Saturday, 13 June 2015

GENG BULAT | SELAMAT PENGANTIN BARU ONNI

BILA KAWAN DAH MULA MASUK ALAM PERKAHWINAN

Pheew !! Esok dah mula kerja semula. Ada beberapa minggu lagi sebelum contract tamat. Mari ikhlaskan diri pergi ke sekolah dan mengajar walaupun diri tak puas bercuti lagi. Maaf kawan-kawan. Kekangan masa untuk melayan tetamu yang datang. Baru dapat balas komen-komen korang sikit-sikit dan akan sedaya upaya menjenguk rumah-rumah korang semua yang sudi bertandang ke teratak buruk aku.

----------------------------------------------------------------

WARNING : Mohon bersabar. Entry ini panjang berjela.

Alhamdulillah. On the 5th of June yang lalu, Onni dah selamat bernikah dengan AbamZ. Majlis berjalan lancar dan meriah. Aku ke KL bertemankan RaihanF dan tumpang tidur di rumah Ciqen satu malam sebelum sama-sama bergerak ke rumah Onni the next day.

Perasaan ? Haruslah tak tahu nak cerita macam mana. Happy ada.. Sedih ada.. Semua bercampur. Aku rasa each and everyone of us ada mixed feeling tapi tak terzahir kat mulut masing-masing. Kami sampai terus serbu Onni yang tengah make up. Buruk perangai kan.. Hihihi..


Beautiful. Bila tengok Onni tengah make up aku personally rasa sebak. Cover dulu feeling yang ada. Kang terburai air mata depan Onni. Rasa macam masa cepat sangat berlalu. Haaa.. dah macam aku pula emak nak lepaskan anak pergi kahwin ikut suami. Hihihi.. 

While Onni tengah make up kami yang lain pergi isi tangki perut. O nomnom.. Makanan sedap.

Makcik-makcik rukun tetangga taman perumahan yang Onni tinggal buat rewang. Pergh !! Tak ada catering bagai. Bagusnya. Ramai yang turun padang tolong masak dan bantu family Onni nak prepare for the wedding. Kami yang offer diri nak membantu pun kena halau suruh duduk diam-diam.







 

Sekali lafaz saja, Onni sah menjadi isteri AbamZ. Syukur.. Lama juga Tok Kadi tu ceramah. Mengingatkan tentang tanggungjawab dan peranan suami isteri. Basic tapi kadangkala itu yang ramai orang lupa. Bukan untuk orang yang nak berkahwin saja. Yang single pun kena ambil tahu.

The moment Onni berpeluk-peluk dengan mak abah dia airmata aku dah tak boleh nak control. Berjurai disitu dan aku tengok mata si Yantai pun dah merah. Banjir sekejap. Masing-masing pekup tisu tak mahu nampak obvious sangat tengah melalak. Ego sebenarnya kami masing-masing. Sedih tapi tak nak tunjuk. Sob sob..

Lepas majlis nikah selesai kami bawa haluan masing-masing. Pengantin pun dah nak salin uniform tolong orang lain mengemas.

The next day was the reception day untuk pengantin perempuan. Ciqen datang ambil kami berempat di rumah Neddy. The night before aku tumpang tidur rumah Neddy sebab dah dekat dengan rumah Onni. Ciqen kena balik Gombak sebab ada urusan keluarga. Jadi tak perlu kacau Ciqen.

Hari reception yang meriah. Dapat jumpa kawan-kawan lama. Tolong jadi penyambut tetamu dan tukang sengih untuk semua orang. Ciqen jadi pengapit Onni while bersanding. Kami yang lain ulang alik isi tangki perut. Asal duduk sembang dengan kawan yang datang mesti ambil makanan nak ngap sekali.



Bersandingnya macam sekejap saja. Aku tak sure sebab aku tak sempat nak tengok pun sebab asyik bersembang. Ramai kawan-kawan lama yang datang. Macam-macam cerita keluar. Tengok sekali pusing pengantin dah pindah pergi meja makan. Hihihi..




