SITI.YANG.MENAIP: MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 1.2 - HOSIER LANE + FLINDERS STREET STATION

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 1.2 - HOSIER LANE + FLINDERS STREET STATION

/
200 Comments
October 02, 2015
Entri sebelumnya di SINI.
14 September 2015

JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | AUSTRALIA MELBOURNE - HOSIER LANE DAN FLINDERS STREET STATION. Puas sudah golek-golek atas rumput dan berangan macam orang tempatan, haruslah sedar diri untuk beransur pergi. Masih ada beberapa destinasi yang ingin diterjah sebelum pengembaraan hari pertama berakhir. Hari makin petang dan cepat gelap. Menaiki anak tangga di belakang bangunan Atrium, akhirnya kami keluar dan meninggalkan Federation Square. Menapak ke hadapan untuk ke main road (Flinders Street) dan seterusnya mencari kedudukan Hosier Lane yang dikatakan cukup terkenal di Melbourne dan menjadi salah satu tempat wajib visit bagi sesiapa yang datang ke Melbourne.

HOSIER LANE : LORONG STREET ART TERKENAL DI MELBOURNE

Kedudukan Hosier Lane memang sangat dekat dengan Federation Square dan kita hanya perlu lintas jalan saja. For sure dapat detect itulah Hosier Lane sebab orang ramai akan always berlegar-legar di depan lorong yang super famous itu. Kalau tak sure juga, bolehlah guna Google Maps untuk ukur jarak perjalanan. Aku siap print lagi peta (manual) just in case aku tak dapat line internet untuk refer kalau tersesat. Alhamdulillah semua okay. Memang dekat sangat tak perlu risau kalau kena menapak jauh. Aku yang pemalas ni pun boleh sanggup gigih berjalan. Street art yang kat Penang pun aku tak habis jenguk lagi, inikan pula yang dekat Melbourne. Kenapalah aku gigih sangat nak tinggal jejak. Tapi biasalah dah sampai tempat orang. Perasaan jakun plus taksub tu lain macam. Terus aku lupa asal usul. Hampa tengoklah sendiri. Satu lorong memang penuh hasil seni bebas para peminat seni. Masing-masing datang untuk express perasaan cinta terhadap seni melalui graffiti. Memang superb yang amat. Nak banding dengan street art Penang memang tak boleh. Aku tak boleh komen lebih nanti aku kena buang negeri pula. Tapi hampa-hampa pun boleh nilai sendiri mana lagi best. Berhuhuhu kami disini.. Setiap lukisan graffiti adalah menarik. Ada yang sampai tak boleh detect apa benda yang ingin disampaikan. Mata aku bukan mata berseni jadi aku tengok sekadar cantik dan sedap dipandang. Mesej dan segala isi tersirat tersurat yang nak disampaikan tak pula aku kaji.

                                      









Hosier Lane ini dikenali juga sebagai kawasan diiktiraf as urban area bila nama street art dinaiktaraf menjadi Urban Art walaupun orang ramai selalu anggap hasil seni graffiti adalah vandalisme. Suka hati nak cakap apa. Tapi jujurnya memang cantik. Dah terletak kat tengah bandar, haruslah diberi nama yang lebih classy. Tapi aku setuju dan mengakui ke'urban'an Hosier Lane. Gempak weh. Semua pelukis yang tumpahkan idea kat Hosier Lane ni bukan main suka-suka saja conteng dinding tau. Ada permit khas yang dikeluarkan untuk they all melukis dan legal. Kau nak cakap apa lagi. Nak suruh lukis orang pun tau lukis orang lidi saja. Selain Hosier Lane, ada beberapa lagi lorong-lorong gelap seperti ini sekitar Melbourne City yang sama-sama dah bertukar jadi street art. Antaranya adalah Caledonian Lane, Union Lane, 21 Degraves Street dan 122 Palmerston Street. Kalau korang rasa tak sempat nak terjah Hosier Lane, bolehlah terjah lorong-lorong lain yang disenaraikan di SINI. Ada juga lorong-lorong yang khas untuk shopping dan banyak cafe yang comel dibuka. Boleh rujuk SINI kalau berminat. Mungkin ada yang lebih dekat dengan hostel/hostel yang korang tinggal. Tapi kalau dah sampai ke Federation Square tu, terus sajalah ke Hosier Lane. Dah puas posing sakan budget hipster dan poyo, mari kita ke destinasi seterusnya.

