Monday, 13 July 2015

RAMADHAN BUFFET 2015 DI BORAOMBAK, AMPANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Masih bersisa beberapa hari sebelum menjelang Syawal. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya dalam bulan serba mulia ini. Macam biasa. Bila muncul Ramadhan, mesti ada saja idea untuk melepak bersama kawan-kawan. Acara berbuka puasa memang akan jadi antara topik perbualan. Nak makan itu nak makan ini. Aku pun tak terlepas daripada merancang untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan. MamiZ ajak balik ke Bangi last weekend jadi itu saja masa yang aku ada untuk berbuka bersama kawan-kawan. Kami memilih untuk makan buffet di BoraOmbak. Sebenarnya ada banyak option lain tapi kami sepakat untuk ke BoraOmbak setelah meneliti harga dan makanan yang dihidangkan. Pakej berbuka puasa di BoraOmbak agak berpatutan. Location pun tak terlalu jauh dari rumah masing-masing.

Asalnya hanya kami berlima saja, ahli-ahli #GengBulat, RaihanF dan beberapa kawan kelas yang lain tapi plan terpaksa bertukar. Ramai yang ada urusan yang lebih utama jadi kami terpaksa cari kawan-kawan lain yang sudi memenuhkan tempat yang sudah ditempah dan dibayar. Kerana tempat adalah limited, jadi kami tak mampu nak ajak semua kawan-kawan yang rapat untuk datang. Kami personally tanya seorang demi seorang yang paling rapat dengan kami kalau sudi memeriahkan majlis. Urusan pun dibuat dalam waktu yang terhad jadi kami perlukan confirmation yang segera. Memang ada yang terasa hati kerana seolah-olah kami buat majlis secara diam pula tapi aku yakin semua dah dewasa untuk faham kekangan yang terjadi.



Aku sampai lambat sebab tersesat. Jadi aku tak sempat nak ambil gambar makanan. Cadangnya nak berkumpul di Ampang Point tapi aku key in Ampang Park dalam Waze. Sempat snap few pictures ambience dalam BoraOmbak sebelum handphone nazak. Bagi aku, BoraOmbak menawarkan hidangan buffet yang agak menarik. Suasana kedai pun cantik dan kemas. Nampak cosy dan teratur. Interior memang cantik. Parking pun senang walaupun sedikit jauh nak menapak.

Aku suka the idea yang pihak pengurusan BoraOmbak buat dua stations untuk main course. Memang patut sebab orang ramai jadi elok sangat untuk mengelakkan orang berebut-rebut. Pilihan lauk-pauk untuk main course pun banyak. Semua adalah hidangan ikut selera tekak orang Melayu. Ayam masak merah, Daging rendang, Paru sambal, Perut masak lemak, Fillet ikan sweet sour dan choices of sayur-sayuran. Desserts pun ada banyak pilihan. Ada jellies, agar-agar, fruits dan bubur. 


Selain main course, ada banyak stalls kecil-kecil yang dibuka. Ada stall bakso, mee kari, kambing golek, ayam bakar, roti canai, pasta dan roti jala. Pilihan air juga banyak. Oren, Bandung, Lychee dan ada yang lain aku pun tak ingat. Memang happening dan semua makanan sentiasa di top up bila dah almost nak habis. Jadi pengunjung tak perlu nak tunggu lama. Paling gempak adalah live band yang BoraOmbak sediakan untuk hiburan pengunjung. Suara singer for that night memang two thumbs up kami kasi. Amy Mastura pun ada menyanyi live. Rupanya dia pun datang berbuka with her families. Ramai request dia pun menyanyi satu round. Kecil comel saja orangnya. Kami dah nak keluar dari BoraOmbak jadi tengok dari kejauahan saja.

Pilihan makanan yang best ikut selera aku for that night adalah : Rendang daging, Fillet ikan sweet sour, Perut masak lemak, Roti jala dan Kambing golek. 



Aku harap semua puas hati dengan pilihan tempat berbuka kali ni. Senang hati saja nampak semuanya. Onni pun kata boleh repeat lagi untuk gather di BoraOmbak. Maknanya berjaya masuk carta kami. Aku makan almost semua hidangan kecuali Bakso dan Mee Kari. Memang dah tak ada space nak sumbat. Dua round aku pergi ambil kambing golek. Orang lain dah berhenti makan pun aku still lagi makan. Aku tak nak membazir. Dah ambil kenalah habiskan.