Kawan-kawan sekelas di UNISEL pun datang. Empat tahun bersama jatuh bangun sakit sendu kami sekelas. Bila datang ramai-ramai cenggini memang havoc habislah. Ada yang datang bawa husband, bawa anak and bawa tunang. Aku ? Bawa diri sendiri. Class rep pun datang sekali. Memang terbaik. 



Ni pula kawan-kawan UNISEL yang sama-sama pernah jadi facilitators untuk adik-adik juniors yang baru mendaftar. Kawan-kawan yang sama-sama boleh menggila. 







Bila tetamu dah mula beransur pulang, pengantin lelaki pun dah bersiap sedia nak menggosok periuk, kami punya turn pula nak posing sakan dengan pengantin perempuan. Hihihi.. Demi nak bergambar kami redahkan juga matahari mencanak atas kepala. Muka aku sunburn berjemur di Lost World of Tambun pun tak hilang lagi. Redha sajalah.

A night before aku dah Google gambar apa yang patut. Yang mana sempat sajalah kami posing. Pening photographer nak melayan kehendak. Dah kalah pengantin. Sabar okay !!

That evening around 6.00PM kami semua gerak ke Eastin Hotel Damansara. Semua tidur sana sebab reception wedding belah pengantin lelaki buat dekat Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Sebelah saja dengan hotel jadi senang nak travel.

We left Onni tengah make up in the hotel room and pergi ke venue lebih awal. Join family Onni ramai-ramai. Memeriahkan suasana. Sekali mak abah Onni suruh duduk meja VVIP sekali. Tapi kami punya perut dah penuh sebab dah makan lebih awal. 

Disebabkan ini adalah kenduri pihak lelaki, jadi kami semua agak behave. Tak ada tunjuk perangai tak senonoh. Semua ayu prim and proper saja. Hihihi..

Kisah holiday gempak Geng Bulat di SINI.






Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar. Semua orang happy dan suasana memang sangat meriah. Kami tak adalah tunggu sampai orang kemas meja. Onni dengan AbamZ pun ada sesi photoshoot jadi kami bergerak pulang. Aku, RaihanF dan Yantai teman Ciqen hantar Neddy balik Setia Alam. Then baru Ciqen hantar kami bertiga ke KL Sentral. Yantai balik Cyberjaya while aku dan RaihanF balik ke Bangi.

Tumpang tidur rumah nenek satu malam before gerak balik Pulau Pinang the next day. Selama empat hari memang aku musafir sungguh lompat tidur rumah orang. Sebab balik tak drive kereta jadi agak terhad untuk bergerak sendiri. What to do ? Thanks kawan-kawan kasi tumpang rumah with great hospitality. Nanti boleh tumpang lagi. Ahaaaks..

Dear Nur Syahida Binti Jemadi..

Thank you for sometimes kau drop by juga teratak buruk ni jadi silent reader. Aku harap by anyhow and chance, you will read this. Onni.. remember the moment bila kita langsung tak boleh bertegur sapa ? Mata masing-masing could not meet ? Ideas always bercanggah ? Always tak sependapat. Remember the moment where hatred was all we had dalam hati masing-masing ? Padahal hari-hari mengadap diri masing-masing in class.. Remember the moment when I did something really bad to you ? Though it was not my truly intention but I was part of it. I still blame myself up until today. I still have the thought within my mind. Jahatnya aku !! I am truly sorry. Remember those days where we could still talked to each other but there was no sincerity ? We could eat together in one table but our hearts did not really there ? 

Bila fikir balik memang weird. We did not know the exact reason why but we played along with the game. Luckily Allah SWT has set a different path for both of us. Something that made you and me a different person now. Ended up we are entangled dalam cinta lima segi. Hihihi.. How did it happen ? It happened naturally kan ? And somehow we could discover the mystery of our relationship. Remember how both of us ended up pergi holiday together ? Out of ramai kawan, it happened to be kita berdua. Alhamdulillah. We are where we are supposed to be now.

