Monday, 31 August 2015

TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL TELAH MENGGEGARKAN PULAU PINANG

TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL TOUR MENGGEGARKAN PULAU PINANG


TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL TOUR DI PULAU PINANG, JOHOR DAN MELAKA. Tahniah diucapkan pada Enfiniti Vision Media yang telah berjaya membawa P. Ramlee The Musical ke Pulau Pinang bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan juga Georgetown Festival yang sedang berlangsung. Khas untuk orang-orang Pulau Pinang, teater tentang anak jati Pulau Pinang yang telah berjaya mencipta nama dalam dunia seni bakal dipersembahkan. Siapa tak kenal P. Ramlee ? Satu nama yang tak asing lagi. Memang patut semua orang Pulau Pinang serbu kaunter tiket dan tonton persembahan hebat ini. Seramai tujuh orang ahli #BloggerUtara telah diberi kesempatan untuk sama-sama menyaksikan persembahan pertama P. Ramlee The Musical pada 28 Ogos 2015 yang lalu. Kalau boleh memang nak angkut semua ahli tapi masing-masing ada kekangan yang tak dapat dielakkan. Terima kasih atas layanan yang diberikan oleh pihak produksi. Kami dilayan dengan baik sekali. Terharu.

Ini kali kedua aku menonton teater. Kalau di Pulau Pinang memang jarang sangat ada event yang macam ni. Kalau ada pun mungkin tak dihebohkan sangat. Jadi inilah peluang yang ada untuk tengok teater. Orang Johor dan Melaka standby. Lepas ni P. Ramlee The Musical tour akan terjah tempat korang pula. Jangan lepaskan peluang ini.

PERSEMBAHAN P. RAMLEE THE MUSICAL YANG PERTAMA DI PULAU PINANG


Kami sepatutnya sampai pada pukul 6.30PM untuk pendaftaran Media tapi setiap pelusuk Pulau Pinang heavy traffic. Mungkin sebab ada perlawanan bola sepak juga antara sebab kenapa jalan sesak. Akhirnya hampir pukul 8.00PM baru kami sampai. Nasib baik masih berkesempatan untuk ambil tiket dan masuk menonton persembahan. 



Seating arrangement yang kami dapat pun memang memuaskan. Walaupun jauh tapi superb sebab boleh nampak keseluruhan pentas. Before show bermula biasalah, rutin wajib haruslah bergambar. Sementara orang masih tak ramai marilah kita posing puas-puas.

Hampir pukul. 9.15PM jugalah baru show bermula. Memang gempak dan opening saja dah buat orang ketawa. Penggunakan dialog yang senang untuk difahami dan dekat dengan masyarakat setempat. Tak adalah puitis sangat sampai pening nak hadam. Barisan pelakon-pelakon yang hebat seperti Tony Eusoff (P. Ramlee), Nadia Aqilah (Saloma), Tiara Jacquelina (Norizan) dan pendatang baru dunia seni teater Asmidar (Junaidah) pastinya membuatkan persembahan P. Ramlee The Musical menjadi lebih gempak.

Aku kongsikan sedikit gambar-gambar sepanjang pementasan. Nak tengok full kenalah beli tiket. Hihihi..






















Secara keseluruhan aku paling suka susunan lagu dan backdrop. Suara artis-artis yang awesome aku tak payah puji. Memang korang pun tahu mereka semua berbakat. Thumbs up untuk Asmidar (Junaidah) kerana telah berjaya melakonkan watak Junaidah dengan baik sekali walaupun inilah pertama kali membuat persembahan teater. Boleh pergi jauh. Keep up the good work. Suara Nadia Aqilah (Saloma) memang membuatkan penonton teruja. Setiap kali habis menyanyi mesti dapat tepukan gemuruh. Tak payah cerita pasal Paknil (D Harris). Dia keluar saja orang dah bersorak. Haaa korang tak teruja ke ? Aku dah cerita macam-macam ni. Kalau nak sama-sama rasa teruja kena dapatkan tiket show cepat-cepat.

Paling favourite adalah lagu pembukaan. Sangat catchy. Backdrop memang superb dan cantik-cantik belaka. Nampak lively dan meriah sangat. Aku paling suka props untuk scene perjalanan P. Ramlee ke Singapura dan ketika lagu Gelora dinyanyikan. Comel sangat. Tak ada satu scene pun yang bosan. Dalam sinis dialog yang diungkapkan masih ada mesej yang cuba disampaikan. Memang rugi kalau korang lepaskan peluang untuk tengok teater P. Ramlee The Musical ini.

