SITI.YANG.MENAIP: July 2015

TEMPAT MAKAN BEST | CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT. Entry Tempat Makan Best kali ni bukanlah satu tempat makan yang baru. Dah ternama tapi aku yang baru nak cuba. Baru ada kesempatan nak merasa makanan disini. Jakun sikit maklumlah tak pernah makan di antara chain restaurants yang terkenal berasal dari Texas ini. Pernah terlintas untuk cuba makan di Chili's Grill & Bar Restaurant tapi tak pernah menjadi. Aku orang kampung. Tak berani nak duduk makan dalam restoran gempak. Outlet restaurant Chili's Grill & Bar Restaurant ada bersepah seluruh Malaysia. Akhirnya for the first time ever aku melangkah masuk ke Chili's Grill & Bar Restaurant di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Itu pun sebab Kak Sue yang bersungguh nak makan dan sudi nak belanja. Puas pujuk nak share the bill tapi dia tak mahu. Jadi aku nak makan pun agak malu-malu. Aku suruh Kak Sue yang decide what to eat since it was my first time. I am fine with anything.

MENU DI CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT

Superb I must say. Haruslah menarik. Tengok kedai lah. Colourful. Aku memang suka tengok menu yang warna-warni tapi tak menyakitkan mata. Well presented dengan gambar-gambar yang mengancam. Aku selak banyak kali and I could not decide nak makan apa. Kalau ikut hati memang nak itu nak ini. Semua nampak menarik. Untuk menu lengkap Chili's Grill & Bar Restaurant -- SINI.








PILIHAN MAKANAN DI CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT

I encountered 'Fajitas' for the first time. It is actually macam kebab. Grilled beef or chicken stripes with grated cheese then dibalut with tortilla. Tapi tak order pun sebab portion sangat besar and there were two of us saja that day. We ordered menu lain. Semua yang kami ordered that day scrumptious yang amat. Makan during waktu berbuka so we were too hungry jadi sangat memuaskan. Kak Sue ordered that Mushroom Burger and she ordered that Grilled-Chicken for me. Aku bukanlah peminat chicken breast sebab agak kering. Aku suka part yang tender dan juicy but to my surprise, the chicken breasts were juicy dan sedap. Besar and I could not manage nak habiskan pun. The meal came along dengan selambak mashed potato yang yummy. I love potatoes. We shared our meals sebab portion sangat besar. Mushroom Burger is a go. Beef patty yang besar dan sedap. Those Buffalo Wings were not to my liking sangat. Spicy and too sour. Kalau suka rasa yang tangy sesuai agaknya. Definitely not going to order them again. Free flowing water. Boleh refill air sampai perut kembung.


Mushroom-Swiss Burger (RM28.95)

Fire-Grilled Chicken & Portobello (RM36.95)

Wings Over Buffalo (RM22.95)

Spinach Queso & Tostada Chips (RM22.95)

Kalau ke Chili's Grill & Bar Restaurant, wajib order Tostada with their signature cheese dipping sauce. I told Kak Sue that I wanted to try the menu and she was so generous pergi order one set for both of us. Gosh cannot describe That Spinach Queso was so damn cheezy and delicious. Aku tak tahu nak describe macam mana. I might go back and just order the Tostada set and eat alone. Sumpah sedap. Telan air liur while typing.

HARGA MAKANAN DI CHILI'S GRILL & BAR RESTAURANT

Harga memang agak pricey. But query not please. Makan kat tempat macam ni so we must be prepared. Aku jenis yang tak berkira sangat nak keluarkan duit for good food kalau betul berbaloi. Yang dah pernah makan mesti setuju kan ? Untuk penuhi keinginan diri sendiri apa salahnya. Satisfaction. So I must say, though harga makanan adalah mahal but worth it. You can even share with your friends jadi nothing to be worried about. Unless kalau makan seorang diri. Forever alone macam aku. Tapi tak boleh selalu. Everyday makan macam ni cukup seminggu aku terpaksa busking tepi jalan buat persembahan. Untuk maklumat lengkap mengenai Chili's Grill & Bar Restaurant -- SINIAda yang bercadang nak makan di Chili's Grill & Bar Restaurant dalam waktu terdekat boleh bawa anak-anak or hangout with friends. Yang dah pernah makan di Chili's Grill & Bar Restaurant boleh share pengalaman yang ada. Boleh suggest hidangan lain yang sedap untuk dicuba. I want to go and eat there again real soon.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
TEMPAT MAKAN BEST | SAKAE SUSHI. Siapa suka makan sushi boleh angkat tangan. Aku suka makan sushi tapi bukanlah jadi satu kemestian untuk selalu pergi makan. Kering poket kalau makan selalu. They ain't cheap. Kawan-kawan aku majoriti semuanya suka makan sushi. Jadi memang sesekali kami rancang untuk lepak sambil makan sushi. Aku bukan boleh telan raw fish atau sashimi sangat pun. They are slimy. Kadang tekak boleh terima kadang tak boleh. Kali ini aku dan Ciqen bercadang untuk cuba sushi di Sakae Sushi di Nu Sentral since Ciqen was craving for sushi sangat-sangat tapi di Nu Sentral tak ada Sushi King. Jadi we decided to give it a try for the first time ever.

