SITI.YANG.MENAIP: MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 2.3 - A MAZE 'N THINGS + PYRAMID ROCK

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 2.3 - A MAZE 'N THINGS + PYRAMID ROCK

/
89 Comments
October 07, 2015
Entri sebelumnya di SINI.
15 September 2015

JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | AUSTRALIA PHILLIP ISLAND - A MAZE 'N THINGS DAN PYRAMID ROCK. Jom kita teruskan misi untuk jelajah seluruh Phillip Island. Banyak lagi tempat menarik yang kita nak tuju. Hari dah makin gelap. Kena cepatkan langkah. Masih tak boleh lupakan keindahan di Churchill Island Heritage Farm tapi apakan daya kena juga bergerak untuk ke next destinasi. Marilah kita ke A Maze 'N Things pula. Singgah sekejap saja sekitar entrance hanya untuk tinggal jejak sebab nak bergegas ke Pyramid Rock. Sebenarnya tak ada budget nak masuk. Tapi nak juga singgah. Gitulah jadinya. Nomad sungguh journey kami on that day. Alhamdulillah walaupun itinerary tahap ambitious tapi kami masih mampu ikut. Perjalanan tak jauh mana pun dari Churchill Island Heritage Farm. Duduk sekejap saja dalam kereta dah sampai. Dalam peta nampak macam jauh. Hari dah tak hujan tapi angin masih kuat dan sejuk. Boleh jalan dengan senang hati.


A Maze 'N Things
1805 Phillip Island Road, Cowes 3922

Entrance Fee
Puzzle Island, Illusions, Maze & Maxigolf (3 Hours)
Family (2 Adults + 2 Children) - $99.50
Adult - $33.00
Child - $23.00

Puzzle Island, Illusions and Maze (2 Hours)
Family (2 Adults + 2 Children) - $63.00
Adult - $21.00
Child - $14.50

More information HERE.

Book your online ticket HERE.

Operation Hour
10.00AM - 5.00PM (Daily)

A MAZE 'N THINGS PHILLIP ISLAND : TAMAN UNIK YANG PELIK

First of all aku kena ingatkan balik Aku TAK MASUK ke dalam A Maze 'N Things. Aku hanya ambil gambar poyo macam aku dah masuk. Jadi sama ada best atau tak kat dalam aku tak boleh nak komen. Kalau korang berminat untuk masuk juga boleh baca post Kak Huda di SINI. Kak Huda dah rasmi masuk ke dalam A Maze 'N Things. Lepas baca post Kak Huda, aku bersyukur tak masuk. Aku rasa A Maze 'N Things ni macam any 3D museum yang ada kat Malaysia. Banyak benda-benda pelik yang ada. Perlukan kepakaran untuk bergambar. Simpan duit lagi bagus. Aku rasa harga entrance ke A Maze 'N Things ni mahal. Kalau bawa duit banyak boleh saja nak enjoy dalam taman ni. Up to you guys. Ada la dua buah kereta time kami sampai dan ada satu couple tengah main mini golf. Sendu. Ada yang malu-malu kucing request nak gambar AK nah aku belanja. Hampa ni. Jenuh nak ambil gambar dia. Acik Yati sampai ugut hahaha..




Dalam lima belas minit saja kat disini. Selesai photoshoot cover album dan tinggal bau kami pun beransur ke next destination. Tak terkilan pun tak masuk A Maze 'N Things. Jom kita pergi tempat yang lagi awesome dan jatuh tahap wajib untuk korang pula datang singgah jika ke Phillip Island.