FLINDERS STREET RAILWAY STATION : NADI PENGANGKUTAN AWAM DI MELBOURNE

Jap !! Kenapa skema sangat tajuk headline ni sendiri rasa nak gelak sakan tapi lantaklah. Aku tak jumpa perkataan yang lagi havoc. Terima sajalah. Memang betul pun Flinders Street Station adalah station yang paling utama dan sibuk di Melbourne. Kat KL ni acah-acah macam KL Sentral. Kalau sesat nak cari jalan balik, carilah bangunan ni. Seketul saja tersergam indah di tengah-tengah Melbourne City. Sangat unik sebab masih lagi mengekalkan identiti binaan asal pada tahun 1900s. Dalam keadaan bangunan sekeliling dah tinggi cecah langit dan struktur binaan moden, Flinders Street Railway Station masih ayu jelita dengan binaan klasik lama.


Wajib bergambar dengan berlatar belakangkan Flinders Street Station. Kalau korang tenung peta laluan tram dan train, mesti semua laluan akan lalu Flinders Street Station. Jangan kasi alasan yang korang tak nampak bangunan ni terletak di mana. Ada yang cakap, kalau tak ada gambar kita dengan bangunan Flinders Street Station, tak lengkap journey ke Melbourne. Tudia pengaruh besar begitu sekali. Jadi korang jangan lepaskan peluang yang ada. Kalau ada rezeki jejak Melbourne, silalah pastikan korang posing sakan. Carilah angle yang menarik dan sesuai. Hari pertama di Melbourne kami tak masuk pun ke dalam bangunan. Just bergambar dari luar. Aku ada baca, kat kawasan ni tak boleh nak bergambar sangat nanti kena halau. Alhamdulillah kami tak berdepan situasi yang sedemikian. Smooth saja kami posing sampai kat traffic light nak melintas pun kami still posing. Siap ada yang kasi ruang lagi so that tak block gambar kami. Memang ada polis lalu lalang tapi syukur tak ada apa-apa yang terjadi. By the way, kalau betul kena halau awatnya berbulu sangat orang nak ambil gambar. Nak promote tempat dia juga. Tak faham betul. Kalau nampak polis jeling-jeling korang kasi je flying kiss kat dia. Mesti sejuk hati lepas tu.



Terasa macam dekat London. Eh sembang macam dah pernah sampai London. Soon. Orang sangat ramai kat kawasan ni. Sangat happening. Ada juga few people yang buat demo dan tunjuk perasaan. Tapi terkawal. They just hung up few words kat leher dan spread awareness. Depends apa yang diperjuangkan. Public tak ada pun marah-marah tengok orang-orang yang demo tu. Semua sangat sopan dan beretika. Kalau korang plan nak jalan keluar dari Melbourne City naik train, kat sinilah korang kena datang. Station tram pun ada dekat luar bangunan tapi kena make sure station tram mana yang patut korang naik. Walaupun berdekatan kalau salah naik memang ke tempat lainlah korang pergi. Memang tak susah nak jalan kalau sekitar Melbourne City. Semua senang dengan syarat fahamkan betul-betul segala jenis laluan.

