Wednesday, 2 December 2015

JUMP STREET TRAMPOLINE PARK PENANG

CABAR DIRI SENDIRI DI JUMP STREET TRAMPOLINE PARK PULAU PINANG


Selepas pembukaan Jump Street Trampoline Park di Petaling Jaya, Jump Street Asia kini dah buka another trampoline park in Penang. Yahoo !! Ini adalah berita gembira buat orang-orang Pulau Pinang sekalian yang sukakan aktiviti lasak. Antara tarikan terbaru di Pulau Pinang sebagai tempat yang menarik untuk dikunjungi. Next akan dibuka di Johor pula tak lama lagi. Musim cuti sekolah ni mesti anak-anak mula merengek ajak mak ayah berjalan. Pening kepala dibuatnya. Kalau korang tak tahu mana nak bawa anak-anak bercuti dan beriadah, bawa saja anak-anak ke Jump Street Trampoline Park Penang dan sama-sama melakukan aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan.

Jump Street Trampoline Park adalah satu playground yang gempak dibina khas untuk orang-orang dewasa dan juga kanak-kanak. Ada banyak trampolines disediakan dengan kesesuaian jarak tinggi tertentu dari lantai dan juga di dinding untuk dicuba. Jangan risau kalau korang baru first time nak cuba lompat atas trampoline. This is the chance untuk korang cuba. Ajak ramai-ramai join sekali. Angkut satu keluarga dan kawan-kawan datang cuba. Mesti seronok.

AKTIVITI-AKTIVITI DI JUMP STREET TRAMPOLINE PARK PENANG





Dodgeball Courts
Slam Dunk
Main Court
The Wall
High Performance
Tower Jump
Foam Pit
Battle Beam

Banyak aktiviti yang ditawarkan di Jump Street Trampoline Park untuk korang cuba. Ada sembilan semuanya. Dari level yang senang hinggalah ke tahap professional. Selain itu ada juga aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan secara berkala seperti Jump Camp, Jump School dan Jump Aerobic. Jump Street Trampoline Park juga menawarkan perkhidmatan lain seperti Birthday Party Celebration dan Cheerleading. Korang jangan risau sangat. Akan ada seorang dua Jump Referees yang jaga kita while melompat. Janji korang ikut arahan dan jangan tunjuk pandai walaupun korang rasa korang dah hebat. Safety kena always alert dan pakailah pakaian yang sesuai. Kita lebih tahu diri kita sendiri. Kalau korang ada slip disc macam aku, janganlah korang over excited sangat sampai tak ingat yang diri tu sakit. Boleh lompat tapi berpada-pada. Korang akan diberikan sepasang stokin yang khas untuk melompat atas trampoline. Tak adalah licin dan tercedera ketika melompat. Buat senaman regangan dulu sebelum mulakan aktiviti. 





Baru-baru ni, team #BloggerUtara dijemput untuk merasai sendiri pengalaman melompat di Jump Street Trampoline Park Penang. Teruja sangat sebab aku jarang buat aktiviti-aktiviti macam ni sejak sakit. Dah ada peluang, kita grab. Mari kita uji tahap kecergasan dan ketahanan diri. Bila semua dah berkumpul, ada taklimat dari Jump Referees. Diingatkan tentang keselamatan dan sebagainya. Beberapa rules yang penting diingatkan supaya nanti tak ada sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Dah mengeliat dan stretching apa lagi..

Jom kita lompat..






Masa yang diberikan untuk satu sesi adalah selama satu jam saja. Dalam tempoh satu jam itulah kita akan dibawa untuk merasai pengalaman melompat sakan di atas trampoline. 

1. Ice Breaker/Main Court
Safety briefing yang diketuai oleh Jump Referees dan safety briefing. Lima jenis tricks akan diajar oleh Jump Referees di Main Court untuk dicuba :

Straddle Jump
Tuck Jump
Pike Jump
Knee Drop
Seat Drop

2. Trampoline Dodgeball/Dodge Ball Courts
Perlawanan Dodgeball diantara 2 pasukan menggunakan format Round Robin dan ada kiraan mata untuk menentukan pemenang. Hanya tiga minit saja masa yang diberikan untuk bermain.

3. NBA Sharp Shooter/Slam Dunk Lane
Berminat dengan sukan basketball atau fan anime Slam Dunk ? Korang wajib cuba aktiviti ini.
- Semua orang diberikan peluang untuk mencuba
- Objektif permainan adalah untuk skor sebanyak mungkin dan jumlah dalam tempoh dua minit

4. Foam Pit Relay/Foam Pit
- Dua kumpulan akan lompat serentak ke dalam Foam Pit dan perlu cepat keluar untuk tag pemain lain. Ulang langkah yang sama sehingga semua pemain selesai membuat lompatan.

