Sunday, 4 October 2015

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 2.0 - PHILLIP ISLAND + MARU KOALA & ANIMAL PARK

PHILLIP ISLAND : MARU KOALA & ANIMAL PARK


Entri sebelumnya di SINI.
15 September 2015

Kisah AK belum berakhir. Sampai saja di Melbourne, aku terus Whatsapp AK tapi sepi.. sepi dan sepi. Sejam dua jam dan tiga jam berikutnya masih tiada jawapan. Aik.. Berbulan-bulan budak ni tak pernah pula dia tak reply Whatsapp aku, kenapa tiba-tiba pula senyap ? Kak Sal suruh sabar dulu jangan gelabah. Iyalah.. AK sibuk agaknya. Tapi !! Bila dah lewat petang masih tiada jawapan aku dah makin tak senang duduk. Mana budak ni.. Nak nangis dibuatnya. Janganlah buli aku macam ni. Aku dah sampai Melbourne tapi AK plak menyepi. Where are you AK ?? Hahaha.. Aku jejak Cik Guins pun susah hati. Tak boleh jadi. Aku terus call tapi bukan AK yang angkat. Tanya mana AK.. Aku perlukan kepastian daripada terus dibelenggu keresahan.

"Saya bukan AK kak.. AK ada exam hari ni.. Dia tinggal phone kat rumah.. bla bla bla.."

Budak bertuah !! Kakak hang ni dah nak meraung bersaksikan St. Kilda hang tau dak ? Lega sikit sebab dah tahu mana AK menghilang. Adeh.. Tak jadi menangis.

Marilah aku berterus-terang. Aku nak sewa kereta tapi MamiZ tak kasi. Aduhai.. Bila dah tak boleh sewa kereta aku tak boleh gerak jauh. Ada beberapa tempat yang nak dituju memerlukan transport selain tram dan bus. Aku terpaksa fikirkan alternatif. Maka.. Instagram telah menemukan aku dan AK yang merupakan one of Malaysian students yang menuntut di Melbourne. Beberapa insiden terjadi before aku kenal AK. Gitu.. Jadi few months before aku ke Melbourne aku dah contact AK dan deal beberapa perkara. Jadi.. AK adalah scandal tour guide aku dan Kak Sal untuk dua hari seterusnya di Melbourne. Haruslah gelabah bila AK menghilangkan diri. Dramatic sungguh. Hihihi.. 

ROUTE TO PHILLIP ISLAND : WAJIB TERJAH KALAU KORANG KE MELBOURNE


Phillip Island dah jatuh hukum tempat wajib terjah bagi semua orang yang travel ke Melbourne. Memang tak lengkap kalau tak datang tinggal tapak kaki di Phillip Island. Aku tak mahu cerita sejarah Phillip Island. Kalau berminat boleh search sendiri. Kalau datang melancong dengan jadual perjalanan yang terhad, aku nasihatkan sekurang-kurangnya satu hari suntuk diperuntukkan untuk jalan-jalan di Phillip Island. Memang tak cukup tapi better dari tak pusing langsung. Kalau travel santai tak terkejar-kejar, boleh bermalam di Phillip Island. Banyak tempat menarik yang boleh kita singgah di Phillip Island. Kalau malas nak drive sendiri, beli saja package. Aku ada sehari saja untuk spend di Phillip Island. Aku pilih tempat yang berkenan di hati dan kena dengan selera saja.

Aku sediakan itinerary dari awal supaya tak adalah dah sampai baru terkial-kial nak plan. Itinerary aku terlalu ambitious sebenarnya sebab aku sangat tamak nak cover sebanyak mungkin tempat yang boleh dalam masa sehari. Tempat wajib visit dan tempat-tempat sampingan yang aku jadikan back up plan sekiranya ada masa terluang. 


Ini adalah plan route kami ke Phillip Island :

Keppel Street - Maru Koala & Animal Park - The Big Wave - Phillip Island Chocolate Factory - Cape Woolamai - Churchill Island Heritage Farm - A Maze 'N Things - Phillip Island Grand Prix Circuit - Pyramid Rock - Kitty Miller Bay - Nobbies Centre - Cowes Jetty - Keppel Street.

