Friday, 27 March 2015

TRIP GENG BULAT | PULAU PINANG : ARMENIAN SUITE HOTEL + ROTI CANAI JALAN TRANSFER

TRIP GENG BULAT | PULAU PINANG : ARMENIAN SUITE HOTEL + ROTI CANAI JALAN TRANSFER

Entri sebelumnya di SINI.

Bangun pagi gosok gigi.. cuci muka pergi mandi.. Good morning kesayangan. Untuk korang dan juga kawan-kawan Geng Bulat aku yang baru bangun tidur dari lena diulit mimpi. Sedap sungguh mengulat atas katil. Memang nikmat bergolek sakan. MamiZ gave a call seperti biasa. Wake up call. Habit MamiZ takut anak dia tak bangun tidur or solat Subuh gajah. 

Yantai got up earlier than me. Dia bersiap dan solat semua dulu. Take turn masuk toilet dan berkemas. Aku target untuk keluar paling lambat pukul 9.30AM. Sekejap sangat rasa. Kawan-kawan pun datang escapism dua hari saja. Its time untuk say goodbye dekat bilik hotel. Kena keluar awal sebab banyak tempat nak dituju. Sob sob !! Bestnya tilam hotel.




ARMENIAN SUITE HOTEL, PULAU PINANG



The room looks like this. Kita panggil double decker bed or bunk bed. Hanya RM220 untuk satu malam. Kami berlima tapi katil ada empat saja. Yantai dan Onni rela hati tidur berpelukan with each other. Aku call hotel before the date tanya if aku can actually squeeze seorang lagi dalam bilik yang meant for four. Mr.Tan cakap suka hati jadi kami pun buatlah ikut suka hati kami.

Those yang rajin travel mesti dah tak hairan dengan katil yang macam ni. Bersepah ada kat negara orang lain. Hostel untuk backpackers banyak yang offer katil macam ni. Tapi untuk kami ini adalah rare. Aku sendiri tak pernah duduk hotel yang offer this kind of beds jadi masing-masing teruja. Dulu masuk sekolah asrama pun tak jumpa katil macam ni. Semua orang dalam satu bilik tak perlu campur lelaki perempuan. Konsep dormitory yang bagus. 

Service was good. Pekerja pun baik and ramah. Toilet pada tahap terbaik. Apa lagi yang korang nak ? Air mineral disediakan di dalam bilik dan ada flat TV with great channels. At first kami ingat ada masalah dengan aircond. Sakan godek sana sini untuk turunkan suhu. Bilik panas. Then baru tersedar. Haruslah bilik panas. Bukan suddenly nak sejuk kan ? Aircond tak rosak pun sebab lepas tu sejuk berkelubung kami semua dalam bilik. Drama kan ?





Landmark paling mudah untuk cari hotel ni. Korang hanya perlu membelakangkan street art di atas dan hotel berada dalam kedudukan nombor dua dari tempat korang berdiri. Haaa betul-betul di kawasan street art jadi malam-malam kalau nak ronda ambil gambar pun boleh. Cantik juga sebenarnya kawasan street art ni bila malam. Walaupun sikit creepy tapi dapatlah posing sakan tanpa gangguan.

One thing yang menjadi masalah adalah untuk mencari parking. Seksa sungguhlah. Itu yang aku main parking saja sampai kena saman. Waktu siang memang susah sebab kawasan ni adalah tempat tumpuan pelancong. Tapi bila malam korang boleh park freely ikut suka hati. 

Armenian Suite Hotel
No. 33, Armenian Street,
Georgetown, 10200 Pulau Pinang.

Contact : 04 - 2611281

Okay selesai dah bab hotel yang korang semua nak tahu sangat tu. Mari sambung..

Kami semua sangat bagus that morning sebab before 9.00AM kami semua dah ada dalam kereta. Where to ? Makanlah of course. Tangki perut dah berzapin.

Kalau orang Pulau Pinang sejati mesti tahu tempat makan roti canai yang terkenal di ceruk lorong Jalan Transfer. Hampa tau dak ? Siapa pernah makan kat sini angkat tangan ? Tak adalah ceruk mana pun. Jalan Transfer bukan tersorok sangat. Kedai makan pun tepi jalan.

