saja. Damn !! Orang ramai yang riuh bersembang semua senyap. Nervous sebab makanan aku yang bawa. Terus tukar tangan kanan pegang makanan sebab anjing bakal lalu sebelah kiri. Before inspection by si anjing polis, pegawai ada terangkan yang itu merupakan procedure airport jadi semua disarankan memberi kerjasama. Aku cuba bertenang walaupun anjing tak adalah besar mana tapi seram juga.

Tiba-tiba laju saja seekor anjing berlari tepi aku. Itu saja ke ? Dia tak hidu pun makanan yang aku bawa. Kalau itu saja bersyukur yang amat. Tapi inspection by si anjing tak terhenti disitu saja. Lepas dah ambil luggage kami dipisahkan ke laluan yang khas sebab aku dan Acik Yati declare bawa makanan. Kak Sal hanya declare bawa ubat dan disuruh menggunakan laluan lain. Sekali lagi kami disuruh berdiri dalam satu barisan. Kali ni, segala jenis bag kena letak atas troli. Backpack aku disangkut di sebelah kiri dan handbag Acik Yati disangkut disebelah kanan. Makanan pula aku letak di ruang kecil di troli. Dari belakang dah nampak dah seekor lagi anjing. Isk tak sudah juga rupanya. Sekali lagi anjing berlari-lari keriangan keliling kami untuk check bag-bag yang dibawa. Alhamdulillah tak ada yang sangkut. Semua lepas. 

Kalau katalah anjing tu berhenti lama di bag dan tak nak bergerak tinggalkan bag, barulah pegawai akan datang dan minta kita buka bag. Ada juga aku nampak pegawai bertugas angkat few bags dan dibawa ke kaunter khas. Syukur tak perlu nak melalui semua tu. Overall, segala proses pemeriksaan Imigresen makan masa 1 jam lebih.

Jangan lupa ambil booklet ini di Arrival Hall.
Ada discounts menarik untuk several tourist spots.

SIMCARD DAN PLAN PREPAID INTERNET OPTUS PILIHAN TERBAIK


Aku sumpah tak boleh senang duduk kalau tak ada Internet. Kisahnya, kami dah book Pocket Wifi Wiyo dari Malaysia dengan pakej sebanyak RM196 untuk seminggu tapi hanya dapat 2.5GB saja. Bila aku terjumpa pakej yang ditawarkan oleh Optus, aku terus cancel booking. Beza sangat harganya. Beli simcard lagi senang hati. Mujur tak bayar apa-apa lagi. Hanya 15AUD (RM48 approx) termasuk simcard untuk 7 hari dan setiap hari akan dapat 500MB data. Kalau buat international call hanya ditolak 5 sen saja untuk setiap minit panggilan. Memang berbaloi sangat. Boleh check SINI untuk pakej Optus yang lain. Ada banyak syarikat telekomunikasi yang lain tapi aku suggest korang guna Optus. Senang pun senang untuk dapatkan simcard. Keluar saja dari Arrival Hall, silalah berjalan ke hujung pintu keluar sebelah kanan. Ada kedai Optus disitu. Pekerja sangat ramah. Kak Sal boleh pula buat adegan dramatic di kaunter Optus. Jumpa orang kampung weh !! Excited semacam. Baca SINI untuk drama musim bunga arahan Salbiah Mokhtar. Hihihi..

Dah selesai semua apa lagi ? Marilah kita berhuhuhu..

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Monday, 12 October 2015

KARANGAN AUTOBIOGRAFI AKU SEBUAH BLANGKON

KARANGAN AUTOBIOGRAFI AKU SEBUAH BLANGKON


Nama aku Blangkon. Aku merupakan penutup kepala (topi atau songkok) yang dibuat dari batik dan digunakan oleh kaum lelaki sebagai sebahagian daripada pakaian tradisional orang Jawa. Aku tidak ingat bila aku dilahirkan. Yang aku ingat, aku telah dibawa masuk ke Malaysia oleh pemborong Malaysia ke Pelabuhan Klang dan diagih-agihkan ke seluruh Malaysia. Setelah beberapa kurun aku dipamerkan di Kedai Jahit Tampan Tailor di Arked TAR, Lorong TAR, Jalan Masjid India, akhirnya aku dibeli oleh seorang Wak yang handsome, ganteng dan rupawan untuk dihantar kepada temannya di Nibong Tebal.

Mulalah perjalanan aku ke Nibong Tebal, salah satu daerah di sebuah negeri di utara Malaysia, Pulau Pinang. Aku sangat teruja untuk ke sana bertemu tuan baruku. Tentu kehadiran aku dialu-alukan kerana Wak begitu gigih mencari aku untuk temannya. Cabaran demi cabaran aku tempuh sebelum aku berjaya berada di dalam genggaman tuan baruku.

Aku keresahan. Seharian sudah aku berada di dalam perjalanan menuju ke Nibong Tebal. Tak sabar untuk bertemu tuan baru. Melantun-lantun kurasakan di sepanjang perjalanan. Kadang kurasakan aku seperti diangkat. Kadang aku dicampak. Apa yang berlaku sebenarnya aku tidak tahu. Berdoa di dalam hati agar perjalananku dipermudahkan. Debaran semakin aku rasakan apabila semakin menghampiri destinasi. Aku dibawa ke pusat pengumpulan barangan di Bukit Mertajam sebelum dibawa ke Nibong Tebal keesokan harinya. Lambat sungguh aku rasakan, Lemau tidak bernafas di dalam kotak. Setibanya di pusat pengumpulan Nibong Tebal, aku menanti pula untuk dikirimkan ke alamat yang sepatut. Aku yakin, tuan baruku juga tidak sabar menanti ketibaanku. Bagaimana mahu cepat ? Aku hanya sebuah Blangkon.