Banyak tempat yang berada dalam perancangan tapi tak semua berjaya dijejaki. Faktor masa dan sebagainya adalah penghalang. Ada dua tempat yang kami tak pergi tapi tak apa.. Tempat wajib jejak semuanya berjaya sampai. Asalnya hanya aku dan Kak Sal saja yang akan dibawa oleh AK untuk meronda. AK pun dah cari kereta sewa. Aku tak nak kacau Cik Tia yang sibuk dengan urusan study. Dahlah menempek kat rumah dia.. Kena bawa aku jalan pula. Tapi few days before berlepas, Cik Tia confirmkan dia dan Acik Yati nak ikut sama. Yahoo.. My pleasure. Lagi meriah bila lebih ramai yang join. Kawan Cik Tia pula ada tinggalkan sebiji kereta untuk Cik Tia pinjam dan guna to move around jadi cancel booking kereta dan AK drive kereta itu. Haaa.. Jomlah kita mula gerak..

MARU KOALA & ANIMAL PARK


Kami tinggalkan Keppel Street sekitar 7.00AM. Dua jam lebih juga masa yang diperlukan untuk sampai ke Phillip Island dari Melbourne City. AK sampai on time dan adalah sesi suai kenal seround dua. Berjumpa untuk kali pertama memang agak kerik.. keerik.. keeerik juga. Alah.. sekejap saja. Biasalah. Baru jumpa. Kalau dah sampai Australia, haruslah kita pergi cari Koala dan Kangaroo kan ? Rugilah kalau dah sampai tapi tak pergi jenguk makhluk-makhluk comel tu semua. Di Phillip Island ada few places yang korang boleh pilih untuk terjah kalau nak tengok Koala dan aku pilih Maru Koala & Animal Park. Admission fee sedikit mahal tapi persekitaran yang comel buat aku nak pergi ke sana. Korang boleh consider Phillip Island Wildlife Park atau Koala Conservation Centre juga selain Maru. Punya excited sampai kamilah pengunjung pertama untuk hari itu. Hahaha.. Hari hujan renyai pun kami tak peduli. Redah !!


MARU KOALA & ANIMAL PARK
1650 Bass Hwy, Grantville VIC 3984, Australia

Adult : $20
Children : $11

Website - SINI

Super excited. Aku memang nak sangat tengok binatang debab pemalas Koala dan Kangaroo. Masuk ke Maru memang hanya kami saja pengunjung yang ada. Best apa.. Baru rasa taman itu kami yang punya. Beli makanan untuk Kangaroo dengan harga 2AUD (RM6.36 approx) sebekas dan terus masuk ke tempat yang ada Kangaroo. Kehadiran kami disambut seekor Kangaroo Albino yang manja terlebih. Aku rasa dia lapar. Sebab awal pagi tak dapat makanan lagi.. Kami pula masuk usung makanan. Tu yang dia serbu sambil acah-acah soleh. Nak beli jiwa..

Seram juga at first nak kasi Kangaroo makan. Ambil masa juga aku nak dekat dengan Kangaroo. Claws boleh tahan tajam mencengkam bila kita hulur tangan. Lagi-lagi bila ada dua ekor yang berebut makanan kat tangan. Krisis diantara Kangaroo. Hihihi..












Hari sekejap terik sekejap renyai tapi suhu memang sejuk. Seingat aku.. Paling panas kami dapat on that day was 8C kalau tak silap. Memang terketar-ketar sentiasa. Walaupun suhu sejuk mencengkam, bila matahari keluar sebenarnya sangat terik. Tengok transition cermin mata aku dah boleh agak panasnya macam mana. That is the reason why korang kena pakai sunblock juga walaupun sejuk. Kalau tak nanti kulit jadi Oreo. Faham ? Bagus..

Aku berangan nak golek-golek dengan Kangaroo. Nak ajak Kangaroo posing sambil baring dan macam-macam lagilah. Tapi disebabkan baru lepas hujan, lopak air sana sini maka tak jadilah nak feeling Hindustan. Kangaroo pun basah. Adeh. Ada juga nampak Mama Kangaroo dengan Joey dalam poket tapi dia tak friendly sangat. Macam extra protective nak lindung anak dia jadi kami tak berani pergi dekat. Mama Kangaroo pun duduk jauh sikit dari yang lain. Menurut Kak Sal, Kangaroo di Maru sebenarnya masih kecil sebab dia ada jumpa Kangaroo yang lagi besar. Tapi sebab aku first time tengok Kangaroo, besar kecil pun aku excited dah. 