Semua court kami bolot dari yang pertama sampailah untuk orang-orang high performance. Aku suka the first court (Main Court) daripada court lain. Di Main Court nanti Jump Referees akan ajar several jump tricks. Ada duduk dan lompat, ada pusing ada angkat kaki dan banyak lagilah. Aku rasa ada yang senang dan ada yang agak mencabar untuk buat. Tapi.. Bila tukar ke court lain, cabaran lagi susah dan aku tak berapa mampu dan berani nak buat. Ada court untuk berlawanan Dodge Ball, ada untuk test kepakaran main basketball dan macam-macam lagi. Aku banyak duduk tepi sebab tak mahu lompat sakan. Enjoy sajalah tengok orang lain lompat dan pusing. Yang mana aku rasa aku boleh buat aku cuba. Not bad. Memang seronok. Kalau dapat buat stunt macam orang lain lagilah seronok. Huhuhu..

LOKASI JUMP STREET TRAMPOLINE PARK PENANG



Venue
70, D'Piazza, D'piazza Mall, Jalan Mahsuri, 
Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia.

Business Hours
Monday - Thursday & Sunday : 10.00AM - 9.00PM
Friday & Saturday : 10.00AM - 10.00PM

Entry Fee
Total Price (Monday to Wednesday): RM 22/Pax (Incl 6% GST)
                  (1 Hour Jumping + Reusable Socks )

Total Price (Thursday to Sunday): RM 27/Pax (Incl 6% GST)
                  (1 Hour Jumping + Reusable Socks)

Facebook - Jump Street Asia
Instagram - Jump Street Asia
Youtube - Jump Street Asia

Register as a member - SINI

Korang tunggu apa lagi ? Bolehlah plan untuk bawa anak-anak korang datang dan melompat di Jump Street Trampoline Park. Kalau berminat untuk belajar skill melompat atas trampoline dengan lebih advance, boleh daftar untuk ikut beberapa kelas yang dianjurkan. Nanti boleh lompat macam orang professional. Pejam mata pun dah boleh lompat.

Terima kasih pihak Jump Street Trampoline Park untuk peluang ini.

---------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :

124 comments:

  1. Replies
    1. ehh..cam tahu je cara komen ni ;p

      Delete
    2. ehehe tulaaa.. Arz blaja dari sapa tah..

      Delete
    3. Hahaha adalah tu,...ngikut sapa lah tu! ;)

      Delete
    4. ehehe ngikut cara rerupis tu kak =P

      Delete
  2. Replies
    1. isk isk.. dia parking gini dulu eh..

      Delete
    2. Apsal tak sampai 12th terus Arz?

      Delete
    3. ehehe akak jangan kasi idea gitu kat dia haha nanti dia buat..

      Delete
  3. Replies
    1. ehehe itulah.. main parking2 dulu..

      Delete
    2. ahakss...betul cakap Sal..it's my style ada org COpY hehehehe

      Delete
    3. ehehhee nak kena charge lah untuk sapa2 yang mai parking =P

      Delete
  4. Pentingnya warm up sebelum memulakan aktiviti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau warm up pun still sakit sendi2 lenguh bagai.. tak warm up lagilah..

      Delete
  5. Ambil gamba guna go pro memang best. Semua nampak tak terselindung

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah ada gopro..hihihi

      Delete
    2. still tak pandai guna bebetul lagi.. ada gegar2 lagi..
      kena tengok tutorial kat utube..

      Delete
    3. Kena dok berguru dengan Kanda SS. Dia pengguna gopro yg pro heheheh

      Delete
    4. dia mana sudi ajar.. dia nak jumpa CT pun tak sudi =P

      Delete
  6. Terima kasih juga sebab ambil video aRz lompat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kat instagram Kak Sal.. orang tu siap pusing2.. i tak mampu..

      Delete
    2. Jangan nak coba2, CT. Terlipat pinggang tu nanti jadi hal lain pulak :)

      Delete
    3. uish tak kak tak.. iols baik on that day.. yang lompat pusing2 tu diorang yang lelain saja.. hehehe..