Lama aku disimpan di pusat pengumpulan barangan di Nibong Tebal. Aku diletakkan di bersama rakan-rakan baru yang turut sama menuju ke destinasi. Terpaksa lagi menunggu. Penantian memang menyeksakan. Sedang hati meronta-ronta untuk bertemu tuan baruku, aku terpaksa menunggu. Dengarnya, tuan baruku sangat ingin bertemu diriku. Sudah puas meronda mencari Blangkon sepertiku tapi tidak jua bertemu. Aku rasa sangat bertuah kerana terpilih. Apakah debaran ini ? Mungkin inilah yang dinamakan cinta. 

Aku akhirnya dihantar ke alamat yang sepatutnya. Tapi aku dibiarkan sepi di dalam peti surat. Cepat !! Cepat !! Aku sudah tidak sabar mahu keluar dari kotak ini. Apa lagi yang ditunggu ? Sudah kebosanan menanti. Rupanya tuan ku harus datang untuk mengambilku di peti surat. Aku dibawa pulang. Mahu saja aku meloncat keriangan tapi aku terlupa, aku hanya sebuah Blangkon.

Di rumah tuan baruku, aku mencuri-curi dengar perbualan tuan baruku. Nama Wak disebut-sebut. Barangkali tuan baruku berseloroh kerana sudah menerima aku daripada Wak. Perlahan-lahan kotak dibuka. Tergolek-golek aku di dalam kotak ketika tuan baruku ingin membuka balutan Wak.

Aku rasa gembira akhirnya aku dikeluarkan dari kotak dan bertentang mata dengan tuan baruku yang aku panggil CT. Dia membelek-belek aku kekaguman sambil memujiku. Mungkin tidak percaya bahawa sebuah Blangkon berada di tangannya. Aku menjadi hairan. Mana mungkin seorang perempuan mahu memakai aku sedangkan aku sepatutnya dipakai oleh orang lelaki. Semuanya terjawab apabila CT meletakkan aku di kepala seorang lelaki yang dipanggilnya DediS. Tersemat elok aku dikepala DediS. Ngam-ngam ukur lilitnya. Jadi aku membuat konklusi, tuan baruku bukan CT tetapi DediS. Aku gembira melihat mereka gembira. DediS terlalu menyukai aku sehingga tidak mahu menanggalkan aku dari kepalanya. Geli pula hatiku. Sewaktu menanda kertas jawapan anak-anak muridnya juga DediS memakaiku. 

Tertanya-tanya, kenapa keluarga ini sangat memerlukanku ? Tidak pula mereka ini mempunyai darah suku Jawa dan sebagainya. Beberapa hari berada bersama keluarga ini, akhirnya aku tahu. DediS memerlukan aku untuk satu majlis sambutan di sekolahnya tidak lama lagi. Para guru dan pelajar diminta untuk berpakaian mengikut tema tradisional. Anak-anak murid DediS ingin berpakaian tema orang Jawa jadi DediS haruslah juga berpakaian mengikut tema. Untuk melengkapkan pakaian DediS, sebuah Blangkon diperlukan. Jadi CT telah menghubungi Wak yang dirasakan sangat sesuai untuk membantu misinya mencari sebuah Blangkon untuk ayahnya.

Sambungan kisah Aku Sebuah Blangkon dari blog Tiga Lalat.

-------------------- S - E - K - I - A - N --------------------

Terima kasih Wak tolong belikan dan poskan Blangkon. Terima kasih juga untuk kiriman souvenir. Dengan ini, daku belanja seketul gambar Wak Mi bersama Blangkon barunya.


-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Wednesday, 7 October 2015

SEHARIAN DI PENANG BERSAMA SALLY SAMSAIMAN

SEHARIAN BERCINTA BERSAMA SALLY SAMSAIMAN DI PULAU PINANG


Apa hampa rasa bila nak dating dengan seorang stranger yang tak pernah hampa jumpa untuk pertama kalinya ? Selama ni beramah mesra di blog masing-masing macam dah kenal lama. Tiba-tiba nak jumpa face to face ketaq lutut ni. Ya. Kawan bloggers. Mesti semua ada pengalaman bertemu buat kali pertama kan kan kan ? Hampa rasa apa ? Habaq mai sikit.

Over !!

Hahaha tak adalah teruk sangat macam tu. Dah kita tak kenal kan ? Mesti cuak rasanya. Debar macam nak jumpa calon suami. Excited juga dalam masa yang sama sebab teruja nak bawa persahabatan yang terbina di alam maya ke realiti. Akhirnya bertemu jua.

Korang jangan cakap tak kenal Sally okay. Famous tau seorang Sally ini. Tak percaya silalah terjah blog Sally Samsaiman. Awal September yang lalu, Sally datang singgah ke Penang setelah beberapa hari sun bathing di Langkawi. Sally memang dah contact aku few weeks before sebelum datang lagi. Memang kami dah plan untuk bertemu menatap dua mata masing-masing. Secara tidak langsung, aku dilantik jadi tour guide tak bertauliah kepada Sally. Blur kejap tak tahu mana nak bawa. Mujur Sally tak banyak ragam. Solehah saja mengikut. 

Together with Ana, aku ambil Sally di Hospital Seberang Jaya. Awat kat hospital ? Haaa.. Sally memerlukan rawatan emergency. Acah saja. Kawan Sally drop Sally di bus stop yang berada di depan entrance ke hospital. Senang untuk aku ambil Sally disitu. Kawannya ada urusan lain jadi tak dapat nak bawa Sally pusing-pusing. Aku took over the job. Sally masuk saja kereta terus sembang macam dah kenal sejak lahir. Aku rasa okay sebab Sally pun dapat biasakan diri dengan baik. Tak kekok dan semuanya berjalan lancar.

Yes. Terus saja aku drive masuk pulau sambil bergelak ketawa menyembang dengan Sally. Aku tanya if Sally ada tempat-tempat idaman yang dia nak tuju tapi katanya tak ada. Dia ikut saja mana aku nak bawa. Maka teruslah otak aku ligat berfikir. Mula nak atur journey dan cuba sebaik mungkin susun aktiviti. Yelah !! Nak layan tetamu dari jauh ni.

