Monday, 28 September 2015

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : #1 TEASER

JALAN-JALAN MELBOURNE MUSIM BUNGA


SPRING HAS SPRUNG

"you will never be completely at home again.. 
because part of your heart will always be elsewhere.. that is the price you pay for the 
richness of loving and knowing people in more than one place.."

Jujur aku katakan.. jiwa.. hati dan fikiran ini masih melayang jauh merindui bumi Victoria.

Bak kata kawan aku..

"Hang ni boleh masuk #TeamTakBolehMoveOn.." Pffft !!

Finally !! Berjaya juga kumpulkan kerajinan untuk mula bercerita. Malas. Bila jenguk blog dan mencari mood untuk update mesti kecundang. Rindu sebenarnya nak kongsikan cerita pengalaman berkelana. 

Aku bukan traveller tegar jadi jarang-jarang dapat terbang keluar. Cerita tentang Pulau Pinang tak sudah. Tak ada modal nak cerita kisah travel sebab memang tak pergi mana. Nak mengaku diri seorang traveller pun malu. Pengalaman ciput tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Lagi jauh kaki mereka semua melangkah. Lagi hebat. Ilmu banyak. Tapi aku masih berharap perkongsian kali ini ada juga manfaat buat yang memerlukan. Manalah tahu ada juga benda yang boleh dicedok dari pengalaman aku.

Alhamdulillah. Seminggu sudah aku selamat pulang ke tanah air. Tak pernah terlintas yang aku akan sampai ke Australia. Gempak sangat bila sebut Australia. Macam dah jelajah the whole country. Aku pergi 1/10 daripada keseluruhan Australia. I went to Melbourne yang terletak di negeri Victoria. Berkobar-kobar bila baca entries PLM, Cik Nun dan few others yang dah berjaya sampai ke Melbourne. Aku baca tapi belum terdetik nak pergi. Tak merancang pun untuk travel tahun ini memandangkan tahap kewangan yang tak berapa nak stabil. 

Back in April, aku bersembang dengan Cik Tia, kawan lama masa di MRSM dulu through FB. She was one of my housemates. She is in Melbourne sambung study. Aku pernah plan untuk ke New Zealand ziarah dia tapi tak jadi. Christchurch gempa. Bila Cik Tia sudi terima aku as tetamu, I bought the ticket. Ramai yang dah tahu aku travel dengan siapa kali ini tapi apa yang korang tak tahu adalah macam mana kami boleh terjebak travel bersama. Semua akan aku kongsikan. Soon yaaa very soon. Shhh.. Expose sikit saja dulu. Nanti dah tak misteri. 

Memang niat utama nak travel tengok bumi-Nya. Nak merasa usap kangaroo dan peluk koala. Aku boleh katakan hampir 90% daripada itinerary aku berjaya dicapai. Mana hilangnya lagi 10% tu ? Nantikan. Disebalik semua itu, ada yang lagi bermakna yang aku dapat. Tiny little things yang besar nilainya.

Kisah jejak kasih..

Kisah membina persahabatan..

Kisah merancang memilih serta membuat keputusan.. 

Yang pastinya satu kisah pengembaraan baru buat aku. Hebat atau tidak dimata korang semua, bukan taruhan. Diri merasa cukup bersyukur dengan pengalaman kali ini. Aku tak nak cerita sekarang. Saja nak biarkan korang tunggu (acah macam orang orang heran sangat). Alaaa.. Alaaa..

Aku masih mencari rentak nak menaip. Macam tak reti pula nak susun ayat.

Kali ni izinkan aku nak belanja satu gambar.


Kuala Lumpur - Melbourne
14 September 2015 (5.30AM) +2


---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Thursday, 24 September 2015

TERIMA KASIH | TOP COMMENTATORS MAY - AUGUST 2015

TOP COMMENTATORS MAY - AUGUST 2015


TERIMA KASIH | TOP COMMENTATORS MAY - AUGUST 2015 | Ya rabbi !! Hang buat apa sampai bersawang habis blog hang ? Isk teruk perangai. Lama sangat dah tinggal tak ada any update. Sebenarnya aku ada buat few entries untuk autopublish tapi ended up aku tak publish pun. Itu jadinya berhabuk berdebu bagai.

Tapi kawan-kawan semua jangan risau. Yang mencari-cari tertanya-tanya mana aku menghilang janganlah gundah gulana. Thank you sangat-sangat atas perhatian yang diberikan. Terharu. Bukan apa, seminggu berkelana bila balik kerja menanti bertimbun. Walaupun kerja part time saja, workload macam pekerja tetap. Memang kaw tenaga dikerah. Jadi agak kelam-kabut jadual seharian. Aku sedang sedaya upaya mencari mood untuk update blog. Jadi mudah-mudahan kembali ceria blog SYM kesayangan aku ini. 

