SITI.YANG.MENAIP: June 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG | NURUL IKAN BAKAR BATU UBAN. Kalau kita sembang soal tempat makan yang gempak di Pulau Pinang memang tak mampu nak kasi senarai penuh. Terlalu banyak. Setiap ceruk ada kedai makan yang menarik. Kalau aku dan family lebih kepada makanan masakan melayu. DediS dan MamiZ tak berapa gemar sangat makan Nasi Kandar. Sekali sekala ada juga makan. Bukan selalu. Nak makan masakan panas, ikan bakar atau tomyam yang sedap, Pulau Pinang pun ada menawarkan port yang menarik untuk korang cuba bersama keluarga atau kawan-kawan. Memang mana-mana tempat ada juga sediakan makanan sebegini. Tapi kalau korang sampai Penang, apa salahnya cuba makanan disini pula. Last few weeks, ada saudara dari KL datang naik ke utara. Kami bawa pergi makan ikan bakar di salah satu kawasan gerai ikan bakar menarik di Pulau Pinang. Last time aku ada kongsikan tentang Idrus Ikan Bakar, boleh baca di SINI. Tapi kali ni aku nak kongsikan tentang Nurul Ikan Bakar pula. Kedua-dua kedai ikan bakar ini adalah bersebelahan. Kami sekeluarga tak pernah makan di Nurul Ikan Bakar jadi kami nak mencuba makanan disana pula.

RESTORAN NURUL IKAN BAKAR BATU UBAN

Nurul Ikan Bakar
No. 4, Polis Marin, Batu Uban,
Pulau Pinang.
5°21'13.08"N 100°18'40.89"E

012 5625536

Ramai yang nasihat untuk telefon dulu sebelum pergi ke kedai. Jadi aku buat tempahan lebih awal. Telefon dan terus SMS makanan yang kita nak makan. Nanti tak perlu tunggu lama untuk makanan dihidangkan. Nurul Ikan Bakar ada di beberapa lokasi lain seperti di Sungai Petani, Kedah selain daripada yang terletak di Batu Uban. Jadi silalah telefon untuk kepastian dan nyatakan di lokasi mana yang kita nak pergi.


Ikan Siakap Bakar (Recommended) - Sambal sedap. Ikan dibakar elok.

Sotong Goreng Tepung (Recommended) - Rangup. Sedap.

Udang Goreng Butter (Recommended) - Udang digoreng bersama butter dan ditabur nestum. Sedap tapi aku lebih prefer yang ada carik-carik telur.

Kerabu Sotong (Recommended) - Sedap. Tapi kalau boleh jangan sejuk gedi sangat.

Makanan lain yang kami order adalah Sayur Campur, Telur Dadar dan Tomyam. Asalnya nak makan Kailan Ikan Masin tapi katanya dah habis. Ramai sungguh orang that night. Makanan di Nurul Ikan Bakar agak memuaskan. Servis pun bagus. Pekerja ramah dan gigih melayan kehendak kami sekeluarga. Sampai saja di kedai kami terus dapat meja sebab dah tempah lebih awal. Ada yang masih berdiri menanti. Bila dah duduk terus kami dihidangkan dengan makanan yang kami dah tempah. Aku ada baca di beberapa blog yang tak puas hati dengan servis Nurul Ikan Bakar. Tapi bila aku sendiri dah makan dan berpengalaman berurusan dengan pihak kedai, aku rasa tak adalah seteruk yang diperkatakan. Bila pelanggan ramai, kita pun kenalah sedia maklum. Pekerja pun tak menang tangan nak layan jadi cuba bawa bersabar. Bukan kita seorang saja yang nak makan dan dilayan. Kena ada give and take.

While I did my research tentang kedai ni, ada yang suggested untuk cuba Kerabu Sotong. Jujurnya aku sangat excited nak cuba sebab aku suka makan sotong. But it was not to my liking. Rasa semua dah cukup tapi sedikit sejuk. Macam disimpan dalam fridge pun ada juga. Jadi tak berapa terasa sangat nikmat nak makan makanan sejuk gedi. Ikan bakar saja yang dihidangkan panas. Aku rasa ada sesetengah jenis makanan yang sudah dimasak siap-siap dan terus dihidangkan bila ada pelanggan order. At least kena panaskan sikit dulu baru lebih mengancam. Kedai Nurul Ikan Bakar lagi besar daripada kedai-kedai lain yang berada di kawasan yang sama. Memang mampu menampung kapasiti pelanggan yang ramai. Ada juga kawasan kalau nak duduk bersila.