SALLY SAMSAIMAN DI STREET ART PENANG


Aku rasa tempat ini memang wajib singgah buat semua tourists yang masuk Penang. Walaupun aku dah dekat berpuluh kali singgah tapi tak apa. Dah bawa orang jalan kenalah bawa singgah sini. Kalau tak nanti tak complete visit. Orang pula sangatlah ramai sampai pusing dua tiga kali cari parking. Weekends. Dua hari before that kecoh di Facebook ada puak manusia otak geliga dah spray Street Art sekitar Penang dengan spray kuning. Tapi bila kami pergi tengok okay saja. Jadi tak tahulah macam mana. Rezeki Sally untuk enjoy Street Art that day.



Aku rasa semua orang pun memang dah tahu. Kalau datang Penang memang wajib singgah cari Street Art. Kalau korang rajin Google, Street Art di Penang ni dah bersepah-sepah. Merata boleh nampak. Tapi yang betul-betul pioneer adalah di sekitar Jalan Armenian. Kalau rajin bolehlah sewa basikal untuk explore lebih jauh. Janji jangan pakai skirt macam aku. Kami ronda sikit saja. Tak menyeluruh sampai ke Chew Jetty pun memandangkan Sally sedikit injured. Aku bawa Sally jenguk Street Art yang wajib bergambar saja. Kesian pula nak ajak Sally menapak jauh-jauh.



AIS KEPAL DI JALAN ARMENIAN / PENANG STREET ART


WAJIB !! Aku dah tulis wajib jadi jangan derhaka much. Dengan cuaca panas matahari mencanak atas kepala, elok sangat korang cuba ais kepal ni. Datang with various flavors jadi pilih sajalah yang mana korang suka. Hanya RM3 untuk single flavor dan RM5 kalau campur-campur. Favourite aku adalah anggur dan sarsi. Kat tengah-tengah ada sebiji asam ko. Asyik makan benda alah ni sampai tak sedar apa. Ada few kedai yang jual ais kepal ni sepanjang Jalan Armenian. Mana-mana pun sama saja. Kalau rajin, boleh menapak jauh sikit untuk makan aiskrim kelapa. 

Lepas dah puas posing dan pusing-pusing, kami pun bergerak untuk ke next destination. Aku tanya kot si Sally lapar tapi katanya tak lapar sebab dia dah breakfast kaw punya. Dia nak makan yang ringan-ringan saja. Rugi Sally rugi !! Aku tengah bermurah hati nak belanja makan nasi kandar tapi ditolaknya kemurahan hatiku. Sampai hati. Hahaha.. 

Ligat kepala berfikir, mana nak dapat makanan ringan-ringan tengah hari rembang ? Ting !! 

SALLY SAMSAIMAN MENERJAH CHOWRASTA


Yes. Aku tak boleh fikir dah tempat lain. Kalau si Sally nak makan nasi kandar memang laju aku drift ke Nasi Kandar Line Clear atau Nasi Kandar Pokok Ketapang. Akhirnya ke Chowrasta. Ada few stalls yang dibuka dan adalah makanan ringan-ringan yang Sally nak. Kalau korang nak borong souvenirs dan jeruk, Chowrasta adalah tempat yang terbaik. Memang lots of choices untuk dipilih dan kedai jeruk bersepah-sepah. Aku tetap suggest Jeruk Madu Pak Ali as the best. Tapi terpulang. Selera tekak lain-lain.

Di Chowrasta ada banyak pilihan makanan jalanan (baca : street food). Memang tumpuan pelancong dan juga penduduk setempat. Orang lunch hour mai makan kat kawasan ni jadi tak pernah sunyi. Baru-baru ni ada seorang Uncle Mee Goreng keluar newspaper. Uncle tu memang berusia sangat dah tapi ligat keletung keletang menggoreng mee. Aku tak pernah rasa sebab tak minat Mee Goreng Mamak. Dari pemerhatian aku yang selalu tengok kedai dia penuh, sedap agaknya. Hihihi.. Ada juga pelbagai jenis kuih yang baru digoreng, cendol dan buah berangan.



CUCUR UDANG CHOWRASTA / AIS TINGKAP FAMOUS GEORGETOWN


Pilihan makanan kami untuk makan ringan-ringan adalah Cucur Udang Chowrasta dan Ais Tingkap. Cucur udang biasa saja rasanya. Bolehlah untuk dinikmati ketika lapar. Not bad. Aku sebenarnya tahu pasal Ais Tingkap pun baru saja. Itu pun sebab CN aka Cik Nurul yang bagitau. Malu haih.. Duduk kat Penang dah 23 tahun tapi apa pun tak tahu. Bila aku tanya DediS memang katanya famous di Georgetown. Dapat nama 'Ais Tingkap' sebab dijual melalui tingkap. Air sirap saja sebenarnya tapi ada sikit maju. Ditambah biji selasih dan isi kelapa. Tak guna ais ketul tapi ais sagat. Jadi macam slurpee gitu. Bila minum waktu panas tengah hari memang kick sangat. 

Kalau korang seorang yang diabetic, aku tak suggest ya.. Super manis. Mungkin kalau nak cuba juga kena minta kurangkan gula. Walaupun dah tak dijual melalui tingkap, tapi tingkap yang dulu-dulu terkenal masih dikekalkan. DediS kata rasanya masih sama macam masa dia minum waktu kecil. Lepas ni sila masukkan Ais Tingkap dalam wishlist wajib cuba. 

Kami kemudiannya meronda sekitar Georgetown dengan kereta. Tak kuasa menapak. Panas. Akhirnya kami decide untuk singgah di Upside Down Museum yang baru beroperasi. Macam-macam tempat tarikan baru yang dibuka di Penang sampai aku tak sempat nak catch up. Tapi itu nanti kita cerita okay ? Simpan untuk jadi stock entry lain.