So that was it. Plan last minute untuk berbuka puasa bersama-sama yang sedikit kelam kabut tapi akhirnya berjalan lancar. Terima kasih untuk yang sudi datang walaupun ada yang terpaksa kami paksa untuk datang. Gara-gara tak mahu membazir tempat yang sudah dibayar. Hihihi.. But overall, I was happy and glad to meet all of you. Bukan senang nak berkumpul. Masing-masing duduk jauh. Akulah yang paling jauh. Huwaaa..

Kalau korang berminat untuk berbuka puasa di BoraOmbak, jangan lepaskan peluang ya. Masih bersisa beberapa hari untuk korang atur plan bersama kawan-kawan. Selamat bergembira.

Jom Buffet BoraOmbak
75, Jalan Mamanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor

Tel: 03 4251 6303 
Fax: 03 4251 6302

19 Jun 2015 - 15 Julai 2015

Dewasa : RM56.00
Kanak-Kanak : RM36.00

74 comments:

  1. sedapnye. lambat pulak nak berbuka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sabaq sabar.. nak berbuke dah tu..

      Delete
  2. Meriahnyaa berbuka ramairamai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dapat lepak cenggini sesekali saja Nani.. bila CT balik KL..

      Delete
    2. 'Sesekali' CT tu macam kerap la jugak hihihih :)

      Delete
    3. hehehe kerap balik Bangi tu opcoz kak..
      nak lepak cenggini ni.. sepurnama malam..

      Delete
  3. hehehe demi kengkawan, jauh pon sanggup kan..:)
    suka tengok, benda mcm ni laa nak kenang nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula nk buat macam mana.. nasibla sorang diri trcampak kat utara ni.. jadi sesekali sajalah dapat lepak..

      Delete
  4. akak tak pernah makan tempat2 yang ada buffet ramadhan :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. skali skala okehlah Kak Yan.. slalu takleh.. kering poket hehe.. xpe nanti bebila boleh Kak Yan plan ngan hasben..

      Delete
    2. style orang kaya je buffet2 ni... kah kah kah...
      * carik pasal..

      Delete
    3. menyampah ngan haaaaih.. amboi SS tu poket lagi penuh =P

      Delete
  5. Kelakar Siti ni...dah dekat ampang tak contact Sally! merajokkkkk!!! sedih dan sentap......huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. mane tahu Sally duduk ampang.. no no dun mrajuk.. nnt kita plan la betol2 okay ? nak ikut Sally food hunt hehehe..

      Delete
  6. Sedapnyaaa kak kambing golekkk :'-(
    Aliah last makan tahun lepasss yum yum dapnyaaaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tahun ni boleh golek golek lagi kan kambing ?

      Delete
  7. bora Ombak ni, kalau jerit dari rumah kak Sal boleh dengar, punyalah dekat..hehehe.lain kali sesat di Ampang, call lah I. kak long kawasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe laaaaa ye ke ? CT slalu jugak lepak area sini kalo kat waterfront sana.. sebab dekat dengan rumah kawan.. mana ceq tau uols duduk sini.. open house please nak terjah ^^

      Delete
    2. hahaha..InshaAllah, untuk you, rumah I sentiasa open..hehe.Sally pun orang Ampang gak.nanti boleh kte lepak sesama

      Delete
    3. betul meh ? ooookay prior arrival i akan inform uols awal2 so that uols semua boleh masak sedap2 sebab iols yang dikejauhan nak datang bertandang =D

      Delete
    4. Kak Long kawasan katanya.. he he he...

      Delete
    5. Baru tahu Sal Kak Long kawasan! Senang ni kalau gi Ampang, akak leh berlagak tongkak langit hahaha

      Delete
    6. Permintaan CT permintaan karpet merah! :)

      Delete
    7. hahaha.. Kak Sal kaklong Ampang.. boleh geng dengan Sally..
      SS Kakak Macho JB.. so Kak Farrah kaklong Kuang =P hehehe..

      Delete
  8. Teringin nak ke Bara Ombak... Nanti SYM bolehla bawakkan.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bara pun bleh Zaf hehehe.. jom la kita jalan2 sama.. explore kat penang tu dulu.. kasi dunia tahu kewujudan kita hehehe..

      Delete
  9. seronoknya dapat berbuka ramai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok seronok.. dapat jumpa kawan2 yang susah nak berkumpul =)

      Delete
  10. meriah nooo... kite yg dok dkt ni pun x penah p lg ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dekat je ke ? awat tak p jenguk ? best la kat kawasan tu.. ptt lepas buka tu lajak main futsal seround..

