Thursday, 8 October 2015

KARANGAN AUTOBIOGRAFI AKU SEBUAH BLANGKON

KARANGAN AUTOBIOGRAFI AKU SEBUAH BLANGKON


Nama aku Blangkon. Aku merupakan penutup kepala (topi atau songkok) yang dibuat dari batik dan digunakan oleh kaum lelaki sebagai sebahagian daripada pakaian tradisional orang Jawa. Aku tidak ingat bila aku dilahirkan. Yang aku ingat, aku telah dibawa masuk ke Malaysia oleh pemborong Malaysia ke Pelabuhan Klang dan diagih-agihkan ke seluruh Malaysia. Setelah beberapa kurun aku dipamerkan di Kedai Jahit Tampan Tailor di Arked TAR, Lorong TAR, Jalan Masjid India, akhirnya aku dibeli oleh seorang Wak yang handsome, ganteng dan rupawan untuk dihantar kepada temannya di Nibong Tebal.

Mulalah perjalanan aku ke Nibong Tebal, salah satu daerah di sebuah negeri di utara Malaysia, Pulau Pinang. Aku sangat teruja untuk ke sana bertemu tuan baruku. Tentu kehadiran aku dialu-alukan kerana Wak begitu gigih mencari aku untuk temannya. Cabaran demi cabaran aku tempuh sebelum aku berjaya berada di dalam genggaman tuan baruku.

Aku keresahan. Seharian sudah aku berada di dalam perjalanan menuju ke Nibong Tebal. Tak sabar untuk bertemu tuan baru. Melantun-lantun kurasakan di sepanjang perjalanan. Kadang kurasakan aku seperti diangkat. Kadang aku dicampak. Apa yang berlaku sebenarnya aku tidak tahu. Berdoa di dalam hati agar perjalananku dipermudahkan. Debaran semakin aku rasakan apabila semakin menghampiri destinasi. Aku dibawa ke pusat pengumpulan barangan di Bukit Mertajam sebelum dibawa ke Nibong Tebal keesokan harinya. Lambat sungguh aku rasakan, Lemau tidak bernafas di dalam kotak. Setibanya di pusat pengumpulan Nibong Tebal, aku menanti pula untuk dikirimkan ke alamat yang sepatut. Aku yakin, tuan baruku juga tidak sabar menanti ketibaanku. Bagaimana mahu cepat ? Aku hanya sebuah Blangkon.

Lama aku disimpan di pusat pengumpulan barangan di Nibong Tebal. Aku diletakkan di bersama rakan-rakan baru yang turut sama menuju ke destinasi. Terpaksa lagi menunggu. Penantian memang menyeksakan. Sedang hati meronta-ronta untuk bertemu tuan baruku, aku terpaksa menunggu. Dengarnya, tuan baruku sangat ingin bertemu diriku. Sudah puas meronda mencari Blangkon sepertiku tapi tidak jua bertemu. Aku rasa sangat bertuah kerana terpilih. Apakah debaran ini ? Mungkin inilah yang dinamakan cinta. 

Aku akhirnya dihantar ke alamat yang sepatutnya. Tapi aku dibiarkan sepi di dalam peti surat. Cepat !! Cepat !! Aku sudah tidak sabar mahu keluar dari kotak ini. Apa lagi yang ditunggu ? Sudah kebosanan menanti. Rupanya tuan ku harus datang untuk mengambilku di peti surat. Aku dibawa pulang. Mahu saja aku meloncat keriangan tapi aku terlupa, aku hanya sebuah Blangkon.

Di rumah tuan baruku, aku mencuri-curi dengar perbualan tuan baruku. Nama Wak disebut-sebut. Barangkali tuan baruku berseloroh kerana sudah menerima aku daripada Wak. Perlahan-lahan kotak dibuka. Tergolek-golek aku di dalam kotak ketika tuan baruku ingin membuka balutan Wak.

Aku rasa gembira akhirnya aku dikeluarkan dari kotak dan bertentang mata dengan tuan baruku yang aku panggil CT. Dia membelek-belek aku kekaguman sambil memujiku. Mungkin tidak percaya bahawa sebuah Blangkon berada di tangannya. Aku menjadi hairan. Mana mungkin seorang perempuan mahu memakai aku sedangkan aku sepatutnya dipakai oleh orang lelaki. Semuanya terjawab apabila CT meletakkan aku di kepala seorang lelaki yang dipanggilnya DediS. Tersemat elok aku dikepala DediS. Ngam-ngam ukur lilitnya. Jadi aku membuat konklusi, tuan baruku bukan CT tetapi DediS. Aku gembira melihat mereka gembira. DediS terlalu menyukai aku sehingga tidak mahu menanggalkan aku dari kepalanya. Geli pula hatiku. Sewaktu menanda kertas jawapan anak-anak muridnya juga DediS memakaiku. 