Kedai berada dalam keadaan bersih. Lantai tak melekit dan selesa saja untuk makan di sana. Jadi sangat sesuai untuk melepak bersama keluarga. Menu di Nurul Ikan Bakar lagi banyak berbanding kedai lain. Rambang mata nak memilih. Harga bagi aku agak berpatutan. Zaman sekarang mana ada dapat harga murah sangat dah. Tapi sedikit mahal daripada Idrus Ikan Bakar. Apa-apa pun tak sampai tahap harga yang mencekik. Masih reasonable.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
MALINDO AIR : ANTARA PILIHAN MENJIMATKAN UNTUK TRAVEL. Sekadar perkongsian untuk rujukan kawan-kawan. Pengalaman aku yang tak seberapa menaiki Malindo Air for the first time ever untuk balik ke Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menghadiri kenduri Onni. Kalau ikutkan, tak gempak mana pun tapi nak juga cerita. Aku jakun sebab tak pernah naik Malindo Air. Asalnya nak drive saja balik KL. DediS yang patut teman aku drive tapi DediS tak sihat. Check tiket train pun habis. Bus dari Parit Buntar pun habis untuk semua tarikh yang aku nak. Bus dari Butterworth ada tapi tak ada orang nak hantar aku naik dari Butterworth. MamiZ kerja. Aku ajak RaihanF teman aku naik flight. Budak tu kebetulan tengah semester break. Makanya aku kenalah belanja dia since aku yang ajak dia teman aku. Check Air Asia tapi pergi balik harga mencekik. Dekat RM300 seorang to and fro. Setakat PEN-KUL aku rasa sangat tak berbaloi harga macam tu. MAS tak payah sembang. Terus boleh kena darah tinggi. Memang terkejut aku tengok. One way pun dah RM400 plus. Dulu boleh dapat one way RM80 saja. Lupakan saja hasrat untuk naik MAS. Akhirnya tengok Malindo Air pula. Alhamdulillah. Harga berpatutan. Pergi balik hanya RM140 seorang. Sengih sampai telinga. Aku tinggal kereta di rumah pakcik RaihanF. Parking di airport mahal gila. Park tinggal empat hari mau dekat RM170 duit boleh melayang. I is so tak redha kalau macam tu. Jadi kami hanya naik teksi dari rumah pakcik RaihanF.  Sekarang dah canggih gila. Panggil teksi pun guna application.





Ready to fly with Malindo Air for the first time. Kami tak beli seat pun. Tapi dapat duduk tepi tingkap. Berlepas agak kasar juga. Paling ganas aku rasa setakat ini dalam sejarah aku naik kapal terbang. Memang laju gila aku rasa time nak berlepas. Siap menggagau aku pegang tangan RaihanF. Seram semacam. Alhamdulillah journey yang smooth. Bye Penang nanti jumpa lagi. Slowly meninggalkan bumi Penang. Amboi gaya macam nak travel jauh. First impression yang aku ada terhadap Malindo Air adalah sangat baik setakat ini. Bermula dari check-in di kaunter dan sepanjang penerbangan. Process sangat cepat dan tip top. Tiket pun lagi lawa dari tiket Air Asia.



Screen memang sedia terpasang sejak masuk dalam flight lagi. Kalau Air Asia jangan harap dapat tengok movie. Duduklah diam-diam bertafakur. Malindo Air kasi tengok movie dan siap boleh main game. Sila bawa earphone sendiri kalau nak tengok movie tak diberikan. Pulun aku suruh RaihanF posing pura-pura main game for picture purposes. Aku sempat layan Just For Laugh. Duration terbang 50 minit saja. Tak payah ambitious sangat nak tengok any film. Cerita baru nak sampai raising action dah landing. Kalau battery phone dah nazak boleh cucuk wire dan charge. Malindo Air pun dah makin maju selangkah. Boleh guna Wifi while flying. Tapi hampa jangan tanya aku how sebab sampai waktu balik aku still tak faham macam mana nak connect dengan Wifi yang disediakan. Line memang penuh. Kalau ada yang pernah guna mohon kongsikan cara-caranya.