Lepas dah sakan posing kami kena kejar tram secepat mungkin untuk ke destinasi seterusnya. Memang kena cepat sebab hari makin gelap dan perjalanan agak jauh. Bila dah sampai di tram, jeng jeng jeng.. Ada satu insiden yang tak diingini berlaku. Baca SINI. Kak Sal berdrama swasta sekali lagi bila kad MYKI dia hilang. Ingatkan main-main rupanya betul. Bukan murah kalau nak beli baru. Habis kami selongkar macam-macam nak cari juga kad MYKI. Walaupun bukan kad aku yang hilang tapi memikirkan kad dan nilai wang yang ada masih banyak, aku turut stress. Aku tengok Kak Sal pun kerut habis muka. Lama termenung akhirnya Kak Sal made up her mind. Aku biarkan saja tak kacau dia fikir. Bila kad MYKI dah tak ada memang hanya ada satu solution at that time which was kena beli kad MYKI baru. Kami ke deretan kedai di Flinders Street Station dan beli kad MYKI. Syukur ada jual. Sedih weh !! Nilai besar tu nak kena labur lagi. Tabah betul Kak Sal.. Sebab nak journey kami smooth, Kak Sal pejam mata saja dan beli kad MYKI baru. Every cloud has a silver lining. Ada hikmah semua terjadi. Jom kita naik tram nanti kita terlepas peluang keemasan yang dinanti-nantikan. Pun ada another drama swasta yang terjadi. Primadonna betul aku dan Kak Sal sepanjang di Melbourne. Setiap ceruk nak buat scene. Jom kita hunt binatang kedek-kedek kaki dua.. Percuma tau.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

200 comments:

  1. Thank you...kami akan ke sana Disember 2015.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow wow.. best tu.. makan cherry banyak2..

      Delete
    2. time summer kan...oklah, tak payah bawak baju sejuk bebanyak..hihi

      Delete
    3. hehehe tak menentu jugak Kak Sal.. katanya Melbourne suhu pelik2..
      Cik Tia kata kejap panas kejap sejuk..

      Delete
    4. Yes.. 4musim 1 hari.
      Jgn percaya sgt... hihi..

      Tp siang agak panas...

      Delete
    5. Panas terik kalo hr x hujan...

      Hihi

      Delete
    6. mcm tu plak.. tak tentu noh cuaca dia

      Delete
    7. 4 musim 1 hari? kalau di Msia 2 musim 1 hari

      Delete
    8. yaaa.. cuaca boleh berubah dalam sekelip mata..
      kena always prepare payung ka baju hujan ka..

      Delete
    9. Summer???? Gosok2 mata,,,, Summer???? Ohhh lupa... Disember musim hujan di malaysia... ha ha ha...

      Delete
    10. ehehe saja je SS ni.. ye laaa dia pegi jalan tempat ada wap jeee =P

      Delete
    11. Main wap2 basah2 baru sedap! Kah kah kah

      Delete
    12. mulaaaa la tu nak mengarut !!!

      Delete
  2. Dengan gigih mengikuti penceritaan anda tentang melbourne.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe maaflah Uncle.. CT taip entry memang panjang2.. jenuh nak baca kan..

      Delete
    2. bangga tul traveler tegar follow pengembaraan kita kan Siti..hehe

      Delete
    3. ehehe.. harap2 yang ada kurang sana sini tips2 tu otai tak tegur =P

      Delete
    4. huahuahua.. i hanya berkongsi =D

      Delete
  3. awesomelah mural art depa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.. kat Malaysia pun ada tapi tak gempak macam ni..

      Delete
  4. Hai lalink..welcome back.. miss you

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. ada orang rindu itew la.. yahuu..

      Delete
    2. hehehe terima kasih semua yang tak putus2 kasi semangat =')

      Delete
    3. eheheh sengih2 itew ada rerupis rindu =P

      Delete
  5. mana leh lawan street art disana ngan kat penang ni.. kat penang ni sekerat2 ja.. mana tahu lepas ni ramai 'pakar' menconteng lagi..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak arts baru tau kat Penang.. ada artist baru dok pi buat arts.. ni graffiti lain sikitla.. tapi hihi malu haih nak compare dengan Penang nye..

      Delete
    2. Kat tempat akak budak2 buat graffiti art tahap vandalisme. Tak de nilai seni. Layak baling ngan selipar je :)

      Delete
    3. hahaha itu yang diorang tak suka graffiti.. asalnya kat lane ni merapu jugak tapi mayor upgrade dan kasi ruang berkarya.. haaaa.. terus jadi tourist attraction..

      Delete
    4. Dah la sekerat... kena conteng lagi...

      Delete
    5. hahahha.. itu namanya seni dalam seni =)

      Delete
  6. ada kubah bagunan tu,,siap warna kuning..ala2 bangunan diraja

    ReplyDelete
    Replies
    1. diraja sangat hahaha.. satu-satunya bangunan binaan klasik yang masih ada.. luar je klasik.. dalam moden okay.. gempak gila..