Selain Kangaroo haruslah ada binatang lain juga. Ada Emu, Dingo, Keldai, Kuda, Wallaby, Tazmanian, Wombat dan semestinya Koala debab yang pemalas. Ada observatory deck untuk tengok Koala dan juga ada Koala Zone yang dibuka kepada public kalau nak tengok Koala dengan jarak dekat. Tapi kena tunggu waktu tertentu. Koala Zone tak dibuka sepanjang masa. Kebetulan waktu kami dah nak keluar tengok Koala Zone akan dibuka in few minutes. Jadi kami tunggu..






KENAPA KOALA SUKA TIDUR ?


Seekor Koala yang normal akan tidur selama 18-22 jam sehari. Memang aman sungguh hidup makhluk ni kerjanya tidur saja. Tak payah pening nak pergi kerja. Tapi ada sebabnya. Koala adalah haiwan yang berasal dari kumpulan Herbivor dan haruslah makan daun-daun saja. Daun pokok Eucalyptus adalah daun favourite Koala. Kandungan komposisi daun pokok Eucalyptus yang terdiri daripada 55% air, 15% serat, 13% toksin, 7% kanji dan gula, 6% minyak dan hanya 4% protein membuatkan Koala tidur hampir seharian. Kandungan air dan serat adalah tinggi manakala kanji dan protein sangat sikit jadi Koala tak ada banyak energy pun untuk kekal berjaga. Lebih baik tidur. Betul tak ? Hahaha.. 






Isk !! Tengoklah tu. Geramnya aku. Dahlah debab.. Kalau dapat memang aku picit-picit. Kat Maru boleh kalau nak ada close encounter dengan Koala dan several other animals lain. Tapi kena bayar another 20AUD (RM63.60 approx) untuk pet Koala. Adeh.. Untuk pet saja tau. Kalau entrance campur pet haaa melayanglah 40AUD (RM127. 20 approx). At first aku nak juga bayar tapi fikir balik memang membazir saja. Unless kalau dapat peluk and dukung yes I would pay extra. Tapi aku ada baca somewhere, tak boleh peluk and dukung Koala di Melbourne because it is against the law. Lain-lain negeri di Australia apply different law about Koala jadi kat Australia ceruk lain ada yang boleh peluk. Haaa.. ada dah next destination impian dalam list. Mulalah buka tabung travel baru pula. Aku nak peluk Koala !! 

Walaupun sedih tak dapat peluk Koala, tapi hati tetap riang ria. Lapar tak ? Jom kita pergi makan.

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :

144 comments:

  1. Memang best kat sini...bermanja2 dengan kangaroo...awwwww2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe Kak Wa pun datang Maru kan ? sebab comel tempat dia hahaha..
      memilih tempat sebab surrounding =P

      Delete
    2. kak Wa bawak anak, memang sesuai ke MARU..very child friendly

      Delete
    3. haaa CT pun rasa kalau kat Maru macam sesuai dengan budak2 kecik..
      laigpun ada tempat solat semua kan.. kemas dan comel =D

      Delete
    4. BESTNYAA SAMPAI HATI KAN BERMANJA MANJA DENGAN KANGAROO TAK AJAK PUN KITA :(

      Delete
    5. eeeh ehhh.. alamak.. alamak.. okay mulakan menabung nanti boleh banje ahkak pelok koala pulak wakakaka..

      Delete
  2. Salam kak Siti! seronoknya haaaa dapat jumpa kangaroo dan koala depan depan gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam darling..
      seronok sebab first time jumpa.. next time nak pergi tempat yang boleh peluk pulak kalau ada rezeki.. kena mula menabung semula..