      Delete
    2. apa lagi Anies, tunjuk lah skill ala-ala Xabi Alonso hang ... hehehe (Xabi Alonso tu pemain bola ye CT)

      Delete
    3. oooops alamak.. geng2 bola mai dah.. ceq jadi pompom girl sajalah eh..
      cheering on uols berdua hehehe.. nasib ada note siapakah beliau =P

      Delete
  11. oh, dekat AMpang ye. nampak tempat dia macam menarik. nanti bole la try ajak member makan sana. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik tempatnya Amy.. memang sesuai kalau nak catch up dengan kawan2..

      Delete
    2. ajak akak sekali...haha.dekat, tapi x pernah g.

      Delete
    3. hehehe kalo buffet mcm ni sesuai la kot.. kalo nak lepak2 kita p tempat lainlah..

      Delete
  12. heaven.. makan n makan.. membolatlah cik CT.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoooooi !! hahaha apa durhaka sangat si Syida ni.. mintak maaf cepat bulan2 posa
      nak raya ni dok ngutok ceq pulak !! huwaaaa..

      Delete
    2. tengah membayangkan kalu empat segi.. ha ha ha...

      Delete
    3. hahah spongebob la jadinya.. huahua..

      Delete
  13. bestkan makan berbuka beramai2 nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu Kak Eyda.. tau tau da dekat pukul 10 malam.. cepat2 la masing-masing nak balik lubuk hehe..

      Delete
  14. wahhh kak siti,.....terliur kita tgh pose ni.... selamat hari raya kak siti :d ampun dan maaf di pinta, salam sayang cium pipi kanan, cium pipi kiri yer... muah!! :D hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe amboi siap ciom pipi eh..
      omey ngat ni.. hehe..

      Delete
  15. cantik la tempat nya..harga pon ok la tak la smpi beratus kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat memang lawa.. ada orang buat wedding reception kat sini jugak.. harga standard lah kedai2 around KL huhu..

      Delete
  16. Replies
    1. kalau boleh nak angkut ramai lagi.. tapi x mampu sbb seat xde dah..

      Delete
  17. Belum pernah ke sini... May be boleh try...

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. boleh la tahan.. makanan pun banyak =)

      Delete
  19. Fillet ikan sweet sour always my peberet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan !! sedap.. tapi kalo bila dah soggy tak berapa sedap..
      kuah xleh bnyk sngt.. kena just nice je.. cewah pandai lak =P

      Delete
  20. Replies
    1. hahaha siap ada motion sickness lagi.. beralun meja time makan..
      tempias2 air lagi.. semua ada..

      Delete
  21. Ramadhan kali ini x berbuka kat luarpun.. tahun nie mood berbuka di rumah je.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kami hari2 beli kat bazar.. memang tak masak..
      sebab kalau masak lagi ada tendency nak membazir =P

      Delete
  22. bestnyer berbuka dengan kengkawan....sy tahun ni xsempat nk berbuka kat luar pun...mgkin sbb bz nk habiskan keje sebelum bercuti kan...tu yg pulun sampai tak sempat nk berbuka dengan kengkawan..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak apa.. DM cuti lama kan.. boleh lepak ngan family during raya..
      CT skali skala je dapat lepak cemni.. kalo balik KL dapatlah lepak..

      Delete
  23. Bulan puasa semua makanan nampak sedap kan :) nyum2 gitewww :) hehehehe

    ReplyDelete
  24. Assalam CT<
    kekadang tu plan yang last minit tu yg menjadi tu he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu kak.. yang rancang last minute tu yang best..

      Delete
  25. kite hari tu berpuasa kat bora asmara kat sungai penchala

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi nama.. bora asmara gitu..
      kelaaas ehe..

      Delete
  26. bestnya berbuka beramai2 ni

    ReplyDelete
  27. 2x makan kambing golek.. hehehe
    memang xmuat perut nk bedal semua makanan. sedap semuanya. yum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang makanan banyak sini Nina ooi.. padanlah dengan harga..
      habis saja diorang topap cepat2..

      Delete
    2. perghhhh memang kena simpan space perut.. bru perasan ada munirah ! hahaha

      Delete
  28. sy yg dkt ni pn x penah smpi lagi...

    meriah betul no!

    ReplyDelete
  29. duk cakap dengan suami hari tu. teringinnya nak pegi buffer ramadhan. tapi tula kami ni tank kecik. takut nanti membazir je bayar mahal2 tapi tak dapat nak makan puas2 huuuuu

    ReplyDelete
  30. Bestnya. Pernah makan kat sini beberapa tahun yang lepas. Tak tau bila bley repeat lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...