      Delete
  7. tong sampah pun boleh yaaa.... cantik grafitinya... tapi pening jg tgk mcm2 kaler...berbeza sgt dgn ss7 shah alam tu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe jgn compare dengan yang ada kat Malaysia ni.. tidaaaak sama hehe.. graffiti mmg pelik2 sikit kan.. tapi best sebab macam free je nak conteng apa..

      Delete
  8. best jalan2.. lama x kenegara org..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa apa lagi Yui.. cepat2 plan untuk travel =D

      Delete
  9. menempuhi perjalanan yg jauh mmg ada cabarannya...sabar sajalah...salam takziah buat siti n keluarga yg kehilangan ayahanda tersayang...alfatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang.. tapi itulah pengalaman berharga. lain orang lain cabarannya kan..

      terima kasih kak.. amin ya rabb..

      Delete
  10. Penuh dinding dengan lukisan ye Siti..
    Dah macam2 warna ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang full and colourful sangat kak.. pening pun ya tapi memang menarik.. tak ada ruang kosong pun..

      Delete
  11. thank you..bagi tip tau pasal nak ke melbourne dis 2015

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. Uncle lagi otai travel2 ni.. macam mana nak share tips.. malu la CT hehe..

      Delete
  12. Susah nak scroll di tepi..buang bunga kertas di tepi...takut tak ramai nak lawat blog anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pandangan ni.. insyallah akan diusahakan apa yang patut. kena upah orang buatkan sebab CT tak reti..

      Delete
  13. alfatihah buat arwah pakcik shuhaimi. menarik penceritaan...
    terasa macam kat melbourne...

    street art memang gempak...warna warni...
    menapak dalam cuaca sejuk apa ada hal kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.. berlari2 berkejaran pun tak apa. tak peluh punya..

      Delete
  14. Hosier Lane memang ni iconic sangat. Selalu nampak gambar tempat tu dekat Instagram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang famous pun Farah.. orang2 Australia suka benar kot arts macam ni..

      Delete
    2. Tapi memang menarik. Awesome hasil contengannya :)

      Delete
    3. orang2 putih ni spesis menghargai seni.. orang kita ? kritik leeebeyh.. huhu..

      Delete
  15. Memang lawa flinder street station tu... Mcm mana boleh hilang myki tu..sob sob...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki Kak Sal.. MYKI hilang.. adala tu tercicir mana2.. tah while kami golek2 sakan agaknya dah terjatuh..

      Delete
    2. dah takde rezeki kak wa..tulah time golek-golek lupa diri..huhu

      Delete
    3. eeeeyh tapi CT yakin bukan jatuh kat tempat golek2 tu..

      Delete
  16. K wa tak gi.pun sini hihihi...lawa kan diorang lukis macam tu?..kreatif betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah memang lawa.. tapi ada jugak yang pelik2 hehe.. xpe Kak Wa dah pergi main snow..

      Delete
  17. Asalamualaikum ct...cantik2 lukisan dekat dinding tu...take care ct..

    Alfatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik Kak Yan.. yang pelik2 pun hadoo.. sampai tak tahu apa benda hehe..

      Delete
  18. hahaha..kita kan drama queen.akak rasa polis x bg posing depan Flinders tu sebab takut kena langgar tram..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ingat tak orang arab yang tolak anak dia ngan stroller tu ? haha kita yang panic dia buat dono je.. pakcik tram sampai bising2..

      Delete
  19. part burung kaki dua kedek-kedek tu memang saja akak x nk cerita sangat, biar orang baca dari point of view Siti..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha akak memang tau.. citer je la.. kan akak yang jumpa lubuk diorang sembunyi tu..

      Delete
    2. laaa apsal tak nak citer lakkk....

      Delete
    3. itulaaaa Kak Sal.. dia saja je tanak citer.. dia skip =P

      Delete
  20. insiden myki..moga jadi pengajaran..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa.. kena amek pengajaran.. kena always alert..