So this time, aku nak kongsikan dengan semua mereka-mereka yang active di blog aku sepanjang bulan May hingga August 2015. Sum up terus empat bulan. Last time aku dah senaraikan mereka-mereka yang rajin singgah SYM untuk bulan Januari hingga April 2015. Boleh baca di SINI. Rasanya semua dah dapat hadiah penghargaan tak seberapa yang dikirimkan kan ? Sedap masuk perut dah kan ? Menjilat jari dah kan ? Hihihi..

Kali ini mari kita tengok siapa yang kena..



Inilah dia insan-insan yang sering memeriahkan SYM sepanjang empat bulan lepas. Memang meletops yang amat dengan kehadiran mereka semua. Yang lain pun memainkan peranan menggegarkan blog. Jangan merajuk pula. Semua aku sayang. 

Untuk | Arz Moha | Izzeyda | Deanna Morni | bolehlah tinggalkan alamat di ruangan komen. Yang lain dah ada alamatnya dalam simpanan. Jangan korang harap seguni emas pula sampai depan rumah. Adalah token of appreciation sikit. Buat kenangan. Jangan lupa ya drop address.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-


Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Monday, 7 September 2015

UPIN IPIN FIESTA DI DPULZE, CYBERJAYA

UPIN IPIN FIESTA DI DPULZE, CYBERJAYA


DPULZE CYBERJAYA | UPIN IPIN FIESTA. Ini bukan sebarang pemberitahuan. Event pun dah lama berlalu. Aku just nak kongsikan cerita dan gambar sebelum aku delete. Baik aku upload sikit daripada nanti tak ada dalam simpanan terus.

Nak dijadikan cerita, aku tak tahu menahu pun pasal Upin Ipin Fiesta yang berlangsung di DPulze. DPulze berada kat mana pun aku tak tahu. That day after Momon bertunang, dengan berbaju kurung bagai, kami terus shoot ke Cyberjaya. Nak melepak. Yes kami tinggalkan majlis macam tu saja. Together dengan orang yang bertunang. Hihihi.. Akhirnya kami pilih untuk ke DPulze. Lepas makan kami pergi solat. Since aku boleh Jama' and Qasar, aku malas nak bersesak dalam surau yang sempit. Aku tunggu kekakaks lain solat. Kat bawah memang ada booth jualan barangan Upin Ipin. Lepas tu ada dua MC naik stage dan mula kasi soalan quiz untuk orang yang mula berkerumun. Soalan-soalan quiz untuk budak-budak kecil. Kalau jawab betul dapatlah goodies. Aku dengan Momon tengok saja dari atas.

Tak lama lepas tu, MC jerit panggil keluar mascot. Aku ingat acah saja. Sekali betul pula seketul 'Ehsan' keluar dari entah mana. Makin ramailah budak-budak kat depan stage tu. Joget-joget si Ehsan atas pentas. Aku dah jeling Momon. Memberi signal nak turun. Terus aku cepat-cepat turun tinggal Momon kat atas. Momon geleng-geleng kepala. Mengutuk aku tapi lepas tu kekakaks semua sama-sama lupa daratan. Tak sedar umur dah tua. Come on. Age is no guarantee of maturity. 

Jadi aku nak share saja moments aku bertukar jadi anak kecil seketika. Sama-sama excited dengan budak-budak kecil yang bersorak bila nampak Upin Ipin. Padahal bukan peminat pun. Sekadar tahu nama watak saja. Ada Ehsan, Jarjit, Upin dan Ipin. 










Jejoget untuk beberapa lagu before adik-adik dijemput naik ke pentas untuk sama-sama menari. Aku nak naik juga tapi nanti rosak pula event orang. Comel sangat sampai orang tak dapat nak teruskan majlis. Lolz. Aku ada ambil video. Kalau nak tengok sila rajinkan diri scroll IG aku. Comel.

Lepas dah semput jejoget atas pentas, mulalah sesi bergambar dengan mascots. Kami gigih tunggu sampai ke sudah sebab nak bergambar dengan mascots. Isk.. dahlah tak dapat naik atas pentas menari, tak kan nak pergi macam tu saja. At least kena ada juga bahan bukti dah berpeluk-pelukan dengan Upin Ipin. Abaikan saja siapa kat dalam mascots tu. Janji dapat bergambar dengan riang ria.