Selongkar poket tengok apa yang ada. Biasalah. Majalah dan few brochures. Ada catalog untuk those yang berminat nak beli merchandise dan snacks. Aku tertarik betul dengan payung Malindo Air tu. Macam besar dan menggoda sungguh. Tapi malas nak beli. Satu kerja aku nak usung sepanjang kat KL pula. Ada menu makanan juga. Menarik juga makanan-makanan yang Malindo Air offers. Another best thing adalah, kita akan dapat snack free. Walaupun hanyalah dua keping cookies kopi dan air minuman tapi better dari tak ada. Journey pun sekejap saja. Hang bayar harga tak seberapa tak mungkin dapat steak. Sekali stewardess distribute cookies habis satu flight bau kopi. Alhamdulillah landing sangat smooth. Elok sampai hujan turun. Langit cerah dari Penang. Syukurlah dah sampai. Aku bukan senang hati kalau naik flight waktu tengah hujan. Nervous. Lepas dah habis majlis kenduri Onni, aku balik ke Penang juga dengan menaiki Malindo Air. Macam dah jatuh cinta dengan Malindo Air.




Makcik aku hantar ke KLIA2 terus. Katanya tak payah membazir naik train. Baik. I is okay saja ada orang sudi nak hantar. Sampai KLIA2 around 11.00AM something. Terus check-in dan melilau dalam KLIA2 cari tempat makan. Then menapak slowly ke gate. Alhamdulillah perjalanan pulang pun smooth. Hazab sikit saja waktu landing tapi berderau darah dan seram sejuk sangat. Aku dah nampak darat bila flight dah nak landing. Aku personally rasa flight terlalu laju semacam saja. Prediction aku betul. Bila dah rasa tayar flight cecah darat, flight macam meluncur laju dalam speed yang extreme. Kami masing-masing peluk seat depan sebab memang rasa macam terhentak dan flight macam dipaksa-paksa untuk berhenti mengejut. Tak pernah pula aku rasa macam nak terpelanting. Aku rasa time tu jantung memang berdegup kencang gila. Bila dah reach complete stop, aku tengok passengers lain pun muka lega. Memang cuak. Syukur tak ada apa.

Memang terbayang macam-macam. Walaupun dah selamat landing, macam-macam benda boleh jadi juga. Apa-apa pun thank you Mr. Pilot sebab bawa balik Penang dengan selamat. Next time tak mahu bawa flight brutal sangat. Nak rempit apa atas langit tu pun tak tahulah. Haaa tu saja nak cerita. Tak ada apa sangat pun. Seronok dapat naik Malindo Air dan lulus untuk masuk senarai penerbangan pilihan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Sekarang tengah musim cuti sekolah. Aku rasa anak-anak korang mesti dah merengek manja ajak berjalan-jalan bercuti. Parents pun ada salahnya sesekali layankan kehendak anak-anak. Di bahagian utara Malaysia ada beberapa taman tema air yang masih beroperasi. Selain The Carnivall Waterpark Sungai Petani dan Bukit Merah Laketown Resort, ada juga Lost World of Tambun. Kalau tak ada idea nak berjalan ke mana bolehlah korang consider untuk bawa anak-anak ke Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh. Sesuai untuk semua lapisan umur untuk keriangan berganda. Dah cukup famous jadi tak perlu aku nak buat introduction sejarah pembinaan dan nyatakan moto dan visi syarikat. Kalau berminat boleh cari sendiri. Cuti Hari Pekerja yang lalu, BikD, cousin aku ajak berjalan-jalan. Penat bekerja katanya. Kalau ikutkan hati aku nak meronda kawasan dekat-dekat saja. Malas nak turun sampai ke Ipoh. Public holiday mesti orang ramai. Tapi setelah dia memujuk rayu akhirnya aku bersetuju juga. Kereta sangat banyak on the road that day tapi traffic smooth.

LOKASI LOST WORLD OF TAMBUN


Lost World Of Tambun
No. 1, Persiaran Lagun Sunway 1, 
Sunway City Ipoh, 
31150 Ipoh, Perak, Malaysia.



Dari mana pun korang datang kalau melalui Lebuhraya Utara-Selatan silalah exit di Tambun. Lepas tu ikut saja sign. Around 10 minutes drive dari exit dah sampai. Alhamdulillah pukul 11.00AM lebih sikit kami dah sampai. Matahari dah mencanak atas kepala. Dari awal aku dah bersiap sedia nak jadi Oreo. Redha sajalah. Ini kali kedua aku ke Lost World of Tambun. First visit dulu waktu tempat ni baru beberapa bulan beroperasi. Aku datang dengan BikD juga plus my parents. Orang seriously sangat ramai. Worry not kalau tak dapat parking. Area nak park kereta sangat luas dan free. Jadi janganlah risau sangat.