      Delete
  7. Kwn sy ckp kalu buat haei2 akriviti ji bleh kurus cpt ;) hehe tp mn larat..lo,pat atas katil la ct nmpk nyer ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lompat atas katil?mak marah nanti spring rosak..haha

      Delete
    2. ahaaha kalau ada katil boleh jugak lompat.. kalo yang pakai tilam kekabu guano..
      lompat pun tak melantun.. ahaha.. CT lompat brapa minit pun da semput..

      Delete
    3. Simpan duit beli trampoline ;)

      Delete
    4. eeheh dah ada trampoline nanti let me know.. lets jump !!

      Delete
  8. anak2 yg aktif nak melompat saja bolehlh dibawa ibubapa kesini disamping dpt pula mempelajari skil melompat yg betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe betul betul.. yang active memang sesuai bawak mai.. kasi diorang melompat mesti diorang suka hehe..

      Delete
  9. salam kak CT wak memang boleh test stamina ni kat sini. duk rumah buat sit up pon dah semput hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe akak pun few minutes je lompat sakan.. lepas tu givap hehe.. banyak duduk tepi saja tengok orang lain lompat..

      Delete
  10. wah CT sakan lah melompat ye... syok juga kan sesekali.. p/s nampak cik puteri kat pic CT hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Cik Puteri tamo kawan dengan CT pun.. lari kerja dia hehe..
      tak adalah sakan sangat kak.. yang pusing2 lompat2 tu tak buat.. takot hehe..

      Delete
  11. Jangan sampai bobos trampoline tu sudahlah... kuikuikui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tak.. selamat ahaha.. mujur tak adeh =P

      Delete
  12. haru tu rilex je lompat sambail pejam mata.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh Phais.. kalau pergi lagi boleh asah skill lagi..

      Delete
  13. segan pulok nak melompat..tapi mcm best jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan jugak memula.. eheh tapi lompat jugakla.. tibai saja..

      Delete
  14. Seronoknyaaa main lompat lompat CT :D

    ReplyDelete
  15. Terbaek.... ni akak pun nk lompat2 ni...

    Ntah bila nk p penang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kita pegi jumpstreet PJ la kak.. ehehe bebila nanti..

      Delete
  16. sukan lasak ni tapi byk gak yg blh dicuba . klulah sis masih remaja ... teringin gak benornya ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kamon QV kamon.. boleh saja.. buat yang ringan2 dulu jangan terus advance =)

      Delete
  17. waaaa....sonoknye leh main trampoline....lompat2....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. elehh CT tu ckp cam berani lompat setempat boleh lah hihih

      Delete
    2. ehehe memang dia suruh lompat setempat saja Akak JM..
      xleh suka suka kiri kanan hehe..

      Delete
  18. Bestnye, bila pulak mereka nk buka cwgn di kl?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kakak.. nak kena babap ni.. tak baca la tu =(

      Delete
  19. Haaa.. rupanya kat sini la ank sedara zarith main haritu..huhu..punyalah syok tengok video dorang melompat-lompat, akak bagi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh seronok kak kalo energy banyak.. kalau energy sepoi2 bahasa je hurm eheh..
      duduk tepi cuci mata sajalah..

      Delete
  20. Replies
    1. boleh boleh.. ajak cikgu Aslah sekali yang bizi tu..

      Delete
  21. Replies
    1. laaaa banyak duduk tepi saja.. amek gambar dan tengok orang lompat..

      Delete
    2. rugi arrgghh CT x join lompat sekali

      Delete
    3. tgk org lompat pon bolehlah kak..hihihihih

      Delete
    4. ehehe lompat haruslah lompat Akak JM.. tapi tak sakan sangat..

      tengok cuci mata Ikhwan ngeh2..

      Delete
  22. Replies
    1. best Uncle.. boleh bawak satu family lompat2..

      Delete
  23. Uiiii, kalau dapat main ni best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh balik cepat Farah.. kita lompat =)

      Delete
    2. tulah meh balik Malaysia cepat cik farah.. :D

      Delete
    3. ehehe mari pulang Farah.. Ikhwan nak belanja lompat ni..

      Delete
  24. Kena tunggu bagi sembuh dulu baru leh join aktiviti melasak balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huurm.. tak ada istilah sembuh untuk orang slip disc kalau tak silap CT.. memang kena always berjaga2 nak buat apa pun..

      Delete
  25. br jap baca di blog zai zamree.
    best nyer :)
    kat melaka xde lagi ni, siti.
    kalau la ada, pasti best woh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe a ah Kak Zai sama-sama ada lompat sekali dengan Aqil..
      nanti ada nak buka di JB.. pelan2 diorang kembangkan hehe..