TEMPAT MAKAN BEST DI GEORGETOWN : ROTI CANAI JALAN TRANSFER



10) ROTI CANAI JALAN TRANSFER. Antara tempat tumpuan pelancong untuk cari breakfast pagi-pagi. Korang hanya perlu key in 'Jalan Transfer' dalam GPS masing-masing atau 'Hotel Penaga'. Di simpang empat berhampiran Hotel Penaga dah boleh nampak dah kedai roti canai ni. Orang usually akan sangat ramai jadi mesti korang senang nak detect kedai roti canai ni. Kedai memang macam nak roboh. Ala-ala parasit duduk menumpang kat pokok. Macam kedai setinggan tapi orang yang datang makan sangat ramai. Kadang-kadang sampai kena tunggu turn baru dapat tempat duduk. Usually around pukul 9.00AM dah elok sangat kalau nak datang. Aku tak sure sampai pukul berapa kedai ni buka. Kadang-kadang sampai lambat pun still beroperasi.





Yang paling famous haruslah roti canai signature yang tak ada bentuk. Percayalah. Roti canai kat sini memang tak ada rupa bentuk yang tetap. Selalu makan roti canai bentuk bulat kan ? Jangan hairan kalau tetiba dapat roti canai bentuk tiga segi. Hanya di sini roti canai ada pelbagai bentuk. Ada option gulai daging dan ayam. That day kami makan roti telur with gulai daging is RM5.00 dan RM7.60 if ambil ayam. Tapi portion besar dan Neddy siap boleh tambah roti kosong sekeping. Bukti sedap sungguh la kot.

Aku bukan fan roti canai. Aku makan sikit saja and Yantai habiskan the rest. Kalau breakfast roti canai aku rasa terseksa. Tapi this is exceptional. Dah bawa kawan-kawan datang berjalan haruslah aku bawa makan kat sini. They need to experience the taste. Betul tak kawan-kawan ? Jadi korang pun kena juga masukkan Roti Canai Jalan Transfer dalam list korang bila datang ke Pulau Pinang.

Bila dah kenyang dan tangki pun dah full, baru ada energy nak sambung berjalan. Nak kemana pula ? Haaa.. banyak lagi pit stop kami. Tunggu.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Thursday, 26 March 2015

TRIP GENG BULAT | PULAU PINANG : BATU FERRINGHI NIGHT MARKET

TRIP GENG BULAT | PULAU PINANG : BATU FERRINGHI NIGHT MARKET


Entri sebelumnya di SINI.

Konon lepas makan nak pergi hunt abang-abang mata biru kan ? Acah saja. Jenuh MamiZ hambat aku satu Pulau Pinang. Lari tak cukup tanah. Tapi kami memang pi cuci mata pun. Tengok apa patut yang ada di night market yang terkenal di Batu Ferringhi. Jatuh hukum wajib kena singgah kalau korang dah sampai ke Pulau Pinang.

Nak sampai sini tersangatlah senang. Ikut saja signboard menuju Batu Ferringhi. Drive sampai kawasan yang dekat dengan hotel-hotel mahal. Kalau nampak banyak kedai dibuka tepi jalan maknanya korang dah sampai

TEMPAT MENARIK DI BATU FERRINGHI : PASAR MALAM / NIGHT MARKET



9) NIGHT MARKET BATU FERRINGHI. Aku mohon untuk those yang datang Pulau Pinang, tolong masukkan Night Market Batu Ferringhi dalam itinerary korang. Waktu yang sesuai untuk datang haruslah pada waktu malam. Jangan tengah hari rembang korang datang cari market ni sebab memang habuk pun tak ada. Beroperasi hanya pada waktu malam. Setiap hari. Aku usually datang around 10.00PM dan orang masih ramai. Kalau rajin datanglah lagi awal. Banyak kedai souvenirs yang ada dan korang boleh shopping macam-macam kat sini.

Kalau skill bargain korang sangat superb, lagilah senang hati nak membeli. Main tarik-tarik tali sikit dengan tauke kedai. Kalau skill tak berapa mantap macam aku pejam mata dan bayar saja. Jangan banyak songeh. Kalau dah berjaya tawar-menawar sampai dapat harga yang korang nak, jangan tak beli pula. Nanti kena maki. Adat berniagalah. Peniaga dah ikut kehendak kita, jangan nak main-main pula.


Anak-anak yang rambang mata untuk membeli-belah. Masing-masing tak sedar poket sedang basah bermandikan air mata. Aku tak beli apa-apa pun. Aku ada target satu bag kat sini tapi bila dah datang dengan duit aku tak nampak pula. Tak kasi aku beli la tu. Kat sini banyak fake products macam kat Petaling Street tapi vibe yang diberikan sedikit lain. Rasa macam high class sikit kalau kat sini. 