      Delete
    2. Wah bestnya dapt tengok kngroo dgn koala tuu dwpan mata

      Delete
    3. ehehe kalau dah sampai Australia memang kena cari sampai dapat tau Wardah.. jom kita hunt diorang lagi =D

      Delete
  3. Saya kan tak pernah tahu kangaroo pun boleh ada albino. Memang kangaroo albina ya tu? Which part of Aussie yang boleh peluk kaola kak Siti? By the way, binatang yang atas gambar burung merak tu apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tolong jawab, tapi link broken, tak keluar gambar..kat Currumbin Sanctuary, Gold Coast boleh peluk koala n bergambar..tapi park ni mahal sikit.kalau tak kisah nak spend duit, sebab bukan selalu kan, so why not..

      Delete
    2. nak tolong jawab, tapi link broken, tak keluar gambar..kat Currumbin Sanctuary, Gold Coast boleh peluk koala n bergambar..tapi park ni mahal sikit.kalau tak kisah nak spend duit, sebab bukan selalu kan, so why not..

      Delete
    3. Thank you for replying, kak Sal. Gold Coast eh. Nanti saya google tempat tu sendiri.

      Delete
    4. ngeh3.. sorry Farah lambat respon.. thank you Kak Sal tolong jawab =D
      plus satu lagi akak ada baca.. kat Perth pun legal untuk hug Koalas..

      Delete
  4. mahalnya harga nak tengok kuola ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat cem mana Kak Nieda.. duit diorang..
      kena pejam mata sajalah kalau nak tengok Koala dan hulur duit..

      Delete
  5. COMELNYA KOALA YANG SUKA TIDUR TU YA...ADA RUPA KONGKANG KALAU KAT MSIA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Koala memang keja tidur saja Kak Paridah.. 18-22 jam diorang tidur..
      alamak.. ceq tak pernah tengok Kongkang.. kena pi Google lah gini..

      Delete
    2. kongkang ? terbaca dan terkekek2...

      Delete
    3. kongkang bukan adik beradik monyet ke ? ehehe..

      Delete
  6. wow... sis... syoknye main dgn kangaro... comil tuk binatang2 tu... manja nampak... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe manja sebab ni dekat taman.. kalau jumpa tepi jalan jangan saja2 pegi dekat..
      lebam muka nanti kena tomoi ehhe..

      Delete
  7. I is geli skit nak pegang binatang..dapat tgk pun jadi lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaaa hai.. dah sampai tu uols kena pegang lah jugak..
      dahla bayar mahai nak masuk.. isk isk..

      Delete
    2. mungkin klu I pergi pegang jugak lah...

      Delete
    3. hahaha haaa cenggitulah Suida.. dah bayar dan dah sampai harus pegang =)

      Delete
  8. Pompuan tu tgh wat apa kat koala tu? dia acah2 pegang ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, dia nak pujuk Koala tu turun..

      Delete
    2. kan ada group budak-budak kecik tu.. Koala ni nak dibawa pergi jumpa budak2 tu la..

      Delete
  9. Kanak2 ribena tu mesti dtg lawatan sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah, baru meriah suasana...haha

      Delete
    2. ahahaha betoi2.. kalau tidak memang tempat tu kami punya..
      awal bagi benar kami sampai.. pekerja kat kaunter pun kagum =D

      Delete
    3. subhanallah..cantiknya merak tu...patutlah macam tak ramai orang lagi

      Delete
    4. heheh sendu sebab kami ja yang ada.. lepas tu meriah tengok ada budak2 kecik..

      Delete
    5. ok lah xramai... xdapat diskaun pengunjung pertama ka? hehe

      Delete
    6. bhahaha xdak.. orang Malaysia ja suka diskaun2 ni kekeke..

      Delete
  10. memang panas, buktinya dalam gambar tu kak Sal tak boleh bukak mata...cuaca Melbourne, matahari memancar tapi angin bertiup bagai nak rak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kita balik tengok muka sunburn semua tak puas hati.. tapi sunblock tak bawak..
      tu yang kena ingatkan semua bawa jugak sunblock.. adeeeh !! kulit OREO..

      Delete
    2. makan vitamin C, nanti recover balik

      Delete
    3. tudiaaa Suida mempromote dah.. ngeh3.. iols biar saja nanti okaylah..
      tapi amek masa juga.. meanwhile kita tabah ja =P

      Delete
  11. hahaha, bab AK tu akak pun cuak gak, tapi saja buat-buat tenang..kalau tak contact jugak memang dah gegau RMIT tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahah pergi RMIT jerit cari kan.. buat scene ahaha..
      terus famous kita kak.. masuk The Age Melbourne hahaha..

