Monday, 5 October 2015

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 2.1 - PANNY'S CHOCOLATE FACTORY + CAPE WOOLAMAI

MELBOURNE VICTORIA | PHILLIP ISLAND : PANNY'S CHOCOLATE FACTORY + CAPE WOOLAMAI


Entri sebelumnya di SINI.
15 September 2015

Perjalanan diteruskan lagi. Kami tinggalkan Maru Koala & Animal Park dan memasuki Phillip Island merentasi San Remo. Memang banyak tempat menarik untuk dilawati di Phillip Island. Wajib singgah kalau berkesempatan ke Melbourne. Perut dah mula buat konsert sebab dari pagi tak makan. Jadi kita kena pergi cari makanan untuk top up energy. Kami ke Panny's Chocolate Factory to have our lunch. Memang plan asal hanya singgah untuk makan. Di Panny's Chocolate Factory ada cafe yang menyediakan hidangan halal. Kami tak berminat untuk masuk ke kilang chocolate walaupun banyak review yang positive tentang Panny's Chocolate Factory.

MARU KOALA & ANIMAL PARK - PANNY'S CHOCOLATE FACTORY



Perjalanan hanya mengambil masa selama 20 minit saja dari Maru Koala & Animal Park untuk sampai ke Panny's Chocolate Factory. Walaupun dalam peta stated hanya 16 minit perjalanan, kita anggarkan sedikit extra plus minus untuk plan itinerary. Actual time mungkin sedikit berbeza. Dalam entry lepas di SINI, aku ada kongsikan tentang The Big Wave statue yang famous di San Remo sebagai salah satu tempat yang aku nak pergi. The Big Wave adalah statue ombak yang dibina sebagai icon untuk San Remo. San Remo pula is one small pekan yang kita akan lalu sebelum masuk ke Phillip Island. Statue The Big Wave pula terletak kira-kira 200m selepas turun dari Jambatan San Remo. Aku ingat susah sangat nak jumpa tapi tepi jalan saja. Tapi kami tak berhenti pun sebab hari hujan. Maka tiadalah gambar The Big Wave untuk dikongsikan. Nak tengok The Big Wave boleh Google sendiri. Hihihi..

PANNY'S CHOCOLATE FACTORY DI PHILLIP ISLAND


Dalam suasana hari sendu mendung kami tak peduli. Parking dan terus meluru masuk mencari cafe. Bau chocolate semerbak. Ada pekerja di entrance yang offer untuk masuk ke kilang. Maaf. Kami lapar nak nasi. Tak nak makan chocolate. Hahaha.. Kalau berminat eloklah masuk. Lebih tepat.. Kalau ada duit poket extra bolehlah laburkan untuk jenguk apa ada dalam kilang. Kalau ikut tour rasanya memang akan masuk dalam package. 

Entrance Fee

Adult : $15.00
Children : $10.00
Family : $45.00

More info mengenai Panny's Chocolate Factory di SINI.





Masuk saja ke Panny's Chocolate Factory terus jumpa souvenirs shop. Ada jual macam-macam jenis chocolate. Teringin juga nak beli sekotak dua buat rasa tekak sendiri, tapi tengok harga terus tak jadi. Tak apalah.. Tak ingat harga tapi boleh menangis dibuatnya. Ada juga ruangan yang disediakan khas untuk rasa chocolate. Nak ambil sikit tapi ada ramai orang. Tak jadilah. Sekali tengok teringat pula museum wax terkenal Madame Tussauds. Lebih kurang sama. Mungkin sebab penggunaan warna yang hampir serupa. Itu semua tak penting.. Yang penting adalah makanan yang dihidangkan.

Jom kita makan.