      Delete
    2. Apa yg berlaku akan buat kita lebih berhati-hati lain kali :)

      Delete
    3. betul kak.. time tu CT pun pucat sebab baru beli kan.. huurn..

      Delete
  21. Cantiknya tempat orang kann..bila laa dapat jejak kaki kesana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe ajak lew abam kak.. hadiah anniversary kan.. demand sikit haha.. pandaila CT plak ngaja akak hewhew..

      Delete
  22. haha, sama je
    masa saya datang pun ada org buat demo kat area flinders street tu, member cakap kat melben ni memang almost hari2 ada demo.

    la..hosier lane dekat2 sini jelah..argh..hampehnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye hari-hari.. each day demo benda lain-lain. tapi bagusla orang sana.. tak ada pun nak gadoh2 walaupun tengah berdemo..

      nampaknya kena repeat tu eheh..

      Delete
  23. Pengalaman itu adalah cikgu yang sangat mahal..
    Seronoknya baca coretan SYM nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. tak boleh beli dengan duit.. lain orang lain ceritanya..

      Delete
  24. sememang nya satu destinasi yang menarik SYM :) terima kasih berkongsi sekurang-kurangnya kak an ayang tak pernah ke sana dapat sama melihat dari alam maya ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe CT pun mula dengan angan2 kak.. tengok orang lain da sampai dalam hati dok fikir bila aku pulak nak pi.. tengok2 Allah izin ada peluang. kita tak pernah tahu susunan Allah kak..

      Delete
  25. wow! nice place la.. mural...

    ReplyDelete
  26. seronok baca :) gambar pun cantik cantik semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you awok ^^
      ni yang lagi bersemangat nak sambung cerita ni..

      Delete
  27. Replies
    1. ehehee cuba suruh CT lukis.. hancus..

      Delete
    2. hancur lebur la... nk ambek jd art pon pikir byk kali...hahahahaha

      Delete
    3. ahahah tapi kata art.. harusla unik2 kan =P

      Delete
  28. Singgah dulu...kat China ni blog dan lelain media social diaorg blok. Sibbaik ada install apps spesial sblum pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PLM online dari China ? visit blog CT ? ooookay im touched.. have fun disana PLM.. uhuk uhuk.. souvenir uhuk uhuk.. ahaha..

      Delete
    2. apa nama apps special tu PLM

      Delete
    3. a ahhh PLM.. apakah apps itu.. hehe.. mohon share =D

      Delete
    4. PLM mempromote playstore... kah kah kah....

      Delete
    5. weh roger lah apps apa.. ahaha.. adeh PLM kamoooon !!

      Delete
  29. Ok, Sha boleh buat list places to go bila nak pegi Melbourne nanti :)
    For sure Hosier Lane must go, hiks :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. a must tau.. make sure selit jugak time untuk ke Hosier Lane.. alaaa 20min je cukup.. kami tak lepak lama pun sini.. hehehe..

      Delete
  30. Ya Allah cantiknya siti..nak nangis tengok semua gambar2 awesome!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe CT lawa eh kak ? maceh maceh ahahah.. edit lebih ni.. kuikui..

      Delete
  31. huihhh...penuh dinding dgn hasil seni...kalau sy mesti jakun tgk lukisan tu semua....mcm ceria jer tpt tu kannn hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah memang ceria.. kalau jenis pandai posing mesti lagi lawa gambar boleh snap.. iols is malu malu hahaha..

      Delete
    2. Nape nak malu2 cik adik. Bukannya tak de idung hihihihi

      Delete
    3. maluuu le kak.. i tak pandai posing beria.. i biasa2 je..

      Delete
    4. CT leh buat video klip kat sini.....cantik dah view dia....posing2 sakan jer....ala2 retis...hahhahaha

      Delete
    5. baahaha video klip ? kalo buat pun simpan sendiri laaa..

      Delete
  32. aiyakkkk....sini ada robot.....terbatas lak nk koman kt sini sbb robot nihhhh...adehhh....huhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. robot dimana2 skarang ni DM.. rasanya Google nak elak spammers kot.. tabahlah ya.. CT blogwalking pun ada robot tapi buat tatau sajalah.. pilih2 gambar macam main game..