PRESS CONFERENCE P. RAMLEE THE MUSICAL



Lepas habis persembahan teater P. Ramlee The Musical, kami dijemput menyertai PC pula. Sedang jam dah menunjukkan pukul 12.00AM kami masih berkampung di Dewan Sri Pinang. Tapi tak apalah. Nak jumpa barisan pelakon-pelakon terkenal. Berkorban sikit. Tapi tak sempat nak tahan Tony Eusoff dan bergambar. Menangis tak berlagu sebab P. Ramlee dah melarikan diri.

Sesi soal jawab bersama wartawan bermula. Macam-macam yang ditanya. Kami dengar saja. Malu untuk mencelah. Lagipun masing-masing berpuas hati dengan persembahan jadi nak tanya apa lagi ? Ada juga dua tiga soalan yang menarik seperti cabaran dan rintangan untuk buat persembahan di Pulau Pinang dan sebagainya. Memang orang di Pulau Pinang tak begitu didedahkan dengan persembahan teater jadi mesti ada sedikit gusar bila persembahan besar seperti ini hendak dimainkan di Pulau Pinang. Datin Tiara kita sangat optimistik. Berfikiran positif sentiasa. Dengar kata untuk beberapa persembahan akan datang dah ada yang full house. Korang better cepat ya kalau bercadang untuk tengok teater P. Ramlee The Musical ini.

JADUAL PERSEMBAHAN TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL TOUR


JOHOR BAHRU
Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Nusajaya, Johor

4 September 2015 - 8.00pm
5 September 2015 - 3.00pm
5 September 2015 - 8.00pm
6 September 2015 - 3.00pm


MELAKA
Panggung Seri Taman Budaya, Ayer Keroh, Malacca

11 September 2015 - 8.00pm
12 September 2015 - 3.00pm
12 September 2015 - 8.00pm
13 September 2015 - 8.00pm

Tiket-tiket telah dijual pada harga RM83, RM103, RM153 dan RM203 dan boleh dibeli secara online di ( www.ticketpro.com.my ) atau hubungi 03-6142 9877 untuk maklumat lanjut.

Haaa.. ini adalah senarai persembahan teater P. Ramlee The Musical yang bakal berlangsung di Johor dan Melaka. Jadi kalau korang ada berdekatan silalah make yourself available. Tak rugi punyalah. Boleh rujuk entri INI untuk maklumat lebih lanjut.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Tuesday, 25 August 2015

P. RAMLEE THE MUSICAL TOUR "DARI PENANG KE SINGAPURA" 2015

TEATER MUZIKAL P.RAMLEE AKAN DATANG MENEMUI ANDA MERDEKA INI


GEORGETOWN FESTIVAL | TEATER P.RAMLEE THE MUSICAL BAKAL BERLANGSUNG DI DEWAN SRI PINANG, PULAU PINANG. If you are a big fan of P. Ramlee, this is brought especially for you. Berita gembira untuk semua peminat seniman terkenal P. Ramlee kerana korang berpeluang untuk menyaksikan persembahan teater Muzikal P. Ramlee bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini. Untuk pengetahuan seluruh warga Pulau Pinang, Georgetown Town Festival (GTF) atau Festival Georgetown 2015 sedang berlangsung bermula 1 Ogos 2015 - 31 Ogos 2015. Kali ini pastinya lebih gempak dengan adanya persembahan teater P. Ramlee yang berjudul 'Dari Pulau Pinang ke Singapura' terbitan Enfiniti Vision Media Sdn. Bhd.

Gadingan mantap pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Tony Eusoff (P. Ramlee), Datin Sri Tiara Jacquelina (Norizan), Nadia Aqilah (Saloma) dan Datuk Aznil Nawawi (D’ Harris) pastinya akan menghasilkan satu persembahan yang awesome. Siapa tak kenal Tiara Jacquelina ? Bohong sangat. She is really good dalam menghasilkan great performances. Tengok saja kejayaan yang dicipta dengan teater Puteri Gunung Ledang. Tak sabar nak tengok hasil sentuhan Tiara dalam pementasan teater Muzikal P. Ramlee pula.