CAFE MAKANAN HALAL DI PANNY'S CHOCOLATE FACTORY


  


Makanan Halal Di Panny's Chocolate Factory, Makanan Halal Di Phillip Island, Panny's Chocolate Factory, Harga Makanan Di Panny's Chocolate Factory,

Masing-masing order nak makan apa. Cik Tia dan Acik Yati order set nasi dengan curry kambing dan ayam. Kalau tak silap aku, each set was 15AUD (RM47.70 approx). Aku dan Kak Sal ordered Fish & Chips with 13AUD (RM41.34 approx) dan share berdua. Kami kedekut tapi kami lapar. Tapi AK lagi kedekut. Dia bawa bekal rupanya dari rumah. Sedih pula aku tengok. Harga makanan di Panny's Chocolate Cafe adalah harga standard makanan di Melbourne jadi kalau nak budget, sila anggarkan 10AUD-15AUD untuk satu hidangan makanan. Kami order juga coffee dan hot chocolate. Harga sekitar 5AUD-10AUD. Dah sampai tu pejam mata saja dan makan. Kalau korang buka kelas Maths dekat kaunter memang tak makan.

Plan asal adalah untuk solat di carpark Panny's Chocolate Factory tapi memandangkan hari baru lepas hujan, jalan pun basah. Jadi kami tumpang ambil wuduk di tandas dan bercadang untuk solat di tempat lain yang lebih sesuai.

Jom kita ke Cape Woolamai pula. Tak jauh pun dari Panny's Chocolate Factory. Tak sampai 10 minit dah sampai. Aku tak tahulah kami sampai tempat yang sepatutnya ke tidak. Based on signboard tulis besar 'Cape Woolamai' tapi tak macam yang aku tengok dalam gambar.

CAPE WOOLAMAI : INDAH KHABAR DARI RUPA


AK park berdekatan dengan sebuah hut. Kami tengok keadaan bersih kalau nak solat disitu. Jadi tunaikan kewajipan sebelum melangkah ke Cape Woolamai. Aku serious tak pasti betul atau tidak itulah Cape Woolamai. Sendu !! Ada dua orang tempatan yang tengah get ready nak memancing. Katanya betul itulah Cape Woolamai. Huuurm.. Lain benar dengan Cape Woolamai yang Kak Wa kongsikan. Aku jadi keliru. Aku rasa Cape Woolamai Kak Wa yang betul. Sebab Cape Woolamai yang aku jumpa amat kerik.. keerik.. keeerik..







Warga tempatan yang nak memancing tadi pun hairan tengok kami kat sini. Mesti pelik. Dia pun dah pack barang nak balik. Angin terlalu kuat nak memancing pun tak ada mood katanya. Sempat dia bercerita.. During summer Cape Woolamai akan ada ramai pengunjung sebab Cape Woolamai adalah antara spot terbaik untuk surfing. Based on explanation yang diberikan, macam betul tempat ni Cape Woolamai tapi bila tengok gambar di Google memang jauh panggang dari api. Hahaha.. Apa-apa sajalah. Dah sampai tu kita pura-pura betul saja dan posing.





Dah la tu.. Tak payah pening fikir tempat tu betul ke tidak Cape Woolamai. Hahaha.. Aku redha dah dalam keterpaksaan. Jom kita gerak pergi next destinasi. 

Wah !! Rasa macam tak nak balik !! Mana tu ? Tunggu..

-------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :

99 comments:

  1. Nak ole ole dari jauh bila nak sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada untuk Kak Ekin.. tunggu yang lain2 bagi alamat hehe..

      Delete
    2. Amboi, ekin! Tak shegan shilu mintak ole2 ;)

      Delete
    3. ehehe memang ada nak kasi tapi ada yang tak kasi alamat lagi..

      Delete
  2. Replies
    1. huwaa tengok memang best Kak Ekin.. tapi da tengok harga mesti nangis punya..

      Delete
    2. harga memang mahal la coklat sedap gak

      Delete
  3. memborong coklat x siti? mcm memborong coklat kt langkawi? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooohohoi.. kat sini tak ada borong2 Anies.. beli sekotak pun agaknya few months baru habis makan. baru berbaloi dengan harga.. gigit sikit-sikit..