      Delete
  26. Replies
    1. ehehe first time tau ZF join sama-sama hehe.. kalo ajak pun huuurm.. huurm..

      Delete
  27. Uishh bestnya tpi kita jauh arrr nak join hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa a ahlaa.. tunggu diorang bukak kat tempat lain nampaknya..
      nampak macam nak buka kat setiap negeri saja hehe..

      Delete
  28. bestnya depa... ari tu p penang ada nampak banner jump street nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe antara tarikan baru kat Penang ni.. next time singgah naaa =)

      Delete
  29. Sambil melompat boleh keluarkan peluh jugak! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke lompat tak keluar peluh Dila ;p

      Delete
    2. betul tu doctor Dilla.. ngeh2.. boleh sihatkan badan..

      adalah Akak JM.. lompat kat tempat sejuk mana keluar peloh..

      Delete
  30. nak baca komen dulu baru baca entri boleh

    ReplyDelete
  31. macam2 lah ada di penang ni...hari tu HOHO, pastu tempat mkn usah cakap lah byk tempat mkn yg best sekarang Trampoline ark..CT memang sesuai jadi Duta pelancongan pulau pinang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe tempat makan still the best attractions lah macam-macam adoo.. tu yang kenot kurus ni godaan banyak.. amboih duta terus.. duta kena muka lawooo akak ooi..

      Delete
  32. Jump Camp for children je...time cuti sekolah ej eh...alaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah.. untuk anak-anak ya.. mak ayah kena amek kelas lain =D

      Delete
  33. cT ada slip disc? ohh kalau mcm tu better jadi penonton setia jgn cari nahas

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa Kak JM.. dari sekolah =')
      dats why lompat setempat saja.. nikmat sihat itu sikit ditarik-Nya..

      Delete
  34. ehh nampak aRz dan si cilik kecik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa si kecik tu bukan nak geng ngan itew.. dia melekat kat ayah dia ja..

      Delete
  35. best lah team #BloggerUtara kerana dapat jemutan..glemer korang skrg..mcm mana leh dapat jemutan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. miahahaha.. kena tanya cikpuan yang menguruskan lah Akak JM..
      itew ikut saja hehehe..

      Delete
  36. wow.. menarik...hihihihihiiii... bilalah kat ganu nak ad ni..hihihiih betul tu kak antara tempat yg sesuai untuk mak ayah bawa anak2.. yg penting safety first masa buat xtvt ni... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe sabaq sabaq tau Ikhwan.. nanti harapnya depa bukak kat setiap negeri..
      baru gempak semua orang boleh pergi =D

      Delete
  37. tempat lompatan tu bercampur or asing antara lelaki dan perempuan CT

    ReplyDelete
    Replies
    1. campur kak.. tapi ada sesi jadi kalau angkut geng ramai tak adalah segan sangat..
      kalau tak kisah eheh lompat saja =D

      Delete
  38. bukan apa..kalau campur..tgh syok lompat tu tudung terbang ..nahh!!! jelas nampak buah dalam sarung hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe tengok tahap extreme lompat guano gak kak..
      pin sesiap tudung tu eheh.. pakai shawl senang lilit ja..

      Delete
  39. Salam singgah sini dik...wahh...bestnya dapat lompat².....nasib lah jauh kalau tak boleh juga join main lompat² ni....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh jauh tu kat mana kak ? nanti jumpstreet nak bukak di JB pulak.. attack jangan tak attack ehehe..

      Delete
  40. Anak kalo pi takmau balik ni...mcm best nmpknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe ke dengan mak dia sekali tanak balik ? jeng jeng jeng..

      Delete
  41. Replies
    1. seronok and stamina kena tinggi.. kalo tak jadilah macam CT..
      tersadai kat tepi semput =D

      Delete
  42. syok melompat tapi tula kena ukur baju di badan sendiri. kalau tidak balik melarat padan la muka sendiri hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Kak Kira okay tak balik tu.. ceeewah CT lepas balik okay lagi.. stat bangun esok tu mula laaa nak adeh sana sini =P

      Delete
  43. Bestnya kak. Bila lab nak ada kesempatan ke Sana kan

    ReplyDelete
  44. Siti nyanyi x lagu lompat si katak lompat?? Hehehe.. barulah ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eehehhe.. tak nyanyi sebab tak lompat sakan pun eheh.. banyak duduk tepi je tengok orang lain lompat..

      Delete
  45. gambar ct lompat2 xde ke... hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...