LOKASI PEMENTASAN TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL "DARI PENANG KE SINGAPURA"


Teater Muzikal P. Ramlee "Dari Penang ke Singapura" ini akan dipersembahkan buat pertama kalinya di luar Kuala Lumpur bermula dengan pementasan pertama di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang sebagai tribute kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang dilahirkan di Pulau Pinang bermula 28 Ogos 2015 hingga 30 Ogos 2015. Penangites semua !! Alert !! We have a show to enjoy. Penduduk di negeri lain jangan risau, korang juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan P. Ramlee The Musical ini di Pinewood Iskandar Malaysia Studio, Nusajaya, Johor yang akan bermula pada 4 September 2015 hingga 6 September 2015 dan seterusnya di Panggung Seri Taman Budaya, Ayer Keroh, Melaka yang akan berlangsung pada 11 September 2015 hingga 13 September 2015.

Tiara Jacquelina yang juga merupakan President & Group CEO of Enfiniti Vision Media berkongsi rasa gembira untuk membawa pementasan ini menjelajah ke seluruh Malaysia dalam usaha untuk memajukan kegiatan seni teater tempatan. Menerusi penerbitan Muzikal P.Ramlee, Tiara mahu meraikan kehidupan luar biasa seorang lelaki yang telah membentuk dunia layar perak dan hiburan di Kepulauan Melayu. Bagaimana hasilnya ? Kenalah sama-sama kita nantikan.

WAKTU PEMENTASAN TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL "DARI PENANG KE SINGAPURA"


PULAU PINANG
Dewan Sri Pinang, Georgetown, Penang.

28 August 2015 – 8.00pm
29 August 2015 – 3.00pm
29 August 2015 – 8.00pm
30 August 2015 – 3.00pm

JOHOR BHARU
Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Nusajaya, Johor.

4 September 2015 – 8.00pm
5 September 2015 – 3.00pm
5 September 2015 – 8.00pm
6 September 2015 – 3.00pm

MELAKA
Panggung Seri Taman Budaya, Ayer Keroh, Malacca.

11 September 2015 – 8.00pm
12 September 2015 – 3.00pm
12 September 2015 - 8.00pm
13 September 2015 – 8.00pm

TIKET PEMENTASAN TEATER P. RAMLEE THE MUSICAL "DARI PENANG KE SINGAPURA"


Tiket-tiket telah mula dijual pada harga RM83, RM103, RM153 dan RM203 dan boleh dibeli online di www.ticketpro.com.my atau hubungi 03-6142 9877 untuk maklumat lanjut. Bagi warga Pulau Pinang, korang boleh dapatkan juga tiket kaunter penjualan tiket di Lobby, Dewan Sri Pinang, Georgetown bermula 12.00PM hingga 8.00PM setiap hari.

Jangan lupa untuk follow perkembangan dan latest update P. Ramlee The Musical di Facebook, Twitter dan Instagram.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Wednesday, 19 August 2015

BLOGGER UTARA | LOGO BLOGGER UTARA

BLOGGER UTARA | LOGO BLOGGER UTARA



Introducing logo #BloggerUtara. Ceria kan ? Seceria ahli-ahlinya. Cari kami di Instagram dengan #BloggerUtara.



-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Monday, 17 August 2015

PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI ETS

MENAIKI ETS DARI PARIT BUNTAR KE KL SENTRAL


PS : Entri panjang. Mohon tabah. Jangan cakap kakak tak payung.

ETS RIDE | MENAIKI ETS DARI PARIT BUNTAR KE KL SENTRAL. Welcoming the Electric Train Service atau lebih dikenali sebagai ETS ke utara. Finally ETS telah memanjangkan laluan dari Ipoh terus ke hujung utara Semenanjung Malaysia, Padang Besar. Last year lagi aku dan DediS dapat agak yang ETS akan sampai ke utara real soon. Beberapa stesen kereta api yang berdekatan dengan rumah kami di upgrade. Stesen buruk Parit Buntar dah dibina semula. Pembinaan stesen KTM Nibong Tebal yang besar dan beberapa kali juga ternampak ETS dipandu uji. Jadi bila dapat peluang untuk naik ETS buat kali pertama, memang seharusnya aku rasa jakun. 