      Delete
  4. pic ada bot tu tetiba mengingatkan sy kuala muda. aritu sempat ke situ ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa jangan memain dengan Kuala Muda.. tak payah pergi jejauh kan.. hihi.. CT suka suasana kalo ada kampung2 nelayan ngan boat2 ni..

      Delete
    2. kuala muda lagi best dari cape woolamai ni kot...haha

      Delete
    3. tudiaa perumpamaan dia hehe.. kuciwa benar bunyinya =D

      Delete
  5. kena menabung secukupnya bila nak melancong...kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaaa betul tu.. kena bukak tabung khas..

      Delete
  6. kena tunggu summer tu klu nak pastikan betul ke idak tpt tu cape woolamai ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok maps tu.. Cape Woolamai tu besar dan luas.. maybe ada banyak bahagian.. yang pastinya ini tak ada kami jumpa kat Google =P

      Delete
  7. wah berposing sakan siti n frens...di sana kos hidup tinggi sgt kot sampai harga mknanan terlalu mahal sdg rakyatnya sikit jer pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang dah biasa dengan wata wang tu.. tengok gula2 sepeket 3 dollar jerit kata murah da.. yang kita dok congak aaik da rm9 tu hehe..

      Delete
    2. nampak mahal bila convert ke ringgit..dalam Aud mesti biasa sahaja

      Delete
    3. betoi.. dalam keadaan nilai duit kita pun jatuh..

      Delete
  8. AK tak tahu ke tempat tu Cik T?hantam saja lah macam betul kan..apa pedulik..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak sure la AK tahu ke tidak.. tapi masuk memang ada signboard tulis Cape Woolamai..

      hentam sajalah weeeh hihi..

      Delete
    2. hahaha..Siti nampak macam tau lagi banyak pasal Melbourne dari AK..tu yang dia layan je Siti suruh belok kiri ke kanan ke

      Delete
    3. hahaha diorang khatam Melbourne City tu Kak Sal.. ni kat outskirt..
      elok la depa tunjuk tempat makan best kat kita ngeh2..

      Delete
  9. klu nak makan, memang jangan convert, mau tak jadi makan nanti.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. memang takleh convert lagi2 bab makan.. kalo tak kebulurlah dikau disana hehe..

      Delete
  10. la..tu bukan cape woolamai ke?tapi memang betul pun tempat tu sunyi krik..krik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tu betul Cape Woolamai tapi bahagian lain.. sebab org yang memancing tu cakap betul.. kita pun menonong sajalah kan tapi memang tak macam CT tengok kat Google hahaha..

      nasiblah kak =P

      Delete
  11. kami tak nak coklat..kami nak nasi!haha..tapi tetiba makan fish n chip..mantera semerah padi kalau g travel oversea 'jangan convert!'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha unik !! sebab tengok nasi dia gitu je dengan lauk semangkuk. takleh go tapi da rasa tu sedap lah pulak. cuma tak sanggup nak membayar hewhew..

      Delete
  12. Jalan puas2 siti..
    Sementara muda ni..
    Akak pun teringin nak gi ausie ni..
    Tapi tu lah tentera ramai nak ikut hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe gitulaa cadangnya kak.. tunggu tentera besar lah.. baru best nak jalan2 ramai2 kan..

      Delete
  13. salam kak Ct mula mula yana tgk gambar makanan! uh sedap. nampak sangat scroll tgk gambar dulu. kemudian baru baca hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe biasa tu Yana.. kadang2 akak pun lebih suka tengok gambar.. ikut mood =D

      Delete
  14. Cape Woolamai ni mungkin ada banyak jalan masuknya. Tapi nampak macam pelik tempat yang CT singgah tu... tak sama macam tempat yang PLM pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeh3.. yaaa PLM hehe CT sendiri pun rasa Cape Woolamai ini pelik. tapi tengok maps memang besar tempatnya jadi kami mungkin berada di Cape Woolamai ceruk lain ngeh3..

      terima sajalah..