Tertanya-tanya, kenapa keluarga ini sangat memerlukanku ? Tidak pula mereka ini mempunyai darah suku Jawa dan sebagainya. Beberapa hari berada bersama keluarga ini, akhirnya aku tahu. DediS memerlukan aku untuk satu majlis sambutan di sekolahnya tidak lama lagi. Para guru dan pelajar diminta untuk berpakaian mengikut tema tradisional. Anak-anak murid DediS ingin berpakaian tema orang Jawa jadi DediS haruslah juga berpakaian mengikut tema. Untuk melengkapkan pakaian DediS, sebuah Blangkon diperlukan. Jadi CT telah menghubungi Wak yang dirasakan sangat sesuai untuk membantu misinya mencari sebuah Blangkon untuk ayahnya.

Sambungan kisah Aku Sebuah Blangkon dari blog Tiga Lalat.

-------------------- S - E - K - I - A - N --------------------

Terima kasih Wak tolong belikan dan poskan Blangkon. Terima kasih juga untuk kiriman souvenir. Dengan ini, daku belanja seketul gambar Wak Mi bersama Blangkon barunya.


-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

154 comments:

  1. oh rupanya cerita Blangkon angkara CT...kreatif la wak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Wak punya idea.. CT ikutkan saja ehehe..

      Delete
  2. hahaha.. rasa macam baca karangan budak sekolah...

    autobiografi.. ngeh2

    oh ! comelnya wak Mi tu.. ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kalo itew tulis karangan macam tulis thesis nanti orang stress..
      jadi itew tulis macam budak2.. ingat dulu kalau exam mesti nak jawab soalan ni..

      kembang idong Wak Mi kalo dia baca..

      Delete
    2. Karangan rare ni. Sebab kena baca dua blog baru habis karangannya :)

      Delete
    3. ehehe kan.. idea bernas dari Wak.. CT sahut saja..
      asah bakat mengarang karangan juga..

      Delete
    4. adoi Wak..jangan cabar saya macam ni ek..matilanak kalau kena buat karangan

      Delete
    5. ahahah ini pun rasa semput jugak.. nasib Wak suruh taip..
      kalo tulis tangan then haplod memang taklaaaa Wak..

      Delete
  3. kihkih2 ada ubi ada batas, timekaseh ye cik siti kerna mambalass karangan wak tuuh.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe menarik idea Wak harusla CT setuju.. cuma kekangan masa
      tak dapat nak publish lebih awal.. im the one yang patut say thank you..

      susah2 Wak tolong belikan..

      Delete
    2. ingtkn profile tulis unemployed teacher tapi bz gak erk? ;p

      Delete
    3. haruslah bizi Wak.. bukan 24/7 mengadap blog.. ada banyak lagi
      benda nak buat walaupun tak kerja hihi..

      Delete
    4. bizi wak..CT ramai peminat nak layan..haha

      Delete
    5. ahahaha yo yo o je Kak Sal.. sapalah daku ni..

      Delete
  4. ahduuss., kene kensel ye Wak yang handsome, ganteng lagik rupawan ittewww., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahahaha kasi effect hyperbole sikit Wak..

      Delete
    2. Efek hiperbola menjadi! Hahaha

      Delete
    3. ehehe tamo nanti Wak terkenang2 iols memuji..
      tu yang potong tu muahaha..

      Delete
    4. nanti koyak seluar wak!kena buat karangan 'aku sehelai seluar' pulak...

      Delete
    5. ahahaha oookay 'aku sehelai seluar' pula.. sekali budak
      nak exam search.. nak buat rujukan pening ehehe..

      Delete
    6. Tambah sikit,..'Aku Sepasang Seluar Rabak' :)

      Delete
    7. ehehe Kak Farrah ngan Wak ni samalah.. ada je idea nak pelik2..

      Delete
  5. Replies
    1. eehehe yer Mummy.. mintak tolong Wak belikan..

      Delete
  6. info yang bagus, zie jalan2 sini
    http://jepunmari2.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. blankong ni indon selalu pakai kan. ssh nak jumpe kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang Indonesia atau orang Jawa..
      memang kalo kat Penang ni tak tahu nak beli kat mana..

      Delete
  8. Baru nak tanya knp entri sama dengan wak..huhu...ada kisah disebaliknya...sesuai wak mi pakai . muka pun ada iras jawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh tak pastilah Wak Mi ada darah Jawa ke tidak..
      tau tau lahir ceq celik mata kat Penang dah.. tak pernah tanya asal usul keluarga..