Thanks for always picking up my calls even tengah malam buta. I doubt I can do the same thing now ooops !! Thanks for always there to listen. Thanks for always be there where we are in need. Like what you said to us, things might be different now but lets try to keep up with each other like what we always do. Glad that you have found your other half. We are happy for you. Glad to see that you could smile brightly. Hope AbamZ will take care of you nicely and may both of you lead a happy marriage life. Be happy as you deserve it. 

PS : We want nieces and nephews. Hihihi..


Nur Syahida Binti Jemadi, you know I love you kan ? Chukae.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

134 comments:

  1. masih ada lagi budaya rewang... bagusnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ? kami ingat catering rupanya makcik2 taman yang tolong masak..
      klasik gila kan..

      Delete
    2. Itu yg setonok kan,..meriah!

      Delete
    3. setonok pun boleh Kak Farrah hehehe..

      Delete
    4. Ini sepatutnya diteruskan

      Delete
    5. Arz nak turun padang ke hehehe..

      Delete
  2. biasanya time nikah memang tacing... ala2 kuch kuch ho ta eh... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kalau ada yang baca nota serah tanggungjawab tu memang lagi
      taceeeeng masuk tahap boleh banjir terus..

      Delete
    2. Touching ka? Kawan-kawan saya kahwin kami bergerak kerana. Mungkin lelaki kot

      Delete
    3. haaa ? bergerak kerana ? apa tu hahahaha.. lelaki memang la.. hati batu sikit..

      Delete
  3. Fuh panjang berjela2 entri hehehe..apapon Tahniah buat sahabat CT..Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah ..InsyaAllah...Semua gambar cantik sangat ..Jeless tgk gambar yg cantik2 camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe CT mana reti nak tulis pendek2 Kak Lya oooi.. rasa tak puas kalau pendek..
      amin.. mudah2an kekal selamanya membawa ke syurga.. hehe yang gambar2 tu ada yang
      photographer pro yang ambil..

      Delete
    2. Hehehe bila plsk la giliran adik ct kita ni nk kawen yaaa...

      Delete
    3. huuurm doa doakanlah Kak Lya oooit.. stakat ni tak ada lagi la prancangan tu..
      esok esok tatau lah..

      Delete
  4. tacing baca last part... hopes ur friendship till jannah... amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami memang ada hubungan yang pelik dari hari first mendaftar kelas..
      tak tahu apa punca tapi gitulah =')

      Delete
    2. Itulah tanda kawan yang baik. Bergaduh tapi masih bersama

      Delete
    3. hehehe tak kawan baik pun memula tu.. memang tak ngam langsung =D

      Delete
  5. Replies
    1. Onni kadang2 datang singgah baca jadi silent reader =)
      hope dia nampak komen ni..

      Delete
    2. terima kasih SS..hahaha.eh, bukan I ke?

      Delete
    3. hehehe tak lama lagi tu Kak Sal =D

      Delete
  6. Omeynya bride and bridesmaid... tahniah Onni ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe harus.. gila poyo hehe..
      skali skala nak mlaram cenggini la..

      Delete
  7. tahniah, Nur Syahida...meriah!! reunion sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang time kenduri among the time yang sesuai nak reunion =)

      Delete
  8. x best kan jadi cikgu ganti ni...x ouas..adik sis JM yg tamat UPSI pun still menganggur almost a year..ada gak minta dia try cikgu ganti ni tapi klaau 3 bln je rasa x berbaloi..sabar ye CT...sambung baca entri yg panjang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi jugak sebenarnya.. kalau dia memang nak jadi cikgu.. cari saja apa kesempatan pun.. dapat jugak income daripada tak ada.. sapa nak kasi duit free kan hehehe..

      Delete
    2. hehehe tak adalah.. tak rajin nak buat tuisyen.. tapi kalo ada orang mintak
      ajar okaylah boleh ajarkan.. nak iklankan diri taklah..

      Delete
    3. Sis JM ada ekin pun ada lpsan UPSI tu x keje tggu posting x dpt pun..

      Delete
    4. huuurm.. sekarang memang cabaran nak cari kerja..