PANTAI TELUK AWAK, TELUK BAHANG


Aku tanya Sally, pukul berapa curfew kena balik. Katanya almost dah. Alamak !! Baru nak masuk jalan ke Batu Ferringhi. Tak apalah. Kasi redah juga. Selepas solat Zohor dan Asar, kami terus ke Pantai Teluk Awak. Aku ada cerita pasal pantai ni di SINI. Pantai yang aku pergi dengan Geng Bulat lepas kami sesat cari jalan. Sebenarnya nak bawa Sally lepak di pantai yang bertentang dengan Spice Garden tapi full house. Memang tak jumpa parking. Lastnya menonong ke Pantai Teluk Awak. 


Siapa boleh teka apa yang si Sally tengah buat ? Pelik-pelik benda baru aku belajar dari dia that day. Bila ingat balik memang aku gelak. Isk betuah punya Sally. Hahaha..

Pantai Teluk Awak bukan pantai commercial tau. Kalau korang bayangkan ada tempat salin baju dan sebagainya memang kirim salam siap-siap. Ramai pun orang kampung yang tinggal sekitar pantai saja. Kalau nak mandi boleh. Ramai anak-anak kampung berendam sakan. Tapi aku rasa pantai disini sedikit berlumpur daripada bahagian pantai yang lain. Memang normal kalau korang mendapat pandangan sedikit pelik dari penduduk tempatan. Yelah !! Tiba-tiba sesat orang luar tapi do not worry. Nak takut apanya ? Kita pi nak layan perasaan saja. Nak lepak tenangkan fikiran elok datang sini compared to other pantai yang ada. Lama juga kami disini. Sampai perut dah mula berdondang sayang. Nak cari tempat for dinner. Lets go..

Nak sampai sini senang saja. Waze saja Teluk Awak atau boleh refer entry INI. Aku dah ceritakan dah. Rajin-rajin pi baca.

KEMPUNAN PASEMBOR PADANG KOTA


Sedih !! Tak dapat nak belanja Sally lagi. Huuurm.. Sally memang kena datang Penang lagi. Kami dah sampai Padang Kota dengan hujan renyai-renyai. Mencari parking sampai dua kali pusing. Dah dapat parking maka kami pun senang hati. Rupanya, kawan Sally dah sampai Padang Kota juga untuk ambil Sally. Sedikit blur ketika itu bila Sally kata dia nampak kereta kawannya. 

Aaaik ? Alaaa.. Tak makan la macam ni ? Hancus hatiku..

Jadinya plan untuk makan that night lebur. Sally pulang bersama kawannya. Macam terlalu pantas pula dah sampai detik nak berpisah (mood drama). Sempat juga berpeluk cium to bid goodbye. Aku harap akan ada pertemuan seterusnya. Sudi tak Sally ? Nak suruh Sally belanja sushi. Lalala..

Thanks for coming Sally. Harap Sally berpuas hati dengan service tour guide tak bertauliah ini. Datanglah lagi and lets plan a proper trip. Sorry for any inconveniences.

-----------------------------------------------------------------------------


Sorry sangat-sangat sebab tak dapat nak entertain or luangkan masa untuk korang berdua when you both came to Penang last time. Terima kasih ingat kat diri ini dan ajak berjumpa. Timing tak kena bukan kerana tak sudi. Insyallah ada rezeki next time pasti ketemua jua. Muah !!

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Saturday, 3 October 2015

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : #2 PREPARATION

JALAN-JALAN MELBOURNE : PERSEDIAAN UNTUK KE MELBOURNE


Entri sebelumnya di SINI.

Haaa.. belum lagi. Belum nak masuk bab cerita jalan-jalan lagi. Sabaq na.. At first aku ingat nak buat entry ni last sekali as a wrap up selain daripada pembentangan budget yang telah dijahanamkan selama seminggu. Konon nak share tips. Tapi tak jadi. Aku rasa entry persediaan should come first. Before travel memang kena buat few things dulu kan ? Tak kan main hentam terjah cenggitu ja. Naya weh. Kang ada yang kena hantar balik Malaysia elok dah sampai airport. Nauzubillah.

Last few days, aku terima dua email. Satu dari adik manis Aqilah (not sure dia ada blog or not) and Kakak X (she is not a blogger dan identiti mahu dirahsiakan). Both of them akan pergi Melbourne real soon dan they asked me few things. Kakak X especially suruh aku update cepat tentang persediaan yang aku buat untuk ke Melbourne. Kakak X risau banyak perkara katanya since dia akan visit Australia untuk kali pertama. Dia akan berangkat dalam beberapa minggu lagi. Samalah kita kak.. I feel you. Memang banyak benda yang memeningkan. Kakak X ada senaraikan soalan-soalan yang mengganggu fikirannya dan aku dah pun balas mana yang termampu. Jadi aku merasakan ada baiknya aku share disini. Mungkin dapat membantu korang yang sama-sama terganggu fikiran sebab aku juga ada persoalan yang lebih kurang sama dengan Kakak X while getting ready nak berlepas. Bila sendiri dah melalui, dapat pengalaman baru boleh sembang kencang. Gitu.. 

1. Tiket



Tak ada tiket hampa nak terbang macam mana ? Jadi.. benda paling penting adalah tiket. Lepas dah ada tiket baru boleh proceed dengan urusan lain. Bagi aku.. tiket lagi penting dari duit belanja. Nak beli tiket sebenarnya adalah satu peperangan. Peperangan untuk dapat tiket yang murah dari yang orang lain pernah dapat. Aku survey banyak blog-blog travel yang ke Melbourne. Rata-rata dapat tiket around RM800-RM1000 untuk return tiket without luggage. Tapi dalam entry sebelum ni, aku dah habaq siap-siap yang aku beli tiket secara berasingan sebab aku tak ada duit segedebuk nak beli return tiket. Back in April 2015 aku beli tiket pergi KUL - MEL dan August 2015 baru aku beli tiket balik. But luckily.. Kalau aku terus beli return tiket bulan April adalah lagi mahal. Rajinkan diri istiqomah untuk selalu visit website syarikat penerbangan yang korang suka untuk compare harga. Bila dapat harga yang diidamkan, rembat saja. Jangan tunggu dah. 