      Delete
    2. Mengambil peluang drop komen sebelum rerobots sambung duty :)

      Delete
    3. mencik betoi kan rerobot tu.. tapi buat tatau sajalah kalau tak nanti xleh komen..

      Delete
    4. tu laaa...geram tol ngn robot tu kan...nasib baik kali ni xde robot kacau....hehehehe

      Delete
    5. ehehe kali ni tadak eh.. skarang dia jarang muncul.. kalo sekali banyak menjelma la..

      Delete
  33. hosier lane tu memey nostalgia ., 5 years ago wak dtg sorg2 je., huhu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. bila nak repeat Wak ? skrang kan dah ada wifey and gegurl and boboi..
      angkutlah semua pi Melbourne lagi hewhew..

      Delete
  34. Khatam dah baca entri ni. Nanti up citer seterusnya ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bercinta jugak nak up kakak oooit.. bizi menguruskan macam-macam..
      inipun seminggu taip draft.. sikit-sikit taip.. insyallah soon =)

      Delete
  35. Teringin nak pi Aussie tapi bajet tak cukup lagi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab bab bajet tu aaaahkak faham benar diknon.. memang sakit..
      tapi tabahlaaah.. kena ada disiplin menabung..

      Delete
  36. lawooonya lukisan graviti tu.. I like!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun Mami.. cuba dia suruh kita lukis.. lari orang tak sanggop tengok =P

      Delete
    2. Bukan graviti... Tapi graffiti... He He He..

      Delete
    3. tunggu la nanti Mummy dah baca dia babap you SS.. tunggu la..

      Delete
  37. Bangunan dia pun klasik2! i like ..bila la dapat pi sana na..

    ReplyDelete
    Replies
    1. one day Mami.. always pasang cita-cita.. CT pun selalu berangan..
      dari situ rasa bersungguh..

      Delete
  38. Wah...hebatnya CT..Sampai PLM boleh komen dari China.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terharu niii terhaaaaru.. nanti Uncle online dari Melbourne tau..
      tinggal jejak kat blog ni from Mel oookay =)

      Delete
  39. Dah follow blog sis. Hihi. Haa, kan dah cakap. Pernah baca blog ni. Dulu ada tulis wanderlust DJ kan. Kalau tak silap lah. Haha. Masa tu template lama lagi. Eh, tak sempat nak baca entri terkini. Nak pi meeting ni. Hihi, btw. Pic2 kat atas semuanya cantik :) Nanti ada masa saya repeat baca entri ni. Bye sis (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Mekja.. hhehehe.. maceh tau Mekja.. tunggu nanti CT plak jenguk Mekja ya..
      skrang belum blogwalking lagi cewaaah.. haaa ? Wanderlust DJ ? Kakak rajin travel tu kan..
      itu kakak lain tu.. adus jangan tersilap.. tu otai tu hehehe..

      Delete
    2. Yeke? Salah blog lah ni. Hahaa, ampunnnnnn. Mana nak sorok muka ni. Aishhh, blushing. Malunyaaa. Btw nama blog siti yg menaip ni mmg pernah dijejaki. Tapi lupaaa. kehkeh

      Delete
    3. eehehe xpe biasa tu salah orang =)

      Delete
  40. wah..suka baca pengembaraan SYM..seronok sangat..tapi memang cantik tempat2 nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe okay okay.. terima kasih.. teruskan bersama CT dalam episode seterusnya =D

      Delete
  41. Ku hanya mampu membaca dengan perasaan jelly...nak pi jugakkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena bukak tabung CP kena mula.. ni simpanan stahun stengah ni sikit2..

      Delete
  42. Cantik art street nih. Orang Malaysia pun ada yang menconteng kat situ. One day mesti mau pergi Melbourne

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang Malaysia pun ada buat ? wow ini bangga ni dengar.. ehehe..
      jom jom kalau ada peluang jangan dilepaskan =)

      Delete
  43. Masa akk g 2013 dulu... org ramai bt riot... against tony abott

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kawan kata memang always ada riot.. kami pegi ada demo anti perkauman..