      Delete
  9. Tahniah buat Nur Syahida dan suami..tetiba rasa nak kahwin jugak ahaahah....gatal!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe apa lagi Akak JM.. sila buat majlis meriah..
      nak khidmat bridesmaid ? iols sedia tawarkan diri miahahah..

      Delete
    2. Ehem ehem.. Nak nasi minyak Kak Jm!

      Delete
    3. hehehe kita demand meja VIP nak tak Kak Ros hehehe..

      Delete
    4. jadi tukang bagi bunga telur pun boleh

      Delete
    5. aaa ah tu pun comel gak.. dapat kenyit2 mata sekali hehe..

      Delete
  10. mesti Onni kwn rapat CT kan...itu sbb mcm2 perasaan datang...then lepas ni agak susah nk leak sama2 lagi eh..sst..nampak muda lagi si Onni ni..baya CT ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sengih2 la Onni baca ni.. Onni dia Kak Long sket hehe..
      tu dia slalu stress pening jaga adik2 mereng hahaha.. dulu kitorang xleh ngam langsung..
      panjang sejarahnya huhu..

      Delete
  11. tukang sengih? tunjuk sikit...biasa dengar tukang kayu hihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. yup tukang sengih sambut tetamu =)

      Delete
  12. amoi...4 orang dara pingitan tu..dah macam kumpulan nasyid kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. miahhaha.. ni shooting cover album ni..
      nantikan tak lama lagi dipasaran =D

      Delete
  13. Selamat kembali bekerja...and selamat pengantin baru buat Onni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dah nak habes dah contract =) kejap je kan..

      Delete
  14. I know that feeling masa kawan baik kawan, happy for her but at the same time rasa macam a part of us is missing.sebab tahu, apa pun keadaan dah takkan sama macam dulu.sedih tu mesti ada sikit kan..hehehe

    akak ingat Yantai tu typo..hahaha.meriah betul geng bulat ye..tahniah Onnie n Abamz.semoga berbahagia ke anak cucu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mixed feeling tu memang kita pun tak reti nak cakap macam mana kan ? but after all kita happy for them.. betul tu.. mcm mana pun things r not gonna be the same..

      okay about Yantai tu lawak hahaha.. panjang sejarah nama tu.. kang cerita sampai empat hari tak habis.. hehehe..

      Delete
  15. Waa..
    Selamat pengatin baru...

    Blogwalking Sini..
    Jombaca artikel baru saya

    Review Umobile UMI30

    Kriteria Blog Mesra Pembaca

    ReplyDelete
  16. SS ada pos sampul surat... Dah dpt nanti inform eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah daaaapat dah daaa dapat dah.. maceh SS..
      suka buat kite terharu tau.. huuurm..

      Delete
  17. Assalam CT,
    aloloooooooooo
    tooooo tweeeetttttt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. miaahahaha i know !! memang kami sweet kalah gula =P

      Delete
  18. tahniah! selamat pengantin baru utk kwn ct tu ye ;)

    ReplyDelete
  19. meriahnya, sweet pengantin pompuan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah majlis memang meriah =)
      nama pun pengantin CN hehe.. haruslah sweet.. miahahaha..

      Delete
  20. Meriahnya lak aiii....zaman i dulu x meriah mcm zaman skrg. Paling suka nengok2 dayang berselfie...mcm2 post ada. Mak jemah pulak yg teruja ngknya.

    Anyway.....

    Tahniah onni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe zaman skrang macam dah jadi wajib benda2 macam ni.. tengok mana2 orang kawen mesti buat macam ni kan.. ada yang ada extra booth.. candy bar la.. photobooth la.. kita buat mana yang mampu saja.. hehehe..

      boleh jom buat photoshoot wedding lagi hehehe =D

      Delete
  21. TAHNIAH ONNI.. sudah jadi isteri org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. tau tau Onni dah kawen hehehe.. cepat je masa berlalu..

      Delete
  22. so sweet note jujur Ct kat Onni tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami went thru macam2.. sejarah kami susah nak explain hahaha..
      kenangan zaman belajar =')

      Delete
  23. waaa....touching perenggan terakhir...sobb...sobb...hnya true fren yg betul kena sape kita kan...pape pon thniah pada Onni..moga bahagia hingga ke syurga.....mgkin lepas ni turn CT pulak....aminnnnnn...hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuurm.. amin amin.. eeeerk CT pun kena kawen ke ? DM please carikan calon sorang heheh..

