SITI.YANG.MENAIP: February 2015

TEMPAT MAKAN DAN LEPAK BEST DI BANGI GATEWAY | BIJI KOPI CAFE. Bandar Baru Bangi memang dah berubah menjadi satu pusat hub industri perniagaan especially makanan. More shop lots dibina dan macam-macam kedai dibuka. Banyak betul tempat makan yang best ada kat Bandar Baru Bangi. Makin membangun dan menjadi tumpuan ramai orang. Kali ni aku nak share pula mengenai tempat makan seterusnya yang aku dah terjah di Bandar Baru Bangi. Sesekali balik ke kampung memang aku cari peluang untuk meronda. Penduduk di Bandar Baru Bangi memang dah tak asing lagi dah Bangi Gateway. Tempat nak beli tudung murah. Tempat nak lepak hujung minggu dengan kawan-kawan or family members. Tempat nak cari makanan sedap-sedap. Aku tak selalu pergi pun. Sekali sekala saja. Aku dah lama target nak cuba makanan di Biji Kopi Cafe. Tertarik dengan nama kedai sebenarnya yang buat aku nak pergi cuba. Marketing skill lulus. Berjaya tarik perhatian pelanggan dengan nama kedai yang menarik. Ala-ala Coffee Bean versi Melayu.

MENU MAKANAN DAN MINUMAN YANG DISEDIAKAN DI BIJI KOPI CAFE

BIJI KOPI CAFE
Bangi Gateway Shopping Complex
C-8-G, Seksyen 15, 43650,
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

CONTACT
03 8920 9355

Website -- Biji Kopi Cafe
Facebook Page - Biji Kopi Cafe

  

 

 


Sangat banyak pilihan. Rambang mata nak pilih. Semuanya macam sedap-sedap belaka. Ada menu untuk sarapan pagi, hidangan tengah hari dan makan malam. Western food dan pastries pun ada. Memang bab pilihan makanan aku kasi empat bintang. Ikut tekak selera masing-masing. Yang aku tahu signature food adalah Nasi Briyani tapi aku tak cuba sebab aku nak makanan yang ringan saja. Apa yang aku nak highlight adalah booklet menu yang ada. Mungkin perlu dipertingkatkan lagi kualiti. Macam dah habis ink saja aku tengok booklet menunya. Nak baca pun sebenarnya kena belek betul-betul. My suggestion adalah print balik dengan warna yang lebih vibrant dan menarik. Guna font yang senang pelanggan nak baca. Bagi aku menu adalah antara perkara terpenting juga selain deco kedai yang menarik. Kalau suddenly Encik Owner kedai baca terbaca sila take note.

DECO MENARIK DI BIJI KOPI CAFE, BANGI GATEWAY






Tak boleh nak tipu. Memang cantik dan kemas sangat deco cafe. Pilihan warna yang menarik. Tak terlalu terang sampai tak boleh focus nak makan. Lembut saja. Meja dan kerusi kayu yang sangat klasik dan jarak antara meja-meja tak terlalu dekat. Bila duduk atas kerusi kayu terus teringat zaman sekolah rendah. Sebelum bertukar ke kerusi plastik memang bertahun duduk atas kerusi kayu. Memang aku kena kasi empat bintang. Kenapa tak lima terus ? Potong satu bintang sebab panas. Satunya cafe ni berada di lot luar bangunan jadi ada tendency untuk menerima sinaran matahari secara direct. Waktu aku pergi makan memang terasa bahangnya. Mungkin dah dipasang aircond tapi tak terasa.