      Delete
  15. Wah bestnya CT..macam biasalah, makanan yang paling zarith suka tengok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe CT pun.. pergi jalan makanan memang hehe paling laju nak cuba. kalau harga tak semahal itu memang lagi banyak makan =D

      Delete
  16. Hehe...bab makan memang ngeri..tp Mak tetaplah otak nk convert jadi payahlah jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe memang kami convert jugak.. tu yang share saja berdua walaupun lapar gila.. lepas tu dinner malam tu tapau sampai 2 set ahaha..

      Delete
  17. Alamak..tempat salah ke..janji sampai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut sign board dan googla maps macam betul.. ada pintu gerbang bagai tapi hahaha sendu sangat. salah port kot.. maybe ada banyak pintu masuk..

      Delete
  18. kalau akak sanggup beratur nak rasa chocolate

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai orang dari tour bus.. penuh depan tu.. ehehe.. tak sanggop =P

      Delete
  19. baiklah beli coklat dekat langkawi, murah dan dekat dihati gituuu ekekekeke. memang betul kawan kata kalau ke obersi jangan convert duit mesia memang makan hati jela kat situ. tak jadi nak makan sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa yang tu CT setuju.. beli kat Langkawi sajalah.. dari oversea jugak dan harga lagi murah.. skotak kat Pannys ni boleh dapat 3/4 bungkus agaknya kalau kat Langkawi hehe..

      Delete
  20. Seawal ayat pertama dah terliur sebab baca San Remo terus teringat pasta! Baca dan baca lagi ada gambar makanan! Coklat! Terus berlobang rasa perut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa CT pun cakap kat dorang.. rasa macam kat Italy plak bila ada San Remo ni.. ehehe.. lepas tu coklat pulak ya.. isk patutnya CT sabar dan bratur sama untuk rasa coklat..

      Delete
  21. Hahaha takpelah CT, bayar lebih sikit kalau makan. Pejam mata jelah sekali sekala ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe pejam mata sokmo kak ooooi bayar makanan.. tapi memang dah prepare awal2 sebab 1/4 reason jalan2 tempat orang sbb nak rasa cuisine kat sana.. jadi kena asingkan untuk spend..

      Delete
    2. yesss,..masa nilah nak merasa itu ini kan :)

      Delete
    3. betul tu kak.. memang berkira mula2 tapi sedap2 semuanya ehehe..

      Delete
  22. Clap! Clap! Clap! Ku nampak iklan adsense di sini ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe pening ngan adsense ni.. hantar email macam2.. adeh..

      Delete
  23. CT !!!! LAPAR PERUT DAKU TENGOK MAKANAN TENGAH2 MALAM NI. HAHAHAH :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nak jadi Nani pulak sebab asyik tunjuk makanan =P

      Delete
  24. best kann jalan2 tempat org., tempat sendirik dh abes jalan2 keeww., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe alhamdulillah semua negeri dah jejak.. tapi opcoz la tak habis cover semua.. how about u Wak ? cewah.. speaking =P

      Delete
  25. Nape tak terjah je Panny's Chocolate Factory tu? Even masuk 5 minit pon jadi lah... Kena bayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk kena bayar.. yang kat luar tu shop je.. penuh sangat orang.. i is tak rela nak mnyelit dan mnyempit kat situ..

      Delete
  26. Kalu travel... Memang kena kedekut... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe depend on apa kita nak kedekot.. hehe..

      Delete
  27. Bukak kelas math ok lagi... Jangan bukak kelas Prinsip Akaun... Abis buat kunci kira2.. keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha i kelas maths dahla.. i tak belajar account =P
      log la jajar lah semua tu i tengok dah lari dlu..

      Delete
  28. U merasa drive sendiri tak sepanjang jalan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak.. anak solehah la !! mak tak kasi drive..
      plus kete manual wakaka.. tahu idop enjin je..