Baju-baju branded tiruan pun banyak with good quality. Example macam Polo Ralph Lauren, Lacoste, Super Dry dan banyak lagi. Semua ada butik tiruan masing-masing. Bukan main campak atau longgok saja. Though tiruan tapi material bagus. Promote macam dapat share hihihi..





Macam-macam benda boleh dapat kat sini. Lampu tidur pelbagai gaya. Nak lampu yang boleh buat jadi langsir pun ada. Senang cerita korang hanya perlu sediakan duit saja. Barang-barang metal yang rare dan pelik pun banyak. You know certain men suka beli things yang boleh sangkut kat belt or wallet tu kan ? Usually yang ada fashion taste ganas sikit selalu buat macam ni. Aku tak tahu the exact term. Banyak gila kat sini. Beli semua borong sangkutlah puas-puas. 

Ceramic ? Oh yes sangat banyak pilihan. Dari pinggan ke mangkuk ke cawan semua ada. Semua comel sangat. Boleh beli buat koleksi peribadi or as souvenir. 

Accessories ? This is the place. Kalau uols memang jenis hantu klip rambut dan benda-benda yang boleh letak kat kepala silalah datang sini. Aku pernah beli few things padahal pakai tudung. Cannot resist. Too cute and cheap.



MASSAGE PARLOUR DI BATU FERRINGHI


Antara reason kenapa kami ke sana that night adalah untuk ke salah satu massage parlours yang banyak di Batu Ferringhi. Selain daripada melaburkan duit disini, korang boleh datang untuk urut kaki or whole body. It is up to you. Once in a while apa salahnya treat badan dengan simply simple massage kan ? Dah teruk sangat kita gunakan badan kita seharian. Alasan hahaha. Padahal memang saja nak menggedik kena urut. 

Dengan hanya RM20 korang boleh dapat urutan kaki selama 30 minit with extra shoulder massage dan fish spa. Murah kan ? Aku suka fish spa. Biasalah awal 10 minit tu geli-geli bila ikan yang toothless tu semua mai gigit manja. 

Aku kongsi rahsia sikit. Masuk any massage parlour and buat tauke kedai tu macam kawan. Acah la sembang macam dah kenal lama. Lepas tu datang lewat sikit. Around pukul 11.30PM or 12.00AM. Time sayup macam tu mesti dapat harga lagi murah. Tapi if you are a girl and alone jangan berani terlebih sangat nak pergi tengah malam. Tak balik kang hihihi..


Aku, Onni dan Yantai saja rela di massage. Ciqen dan Neddy duduk menunggu. Gambar ada tapi semua seksi hihihi. Seluar naik sampai betis nak tayang apanya kat sini ? Tatapan peribadi saja. Jangan risau. Yang tukang urut ramai perempuan. And kalau nak zone tertutup pun boleh. Jadi tak ada masalah nak selak sana sini.

Selesai massage marilah kita pulang ke pangkal jalan. Mode zombie kembali on. Sampai hotel terus solat Isyak dan layan movie sekejap plus gosip sebelum aku sedar semua orang dah tidur kecuali aku. Aik ? Bila mula pengsan pun aku tak sedar ? Lastnya aku tutup tv dan buka sikit pintu toilet. Gelap gelita seram sejuk pula. 

Good night everyone. SWEET DREAM. Hihihi..

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Tuesday, 24 March 2015

TRIP GENG BULAT | PULAU PINANG : HAMMER BAY

TRIP GENG BULAT | PULAU PINANG : HAMMER BAY


Entri sebelumnya di SINI.

Sambung cerita dari entry lepas. Aku dah give up cari parking. Memang tak nampak bayang langsung untuk dapat parking at that time. Matahari pula elok mencanak atas kepala. Panas sampai tahap boleh buat pening kepala. Eloklah kami semua balik ke hotel. Semua pun dah macam zombie termasuk aku. Mata rabak while memandu. Sendiri pun tidur tak cukup.

Balik hotel masing-masing ambil port. Aku kononnya nak baring sekejap before mandi nak solat Asar. Hahaha lebur. Bukan Asar yang lebur. Cita-cita untuk mandi yang lebur. Aku rasa tak sampai sepuluh minit aku letak kepala aku dah hanyut. Dreamland. Aku tak sedar apa. 6.30PM aku terjaga. Itupun sebab MamiZ call. Aku sedar bilik gelap and sunyi sepi. Yeah !! Semua pun sama-sama hanyut. Aku pi solat Asar then kejut yang lain suruh pi mandi dan bersiap. Lepas Maghrib nak gerak keluar cari makan. Memang nyenyak sungguh tidur. 