MENU-MENU PILIHAN SUSHI DI RESTORAN SAKAE SUSHI

Menariknya di Sakae Sushi ini, order dibuat through Ipad. Main slide dan tekan-tekan saja hidangan apa yang kita nak makan selain apa yang ada di Kaiten Belt (if I'm not mistaken about the term). Majoriti outlet makanan Jepun sekarang dah guna sistem macam ini. Lebih canggih dan cepat. Tak perlu tunggu pekerja datang ambil pesanan. Tapi dalam masa yang sama, booklet menu masih disediakan di setiap meja. Sebelum buat pesanan boleh browse booklet menu dulu. Pilihan sushi, bento dan udon adalah lagi banyak berbanding di Sushi King. Lagi rambang mata nak memilih. Kalau poket tengah tebal memang tak berkira sangat. Disebabkan kami hanya berdua saja on that day, kami tak order any set. Takut tak habis makan. If you have more crowds baru berbaloi.








Mungkin sebab bukan waktu peak hours jadi pilihan di atas belt tak banyak. Sendu sungguh aku tengok. Tunggu punya tunggu hanya ada pilihan sushi yang sama. Aku pula tak terasa nak makan raw fish jadi I was looking for something else. Ciqen dah laju makan few plates aku masih undecided nak makan apa. Nampak mochi terus ambil. Bisinglah Ciqen. Datang Sakae Sushi hanya untuk makan mochi. Ended up aku hanya order few plates saja. They have really good choices of beverages dan desserts. Rasa nak order parfait tapi takut tak lalu pula sebab banyak cream. Aku personally rasa penyediaan sushi di Sakae Sushi sedikit selekeh. Tak berapa kemas. Bukan semua tapi ada seketul dua yang tak comel mata memandang. Ada sushi yang berada di atas belt sudah terbalik. Food presentation memang dah cantik. Tapi tak kemas. Kita bayar mahal jadi we should get service yang berpatutan juga.

Harga slightly mahal dari Sushi King. Tak jauh beza sangat tapi still a bit expensive. It is a good bargain. You pay for the food jadi worry not. Sedap. While kami makan, ada offer makan lima pinggan percuma dua pinggan. Jadi sakan sungguh si Ciqen makan. Bila kami bayar suddenly jadi too expensive dan katanya offer tu dah tak valid. Aku pergi cari balik sticker offer tu dan mula nak argue. Disebabkan pekerja tu tak faham sangat both Bahasa Melayu and English, dah macam cakap dengan itik. Ended up we settled the payment dan split the bill equally. Sayu aku tengok Ciqen yang dah happy makan tiba-tiba kena bayar extra tak seperti yang dijanjikan. Bukan tak ada duit tapi rasa tertipu. It is okay. Belajar dari kesilapan.

SUASANA DI RESTORAN SAKAE SUSHI DAN PEKERJA

This part kami ada sedikit kurang senang. Ambience lulus sebab orang tak ramai jadi tak bising. Tapi staff ada sedikit tak sopan. Ciqen asked for confirmation tapi pekerja tu tak berapa faham. Rupa-rupanya tak faham Bahasa Melayu. Tak apa tak jadi masalah. We asked in English. Dah faham tapi lepas tu dia ajuk kami cakap. When we laughed, she laughed cynically dan siap smirked lagi. Dah kenapa pula. Bila dia hantar order aku cakap 'terima kasih' boleh pula dia main-main ajuk 'terima kasih' aku. Sembang dengan pekerja lain punyalah kuat dan siap tunjuk meja kami lagi several times. Mujur tahap sabar tengah tinggi jadi kami abaikan saja. Tak jadi masalah kalau nak ambil pekerja luar tapi ajar etika kerja sampai mahir dulu. Macam ini punya perangai, nak makan pun tak ada selera. Hanya beberapa saja aspek yang perlu diperbaiki. Baru pelanggan yang kuat makan macam kami puas hati dan bakal datang lagi. Tak rugi manis mulut dan bekerja dengan elok. Rapport pun terjaga kualiti pun terjamin. No harm. Aku yakin mesti ada kawan-kawan yang pernah cuba makanan di Sakae Sushi. Mari kongsikan cerita serba sikit. Sharing is caring. I shall come back to try the udon or bento. Tengok gambar pun dah trigger my temptation. Soon. Rating : 3.5 Bintang / 5.0 Bintang. Senarai outlet Sakae Sushi - SINI.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.