Lost World Of Tambun ni besar ada banyak parks in one theme park. Ada Water Park, Amusement Park, Lost World Petting Zoo, Lost World Tiger Valley, Tin Valley dan Adventure Park. Jadi kalau korang berjiwa besar nak datang sila plan baik-baik timing korang supaya dapat jenguk dan merasa pengalaman di semua parks yang ada. Lepas simpan barang dan rent tube, aku dan BikD terus terjun dalam Adventure River (E1a). Kalau ada tube memang best mandi dalam kolam ni. Sebab sepanjang kolam ada wave jadi duduk saja atas tube then pusinglah sepanjang laluan. Jujur aku rasa, tak payah rent tube pun tak apa. Menyusahkan. Dahlah mahal. Kat area lain tak berapa menarik pun nak guna tube. Kat Jungle Wave Pool (E3c) aku rasa semak sungguh nak jaga tube sebab aku tak guna sangat pun. BikD yang duduk atas tube seorang diri. Satu hal pula nak fikir pasal tube. Aku lagi suka free and easy. Lastnya kami biarkan saja tube tersadai sambil tawakal tak ada orang yang ambil.

Tak banyak gambar dalam kolam yang kami ambil. Takut nak keluarkan handphone. Camera memang tinggal dalam locker. Aku beli case yang sesuai nak letak barang bawa masuk air. Jadi aku simpan handphone dalam tu and sangkut kat leher. Orang lain pun ramai buat macam tu. Tengah sedap posing dalam kolam sekali ombak datang. Serious aku dan BikD tak sedar. Satu round kasi mandi itu handphone. Aku rasa nak menangis kat kolam tu juga terus mood jadi sendu. Bila orang call pun ringtone dah tak berbunyi. Tapi aku tabahkan hati sebab tak nak spoil mood nak bersuka-ria. Aku positif memujuk diri sendiri. Dah kena baru serik. Tak keluarkan handphone dah bila dalam pool.




MAKANAN DI DALAM LOST WORLD OF TAMBUN

Lepas mandi sakan mulalah nak rasa lapar. BikD tu walaupun keding tapi dia ada nafsu makan kalah naga. Aku pun tak dapat nak makan banyak macam dia. Makanan luar memang tak dibenarkan sama sekali. Sebelum masuk pekerja-pekerja di entrance akan seluk tangan dalam beg kita untuk check ada makanan yang cuba diseludup masuk atau tak. Janganlah pula korang bawa makanan bekal dari rumah. Confirm kena rampas. Tengok selera BikD makan aku tertanya-tanya sendiri, trip ke water park ke trip makan-makan. Bila dah datang tempat macam ni, kita kenalah prepare mental dan fizikal untuk mengeluarkan duit beli makanan. Semua harga makanan-makanan yang dijual adalah mahal. For lunch kami beli Mee Goreng Mamak, ABC, Mineral Water dan Crepe. Kongsi makan berdua. Rasa biasa-biasa saja. Pilih Mee Goreng Mamak sebab kaunter paling sikit orang. Malas nak beratur panjang-panjang. Lepas makan kami terus pergi ke Tiger Valley (E5). Nak tengok animal show at 3.00PM




ANIMALS SHOW DI TIGER VALLEY

Aku nasihatkan kepada korang datanglah lime belas minit lebih awal dari waktu show bermula. Kalau tak memang tak dapat tempat dan mungkin tak dapat langsung tengok show. Show mula sedikit lambat. Orang makin ramai dan sesak but we were so lucky that day. Kami dapat seat paling depan dan centre. Memang exclusive sungguh. Aku tengok ramai yang terpaksa berdiri dan dukung anak masing-masing. Jadi korang jangan lambat okay. Rasa sangat excited. Aku dah boleh buang another list dalam senarai wishlist untuk tengok raccoon. Binatang fluffy kawan baik Pocahontas tu. Aku tak sangka pula yang dalam animal show tu akan guna raccoon as one of the animals. Geramnya rasa nak picit. Kalau dapat pegang mesti lagi best.











Main attraction adalah nak kasi harimau makan sebenarnya. Boleh tahan menarik juga show ni jadi korang jangan lepaskan peluang. Senang hidup harimau-harimau tak perlu susah cari makan hari-hari orang hulurkan food. Besar harimau-harimau yang digunakan untuk show. Dengan keadaan open space ada juga terselit rasa takut. Then kami pergi main few games. Naik mini  roller coaster dan viking. Benci aku naik viking tu. Nak muntah rasa. Pejam mata all the way. Tak sanggup buka sebab lagi pening. BikD main lagi banyak games dari aku. Tak bolehlah naik benda-benda laju and tinggi. Pengsan kang. Niat utama kami bersiar-siar tengok show dan main-main mini games yang ada sebab nak keringkan baju. Sebelum tu kami dah bilas dulu make sure juga bersih. Lepas dah kering baju kami terus pergi solat. Boleh Jama' dan Qasar. Teruslah solat Asar. Nanti boleh sambung mandi.