SERVIS DAN LAYANAN DI BIJI KOPI CAFE

Ada sedikit yang tak best tapi aku bukanlah customer yang teruk sampai tak ada toleransi langsung. First of all orang yang ambil order sangat blur. Serba serbi tak tahu.  Mungkin that day hari first dia kerja. Momon order makanan A tapi lepas few minutes pekerja datang balik kata makanan tak ada stok. Same goes to makanan B. Momon sampai give up nak makan. Jadi mungkin kena brief dan update pekerja dengan stok makanan yang ada. Tapi bila dah order makanan, sampai cepat. Haaa ini aku suka. Tip top. Kami dah bayar dan dah masuk kereta pun. Suddenly Momon tergerak hati nak check balik resit bayaran makanan. Dia belek resit dan mengeluh. Patutlah kami bayar mahal. Aku actually dah tertanya-tanya dalam hati waktu nak bayar tapi didiamkan saja. Memanglah. Rupanya pekerja yang ambil order tak cancel pun makanan yang Momon order pada mulanya. Almost RM20 tau bezanya. Terus Momon serbu kaunter bayaran. Dia memang mood dah kelaut. Dah pula kena bayar extra RM20. Memang angin. Tapi kami selesaikan dengan cara baik. Dapat balik duit dan aku rasa pekerja yang seorang itu dah dapat tazkirah free. Maaf ya tapi demi kebaikan business.

PILIHAN MAKANAN DI BIJI KOPI CAFE

Beef Lasagna (RM15.90)

Kopi 434 Black (RM4.50)

Superb Beef Lasagna. Memang terbaik. Aku sangat puas hati. Memang pilihan yang bijak. Sangat rich tapi tak memuakkan. Tomato sauce pun sedap dan aku rasa memang gabungan yang terbaik dengan lasagna. Momon ordered Soto Ayam. Dalam mood tengah moody tak puas hati tapi habis licin dia makan maknanya sedap lah tu. Aku rasa sikit Soto Ayam. Memang not bad. Bukanlah the best Soto Ayam ever tapi boleh tahan sedapnya. Kopi hitam klasik kegemaran pakcik-pakcik yang rajin melepak kedai kopi memang aku suggest untuk try. Datang dalam pot kecil dan cukup untuk dua kali minum. Aku rasa macam tua sungguh minum kopi hitam pekat macam ni. Overall aku kasi tiga setengah bintang untuk makanan yang kami order. Disebabkan makanan sedap jadi aku maafkan segala kekurangan cafe ni on that day. Cacat cela sikit-sikit boleh dilupakan. Mohon improve service sebab aku bakal datang lagi untuk next visit insyallah. Jadi tak nak the same scenario berlaku lagi. Love your customers and please them. If your service is good then people shall come again. Itu yang paling penting.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
KEDAI KOPI DARI KOREA | TEMPAT LEPAK BEST DI IOI CITY MALL - PATBINGSU SEDAP DI DAL.KOMM COFFEE. Dalam entry yang lepas aku ada cerita tentang trip aku ke IOI City Mall bersama Momon. Boleh baca di SINI. Banyak tempat makan best yang ada di IOI City Mall. Kami nak cari tempat yang sesuai untuk melepak sambil buang masa. Plan asal nak terjah Dip N Dip tapi orang terlalu ramai. Lupakan hasrat itu seketika. Di hujung lorong kami ternampak Dal.Komm Coffee dan terus selamba masuk. Lega akhirnya dapat duduk. Terus ke kaunter untuk membuat pesanan. Suddenly terpandang 'bingsu' turut ada tersenarai di dalam senarai menu. Teruja. Aku dah ceritakan kekecewaan tak dapat rasa patbingsu di SINI tapi bertemu juga jodoh dengan bingsu di kedai lain. Tapi tak ada patbingsu. Ada flavor lain. I don't care anymore. I just want my bingsu and at the same time nak kopi juga. Tamak sangat perangai kami.

OUTLET DAL.KOMM COFFEE DI MALAYSIA

Dal.Komm Coffee
Lot GE-15
Ground Floor
IOI City Mall
Lebuh IRC, IOI Resort City
62502 Putrajaya, Sepang, Selangor
+603 8328 0697

Dal.Komm Coffee
NO 61G & 61M,
Jalan SS21/37 Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor
+603 7722 5199

Dal.Komm Coffee
UG 18, Upper Ground Floor,
D’Pulze Shopping Centre,
Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12,
63000 Sepang, Selangor, Malaysia
+603 8800 9368

Website - Dal.Komm Coffee Malaysia
Facebook Page - Dal.Komm Coffee Malaysia


Choco Lava Bingsu (RM18.90)
Caramel Macchiato (RM13.50)
Vanilla Latte (RM13.50)

Expensive ? Yes. Regret ? No.