PERJALANAN KE KL SENTRAL MENAIKI ETS


Aku kena balik KL to attend Momon's engagement. Kalau aku tak pergi nanti dia mogok tak nak pergi Korea dengan aku. Kalau aku tak pergi nanti tujuh keturunan dia ungkit tak sudah. Jadi untuk menyelamatkan keadaan, yes !! I bought my return ETS tickets from Parit Buntar to KL Sentral. At first aku nak naik Malindo since hanya RM69 return tapi no one yang boleh hantar aku ke airport. Bila fikir balik, cost toll Penang's second link pergi balik dan minyak, akan jadi sama harga dengan harga ticket ETS iaitu RM110. Jadi marilah senangkan kerja MamiZ dan DediS. Hantar sajalah aku kat stesen Parit Buntar. 15 minit saja dari rumah.

So here it is. The first journey to KL Sentral via ETS.


Aku tak ambil gambar pun dalam perjalanan pergi. Aku tak ada mood. Naik ETS pun dah senja jadi mata pun dah kuyu. Coach yang aku dapat sangat bising. Orang utara kata hingaq. Seriously aku dengar MP3 sampai volume 27/28 tapi aku still boleh dengar orang bersembang. Melayu Cina India. Semua bahasa bercantum sesedap rasa. Oh no. Tak ada consideration. Boleh nak cakap tapi pelan-pelan. You are in public. Aku tak nak tahu kisah perjalanan hidup kau. Please. 

They talked loudly, gelak sampai nak gegar gerabak dan keep on jalan kehulu kehilir. Bukan ada benda nak tengok pun. Annoying. Pakcik sebelah aku pula tidur sampai makan space tempat duduk aku. Siap mengkerekot tidur tak sedar apa. Terseksa jiwa raga. Lepas tu menguap sampai *okay I cannot continue nak cerita*. Disgusting. Nak lari tak boleh. Full house.

Aku thought of wanting to buy some food tapi dengar orang cakap makanan habis. Nangis dalam hati. Padan muka. Siapa suruh tak makan siap-siap. Belagak nak makan atas train. Makan angin sampai kembung perut. Layanlah MP3 sampai KL Sentral. 

Momon dan AbamA dah siap tunggu. Kena jemput uols. Aku suruh Momon jemput kalau nak aku pergi E-Day dia. Kemain depa dua orang ni. Esok nak tunang boleh dok dating kat NU Sentral makan aiskrim lagi. Gatai..

---------- E-Day Momon ---------

PERJALANAN PULANG KE PARIT BUNTAR VIA ETS DARI KL SENTRAL


Selesai majlis Momon, esoknya aku dah bersiap nak gerak balik ke Parit Buntar. Ticket awal pagi uols. Makcik Normala sempat buat cokodok untuk breakfast dan memikirkan takut tak ada makanan dalam train seperti sebelumnya, aku tibai makan puas-puas. Keluar rumah 8.45AM baru terkedek-kedek nak gerak dari Ampang. Tapi Momon kalau rempit baik punya. Kau bisa sampai on time. Pukul 9.00AM aku dah terpacak di KL Sentral. Aku tak tahu mana nak pergi so aku tanya pekerja kat Information Counter. Just to make sure platform mana nak pergi.

"Tak pernah naik train ke apa ? Tunggu kat sana.."

WHAT ?? Cuba kalau muka aku lawa slim kaki panjang macam awek Korea, mesti dia escort aku sampai depan pintu coach sambil bawa bag. LOL.

"I just got back from the States.." 

Sambil practice accent sambil flip hair shawl dan blah. Tak kuasa aku nak layan. 

Dah lupakan drama 30 saat di KL Sentral. Aku cari platform sendiri. Walaupun keliru sedikit tapi jumpa akhirnya. Coach A dan seat paling depan. Spacious space. This time aku duduk tepi adik manis yang nak ke Arau. Tengok dia usung bawa burger naik train aku questioned diri aku sendiri. Daripada kau buang masa gaduh dengan pekerja kat Information Counter baik kau pergi beli makanan. Arrrgh !! Marah diri sendiri sambil berharap ada makanan di cafe.

9.30AM sharp !! ETS bergerak meninggalkan KL Sentral. Kali ini aku snap banyak gambar.