Bab ni kami ada drama juga. There was this one day aku tiba-tiba cek harga tiket balik jadi murah serendah RM6++ saja. Tak pernah lagi aku tengok harga semurah itu. While promo pun tak dapat harga tu. Aku terus contact Travel Partner. Patutnya aku setuju saja bila Travel Partner nak belikan tiket. Takut harga naik. Aku cakap hold dulu sebab aku kena pergi bank masukkan duit. Aku memang tak simpan duit dalam bank sangat selain saving hakiki atas sebab tertentu. Jadi manually kena masukkan duit dan baru boleh beli tiket. Bila dah balik terus on laptop dan nak beli tiket. Still harga yang sama. Masih RM6++ tapi bila dah confirm nak bayar terus naik harga tak seperti yang kami sangkakan. Uik ? Kenapa  Huurrm.. bila cek balik memang dah tak ada harga RM6++ tu. Menangis tak berlagu lagi. Jadi kami ambil keputusan untuk pejam mata dan beli saja tiket balik tanpa perlu tunggu lebih lama.

Memang barang lama usah dikenang.. Tapi still rasa guilty. Maafin guwe dong, kakak.

2. Accomodation / Penginapan

Semua orang sedia maklum. Penginapan di Australia memang super expensive. Bed and breakfast yang paling simple pun boleh buat kita dapat darah tinggi. Tapi kalau pandai cari boleh dapat yang berpatutan. I met few kekakaks dari Malaysia while I was there. They all dapat bilik hotel (hotel ya bukan hostel) dengan bayaran RM4++ sekepala untuk seminggu. Empat orang dalam satu bilik. Aku rasa harga yang dibayar sangat berpatutan. Jadi tak mustahil untuk dapatkan harga yang murah. Aku beruntung. Aku ada Cik Tia (noted that Cik Tia is my ex-schoolmate when I was in MRSM) yang sudi untuk menumpangkan kami selama seminggu. Thank you so much. Aku rasa, sebab kami duduk di rumah Cik Tia, feeling kami sikit lain. Extra attached. Felt like home. Gitu.. Kalau tak ada Cik Tia rasanya aku tak sampai Melbourne sebab aku ada that sceptical thinking yang semua hotel / hostel adalah mahal di Australia. Well.. kita kena rajin search untuk dapat the best price.

3. Luggage

Ini adalah sangat subjective. Terpulang kepada kehendak masing-masing. Aku bukan jenis travel backpacking style jadi yang mana datang singgah dengan harapan ada tips untuk backpackers memang salah platform. Aku tak reti nak travel kalau tak bawak luggage. Aku ada minta pendapat Kakak Macho aka SS berapa berat ideal untuk aku beli pergi dan balik. Berat luggage nak share berdua. Cheaper berbanding tamak haloba bolot seorang diri. Kakak Macho pun advice this and that. Lepas aku berbincang dengan Travel Partner, kami bersetuju untuk beli 20KG pergi dan 30KG balik. For sure balik mesti akan lagi berat. Nak sumbat anak kangaroo hampa ingat ringan ? Belum campur lagi jajan manik koran untuk orang kampung. Jadi biarlah berwawasan jauh dengan beli extra KG daripada kita menangis terseksa bila kena bayar extra di kaunter. Kalau korang nak bawa makanan bersama, silalah tambah berat luggage sikit lagi. Kalau tidak korang bakal mengulangi drama yang aku dah buat ketika nak check in. Nak tahu drama apa ? Tunggu..

4. Pasport

Make sure valid untuk at least enam bulan before fly. Bunyi macam simple easy peasy tapi antara aspek yang paling penting. Korang mesti tak nak bila dah siap sedia semua tiba-tiba dapat tahu pasport korang tak valid dah. Boleh mental breakdown serta merta tahu tak ? Jadi biarlah kita jadi extra careful untuk semua perkara. Nak pergi tempat orang. Jadi kenalah hati-hati. Pasport aku dah lama tamat tempoh. Bulan September 2014 lagi. Aku baru renew a month before depart. Jangan ikut perangai aku yang suka bertunda ni. Untung sebab di Jabatan Imigresen Pulau Pinang usually tak hectic. Memang satu jam saja aku dah dapat pasport baru. Kalau korang ada masa extra silalah renew secepat mungkin. Nanti tak kalut.

5. Visa

Seperti yang disarankan oleh ramai rakan bloggers di blog masing-masing. Aku pun buat Visa untuk masuk ke Australia dengan menggunakan khidmat Cik Intan. Memang famous sungguh Cik Intan. Hampir setiap travel blog yang share tips ke Australia akan petik nama dia. Aku pun nak join the crowd. Kalau korang pun masih tercari-cari jawapan macam mana nak buat Visa untuk ke Australia meh sini nak habaq mai. Korang hanya perlu email pasport, nombor telefon, email address, flight details dan alamat kepada Cik Intan di alamat email : eta.australia@yahoo.com dan sediakan bayaran sebanyak RM20 sahaja. Kalau korang super rich, boleh terjah website Australian Electronic Travel Authority (ETA) untuk apply ETA dengan bayaran sebanyak 20AUD (RM63 Approx).

Kenapa berbelanja lebih ? Sayangilah duit anda.