      Delete
    2. hahaha.. pandai kak sal pepura tak cuak kan.. heee

      Delete
    3. hehe baru CT tahu tu.. ingatkan dia cool saja.. hehe..

      Delete
    4. Ingatkan AK tu skandal akak. Hahaha

      Delete
    5. bhahaha tidak tidak.. tak single dah tu kena booking dah =P

      Delete
  12. ala, nape cover gambarr tu...comel lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahah gambar tu memang comel kak.. model tu yang keeeerik keeerik =P

      Delete
    2. kerik kerik kerik pun hokey.. bukan selalu pun.. hek2

      Delete
    3. ehehe tidak Zaf.. nightmare nanti orang tengok.. ehehe..

      Delete
  13. comelnya kangaroo2 tuuu. tergelak sat tengok gambar 2 ekor kangaroo yg tengah berdiri tu, gaya mcm nak menari je xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa macam menari kan ? tapi diorang sebenarnya tengah lawak manja..
      memula main tampar2 lepas tu makin tinggi plak hahaha..

      Delete
  14. Replies
    1. itu ja ka Phais ? itu jaaa ?? haaaa ???

      Delete
    2. PI mmg suka komen sepatah ja... hahahaha...

      Delete
    3. haaaish.. kita taip punyalah panjang Phais ni..

      Delete
  15. Pandai kangaroo tu posing dancing couple dengan CT... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa iyeee PLM.. macam Tango berdua sehati berdansa..
      padahal ceq dah seram sejuk takut kena tendang haha..

      Delete
  16. haritu tak pergi pun Maru ni, tapi pergi yang lagi satu tuh
    berani la korang bemesra dgn kanggaroo tuh, dulu member je dok main2, i mmmg idok la, takut tengok. besaq dan sado kanggaroo australia nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaahai kakak.. kenapa takut takut ? manja2 semuanya.. geram..
      kalau boleh nak ajak golek sama hahaha.. jom kita pergi cari Kangaroo lagi =D

      Delete
  17. Assalamualaikum...

    Rasa takut sikit takut kena tendang oleh kangaroo tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam =D
      ehehe jangan la takut.. dah sampai kena juga bermanja2.. eheh..

      Delete
  18. yeahh dpt koala.. tq so much. sgt jinak

    ReplyDelete
  19. ok menarik....tapi mananya philip island tak cerita pun....

    ish nak komen bnyk lagi tapi robot banyak sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa ni baca ke tidak ni.. nak kena ni.. pi baca balik..
      Maru ni kat Phillip Island la.. Phillip Island tu nama pulau and tempat2 ni adalah tempat2 menarik di atas pulau ituuu..

      Delete
    2. Hihihih arz pegi baca betul2 kalau tak akak katok ngan rotan haluih! :)

      Delete
    3. Akak parking dulu CT,..sempat cursory reading je. Nanti baca balik :)

      Delete
    4. Banyaknyaaa gambar! Koala tu akak punya kan?

      Delete
    5. tolonglah katok dia kak.. kemain dia x baca lepas tu tanya kita lak.. ehe biasa dah eh Kak Farrah main parking2.. boleh sejam RM2 ja.. semua skarang kena charge =P

      Koala ? hewhew.. nak sekoq ka ? nanti susah tau nak jaga..

      Delete
    6. Maru ni on the way ke Philip Island, tak sampai lagi arz..haha

      Delete
    7. ahaha tulah.. memang nak kena tu.. dia tak baca betoi2..

      Delete
  20. Replies
    1. ngeh3.. memang comel.. tapi geram tak dapat pegang..
      jom awak.. kita pi pegang Koala..

      Delete
  21. errr...mohon email itinerary...nak pinjammm pehhlisss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. nanti CT emailkan ya.. orang tu nak pegi Melbourne laaa =D

      Delete
  22. chop! kiranya kalau nak g Philip Island ni nak ke drive ke? takde public transport nak kesana..means sebelom ke island?