      Delete
    2. beratur dulu, DM kena cari untuk ramai orang ni

      Delete
    3. hehehe sejak bila DM jadi egen cari jodoh ni hakhak..

      Delete
  24. Assalam... suke tgk gambar2 kawen..n geng2 bulat...cantik2...tgk gambar uols ni akak tersenyum sendiri.. mmg hapening lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. jangan senyum2 sendiri.. meh kita senyum sama2..
      time kenduri n wedding bolehlah nak melaram macam ni hehehe..

      Delete
  25. alhamdulillah . dah bergelar isteri , semoga onni dan suami kekal hingga akhirnya ... persahabatan yg dijalin atas paksi keikhlasan , insha Allah akan kekal selamanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin.. semoga semuanya baik2 sahaja buat diorang and kita semua =)

      Delete
  26. Assalamulaikum... baru berkesempatan singgah blog Ct.. mood blog down minggu baru ni ada hal kecemasan etek..

    tahniah buat onni dan suami semoga perkahwinan ni berkekalan akhir jannah dikurniakan zuriat yg soleh n solehah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa Kak Ekin.. marilah sinnggah bila ada kelapangan.. iols is faham saja orang sibuk..
      kita bukan ngadap blog 24/7 kan.. rilek2.. kecemasan etek tu apa ? ahahaha..

      Delete
    2. ni datang singgah ada kecemasan la kak ekin balik Kelantan aritu... ma kak ekin masuk hospital...

      Delete
    3. Ya Allah.. dah sihat ke emaknya.. moga acik cepat sembuh..

      Delete
    4. Ok sikit tapi kena Pantau tekanan darah masih di tahap berjaga-jaga lg.. mujur ada adik bongsu akak duk dengan dia nanti dapat posting. dia sorg2 kat rumah risau2 dulu xpe akak ada tak kahwin lg duk dgn dia... ni dah berjauhan risau sangat termenung pikir ma.. dugaan Allah uji banyak kan

      Delete
    5. insyallah.. setiap aturan Allah tu ada hikmah.. adik beradik lain cem mana ? bawak
      mak duduk ngan akak kat kedah lah.. tanya abam elok2..

      Delete
    6. hihihihi CT aboh kak ekin nak tinggal mana.... nk bawa ma sini.... ma sakit, IBU mentua sakit, ujian Allah bagi ko kak utk bersabar dalam tempuhi cabran ni

      Delete
    7. ada hikmah tu semua kak.. sabar ya..

      Delete
    8. InsyaAllah CT dalam sabar ni ada gak menangis dengan ujian ni akak tak kuat la.

      Delete
    9. menangis je Kak Ekin.. kadang2 kita kena nangis gak..
      insyallah.. kalo tak mampu Allah tak uji..

      Delete
  27. mek2 pengiring pengantin comel2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe haruslah Kak Ekin.. jadi dayang pengantin kan..

      Delete
    2. tu la suka tengok baju sedondon teringin nk jdi pengiring gak la hahahaha

      Delete
    3. hehehe boleh saja.. sapa2 kawen dapat family bleh demand baju sama..
      bleh jadi dayang2.. hehehe..

      Delete
    4. tak layak nak jdi dayang dah hihihihi jdi isteri org dah mana taw nanti IBU pulak insyaAllah doakan akak ya CT

      Delete
  28. hihihihi lawak pakai selipar tu terr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe epic sungguh.. yang penting kena yakin pakai apa pun kekeke..

      Delete
    2. yup unik.. selalu nak kena pakai heels je kan.. rare sikit cenggini =D

      Delete
    3. akak gambar kahwin nak pakai heels jenuh la nak bergambar taw... hahahaha banyak perkara lucu berlaku time tu.. sampai akak bridal kata pengantin paling lucu dia jumps hahaha

      Delete
    4. hahaha awatnya ? tapi pngantin selalu pakai heels lah kan.. kalo rumah banyak
      tangga jenuh lah.. mmg bukak pegang lah heels tu.. x kuasa nak pakai..