By 8.00PM kami dah siap sedia nak keluar. Notice tak ? Seluar kami sama. Comel kan ? Rasa macam muda remaja sangat tau bila semua pakai sedondon. Buat perangai awet muda. Yang penting kita hanya perlu melangkah yakin tanpa memikirkan orang lain. That night kami decided untuk makan seafood sepuas-puasnya. Part makan memang kami nombor satu. Sehati sejiwa.

TEMPAT MAKAN SEAFOOD BEST DI PULAU PINANG


 

8) HAMMER BAY. Kat Pulau Pinang ni banyak sangat kedai yang jual seafood. Mana-mana ceruk pun ada. Aku memang nak bawa kawan-kawan Geng Bulat ke Hammer Bay. Dari Georgetown, korang hanya perlu drive ke Bayan Baru atau lebih tepat drive saja ke arah Queensbay Mall. Nak solution paling senang hanya key in saja Hammer Bay dalam GPS. Terus sampai.

TAPI..

Ada one incident kelakar terjadi while kami dalam journey ke Hammer Bay. Seronok sangat aku bersembang sampai aku terlajak simpang maka terpaksalah naik Jambatan Pulau Pinang sekali lagi. Sepatutnya dari Georgetown aku kena ambil susur ke kiri untuk ke Bayan Baru tapi aku dengan yakin drive terus saja. Bersiar-siarlah sekejap. Dah terlajak naik jambatan mana ada tempat nak u-turn. Terpaksa drive sampai ke seberang dan u-turn di sana. Bayarlah another RM7 hihihi. 

Jadi korang jangan kuat berangan dan bersembang macam aku okay. Kawan-kawan bersembang tak apa. Driver kena stay alert dengan pemanduan.




Dari hotel lagi kami dah fikir nak order apa. Kena tanya semua orang. Walaupun sehati sejiwa suka makan tapi selera still berlainan. Sakan sungguh aku dengan Onni memilih. Yang lelain ikutkan saja. Sediakan perut dan duit. Masa nak pilih Onni kata pilih saja asalkan hati senang. Pejam mata dengan harga sebab sekali sekala saja dapat berkumpul macam ni. Dulu masa belajar selalu juga kami laburkan duit makan seafood di Jeram. 

Seronok duduk makan dekat Hammer Bay. Dekat tepi laut dan dekat dengan airport juga. Jadi kapal terbang yang berlepas memang lalu atas kepala. Boleh nampak dengan jelas. While tunggu makanan sampai habis macam-macam cerita kami buka. Ada yang kelakar ada yang serious. Well.. Hihihi.

MAKANAN SAMPAI !! WEEEHOO !!







Sambil menaip sambil telan air liur. Parah !!

Inilah hasil tuaian kami that night. Sengih-sengih sampai telinga bila makanan sampai. Masing-masing tak sabar nak makan.

Udang Masak Butter
Sotong Goreng Tepung
Ikan Pari Bakar
Ikan Siakap Tiga Rasa
Kailan Ikan Masin

Overall semua makanan adalah sedap. Hammer Bay memang tak pernah mengecewakan setakat ni. Aku memang suka Udang Masak Butter kat Hammer Bay. Tak oily sangat. Certain places masak siap ada kuah bagai. Not really my taste. Ikan Pari Bakar pun unexpectedly sedap. Tapi aku sedikit sedih. Usually aku order Sotong Goreng Tepung untuk tiga orang makan memang banyak. Sesuai sangat kalau nak makan berlima. Tapi that day kami dapat small portion. Aku makan seorang boleh habis. Curious. Mungkin tersilap hantar tapi kami diamkan saja. Makan sajalah apa ada. Malas nak besar-besarkan cerita.

Time makan semua senyap. Memang ada kawan-kawan kami yang lain pernah kata. Nak tengok Geng Bulat senyap, time makan is the only time yang kami akan senyap. Focus sungguh. Aku harap masing-masing puas hati. Nak udang dapat udang. Nak sotong dapat sotong. Nak ikan bakar pun dapat. Alhamdulillah.

Total kami makan that night was actually RM209 tapi abang kaunter kasi diskaun katanya. Jadi total adalah RM190. Sengih habis bila dapat diskaun. Dengan harga itu untuk semua makanan yang kami makan aku boleh kata sangat berbaloi. Tapi tak boleh selalu. Sekali sekala saja. Selalu makan seafood pun bahaya juga. Bahaya untuk kesihatan poket anda.