ETS ada lima gerabak. A, B, C, D, dan E. Toilet berada di gerabak B dan cafe berada di gerabak C. After a while aku nekad untuk menjenguk ke cafe. Ada makanan atau tidak aku tak peduli. Aku just nak snap pictures. If ada makanan aku lepak lah sekejap. Hihihi..

Untuk ke gerabak yang lain kita kena buka pintu tutup pintu dan lintas penghubung gerabak dan buka pintu dan tutup pintu balik. Jadi kalau duduk Coach A macam aku sedikit seksa sebab jauh perjalanan nak sampai ke cafe. Sempat juga terlambung kiri kanan.

Lepas berjuang, akhirnya aku sampai di cafe ETS yang comel sangat. And aku bau makanan. Yes !! Ada makanan. Terus lupa camera sekejap dan belek-belek makanan yang ada. Not bad. Untuk service di dalam train. Kau expect nak makan pasta or pizza memang tak adalah. They have Nasi Lemak, Mee Goreng, Bihun Goreng, Sandwiches dan Burger. Hot drinks dan mineral water.  






Tempat duduk agak limited. Kalau rasa tak mampu bersabar boleh balik ke seat masing-masing dan makan. While tunggu Nasi Lemak dipanaskan, ada one lady bangun. Dah sudah makan. My luck dan aku cepat-cepat duduk. Dapatlah merasa makan dalam ETS dengan pelaburan sebanyak RM9 untuk sebekas Nasi Lemak, Sandwich dan Hot Milo. 

Sambil makan sambil cuci mata tengok hutan dan sambil berperang dengan kerusi yang super licin. Kaki pula pendek dok berjuntai tak sampai. Aunty sebelah aku siap tolong tahan kaki aku ingat aku nak tergelungsur jatuh. Hihihi.. Dia minum air tak senang sikit-sikit pandang aku.

"You okay aa ?"

Okay saja Aunty.

Lepas makan aku stop by gerabak yang ada toilet dan look around. Aku rasa train ETS yang aku naik bukan kereta api baru. Sebab ada bahagian yang dah buruk. Ada yang berkilat. Tak tahulah. Toilet aku tak mahu komen. Aku tak masuk. Aku tengok lantai basah sungguh terus tak jadi jenguk. I is very the cannot kalau public toilet sebegitu rupa. Unless sangat urgent.

PEMANDANGAN SEPANJANG PERJALANAN MENAIKI ETS







Banyak sebenarnya gambar yang aku snap. Tapi banyak juga yang tak menjadi. Camera tak secanggih mana jadi tak dapat nak snap gambar cantik-cantik walaupun train bergerak laju. Jadi yang ada hanyalah gambar-gambar yang aku dapat snap bila train sedikit perlahan.

Bagi aku, kawasan paling cantik adalah sepanjang laluan ETS merentasi Bukit Merah. Bayangkan ada laluan kereta api yang lalu tengah-tengah tasik. Siap boleh nampak bayang-bayang ETS di permukaan air. Superb gila view but again, gambar semua tak menjadi. Kena ambil train siang baru dapat nampak. Memang lawa. Dalam perjalanan pergi memang tak perasan langsung. Dah gelap.

Bila dah lepas Bukit Merah aku pun bersiap-siap untuk turun. Sembang sikit dengan adik manis dan say goodbye. 10 minit saja perjalanan ETS dah sampai Parit Buntar. MamiZ dan DediS dah siap tunggu. Menanti kepulangan anak dari perantauan. Hahaha..

So long ETS.. Terima kasih.




Perjalanan balik yang menyeronokkan. Perjalanan bersama ETS yang menarik. Insyallah lepas ni boleh naik lagi untuk balik kampung. Yahoo..