Lepas solat kami isi perut lagi. Beli waffle saja yang mampu. Then terus ke Paddle Boat or Lost World Swan Lake (L8). Pengakuan jujur dari aku, tak payah datang sini pun tak apa. Boleh skip dan terokalah area lain. Penat mengayuh. Aku pemalas kalau bab-bab menggunakan kekuatan fizikal. Jadi aku tak berapa gemar walaupun aku paling excited nak try. Kami kayuh tak lama pun. Tak sampai pun lima belas minutes. Kami terus patah balik. Siap nampak biawak bagai mau tak seram sejuk. Tak berani dah. Cumanya, permandangan memang cantik. Sejuk mata memandang. Nampak gunung and bukit. Refreshing. Lepas habis menyeksa betis kami terus meluru nak naik slides. Kalau korang bercadang nak spend masa sampai malam di Lost World Of Tambun macam kami, mungkin boleh guna trick yang sama. Naik slides bila dah sampai lewat petang but before 6.00PM. Lepas 6.00PM semua games and slides dah tutup. Itu aku suruh rancang betul-betul supaya nanti tak putih mata. Orang seriously tak ramai yang beratur. Kejap saja dah sampai turn kami. Kalau waktu peak hours memang masa untuk beratur lagi lama berbanding masa nak bermain.














Lepas dah puas main slides kami pulangkan tube. Syukur tak ada orang ambil tube kami. Memang tawakal saja kami tinggal near tempat makan. Memang malas nak usung sana sini. Kalau main slides pun guna tube asing yang khas untuk slides. Hari pun dah senja. Kawasan lain memang dah tutup. Kami pun went back to Jungle Wave Pool. The only kolam yang masih dibuka kepada pengunjung even though dah lepas pukul 6.00PM. Tapi ada certain limit saja. More than 1.5 meters ahead dah tak boleh pergi. Tapi still berbaloi. Orang dah tak ramai. Yang tinggal pun hanya those yang nak mandi di hotspring. Kolam itu macam kami yang punya. Tambah pula bila malam air makin sejuk. Sakan berenang sana sini. Kami memang bercadang untuk tunggu sampai malam. Nak mandi hotspring sekali. Jadi berendam puas-puas di Jungle Wave Pool sebelum masuk kolam air panas pula. Duduk santai saja. Tak payah beriya nak kuak lentang ke kuak rama-rama ke. Boleh melepak sampai pukul 11.00PM. Kalau tak nak mandi siang, datang waktu malam saja pun okay. Ada harga tiket lain.

Around pukul 9.00PM kami bersiap untuk pulang. Haruslah singgah gift shop. What a day for May babies ada 50% off untuk selected items. Ada keychains, fridge magnets, t-shirts, mugs dan banyak lagi. Just tunjuk IC to show yang kita memang lahir bulan May. Tapi aku tak memborong pun sebab tak ada yang berkenan. I bought two fridge magnets tapi bukan under selected items. Nak buat macam mana. Mata tertawan pada yang lain. Orang kata kalau sampai Lost World of Tambun kena bergambar di pintu gerbang. Tapi kami tak bergambar pun. Waktu datang orang memang merenyut ramai yang amat. Waktu balik pula dah gelap gelita. Tak ada tenaga nak snap gambar. Tak apalah.. bebila singgah untuk ambil gambar. On the way balik, kami singgah di RNR Bukit Gantang makan dan solat. Terus sampai rumah then konvoi pula ke Bayan Baru untuk escort BikD balik rumah. Dah malam sangat. Tak sampai hati kasi dia drive balik seorang diri.

Entrance Tiket : RM56.00
Tube : RM26.00 (Deposit RM10.00)/2 = RM8.00
Locker : RM20.00/2 = RM10.00
Makan ; RM60.00/2 = RM30.00
Paddle Boat : RM5.00
Souvenirs : RM12.00

= RM121.00/+-

Jumlah yang telah dileburkan untuk kepuasan dan keriangan satu hari suntuk. Tak campur harga tol dan minyak. Aku pun tak tahu nak cakap mahal atau tak sebenarnya. Mungkin kalau korang dapat cut down jumlah belanja untuk makan lagi jimat. Tapi nak buat macam mana kami masing-masing kuat makan. Kalau korang bercadang untuk pergi ke Lost World of Tambun, boleh godek website sekarang. Ada promotion harga tiket. Lebih murah dari harga yang aku bayar. Apa-apa pun, sila rancang perjalanan anda. Drive safe and hati-hati. Selamat bercuti.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.