Dalam masa sehari saja aku dah dapat email confirmation dari pihak Cik Intan. Memang super cepat. Dah dapat Visa baru bayar. Kalau boleh jangan buat last minute macam aku. Biar settle awal jadi senang hati. Tapi sebab aku belum renew pasport jadinya lambat jugalah baru buat Visa. Jujur cakap, aku doubt sama ada Visa yang dihasilkan valid atau tidak. Tapi aku yakin sebab ramai dah selamat pergi dan balik tanpa anything bad happen to them. Terima kasih Cik Intan.

6. Duit


Antara krisis terbesar yang dihadapi oleh Malaysia adalah penurunan nilai matawang Ringgit Malaysia. Aku menyesal tak tukar duit awal-awal. Pada awal August 2015, kadar pertukaran hanyalah RM2.57 : 1AUD. Tapi aku hold on dulu. Buat kerja selalu bertunda. Tambahan pula duit gaji sebagai guru ganti tak masuk lagi. Kalau aku tukar duit simpanan yang ada nanti tak ada duit belanja pula. Ada banyak benda yang perlu difikirkan. Jadi bila duit gaji masuk, aku terus tukar. Tiga kali aku buat pertukaran matawang jadi aku dapat tiga nilai yang berbeza. Paling sakit haruslah yang paling mahal. Budget aku sebenarnya sikit saja. Tak sampai 1000AUD pun. 

Tapi MamiZ bagi aku extra money. Hadiah birthday yang aku belum claim. Jadi aku ada extra money. Few days before fly, MamiZ bagi lagi duit. Aku rasa macam dah tak perlu. Cukup dah perbelanjaan based on hasil aku congak tambah tolak bahagi semualah. Tapi haaaaati omak !! Mano poe pun dia tak akan sonang duduk. MamiZ risau if anything bad happen disana dan what if tiba-tiba kad bank aku tak boleh guna. Jadi better bawa cash. The safest option. Aku berangan nak bawa credit card DediS or MamiZ tapi bila direnung kembali, agak menakutkan. Nanti kena cekup fraudulent kat Melbourne buat naya ja. Famous internationally tiba-tiba keluar surat khabar. But.. I became a good girl there. I did not spend much. Kononlah !! Hahaha.. 

7. Travel Partner

Kalau korang jenis travel solo ini bukanlah masalah untuk korang. Ikut selera dan style masing-masing. Aku memang tak akan travel solo. Memang jujur aku tak berani. Tempat orang weh. Jadi apa-apa memang hazab. At least kena ada teman juga walau seorang. DediS dan MamiZ pun confirm tak akan lepaskan aku pergi jalan seorang diri. Walaupun disana aku ada Cik Tia, tapi aku tak boleh ajak dia berjalan sangat. Dia ada kerja nak dibuat. Cik Tia pun suggested untuk aku bawa kawan at least seorang. Tak adalah kesenduan yang amat menonong jalan seorang diri.

Kisahnya.. aku beli tiket dulu. Kemudian baru aku gelabah untuk cari travel partner bila Momon yang aku jangkakan dapat teman aku kena ke Bandung. Aku resah tapi masih cool. Aku pernah juga advertise dalam beberapa entries tapi tak ada orang yang sudi menyahut ajakan aku. Well.. siapalah diriku ini. Orang pun tak sudi nak teman. Tapi aku tak berputus asa. Lama dah aku jeling blog expected candidate as a Travel Partner aku yang seorang ini. Tak pernah berhubung pun selain berbalas-balas komen di blog masing-masing. Jadi untuk menghasilkan impak yang lebih berkesan, aku mula berdrama.

"Kak !! CT ada hal urgent gila nak cakap dengan akak. Email CT okay.."

Sumpah. Esok pagi aku terus dapat email. Huahuahua..

Jahat gila. Aku buat drama minta nombor telefon untuk memudahkan komunikasi. Elok aku whatsapp terus expected candidate terjah aku dengan bermacam-macam soalan. Mesti dia cuak kenapa aku yang entah duduk ceruk dunia mana ada hal urgent nak sembang. Choooi sangat !! Kalau tak buat macam tu aku tak dapat nombor telefon dia. Yes !! Maka aku teruskan misi dengan memperbentangkan usul. Alhamdulillah. Expected candidate aku aka Kak Salbiah sudi untuk travel bersama. Yahoo.. Aku dah tak perlu risau. Hari yang sama terus dia beli tiket. 

Berdebar weh nak travel dengan orang yang kita tak kenal. Dup dap dup dap jantung ni sepanjang nak sampai KLIA2. First time jumpa teruk click. Memang awesome. Sabar layan perangai aku. Hahaha.. Alhamdulillah tak ada any pergaduhan tarik rambut atau masam muka. I think kami sama-sama enjoy. Aku saja ke rasa awesome tapi Kak Sal biasa-biasa saja ? Jaaawab cepat kak !! Jaaawab.

Yang belum kenal kakak gila bola ini, silalah rajin-rajin terjah. Kak Sal lagi pantas update entry berbanding aku. Jadi boleh baca cerita-cerita travel kami di blog Kak Sal. Nak tunggu aku cerita memang berkurun. Hihihi..

8. Pakaian / Forecast

Aku hanya beli few saja pakaian baru. Yang lain memang recycle. Denim jacket yang dibeli tiga tahun lepas diguna pakai balik. Top yang agak lama tapi jarang-jarang pakai dan sehelai sweater yang dirembat last minute. Aku bukan fashionista pun jadi tak pulun sangat. Janji nampak kemas. Few weeks before depart aku memang rajin check Melbourne Forecast dan Melbourne Weather Zone. Kena check ya kawan-kawan.. Senang untuk kita rancang perjalanan. Setiap negeri di Australia ada different cuaca dan keadaan. Tak sama langsung. Suhu spring di Melbourne tak akan sama dengan suhu spring di Sydney atau Gold Coast. Jadi kena make sure korang identify weather yang betul. Tapi apa-apa pun, semuanya kehendak Tuhan. Yang kita tengok tu ramalan saja. Kalau tiba-tiba cuaca tak seperti yang dijangkakan, jangan nak grumpy tak pasal pula. Situasi ini terjadi pada kami. While planning itinerary, dijangkakan suhu hanyalah sekitar 15-20c tapi sebaliknya yang berlaku. Hanya pada hari pertama saja suhu nyaman sekitar 17c tapi pada hari-hari berikutnya, suhu drop sehingga 7-9c pada waktu siang dan solid 3-4c pada waktu malam. Jadi kena selalu bersedia. Aku ? Pakaian yang dibawa sedikit malfunction juga ketika disana.