      Delete
  44. gagah neh! kengkonon hipster la amik gambar gittu..kekekeke...comel!

    hmmm...kalau ada public..eh silap..kalau ada nadi pengakutan tu mmg sangat happeyy!

    alaaaa...kesian kak sal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha i pulun cari ruang yang sesuai nak posing.. tapi apakan daya.. tak fotogenik..
      kureng Sally.. u ngutuk i eh.. oooo you tunggu Sally.. nanti you pergi sana kena naik nadi pengangkutan jugak..

      Delete
  45. Street Art dia memang awesome giler...cantik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Cik Mimie.. tak malu nak mengaku ni street art.. betul2 artistic..

      Delete
  46. Cantik gambar Flinders Street Station yang CT snap tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe dedua tu Kak Sal yang snap.. tapi dia tak share tatau dia.. eheh..

      Delete
  47. Akak ble baca entry org gi voca kan, rse mcm arghhhh, ble turn akak ni.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. coming soon akak.. dah bukak tabung travel tak ? ikut jom sama-sama kita menabung =)

      Delete
  48. colourfull sungguh..cerah biji mata melihatnya..terbaik laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kretip orang2 diorang.. tak ada halangan untuk berkarya =)

      Delete
  49. Replies
    1. ehehhe street art kita lagu mana ?

      Delete
  50. aah penuh bercorak lorong dia. sekali tengok serabut!!! dua kali tengok hurmmmm betol ada mesej yang mungkin cuba disampaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe memang serabut pun kak tapi bila da amek2 gambar.. cantik gak buat photoshoot..
      sebab vibrant betul lukisan dan warna..

      Delete
  51. Perghh..akak tepuk tangan laju2 sebb CT mmg study betul2 trip ke Melbourne ni sbb boleh tahu another place or lorong untuk kita terjah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kegigihan CT kebanggaan CT.. Ha Ha Ha...

      Delete
    2. ahahah ni wajib terjah sebab kat city sangat dah.. kalo yang lain2 tu maybe dekat dengan hotel ke apa ke bolehla terjah jugak.. ni kita ketua dalam banyak2 lorong..

      haip SS !! haha..

      Delete
  52. seyes..memang cantik hasil sini di Hosier Lane ni...walaupun nampak cam contengan biasa tetapi dengan warna yg di pamerkan sangat canti dan menarik. Berapa panjang LAane tu CT..500m - 1 km or less then that

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apsal skema sgt komen nih? He He He...

      Delete
    2. haaaa tengok.. cikgu anti-skema mai dah.. tataulah Akak JM..
      hehe.. lorong ni panjang.. ada kot 1KM sebab ada blok-blok bangunan.. disebabkan kena mendaki kalau nak jalan sampai ke hujung.. jadi CT dan Kak Sal hanya jalan tak sampai 100M saja lalala..

      Delete
  53. cara penyampaian di blog juga dh mcm wartawan tengah buat liputan hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalah Pang Cu Pei.. He He He...

      Delete
    2. weh Pang Cu Pei sapa ? suka sangat sebut nama ceq tatau..
      ahaha Akak JM.. dulu nak jadi wartawan tapi x dapat.. buat liputan kat blog sajalah..

      Delete
  54. skrg baru sis JM tahu kenapa perlu ada smartphone di tangan bila bergambar..itulah ascesories yg akan di gunakan utk GoPro..jakum i oulsss..patutlah sbb gambar nampak cantik dan angle nampak besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semestinya yunk... Boleh pakai remote gopro kalu malas... Ha Ha Ha...

      Delete
    2. ehehe.. a ah ada remote boleh guna remote.. tak ada remote cenggitu la caranya..
      kadang2 cuba nak sorok phone tapi kadang2 okay jugak nampak phone..

      Delete
  55. okey NOTED...kalau ke sana nak bergambar depan Flinders Stn ni..nk tunjuk bukti kat org kg yg ioulsss dah jejak melbourne

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita pergi lagi *tak sedar diri duit takdak ni*
      tapi nak juga pegi lagi kalo ada kesempatan.. banyak lagi tak tengok..