    ReplyDelete
    Replies
    1. chop chop eh skarang huhuhu.. public transport ada kot tapi Sally kena study lagi la..
      kalo drive kita boleh pilih nak pergi mana.. ikut selera kita.. kalau x drive.. boleh beli pakej tapi ikutla mana agent nak bawak meronda..

      Delete
  23. kulit jd oreo???? ini kelakar....kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe okaylah oreo dari jadi taik cicak =D

      Delete
  24. kaola......geram tol tgk binatang ni...rasa nk picit2 jerrrrrr......asik tido jer diaaaaa....mengalahkan baby....hahhahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mengada terlebih tau Koala ni.. bangun untuk makan saja..
      then tido balik.. dahla nak gerak pun slow motion saja..

      Delete
  25. ct x pegi litar tu ke? mana laa tau terjumpa valentino rossi kt situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. konon nak singgah amek gambar.. tapi x larat. so lalu saja..ingatkan litar tu litar besar macam kat Sepang.. alahai litar kecik je tapi kalo ekot yang CT baca tu memang ada gak F1 buat kat situ.. kalo yang betoi nye kat Melbourne City..

      Delete
    2. bayang Rossi pun takde time lalu tu...haha

      Delete
    3. ahahah alaa litar F1 tu bukan yang besar.. macam untuk small race..

      Delete
  26. adezzz nak pegang pun kena byr jg kaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaaa sangat mahal pulak tu.. menggigil gak tangan nak hulur duit.. tapi tak jadi pun bayar sebab rasa tak berbaloi..

      Delete
  27. Wah, seronoknya dikelilingi kanggaroo... comel2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok campur seram ni Cik Mimie.. takot kena tomoi..

      Delete
  28. Amboi mahalnya nak tgk si koala tu... macm tak berbaloi pulak...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada duit extra bolehla pegi pegang.. tapi macam membazir lah rasa gitu..

      Delete
  29. Ya Allah jelesnya saya tgk dia bermesra dengan kangaroo. Selamat la dia tak sanggup bayar utk bermesra dgn koala, kalau tak, lagi la kita jeles. Kalau saya pun, tetibe AK tak balas whatsapp mmg panic at the disco terus. Tentang Phillip Island dan Maru ni saya tak berapa familiar. Kalau awak tak cerita, mesti saya tak tau yg kat situ tempat yg menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe okay okay jangan jeles.. CT tak pegang Koala hehe.. CT tengok saja dari jauh hehe.. memang cuak yakamat tau.. nak drama da kat situ golek2 nak mogok sebab tak dapat reply.. kalau ke Melbourne memang wajib ke Phillip Island tapi untuk tengok koala dan kangaroo ada option boleh pergi tempat lain =)

      Delete
  30. alaahhh.. jeles akak tgk. harap2 nnt berpeluang lah ke sana.. currency pun teruk bebeno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaaa currency sangat teruk dan terkesan jugak dalam budget.. ni after banyak cut pun tapi still banyak belanja.. tak tahu nak buat macam mana..

      amin moga ada rezeki.. nanti boleh CT ikut dalam luggage..

      Delete
  31. Jinak kemain kangaroo2 tu... alololk kemain comel koala tu... hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kangaroo kalau kat park macam ni okay.. hehe yang tepi jalan tu kalo kita nak dekat memang mintak lebam muka kena tumbuk hehe..

      Delete
  32. koala tu klu dpt peluk wat tidur ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa betul CT setuju.. alangkah indahnya kan..

      Delete
  33. wak pon rindu jugak nak tembak2 koala tengah tidor disiang hari gituuuu., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe amboi Wak.. macam selalu dikelilingi Koala saja kan..
      ada port baik ke nak tembak Koala disiang hari ? kongsi sket..

      Delete
  34. cutenya koala tido sambil peluk batang pokok...huhu..rasa nak babab je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah waktu ni tengah hujan.. memang lagi nikmat dia mengulor..
      tolonglaaaa babap dia kak tolonglaaaah.. hehe..

      Delete
  35. Comelnyaa koala. Baru ni ada lecturer cerita pasal Australia and I was like nak pergi nak pergi. Hahahahah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamon Nani kamon.. jadikan motivasi.. CT pun asyik tengok orang pi laaa dok tanam cecita nak pergi.. jom kita gigih menabung =)

      Delete
  36. Dik... update pasal GOR plisss...