      Delete
  9. Replies
    1. hai Anum.. esok datang lagi k.. ehehe..

      Delete
  10. wak dh komen yee, terharu gak wak baca., hehe terbaekk ., timekaseh sporting layan karangan mrapu wak tuuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh masa baca entry Wak mula risau.. macam mana nak karang cerita..
      lama dah tinggal zaman kena buat essay ehehe..

      Delete
    2. Ohhh ni kira entri wak hari tu dengan selambanya menyuruh CT sambung karangan lah ye...ingatkan dah pakat heheheh

      Delete
    3. idea memang datang dari Wak.. kisahnya Blangkon ni sampai lambat..
      patutnye lepas Wak publish.. CT terus karang gak.. tapi delay sebab sampai lambat..

      Delete
  11. menarik karangan..hehe.. boleh buat panduan untuk pelajar..hehek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooi Suida.. perli ka haaa ? hang jangan durhaka tau ahaha..

      Delete
    2. hahaha..OK apa ni..tapi lawak la..gelak-gelak baca

      Delete
    3. jangan la adik-adik ikut buat karangan macam ni..
      akak tak tanggung ehehe.. time karang dok pandang Blangkon..

      isk kalo betoi dia bercakap pengsan aku..

      Delete
  12. nama Blangkon rupanya.. I panggil kopiah jawa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kopiah pun boleh.. bunyi soleh sikit =P

      Delete
  13. kisah belangkon wak yg jauh travel hingga ke Penang ya siti..pasti dedis siti hensem bergayaa dgn belangkon di kepalanya...kak pun baru tau songkok org jawa ni disebut belangkon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh nanti bila DediS dah bergaya dengan anak-anak muridnya..
      CT share lagi gambar-gambarnya.. skarang concern betoi dengan Blangkon dia..

      Delete
  14. wahh..menarik sekali kisahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe dah baca entry di Tiga Lalat ? ehehe..

      Delete
  15. ohh topi tu namanya Blangkon ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe.. ya.. skarang dah tahu kan =D

      Delete
    2. Bertambah ganteng dedis pkai blangkon..tq siti dah 33thn idup harini baru tahu songkok jawa tu namanya blangkon..kikiki

      Delete
    3. ehehehe ada darah Jawa dak ? x apa kak.. ada yang orang Jawa sendiri
      baru tahu nama benda ni Blangkon ehehe..

      Delete
  16. poslaju tu tak laju sangatlah kan cik siti ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheh CT rasa sebab dalam kotak besar.. kalau dalam sampul
      post laju selalunya sehari memang dah sampai..

      Delete
    2. abess xkan nak lipat2 pulokk., huhu2

      Delete
    3. idok le dilipat-lipat.. tapi gitu le kalo kotak bosar dipost huhu..

      Delete
    4. Poslaju anginnn....makin lambat lagi2 sekarang jerebu :)

      Delete
    5. ehehe eleh diorang naik van kot hantar.. bukan
      motor merempit.. okay dari rumah ke rumah naik motor.. ehehe..

      Delete
  17. wah CT macam baca karangan sekolah rendah balik pula, haha wak tiga lalat yang awesome gituu... ok baru tahu nama nya blangkon... haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh walaupun macam karangan budak sek rendah.. nak menyiapkan
      sempat juga berpeloh2 ahaha..

      Delete
  18. Ok..
    Boleh consider pakai Blangkon ni masa raya tahun depan...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. ehehe mesti satu kelainan..
      tapi smart apa.. pakai dengan batik Jawa sekali k..

      Delete
  19. hihi..baru tau kopiah jawa tu nma blangkon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe kopiah pun boleh Timm.. adik beradik =D

      Delete
  20. owh baru tahu namanya blangkon.. hehehehe

    ReplyDelete
  21. Gituuuu sekali ceritanya! Dah lama tak baca karangan autobiografi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. miahahah.. marilah kita kembali ke zaman persekolahan =)

      Delete
  22. karangan yang baik SYM karangan yang baik..saya bagi 13 bintang....boleh pilih di atas langit sana...k baiii


    saya pun ada satu...tapi entah bila nak pakainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiga belas yaaa.. woooo tiga belas bintang..
      komen ni macam minta kena panah petir 13x jew..

      Delete
    2. Arz, sila pakai blangkon, selfie dan buat karangan Aku Sebuah Blangkon 2.0

      Delete
    3. ehehe yes yes.. betul gak tu Arz..
      pakai then selfi.. hehehe.. kot boleh jadi top lagi kat Google Image =P

      Delete
    4. la, tau arz ada, pinjam aje..susah payah dari kolumpo ke nibong tebal..hehe

      Delete
    5. ehehe tu la.. kalau tahu memang pinjam dah =D
      tapi tak apa.. Wak Mi suka Blangkon dia.. dok bajet jadi bomoh skarang ni..