Sebab aku memang dah lama teringin nak cuba bingsu. My advice would be, korang order satu sahaja bingsu then share berdua. Our mistake was, kami order bingsu dan kopi. Kami tak sangka bingsu yang kami order sangat banyak. Patutnya kami hanya order bingsu and omit kopi. Tapi both of us poyo konon dapat habiskan semua. Ended up towards last sip vanilla latte aku dah rasa nak muntah sebab perut terlalu penuh.

APA ITU BINGSU ? AIS SAGAT VERSI KOREA

Bingsu 빙수 adalah antara manisan ais sagat (shaved ice dessert) yang terkenal di Korea. Standard ABC di Malaysia tapi lebih halus. Secara tradisional topping yang popular dan klasik adalah pat atau red bean 팥. Jadilah namanya Patbingsu apabila digabungkan iaitu red bean shaved ice. Okay anak-anak sekalian ? Yang kaki makanan Korea yang hantu Kpop yang rajin ulang alik Malaysia-Korea mesti dah tak hairan. Aku nak kongsi cerita buat mereka yang tak pernah tahu dan tak pernah jejak Korea seperti aku. Kiranya kat Malaysia pun masih boleh kalau korang nak menikmati Korean Cuisine seperti berada di Korea. At first aku tertanya-tanya juga macam mana kedai kopi boleh jual bingsu. Aku hairan but once aku search hashtag #dalkommcoffee di Instagram rupanya kedai ini adalah branch outlet untuk Dal.Komm Coffee yang asalnya dari Korea. Ramai yang kongsikan gambar di Instagram and they are Koreans. Patutlah they sell bingsu at the same time. Memang bingsu antara hidangan yang senang nak jumpa di mana-mana kedai kopi di Korea. Peergh ulasan macam dah pernah sampai Korea. Insyallah soon. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
HIDANGAN MAKANAN KOREA SEDAP DI B.BAP KOREAN FOOD IOI CITY MALL. Last few weeks aku dan Momon ada jalan-jalan ke IOI City Mall yang baru saja beroperasi. Boleh baca di SINI. IOI City Mall menawarkan banyak pilihan outlet makanan untuk dicuba. Daripada fast food sampailah makanan-makanan dari negara-negara lain. Aku pun jadi rambang mata nak pilih makan di mana. Orang ramai dan hampir semua kedai dipenuhi dengan pengunjung. Tiba-tiba mata terpandang satu outlet yang menjual makanan Korea. Since aku dan Momon antara penggemar makanan Korea, jadi kami pun belek-belek menu yang disediakan di luar kedai. Menarik tapi masih belum made up our mind nak makan situ atau tak. Kemudian mata terpandang pula another kedai yang aku rasa agak popular dalam kalangan penggemar makanan Korea iaitu Dubu-Dubu. Aku cakap kat Momon terlalu cliche nak makan di Dubu-Dubu. Dah beberapa kali dah makan di sana. This time apa kata kita try kedai baru pula. Momon agreed and here we go. Kami pilih untuk makan di B.Bap Korean Food.

MENU MAKANAN DI KEDAI MAKANAN KOREA B.BAP KOREAN FOOD

Majoriti kedai-kedai makanan Korea di Malaysia menawarkan range makanan yang hampir sama. Mesti ada beberapa jenis makanan yang famous seperti yang kita tengok dalam drama Korea dan banchan (side dishes) yang terkenal iaitu Kimchi. Bibimbap, Jajangmyun, Ramyeon dan Tteobukki mesti ada punya. Sedapnya !








Pilihan makanan memang sangat banyak. Lagi banyak daripada Dubu-Dubu. Memang excited sungguh aku tengok. Sampai tak tahu nak pilih apa. Dah mula tamak haloba. Rasa nak makan semua benda. Tapi syukur tak ikut suara hati. Nafsu saja semua tu. Since aku tak makan heavy food dari pagi jadi aku decided nak makan nasi. Then bercadang pula nak order snack tapi Momon said makan dulu. Kalau tak kenyang nanti kita add on lain. Baik.

PILIHAN MAKANAN DI KEDAI MAKANAN KOREA B.BAP KOREAN FOOD

Banchan 반찬 - Korean Side Dishes (Percuma untuk semua hidangan), Kimchi 김치, Myulchi Bokkeum (Stir-fried Anchovies) dan 멸치 볶음Fried Macaroni.