PYRAMID ROCK : SERIOUSLY SERIOUS !! KENA DATANG

Sungguh tak tipu. Aku jumpa mengenai Pyramid Rock through post salah seorang blogger dari Indonesia. Gigih aku cuba baca penulisan dia yang susah nak difahami sebab aku jatuh cinta dengan gambar-gambar Pyramid Rock yang dia ambil. Bila dah sampai sendiri aku akui superb view Subhanallah. Rasa menyesal singgah A Maze 'N Things. Patut terus saja ke Pyramid Rock dan boleh stay lebih lama. Camera aku dah syahid. Bergantung harap kepada Gopro. Itu pun aku tak tahu kenapa gambar semua gelap sedangkan hari terang benderang. Terpaksa edit kaw kaw. Plus few pictures dari Kal Sal dan Cik Tia. Apalah benda ada kat Pyramid Rock ni. Merely datang tengok rumput, laut, langit dan seketul batu. Ya. Seketul batu. Haaa.. Seketul batu berbentuk tiga segi (mirip pyramid) dihujung laluan. Jadi kena jalan sikit towards the end of the route untuk ke observation deck. Jauh tapi langsung tak terasa sebab terpukau dengan pemandangan yang awesome. Langit biru luas terbentang.. Damai.







Tu haaa seketul batu berbentuk segi tiga yang jadi punca kami gigih menapak. Aku tak jalan pun sampai ke observation deck. Cik Tia, Acik Yati dan AK saja. Aku dan Kak Sal dating tepi semak. Dari jauh pun nampak Pyramid Rock. Kami sebenarnya dah tak tahan sejuk. Angin di kawasan ni sangat kuat. Baju dan tudung asyik nak melayang. Suhu di Pyramid Rock sangat sejuk berbanding suhu di kawasan lain sekitar Phillip Island. Lips pun nak crack. Berangin teruk sangat. Tapi dah sampai. Layan saja posing sana sini. Nanti mengigau pula..











Too sad untuk terpaksa tinggalkan tempat ni. Ada lagi beberapa tempat yang ingin kami tuju. How I wish kami ada masa yang lebih lama untuk duduk sini. Orang pun tak ramai. Adalah satu mini van bawa pelancong singgah sini. Other than that sangat tenang. Most welcome kalau nak golek atas rumput. Tak ada pagar. Keselamatan tanggung sendiri. Jangan ke tengah sangat. Takut tiba-tiba dah sampai tebing. Rumput disini tinggi tapi lembut saja rasa bila dah baring. Aku memang recommend sangat Pyramid Rock untuk korang visit. Please do jangan lupa ya. Kami nak ke Kitty Miller Bay tapi kami kesuntukan masa. Hanya bersebelahan saja dengan Pyramid Rock tapi we had to rush untuk kejar entrance di tempat lain. Tak ada rezeki. A reason to come back. Another kawasan yang seakan-akan Pyramid Rock tapi lebih berbatu. Kalau air surut boleh turun ke laut meniti batu-batu. Ada serpihan kapal karam yang masih dikekalkan di kawasan pantai Kitty Miller Bay. Rujuk SINI dan SINI. Menarik tapi apakan daya. Dah jangan meratap sangat. Kita sambung lagi nanti.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

89 comments:

  1. Agk nyer kalu sy baring2 kt sini mesti terlelap ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh Anies jangan gitu.. ehehe duduk kejap2 okay kot..
      seram jugak sebenarnya tak tahu apa yang tersembunyi..

      Delete
    2. kena ada selimut la anies, sebab sejuk..

      Delete
    3. wow.. best tu.. selimut dan baring atas rumput =D

      Delete
  2. Cantik tmpt nyer... kenapa laa kt mesia xde tmpt cm ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kat Malaysia cantik cara lain =)

      Delete
  3. Subhanallah cantiknya pemandangan dkt pyramid rock. Seronoknya kalo dpt ke sana juga suatu hari nnt.

    ReplyDelete
  4. Amboi, rajin buat entri sekarang. Akak parking dulu. Nanti sambung baca. Sleepy dah ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh baru hari kedua tak habis lagi Kak Farrah.. nak kejar Kak Sal.. dia masuk hari ketiga dah ngeh3..

      Delete
    2. hahaha, jangan kejar-kejar...nak menaip entry kena sepenuh hati, baru best..akak pun dah lama tak sambung entry Melbourne.

      Delete
    3. ehehe sepenuh hati jugak kak.. ni dah menaip siap2 nanti bebila publish.. haaa akak bila nak sambung.. ngeh3..