Lepas masing-masing dah kenyang macam ular sawa apa lagi ? Teruskan perjalanan untuk ke next destination. Malam masih muda. Apa barang balik hotel awal-awal ? Tak rock lah. Marilah cuci mata tengok abam-abam omputih yang hot-hot. Mana tu ? Hihihi adalah..

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Sunday, 22 March 2015

TRIP GENG BULAT | PULAU PINANG : CHOWRASTA

TRIP GENG BULAT | PULAU PINANG : CHOWRASTA


Entri sebelumnya di SINI.

Nak habaq mai kat hampa semua. Lepas pusing area Street Art aku dikejutkan dengan satu berita kurang gembira. Dari jauh nampak dah sekeping kertas melekat kat wiper kereta. Tau dah tau dah memang aku tau sangat dah kenapa. Kena saman lagi la der !! Syukur tak mahal macam kena kat Kuching dulu. MPPP memang berkenan sungguh dengan kereta aku. Dalam Pulau Pinang ni saja entah berapa kali dah aku kena saman. Pantang nampak kereta aku mesti MPPP berbulu. Laju nak menyaman.

Tapi salah sendiri juga. Jalan hari weekdays. Memang kena tayang kupon. Aku pula buat jalan tu macam jalan ayah aku. Dah terkena baru sedar. Baru kalut nak pi beli buku kupon. Tak mau lah nanti kena saman lagi kat next destination.

Dah !! Nak sambung cerita lagi.

TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG : CHOWRASTA


                                     

6) CHOWRASTA. Kalau ikut itinerary yang aku dah siapkan kami seharusnya pergi makan lunch. Tapi masing-masing katanya belum terlalu lapar. Jadi skip lunch dulu dan terus ke Chowrasta. Aku selalu parking kat sebelah balai polis kalau singgah di Chowrasta. Senang dan tak terlalu sibuk. Dah beli kupon parking kan ? Haaa tayanglah apa lagi. 

Cuaca memang panas. Menyengat sungguh rasa kulit. Eloklah aku pun tak pakai any make up cream or what. Kalau tak jenuh cair. Sediakan tisu banyak-banyak. Di Chowrasta ada banyak juga aktiviti yang korang boleh buat. Salah satu tempat tumpuan pelancong adalah Chowrasta. Wajib juga korang letak Chowrasta as tempat wajib jejak kalau sampai di Pulau Pinang.



AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI CHOWRASTA


Antara aktiviti yang korang boleh lakukan adalah shopping souvenirs, tshirt, makan street food, borong pelbagai jenis jeruk dan macam-macam lagi. Antara benda yang aku wajib beli kalau singgah Chowrasta adalah buah berangan. Kat tempat aku tinggal or kawasan-kawasan sekitar susah sungguh nak jumpa orang jual buah berangan. Ada jual kat sini haruslah beli. Share dengan Yantai sebab dia suka makan buah berangan juga. Onni dan Neddy tak pernah makan. Aku dan Yantai dalam usaha nak paksa both of them rasa buah berangan panas-panas baru keluar kuali.

Onni nak beli tshirt katanya. Nak survey dulu. Aku rasa memang tshirt yang terjual di Chowrasta adalah yang termurah aku pernah jumpa di Pulau Pinang berbanding tempat lain. Pilihan juga banyak. Kalau kena gaya memang boleh dapat murah. Bergantung pada tahap kepakaran korang semua bargain harga. Makin maju Pulau Pinang, makin Chowrasta kian dilupakan. Banyak lubuk souvenirs dah dibuka. Sebab tu kalau korang pandai tawar-menawar, aku yakin korang boleh beli souvenirs dengan harga yang murah.




MamiZ cerita dulu zaman kami sekeluarga datang duduk kat Pulau Pinang memang kat sinilah dia dan DediS selalu datang shopping baju untuk aku. Zaman 90-an dulu mana ada shopping mall lagi. Kiranya kat Chowrasta ada everything untuk keperluan masyarakat setempat. Tapi sekarang zaman dah bertukar. Tempat ni tak meriah macam dulu. Ramai yang datang adalah orang-orang setempat yang dah berusia. Orang muda mana nak layan tempat macam ni dah.

Other than tshirt yang murah, korang boleh borong shawls dan blouses yang cantik juga. Aku pun baru notice ada banyak kedai jual baju-baju kemeja for ladies yang quite okay. Kalau korang jenis pakai blouses memang sesuai juga datang. Kenyit mata sikit hopefully dapat harga lebih murah. Dengan syarat janganlah demand barangan branded untuk terjual disini. Bagi aku, harga yang ditawarkan sangat bersesuaian dengan kualiti. Tak lama pun kami dalam bangunan tu. Cuci-cuci mata sekejap dan keluar.