Kekakaks yang dok gelak sakan kat aku pun dah sama naik. Tu lah !! Jangan gelak kat orang sangat. Kan dah sama-sama lupa diri. Boleh tengok sendiri. Lagi over dari aku. Yang baru bertunang pun sama excited. Hahaha..







Haaa puas kami kejar semua mascots. Siap main tarik lagi suruh pandang camera. Mascots pun sporting habis. Siap kasi idea nak posing macam mana. Kami tak pedulikan orang lain yang tengok kami atas bawah. Aaargh !! Tunggu turn masing-masing lah baru bergambar. Kami pun beratur juga. Sesekali buat perangai childish macam ni seronok. Boleh release tension dan lupakan seketika masalah duniawi yang melanda. 

Okay itu saja nak kongsikan kali ini. Jumpa lagi nanti.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Friday, 4 September 2015

TERIMA KASIH | TOP COMMENTATORS AUGUST '15

PENGHARGAAN BUAT RAKAN-RAKAN BLOGGERS | TOP COMMENTATORS AUGUST '15


TERIMA KASIH | TOP COMMENTATORS AUGUST 2015. Aku rasa ramai mula notice URL blog mula berubah. Patutlah widget Top Commentators aku tak berfungsi. Aku ingatkan ada masalah sampai refresh banyak kali masih juga ting tong. Bila aku dah tukar link di dalam widget baru dapat balik list Top Commentators. Baru dapat up entry penghargaan.

Bulan lepas aku memang super busy. Aku berulang dari Nibong Tebal ke Bertam hampir setiap hari. Ada kerja sikit. Rezeki nak tambah duit poket. Tapi sangat penat. Kemudian tumpang rumah sewa kawan di Permatang Pauh. Internet sangat terhad. YES pun tak dapat full coverage. Itulah jadinya aku jarang sangat jenguk korang semua. Nak load blog sendiri pun sempat tersengguk. Ada satu draft yang aku taip ambil masa tiga hari nak siap. Sebab nak upload gambar tak lepas. Seksa !!

Tapi.. yang buatkan aku terharu adalah dengan kunjungan dari korang semua yang tak pernah putus-putus menceriakan blog aku. Masih sudi singgah walaupun aku sendiri tak sempat nak tiup habuk blog sendiri. Ramai yang datang tapi aku mampu senaraikan 10 Top Commentators saja. Yang tak tersenarai jangan merajuk. I give you my heart juga. *Wink*



Kakak Sha !! Kembali muncul di dalam liga carta blog Siti Yang Menaip. Kak Sal mengukuhkan kedudukan di tangga kelima. Masih kekal di kelas pertama. Kak Ekin ratu mengebom masih berbisa. JM dan SS aku tak payah ceritalah. Korang pun tahu manusia berdua ni macam mana. Kan ? DM pula makin mengukuhkan kuasa. Mari kita tengok perebutan takhta mereka semua.

Tahniah buat nama-nama baru yang pertama kali muncul dalam carta. Tepukan untuk Wak Lalat. Ada sejarah tau macam mana Wak Lalat boleh masuk carta. Hahaha.. Nak kena cerita ke Wak ? Kalau CT cerita nanti Wak kena repeat denda yang sama. Nak ke ? Nak tahu apa jadi korang tanyalah Wak Lalat kita si pemotong rumput itu. Kasi terjah itu Wak Lalat.

Jeling Arz Moha sikit.. Hai abang long !! Kena tendang keluar nampak kali ni. Macam chipsmore. Kejap ada kejap tak ada. Yang lain-lain memang antara penyeri utama blog Siti Yang Menaip. Entry dua tahun lepas pun dikoreknya. Jeling Kakak Farrah. Hahaha.. Rindu katakan rindu kakak.

Niat nak jadi rajin memang tiap-tiap awal bulan aku dok berikrar kat diri sendiri. Iyaalah !! Nak jadi rajinlah ni. Isk hampa jangan touching teruk sangat kalau aku lambat sampai kat blog hampa tau. Aku ni walaupun kerja part time tapi depa kerah tenaga aku macam aku pekerja tetap. Jadi aku terpaksa juga ikut apa yang depa nak. Kang depa tak bayar gaji macam mana aku nak pi jalan-jalan ? Keringlah tabung travel aku. Hihihi..

Jangan lupa terjah insan-insan istimewa penyeri SYM. Have a great weekend kawan-kawan semua.

"Do not focus on having a great blog.. Focus on producing
a blog that is great for your readers.." - Brian Clark

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...