Myulchi bokkeum is the best among the three banchan served. Manis and rangup. Rasanya they use maple sauce ataupun letak saja gula. Tapi sikit pula tu kasi. Sedih. Momon tak makan jadi aku curi banchan dia. I think they need to improve rasa kimchi sebab too bitter and extremely hot sampai rasa kesat anak tekak. Aku makan the smallest cut pun dah keluar air mata. Bagi aku Seoul Garden has the best kimchi so far. 

Bulgogi Bokkeum 불고기 볶음 (Served with a bowl of rice)
RM19.00
Recommended

Manis juicy dan sangat sedap. Portion sesuai untuk dua orang makan. Terkejut aku bila dihidangkan sepinggan penuh daging. Kalau korang nak jimat boleh order Bulgogi Bokkeum dan minta extra semangkuk nasi. Thanks to Momon yang curi-curi ambil daging dapatlah juga aku habiskan.

Spicy Korean Ramyeon Beef 라면
RM14.00
Recommended

Momon ordered ramyeon. Tak nak makan nasi katanya. Portion besar juga. Not too hot. Just nice. Aku rasalah juga sikit. Memang sedap. Kuahnya tak berapa pekat tapi tak juga terlalu cair. Memang semput juga aku tengok Momon nak menghabiskan makanan. 

Aloe Vera (RM4.90) Mint Soda (RM5.90)

Aku sangat berpuas hati dengan makanan yang kami order. Sangat menepati citarasa. Syukur tak order snack. Tak tahu nak sumbat kat mana kalau order ikut nafsu. Makanan disini dihidangkan dalam kuantiti yang banyak. Boleh kongsi dengan kawan-kawan. Then korang can order more food to taste. Kami order Red Bean Patbingsu tapi out of stock. Each time nak rasa patbingsu mesti out of stock. Di Dubu-Dubu pun pernah beberapa kali order tapi still out of stock. Jangan letak dalam menu lah kalau macam tu. Kasi pengunjung harapan palsu. Aku cuba untuk ambil few pics dalam kedai. Tapi mula mendapat jelingan mereka yang sedang makan. Jadi I better put away my phone. Nanti orang ingat aku gegurlrazi manalah nak curi-curi ambil gambar orang lain. Aku harap serba sedikit dapat kasi gambaran untuk uols semua. Kalau ada kedai makanan Korea yang best bolehlah recommend dekat aku ya. Omooo mashisoyo  맛있었어요

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG | BALIK PULAU : COUNTRYSIDE STABLES PENANG. Belajar berkuda adalah salah satu daripada sukan sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah SAW. Aku pernah sekali menunggang kuda ketika jalan-jalan di Batu Feringghi dengan DediS dan MamiZ. MamiZ suggested untuk aku cuba naik kuda. First encounter aku dengan kuda secara dekat. Bukan satu pengalaman yang menarik. Jujur kata aku tak berhasrat nak naik kuda lagi. Mungkin kerana aku adalah seorang 'acrophobia' iaitu cepat benar rasa panic bila berada di satu-satu tempat tinggi atau senang cerita orang yang takut tinggi. Tapi kalau korang tak tergolong dalam kelompok manusia seperti aku bolehlah cuba naik kuda. Aku ada seorang kawan yang suka dan rajin visit stable yang ada berdekatan untuk belajar tunggang kuda. Tabik sungguh. Aku memang tak berani. Aku ingat kuda hanyalah untuk orang-orang kaya but now no more. Unless korang nak beli seekor kuda lain ceritalah. Itu memang kena ada duit berkepok-kepok.