Ada kawan-kawan yang dah cuba naik ETS ? Yang baru pertama kali naik.. Yang selalu naik dari KL - Ipoh - KL.. Mana-mana sajalah. Mari kongsikan cerita uols di Siti Yang Menaip.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Sitiroro | Facebook | Facebook Page

Friday, 14 August 2015

PULAU PINANG | TRANSFORMERS DATANG MENYERANG

TRANSFORMERS STREET ART IN PENANG | PENANG ESPLANADE (PADANG KOTA LAMA)


TRANSFORMERS STREET ART IN PENANG | PENANG ESPLANADE. Aku bukan peminat Transformers tapi aku tengok juga movie Transformers. Biasa saja tak sampai tahap menggilai. Kalau korang adalah peminat tegar Transformers dan berada di Penang, this is for you. Good news untuk semua Penangites, atau mereka yang berada berdekatan Pulau Pinang, both Optimus Prime and Bumblebee are now in Penang. Dua model robot dengan ketinggian 30 kaki telah dipasang dan dibina. Aku rasa size robot sudah cukup besar untuk dibanggakan. Hasil kerjasama Penang Global Tourism dan Penang Island City Council, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan belanja sebanyak 1.1 Million untuk membawa masuk dua ekor robot ini dan melancarkan pameran secara percuma kepada orang ramai selama dua bulan. The One Academy Penang juga turut terlibat dalam menghasilkan lukisan-lukisan di kontena-kontena kosong yang diletakkan di sepanjang padang terbuka Penang Esplanade. 

TEMPOH PAMERAN TRANSFORMERS STREET ART IN PENANG


19 Julai 2015 - 17 September 2015

Bermula pada 19 Julai 2015 yang lalu, Transformers Street Art sudah sebulan berlangsung di Penang Esplanade. Tapi jangan risau. Masih ada masa untuk korang plan untuk bawa anak-anak dan keluarga melepak di Penang Esplanade. Transformers Street Art akan berlangsung sehingga 17 September 2015. Sambil makan pasembor, sambil jeling tengok Transformers. Kalau tak mahu kena panah matahari mari singgah waktu malam. Bermula pukul 7.30PM ada light and sound show. Mesti lagi meriah.

Baru-baru ini saja aku ada kesempatan nak pergi jenguk. Alang-alang sudah ke pulau terus lajak singgah sekejap tengok robot. Itu pun sebab Onni dan AbamZ datang ke Pulau Pinang untuk honeymoon. Jadi adalah alasan kukuh untuk masuk pulau. Menempek kacau daun orang nak lovey dovey. Kalau saja-saja memang tidaklah.





Optimus Prime dan Bumblebee terkurung. Bawa gadget korang yang super canggih dan posing sakan. Terhalang dengan pagar tapi masih boleh dan puas kalau nak bergambar. Itu pun ada beberapa orang budak kecil yang terlepas masuk. Jenuh pengawal nak halang. Jadi parents please, jaga anak masing-masing. Ada sebab kenapa tak boleh masuk. Ranap patung tu kalau semua orang serbu.

THE ONE ACADEMY PENANG | TRANSFORMERS STREET ART


The One Academy Penang adalah salah satu institusi seni yang ada di Pulau Pinang. Sepanjang tempoh berlangsungnya Transformers Street Art ni, hasil-hasil seni dari pelajar The One Academy Penang turut berada di sini. Pameran lukisan Transformers Street Art di kontena-kontena kosong yang disusun di padang Penang Esplanade. Fusion drawing kalau tak silap aku. Ada gambar Optimus Prime naik beca, Bumblebee kayuh beca dan macam-macam lagi. Comel sangat. Di setiap lukisan ada penerangan. Jadi tourists yang datang dapat relate dengan culture yang ada di Pulau Pinang.






Aku ada juga notice reaction dari tourists yang datang ke Transformers Street Art. Masing-masing teruja dan ada yang terjerit-jerit nak bergambar dengan patung Optimus Prime dan Bumblebee. Padahal robot-robot ni datang dari negara dia juga. Mungkin vibe yang diterima tu tak sama feeling bila tengok Transformers di negara sendiri. Sakan posing macam-macam gaya.

Menarik kan ? Jadi jangan lupa untuk datang singgah ke Penang Esplanade (Padang Kota Lama) untuk menjenguk dua ekor robot terkenal ini. Anak-anak mesti suka. Mak ayah pun suka juga. Jadi rancang percutian hujung minggu korang baik-baik ya. Dah tengok robot nanti mari kongsi cerita dengan aku. Selamat hujung minggu =)

PENANG TRANSFORMERS STREET ART INFORMATION


          

Penang Transformers Street Art


Venue
Penang Esplanade (Padang Kota Lama)

Date
19 July 2015 - 17 September 2015

Contact Numbers
012-4337063 / 04-650 5136


-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Sitiroro | Facebook | Facebook Page

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...