      Delete
  5. Skrg ni 3D museum tumbuh mcm cendawan selepas hujan kan... memang mahal sikit harganya...hehe.. nak p tngkla apa ada kat dalam di link blog yg ct bagi tu... Sakan yer bergmbr..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT baru discover semalam kat FB ada kawan tag.. kat Penang dah bukak museum 5D huhuhu.. macam-macam ada dah skarang ni..

      Delete
  6. serious cantik sangat gambar2 sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi credit untuk kawan2 travel CT sebab banyak ambil dari diorang =)

      Delete
  7. Cantiknya laut...patut syg nk tinggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rasa patut spend lebih lama kat sini..

      Delete
  8. Kalo tiket mahal gitu mmg tak masuklah jwbnya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeh3.. kita singgah tinggal bau saja mampu =D

      Delete
  9. saya hari tu tak dapat pergi Philip island sebab tak sempat nak kejar time .. huhu... menyesal sangat. rasa nak repeat lagi trip ke Melbourne ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. huaaa.. Akak DP nak repeat lagi ? bestnyaa.. ehehe.. kalo ada rezeki CT pun nak pergi lagi.. banyak lagi tak tengok ngeh3..

      Delete
  10. Subhanallah..sungguh cntik pmndangan..

    Tqsm siti .. akk follow sini jgk ya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik =)
      kalau boleh tanak balik eehehe..

      Delete
  11. macam nak pi, cantiknya..Seronoknya kalo dpt ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi pegi PCL.. jangan tak pegi.. tak menyesal punya =)

      Delete
  12. yg rumput tu nampak cantik sangat! :D teringin nak berguling-guling kt rumput cmtu kak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau time cuaca sejuk macam ni okay nak guling2 Mazni.. kalau time panas ehehe tak apalah no thanks.. rumput kat Malaysia ni seramla nak gegolek..

      Delete
  13. alahaiii bestnyaa travel. dan cantek view kat sana. kene tunggu kaya kot dapat jejak sana ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe jangan tunggu kaya diknon.. menabung pelan2.. akak simpan sket2 for two years.. then adalah parents tolong topap sikit =)

      u can do it.. chaiyok..

      Delete
  14. Akkakk!! Sampai hati jalan tinggal aina. Huhu. Bestnya dapat kesana.dapatbtgok gambar je lah buat masa skarang. Hihi <(-︿-)>

    Lawaaaanya blog akak skarang. Hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh Aina kena pegi sekolah.. xleh bawak =P
      adik manish sibuk study.. akak kena cari orang lain editkan blog..

      Delete
  15. Subhanallah amazed nya tngok tempat2 ni.. Especially part yang nature.. Semua gambar memang cantik betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe memang cantik betul.. rumput pun rasa lawa..
      kalau kat Malaysia ni tak layan pun..

      Delete
  16. Macam boleh geguling untuk buat drama hindustan ja ni... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula Kak Sal nak buat.. ahaha tapi sejuk sangat =P

      Delete
    2. macam satu scene dalam lagu Kuch Kuch Ho Ta hai...ada shoot kat rumput kering gini

      Delete
    3. ahahaha tapi CT takut Kak Sal melayang nanti =P

      Delete
  17. Ya Allah cantiknya tempat tu..best nye dapat pergi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik.. jom jom kita jalan-jalan =)

      Delete
  18. Pyramid Rock memang cantik!!!kalau tak sejuk mesti lagi lama nak duduk atas rumput kering tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi CT rasa kalau tak sejuk.. mau hangit jugak kita tersadai kat sini =P

      Delete
  19. subhanallah.. cantiknyer pemandangan. bilalah dapat pergi agaknya kan.. hhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki akan sampai =)
      mula bukak tabung macam CT jom jom..