      Delete
    5. hahahahah nak suka dulu... pakai heels tercabut dari kaki.. abg pulak buat lawak petang keris dengan akak...

      Delete
    6. hahaha lawak keris ? amboi abam main2 ngan keris plak dia..

      Delete
    7. ACU keris dekat akak hihihi

      Delete
    8. tak apalah dramatik.. meninggalkan kesan..

      Delete
  29. lawa pengantin...bj pengapit pon lawa...boria lg...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe pengantin haruslah lawa Kak Zai miahaha..
      dayang tumpang seri saja..

      Delete
  30. Alhamdulillah... Selamat pengantin baru buat kawan siti..

    ReplyDelete
  31. Selamat Pengantin baru buat Onni :) Who's next?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe yang pastinya bukan yang paling bolat lah >.< hahaha..

      Delete
    2. Xpe2, Kita relax2 dulu ye..hihi :)

      Delete
    3. betul tu.. kita enjoy dulu hehehe..

      Delete
  32. Congrats, Onni dan suami. Lepas ni geng bulat lain menyusul pulak ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe yang lain2 la kot.. iols is ada banyak mission lagi =D

      Delete
  33. Alhamdulillah, selamat pengantin bari buat kawan baik CT, Onni.. Moga berbahgia dalam menjalani kehidupan berumah tangga;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. mudah-mudahan buat mereka suami isteri =)

      Delete
  34. cantiknya pengantin. yg lain2 pun cantik jugak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe pengantin kenalah cantik =) kami tumpang seri saja hehehe..

      Delete
  35. akak yang baca ni pun touching.
    teriuh terflash back time akak teresak-esak kat bahu ayah lepas akad nikah
    sob,sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang syahdu kan.. lagi2 betul tu.. part kita mula sedar..
      tanggungjawab dah beralih bahu.. huurm..

      Delete
  36. meriah dan berseri-seri pengantin tu
    lepas ni turn sapa plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heehee pengantin kan =D kenalah berseri2..
      lepas ni yang lelain dulu la kot.. CT nak enjoy2 dlu..

      Delete
  37. Bestnya ada bestfren macam siti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe eh CT pulak =D biasa-biasa saja heehe..

      Delete
  38. hehe comel la korang siap ada nama geng bulat pulak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tapi yang bolatnya sorang saja =P

      Delete
  39. tahniah buat Onni dan suami.. semoga berkekalan hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. moga bahagia milik mereka bersama =D

      Delete
  40. barakallahulakuma...semoga berbahagia hingga ke syurga...

    ReplyDelete
  41. kesian bridesmaid kena halau.. nk jd bidadari harus la kena halau :P
    serius semua muka ceria2 xdak bab sebak2 pun. semoga bahagia ke akhir hayat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bridesmaid ada session je.. haruslah kena utamakan pengantin kan hahaha..
      sebak tu kena control la Nina.. cover and sebak dalam hati saja.. hehehe..

      Delete
  42. suka tengok gambar dekat sini
    semua ceria aje
    tapi last part touching giler lah!
    terasa macam tengah potong bawang plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mengimbau kembali detik2 kami dulu miahaha.. memang toucing pun..
      alamak potong bawang ke.. hehehe harap2 bawang kecil =P

      Delete
  43. waaaaah siti....sebak plak baca...dah lah aku tak dapat pergi..huuu~tetiba rasa cam semua dah dewasa...sorang2 enter another phase of life...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sob sob.. haaa tu la Yanie cakap nak datang malam kan ? takpelah.. nanti kita plan kenduri kawan2 lain pulak.. kan ramai tengah que nak kawen tu..

      Delete
  44. Selamat pengantin baru buat mereka. Tunggu siti yer turn plak ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeerk tunggu turn CT memang lama lagilah Kak Fiza..
      tapi kalo CT kawen.. memang akan jemput semua kawan bloggers =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...