COUNTRYSIDE STABLES PENANG BALIK PULAU

Aku penah menetap di Balik Pulau selama lebih dari 12 tahun. Balik Pulau dah sebati dengan hidup sebelum berpindah ke seberang pulau. Aku pilih untuk kongsikan info tentang Countryside Stables Penang yang terletak di Sungai Burung. Tidak susah untuk ke sini walaupun sedikit tersorok. Turun saja ke pekan Genting dah terpampang signboard untuk ke tempat kuda ini. Jadi ikut saja jangan banyak soal. Kalau tak pun on saja Waze yang canggih itu. Selesai. Countryside Stables Penang ini dah beroperasi sejak tahun 2012 lagi. Adalah dalam tiga puluh ekor kuda tinggal disini. Macam-macam breed ada. Yang jenis katik pun ada disini. Kita ingatkan anak kuda tapi sebenarnya bukan. Memang kuda spesis rendang tapi ketinggian hampir sama dengan ketinggian aku. Masih masuk dalam kategori yang menakutkan. Kawasan persekitaran adalah kemas dan luas. Cantik juga pemandangan disini. Iyalah kawasan kampung kan. Unik dan fresh saja rasanya. Ada juga orang yang sedang tunggang kuda. Ada kuda yang sedang dimandikan. Ada yang sedang makan. Bertenang sungguh kuda-kuda semua duduk berehat. Ini first time aku pergi ke stable sebab sebelum ini hanya jumpa kuda tepi laut sahaja. Belum pernah tengok kuda-kuda yang disimpan di stable.

Countryside Stables Penang
Lot 603 Jalan Hilir Sungai Burung
Kampung Jalan Baru
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang

012 4080678 / 012 4871107

Email : w.aikhsan@gmail.com

Bayaran masuk / Entrance fee
Adult : RM5
Children : RM3

Open daily : 3.00 PM - 7.30 PM

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI COUNTRYSIDE STABLES PENANG

  1. Joy Ride / Guided Ride : Adult (RM20) Children (RM17)
  2. Riding Lesson : Approx 45 Minutes (RM80)
  3. Experienced Rider : 1 hour within area (RM80)
  4. Outride trail riding for experienced rider : Approx 8 - 10 KM (RM150)
  5. Animal Petting
  6. Animal Feed (RM2) - not deductible from the admission fee
  7. Private Function for 100 pax and below 
  8. Horse Carriage (Wedding & Private Functions)
  9. Wedding Photoshoot (RM350 / hour)



 










Aku rasa pengalaman kali ini bersama-sama dengan kuda-kuda yang ada disini sedikit sebanyak adalah juga mengubah pendapat aku tentang kuda. Tapi aku masih tak berani nak tunggang kuda. Belum ada keyakinan lagi. Setakat nak pegang nak belai okay ada kemajuan. Tapi aku berani pegang badan saja. Bukan kepalanya. Rasa seram nak pegang kepala kuda. Rasa macam mata kuda tu semua memandang menjeling menusuk kalbu. Kang sekali dia ngap tangan hahaha naya kurang saham hantaran. Sebenarnya tak ada pun. Ada saja kuda yang dibiarkan bebas. Jadi kalau berani hampa semua bolehlah pergi dekat dan main-main cak cak dengan kuda tu semua. Selain kuda, ada juga binatang lain seperti keldai dan rusa. Comel sebenarnya keldai oi. Memang cute macam Eeyore kawan Winnie The Pooh. Seratus peratus identical. Aku jakun sikit first time tengok keldai secara dekat.  Orang Penang kata 'perak' bukan negeri Perak ya. 'Perak' ni kira bahasa kampung untuk jakun. Lagi jakun dari jakun.