      Delete
  29. nampak menggiurkan sungguh gambar makanan tu T__T
    haritu pun time family saya pegi perth mmng diorang kata harga makanan standard mcmtu, huhu mahal bagi kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh ada lagi yang lagi ohsem.. nanti2 share lagi hehe..
      memang tu la harga dia.. kena standby dah..

      Delete
  30. Siti x masuk ke dlm pany fact choc tu?
    Lorrrr rugi2... blh dpt coklat free tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat luar pun diorang letak jugak choc free tu tapi sikitlah buat sample.. tapi ada ramai bebenor acik2 omputih.. semua kalut nak merasa gak..

      Delete
  31. Takpe2... g tgk kt blog akk apa ada kt dlm tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe best sangat ke dalam tu ? huahua.. tapi memang tanak masuk plan dari awal pun.. memang nak makan je =P

      Delete
  32. Ternampak gambar fish & chips, terus rasa teringin nak makan fish & chips pula :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaik adik manish.. kat sana mesti senang nak dapat fish & chips kan..

      Delete
  33. cape woolamai ke cape sendu malai? hek2... nak ubati kesedihan, mari ke batu feringghi.. hek2

    baru nampak muka AK setelah part yang ke berapa.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huaaaa Cape Sendu Malai ni awak.. nangeh haha buang masa je singgah dahlah salah.. betul !! baik pegi Batu Feringghi ahaha..

      itu pun seksa nak ajak bergambar.. AK malu..

      Delete
  34. Lama tak berblogwalking. Mereput jea dkt uni. Hi sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe amboi Mekja jangan mereput sangat =P

      Delete
  35. wow bestnya dapat ke kilang coklat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu kami amek bau saja.. tak masuk pun =D

      Delete
  36. best juga lepak tepi laut tu disambut cuaca sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah.. hari mendung plak tu.. double sejuk..

      Delete
  37. San Remo..teringat spaghetti..huhu..hot choc tuu..bestnya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha kan ? sebut San Remo tingat brand spegeti ehehe.. Kak Sal je enjoy hot choc.. CT minum air minerel je.. pekat sangat eehe..

      Delete
  38. Wow.. bila indah khabar dari rupa tu yang x syok..
    Coklat factory.. Feveret nie..
    Kalau akak mesti kena singgah dan beli...
    Walaupun xcukup budget mesti nak selit juga.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe betoi.. tapi rasanya kami yang salah cari tempat.. sebab orang lain pegi jumpa yang lawa2 je haha..

      huurm akak.. mmg niat gitu gak.. tapi skotak tu ada la few ketoi dan harganya lepas nak beli souvenirs untuk 3/4 orang hehe.. tu yang CT sendiri tak jadi beli..

      Delete
  39. kalau dh rasa mcm nk mkn tu mmg kena pejam mata jer la CT...kalau nk tekan kalkulator kt kaunter tu gerenti xde mood dh nk makan kan...hehheheheheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe takdak congak2 da depan kaunter.. sebab memang da tahu akan mahal.. nampak tak betapa kami kedekot.. kami share ngeh2..

      Delete
  40. bestnyaaaaa.. ish . suka sangat tengok kak siti travel. hehe tadi Lissa ce try guugle cape woolamai.. memang lain lahh O.o

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehhe Lissa google ke ? adeh.. jauh beza kan ? ehhehe..

      Delete
  41. best Nye gi kilang choc kat aussie.. nampaknya, saya terpaksa gi kilang cadburry kat KL ni je la. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pegi amek bau je Kak DP.. tak masuk pun.. $18.00 hahaha x mampu nak masuk tengok chocolate..

      Delete
  42. chptr 6-choc yg kt factory ni mmg mahal2 kan...bgus ya ada mknan halal kt situ,nmpk yummy hot choc tu,sendu jgakla nmpak pantai tu..agaknya skdar di pinggiran kot...jadila,jnji sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. choc dia xde la mahai sangat tapi kadang rasa macam tak berbaloi beli hehe.. baik beli choc lain yang lagi murah tapi dah confirm sedap..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...