MAKANAN 'STREET FOOD' DI SEKITAR CHOWRASTA


Sekitar Chowrasta ada banyak kedai-kedai makan yang dibuka. Ada peniaga Melayu, Cina dan India. Sangat sesuai untuk semua golongan dan lapisan masyarakat. Kami terus berjalan sampai ternampak orang jual cendol. Apa lagi ? Jadi tempat pit stop sebentar. Tak ada tujuan yang specific pun. Memang bercuti gaya santai.




Di kawasan sekitar Chowrasta ini juga ada another penjual cendol yang famous iaitu Teochew Cendol. Tapi penjual cendol adalah berbangsa Cina. Menurut kawan aku dah dijamin halal. Orang beratur memang panjang kalau Teochew Cendol tu buka. Aku tak pernah try sebab DediS memang dah pesan jangan makan. Kita ada pilihan lain orang Islam jual jadi belum jatuh hukum terdesak untuk makan cendol disana. 

Jadilah cendol pulut kat abang ni haaa.. Onni dan Yantai kata sedap. Aku tak minat cendol.

Jalan lagi jumpa another lorong. Lots of street food. Aku singgah nak beli kuih vadey sebenarnya. Baru lepas goreng. Panas-panas sedapnya. Very the crunchy gitu. Then Ciqen nampak ada orang jual laksa. Dia memang suka makan laksa. Dari sebelum sampai Pulau Pinang dia zikir kata nak makan laksa. Jadi kami decided untuk duduk lepak while waiting for Ciqen dan Yantai makan laksa.





Sedap katanya. Sampai licin laksa tu dikerjakan. Kami yang tak minat makan laksa just beli-beli kuih yang terjual. Kat lorong ni ada banyak pilihan makanan lagi. Ada pesembur ada nasi kandar juga ada ABC dan macam-macamlah. Aku pun tak pernah melepak makan kat sini. First time juga hihihi.

BORONG JERUK MURAH DI CHOWRASTA


Then bermulalah aktiviti memborong jeruk lepas masing-masing dah kenyang. Aku memang akan suggest untuk korang beli jeruk di Jeruk Madu Pak Ali. Kat Chowrasta ada banyak kedai jeruk. Bukan kedai Pak Ali saja. Ikut suka korang semualah untuk decide beli di mana. But one thing yang aku suka tentang Jeruk Madu Pak Ali is kalau makan banyak mana pun mesti tak sakit tekak dan tak batuk. 

Beli jeruk di Chowrasta adalah lebih murah berbanding tempat lain. Beza dalam RM5-RM10 juga tau kalau korang beli kat tempat lain. Sebabnya Yantai ada singgah few shops kat area Batu Ferringhi untuk top up jeruk yang dia beli. That time kami discover harga di Chowrasta jauh lebih murah. Aku biarkan kawan-kawan aku borong jeruk. Actually jeruk Pulau Pinang boleh dijadikan souvenir paling senang untuk kawan-kawan pejabat or jiran sebelah rumah. Hulur saja jeruk dah diam. Selesai semua kami nak menapak pergi. 


7) PENANG 3D TRICK ART MUSEUM. Next destination kami adalah Penang 3D Trick Art Museum tapi hazab sungguh nak cari parking. Aku pusing kawasan yang sama tiga empat kali still tak ada parking. Plus dengan cuaca yang panas memang membantutkan sikit keinginan nak singgah. Tengah gigih cari parking aku notice semua orang dah pengsan. Cis !! Aku membebel seorang diri rupanya. Hahaha..

Penat kawan-kawan aku balik kerja terus gerak datang Pulau Pinang. Huuurm..

Lastnya aku decided untuk balik ke hotel. Biarkan kawan-kawan aku semua berehat. Dah macam zombie aku tengok. Mata masing-masing kuyu tapi nak berjalan. Marilah kita pulang dan tidur. Malam nanti kita sambung jalan-jalan dan makan. 

Okay ? Okay.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Tuesday, 17 March 2015

TRIP GENG BULAT | PULAU PINANG : PENANG STREET ART

TRIP GENG BULAT | PULAU PINANG : STREET ART ATTACK !


Entri sebelumnya di SINI.

WARNING ! Gambar banyak. Bebelan banyak. 

GENG BULAT SERANG STREET ART DI PENANG. Sebelum aku sembang lebih kencang, yang belum baca entry sebelumnya sila berbuat demikian. Supaya korang tidak tertanya-tanya apa yang terjadi. Juga untuk mengelakkan aku daripada murka.

TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG : PENANG STREET ART


                                    

4) PENANG STREET ART. Lepas masing-masing dah kenyang aku terus menghala ke Armenian Street / Lebuh Armenian untuk jejak Street Art yang famous di Georgetown. Rasanya semua orang yang pergi Georgetown mesti akan singgah sini. Tak sah kalau tak ambil sekeping dua gambar kat area sini. Those yang rajin boleh sewa basikal dan ronda the whole area. Mengikut pengalaman lepas dengan Momon aku memang tak sanggup nak naik basikal. Cukuplah sekali aku merasa and it was not fun at all. Mungkin fun bagi orang lain.

Sincere sorry Ciqen. I heard few times kau sebut nak naik basikal tapi aku pura-pura buat tak dengar. I could not let all of you naik sebab :

1) Hari panas. Kita semua puteri lilin. Mana boleh sedekah diri lama-lama bawah matahari.
2) The whole area adalah terlalu luas. Nak jejak makan masa sehari suntuk.
3) Produk kecantikan untuk mencerahkan balik pigmentation muka terbakar tak murah.

Jadi renung-renungkan. If we had more time maybe kita boleh ronda with basikal. So you guys need to come over to Penang again. Though banyak kali sudah aku sampai ke Armenian Street tapi aku masih tak boleh nak hafal jalan area Georgetown. Semua mengelirukan. Memang pakai GPS nak sampai. Stress aku tengok semua jalan sama saja rupanya. Jadi key in saja 'Lebuh Armenian' dalam Waze. Di Lebuh Armenian ada banyak parking spaces yang korang boleh guna untuk park kereta. Tapi baca betul-betul ya. Kawasan Georgetown adalah mesra saman parking. Make sure korang ada kupon parking kalau nak park tepi jalan.

Mr. Tan, owner hotel text aku a day before cakap boleh check in around 10.00AM. Bila aku belek kembali alamat hotel aku tengok macam nearby kawasan Street Art saja. Memang betul !! Memang sangat dekat. Jadi kami siap-siap usung bag masing-masing dan check in. Letak barang lepas tu keluar balik menapak. Kagum sikit tengok bilik. Harap-harapnya kawan-kawan aku suka.

SEKITAR ARMENIAN STREET / LEBUH ARMENIAN










On that day aku syukur hari tak terlalu bahang. Panas still panas. Peluh still peluh tapi rezeki kawan-kawan ni semua langit ada sedikit mendung. Kalau tak memang lagi menyengat. Mencucuk-cucuk kulit. Pakai make up memang boleh cair. 

TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG : CHEW JETTY


5) CHEW JETTY. Aku ajak kawan-kawan aku berjalan sampai Chew Jetty. Tak jauh pun. Dari Armenian Street korang hanya perlu jalan ke arah Pengkawan Weld atau jalan besar dan cross the road. Usually kalau sewa basikal, apek or amoi kedai akan kasi peta. Follow arah dalam peta okay. Kat kawasan seberang jalan ada banyak clan jetties. 

                                   

SEJARAH 'CLAN' DI GEORGETOWN


Clan tu apa ? Clan sebenarnya adalah kategori kaum atau keturunan. Satu kelompok manusia yang kongsi minat yang sama, nama yang sama or senang cerita keluarga pun boleh juga. Berdasarkan tazkirah sejarah yang salah seorang apek di Chew Jetty cerita kat aku :

"Orang cina kan ada banyak surname : Lee, Tan, Chew dan sebagainya. Jadi masa zaman datuk nenek moyang orang cina memula datang Tanah Melayu, they classified their houses through surname. Jadi keluarga Chew duduk satu kelompok. Keluarga Tan duduk satu kelompok. Tak bergaul dan saling bermusuhan. Kiranya assabiyah terbentuk melalui surname masing-masing. As time passed by negara pun dah maju tak adalah permusuhan tu semua. Tapi blocks perumahan mengikut nama masih ada."

Haaa itulah jadinya ada beberapa nama jetties di Georgetown. For the first time aku teringin nak explore jetty lain. Selama ni asyik ke Chew Jetty saja. Kali ni menapak ke Tan Jetty. Bersebelahan saja dengan Chew Jetty. Tapi hampa. Macam zombieland. Jadi kami patah balik ke Chew Jetty yang more lively dan meriah. Jadi korang tak payah terlebih kudrat nak jenguk jetty lain. Terus saja ke Chew Jetty. Kalau rasa tenaga ada banyak silakan explore jetty lain.