Nasihat aku untuk korang yang bakal travel pada musim bunga ke Australia, especially Melbourne, bawalah raincoat atau payung. Bawa juga jacket yang sedikit tebal dan tak over pun kalau bawa trench coat atau down jacket. Ramai gila orang yang still balut diri dengan baju tebal. Another point yang penting, pastikan kasut korang dalam keadaan yang baik. Jangan nanti tengah seronok berjalan tapak kasut tercabut tertinggal di belakang. Ooops !! Pilihlah kasut yang sesuai. Boots atau sneakers adalah pilihan yang bijak. Yang penting selesa. Nak melawa isu nombor dua.

9. Itinerary

Seawal bulan April 2015 lagi aku dah mula godek-godek entries kawan-kawan bloggers yang dah sampai Melbourne. Percayalah !! Banyak gila entries aku baca untuk cedok maklumat. Pengalaman kita lain-lain. Jadi aku baca sebanyak mungkin dan senaraikan nasihat dan tips yang diberikan. Jangan malas dan jangan malu bertanya kalau tak faham. Hampa pi tanya PLM tu.. berapa banyak email aku dia jawab ? Hahaha.. Tabah sungguh PLM melayan. Terima kasih PLM. 

Selain tu kita kena rajin check official websites tempat-tempat yang nak dituju. Satu perkara pasal Australia ni.. Aku notice waktu operasi ada yang berbeza-beza ikut musim. Jadi kena alert bab tu. Ada yang sama saja throughout the year ada yang tak. Maka rancanglah perjalanan korang dengan teliti supaya hari korang terisi dengan elok. 

Another thing yang penting untuk diambil kira, kalau kita jalan seorang diri kita tak perlu fikir orang lain. Tapi this time aku jalan dengan Kak Sal. Walaupun aku buat itinerary, aku kena tanya juga kalau Kak Sal ada any particular places yang dia nak pergi. Bukan ikut kepala aku semata-mata. Kena ada give and take. Tapi Kak Sal kata dia ikutkan saja. Dia letak kepercayaan untuk aku rancang trip kami. Jadi aku pun cuba sedaya upaya untuk jadikan trip kami selancar mungkin. 


Ini adalah sample layout untuk itinerary aku. Details akan dipersembahkan kemudian. Thanks again untuk Kakak Macho aka SS sebab emailkan aku layout itinerary untuk dijadikan panduan. Aku pulun susun itinerary dua minggu before depart. Aku tak sempat nak print susun kasi cantik dan kemas macam kitab busuk SS sebab memang dah suntuk gila masa. Aku print itinerary beberapa jam before aku gerak ke KLIA2. Memang sangat chaotic. Kenapa ? Walaupun dah dua minggu mengadap itinerary, aku sebenarnya terkejar-kejar untuk key-in dan marking kertas test dan quiz students. Memang aku tak boleh nak concentrate langsung. Tapi alhamdulillah aku berjaya siapkan juga.

Kalau korang takut tak dapat line internet yang bagus disana, silalah print siap-siap peta yang boleh diambil dari Goole Maps. Kalau kata ada line internet yang laju pun, handphone canggih cepat habis bateri. Jadi elok ada back up peta dalam simpanan. Membantu.

10. Makanan

Aku rasa bab makanan memang antara benda paling merunsingkan. Mula-mula rasa macam tak nak bawa anything tapi ended up kami bersepakat untuk bawa juga. Kena alert extra bab makanan yang nak dibawa sebab Australia dan New Zealand sangat strict dan fussy. Menyampah pun ada juga sebab mengada sangat tapi hormat sajalah. Dah datang nak menempek kat negara orang. Jangan buat perangai pula.

Untuk senarai official barangan yang boleh dibawa masuk ke Australia, korang boleh refer website Declare it ! untuk keterangan lanjut. Kalau ikutkan tak susah mana pun. Ikut sajalah apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Another aspect yang aku risaukan adalah sama ada barang makanan aku akan dihidu oleh anjing-anjing yang mengawal Melbourne Airport atau tidak. Ya.. Ini adalah hebahan yang paling kerap aku baca. Hasil bacaan aku, ada diantara rakan-rakan bloggers yang mengalami pengalaman berdepan dengan anjing polis di Melbourne Airport. Seram. Irony sungguh. Cik Tia dah dua tahun belajar di Melbourne tapi tak pernah berdepan dengan anjing Melbourne Airport. Semuanya ikut nasib. Jadi kenalah banyak berdoa agar urusan dipermudahkan.

Ada yang habis satu bag luggage diteroka oleh anjing dan ada yang kastam buka luggage untuk check apa yang dibawa. Macam ganas bunyinya. Kalau dah ada orang pernah lalui pengalaman yang macam tu, tak mustahil aku juga akan berdepan perkara yang sama. Sama ada aku berdepan dengan anjing Melbourne Airport yang terkenal atau tidak, tunggu.

Sekarang aku nak kongsikan dengan korang, macam mana aku pack makanan yang aku bawa ke Melbourne. Thanks Kak Huda yang personally guide dan share macam mana nak pack makanan. Kak Huda dan Melbourne dah ibarat rumah kedua jadi dia ada banyak pengalaman. Dia petik je jari terus sampai Melbourne. Kan kak kan ? Hahaha.. Bolehlah terjah tanya apa-apa yang korang blur tak faham kat Kak Huda.