      Delete
    2. bukak tabung? interesteed.. hehe

      Delete
    3. yes.. CT bukak tabung and tunggu penuh baru jalan =)

      Delete
  20. Try kat Malaysia... guling kat lalang... Pakai baju sejuk... Sama? Kah Kah Kah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahaha.. tak sanggup >.<

      Delete
    2. Hahahaahha ! Mahunyaaa terbakorrrr :P

      Delete
    3. Best lah boleh baring2 atas rumput macam tu. Lain kali guling2 sekali CT fefeeling hindustan gittew :D

      Delete
    4. kitorang berani tepi2 saja.. takut la nak guling2 ehehe..

      Delete
  21. Dah nape plak gambo ada kartun tu? Zip terbukak ke? keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha baju dengan tudung terbang.. shekshi =D

      Delete
  22. Amboi cik sal bergaya cam sabariah angau dgn bang kasim selamat kat tepi radio... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua tiga kali shooting tu baru dapat gaya cenggitu ngeh3.. tu yang tak sampai ke atas wakakaka.. tersadai tepi jalan =P

      Delete
  23. satu je SS ske psl Aussie ni... Langit dan awannya.. superb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu je ? satu je ? dua tiga empat ? isk isk isk..

      Delete
  24. salam! kak , bestnya tengok gambar macam seronoknya dapat baring atas rumpt tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. time sejuk cenggini bestlah TKK ehehe.. kalau tengah panas terik tak ada selera jugak.. btw kena hati2 sebab kita tak tahu ada apa tersembunyi.. tawakal sajalah..

      Delete
  25. view pon subhanalllah cantik sangat :)

    ReplyDelete
  26. untungnya bercuti...dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah yang terbentang luas...dapat mengagumi betapa besarnya kekuasaanNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu Arz.. kena always ingat pada-Nya =D

      Delete
  27. alahaiiii..siyokkknye baring atas rumput tu ngan angin sepoi2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe time sejuk okay.. kalo time panas memang tidak lah..

      Delete
  28. ya Allah....cntiknyeee laut diaaa...biruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......kalau sy pun golek2 jugak kt rumput tu(ke lalang?? hahha).....mcm leh buat tilam dan karpet...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe tak tahula rumput ke lalang tu =P

      Delete
  29. fIRST: scroll pictures.. Ya Allah cantiknya view.. langit tu cantik sungguh.. Subhanallah...

    ReplyDelete
  30. pack sungguh jadual.. nampak sangat nak merepeat tu kan.. Cik Tia habis study bila? klu dia masih disana best lah repeat lagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe ni mesti dok baca entry betul2.. orang tulis dah Cik Tia baru convo hewhew.. nak kena ni..

      Delete
  31. Next trip bole layan sini. Perfect scenery. Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah yeah.. sila masukkan dalam plan ya =D

      Delete
  32. Macam best lepak lepak kat rumput tu! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepak lepak kena alert jugak sekeliling.. takut ada apa-apa..

      Delete
  33. kenapa la negara org indah sgt ... waaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe biasa tu.. hujan emas di negeri orang =)

      Delete
  34. Cantik pemandangan. Buat videoclip sesuai tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe video clip ? eerk orang orang bercinta sesuai laa =D

      Delete
  35. Subhanallah, memang cantik...rumput tu very inviting, memang rasa nak golek2 ala2 kuch kuch hota hai...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh Kak Sal dah golek2 dah.. acah-acah shooting MV kat situ hehe..

      Delete
  36. Wahh bestnya tengok rumput2 panjang tu kak. Rasa nak je golek-golek macam hindustan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rasa nak golek jugak.. tapi seram takut ada yang pelik2..

      Delete
  37. bestnya kalau picnic kt situ.. angin kuat pula tu memang rasa mcm nk tidoq atas rumput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheh takut tikar bakul semua terbang kalau picnic situ =P

      Delete
    2. hahaha.. memang tak la nk picnic kalau semua boleh terbang

      Delete
    3. hehehe da satu kerja nak kejar tikar plak kan.. hehe..

      Delete
  38. cantiknya pemandangan disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Kak Ekin.. cantik2 belaka kat tempat orang ni =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.