      Delete
  56. Kasihan Sal..kad MyKi hilang..bertabahlah kan..itu semua kenangan paling syukur bukan Passport yang hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa itulah Kak JM.. memang time MYKI hilang tu CT tanya semua dah..
      passport dan semua dokumen.. syukur hanya MYKI..

      Delete
  57. wahh..street art depa lagi gempak...menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe ini baru berani sebut street art ehehe.. sebab betul2 street art =P

      Delete
  58. Jauh berjalan tu kak.. Kalau sy tak puas ambil gambar haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan tak puas jugak Wardah.. tapi masa tak cukup..
      kena berkejar ke tempat lain pulak hehe..

      Delete
  59. Wow...street art dia very the colorful...cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa ini baru betul2 street art.. satu lorong terus haaa kena conteng =)

      Delete
  60. akak bukan orang penang, so bolehlah mengata ni ye
    lag cantiklah yang kat melbourne tu...haha
    tapi serius, wall dia penuh dengan lukisan graffiti yang awesome

    haha...ada baca pasal drama dia hilang kad tu
    nak kesian pun ada, nak gelak pun ada
    bertabahlah ye...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kat kat Penang tu diorang memang lukis lukisan betoi.. ni graffti main conteng2 tapi lagi berseni dan ohsem kan.. sebab free style and pakai pun spray saja..

      adus.. time tu CT tak berani nak cakap apa.. dah lama sikit gurau2 ada sebut tengok Kak Sal oookay baru gelak.. control dulu. tapi jiwaaa merana duit kena belanja lagi..

      Delete
  61. lg lawa xboleh challange penang art..

    ReplyDelete
  62. mak aiii . byk betul art tu ... flying kiss ? kang ada gak yg ikut balik kg ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe.. yang ngikut balik kalo dengan restu ibu tak apa kak.. i lagi suka =P

      Delete
  63. Tips utk u... Kalu Google Maps kata perjalanan tu amik masa 10 minit berjalan... Maka kita harus gandakan... Jadi 20 minit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi.. yang ke tempat kami pergi ni.. Google Maps kata 10 minit..
      tak sampai 5 min pun kami da sampai.. guano tu ? hehe..

      Delete
  64. bukan lah sebab "gigih sangat nak tinggal jejak"... Tapi sebab kenangkan duit dah abis banyak nak gi tempat orang.. kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha jujur sangat lah SS ni tapi betoi la.. amboi da habis licin tabung belanja duit..
      lepas tu tanak pergi pulak kan.. kenot kenot..

      Delete
  65. Sebenarnya... SS ada simpan anggan2 nak buat bilik tido SS street art macam tu... Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh.. tak semak sangat ke nanti ? macam2 kaler.. aiyooo eheh..

      Delete
  66. Tapi negara kita ada graffiti muka dr mahathir.. ha ha ha.. nak jugak tu mengkununnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe CT penah tengok tu.. okay je kot kalau gitu.. janji kemas cantik and tak ada unsur2 negative okay apa.. kasi la chance diorang nak cantikkan negara =)

      Delete
  67. Orang lidi pon seni jugak.. seni pemalas... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeh berseni tu.. kalau tak berseni.. tak lukis langsung =D

      Delete
  68. Gaya Cik Sal... Pelancong abissss! Kah Kah Kah..
    * Matikkkk carik pasal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe haruslah begitu.. *flip hair* alah Kak Sal tak mai bacalah..

      Delete
  69. Posing dengan kangaroo pon adalah wajib.. Barulah ostolia namanya. keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaaah betoi tu SS.. baru kata dah sampai kan..
      tapi tak dapat golek2 pun.. basah.. huurm..

      Delete
  70. Kalu MYKI SS yang hilang... SS nanges2 kat rel tram tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe haaa nanti drive tram maki-maki.. kami dah tengok dah..
      sorang driver ni marah orang nak lintas jalan tapi stroller anak dia atas rel.. hewhew..

      Delete
  71. Bertabah laa Cik Sal... Semoga ada rezeki lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sal okay je.. terus beli MYKI baru hewhew..

      Delete
  72. chpter -urban art n classic building...city yang best untuk ronda-ronda,ada tarikan yang unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe comel je akak komen cenggini =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.