Hasil perbincangan dan nasihat dari Kak Huda.. Aku came out with this idea untuk pack makanan yang bakal dibawa. Bukanlah 100% ilham aku. Aku cilok idea Kak Huda juga.

CARA BUNGKUS MAKANAN UNTUK DIBAWA KE AUSTRALIA



Letak makanan yang nak dibawa dalam plastik murahan seperti diatas. Susun baik-baik. Yang paling berat dibawah dan seterusnya. Pandai-pandailah korang arrange.


Kemudian, letak plastik murahan yang berisi makanan yang nak dibawa di dalam tote bag atau any bag yang korang rasa sesuai untuk dibawa. Make sure kukuh. Jangan guna plastik murahan dah sebab takut terburai di tengah jalan.


Dan finally, balut tote yang digunakan dengan satu lapisan plastik murahan. Ini adalah untuk persediaan kalau ada anjing yang hidu bag korang, boleh buang plastik murahan layer paling atas. Kalau dia hidu tote, macam sayang pula nak campak tote.

Jadi, bungkusan makanan ini bolehlah korang simpan di dalam luggage yang korang akan check-in. Bila sampai di Melbourne Airport nanti, keluarkan bungkusan dari luggage dan asingkan. Letak bungkusan jauh sikit dari luggage. Kalau terus simpan dalam luggage takut nanti anjing gomol luggage pula. Dah ada yang kena beli luggage baru. 

Pahe dok ni ? Dok pahe gak kawe dok tau nak buak guano (Jahanam bahasa).

11. Senarai Makanan


Aku dapat tips ni dari blog ItsPooBritney. Aku selalu jadi silent reader blog dia. Last time pernah juga drop komen tapi tak buat dah. Malu. Aku suka baca cerita travel dia. Nak banding dengan aku memang tak sama level langsung. Kasta lain. Hahaha.. Aku cilok tips ni dari dia. Dia sediakan senarai makanan dan bahan-bahan yang ada dalam makanan yang dibawa. Untuk apa ? Just incase barangan yang dibawa kena tahan, hulur saja kertas ni. Pandai-pandailah pegawai kastam kat sana nak belek dan tilik ingredients sesuai atau tidak untuk masuk ke Australia. Aku buat dua copies. Satu copy aku letak dalam bungkusan makanan siap-siap. Kalau dia buka dan check, dah siap dah list makanan dalam bungkusan. Another one as back up.

Terpulanglah pada korang nak buat atau tidak. Tahap penakut aku super high sebab tu aku prepare apa yang patut seboleh mungkin tak kena tahan dengan kastam. Alhamdulillah semua lepas. Tapi dua tin sos pasta aku kena tahan. Bukan di Melbourne Airport tapi di KLIA2 sebelum berlepas. Nak tahu kenapa ? Jeng jeng jeng.. Tunggu.

12. Travel Tour / Kereta Sewa / Etc

Niat asal aku berlagak nak drive. Tak perlu buat international license pun. Lesen Malaysia valid di Australia. Kalau rasa ragu sangat, pergilah buat salinan lesen di JPJ dalam Bahasa Inggeris. One day aku ternampak someone posted about hook-turn yang sangat terkenal di Australia di Facebook. Aku tengok video di Youtube dan serta merta seram. Actually kalau korang memahami rules lalu lintas dengan cemerlang, nothing to worry. Tapi disebabkan kerisaukan ini telah aku luahkan pada MamiZ, dengan serta merta MamiZ tak bagi aku drive. Aku ni boleh masuk kategori anak solehah juga sebenarnya. Dalam degil aku dengar cakap juga. Kalau mak tak bagi jarang-jarang aku derhaka. Aaargh stress tau dak. 50% daripada itinerary memerlukan kereta untuk sampai ke destinasi. Macam mana aku nak proceed kalau tak ada kereta ? Seminggu juga aku keresahan.

Akhirnya Allah SWT hantar bantuan. Entah macam mana boleh pula ada seorang budak randomly follow IG aku. Bila aku buka IG dia, aku tengok dia posing di Bathing Boxes Brighton dan aku terus jump into conclusion, dia study disana. Aku approach dia but unluckily, dia belajar di Sydney. Hurmm.. Aku kembali murung. Few days after that, that budak came back to me cakap dia ada tanya few friends di Melbourne yang sudi nak bawa kami jalan. Akhirnya ada seorang yang sudi bawa kami jalan-jalan. Another good news, kami tak perlu sewa kereta. Kawan kepada Cik Tia ada tinggalkan kereta untuk dipinjamkan kalau ada nak pergi mana-mana. The problem was, its a manual car dan aku hanya pandai hidupkan enjin saja. Cik Tia boleh drive tapi kalau jauh takut juga. So kami still perlukan khidmat tour guide untuk tolong drive. He said okay. Cool. Alhamdulillah. Settle satu perkara tak perlu susah hati dah.

Jadi korang sila make sure pengangkutan korang nanti disana macam mana. Kalau di bandar tak perlu risau. Semua boleh access dengan tram. Tapi untuk few places wajib visit, korang perlukan kereta untuk bergerak. Kalau korang ramai, memang worth it untuk sewa kereta, Kalau korang malas fikir, beli saja tour packages yang banyak ada disana. Rajin-rajin search about packages yang bersesuaian dengan jiwa korang atau boleh beli bila terus bila korang dah sampai sana.

----------------------------------------------------------------------

Okay. Cukup dulu dua belas benda aku bincangkan. As time goes by kalau aku teringat apa-apa aku tambah lagi. Harapnya membantu menyelesaikan kekusutan yang melanda kalau korang pun sama blur dengan aku. Korang pun mesti dah berbuih mulut baca aku karang panjang lebar. Next entry would be entry first cerita pengembaraan aku ke Melbourne. 

Boleh terjah entry Kak Sal aka Travel Partner aku juga di SINI. Selamat blogwalking.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...