    Akk x sampai lg .. cpt2... nk g dh mgu dpn...

    Sila hapdet segera ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa ehehe kita whatsapp sajalah kak.. GOR lambat lagi hewhew..

      Delete
    2. GOR? jauh lagi huda...dah balik esok pun belum tentu dah update entry..hihi

      Delete
    3. bahahaha a ah.. lepas Phillip Island ada ke tempat lain pulak.. berjanggut la Kak Huda kalau tunggu entry GOR kekeke..

      Delete
  37. bebaca komen kat atas plus menempel kat komen orang.. sendiri punya komen dah lupa... nantilah scroll balik, apa ntah tadi nak cakap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha pernah.. CT pun pernah gitu.. terus lupa yang diri sendiri nak komen apa..

      Delete
  38. ohh ! ingat dah.. teringin jugak nak makan daun yang si debab tu makan.. atenye, boleh bagi alasan untuk tidur seharian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha adeh.. lepas tu kita mengaku vegetarian macam dia kan.. senang amat hidup diorang ni.. makan tidur makan tidur and membuang =P

      Delete
  39. Replies
    1. memang.. kalau dapat picit mesti lagi best =D

      Delete
  40. xdpt pegang koala betul... dpt pegang patung koala pon jadi la... thanks ct

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe welcome ZF tak ada apa sangat dapat kasi..
      CT pun pegang yang patung punya saja jugak..

      Delete
  41. Replies
    1. memang comel.. sayang tak dapat pegang =D

      Delete
  42. Seronoknya dapat kereta sendiri..boleh cover byk tmpt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah CT rasa kat Phillip Island memang elok lah kalau dapat kenderaan sendiri.. sebab terlalu banyak nak tengok.. kalau ada extra memang rasa nak bermalam kat sini =D

      Delete
  43. Dapat jgk tgk kkoala bergerak kan..sy dapat tgk dia tidooo jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kami sampai awal pagi dan pekerja tu cakap memang sedang elok waktu makan tu yang dia bangun.. tapi sekor ni saja yang bangun.. yang lain melingkar jugak sebab hujan..

      syok tido..

      Delete
  44. alaaaa ingatkan dapat peluk koala. takpe la kita peluk patung koala je la sobsssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe ku juga berharap dapat peluk koala.. apakan daya..

      Delete
  45. Salam ziarah. Oh my cutenya kangaroo dan koala tuh. Bilalah berpeluang nak ke aussie nih huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. CT pun selalu fikir bila turn aku bila turn aku..
      tengok2 Allah kasi rezeki.. tabung travel dah bukak da ? ehe..

      Delete
  46. Replies
    1. ye kat Melbourne tak boleh.. kat Perth boleh rasanya..

      Delete
  47. Replies
    1. Uncle Din !! bila pulak CT pegi NZ ?? O.o salah orang ni ehehe..

      Delete
  48. Hamboi.. Tiket masuk lain ye.. Tiket pegang lain pula.. Adoiai..
    Kalau nak datang sini memang kena bawa duit banyak2 baru puas hati...
    Geramnye tengok koala tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa gitula.. harga tiket lain2.. kretip nak kaut untung..
      tapi exclusive la dapat pegang kan.. cuma tak sanggup nak bayar..

      Delete
  49. chptr 5-sronok bermesra dgn kangaroo n koala ni kan,comeyy,jinak n manja,di Gold Coast bole bgambar sambil cuddle koala,tp kejap je..jadila kan daripada bayar just utk pat je,mmg tk bbaloi dgn harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa kejap je ? eeeh diorang ni.. kasi la chance lama2 bukan kat tempat kita ada pun.. hurm.. kat sini ok je tapi kami xleh golek2 sakan sebab hari baru lepas hujan. rumput basah.. kalo x rasanya golek sakan gak..

      Delete
  50. bestnya dapat main dengan kangroo dan koala ni.... comey sangat tengok dia gerak nak peluk...bestnya kalau dpaat dua pantung ni hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe CT tak beli pun patung diorang ni kak.. buat berat beg je.. kalo kasi anak2 buah pun diorang main kejap je. spesis tak main bebear..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...