      Delete
  23. Jauhkan kena panah petir tu... saya kasi satu bintang plus satu bulan... hehe

    Karangan yang best... DediS pun comel je pakai blankon tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Arz kes lain PLM.. dia durhaka lebih sikit tu yang gitu ehehe..
      adus ni kalo DediS baca di kombang semangkok la jawabnya..

      Delete
  24. Teringat dulu2 tulis karangan macam ni. Hahaha.
    Ehh baru ku tahu namanya blangkon :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe ni jenis karangan faveret semua orang ni =D

      Delete
  25. CT, orang Jawa kat Banting ni pun ramai yg tak pakai Blangkon ..hihi, semakin dilupakan aje... yang ramai tengok depa buat Balkoni baru adalah.. (memasing hidup mewah..rumah asal dah jadi banglo)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe memang.. cakap pun dah tak bunyi Jawa.. kalo pergi rumah
      mak isteri sepupu.. makcik tu je yang cakap bunyi Jawa.. yang lain semua moden da..

      ehehe daripada Blangkon jadi Balkoni ya.. ada duit bolehlaa gitu PCL ehehe..

      Delete
  26. mula baca tajuk entry ingatkan nama orang hii.. kopiah jawa rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe adus nama pulak ye.. memang ramai panggil kopiah..
      skrang dah tahu namanya =)

      Delete
  27. sis yg org jawa pun tak tahu nama kopiah itu blangkon . tanya my kakak pun dia tak tahu ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe ni kalo Wak tak tolong CT pun tak tahu..
      nak terangkan Wak pun rasanya CT sebut topi ahaha..

      Delete
    2. topi erk., harhar2 sibbaik wak faham apa yg CT maksudkan., ;p

      Delete
    3. topi yang Wak Wak selalu pakai.. ahahah.. nasib Wak faham

      Delete
  28. Dedi S dah boleh berlakon sinetron :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. woah gitu sekali ya.. kembang la idong DediS baca ni..

      Delete
    2. Dedi S boleh ambil watak kepala pasentran. Tukar jadi Om S ;)

      Delete
    3. ehehe nanti makin berjela2 la episode drama Indonesia.. bukan boleh sikit2 diorang tu.. hehe..

      Delete
  29. Kalau exam paling suka buat karangan autobiografi..hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. exam sekolah adalah.. kalau UPSR memang jangan harap
      soalan cemni keluar.. ehehe.. sebab semua akan jawab yang ni..

      Delete
    2. Akak pun suka karangan autobiografi. Leh merapu ikut sedap hati :)

      Delete
    3. ehehe betoi2.. bila karangan mcm ni ditanya.. slalu konfiden akan dapat markah tinggi sebab tak ada apa pun yang salah.. semua betoi belaka..

      Delete
  30. Wah3, dah macam tgk sinetron pulak..ehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha.. sesuai eh buat sinetron..
      okay mari kita buat skripnya..

      Delete
  31. Teringat zaman sekolah dulu tapi kisah nie lebih realistik gitu ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal !! kisah apa tu ? kisah karangan autobiografi ke kisah Blangkon ?

      Delete
  32. hehehe...baca karangan nie teringat terus waktu sekolah dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh rasa kembali jadi budak-budak =D

      Delete
  33. gantengnya...ku ingatkan Rhoma Irama tadi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. adus ceq terpaksa Google siapa itu Rhoma Irama ehehe..

      Delete
    2. cT x kenal Rhoma Irama?...ahaaa yelah CT, penyanyi tu bukan zaman CT..dak cT ni muda laie

      Delete
    3. ehehe nama pun tak pernah dengar Kak JM oooi.. baru first time dengar..

      Delete
  34. Dah berkali2 pegi indon pon SS tak tahu nama mende ni BLANGKON... Panggil songkok jawa je... Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahahah tapi okay kot songkok sebab ada je pernah nampak orang pakai pi solat ke..
      majlis2 agama ke.. so luluslah tu ahaha..

      Delete
    2. Ha ah... kita panggil benda ni kopiah jawa

      Delete
    3. ehehe tak apa nama apa pun janji orang faham kan kan.. eheh..

      Delete
  35. Entry ni tak de kena mengena dengan Wak 3 Lalat kan? He He He..
    * Matikkk laa carik pasal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak mana lagi ada ? huahuahua.. ada banyak Wak ke jeng jeng jeng..