PERMANDANGAN SEKITAR CHEW JETTY







Nasib kawan-kawan Geng Bulat. Air surut and lumpur saja ada. But worry not. Jalan sampai hujung jetty ada air laut. Bila air surut macam ni, bau lumpur sangat kuat. Boleh hilang mood nak berjalan. Kalau air pasang memang cantik juga sebab banyak bot kat kawasan ni. Plus air agak cantik membiru. First time juga aku datang waktu air surut. Selalu penuh saja terpasang. 





Kawasan ni lagi bahang dari kawasan lain. Tepi laut lah katakan. Ada angin tiup sepoi sepoi bahasa tapi bersepoi sajalah. Still panas juga. Memang aku dah siap sedia ingatkan kawan-kawan bawa payung or topi. Tapi paling epic aku sendiri lupa nak bawa hihihi. Redha sajalah.

Oh aku belum betul-betul kenalkan kawan-kawan Geng Bulat kan ? 

Mari aku kenalkan.


Ni Onni yang bakal kahwin June ini. Kak Long kawasan. Hubungan cinta aku ngan Onni paling last sekali berputik berbanding kawan-kawan lain walaupun sekelas dari hari first masuk universiti. Cinta kami cinta terlarang ada banyak halangan. But due to some reason kami dapat rungkai misteri kenapa kami tak dapat sebulu dari awal. But things happened for a reason kan ? Thanks to that reason kami boleh manja-manja sekarang though aku tahu kekadang Onni pun penat nak layan aku.


Ini Yantai. Kalau ikut analogi korang boleh samakan dia dengan Kwang Soo. Paling kerap kena buli. Selalu jadi mangsa. Aku rasa tahun pertama pertubuhan Geng Bulat mesti Yantai ada pergolakan emosi kenapa semua ini terjadi kepadanya. Tapi sekarang aku tengok dia dah redha. Dah pandai melawan sekarang. Paling latest Yantai dah makin trendy. Gaya hipster okay. Kpop style pun ada. Paling keding dalam Geng Bulat. Makan memilih. Tapi nak makan macam-macam. Kepakaran Yantai adalah - dia boleh tahu api kecil atau besar time korang masak satu-satu masakan. Creepy kan ? Itulah Yantai kami.


Ini tak payah nak cerita lebih-lebih. Kalau tak kenal memang aku sumpah korang semua jadi anai-anai. Paling bulat paling selebet tapi paling comel. Susah kan korang nak hadam ? Hahaha peduli.


Ini Neddy. Kembar taik lalat atas bibir dengan aku. Both of us ada mole cinonet atas bibir. Semua orang sayang dia. Dulu sangat susah nak kena peluk nak kena cium. Sekarang dia dah redha. Bagus Neddy sekarang ni. Badan kecil tapi kuat makan. Selera dia boleh tahan. Selalu buat drama kalau kat group Whatsapp. Selalu menghilangkan diri dan hanya muncul sepurnama malam. Ada handphone mahal tapi dia tak berapa reti nak guna. Kadang-kadang hantar chat hari Isnin mungkin Rabu malam baru dia respond. Itu pun kalau bernasib baik dia nak respond. Hihihi. Diva sangat perangai.


Ini Ciqen. The fact yang nama dia Ciqen hanya aku yang selalu panggil dia cenggitu. Kenapa ? Biarlah rahsia hihihi. Dia pula panggil aku tikus. Nampak tak nickname kasih sayang kami ? Mesra haiwan gitu. Aku selalu jadikan rumah Ciqen port kalau nak meronggeng dengan kawan-kawan. Usually kalau balik Bangi dan masing-masing free memang merayap sakan aku sampai Batu 9, Gombak sana. Selalu salah sebut Batu 9 jadi Batu 13. Katanya Batu 13 tu perkampungan orang asli. Ciqen rajin sebab dia tengah sambung Masters. Tengah stress siapkan thesis. Good luck.

Ya ya panjang membebel. Aku tahu. Sikit lagi.





Lepas sakan sun tanning tepi jetty akhirnya semua sedar akan masa yang menghantui untuk mempercepatkan langkah. Patah balik dan sempat snap few pics kat several arts. Makin pudar aku tengok arts ni semua. Mohon cat balik. Kasi terang. Ada few arts yang korang wajib ambil gambar tau. Kena datang Armenian Street sebab kat sinilah semua arts yang pioneer ada sebelum berkembang ke kawasan lain. Ambil gambar puas-puas dan akhirnya menuju ke next destination.

Pi mana ? Sabaq naaa nanti aku sambung. Kasi hampa semua ruang bernafas sikit.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...