CARA UNTUK KE COUNTRYSIDE STABLES PENANG

  • Kalau korang nak datang sini memang aku sarankan naik kenderaan sendiri. Tak ada public transport yang masuk hingga ke dalam kawasan stable ini.
  • Kalau turun di stesen bus yang berdekatan pun aku rasa mahu dekat satu jam kena menapak.
  • Ikut saja signboard 'Pony Ride & Horse Riding' yang sememangnya bersepah di sekitar Balik Pulau untuk sampai ke stable ini. Insyallah tak sesat.
Berbaloi kalau nak bawa anak-anak jalan-jalan kenal alam kenal kuda. Kasi sikit exposure kepada anak-anak. Jangan asyik belajar pegang tab pegang smartphone saja. Mari sini pegang kuda pula hihihi. Amboi pandailah pula aku kasi parenting advice. Gurau saja ya kawan-kawan semua. Yang mana duduk berdekatan bolehlah mai singgah. Aktiviti hujung minggu.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
IOI CITY MALL | DAYA TARIKAN BARU DI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA. Alang-alang balik Balik terus lajak singgah IOI City Mall yang baru saja beroperasi. New perfect place untuk hangout. Daya tarikan terbaru di Putrajaya. Hari-hariku haruslah diisi dengan aktiviti yang tidak dapat dilakukan di Pulau Pinang iaitu melepak bersama kawan-kawan. Momon berbaik hati untuk datang mengambil aku di rumah nenek untuk keluar berjalan. Aku memang suka ada orang datang jemput hantar balik sampai depan rumah. Nak cuba ronda tempat baru dan dalam masa yang sama nak mencari tempat makan yang best di kawasan Putrajaya. Kisahnya kami berdua tak ada modal pun nak berjalan sakan sangat pun. Setakat nak pergi makan bolehlah. Bangunan IOI City Mall sangat besar. Penat nak berjalan dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Orang sangat ramai. Tempat shopping baru. Bersempena dengan sale untuk perayaan Tahun Baru Cina. Bangsa lain turut mengambil kesempatan untuk shopping. Pilihan outlet makanan yang banyak untuk dipilih. Memang sesuai kalau nak makan sedap dan best. Banyak kedai barangan yang berjenama. Jujurnya almost semua favourite brands aku ada dibawah satu bumbung. Tapi mampu tengok cuci mata saja. Terapi jiwa. Ice skating rink pun ada tapi orang terlalu ramai. Kecil saja tapi bolehlah kalau nak cuba main. Nak ambil gambar pun susah. Kedudukannya sedikit tersorok. Kena buka mata luas-luas.

IOI City Mall
Lebuhraya Lembah Kelang Selatan,
IOI Resort,
62502 Putrajaya, Selangor.












DISTRICT 21 DI IOI CITY MALL

Dalam bangunan IOI City Mall ini  juga ada another daya tarikan yang lain dan menarik untuk pengunjung. Konsep yang lebih kurang sama saja dengan Escape yang terletak di Pulau Pinang, District 21 menawarkan kawasan seluas 70 000 kaki persegi dan beberapa aktiviti untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti Wall Climbing, Roller Glider, Go Pedal, Trampoline dan banyak lagi. Kami tak masuk pun. Aku memang tak kan punya buat aktiviti macam ni. Momon mungkin sebab dia suka. Tapi kami boleh masuk untuk jenguk apa yang ada di dalam.



 




Aku tengok sambutan agak menggalakkan. Tapi ramainya kanak-kanak. Bukan mereka yang muda remaja or dewasa. Ada tapi tidak ramai. Yang sedang mencuba nasib mempertaruhkan nyawa bergayut pada palang-palang pun ada. Jangan risau. All the safety precautions haruslah dah diambil. Jadi kalau berminat bolehlah lapangkan masa untuk mencuba. Untuk maklumat lanjut sila rujuk District 21 IOI City MallSakan pusing satu bangunan tapi kedai yang dicari masih tak jumpa. Puas belek directory dan akhirnya kami bertanyakan kepada pekerja di salah satu kedai yang ada. Rupanya kena keluar dari bangunan. Outlet diluar. Nak cari jalan keluar satu usaha pula. Akhirnya jumpa. Tapi orang terlalu ramai. Padamkan niat nak makan di Dip N Dip. Insyallah ada kesempatan lain. Tak sanggup nak tunggu giliran. Hari pula makin senja. Aku dan Momon hanya bersiar-siar di kawasan luar bangunan. Cuci mata. Ada kolam cantik macam di KLCC. Water fountain pun ada.









Tepat jam 7.00PM air pancut mula berfungsi. Jam 7.30PM pula ada irama yang dimainkan dan air pancut akan bergerak seiring bersama melodi. Berwarna-warni dan menarik. Overall aku kasi empat bintang untuk IOI City Mall. Bakal pergi lagi bila poket menebal. Saingan Alamanda tapi jujurnya aku rasa Alamanda lebih sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga untuk bersantai. IOI City Mall terlalu hectic. Korang yang dah pernah datang ke IOI City Mall rasa macam mana pula. Seronok atau tak marilah kongsikan bersama pandangan masing-masing.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.