      Delete
    2. SS bizi Wak.. weekend dia pi seberang.. hehehe..

      Delete
  36. Replies
    1. bace runcit runcit ke tu ? timbang kati ke timbang kilo ?

      Delete
    2. I suka baca runcit2.. Fahamkan apa u nak sampaikan... Ahaksss... Pembaca istiqamah tak I? Ahaksss...

      Delete
    3. tapi apa kaitan runcit2 tu dengan pembacaan yang istiqamah ? iols is tak dapat nak relate..

      Delete
  37. Laaa... Wak 3 Lalat kasi rupenyaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeh3.. SS ni.. Wak mana lagi ? isk isk..

      Delete
    2. Yg comel tu ... boleh pulak diaorang buat karangan back to back....

      Comel lah korang

      Delete
    3. ahahaha tu la CT pun pulun buat jugak sebab idea bernas Wak =D

      Delete
  38. Actually kat Bandung banyak songkok ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenuh pulak laaa nak kena terbang pi Bandung ehehe..

      Delete
  39. Replies
    1. Tengoklah bapak siapa,... :)

      Delete
    2. kan.. tengoklah bapak siapa =')

      Delete
    3. SS harap Arwah sempat tengok komen SS ni!

      Delete
    4. ayah kadang-kadang jadi stalker blog CT jugak =')

      Delete
  40. ternganga sekejap baca entry ni!!! speechless!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha dah dah tutup mulut tu.. ahaha..

      Delete
    2. Boleh pinjam ekor blangkon tu utk tutup mulut :)

      Delete
    3. boleh Kak Farrah.. cukup tu kalau nak ikat mulut eheheh..

      Delete
  41. Hahaha.... hebat lah siti ngan wak...

    Memang hebat... hwaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe jangan puji lelebih kak oooi.. nanti iols bangga diri ahahaha =P

      Delete
  42. hahahaha amboi kak CT, autobiografi ha jadinya. kreatif2. dah berkurun sangat ha x buat karangan gitu. entah jadi entah tidak. jaonya ha nak dapatkan blangkon. festime dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe boleh je Amy pun buat.. sesekali kan ? idea yang superb dari Wak ehehe..
      while menaip pun santai saja ehehe..

      Delete
  43. ahakssss so cute cerita yang CT kongsi ni....kenapa Blangkon tu dapat dapat ciuman dari CT...nasib baik dia x merajuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha haaa ? CT kena kiss ke blangkon tu alamak CT tatau pulak..

      Delete
  44. Wah wah wah Wak Mi segak bergaya bersama Blangkon...peaceee! Wak Mi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.. excited kemaib bila dapat blangkon..

      Delete
  45. jadi inilah tuan baru yang di share dalam blog Wak tu...terjawab sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa.. dapatlah tuan baru merasa dan posing sepuas hatinya.. =')

      Delete
  46. Wak Mi dan Wak Lat sekali pandang nampak seperti 2 beradik lain mak dan bapak ;p

    ReplyDelete
  47. Macamana keadaan your father? SS doakan semoga segala urusan dipermudahkan... Semoga diberikan kekuatan... Insyallah... Aamin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah kekuatan akan datang dengan sendirinya =')

      Delete
  48. Masa SS tengok pic ni... SS nampak ur dad nampak uzur... Tak sangka ini entry terakhir utknya semasa hayatnya... U dah buat yg terbaik dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang masa ni ayah tengah demam SS.. dia always berjaga nak siapkan marking
      kertas exam anak2 murid dia.. lack of rest.. amin mudah2an.. ayah is in a good hand now..

      Delete
  49. Rasa macam baca karangan zaman sekolah..
    menggamit memori betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang old skul type kan.. saja je Wak ni kasi idea ehe..

      Delete
  50. baca entry dari atas rasa nak tergelak sebab teringat zaman sekolah
    tapi sampai bawah sebak pula tengok gambar arwah ayah CT
    moga dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe mula2 CT ingat nak padam entry ni.. sebab CT pun bila scroll mula nak brair mata.. tapi bila fikir balik.. this is part of my memories.. jadi kalo padam apa yang tinggal kan..

      amin ya rabb Kak YY.. terima kasih =')

      Delete
  51. Owh...ini namanya blangkon. Baru tau ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeh3.. ada yang kata.. orang jawa pure pun ngak tahu ini namanya Blangkon =P

      Delete
  52. engak tahu dong ini namanya apa.. mbak bkn keturunan jawa dong. hahaha
    xpenah lg lah pakai pakaian jawa kecuali kain batik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe okay tu kain batik Nina tahu pakai.. CT belit kejap nak terlucut..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...